Birthday present kite tahun lepas adalah birthday present yang tidak selfish. Sebab apa tidak selfish?. Sebab semua orang dalam rumah boleh guna. Siap berebut dengan anak2 lagi. Okay skang nie tengah fikir nak birthday present apa pulak untuk tahun nie. Kuang3. Mak suami jangan menggigil tau. Jangan la pulak mak suami duk tanya berapa harga massage chair tu dekat anak mak suami like always. Nak tau harga tu bukan sebab nak beli, tapi lebih kepada nak tau total damage duit yang anak mak suami keluarkan untuk isteri dia. Chill ok mak suami, setahun sekali kut. Xkan la setahun sekali tuh sampai boleh menggigil badan, xsenang duduk, hati gundah gulana sebab duk mikir habis la duit anak aku bini dia kerjakan. Pasal bulanan kereta "orang depan" siapa bayar pun silap2 x move on lagi. Xkan la nak tambah lagi ye dok?. Kasi tenang sikit hati tu. Boleh ke mak suami?. Relax ye mak suami, bini si iwan nie kan tengah rollingkan balik rezeki anak mak suami. Mak suami lupa kut janji Allah. Lupa ke atau saje2 buat lupa. Hihihihi. Xkan miskin seorang suami jika bahagiakan isteri. So chill ok. And jangan la pulak menjaja cerita dekat semua orang apa yang jadi dalam kehidupan kiteorang seperti selalu dan sebelum2 nie ya. Tak pasal2 orang lain tau parcel setiap hari ada je yang datang, ada berapa parcel dalam sehari, sehari berapa kali grab dengan foodpanda muncul depan rumah. Dah macam setiap kali kalau ada bunyik sikit dekat rumah kami, mak suami akan selak langsir mengendap atau tengok apa jadik dari cctv ke cemana?. Sebab semua benda tau nieh. Sheramssss la kite. Kalau ye bagitau tau. Nanti boleh la i suruh anak2 i lambai sikit setiap kali keluar amek barang or setiap kali derang buat aktiviti dekat luar rumah. At least ada la jugak dapat respon. Tapi tuh la, kalau nampak didiamkan je xpe la jugak. Ini bila nampak dijadikan modal jaja cerita tuh yang xbest tu. Jangan tau jangan. Jwajih x mak suami?. Jwanjih la nyeah. Rasanya cukup2 dah kut. Penat la. Berbelas tahun dah nie. Xpenat ke?. Lahhh tiberh!.
Thursday, March 12, 2026
:: Yuhhuuuuuuu! ::
Birthday present kite tahun lepas adalah birthday present yang tidak selfish. Sebab apa tidak selfish?. Sebab semua orang dalam rumah boleh guna. Siap berebut dengan anak2 lagi. Okay skang nie tengah fikir nak birthday present apa pulak untuk tahun nie. Kuang3. Mak suami jangan menggigil tau. Jangan la pulak mak suami duk tanya berapa harga massage chair tu dekat anak mak suami like always. Nak tau harga tu bukan sebab nak beli, tapi lebih kepada nak tau total damage duit yang anak mak suami keluarkan untuk isteri dia. Chill ok mak suami, setahun sekali kut. Xkan la setahun sekali tuh sampai boleh menggigil badan, xsenang duduk, hati gundah gulana sebab duk mikir habis la duit anak aku bini dia kerjakan. Pasal bulanan kereta "orang depan" siapa bayar pun silap2 x move on lagi. Xkan la nak tambah lagi ye dok?. Kasi tenang sikit hati tu. Boleh ke mak suami?. Relax ye mak suami, bini si iwan nie kan tengah rollingkan balik rezeki anak mak suami. Mak suami lupa kut janji Allah. Lupa ke atau saje2 buat lupa. Hihihihi. Xkan miskin seorang suami jika bahagiakan isteri. So chill ok. And jangan la pulak menjaja cerita dekat semua orang apa yang jadi dalam kehidupan kiteorang seperti selalu dan sebelum2 nie ya. Tak pasal2 orang lain tau parcel setiap hari ada je yang datang, ada berapa parcel dalam sehari, sehari berapa kali grab dengan foodpanda muncul depan rumah. Dah macam setiap kali kalau ada bunyik sikit dekat rumah kami, mak suami akan selak langsir mengendap atau tengok apa jadik dari cctv ke cemana?. Sebab semua benda tau nieh. Sheramssss la kite. Kalau ye bagitau tau. Nanti boleh la i suruh anak2 i lambai sikit setiap kali keluar amek barang or setiap kali derang buat aktiviti dekat luar rumah. At least ada la jugak dapat respon. Tapi tuh la, kalau nampak didiamkan je xpe la jugak. Ini bila nampak dijadikan modal jaja cerita tuh yang xbest tu. Jangan tau jangan. Jwajih x mak suami?. Jwanjih la nyeah. Rasanya cukup2 dah kut. Penat la. Berbelas tahun dah nie. Xpenat ke?. Lahhh tiberh!.
Tuesday, October 28, 2025
:: Picnic Dekat Rumah ::
Ada la satu weekend tu, kite buat picnic kat rumah. Nak picnic dekat luar or camping dekat luar, hasben kite xminat. ð . Kalau glamping dia ok sebab benda semua dah tersedia dah. Cehhh, x adventure langsung. So kat car porch rumah je la kite. Huahuahua. Asalnya mak kite la. “Dik, nanti kite buat bakar2 nak. Mak ada beli paste pais tempoyak kat pekan sari. Ikan patin pun ada tu”. Mak kite sebelum tu balik kampung kat Temerloh. Balik semata nak pegi pekan sari. Pastu petang balik dah.
“Baik mak. Nanti kite buat”.
So jari2 nie mulalah mencarik tempat grill yang simple2. Kalau boleh yang kecik2 je. Demi mak ku yang ku cinta, aku gagahkan jua mencarik. Carik2 jumpa.
