Monday, August 28, 2023

:: GEMOK ::

 Bukan tuju dekat sesiapa tapi dekat diri sendiri. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Kite dah xberapa nak jaga makan minum dah skang. Tah la lebih kepada macam malas. And every second macam craving dessertsssssss je. Of course la dessert tuh manis kan. Sugary. Sweets. Pastu kat ofis time lunch manjang minum neslo ais. 5 hari tuh at least 2-3 kali. Sebab kite nie kan manusia yang bermusim. Kalau suka minum 1 air or 1 makanan or 1 dessert tuh, itttuhhhhh je la yang kite duk tala. Bila musim dah habis, terus ditinggalkan begitu sahaja. Hahahaha. Ehhh kemon, neslo ais kite buat sendiri la. Neslo ais kite sedap pulak tuh. Kawwww! Itu yang tetiap hari nak. Malas nak beli. Sakit hati kang. Tah mana rasa milo tah mana rasa neskepe. Rasa susu je lebih. So bila neslo ais yang kite buat lagi sedap, better buat sendiri. Why not!!.  Ada yang caruts aiiii lettew, "mana la xgemok dah kalau hari2 kau minum neslo ais". Kalau ada yang terdetik gitu, semoga ayat tuh berbalik dekat kamuorang. Mana boleh kite gemok sensorang. Moh kite gemok sekali sesama. ๐Ÿ˜

Pastu malas nak workout. Niat nak berlari every weekend selalu terkubur gitu. Nak pegi berlari kat kl car free sensorang hasben kite xbagi. Bila ajak dia sokmo la xjadi2 walaupun night before or day before dia setuju nak ikut. Dia stay dengan anak2, layan anak2 main roller blade and kite gie la berlari. Katanyaaaaaaaaaaaaaa. Harapannnnnn.

Now dah insofff sebab jeans kite, mostly seluar la, banyakkkkkkkkkk dah xmuat. Itu selalunya akan jadi kite punya turning point untuk, “xboleh jadik nie. Aku kene loss weight no matter how”. Kite kalau betul2 nak, insya-Allah berjaya. Sebelum nie memang berjaya know know dah boleh pakai balik dah seluar jeans. Even size 26. Arghhhh. Stress mak nyah mikir seluar2 yang dah x muat!. Tapi kalau masih maintain berat yang berat ini, or even worst, berat yang berat ini makin berat beratnya, itu bermaksud kite jenis yang nak tapi acah2 nak. Haaaaa itu yang bahaya tu. Sebab macam hangat2 chicken shit je every time. Hahahaha. Haaaa cam sekarang la. Sambil menaip nie sambil ku hirup neslo ais. Chicken shit kan. Gitu la. Kihkihkih.

“Dy, i dah gemok la dy. seluar i banyak dah xleh pakai”

“Xpe. Gemok2 pun i sayang”

“Ye ker?. Kalau i lagi gemok pun u sayang jugak ker?”

“Dah 12 tahun dah pun u gemok. I masih ada lagi je dengan u (pastu gelak. ๐Ÿคจ)

“Ehhhh i sebelum kawen and masa kawen kurus okayh”.

“Memang la kurus tapi lepas kawen, setahun je kurusnya. Lepas tuh dah xkurus dah. I terima je. Dah berbelas tahun dah. Hahahahhaahhaha”

Xpe2, u waiting waiting and looking looking hokeyh. Nanti i kurus u dah xboleh dah nak picit2 lemak kat pinggang i or any other parts. Dah xde dah nak zapppp perut i. Dah xde dah ayat, "oohemgee. Bruhhh, what is this?". U waiting, u waiting nyeah.

Setengah orang kalau tengok gambar nie, “saiko ke perempuan nie. Tang mana gemok dia. Abis tu kalau dia macam nie dah cakap gemok, aku nie kategori apa pulak”. Kannnnn. Korang pernah x rasa cenggitu. Sebab kite pernah terpikir gitu. Bila orang yang kurus sekeping, perut pun xnampak flabby flabby flab flab langsung, duk cakap dia dah gemok so dia kene diet. I was like, whatttttt. Time nie la terdetik ayat yang kite mentioned kat atas tu. Ibarat kalau aku nak picit lemak kau pun aku kena belek tang mana aku nak picit lemak kau nie. Halahhhhh, jem kejap. Terguris hati kite yang gemok nie wak.  Tsk tsk tsk. Isshhh. Ke kau perli aku ke nie.
 
