Wednesday, March 21, 2012

:: Siti Nur Fatihah Relakan Diri Diculik ::

Panas!! Panas!! Panas!!...gegurl x rela..gegurl x rela..gegurl x rela tp Siti Fatihah rela..hahaha..amboi3 statement xhengat..xtgk kiri kanan nak melintas jalan..hahaahah..haihhhh..ape la nak jadik ngan bdk2 zaman skang nie..org lagi la xnak n takut kene culik, die siap boleh plan utk diri dia sendri kene culik..siap boleh berlakon lagi tuh..ape ke bangang sgt..x pikir ke yg mak bapak die sikit punye risau ntah ke kene rogol ke, kene bako ker, kene sembelih ker, alih2 die boleh duduk kat umah bf die kat Pekan..bengkak2 mata mak ko nangis dik oiii..dh la kat HOT.FM siap wat topik pasal SITI NUR FATIHAH nie..siap ade caller yg nangis2 suruh pulangkan la..jgn ape2 kan la..siap ade yg maki2 polis lg la..siap marah n salahkan mak bapak bdk tuh la..alih2 jadi mcm nie..bende yg bdk tuh sendri punye plan..mak bengang nie sbb bile caller tuh call nangis2 suruh pulangkan bdk tuh, siap bertakung air mata gegurl yg suci nie pagi2 tauuuuuu..hahaaha..haihhhh,ape la masalah..n ape motif die nak wat mcm tuh..ntah la..nak jump into a conclusion pun xleh kan sbb kite xtau ujung pangkal cite..mungkin betul die ade tekanan from family or maybe die sendri yg bg tekanan kat diri sendri..wallahualam..

Malas la nak cite pasal budak bengong nie..source from sini


KUANTAN: Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lepas, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami.
"Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan petang semalam, selepas dikatakan diculik dua lelaki dan seorang wanita semasa bersama adik lelaki dan sepupunya membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini, Ahad lepas. 


Narenasagaran berkata remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa.

"Kes ini telah selesai dan kami menegaskan bahawa ini bukan kes culik. Mangsa keluar rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak dalam kes ini.


"Mangsa keluar rumah dengan tujuan hendak menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya," katanya.


Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an yang sebelum ini dikatakan melarikan gadis itu, Narenasagaran berkata mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung kes itu.


"Mereka tidak melakukan penculikan tetapi polis akan panggil semula kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk diambil keterangan," katanya. - BERNAMA



balik la umah dik..mak bapak mana x sayangkan anak..mcm mana jahat pun kite dieorg ttp akan terima..kesian la kat mak tuh..
 


27 comments:

  1. Tgk muka budak ni
    Rasa nak kasi terajang

    ReplyDelete
  2. bakpe la bengap sangat la budak ni...alahai budak...bengong gak ko ni...sekolah belom la tinggi sangt ni...tapi sengal tu bertingkat-tingkat tu..

    ReplyDelete
  3. huhhh....t'lmbt ckit komen, sejibik nk ckp mcm kak nana 2...nek nyampah tgk muka dia, mmg mntk kaki tul rsa nye...haha...

    ReplyDelete
  4. @Nana kan na..rase naks epak laju2 muke die..xtau 1 malaysia duk risaukan die alih2 jd mcm nie plak..

    ReplyDelete
  5. @syawalsimpsons itu la pasal..baru 15thn kut..haihhh..pendek akal lagi..

    ReplyDelete
  6. @noorzie rasenye semua org nak ckp bende sama mcm nana..ntah ape2 ntah dak nieh..

    ReplyDelete
  7. meh aku bg lebam sebijik muka dia tuh! ptuih!!!
    menyusahkan orang jek!

    ReplyDelete
  8. @watyz sabo waty..haha..tp mmg pun ramai yg bengang ngan bdk nie..menyusahkan 1 malaysia kut..sbb 1 malaysia duk risau kat bdk nie time kene culik tuh..

    ReplyDelete
  9. hishh budak ni aku nmpak kat jalan aku langgar aja..mengong betul...ko ingt mak ko tu apa???? setakat bf baru knal bapa bulan dh leh g lepak umah bf dia...mak ko tu yg jaga bertahun2 ko nak tglkan ..aduihh budak ni harus kna penamparrr

    marah plak aku

    ReplyDelete
  10. @amiey lee aku nengok kat paper mak die nangis2 smp mata bengkak tuh yg aku xleh tahan tuh..alih2 duk umah bf..parents bf die xde nak ckp ape2 ker..pelik betul la..

    ReplyDelete
  11. cian mak...aduiyaii..

    ReplyDelete
  12. xtau nk komen apa tp yg pasti kesiannya parent dia.. tpaksa tanggung malu ank buat camni..

    ReplyDelete
  13. sungguh panas kisah budak ni...muga keluarga dia bersabar

    ReplyDelete
  14. @IntaNBerliaN itu la ina..masing2 betul2 ingat die kene culik tau..haihhh..

    ReplyDelete
  15. @Mama Ema mmg panas pun smp wat semua panas hati ha..

    ReplyDelete
  16. fuhhh budak nih memang kasi sue panas hati..tambah2 panas bila xmo balik2..ewahhh2 ingat mak dia senang nak jaga dia waktu kecik dulu..sesuka dia jer..kalau ye nak lari pun gilah umah sedara mara ni boiypren..ishhh

    ReplyDelete
  17. @sue zainun bdk nie mmg kasik semua org panas hati sue..itu la kan..tipu sgt la kalau bdk nie xde sedara mara kan..

    ReplyDelete
  18. mcm2 kes la skrang. dia tk rasa malu ke? org kenal dia dah...kawan2 smua thu perangai dia..isk2...sabo jela

    moga adik ni insaf dgn apa yg dia buat.

    ReplyDelete
  19. tipu org, nnti betul2 jd baru dia tahu

    ReplyDelete
  20. @Cik FaRiZaM itu la yg wat semua org bengang ngan die nie..hurmmm..pasnie kalau kene betul2 xtau la..

    ReplyDelete
  21. kalau bdak tue depan mata ..memang cik jue teranjang dia..buat susah mak pak je...

    ReplyDelete