Monday, October 27, 2025
:: Benda Yang Berbaloi Beli Di Jepun ::
.Barang yang memang asal dari Jepun, kalau beli dekat sana memang la murah. Datang ke Malaysia yang jadi mahal.
Ini barang yang dibeli untuk kite la. Yang lain ada tapi xbeli cemana nak compare. Ye dok.
Kite kan dah lama gila berkenan kasut Regetta Canoe. Lama gila dah. Tapi mahal gila babeng. Kat sini dalam RM4++. Nak beli boleh je. Hasben kite ada je offer. Dia kan xleh kalau bini dia menyebut nak itu nak ini. Kalau boleh dia sehabis daya nak tunaikan tapi kite xnak sebab macam ishhh, untuk sandal harga gitu baik beli kasut.
Outlet Regetta Canoe nie ada dekat Osaka je. Kat Tokyo xsure ada ke tidak. Bila google macam xde. Tah la ke kite xhabis google. So bila dengar nak pegi Osaka, kite macam whatttttt?. Osakaaaaaa. ð. Ehh kebetulan sandal yang kite nak tu ada dekat sana. So kite pun pesan la sandal nie. Sebab dekat sana murah korang. Satu kasut tuh jatuh RM150-250. Kire harga 1 sandal kat KL boleh dapat 2 sandal kat sana.
Tadaaaaaa. Kite nak yang line merah putih hijau. Tapi dapat yang merah putih kuning. Xpe la. Aiii ok je. Heeeee. Cantik weh. Selesa amat. Lurve!!!
Kite kan pelik so memang suka kasut yang pelik2. Hasben kite lettew yang cakap kite pelik sebab suka kasut pelik2. Sebab design nie kan mcm pelik sikit. Hasben kite kata kasut macam ronald mekdonel. Ehhh, pelik2 pun bini u tahuk!. ð
Sandal dah kan. So now sneakers pulak. Dah kalau dekat Jepun, apa lagi brand yang dari sana kalau bukan Onitsuka Tiger. Dari awal kite memang dah aimed kasut Mexico 66 nie. Nak beli dekat KL nie mahal bebenau la pulak. Gigil kalau kuar duit sendiri. Nak mintak as birthday present, xbaloi la pulak. Sebab baik kite mintak benda lain yang lagi mahal dari tu. ð.
Yang nie ha. Cantiknyaaaaaa.
Awalnya macam frust sebab katanya size perempuan banyak dah habis. Di-offer-ed yang kasut ballerina. Aii is don’t want. Xkisah la yang paling latest ke apa ke. Nak Mexico 66 kaler itu jugak. Tanya punya tanya, sekali ada size. Yeayyyy, alhamdulillah rezeki.
Kat Malaysia harga kasut yang kite nak nie RM650. Kat sana dalam RM3++. Beza banyakkkk kan.
Ok sneakers dah settled.
Pastu kite ada la usha thermal flask lunch box. Banyaknya usha kat shopee la. Ada la byk brand tapi macam xberapa meyakinkan ketahanan dia. Kite tanya chatgpt brand apa yang recommended. Ada 3. Thermos, Zojirushi dengan Tiger. Thermos ada la tapi harga RM179-RM2++. Lebih kurang je harga dengan Zojirushi dengan Tiger. Dah kalau Jepun tempat asalnya kan, apalagi, memang kompom la ada dalam list pesanan. Kut la lagi murah.l kan. Kite mencuba nasib je. Huahuahua.
Kite preferred Tiger tapi untuk thermal flask lunch box nie tidak dijumpai keberadaannya kat Jepun. Yang ada tumbler je. Maka Zojirushi pun ok la. Harga dekat shopee RM2++, dekat Jepun, RM13+. So apalagi, borong 2. ð
Ini la dia Zojirushi itu. Xtau lagi ketahanan panas tu lama ke tidak sebab xguna lagi.
Timbunan pewangi toilet geng. Hahahahaha. Setahun punya stock. ðð
Actually ada lagi barang yang kite boleh compare kan, tapi xpe la. Kite bagi yang itu je la.
So korang kalau ada rezeki pegi Jepun, buat la research and comparison dulu harga barang yang korang nak beli. Mana yang baloi and mana yang tidak untuk beli. ðŽ
Dah la itu je. Kang ada pulak yg paneh hati tu kang. ð
Wednesday, June 18, 2025
:: Asal Sebut Dapat, Asal Mintak Dapat. Alhamdulillah ::
*Edit stop edit stop. Bila nak habis daaaaaaaa*
Syukur alhamdulillah.
Syukur sebab dapat suami yang seboleh dan sedaya-upaya akan penuhi permintaan isteri dia.
Sebut je dapat, hint pun dapat. Kadang x hint pun, xnyebut pun, sekadar hanya bercerita pun dapat.
Cumanya, cepat atau lambat. But one thing for sure, confirm dapat. Sampaikan, bila suami kite tanya nak apa untuk birthday, kite xtau nak apa dah.
Al-kisahnya, ada 1 hari tu tah kenapa kite kepingin gilak mauk makan itu dessert. Tidak la terjadi recently, sebulan 2 lepas. Tah macam mana Tiramisu kek tetibe je muncul kat kepala. Macam sedap jugak. Dah lama xmakan. Teringat tuh bukan sebab dari kisah "Qurqy dan 163" ye. Tidak ada kena-mengena ye. Siapa qurqy?. Bukan qurqy. Tapi lebih kepada PUrQY. Siapa 163?. Xkenal ke?, Samtot kenal?. Xkenal jugak?. Xpe la xyah kenal pun. Kang kemurungan. Hahahaha.
Ini punca tertengok satu video dekat news feed kat IG. Ada 1 shop nie derang jual tiramisu. Ramai gila orang beratur. Tunjuk pulak sekali cara derang buat tiramisu tu. Bukan dekat Malaysisa. Kat negara mana tah xingat. Overseas la tapi. So since then, teringat2. Itu yang mencarik tu.