Tapi betul tau, itu la ayat yang terbit kat pemikiran kite. Who’s with me?. Angkat tangan. Or maybe orang yang pernah tengok kite masa kite kurus sikit la dari sekarang, xpernah la dapat kurus macam muda dulu tapi kurus sikit (banyak sebenarnya. ๐Ÿ˜œ) la dari sekarang, lain pulak cakapnya, “ehh aah. dah gemok la bini iwan nie. Dulu xde la berisi cam skang nie”. Cam yial je. Hahahahaha. Tapi kenapa asal mentioned gemok je mesti bini iwan. Asal mentioned kurus je seketul falsya. Kenapa nyeah?. Hurmmm, ๐Ÿค”. Hahahahaha.

Budak ofis kite lagi la. “Falsya nie kadang tengok dah kurus. Xlama tuh tau2 berisi. Pastu kurus balik, pastu berisi balik. X konsisten betul”. ๐Ÿ˜‚

 Ada yang cakap, “mana ada gemok. Ok la nie untuk umur2 macam ko nie sya. Ok sangat berat ko nie untuk mak2 anak 3”. Elehhh, nak sedapkan hati kite lettew. 

Ayat “gemok” dengan “wanita” nie berpisah tiada. Aku gemok kau jangan tegur. Aku dah loss weight dari berat skang baru kau boleh tegur. Rasanya semua orang cam gitu kut. Kalau tidak kang mulalah nyetap mengkarung xtentu hala. And jugak, reasoning dia adalah, so that aku aware yang aku nie dah berjaya dalam proses untuk loss weight. Kenapa?. Sebab seketul falsya nie jenis xkan naik penimbang untuk keep track of weight losing. Nehi nehi kabbi nehi. Even now kite xtau berat kite berapa tapi yang kite tau dah berat la. Takut nanti naik penimbang kemurungan tuh akan berpanjangan. Ibarat kalau Malaysia nie ada 4 musim, 2kali repeat 4 musim tuh belum tentu habis kemurungan.

Haih, itu la. Semoga kite buat la betul2 dan bukannya acah2 nak buat betul2. Kenangku dalam doamu. Doakan neslo ais last untuk hari ini. Esok mungkin xde neslo ais. Tapi nanti jangan tetibe muncul teh o ais pulak. Naya pak karimmmmmm!!!!.

Thursday, August 10, 2023

:: Semoga Mommy Istiqomah ::

 Banyak benda yang mommy kene istiqomah. Xyah la listkan apa. Kang orang yang baca kang meluat pulak. Taqobur (takabbur) la riak la. Tiberh!. Hahahahaa. 

Cuma satu bende istiqomah nie je yang kite nak war2kan. 

Semoga kite istiqomah la hendaknya masakkan bekal untuk anak2 bawak pegi sekolah. ๐Ÿ˜‚

Bobot la yang request-ed kat kite nak kite masakkan bekal untuk dia. Permintaan tuh kite memang xboleh nak tolak sebab dia dah puji kite berbakul2. “Mommy, bobot nak mommy masakkan bekal untuk bobot boleh?. Kan mommy masak sedap. Paliiiiing sedapppp antara semua kedai”. Haaa kau. Kalau dah gitu dipujinya, mustahil la nak abaikan permintaan bobot kan. Bobot asal kite masak je kan, mesti dia puji masakan kite. Sweet la bobot nie. 

 Tapi bobot memang sweet pun. Gentleman gile. Semalam kite amek dia kat sekolah. Kebetulan hujan. Time sampai hujan dah renyai but still hujan la. Qisya dengan bobot dah masuk kereta. Kite belum masuk lagi sebab nak simpan payung. Bobot duduk dekat tepi pintu. Masa kite nak simpan payung, tetibe bobot tadah tangan dia cover kepala kite xnak bagi kene hujan.  "Are you done mommy?. cepat mommy. Hujan nie". Halahhhh suweetttttnyaaaa. Tersentuh betul hati kite. Masuk je kereta, "suweetnya bobot. Thank you bobot. Daddy pun xpernah buat mommy macam tu tau". ๐Ÿ˜. Bertukar muka hasben kite, "memang la daddy xpernah buat macam tuh. Sebab kalau hujan daddy nak masukkan kepala mommy dalam baju daddy macam nie haaaa (sambil cakap sambil buat demo. Betul2 dia nak masukkan kepala kite dalam baju dia. Hahahahha). Duduk bawah ketiak daddy nie. Tapi mommy tuh sombong". Wahahahahhahaha. Befengongfong tau.

