Monday, December 5, 2022

:: Irfan’s Year End Concert, Bobot’s Graduation ::

Semalam konsert year end irfan and bobot, and bobot punya graduation sekali. Selama nie dapat morning session tapi tahun nie dapat evening session. Sampai brainy bunch hq kat cyberjaya dalam pukul 12pm. Start event pukul 2pm. Ya Allah lamanya nak menunggu. By right concert and graduation campus bobot masa bulan 11. Tapi terpaksa postponed sebab time tuh hari mengundi. Eh jap, baru hari nie kite teringat banyak rupanya mangkuk2 dalam kabinet rumah kite yang nak xpakai and xguna. Tiberh!

Masa sampai tuh and dah dapat masuk hall, terus hantar anak2 kite dekat dalam bilik persalinan derang. Kite bawak ifan dengan bobot and aunty pulak ada 2-3 kids dengan dia. So apa salahnya kalau kite ikut aunty sampai ke dalam. Menyenangkan urusan orang kan lebih baik. Bila nak tinggalkan ifan, dia boleh meraung pulak. Mujur ada aunty class ifan, aunty hayat. Elok je bagi kat aunty hayat, kite cabut lari terus. Takut lagi lama lagi berdrama si ifan. 

Punyalah lama menunggu sampai ifan sempat lagi tido. Aunty hayat whatsapp kite personally bagi gambar ifan dengan video dia. Hahahaha. Tanya jugak aunty hayat lama ke ifan menangis. Kejap je katanya. Nasib baik abang ada dekat2 situ je. Dapat duduk dengan abang sekejap terus senyap and ok dah lepas tuh. Fuuhh lega hati mommy. Mau xlega. Kite risau je takut nanti mood dia membawak sampai ke atas stage.

Hahahaha. Pikir apa tuh ipan. Hahaha.


Tergelak2 kite tengok video2 yang aunty hayat bagi. Mengantuk sangat nampak gayanya. Sambil duduk pun boleh tido. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. 

Bila konsert dah start, lega sungguh lahai. Ponek koi nunggu sampai lolok2 la hasben kite dibuatnya. Campus bobot yang buat opening konsert. Excited gila kite bila nampak bobot berdiri berdepan dengan microfon. Eeiii dah nampak besar sangat dah dia masa tuh. 

Time nie tengah recite surah Al-Fatihah

Yang nie kite xingat surah apa.

Lepas bobot, turn ifan pulak. Playhouse campus ifan campur dengan campus lain. 


Apa blur sangat muka tuh ifannnnn. Dengan kopiah besar sampai ke kening. Hahahaha. Aunty hayat kata masa nie dia baru bangun dari tido so masih mamai. ๐Ÿ˜‚. Xpe la ifan. Mamai pun mamai la janji x menangis atas stage. Legaaaaaaa hati mommy. Phewwww.

Ini pulak masa konsert bobot. Group bobot nyanyi lagu Mockingbird by Eminem u’olls. Video ada tapi panjang sangat xboleh nak upload.

Video konsert ifan je yang lepas nak upload.


Halahhhhh. Comelnya ifan. Kemahen lagi nyeah berdansa. Enjoy sungguh ifan menari. Good job sayang mommy!. Aunty hayat pun lega sebab students from playhouse xde yang cranky and semua menari masa konsert. Katanya masa praktis, ada yang xnak menari, ada yang diam je. But on actual day, semua menari and semua bagi kerjasama. Aunty pun comel je menari kat depan stage sekali dengan student playhouse. Their hard work paid off. Congratulations auntiessss. Hahaha.


Ini masa derang release-d kan students from playhouse. Alhamdulillah masa nak amek ifan dia xnangis. Happy sungguh dia. 
Mommy so proud of u. Good job sayang mommy. U did well. ๐Ÿ’ช๐Ÿป

Selepas segala konsert dari semua campus dah settled, yang mana xde anak nak graduate, dah start beransur. Tinggallah parents2 yang menunggu anak2 nak convo. 
Halah bobotttt.
Alhamdulillah dah selamat graduate dari Brainy Bunch Prima Sri Gombak.
Congratulations bobot!
One with nenek. 
 
Sebelum convo asyik duk tanya nenek datang ke tidak graduation dia. Macam2 la ayat dia keluarkan nak pujuk nenek supaya datang jugak convo dia. Last2 nenek mengalah. Nenek kan, cucu dah keluar ayat killer, terus cair. Hahahaha.
Of course la gambar dengan mommy pun kene ada. Hahahaha.
Gambar satu family lagi la kene ada. Kihkihkih.

Antara "supporters" yang hadir. Hahahaha.

Habis bobot ajak semua orang. Pagi2 dah call mama (kaklong). Tanya kenapa mama dengan ayah xnak pegi convo dia la, ini last convo bobot la. Kite pun xtau la dia cakap apa lepas tuh sebab kite tengah bersiap masa. Last2 muncul jugak semua. Ikutkan abang ipar kite xnak datang sebab dia nak ada kerja urgent. Kene siapkan paper ke slide show untuk dia punya conference. Alih2 bila dah dengar suara bobot, ayat2 bobot, terus hati x tenteram. Itu yang datang jugak. Siap bawak laptop buat kerja kat situ. Aduhaiiii. Penangan bobot.
Antara "supporters" bobot sampai mati.
Ifan tuh laaaaa. Ada je gelagat dia tau. Dah la pakai baju rambu ramba. Nak pakaikan dia baju rambu ramba tuh pun jadik hal tau. Dekat rumah kemain bergaduh nak pakaikan dia baju konsert. Mengamuk2 xnak pakai. Bila kite duk sebut, "aunty hayat, tengok ipan nie. Dia xnak pakai baju konsert". Terus pasrah je lepas tuh. Haaaaaaa tau pun.

Lagi 3 tahun ifan pulak yang pakai. Sabar nyeah.

One with ayah.

Again, congratulations bobot. And of course la kene congratulate semua aunties dekat school bobot atas segala effort, all their harwork, their patience towards the students dalam menjayakan konsert yang sangat success. Kudos to them!. Bukan senang tau nak ajar students memorize surah and penterjemahan dalam english. Panjang2 pulak tuh. Salute betul kite dekat semua aunties. Dengan students from playhouse x cranky atas stage, semua enjoy the show. In a way, kite bersyukur sangat aunties dekat campus bobot dengan ifan semua baik2. Semua jenis yang ikhlas dalam apa yang derang buat. Alhamdulillah kite xpernah ada masalah dengan semua aunties. Dari start hantar qisya masa qisya umur 5 tahun, bobot umur 3 tahun (ehh ke 4 tahun), ifan 2 tahun. Syukur sangat anak2 kite dijaga dengan baik dan dikelilingi oleh aunty2 yang baik2 belaka.

1 comment:

  1. Tahniah syg.. Semoga terus berjaya dunia dan akhirat.. Cepat betul anak2 kita membesar kan babe.. Sedar2 nanti ko dpt kad jemputan kawin Aqil Naim.. Hahahahaha!

    ReplyDelete