Nak beli thru grab. Ye lah, kat ofis kan. Itu je yang senang. Ehh, tapi kalau kat rumah pun macam sama je akan mencarik kat grab or foodpanda. ðŽ
Sekali banyak la kan option. Cuma xtau mana yang sedap. So start la menggugel. Alih2 ternampak ada 1 cafe nie jual tiramisu. Wehhh, nampak sedap. Pastu yang lagi menarik, instead of guna bekas plastik, derang guna metal box. Lagi laaaaa menarik tertarik kau memang debomsss. Hahahaha. Seketul falsya memang xboleh dengan benda2 alah gini. Mulalah menggelisat nak. Kadang lebih excited pada packaging dan bukannya isi dalam. ð
Pegi website dah sold out. Cisss!. Bila tengok IG, derang kata akan re-stock pukul 4petang. Ermmmmm, ku kirija. Cemana nak beliiii!. Sekaliiii teringat. Ehhhh, suamikuuuu. Suamiku kan amek anak2 dekat sekolah. Terus cargas text hasben kite mintak belikan. ððŧððŧ
Mana mungkin la hasben kite nak say no kan. Memang la xmungkin sebab dia memang dah ada dekat area2 sana. So kalau tempat tu berdekatan or memang 1 jalan, of course dia akan say yes. Cer kalau tetibe cafe dekat shah alam, mau dibebelnya kite wak.
Tau2 je, “u nak berapa?”
Whattttt?????. Dah sampaiii. Hahahaha.
Niat nak 4, tapi rasa macam xsenonoh la pulak. 1 tiramisu tu harga dia RM29.90. Kalau mintak 4 kang dah seratus lebih. So kite cakap kite nak 3. Hek eleh, gaya macam nak 2 je kan. Bajet bajet je kau nie sya. Takat beza 1 je pun. Baik mintak 4. Hahahaha. Ehh jap. Ada yang ingat kite nak mintak 2 je ke?. Hahahaha. Ok la tuh 3. Kalau 3, harga masih bawah seratus. 4 kalu, xker 100lebih. Hasben kite memang la xde nak berkira. Tapi kite la yang rasa xbest.
Friday, May 23, 2025
:: Boleh Tak Jangan Membelek Barang Dalam Rumah Orang?! ::
Masuk dalam rumah orang xkisah la rumah sesiapa pun, adab mesti ada ya.
Nak masuk rumah orang, mata, tangan jangan melilau, jangan menggelisat, jangan menelek2 setiap barang, benda yang ada boleh tak?!!!!!. Masuk dapur, buat apa yang perlu dan nak je. Tapi nie tidak. Mata melilau sana sini. Tangan meraba2 apa je yang ada atas meja dengan table top. Selak itu selak ini. Kenapa nyeah?. Xpaham la. Kampung sangat la perangai. Orang kampung pun xde perangai cenggitu haih.
Cuba kalau aku buat benda yang sama dekat rumah kau.
Lagi 1, nampak sangat singgah rumah sebab “orang depan/orang luar” nie xde dekat rumah kan. Tapi kadang kena jaga2 jugak. Ye lah, kadang nampak kete laki aku parked dalam car porch, pastu kena pulak kete aku xde, jangan ingat laki aku ada rumah ya. Kan dah terbeliak bijik mata terkejut sebab “orang depan/orang luar” nie yang bukak pintu. Ingat laki aku lettew. Rupanyaaaa, lahhhh, “orang depan/orang luar” ke yang ada. Xsampai seminit dah balik. Halahhhhh. Nampak sangat la.
Mana aku tau kejadian mata melilau, tangan menyelak meraba barang2 kat dapur and living hall?. Hellloooooo. Masa minum air xnampak ke benda hitam depan mata?. Xkan la xnampak ada cctv.
Mujur la skang nie depan rumah dah ada cctv. Kalau tidak, mau sampai skang kalau kiteorg xde dekat rumah, ada lembaga yang nyata boleh dilihat dengan mata kasar akan menyelinap masuk dalam rumah. Hah time tuh, setiap ruangan baik dapur baik living hall baik bilik stor, setiap bilik, fridge, freezer, setiap sudut, setiap toilet, setiap drawer, setiap wardrobe yang ada dalam rumah nie semua dia selongkar. Ehh setiap benda la dia akan selongkar. Drawer spender dengan bra aku pun dia selongkar. Pastu canang cite gitu gini dekat orang lain keadaan dalam rumah aku. Mengutuk mengata itu pasti. Korang rasa?. Patut x patut aku rasa marah. Waima kau siapa pun, kau xboleh masuk rumah orang tanpa izin dan tanpa ketiadaan tuan rumah.
Kite kan nak keluar rumah pun kite xsuka. Walaupun hanya depan rumah. Even kat car porch sekali pun kite xsuka. Kadang nak jugak basuh porch kat luar rumah nie. Tapi tah la terus rasa menyampah. Sudahnya kite suruh anak2 kite basuh. Sebab apa tau?. Sebab rasa macam ada orang tengah memerhati. Tau2 je nanti ada je yang mengintai dari tirai kamar. Asal dengar bunyi kereta, gate bukak, tirai kamar pun terselak. Kadang kalau kite nampak, kite suruh anak2 lambai. ð
Tah la, xtau nak cakap apa dah dengan orang yang perangai macam nie. ð
Kalau hantu boleh la tabur garam kasar dengan lada hitam. Nie manusia nak tabur apa tah xtau la.
Friday, May 2, 2025
:: Ifan Nak Hilang? ::
Tenang tenang. Ifan x hilang. Tapi dia ugut nak hilang.
Yihhhhhh. Ashamboiiiiii nie la.
