Thursday, August 3, 2023

:: Approved by Bobot ::

 Bila kite mak2 nie masak kan, and bila anak puji melambung, heart very blooming blooming la i tell you. Bobot la yang kemain akan puji apa yang kite masak tuh sedap. Bobot nie macam kite pun tester la. 😂. 

“Wow mommy. Taste so good!!. Hebatnya mommy!. Pandainya mommy masak”. Hahahha. Dia punya face expression tuh memang superb la. Betul sedap nie. ðŸĪŠ. Bobot kannnn. Dia memang jenis yang pandai sungguh mengambil hati. Qisya pun akan puji jugak tapi qisya nie more to macam daddy dia. Macam “sedap. Ok je”. ðŸ˜Ģ. Bobot kadang dia suka teman kite kat dapur. Kang mulalah, “mommy, let me help you to cut these. Bobot nak tolong mommy masak boleh?. Mommy ajar bobot masak boleh?”. Kite ok je. Lagipun kite memang nak ajar dia cara pegang pisau, cara masak apa semua. Biar dia xkekok nak pegang pisau nanti. Macam apaknya la. ðŸĪŠ. Sepanjang hayat xpernah pegang pisau untuk potong2 buah ke, sayur ke. Apatah lagi siang ikan or potong ayam. Auto kite boleh jadi mak hayam kut kalau dia potong ayam. 😂. Tapi xleh jugak nak salahkan dia 100% sebab memang xpernah diajar langsung pun untuk buat semua2 tu dari kecik.

So kite xnak anak2 kite jenis xreti nak buat bende yang basic2 cenggitu. Bende nie kire basic common kut. Macam survival skill la lebih kurang. Apo kalau gitu pun xgheti nak buat. Jangan buat malu mommy nyeah. Skang nie pelan2 kite ajar. Suruh buang sampah, suruh kemas rumah, suruh kemas katil lepas bangun tido, weekend kene kemas bilik masing2, suruh angkat pinggan cawan lepas makan and basuh pinggan cawan sendiri (selalunya belakang2 kite akan cuci balik. Janji anak2 kite dah set dalam mind, “ooo lepas makan kene basuh pinggan). Berani la letak pinggan kat atas meja je pastu main blah. Kang mulalah mommy bebel panjang xsudah. Pantang betul kite lepas makan main tinggal je atas meja.

Xde yang terkecuali nyeah. Selagi masih duduk dalam rumah nie, baik anak perempuan mahupun anak lelaki, xkan terlepas dari kene buat kerja rumah nyeah. Lambert lagi nak bergoyang kaki bersenang lenang. Apa, ingat mommy nie orang gaji ke. Asal namanya isteri/mak je, terus dichop orang gaji?. Kalau nak mommy buat boleh, tapi jangan ingat free nyeah. Bayar la. Setiap tahun raya mommy akan claim sebab masing2 dapat duit raya kan (time raya la boleh nak claim sebab time raya anak2 kite kaya-raya. Muahaha). Ehh, yeee laaaa. Patut buat cenggitu kan. Claim sorang 500hinggit. Balance 300-400 hengget tuh baru bedak2 simpan dalam bank. ðŸĪŠ. Fuhhhh, kaya mommy dapat duit raya dari anak2 total seghibu setengah. Hahahahaha. Itu kalau xnak tolong la. Kalau tolong, kite sendiri akan reward kan derang.

Kenapa nak paksa?. Anak2 kan kecik lagi?. Then, kite akan tanya balik orang tuh. Kenapa?. Sebab anak2 kecik lagi xboleh ke nak ajar?. bukan sepatutnya kite kene ajar anak dari kecik ke?. Ke salah?. ke canner?. Tapi kalau salah, xkan la wujudnya peribahasa, "melentur buluh biar dari rebungnya". Ke xpaham maksud peribahasa tuh?.

Kite nie memang typical asian mom sebenarnya. 😂. Jenis yang bukan bertuankan anak. Kau macam2 memang kau siap la. Kau buat muka tarik muka pun memang kompom kau akan kene. Apatah lagi kalau membentak kaki hempas pintu. Kalau nak rasa kene libas dengan rotan buluh kau buat. 😏. Ada time anak2 nie perlu diajar. Tapi ada time, as mak nie kite kene kontra kan dengan kasih sayang. Kene balance. Kite pun tidak la sokmo garang je. Ada time belai, ada time libas. Hahaha. Halahhh xpernah pun lagi kene libas. Takat gertak2 je. Kalau hinggap rotan kat badan pun bukannya libas sekuat hati. Tapi bila hinggap kat badan takat sentuh je. 

Walaupun takat sentuh cheetttt gitu je, impact dia macam kene libas betul2. Derang punya melalak dah macam berbirat badan. Confuse mommy. Sampai tahap kite acah2 nak pegi amek rotan pun derang punya menggelupur dah macam apa. “Sorry mommy sorry mommy. Jangan amek rotan. Please mommy. Ok ok kite buat”, sambil menangis. Hadehhh. 