Bila tanya nak bekal apa, ayam goreng kicap la, ayam gulai kuning la, basically lauk2 yang berkuah. Lunch box budak2 nie banyak, tapi semua jenis yang xde untuk letak makanan yang berkuah bersekali satu bekas. Xkan la nak asing2kan lauk. Tau ke derang nak handle nanti. Bukan la kata xpercaya anak2 tapi kalau boleh xnak la susahkan derang. Nak la smooth kan urusan derang. So kite pun carik la lunch box yang ada bowl. Of course la kat shopee kan. Mana lagi. ๐Ÿ˜…. Selasa lepas lunch box selamat mendarat dekat ofis.



Taraaaaa. Ini la lunch box anak2 kite. Not bad jugak kualitinya. Cumanya kalau boleh jangan panaskan makanan dalam bowl tuh dekat microwave. Macam xsesuai untuk microwave. The lunch box itself xsure la pulak cemana kan sebab xpernah panaskan lagi dalam microwave except for the bowl la.

Kite beli lunch box nie dapat free warmer beg tuh.


๐Ÿ‘†๐Ÿป๐Ÿ‘†๐Ÿป๐Ÿ‘†๐Ÿป๐Ÿ‘†๐Ÿป

Kite belanja link lunch box yang bersekali dengan bowl. Ini bukan seller yang sama dengan seller yang kite beli tau. Bukan xnak bagi seller yang sama. Tapi stock kat seller yang kite beli tuh dah habis. 

Bila dah dijanjikan nak buat bekal once lunch box dah sampai, maka the next day tuh kena la tunaikan janji. Xkan nak capatikan janji tuh kan. Jangan risau anak2, mommy bukan politicians yang suka bagi janji pelesu. Lahhh, sempat lagi. ๐Ÿ˜‚.

Esoknya kite bekalkan anak2 kite spaghetti bolognese. Xsempat nak prep kan bahan2 untuk masak lauk. 
Spaghetti bolognese, kek batik and orange. Kebetulan kite ada buat kek batik. So masukkan sekali untuk penuhkan ruangan. Hihihi.

Ini untuk suami kite. Dia WFH kan, so buatkan la sekali lunch untuk dia. Disebabkan hasben kite nak diet, maka menunya adalah brown rice, chicken grill and veges. 

Menu untuk hari nie pulak, kite masakkan ayam masak kicap, sayur campur and apple. Malam sebelum dah siap prep kan bahan2. Pagi just masak je. Cepat dan mudah. Ngeee.
Semoga kenyang la anak2 kite. Hihihi.

Bekal untuk hasben kite xde sebab dia lunch kat luar. Untuk kite ada jugak bekal. Macam sedap pulak ayam masak kicap. Cuma beza ayam masak kicap kite dengan anak2 kite adalah, kite punya ada letak cili padi. Perghhh lagi sedap letak cili padi. 

Bekalku. Huahuahua.

Skang nie kite dah ada kegilaan baru selain dari mengumpul tumbler. Kite dah gila nak membeli lunch box. Nie baru nie kite check out kan pattern lunch box yang sama cuma tanpa bowl. ๐Ÿคฆ๐Ÿป‍♀️. Tunggu sampai. Mampuih ler kalau hasben kite tau. ๐Ÿ˜

 Semoga kite istiqomah la sediakan bekal untuk anak2 setiap hari. Insya-Allah. Amin3. 

Thursday, August 3, 2023

:: Approved by Bobot ::

 Bila kite mak2 nie masak kan, and bila anak puji melambung, heart very blooming blooming la i tell you. Bobot la yang kemain akan puji apa yang kite masak tuh sedap. Bobot nie macam kite pun tester la. ๐Ÿ˜‚. 

“Wow mommy. Taste so good!!. Hebatnya mommy!. Pandainya mommy masak”. Hahahha. Dia punya face expression tuh memang superb la. Betul sedap nie. ๐Ÿคช. Bobot kannnn. Dia memang jenis yang pandai sungguh mengambil hati. Qisya pun akan puji jugak tapi qisya nie more to macam daddy dia. Macam “sedap. Ok je”. ๐Ÿ˜ฃ. Bobot kadang dia suka teman kite kat dapur. Kang mulalah, “mommy, let me help you to cut these. Bobot nak tolong mommy masak boleh?. Mommy ajar bobot masak boleh?”. Kite ok je. Lagipun kite memang nak ajar dia cara pegang pisau, cara masak apa semua. Biar dia xkekok nak pegang pisau nanti. Macam apaknya la. ๐Ÿคช. Sepanjang hayat xpernah pegang pisau untuk potong2 buah ke, sayur ke. Apatah lagi siang ikan or potong ayam. Auto kite boleh jadi mak hayam kut kalau dia potong ayam. ๐Ÿ˜‚. Tapi xleh jugak nak salahkan dia 100% sebab memang xpernah diajar langsung pun untuk buat semua2 tu dari kecik.