Al-kisahnya, raya ke-2 kiteorang pegi holiday. Last minute punya plan. Plan yang dibuat 2 bulan sebelum. Eh ke sebulan sebelum. Lupa dah. Ikutkan raya ke-2 tinggal kite dengan hasben kite je sebab anak2 bakal ikut nenek pegi bercuti 1 malam dekat mana tah. Xingat. Sungai besar kut. Kite xikut. So bila bakal2 tinggal berdua, kite ajak la hasben kite staycation kat mana2. Of course area KL la. Nak pegi berjalan luar dari KL, ermmmm, sokay la. Kami bagi laluan dekat aokme aokme balik kampung masa tu. I is very the thoughtful. Kan kan. ð .
Xlama lepas kite suggest idea staycation tu, hasben kite cakap, “dari pegi staycation, better pegi holiday terus”. Pulakkkkk dah. Bila tanya ada plan ke nak ke mana. “Kite pegi phuket la”. Wahhh. Ke phuket terus. Kite jawab, “Ikut u la. I ok je”.
Itu menunjukkan yang xsemua hasben aku akan tanya aku dulu ye. Bukannya aku yang decision maker untuk semua benda. Xkisah la dari segi apa pun. Dari segi anak nak ke mana2 ke, dari segi nak makan apa ke, ehhh, semua segi la. Kadang laki aku malas nak berpikir, kadang dia saje je tala certain issues dekat aku. Itu yang sikit2 tanya mommy, sikit2 tanya mommy. So jangan nak manipulate akal dan fikiran anak2 aku untuk fikir yang bukan2 pasal mak dia ye. Kau spesis toxic sila toxic sorang2 kau. Awas ye!
Then masa bobot sunat, adik ipar and biras kite singgah rumah tengok bobot. Pastu borak2, derang tanya raya xde pegi mana2 ke. Sebab kan last year kiteorang pegi bercuti. ðŽ. Bila hasben kite bagitau nak ke phuket, adik ipar and biras kite excited. Happy kite bila derang kata nak join. Sebab fikir anak2 kiteorang dapat get together la. Holiday sama2. Tapi lepas masing2 excited, ada benda yang buat kite rasa beratttttt sangat nak pergi. Sebab kalau pegi mesti la kena ermmmmmm, kena ermmmmm. Xpe la, kite reserved la ayat yang seterusnya tu. Terus ter-flashback segala trauma kisah percutian yang lalu. Sumpah berat rasa hati. Tapi memikirkan anak2 kite dan jugak anak2 buah kite, so xpe la. Kite korbankan la perasaan kite nie demi derang.
Maka confirm la kami ke Phuket.
Anak2 kite bila dengar nak pegi Phuket, and dengar pulak the cousins join, terus nak follow. Except for bobot. Dia 50-50. Nanti dia pikir dulu katanya. Sebab hati dia berat nak ikut nenek. Cucu kesayangan nenek kan. Gitu ler. Cucu no 1 katanya. Nenek nak ke mana-mana kena senyap2. Xboleh bagitau bobot. Sebab nanti ada je la peel bobot keluar. Menangis itu pasti. Nak hadap segala kata-kata dia tu yang xtahan tuh. Kadang speechless nenek xtau nak cakap or jawab apa. Hahaha. Pastu nenek pun duk pujuk la bobot supaya ikut kiteorg ke Phuket. Last2 pegi jugak. Tapi bukan pegi kosong je ye. Ada perjanjian kat situ. ðĪĶðŧ♀️
Perjanjiannya adalah, balik je dari Phuket, nenek dengan makngah fetch kat airport pastu sambung beraya kat BSP. Dengar gitu yang bobot terus setuju nak ikut kiteorg pegi Phuket. Dah kalau bobot pegi, mustahil la si ipan dengan qisya xikut sekali ke BSP. Mana mungkin la kan. Kang tau2 air mata qisya meleleh je. Hahaha. Si ipan lagi la mustahil xikut sebab makngah ada. Garang2 makngah tuh, boleh lembut hati dengan ipan. Jangan sampai ipan keluar ayat, “ipan shayang makngah ipan shayang makngah”. Terus makngah, “ok la ok la. Mana boleh makngah tinggal ipan kan”. Hahahaha.
Long story short, habis dah percutian dekat Phuket selama 4hari 3malam.
Time nie nak take-off dah. Tiba2 dalam plane, ipan mintak henfon kite. Then kite tanya la ipan, “where’s ipad?”. Ipan boleh jawab xtau. Halahhhhhhh buat hal la ipan. Menggelupur la kite dengan hasben kite mencarik ipad. Hasben kite tanya adik ipar and biras kite. Xde jugak dekat derang. Ahhh sudah. Time tuh xleh nak buat apa dah korang. Xkan nak suruh pilot stopkan plane. Memang tidak boleh la kan. So apa yang boleh kite buat?. Xboleh buat apa pun. Time nie mood kite dah ke laut dah. Ipad mini kite weh yang hilang tuh. Hadiah advanced tahun lepas dari suami kite. Kite rasa ralat sangat sebab time nak boarding, kite xperasan ipad ada kat tangan ipan atau tidak.
Dah touched down KL, kite cakap dengan ipan yang ipad kite hilang. Bukan takat ipad je. Dengan pencil pun hilang. Sebab pencil tu attached dengan ipad. Terus si ipan, “ipan shayang mommy, ipan shayang mommy”. Terus diciumnya 1 muka kite. Yihhhh, hilang rasa nak marah tau. Hahahaha.
Tapi mood tetap hilang jugak. Kite more to salahkan diri kite sendiri sebenarnya. Kenapa la aku x alert. Kenapa la aku x check. Kenapa la kenapa la kenapa la. Tapi, walaupun kite salahkan diri kite, time tu jangan sesiapa cuba nak trigger kite la. Memang mencarik punca untuk kite burst la. Qisya dengan bobot duk tanya2 henfon derang mana pun dah boleh buat kite burst. Orang tengah pikir pasal ipad hilang, plus bila dah hilang tuh, xboleh nak carik xboleh nak buat apa. Tengah seghabut, derang sibuk la nak tanya2 mencarik2 henfon. Memang kena la cite dia. Maaf la nak, mommy-mu memang bengkeng.
