Aduh kemahen lama entry nie nak di-publish. Taipnye dah lama tapi jenis stop sambung stop sambung.
Sebelum nie kan kite ada up entry cite pasal 3 birthday untuk bulan november. Kan kat dalam entry tuh ada mentioned kite dengan anak2 pegi kat hasben kite yang tengah ada workshop dekat puchong. Xtau la nak kata puchong ke bandar kinrara. Hasben kite kata puchong. Tapi macam kat bandar kinrara. Hahaha. Tah la nanti korang google la nyeah.
Kiteorang stayed 1 malam dekat Espira Kinrara Resort.
Saje la nak share kut2 boleh bagi idea untuk korang staycation kan. Ikutkan espira kinrara nie xde apa2 pun keliling untuk korang yang adults nie boleh buat apa2 aktiviti. Ehh jap jap. Ada la. Golf course ada la kat sebelah Espira resort. Kihkihkih. Kite tanya la hasben kite ok ke golf course kat sebelah tuh. Hasben kite cakap padang 4ting kat rumah kite lagi cantik. Padang 4ting tuh sebenarnya nama glamer untuk padang 4 tingkat. Dak2 sri gombak panggil padang 4ting dari dulu. Hihihih. Nothing much pun untuk adults boleh buat. Cuma kalau yang ada anak2 kecik tuh memang ok sangat la kalau nak stay sini. Sebab kite rasa tarikan yang ada kat espira kinrara nie adalah untuk budak2.
Dah kalau untuk budak2 kan, mesti la sebab pool. Kat tengah2 pool budak2 ada mini playground.
Budak2 happy la. Yang parents kene bersidai kat tepi sementara nak menunggu anak2.
Pagi2 lepas breakfast dah start berkubang dah masing2.
Bilik pulak okayh la. Hasben kite kata kalau nak upgrade bilik yang balkoni betul2 mengadap pool budak2 kene tambah berapa puluh ringgit tah. Then kite cakap la kenapa xupgrade. Hasben kite kata bilik kat situ banyak problem. Macam2 masalah bilik katanya. Kang upgrade2, bilik problem buat apa. Cleanliness bagi kite so so. Why so so?. Bedsheet dia kotor. Macam xbertukar dari orang yang checked in sebelum kami. Mini fridge pun kotor. Nak letak makanan kat dalam tuh pun rasa macam geli.
Comel je tv dia. Tv kecik kite xkisah lagi. Tapi tv dia ada garisan garisan khatulistiwa tuh yang buat sakit mata tengok. Hahaha. Channel biasa2 je.
Ada 1 katil queen (ehh ke king nyeah. Lupa dah) size dengan 1 katil single.
Toilet
Shower.
Pintu toilet dengan shower kat bilik nie xboleh tutup rapat. Sebab pintu dia kayu. Kayu kalau dah kene air kan jadik kembang. Tuh yang x boleh tutup rapat tuh.
Balkoni nie mengadap tnb punye apa tah nama dia. Balkoni bagi kite xde masalah pun sebab bukannya kite duk melepak kat situ.
Biasalah resort lama kan. Tapi bagi kite sayang la kalau x maintain. Resort dia cantik. Luaran memang cantik. Cozy je. Jalan dari lobi nak ke bilik cantik sangat especially bila malam. Macam ala2 resort2 kat pulau2. Hehe. Kalau management hotel jaga elok espira resort nie, kite rasa ramai je yang akan menginap kat situ.
What do you expect sya ooiii. Kata pun penginapan ikut suami kerja. So terima je la seadanya. Kannssss.
Gambar last sebelum balik.
Hasben kite tanya nak lunch x kat resort nie. Soalan kite satu je, “sedap ke makanan kat situ?”. Hasben kite kemain lama nak jawab. Ermmm ermmm je. Ok paham paham. Hahahaha. Sudahnya kiteorang pegi pavillion bukit jalil makan kat situ. Xjauh pun dari espira resort nie. 10-15 minit kut.
Skang nie kalau nak bercuti and stay kat hotel, kite just ikut je hasben kite pegi outstation. Lately nie kerap betul ofis hasben kite buat workshop kat luar. Kalau kite boleh cuti, kite ikut la. Kalau tidak duk je la ontok2 kat rumah. Dah tuh, buat on weekdays hari bekerja. Memang la kene apply cuti kalau nak ikut. But then terasa rugi pulak nak apply cuti sebab kebanyakan buat dekat area2 kl. luar dari kl tuh berpikir2 la jugak. Selain dari ikut hasben kite outstation perihal kerja dia, buat masa nie kiteorang akan staycation kat area2 klang valley je. Kadang2 kan nak jugak different environment. Anak2 pulak duk merengek je dengan daddy derang nak tido hotel. Dah lama xtido hotel katanya. Padahal baru je balik dari tido hotel ikut daddy. Hehe. Tapi tuh la. Hasben kite xnak keluar dari kl. Luar dari kl semak katanya sebab skang nie orang ramai tengah balas dendam nak pegi bercuti. Ye la 2 tahun kene “kurung” kan sebab covid and pkp.
Actually, lain sebenarnya kalau “bercuti” ikut hasben kite dengan pegi bercuti semata family kecik kami je. Biasalah dah kalau ikut hasben kite bekerja, mana maunya nak berjalan2. Duk dalam bilik je la. Last yang kiteorang pegi staycation few months back. Skang nie hasben kite akan booked service apartment. Dah xde dah 1 bilik hotel je. Dah tuh 5beranak kan. Mana muat nak berhimpit satu katil. Even katil king pun mana muat. Dah la anak2 kite tido lasak. Berpusing 360 darjah. Kene lak si ifan tuh ha. Dia dah la xboleh tido sempit2. Mengamuk je kejenya nanti. Kiteorang pernah stayed dekat serviced apartment Ascott KLCC dengan Dorsett KL. Maybe kalau nak staycation kat area2 kl nie lagi kene tunggu hasben kite dah reda dengan segala workshop, segala evaluation or segala conference dia. Hasben kite dah bagitau siap2 dah. Untuk beberapa bulan nie dia akan start bizi selagi projek dia xsettle. Hurmmmm. Baiklah.
Nie lagi few weeks hasben kite ada apa tah kat penang. So dah alang2, ikut la sekali sebab kite kene habiskan cuti. Bulan 12 nie kirenya 2 kali kite akan ke penang. Dah la minggu depan kite nak ke penang untuk berlari. After 2 weeks, pergi lagi penang sebab ikut hasben kite gie outstation. Xpe la sebab penang kan. Berapa kali pegi pun xkisah. Dah nama pun sorga makanan. Hahahahha.
budak2 kan..dpt tido hotel pun seronok dah, nak2 ada bath tub + pool..lagi meriah la kan.
ReplyDeleteAku rasa aku dah lama tak bercuti tido hotel babe..
ReplyDeleteSejak awal Covid dlu..
Sekarang nak ajak berjalan keluar kawasan Ipoh ni pun seksa.. ;)