Kemahen panjang mukadimah. Padahal nak cite pasal ayam kewpie je. 😝

Serious sedap tau ayam kewpie nie. Sumpah sedap. Bobot kemain suka. 

1st time buat ayam bakar kewpie. Bakar dalam airfryer. Kang bising hasben kite airfryer jadi tukun sebab xguna2. 😂. Cicah pulak dengan air asam gula aren beli kat rumah hutan bonda rozita. MasyaAllah sedap betul. Menyesal beli sebotol je. ðŸ˜Đ. Pedas manis masam semua cukup. Kalau makan dengan nasi pedas air asam tuh xde la membunuh sangat. Kalau main cicah2 je, perghhhhh, dia punya pedas macam rasa nak ikat ais batu dekat lidah. Pedas yang sedap. Pedas yang asyik nak nak nak nak dan nak.

Takat makan dinner jadik la. Even macam nie pun dah alhamdulillah syukur. Kenyang perut.
 
Bobot approved ayam bkaar kewpie nie. Laju dia makan.

Pastu kene sound dengan bobot, “mommy nie letak makanan dalam plate cantik2 untuk daddy je. Untuk anak2 mommy xbuat cantik2 pun. Mommy letak2 je makanan dalam plate”. Ya Allah bobotttttt. Yelah yelah, nanti mommy buat la cantik2 jugak.

Anak no 2 kite mulut memang main cakap lepas. Dia akan cakap apa yang terlintas dekat kepala dia. Jenis xboleh simpan2. Tapi tuh la, apa ayat yang keluar dari mulut dia memang pedas weh. Tertusuk menusuk ke hati yang paling dalam. Huahuahua. Tapi tidak la bobot cakap bende yang menikam je. Memuji pun bobot pandai. Kalau dia memuji, berbunga rasa hati. Selalu dia akan puji masakan kite la.

Kite perasan anak2 lelaki kite, dua2 menurun perangai kite. Bobot dapat perangai kite yang xboleh dipaksa buat bende yang dia xnak buat. If no means no. Pastu jenis cakap apa bende yang terbuku kat hati. Xboleh and xreti nak simpan. Ifan so far yang kite nampak, menurun perangai kuat merajuk kite. Kadang kite cite la dekat hasben kite pasal ifan duk merajuk la, buat keras hati apa semua. “Haaah ikut perangai siapa kuat merajuk. Siapa suruh masa pregnant ifan asyik nak merajuk je”. 😒. Qisya ikut perangai hasben kite and suku perangai kite. Part hati mudah tersentuh/sentap and cepat mengalir air mata. Haaaa itu menurun perangai kite la. 😅

Nak buat macam mana kan. Dari acuan sama. Gitu la.😁

Haaaa ini la dia air asam gula aren bonda rozita. Serious memang sedap. Menyesal beli sebotol je. Harap2 la kalau dah habis sebotol nie, kawan baik saya iaitu si botak tuh boleh menunaikan hasrat untuk belikan air asam nie untuk kawan baik dia sejak dari bangku sekolah lagi. Sebab rumah kawan baik saya nie dekat batang kali. Dekat dengan rumah hutan bonda rozita. Anak2 ikhwan dengan anak2 kite kan satu sekolah. Boleh main passing2. Ehhh tiberh. ðŸĪĢðŸĪŠðŸ˜‚.

Semalam balik sekolah bobot kata dia lapar sangat. Xsempat nak makan lepas KAFA sebab bizi main hide and seek katanya. ðŸĪĶðŸŧ‍♀️. 

“Jap kayh bobot. Mommy baru sampai rumah. Bagi la mommy duduk dulu. Kalau lapar sangat order je la. Kalau nak mommy masak, tunggu jap bagi mommy rest jap”.

“Bobot nak mommy masak. Sebab mommy masak paling sedap dari semua kedai2 yang ada”. 

Haaaaa kan. Kan dah ckp bobot kalau memuji terus rasa berbunga hati.

Terus order barang kat pandamart. Dalam 20minit barang sampai (pandamart memang dekat je dengan rumah), terus macam ada energy. Dah macam tertelan energy booster. Cargas bangun masuk dapur start masak. Xlama lepas tu, bobot datang. “Mommy, can i help u?. Bobot boleh cut sayur”. Kite xmenghalang malah mengalu-alukan lagi. So bobot la tolong kite potong2 bawang apa semua. 

“I want to be assistant in the kitchen la mommy. Bobot jadi assistant mommy”. ðŸĪĢ😂.

Dia jugak la yang letak2 segala2 bahan2, dia jugak la yang kacau apa semua.

Maka terjadilah sizzling yee mee yang xberapa nak sizzling. Berderai yee mee sebab lama nak tunggu bobot pecahkan telur. Hihihi.

Bangga betul dia. Beria dia kaborkan kt semua org dia yang masak. 😅. 

Harap berterusan dan berpanjangan la sikap nak tolong mommy nie ye bobot.
 InsyaAllah. Amin3.

1 comment:

  1. wah..ni kena cuba ni air asam bonda ni..nampak semua makanan akak ni menyelerakan..

    ReplyDelete