So kite xnak anak2 kite jenis xreti nak buat bende yang basic2 cenggitu. Bende nie kire basic common kut. Macam survival skill la lebih kurang. Apo kalau gitu pun xgheti nak buat. Jangan buat malu mommy nyeah. Skang nie pelan2 kite ajar. Suruh buang sampah, suruh kemas rumah, suruh kemas katil lepas bangun tido, weekend kene kemas bilik masing2, suruh angkat pinggan cawan lepas makan and basuh pinggan cawan sendiri (selalunya belakang2 kite akan cuci balik. Janji anak2 kite dah set dalam mind, “ooo lepas makan kene basuh pinggan). Berani la letak pinggan kat atas meja je pastu main blah. Kang mulalah mommy bebel panjang xsudah. Pantang betul kite lepas makan main tinggal je atas meja.

Xde yang terkecuali nyeah. Selagi masih duduk dalam rumah nie, baik anak perempuan mahupun anak lelaki, xkan terlepas dari kene buat kerja rumah nyeah. Lambert lagi nak bergoyang kaki bersenang lenang. Apa, ingat mommy nie orang gaji ke. Asal namanya isteri/mak je, terus dichop orang gaji?. Kalau nak mommy buat boleh, tapi jangan ingat free nyeah. Bayar la. Setiap tahun raya mommy akan claim sebab masing2 dapat duit raya kan (time raya la boleh nak claim sebab time raya anak2 kite kaya-raya. Muahaha). Ehh, yeee laaaa. Patut buat cenggitu kan. Claim sorang 500hinggit. Balance 300-400 hengget tuh baru bedak2 simpan dalam bank. ๐Ÿคช. Fuhhhh, kaya mommy dapat duit raya dari anak2 total seghibu setengah. Hahahahaha. Itu kalau xnak tolong la. Kalau tolong, kite sendiri akan reward kan derang.

Kenapa nak paksa?. Anak2 kan kecik lagi?. Then, kite akan tanya balik orang tuh. Kenapa?. Sebab anak2 kecik lagi xboleh ke nak ajar?. bukan sepatutnya kite kene ajar anak dari kecik ke?. Ke salah?. ke canner?. Tapi kalau salah, xkan la wujudnya peribahasa, "melentur buluh biar dari rebungnya". Ke xpaham maksud peribahasa tuh?.

Kite nie memang typical asian mom sebenarnya. ๐Ÿ˜‚. Jenis yang bukan bertuankan anak. Kau macam2 memang kau siap la. Kau buat muka tarik muka pun memang kompom kau akan kene. Apatah lagi kalau membentak kaki hempas pintu. Kalau nak rasa kene libas dengan rotan buluh kau buat. ๐Ÿ˜. Ada time anak2 nie perlu diajar. Tapi ada time, as mak nie kite kene kontra kan dengan kasih sayang. Kene balance. Kite pun tidak la sokmo garang je. Ada time belai, ada time libas. Hahaha. Halahhh xpernah pun lagi kene libas. Takat gertak2 je. Kalau hinggap rotan kat badan pun bukannya libas sekuat hati. Tapi bila hinggap kat badan takat sentuh je. 

Walaupun takat sentuh cheetttt gitu je, impact dia macam kene libas betul2. Derang punya melalak dah macam berbirat badan. Confuse mommy. Sampai tahap kite acah2 nak pegi amek rotan pun derang punya menggelupur dah macam apa. “Sorry mommy sorry mommy. Jangan amek rotan. Please mommy. Ok ok kite buat”, sambil menangis. Hadehhh. 

Kemahen panjang mukadimah. Padahal nak cite pasal ayam kewpie je. ๐Ÿ˜

Serious sedap tau ayam kewpie nie. Sumpah sedap. Bobot kemain suka. 

1st time buat ayam bakar kewpie. Bakar dalam airfryer. Kang bising hasben kite airfryer jadi tukun sebab xguna2. ๐Ÿ˜‚. Cicah pulak dengan air asam gula aren beli kat rumah hutan bonda rozita. MasyaAllah sedap betul. Menyesal beli sebotol je. ๐Ÿ˜ฉ. Pedas manis masam semua cukup. Kalau makan dengan nasi pedas air asam tuh xde la membunuh sangat. Kalau main cicah2 je, perghhhhh, dia punya pedas macam rasa nak ikat ais batu dekat lidah. Pedas yang sedap. Pedas yang asyik nak nak nak nak dan nak.

