Friday, October 28, 2022

:: Tumpang Tido - Lexis Hibiscus PD ::

 Sabtu sampai isnin, kite ikut hasben kite pegi conference apo tah kat Lexis PD. Kiteorang pegi dekat Lexis Hibiscus. Merasa la duk bilik yang kat tengah2 laut tuh. Ngeeee.

Bilik kami nombor 147. Mujur la bilik kiteorang dekat dengan lobby hotel. Dekat la jugak. Kire kalau berjalan kaki tuh ok sangat. Anak2 pun xsempat nak merungut penat la sakit kaki la. Xsempat jugak nak bising dengan macam2 persoalan bila nak sampai, bila nak sampai. 

Bilik biasa la. Typical lexis punya bilik. Sama je kalau pegi lexis kat penang tuh. Gini la aturannya. Cuma yang bezanya adalah, lexis penang punya bilik bertingkat2. Xde tengah2 laut macam dekat PD.

Ruangan toilet. Tengah2 tuh cermin. Boleh tengok laut. Tapi xde nampak apa pun. Nampak air laut je. Xde pun tetibe nak nampak ikan ke, ikan duyung ke, hantu laut ke. Ehh, tiberh!. Tapi ada ke hantu laut. Memandai-mandai je kau nie kan sya!. Hahaha.

Dah alang2 anak2 kite tengah berkumpul kat situ, maka kite pun snap la photo derang. 

Hari pertama sampai, xde aktiviti apa pun. Nak bagi anak2 kite mandi pool pun xboleh sebab hujan. Masing2 dah x keruan dah nampak pool. Tapi nak buat cemana. Xde rezeki nak mandi malam tuh. Sudahnya mandi rain shower yolah. Kiteorang sampai PD pun dah lambat. Lambat sangat masalahnya. Hahaha. Kebetulan kiteorang sampai, colleague hasben kite baru habis sesi petang untuk that day. So ada la terserempak dengan colleague hasben kite. Tengah borak2 dengan “kaum2” hasben kite, sekali HOS (head of section) hasben kite tanya mana hasben kite. So kite pun jawab la tengah parking kete. Then dia pandang bobot, siap cakap nak carik daddy. Nak denda daddy sebab daddy datang lambat. Bobot muka blur. Xpaham gamaknya. Bila nampak muka bobot macam tengah nak digest, “xde la uncle gurau2 je”. Hahahahaha. 

Makan malam hasben kite dah siap2 tapau dah before sampai hotel. Masing2 perut dah kenyang, dalam pukul 11malam kite paksa tido. Apa??. Lewat pukul 11malam?. Dah tuh holiday kan. Xbujang la tido awal. Malam masih muda, mari kite berdansa. Wakakakaka. Itupun kite paksa. Kalau tidak, mana maunya nak tido. Bersekali dengan ugutan la of course. “Siapa xtido, esok xboleh mandi pool. Tido sekarang and esok bangun pagi2, boleh mandi pool”. Ehh, sekejapan je dah berdengkur dah masing2. 

Anak2 dah tido so apalagi, layan perasan sorang2 la sambil menikmati deruan ombak dan bau laut. Cewahhh. Cantik kan view. Yang potongnya, pool bilik kite menginap tuh mengadap laluan orang. Xboleh la nak keluarkan swimming suit seksi aiii. Wahahaha. Xde la. Apa giler nak pakai cenggitu. Kalau private pool xpe la jugak. Tapi kalau nak pakai pun time anak2 tido. Kalau tidak mimpi ngeri masing2. Hahahaha.

Xtau la hasben kite balik kul berapa. Sebab kite dah selamat berdengkur dah. Tetibe migrain pulak. Telan 2 bijik panadol acti-fast, terus lelap mata. Xkose nak tunggu. Mau 1pagi baru masuk bilik. Biasalah kalau kaum2 dia ada, pergi ngeteh tuh dah kompom.

Esok paginya hasben kite bawak qisya dengan bobot pegi breakfast. Kite xikut sebab ifan tido. Bila ifan masih tido, kite pun apalagi, tarik selimut la tido sekali. Kesian ifan tido sorang2. Terpaksa la teman dia tido. Ngeeeee. 

Dah balik dari breakfast, masing2 dah xkeruan nak terjun pool. Tukar baju apa semua, terus terjun. Sekali dengan si rambut kinting tuh pun terjun sekali. “Baby nak swim mommy. Nak swim”. Mencicit2 kite tukar baju. Dia dah standby nak terjun. Yihhhhhh!!. Macam terror benau la. 

