Tuesday, February 20, 2024

:: Nostalgia, Taman Melawati ::

 Seperti biasa, setiap hari jumaat memang kite and hasben and 2 anak bujang kite akan pegi melilau carik tempat makan dekat area taman permata or taman melawati sementara nak menunggu anak sulung habis kelas taekwondo. 

Tempat makan kiteorang kalau tidak mee tarik kungfu ramen, serasa garden. Kalau tidak serasa garden, kiteorang makan soto dengan laksa johor. Tah apa nama kedai dia tah. Xingat. Tapi kedai dia kecik je. Betul2 berdepan dengan tepi 7eleven yang selorong dengan mohd chan.

Baru nie kiteorang discovered 1 kedai makan. Ala2 kopitiam. Nama kedai makan tu, Nostalgia. Konsep kedai makan Nostalgia nie adalah konsep zaman2 atok nenek moyang kite dulu2. Dah nama pun Nostalgia kan.

Masih selorong dengan restoran mohd chan tapi kedai makan nie hujung sekali. Alah kalau korang nak try makan situ, and xtau jalan, waze je. Bende skang nie hujung jari je. Macam xbiasa nak guna waze.

1st time makan, terus jatuh hati dah. Owh haaa, ini kopitiam melayu je bukan kopitiam bangsa lain. Owner sah2 melayu. 

Makanan kat situ bagi kite semua sedap2. Suasana dalam kedai makan tuh sangat la suasana ala2 zaman dulu2 kala. Barang2 dalam kedai tuh pun barang2 zaman2 atok nenek moyang kite. Ambiance dalam kedai makan Nostalgia nie memang menggamit memori sungguh la. Sesuai sangat kalau nak bawak mak ayah makan situ. Confirm derang akan suka.

1st time makan kat Nostalgia, kite order, 
 
*Disclaimer : Review ini tidak berbayar ye*

*sila scroll*

Nostalgia char kuey teow.
Ini sedap.
Belakang tuh telur separuh masak. Which common taste la kan. 

Butter clam with mantou bun.
Ini sumpah sedap. Serious sedap korang. Boleh buat teringat2, terkenang2 oii makanan nie. Tolong la order kalau datang makan kat sini.

Curry mee.
Ini pun sedap.

Nasi goreng cina untukkkkkk
Budak rambut kinting lesung pipit nan sebelah nie.
Pun sedap jugak nasi goreng cina dia.

Ini suasana dalam kedai

Kerusi yang belakang tinggi2 tuh macam kerusi kat rumah arwah nenek kite.

Itu pintu masuk.
Geram betul budak nie. Meja dah la kecik, ordernya bagai2. Dia duk bantai susun toys dia atas meja. Rugi space bethol. Ini mujur 2 je dia bawak. Kadang sampai 5 robot dia susun atas meja. Haish.

Ini belah dalam kedai.

Ini belah luar kedai. Derang display barang2 lama.

2nd time pegi, kiteorang order,

Lempeng sambal ikan bilis.
Awalnya kite nak repeat order butter clam tu. Tapi hasben kite nak try lempeng pulak. 
MasyaAllah. Serious sedap weh. Sambal ikan bilis sedap sangat. Kalau la nasi lemak dia guna sambal ikan bilis yang sama, memang sumpah akan sedap. Lepas nie kalau pegi lagi, kite dah plan nak try makan nasi lemak pulak. Dah alang2 memang tengah gemok kan. Apedehal. Takat nasi lemak, halahhhh, xterkesan la dek lemak2 yang ada nie. Tetap akan nampak gemok jugak. Hahahaha.

Ini apatah nama dia. Cantonese kuey teow kut. Ini pun sedap. Sesuai sangat dengan budak2. Kite teruja dengan mangkuk dia. Ehh mangkuk nyeah nama dia. Ahh gasak la. Hahaha. Kite panggil bekas la ek. Macam bekas mak kite.

Mee kuning basah.
Ermmm, kite review jujur la nyeah. Sebab sedap tu kan subjektif.
Agaknya sebab mee kuning kut. So ada terasa la kapur mee kuning tuh. Xde la kuat sangat. Tapi boleh terasa la rasa kapur mee tu. Kuah kicap macam agak masin sikit. Mungkin time kite makan rasa gitu. Mungkin time orang lain makan rasa ok. Ini kite review based on kite makan time tuh tau. 

Air macam biasa la. Kiteorang minum air kosong je. Seperti biasa hasben kite order kopi. Macam tipu je order air kosong semata kan. Hahaha. Kite order air soursop apa tah nama dia. Air kosong tuh untuk buat sulam2 dan untuk si ipan. Ipan kan memang minum air kosong je.

Nie la budak tuh. Dia xreti nak minum air lain. Selain vitagen, yakult, oren sunkist tu, memang air kosong je la yang dia akan minum. Selalunya memang air kosong. Kat rumah, air kosong yang dia minum pun bukannya jenis yang sejuk. Every time dia amek air kat water purifier, dia akan tekan air yang room temperature. Kalau dia mintak tolong kakak dia amekkan air pun, dia akan pesan, "kakak, no blue. ipan nak green je". Mesti xpaham kan pesanan dia. Hahaha. Water purifier kite kalau tekan air sejuk, akan keluar lampu biru. Kalau air room temperature akan keluar lampu hijau. Kalau air panas akan keluar lampu merah. So itu la yang ipan maksudkan dengan "no blue nak green je". Ngertik ngak?. Huahuahua.

Portion makanan memang kenyang la. Harga reasonable. Ini salah satu kedai makan yang kite akan repeat kalau pegi taman melawati setiap hari jumaat. Week before 1st time kiteorang try makan kat nostalgia nie kan, kiteorang makan dekat kedai makan ala2 chinese food yang berdepan dengan kedai makan nostalgia tau. Owned by muslim. Memang itu 1st and the last la makan situ. Untuk try boleh tapi untuk repeat, rasanya tidak la.

 Portion makanan sikit, rasa so-so, harga mahal. Fried dumpling dia sedap. Pastu kiteorang order mee wantan kicap untuk anak2 bujang. Bila sampai, terbeliak mata kami laki bini. Portion mee wantan dia, macam korang makan 2 mangkuk mee kat boat noddle. 3-4 kali slurp dah gone. Harga xseiring dengan kejadian. Hahahhaa. Xnak bagitau nama kedai. Nanti kalau korang pegi try makan kat Nostalgia nie, korang tau la kedai mana. Sayang, kedai makan deco2 dah cantik. Cozy. Tapi tuh la. 😅. Itu kite la. Lain orang yang dah pernah try, mungkin kene dengan selera. But for us, xpe la. Certain people boleh cakap, baru makan 3-4 menu dah kata so-so xnak repeat. Poyo betul. Terpulang nak cakap apa. Kadang 3-4 menu tuh la yang boleh buat customer repeat masuk lagi kedai. Macam Nostalgia nie la. 1st time pegi kiteorang order 3-4 menu jugak. Terus buat rasa nak repeat lagi pegi. Nak try lagi menu lain pulak. Kannnsssss.

This friday, xtau la kedai makan mana pulak kiteorang pegi. Hihihi.

2 comments:

  1. taman Melawati dekat kuala selangor ke nie sis?
    kalau kat situ, bebila boleh food hunting nih

    ReplyDelete
  2. @adnil linda x la sis. taman melawati nie dekat KL. dekat dengan zoo negara. hihi

    ReplyDelete