Takat makan dinner jadik la. Even macam nie pun dah alhamdulillah syukur. Kenyang perut.
 
Bobot approved ayam bkaar kewpie nie. Laju dia makan.

Pastu kene sound dengan bobot, “mommy nie letak makanan dalam plate cantik2 untuk daddy je. Untuk anak2 mommy xbuat cantik2 pun. Mommy letak2 je makanan dalam plate”. Ya Allah bobotttttt. Yelah yelah, nanti mommy buat la cantik2 jugak.

Anak no 2 kite mulut memang main cakap lepas. Dia akan cakap apa yang terlintas dekat kepala dia. Jenis xboleh simpan2. Tapi tuh la, apa ayat yang keluar dari mulut dia memang pedas weh. Tertusuk menusuk ke hati yang paling dalam. Huahuahua. Tapi tidak la bobot cakap bende yang menikam je. Memuji pun bobot pandai. Kalau dia memuji, berbunga rasa hati. Selalu dia akan puji masakan kite la.

Kite perasan anak2 lelaki kite, dua2 menurun perangai kite. Bobot dapat perangai kite yang xboleh dipaksa buat bende yang dia xnak buat. If no means no. Pastu jenis cakap apa bende yang terbuku kat hati. Xboleh and xreti nak simpan. Ifan so far yang kite nampak, menurun perangai kuat merajuk kite. Kadang kite cite la dekat hasben kite pasal ifan duk merajuk la, buat keras hati apa semua. “Haaah ikut perangai siapa kuat merajuk. Siapa suruh masa pregnant ifan asyik nak merajuk je”. ๐Ÿ˜’. Qisya ikut perangai hasben kite and suku perangai kite. Part hati mudah tersentuh/sentap and cepat mengalir air mata. Haaaa itu menurun perangai kite la. ๐Ÿ˜…

Nak buat macam mana kan. Dari acuan sama. Gitu la.๐Ÿ˜

Haaaa ini la dia air asam gula aren bonda rozita. Serious memang sedap. Menyesal beli sebotol je. Harap2 la kalau dah habis sebotol nie, kawan baik saya iaitu si botak tuh boleh menunaikan hasrat untuk belikan air asam nie untuk kawan baik dia sejak dari bangku sekolah lagi. Sebab rumah kawan baik saya nie dekat batang kali. Dekat dengan rumah hutan bonda rozita. Anak2 ikhwan dengan anak2 kite kan satu sekolah. Boleh main passing2. Ehhh tiberh. ๐Ÿคฃ๐Ÿคช๐Ÿ˜‚.

Semalam balik sekolah bobot kata dia lapar sangat. Xsempat nak makan lepas KAFA sebab bizi main hide and seek katanya. ๐Ÿคฆ๐Ÿป‍♀️. 

“Jap kayh bobot. Mommy baru sampai rumah. Bagi la mommy duduk dulu. Kalau lapar sangat order je la. Kalau nak mommy masak, tunggu jap bagi mommy rest jap”.

“Bobot nak mommy masak. Sebab mommy masak paling sedap dari semua kedai2 yang ada”. 

Haaaaa kan. Kan dah ckp bobot kalau memuji terus rasa berbunga hati.

Terus order barang kat pandamart. Dalam 20minit barang sampai (pandamart memang dekat je dengan rumah), terus macam ada energy. Dah macam tertelan energy booster. Cargas bangun masuk dapur start masak. Xlama lepas tu, bobot datang. “Mommy, can i help u?. Bobot boleh cut sayur”. Kite xmenghalang malah mengalu-alukan lagi. So bobot la tolong kite potong2 bawang apa semua. 

“I want to be assistant in the kitchen la mommy. Bobot jadi assistant mommy”. ๐Ÿคฃ๐Ÿ˜‚.

Dia jugak la yang letak2 segala2 bahan2, dia jugak la yang kacau apa semua.

Maka terjadilah sizzling yee mee yang xberapa nak sizzling. Berderai yee mee sebab lama nak tunggu bobot pecahkan telur. Hihihi.

Bangga betul dia. Beria dia kaborkan kt semua org dia yang masak. ๐Ÿ˜…. 

Harap berterusan dan berpanjangan la sikap nak tolong mommy nie ye bobot.
 InsyaAllah. Amin3.