Biras kite tanya ada x ipad?. Kite jawab mmg confirm xde. Sebab bila kite ping ipad kite guna “find my” thru phone, maps asyik la detect kat Phuket. Xbergerak la tapi. Meaning ipad tu masih ada kat tempat tu xbergerak sebab xde orang amek. Biras kite kan kerja Air Asia X. So the least that she can do that time is to text ground manager kat airport phuket tu and tanyakan ada x jumpa ipad sekian2 description dekat lost and found area. Biras kite cakap, “itu je yang i boleh tolong babe”. Ya Allah, more than enough sangat. “Sokay babe, insyaAllah kalau ada rezeki i, ada la. Kalau xde rezeki i, i redha pasrah je”.
Esoknya, biras kite call. “Babe, ipad u macam dah jumpa. I nak password ipad u. Nak pass dekat ground manager for them to confirm yang betul ke tidak itu ipad yang hilang”. Gitu2 la ayatnya.
Sekali, “babe, confirm. Itu ipad u”.
ððððððð
Ya Allah. Subhanallah. Allahuakbar. Alhamdulillah. Masih lagi rezeki aku. Terima kasih Ya Allah.
Ehh korang, tah la. Bila kisah ipad hilang and jumpa balik nie kan, teringat ayat sorang manusia ni masa kite kena ragut dulu. Dalam pada kita dalam keadaan dapat musibah, dia pulak beria cerita kisah dia masa dia tertinggal purse dalam teksi. Berkali duk sebut purse dia jumpa balik sebab “ye laaa, benda halal kan. Hilang mcm mana pun jumpa jugak. Ye la, katapun barang halal”. Rupanya ada benda yang dia xpuas hati ada dalam handbag kite yang kena ragut tu.
Masa dia cakap tu, kite hanya mampu, “Ya Allah. Aku berserah dan aku serahkan sepenuhnya kepada-Mu untuk membalas setiap kata2 dia yang menyakitkan hati aku saat ini ya Allah”.
Setahun selepas itu, sehari dua lagi dia nak ke Mekah. Tingkap kete kena pecah, duit beribu hilang, document penting hilang, barang penting hilang. Kalau aku nie mulut jahat, memang aku nak pulang balik paku buah keras kat kau. Tapi aku xnak. Aku pilih untuk diam. Sebab kalau aku buat macam tu, apa beza aku dengan kau. And aku tau kalau aku bersuara, ayat aku lagi triple bisa dari ayat “barang halal jumpa balik” kau tu. Aku akan bagi ayat pendek je tapi boleh buat hati kau macam kena siat2 kena hiris2 dengan pisau tumpul. Pastu perah pulak limau. Sebab tuh aku pilih untuk diam. Tapi bila aku diam, kau provoke. Aku diam sebab aku xnak ayat2 yang xelok keluar dari mulut aku je. Kau tanya pulak suami aku kenapa aku xde tanya sikit pun dekat kau apa yang jadi. Nak tanya kau ok pun xterkeluar dari mulut. Berat betul nak bukak mulut masa tu. Sebab as soon aku dengar je apa yang jadi, terus aku teringat kata2 kau dulu masa aku kena ragut. And terdetik dalam hati, “adakah ini kifarah untuk dia Ya Allah?. Jika benar, alhamdulillah dan terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya hanya KAU yang MAHA mengetahui segala isi langit dan bumi”.
Macam mana kite tau dia cakap macam tu dekat suami kite?. Sebab suami kite tanya kite soalan yang sama. Kite jawab, “kenapa?. U nak tau kenapa?. Sebab itu kifarah untuk dia”. Suami kite muka terkejut. Dia tanya kenapa kite jawab macam tu. “Sebab masa i kena ragut dulu, bla bla bla yada yada yada (korang baca balik la kat atas apa yang dia cerita masa purse dia hilang tu). Time tu dah la i tengah pregnant qisya. Kalau i gugur masa tu, ibarat macam anak dalam perut i nie pun anak x halal ke cemana. Depan u je dia beria concern. U blah je, macam2 dia kata kat i”. Panjang lagi la kite bebel. Hasben kite senyap je. Sebab lepas setahun baru dia tau cerita tu. And cerita2 apa yang kite kena, semua kite cerita dekat hasben kite. Kena perli, kena herdik dengan ayat2 makian semua benda kite luahkan masa tu. Bukan takat kite je kena. Mak bapak kite, adik beradik kite, pakcik makcik kite. Semua benda kite cerita. Semua jadi masa hasben kita xde ya. Terkejut hasben kite. Lepas tuh hasben kite pujuk kite .
Aku nie mulut bisa jugak. Tapi mulut bisa aku depends pada situasi. Bukan semberono je nak sembur kata2 bisa aku nie. Aku diam bukan sebab aku takut. Aku diam sebab aku tengah bersabar. Tapi kau, lagi aku diam, makin makin kau berkata2. Dalam pantang aku hampir meroyan sebab kau. Alhamdulillah aku sedar awal, aku luahkan dalam FB tapi setting hanya untuk tatapan kau dan jugak aku je. Sumpah demi Allah, lillahitaala, lepas je aku post, kepala aku, bahu aku jadi ringan terus, hati aku jadi tenang. Masa tuh baru aku dapat rasa istilah dan maksud “macam ada batu besar jatuh dari kepala”. And ya, pernah ada 1 hari tu sabar kite dah hilang and kite burst. Tapi aku xbagi 100% pun. Yang aku bagi just 20-30% je. Tau pulak kau nak sentap.
