Monday, October 5, 2026
:: KEKELIRUAN YANG MENGELIRUKAN ::
Monday, July 13, 2026
:: Menampal Tampalan ::
Kegilaan kite yang terbaru. Menampal sticker. Rasanya before nie kite ada mentioned rasanya yang kite punya hobi skang nie menampal sticker.
Dulu duit habis sebab duk menggila register marathon sana sini. Skang marathon dah terkubur. Punah cita2 nak cuba masuk FM. FM tu full marathon which is 42km. Pernah jugak terpikir nak cabar diri masuk FM. Ye la, bila mana dah sampai HM (half marathon -21km) of course la akan rasa nak ke next level pulak. Tapi tuh la, dah lama x join running event nie. Kira kalau nak start balik kena start join fun run dulu. Tapi xpe la, rasa macam malas pulak. Biar la kut malas tu. Ghisau sebab kalau dah start, memang akan ada next next next. Itu kompom. Salah satu sebab kite malas nak join adalah sebab registration fees yang ridiculous. Makin x masuk akal. Itu yang colleague kite join event kat luar dari Malaysia. Tapi dia dah level lain. Dia dah kira pro dah. Join semua ultramarathon. Mana main puluh2 kilometers. Dia main semua ratus2 kilometer. Dah nama pun ultra kan. Gilo ratus2 kilometer. Trail pulak tuh. Jantung ironman ke masing2.
So skang nie duit banyak habis beli sticker. Huahuahua.
Kite ada kebih 20 buku2 sticker. Yang belum buat ada 3buku. Yang lain dah settled.
Sticker yang satu-satu tuh ada dalam 60lebih. Ada 22 ke 23 sticker yang belum buat.
Belum campur lagi dengan sticker2 yang anak2 kite mintak belikan.
Kakak kite kan dah terjebak dengan main sticker nie. Dia terkejut tengok beg yang kite duk letak sticker2 kite. "Banyak gila sticker kau. Semua nia dah habis buat ke?. Ini kalau total2 harga semua dalam nie, sampai seribu ada?"
Soalan dia buat kite terpikir. Ye la kan, mau cecah seribu kalau total2 harga semua sticker yang duk ada dalam beg sticker kite. Ye la beli sikit2 mana nak perasaan. Sekali beli 50lebihhengget, sekali beli 100lebihhengget, sekali beli 200lebihhengget. Mana nak perasan. Bila dah di-total-kan, baru la nampak big figure. Gilooooo.
Friday, March 27, 2026
:: Cipta Kenangan Untuk Masa Depan ::
Sekarang nie gambar kite beribu-ribu duk ada dalam segala macam thumb drive la USB la. Sikit sana sikit sini. Merata-rata. Kalau rosak, kalau corrupted semua-semua tu, memang dah xleh nak retrieve lagi dah la gambar-gambar yang duk ada sekarang nie. Belum cite kalau misplaced lagi. Hilang gitu je segala memori dengan suami, dengan anak-anak, dengan family, dengan kawan-kawan. Sebab tuh kite suka post dekat IG or FB. Bukan batak nak post je manjang tapi lebih kepada nak menyimpan segala-gala gambar yang ada selagi boleh as a backup.
Zaman nau bukan macam zaman kite kecik2 dulu. Yang parents guna kamera kodak. Yang ada film boleh dicuci-cuci pastu simpan dalam album. Boleh tengok bila rasa nak tengok. Boleh imbas, boleh kenang balik setiap cerita dalam setiap gambar, boleh bergelak ketawa, bahan-membahan disebabkan cerita dalam gambar tu. Betul, even dah save dalam thumb drive ke USB ke apa ke, boleh je nak tengok balik. Tapi gigih pulak la setiap kali nak on laptop/computer, cucuk segala benda yang nak dicucuk, open file apa semua, search, scroll semua gambar-gambar yang beribu tu. Bila last korang tengok gambar-gambar2 yang korang save dalam semua device nie. Kerap ke korang tengok?.
Anak-anak kite derang suka tengok gambar-gambar masa derang kecik. Tengok dekat handphone la buat masa sekarang nie. So bila tengok reaction derang kan, kite macam terpikir, why not print out kan semua gambar2 yang duk ada tu. Simpan dalam album. So anak-anak kite boleh tengok bila-bila masa yang derang nak. And gambar2 tuh insyaAllah akan bertahan sampai la derang besar. Dengan syarat, albumnya masih lagi tersimpan rapi. Hihihi.
Ada je machine yang boleh print out gambar direct dari handphone. Tapi tuh la, gambar dah la banyak, mau meletop jadiknya. Plus, rajin la pulak nak masuk mall semata mencarik machine tu. Bila dah jumpa, jenuh pulak nak tercongok depan machine print out gambar banyak-banyak. Pastu modal nak print out lagi. Benda bukannya free.
So kite pun mencarik la dekat shopee photo printer. Lama weh kite survey. Lama kite duk mikir mana satu yang patut kite amek. Harga semua photo printer bukannya murah hokeyh. So harus la pilih yang ok. Worth for money. Ye dok. Ada je yang murah tapi kualiti dia memang macam kau fotostat kau punya IC je la. Pastu kite xnak yang print gambar guna paper polaroid. Baik beli instax camera je kalau gitu.
Godek punya godek, carik punya carik, survey punya survey, finally, jumpa jugak akhirnya. Harga pun kena survey jugak gais. Sebab lain seller lain harga. Setelah ditetapkan dan dicekalkan hati, diteguhkan iman, gittuh, kite pun pejam mata la beli photo printer nie. Hahahahaha.
Maka pilihan kite adalah Canon Selphy CP1500.

