Baru nie hasben kite demam. Kesian dia. Khamis minggu lepas to be exact dia sakit. Dah almost 1 week la kiranya. Bila hasben kite sakit, kami semua memang xkemana la. Patah sebelah sayap saya. Hihihi. Kelas swimming, anak2 kite xdapat attend, qisya xpegi kelas taekwondo. Mujur la kelas muzik anak2 kite buat dekat sekolah. Ye, derang attend kelas muzik anjuran sekolah. So student mana yang berminat, boleh join. Qisya join kelas piano, bobot join kelas guitar. Nanti time ipan kalau ada lagi, join kelas drum pulak. Hahaha. Cikgu yang mengajar pulak import cikgu muzik dari yamaha. Masa nak registerkan bobot, alhamdulillah la ada pelajar yang drop slot untuk kelas guitar. So bobot boleh masuk. Kalau tidak, dah penuh dah slot untuk kelas guitar. Rezeki bobot!. But sokay, xmerungut pun. Bukannya big issue kalau xpegi. Lagipun hasben kite xsihat. Something yang xboleh nak avoid. Even kalau hasben kite sihat, ada je culas xpegi. Hahaha. That’s why kite cakap no big issue pun.Bukannya kite xboleh nak bawak, tapi kalau kite pun xsihat cemana. Cumanya x seteruk hasben kite la.
Kali nie demam hasben kite antara yang terpaling teruk la. Almost a week duk berselubung, sweater xpernah tanggal. Badan terlampau panas. Sehari after demam, tetibe tapak tangan ada blister. Pegi klinik doctor amek darah buat blood test. Alhamdulillah bukan denggi, bukan influenza, bukan covid. Doctor kata viral fever. Tapi makin lama makin teruk blister tu. Tapak tangan sampai bengkak. Nak genggam xboleh. Pegang henfon apatah lagi.
Macam nie rupa blister. Ini diawal2 kene. 1 hari selepas start demam. So xnampak teruk sangat lagi. Ini kire baru 30%. Bila dah 3 ke 4 hari, korang bayangkan je la macam mana teruk. 3 kali ganda teruk. Terkejut kite tengok.
*sorry kalau ada yang xboleh tengok gambar tangan*
Hari ke 4 which hari ahad, kite dah start risau. Demam xkebah2. Kebah lepas makan ubat je. Effect ubat tuh habis, start balik demam. Start balik menggigil. Start balik panas. So kite suruh hasben kite pegi hospital. Ye lah sakit skang nie xboleh jangka. Kadang nampak macam demam biasa, tapi dalam xtau. Kut ada infection ke apa ke kan. Nak2 pulak dengan tangan badan penuh blister. Risau infection je. Tapi sebelum pegi hospital, kene pegi klinik amek referral letter. Masa kat klinik, doctor suspect HFMD. So dia treat as HFMD patient. Doctor pun terkejut tengok tapak tangan hasben kite. Rare orang besar kene HFMD. Tapi dia pun xboleh nak confirmkan betul atau tidak sebab dalam mulut xde blister katanya. Doctor cakap kalau pegi hospital pun doctor kat sana xboleh buat apa. Just buat normal procedure. So xjadi la ke hospital.
Balik rumah kite menggelupur carik eo nak dilute eo. Sekali eo lavender pulak habis. Alhamdulillah best friend kite ada stock. Malam tuh jugak dia datang rumah deliver.
Kite dilute 4 eo nie.
Lavender + frank + melrose + thieves. Kite dilute dengan V6 oil. Setiap satu 3 drop eo. Thieves kite lebihkan 4 drop. Malam kite diffuse purification.
2 kali sapu alhamdulillah dah nampak effect. Rupa blister masih lagi nampak seram, hahahaha, cumanya boleh nampak kesan dekat tang bengkak. Bengkak dah nampak surut. Tangan dah boleh genggam. Sebelum tu lagi la nak genggam pun xboleh. Kat rumah kalau kite ada, kite la tukang sapu. Sebab hasben kite nie dia ada masalah kalau nak menyapu2 minyak or letak2 cream nie. Dia macam geli. Hahahaha. Tah la kite pun xpaham. Tah pape kan. 😂. Kalau mintak dia sapukan apa2, hujung2 jari je dia uli2 minyak or cream tuh. Pastu jenis sapu asal boleh. Elok lepas sapu terus dia basuh tangan. Geram betul. Hahahaha.
Belum lagi bila kite sapukan cream or lotion or minyak kat tangan dia. Lepas sapu kat tangan dia tuh ibarat macam tangan kene gari. “I dah xboleh nak buat apa dah. Tangan i dah tercemar”. Eeiii paneh betul. Hahahaha. Memang dia xde pegang apa2 or buat apa2 lepas tuh.
3-4 hari selepas sapu diluted eo. Nie dah nampak ok dari sebelum nie. Ehhh, dah ok banyak kut. Nampak la perubahan ketara. Padahal sebelum guna eo, hasben kite duk sapu cream yang klinik bagi. Xde effect apa pun. Makin teruk lagi ada la. After guna diluted eo yang boleh nampak perbezaan ketara sangat.
Nie hari jumaat punya result. After 6 hari sapu eo. Blister dah xde, tapak tangan dah xbengkak, pastu skang tapak tangan dia nak “bersalin” kulit baru. Itu yang tapak tangan dia jadi macam tuh. Awal2 kite xtau nak salin kulit sebab hasben kite send gambar masa kite kat ofis. Siap cakap ter-overdose guna eo. Balik rumah kite tengok la apa yang overdose-nya. Sekali tengok, lahhhh ini bukan sebab overdose. 😂. “Ini maknanya nak salin kulit. Kulit mati yang dari kene blister tuh. Boleh je nak kopek”. Hahhh, baru la hasben kite berani nak kopek. Kalau tidak memang dia biaukan je xberani nak buat apa. 😅
“I saje je buat bentuk love. Sebab u kan ada dekat sebelah i. U kan jantung hati i”
Pastu menyeringai miang.
Wahahahahaa.
🤣😂
Eo kite pun banyak dah habis. Nak kene restock. Baru nie hasben kite ada bagi duit untuk join membership. Sebelum nie dah joined dah. Tapi tuh la. Bila joined bukan sebab nak meniaga, more to untuk kegunaan sendiri, itu yang membership expired tuh. Kite ingatkan nak masuk under best friend kite ili je. Alih2 ili kata dia bukan member pun. Ili kata xyah jadi ahli, kalau nak bagitau je dia sebab dia ada kenal sorang akak nie. Akak nie boleh bagi dia harga murah. So ok la gitu. Xjadi la join membership. Duit yang hasben kite bagi tuh, sebelum habis ke bende lain, baik la kite shopping buat beli eo. Sebab itu yang sepatutnya pun kan. Rasanya macam ada lagi duit tu. Ehhh, hahahahaha.
Anak2 kite kalau kena HFMD or chicken pox memang eo lah yang kite akan guna utk kurang2 all the blisters. Alhamdulillah sepanjang guna untuk anak2 memang nampak effect. Itu yang stock penting kene ada. So that nanti xmenggelupur. Hahahaha.
No comments:
Post a Comment