Ingat mulut puaka hati kental la. Rupanya, kau spesis yang nak sembur orang boleh, orang sembur kau xboleh. Koyak. Bila kau kena sembur balik, (itupun sebab dia yang start dulu) lahhh sentap ke. Menggigil2 bibir. Hahahahaha. Ingatkan berani sangat la. Ingat liar sangat la. Baru nak berlawan2 kata2 tengok siapa yang lagi bisa siapa yang lagi pedas mulutnya. Tapi dah blah. Tak seterong weh. Jangan ingat orang diam sebab takut, tapi orang diam nie tengah kumpul kekuatan, tengah nak tebalkan kesabaran untuk hadap spesis manusia macam kau. Orang yang diam nie kalau dah start bersuara, yang acah2 mulut puaka mulut laser mulut lepas nie boleh jadi hilang kata2 dibuatnya. Nak kejar kau untuk pujuk or say sorry?. Sorry but not sorry. Lamberttttt lagi.
Lepas tuh kau bercerita dengan orang lain ibarat kau mangsa. Konon, “aku xkacau pun dia. Xusik pun dia. Xkata apa pun kat dia. Tiba2 je dia sembur aku maki aku”. Part kau mengutuk mengeji menghina aku dengan semua keluarga besar aku, kau xcerita pulak. Nak orang nampak kau xbersalah dan aku yang salah sebab sembur kau. Punca of course la xkan cerita. Try hard nak dapatkan sokongan orang lain utk support kau kan. Dasar manusia narsistik!
Jap jap. Nak tanya, masa aku accident baru nie, and bila kau dapat tau, kau ada keluarkan kata2 yang xelok jugak ke. Sebab xlama lepas aku accident kereta kena hentam belakang, kau pun accident benda sama jugak. Bila tau tuh, terus macam terdetik, “ehhh, adakah?. Ermmmm, adakah kisah yang pernah terjadi 13 tahun lepas berulang kembali?”. ðĪð. Hal nie bukan aku sorang je yang perasan ya. Yang lain pun perasan. ðŦĢ
Sebab kau pun macam ada xpuas hati jugak kan bila dapat tau pasal kereta tu. Kena pulak dapat tau lagi yang kereta tu atas nama aku kan. Lagi lagi la berbulu hati menggelegak sanubari. Ye la, orang depan nie bukannya ada duit pun. Mana mampu nak bayar kereta mecedis. Tuh mesti duit laki dia la yang bayar kereta tu. Typical ayat kau kan. ð. Lagi sakit hati kononnya kau pun pernah berkenan kereta spesis tu. Nohhhh, makin direntap2 dirobek2 la hati tu. ð.
Mulut kena jaga. Yang dah lepas biarlah lepas. Malas nak semakkan fikiran untuk orang yang langsung xpenting pun dalam hidup kite. Rugi je storage otak nak simpan memory untuk orang yang xpenting. Cumanya nak pesan, in future nanti mulut jaga ya. Bukan apa, ghisau mulut nie xboleh tahan nak membalas. Dah orang menjual kan, kite beli la. ð
Sorry la korang kalau ada yang xselesa. Benda xboleh lupa. Pastu ada pulak point yang buat trigger-ed. Haih, xmampu nak kawal emosi.
Nak tanya. Awak la, siapa lagi. Awak tuh la yang selalu xpuas hati tu. So maknanya ipad saya nie benda halal la kan. Sebab tuh jumpa. Sebab awak kan pernah cite yang purse awak hilang. Kan ayat awak, ye la hilang macam mana pun kalau benda tuh halal, mesti jumpa jugak kan. Sebab halal kan. Barang halal memang akan jumpa. Ye la kata pun halal. Dok gitu? ð.
Alhamdulillah.
Thursday, April 17, 2025
:: Dah Start Musim Dia ::
Musim mangga harumanis.
Ada 1 hari tuh kite bukak apps MAE (m2u). Ngam2 kat home dia nampak gambar mangga. Dah kenapa gambar mangga ada dalam apps m2u nie. Joyah kan, memang ku click la gambar tu.
“Dy, dalam nie pun boleh order mangga harumanis dy”.
Hasben kat sebelah kan. Itu la kata2 yang keluar dari mulut kite.
“Ye ke?. Dah musim ke?”, hasben.
“Ye la kut. Kalau tidak xkan la derang jual”, isteri
Rasa2 perbualan berakhir di situ ke?. Ehh tidak ya. Manaaaaaaaa mungkin la we talking talking finishing like that so easy kan. No lah. Where got. Hahahahhahaa.
“Sedapnya dy mangga harumanis. Nak dy. ððŧððŧ”, isteri.
“No”, suami.
Ok, now talking talking is finishing.
Sentap?. Tidak. Kenapa?. Kejap.
Few days later.
Hasben kite send nie kat wassap.
ðąðĨ°❤️ð
Ini la sebab kenapa kite xsentap. Hahahaha.
Knowing hasben kite kan.
Sebab kite tau, hasben kite mesti akan tunaikan. Cepat dengan lambat je. Hikhikhik. Dia punya NO tuh sebenarnya adalah YES. Tapi biasalah, bila dah suka menyakat bini. Gitu la. Time kite kena menyakat tu, paling2 kite bagi jelingan je. Hahaha.
So hari nie, yang ditunggu-tunggu, yang dinanti-nanti,sudah sampeeee. Kebetulan kite MC arinie. Mata bengkak. Bukan sebab menangis kena marah dengan suami hokeyh. ð . Tapi hadiah dari percutian dekat Phuket masa raya itu hari. ð . Biasalah kalau spesis kulit yang teramat sensitive. Se-sensitive seperti hatiku jua. Hahahaha.
Wednesday, November 13, 2024
:: Ujian Buat Semua Yang Terlibat ::
Termasuk la ujian yang membaca nie. Larh tiberh!. Hahahahaha.