Nak guna photo printer Canon Selphy CP1500 nie insyaAllah xkan complicated. Very straight forward. Kalau anak kite umur 6 tahun pun boleh buat, mustahil la yang umur dah banyak nie xreti guna. Kan???. Boleh print straight dari korang punya phone, cucuk USB or cucuk thumb drive.
Album dah beli and dah sampai. Now tunggu hard cover case sampai je untuk simpan printer nie. Pastu skang nie kite nak carik bateri untuk photo printer nie pulak. As for now kena pakai cable cucuk dekat plug point. So kalau beli bateri, xyah la nak kena carik plug point. Boleh terus ON then print je gambar.
So now tugasan kite adalah kena carik balik segala mak nenek device yang kite save gambar-gambar kite dari dulu sampai la sekarang. Tah mana tah duduknya tah. Hiks.
Thursday, March 12, 2026
:: Yuhhuuuuuuu! ::
Birthday present kite tahun lepas adalah birthday present yang tidak selfish. Sebab apa tidak selfish?. Sebab semua orang dalam rumah boleh guna. Siap berebut dengan anak2 lagi. Okay skang nie tengah fikir nak birthday present apa pulak untuk tahun nie. Kuang3. Mak suami jangan menggigil tau. Jangan la pulak mak suami duk tanya berapa harga massage chair tu dekat anak mak suami like always. Nak tau harga tu bukan sebab nak beli, tapi lebih kepada nak tau total damage duit yang anak mak suami keluarkan untuk isteri dia. Chill ok mak suami, setahun sekali kut. Xkan la setahun sekali tuh sampai boleh menggigil badan, xsenang duduk, hati gundah gulana sebab duk mikir habis la duit anak aku bini dia kerjakan. Pasal bulanan kereta "orang depan" siapa bayar pun silap2 x move on lagi. Xkan la nak tambah lagi ye dok?. Kasi tenang sikit hati tu. Boleh ke mak suami?. Relax ye mak suami, bini si iwan nie kan tengah rollingkan balik rezeki anak mak suami. Mak suami lupa kut janji Allah. Lupa ke atau saje2 buat lupa. Hihihihi. Xkan miskin seorang suami jika bahagiakan isteri. So chill ok. And jangan la pulak menjaja cerita dekat semua orang apa yang jadi dalam kehidupan kiteorang seperti selalu dan sebelum2 nie ya. Mana la tau duk bercerita parcel setiap hari ada je yang datang, ada berapa parcel dalam sehari, sehari berapa kali grab dengan foodpanda muncul depan rumah. Knowing mak suami cemana kan. Soooo predictable. Kemon, berbelas tahun kena, mana mungkin xboleh nak predict. Hahahaha. Dah macam setiap kali kalau ada bunyik sikit dekat rumah kami, mak suami akan selak langsir mengendap atau tengok apa jadik dari cctv ke cemana?. Sebab semua benda tau nieh. Sheramssss la kite. Kalau ye bagitau tau. Nanti boleh la i suruh anak2 i lambai sikit setiap kali keluar amek barang or setiap kali derang buat aktiviti dekat luar rumah. At least ada la jugak dapat respon. Tapi tuh la, kalau nampak didiamkan je xpe la jugak. Ini bila nampak dijadikan modal jaja cerita tuh yang xbest tu. Jangan tau jangan. Jwajih x mak suami?. Jwanjih la nyeah. Rasanya cukup2 dah kut. Penat la. Berbelas tahun dah nie. Xpenat ke?. Lahhh tiberh!.














.jpg)

.jpg)
.jpg)