Sampai ke tengahari la qisya dengan bobot berkubang dalam pool. Itupun kite panggil naik. Matahari dah terpacak direct atas kepala dah. Dah la xbawak sun-block. Qisya ok lagi. Bobot punya kulit berbeza bethol. Awak dah la short dark handsome. Berbelang ketara nau nau. Hahahaha. Hasben kite masuk bilik tengahari tuh, siap cakap dengan anak2 dia yang dia tau anak2 dia mandi pool sampai pukul berapa. Masing2 dah amazed dah. Beria tanya mana daddy tau. Rupanya dia skodeng anak2 dia dari atas. 

Kite berkubang kejap je. Migrain lak datang menjengah. So ifan terpaksa la naik sekali. Mengamuk2 dia xnak naik. Tapi nak buek camno. Xkan nak biarkan je dia mandi dengan abang kakak dia. Bahaya oiiiii. 

Dalam pukul 4lebih, kak rina, wife HOS hasben kite whatsapp kite kata dia otw ke pantai bawak anak2 dia. Kalau nak join mari la katanya. Kite pulak tengah migrain so relax dulu la. Nak bagi panadol yang kite telan menyahkan sakit kepala dulu. Dalam pukul 5-5lebih kut baru kite bawak anak2 kite pegi pantai. 

Ifan memula nampak pantai, excited. Elok je berjalan dekat pasir, tetibe slow je pergerakan. Dia geli. “Mommy, nie nie. Shoes”. Dia tunjuk selipar dia yang penuh dengan pasir. Aiyooo. Guane nie ifan. Mommy xleh nak tolong. Kata pun kite kat pantai. Tangan bila terkena pasir, kemain lagi dia kibas2 tangan dia. Lap tangan kat baju. Alhamdulillah la xberpanjangan kegelian dia tuh. Di awal je, lepas tuh galak dah dia main pasir. Biasalah anak pkp. Mana la sempat nak ke pantai bagi dia sentuh pasir pantai. Hehehe.

Tumpang mainan anak kak rina. Hehehe. Memula kite nak bukak selipar dia. Ehh sekali kene marah. Dia xbagi bukak. 

Tapi dah lama2, dia yang mintak bukak selipar dia. Hiks.

Layan perasaan main pasir sensorang. Kakak dengan abang sibuk mandi pantai.

Bizi bebenau. Bobot especially. Suka betul. Makin lama makin ke belakang. Makin lama makin ke tepi tempat lain. Berselang- seli kite dengan kak rina menjerit nak suruh anak2 masing2 jangan mandi jauh2. Hahahahaa.

Dah settled dengan mandi pantai, malam tuh kite dengan anak2 ikut hasben kite pegi dinner. Gala dinner namanya. Huahuahua. Masing2 boleh bawak family masa dinner tuh. Dah la kiteorang salah pilih table. Table betul2 tepi speaker. Baler betul. Bingit amat. Hahahahah. Tapi sebab one of derang punya organizer puji kite, so kite ok je duduk tepi speaker. Tepi speaker pun tepi speaker lah. Kihkihkih. “Ooo ini ker girlfriend en irwan. Halaaah comel cantik orangnya haaaa”. Auwwww, malu aiii. 🤪. Hasben kite dengki, “dia saje je la tuh puji2 u”. Wahahahahaha. 

Kite xmakan sangat sebab ermmm, bukan sebab diet. Tapi sebab makanan kat situ, makanan kat situuuuu, makanannnnn katttt situuuuuu, xpe la, i reserved my comments. 
Bila dah bergossip2 dengan kak rina, majlis pun dah habis, maka kami pun beransur. Sekaliiii bobot cakap, “mommy, take my picture”. Terus cargas kite keluarkan henfon. Ini jarang berlaku ini. Bobot la paling susah nak suruh amek gambar dia. Camera shy sangat. 

Antara anak2 kite, bobot la paling dikenali dan famous dekat kaum2 hasben kite and few others hasben kite punya colleague. Nampak je dia masing2 duk panggil nama dia. “Bobot, bobot”. Hahaha. Sebab masa kecik dia la yang paling banyak cerita. Macam2 kerenah. So masing2 ingat lagi semua cerita2 tuh. Mana derang tau?. Dari FB kite la. Mano laie. Kite lak rajin berkongsi cerita2 bobot masa tuh. Hihihi. 

Hari isnin, dah checkout. Kiteorang xterus balik KL. Kiteorang menuju ke negeri lain pulak. Ke mana???. Stay tuned. Cerita itu akan bakal menyusul. 

No comments:

Post a Comment