30 September 2024. Hari isnin.
Tarikh kite accident.
*Setelah beberapa hari kite post cite nie. Baru la perasan yang kite eja brake salah. Brake sya oiiii brake. Kau break kan brake tuh dah kenapa. Kau siapa?!. Kau tinggal sini ke?!. ð. Kau nak break dengan siapa. Ingat zaman2 dulu ke, “kite break! Kau terlalu baik untuk aku!.”. ðĪŠððĪĢ. Biasalah, dah lama x berkarya kat sini. Terasa nervous pulak. ð.*
Keluar pagi macam biasa nak hantar qisya dengan bobot pegi sekolah sebelum pegi office. Pukul 6.35 pagi dah keluar rumah. 6.45 pagi kejadian berlaku.
Lokasi kejadian dekat duke highway. Selepas susur masuk dari arah taman sri gombak nak ke duke highway. Betul2 depan bus stop dekat duke highway nun haaa. Bus stop mana?. Alaaa, kat tepi masjid dengan sekolah menengah sri gombak. Ermmm, korang yang xduduk area situ memang la xkan tau. Tapi kalau siapa yang duduk area2 situ jugak, for sure dia akan tau.
Time tuh ada 2-3 bas express dari belah2 pantai timur berhenti situ nak turunkan penumpang. Ikutkan bas2 express xboleh nak berhenti dekat situ. Di awal2 memang ada. Tapi lepas tuh dah lama xde sebab memang xdibenarkan. Alih2 skang nie buat lagi. Dah la dengan bas2 express yang degil, tambah pulak lagi kereta2 yang bengong parked tepi2 tuh jugak untuk tunggu orang2 yang nak turun dari bas express. Nak tunggu xde masalah, nak parked kereta pun silakan. Tapi jangan la berderet2 park kereta dekat laluan kereta2 yang naik dari greenwood and taman seri gombak untuk masuk ke duke highway. Lagi bebal derang nie adalah bila orang ditunggu dah sampai and derang nak bergerak dari situ. Kenapa lagi bebal?. Sebab bila nak keluar dari parking, derang main keluar je. Pedulikkan la kereta2 belakang apa nak jadi, nak berlanggar ke, emergency brake ke, janji aku lepas. Haaaa gitu la konsepnya. Jahanam!.
Dah kerap accident dekat situ. Dan dah rami dah yang complained. Tapi kejap je la stopnya. Lepas tuh jadik balik. Nie selepas kite accident, dah sebulan lebih dah xnampak bas express stop pagi2 subuh hari kat situ on weekdays sampai la ke hari nie. Tapi xtau la derang buat perangai masa weekend ke kan. Tapi kalau betul la xde, kejap je tu, xlama nanti start la balik. Sebelum2 nie kite hampir nak accident sebab kereta depan emergency brake elak kereta yang drivernya bodoh main keluar je. Tapi pada tarikh tu, kite betul2 accident disebabkan oleh manusia bebal yang main keluar je dari parking tepi tuh walaupun kereta banyak. So bila si bebal main keluar je, kereta2 semua terpaksa brake emergency.
Kereta kau lepas, kereta aku yang sangkut. Anjay betul!.
Bila dah brake, tiba2 gedeganggggg!. Bunyik kuat!.
Di awalnya kite bajet kereta belakang yang langgar. Kite nak marah dah time tu. Sebab kite xde nampak pun ada kelibat motor yang lalu sebelum accident. Sekali bila tengok side mirror, Allahuakbar, motor la gais. Ternampak pulak ada yang terbaring. Allah Allah Allah. Terus kite keluar, jenguk sikit je kereta sambil pergi ke arah motor.
Tengok2 yang naik motor tu, pakcik and makcik. Umur 60 tahun ke atas punya pakcik makcik. Allahuakbar. Pakcik tuh otw nak pegi hantar wife dia ke tempat kerja. Bila nampak pakcik duduk dekat tepi wife dia kan, Allah, luluh sungguh hati. Kite tanya pakcik ok ke tidak, makcik boleh bangun ke tidak, sebab dia terbaring tengah2 jalan. Makcik kata xboleh bangun. Belakang dia sakit. Tanya mana lagi sakit, dia kata belakang je. Bibir makcik terkoyak. Berdarah2.
Lepas tuh kite pegi ke kereta kite nak amek henfon and nak alihkan kereta sebab kereta tengah2 jalan. Henfon pulak carik xjumpa. Banyak kali tekan dekat i-watch untuk detect keberadaan henfon. Henfon bunyi tapi xtau kat mana kedudukan dia. Tercampak tah mana tah. FYI, kite xmain henfon ye masa drive. Henfon tuh kite letak kat tengah. Kena disclaimer siap2. Kadang manusia nie suka bersangka-sangka macam dia ada kat tempat kejadian. Pffttt!. Bila mencarik xjumpa, kite siap pesan dengan anak2 kite lock kereta and jangan keluar plus tolong carikkan henfon.
Masa kite pegi balik kat makcik dengan pakcik tu, orang ramai dah angkat makcik kat tepi jalan. Kedudukan makcik betul2 tengah jalan sangat. Bahaya. Kena pulak time tuh tengah peak orang nak pegi kerja and hantar anak sekolah. Berulang2 kite ke kereta nak carik henfon. 3 kali pegi baru jumpa. Terselit dekat celah seat. Memang xboleh nak perasan la kan. Kite carik henfon sebab nak call ambulans and call hasben kite. Yang ambulans tuh alhamdulillah dah ada orang call.
Lepas tuh kite pegi dekat makcik pakcik balik. Makcik dah menyandar dekat pakcik. Kesian tengok pakcik menahan isteri dia, kite pun minta izin la untuk ganti pakcik tuh. Ye la pakcik pun sakit kan. Nak menahan lagi wife dia. Tangan pakcik belah kiri ke kanan tah patah. Makcik xsure sebab xde specific tempat. Hanya tau belakang dia je sakit. Xboleh duduk, xboleh bangun, nak baring pun sakit. Alhamdulillah la ada akak nie hulur bantal. So kite guna untuk support belakang makcik untuk baring dekat kite.
Berulang kali pakcik mintak maaf. Bila kite nak ribakan makcik, pakcik siap minta maaf takut2 baju kite kotor terkena darah makcik. Kite cakap la, "Xpe pakcik jangan risau. Baju boleh basuh pakcik", Siap berterima kasih sebab kite stay dengan derang and xtinggalkan derang berdua gitu je. “Xkan la saya nak tinggalkan pakcik makcik. Xgamak hati saya nak buat macam tu. Mau xtenang saya nanti kalau buat macam tuh pakcik”. Pakcik makcik tuh baik sangat.
Pastu pakcik tanya nama siapa, kereta macam mana, dia ke yang langgar, teruk ke, drive kereta jenis apa, insurance motor dia sikit la apa. Allah. Tapi betul tau korang. Time tuh kite xpikir langsung pasal apa2 berkaitan dengan kereta. "Pakcik jangan fikir semua tu dulu. Yang penting sekarang nie kite settlekan pakcik dengan makcik untuk ke hospital. Urusan yang lain2, nanti falsya contact pakcik atau anak pakcik"
Long story short, on the same day, dah pegi balai polis buat report apa semua, kereta pun dah kena angkut naik tow-truck and dah selamat masuk hup seng (workshop). Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan kite masa hari tu. Dari buat report dekat balai pois traffic sampai la kereta dah kena hangkut pegi workshop. Kat balai polis traffic memang smooth je. Dah la sorang je yang boleh masuk balai. Nervous jangan cakap la sebab xtau apa process. Mujur la kebetulan ada sorang adik perempuan nie pun nak buat report, and kebetulan pulak bila derang borak2, ghopenya polis yang amek kes dia tuh orang kampung dia kat Pekan, Pahang nun.Yang amek kes kite pulak Raub. Kite pulak Temerloh. "Oooo. rodong2 la nie ye". Kihkihkih. So lepas dah buat report dekat kaunter depan, masuk pulak jumpa sarjan. Xtau kenapa xterpikir nak sebut pasal video yang dashcam captured. Sarjan tuh yang tanya, "Eh, kereta macam nie mesti ada dashcam kan". Bila kite cakap ada, dia cakap, "Haaaa kan. Mustahil la kereta jenis macam nie xpasang dashcam". Kite send dekat Sarjan tuh and dia dah tengok video dari dashcam belakang. And memang sahih salah pakcik tuh katanya. Sebab dalam video pakcik dari belakang, kepala and mata tengah fokus laluan kanan untuk tukar lane. Bila dia nampak laluan kanan clear, dia terus pulas throttle untuk laju. Cun2 lepas dia pulas, motor laju, time tuh baru pandang depan, ngam2 kereta tengah brake. Nampak yang pakcik cuba untuk elak tapi xsempat nak elak habis. Itu yang langgar tepi kereta kite.
And polis pun ada cakap yang mujur ada dashcam belakang. Sebab kalau xde dashcam, and tengok pulak dari kesan accident belah tepi kereta, rider boleh je pusing cerita kat report kata kite main tukar lane la xbagi signal la. So walaupun kite xsalah, auto kite akan jadi salah. Kena saman tuh of course la. Bukan takat tuh je, derang boleh hired lawyer and fight untuk dia claim semua bills under kite punya insurance. Xkisah la apa bills pun. Kos medical dia, kos repair motor dia, ehh, segala kos yang derang boleh claim la senang cite. Bila ada dashcam, motor xboleh pusing cerita and xboleh nak claim apa2 sebab terang2an salah dia.
Untuk hal2 nak hantar kereta kat workshop mana pun alhamdulillah Allah mudahkan. Sebelum pegi balai buat report, hasben kite bawak kereta pegi kat kedai accessories kawan dia. Si Ahkit tuh. Kite sampai2 je dia geleng2 kepala pastu gelak2. Cisssss. Harey punya Ahkit. Mana x kene gelak, baru keluar kedai dia bikin kereta tau2 bawak balik dah jadik gitu. Hahahaha. So workshop yang kereta kite masuk untuk repair tuh adalah workshop kawan dia. 2minggu lebih sikit jugak la kereta kite dalam workshop. Ikutkan lama lagi dalam sebulan lebih baru kite akan dapat kereta. Ye la, nak tunggu insurance clear je dh 2 minggu. 2 minggu lebih untuk workshop buat balik kereta. Tapi sebab workshop tuh workshop kawan Ahkit, and Ahkit pulak kawan hasben kite, itu yang cepat siap. Rupanya 1st day kereta kite masuk workshop, 1st day tuh jugak derang dah start "kerjakan" kereta kite. Padahal insurance x clear lagi. Ikutkan derang akan tunggu insurance clear baru derang buat kerja. Tapi untuk kes kite, lain sikit la. Ini semua atas dasar percaya sesama sendiri. Kawan ahkit percaya ahkit, ahkit percaya hasben kite. Bak kata ahkit la, "Kita kawan2 ma. Kenal sudah lama. U pun mana mau lari. Ini celaka kalau lari i tau rumah u ma". Hahahhaa. Derang nie kalau berborak memang macam bergaduh. Kawan dah lama. Mau nak dekat 20tahun kut. Sebab tuh kalau hasben kite suruh pegi kedai ahkit untuk buat apa2, bila time nak bayar and ahkit xde, xde sorang pun staff dia berani bagi harga. Even abang ahkit sendiri. "Nanti u tanya ahkit la". Pfftt!
Nak tengok x keadaan kereta kite macam mana.

.jpg)

.jpg)
.jpg)































