Hai u'ollssss..nie joyah nak gossip nie haaa u'ollssssss...wakakkaka..serious xleh blah..behave falsya behave..jgn ditunjuk perangai joyah tuh kat blog plisss!!!!..hahahaha..sekali lagi breakfast dgn abg Beautifulnara td..
Mcm2 hal la kan skang nie...pelik2 je semua org..org nie kate gini org tuh kate gitu..mana yg betul pun xtau..malas nak amek port dh sape betul sape salah..hanya mereka dan keluarga mereka jer yg tau cite sebenar..kite setakat baca je la okayh..
Soalan yg timbul tuh mmg hanya soalan je la yg tiada jawapan..ecececeh...bermadah pujangga...kuikuikui..
Source from here..
Kalau semalam kita dikejutkan dengan cerita Fizz Fairuz tentang pertunangannya dengan seorang wanita dari Kuantan bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar yang terjadi seminggu selepas pertunangan mereka pada 10 Februari, hari ini melaluiBerita Harian , wanita itu menafikan yang dia ialah isteri seorang usahawan seperti yang diberitahu oleh Fizz Fairuz kepada Harian Metro.
Azlyn, 26 dikatakan bingung dengan status dirinya, sama ada masih lagi tunangan Fizz, kerana Fizz tidak pernah memberitahunya untuk putus tunang, tidak berbincang dengan keluarganya terlebih dahulu dan tidak pernah memulangkan cincin pertunangan.
"Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga. Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya. Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam. Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz)."
Menurut Azlyn , Fizz bukan hanya berjumpa dengan keluarganya pada hari pertunangan, tetapi dia telah diperkenalkan oleh Azlyn kepada ayahnya lebih awal memandangkan Azlyn anak bongsu yang rapat dengan ayahnya. Malah, menurut Azlyn, Fizz turut diperkenalkan dengan ibu saudaranya yang tinggal di Australia.
Jika anda ingin mendapatkan berita lanjut, sila dapatkan naskhah Berita Harian anda hari ini.
Dalam pada itu, melalui sumber yang boleh dipercayai, kami dimaklumkan yang keluarga Azlyn sedang menyiasat tuduhan lelaki yang didakwa usahawan yang mengaku sebagai suami Azlyn. Mereka khabarnya bertindak membawa seorang peguam ke Selatan Thailand untuk meneliti rekod perkahwinan di sana.
Semakin berbelit nampaknya kisah Fizz Fairuz-Almy Nadia- Azlyn Massiela ini. Berat juga pertuduhan yang dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak, namun tidak dapat dipastikan siapa yang bercakap benar.
Yang nyata, Almy Nadia menyatakan awal-awal lagi yang dia tidak mahu masuk campur dalam kemelut ini. Satu tindakan yang bijak.
20 comments:
bru bc td..xpaham la.. makin rumit pulak.. mrila kite jd mcm almy, xyah masuk campur..kekeke
yang kesian, Almy...
bukan mudah utk die terima semua ni...
7 tahun kot die bcinta dgn Fizz..
ai pulak breakfast dengan falsya joyah this morning wakakakakkk larikkkkk :)
eh tak nak larik, nak komen...dah gak dah mesti ade susulan punya kes nie..tunggu jelah ape pulak lepas nie ek
wahhh ala2 wartawan retis dh u ye gegurl
ni bkn trbelit dh ni .. ni dh trsimpul
Kan senng stay je ngn Almy...dorg sweet 2gather2...
Kesian jgk pD Fiz..sjak dia menang award dlu smapi skrg de jgk prob dia dpt..
Mcm2 hal...kesian kesian
Org ni kata die bini org
Die kata die xpenah kawen
Org lain tu plak kate, saya suami dia ni
Hah, cemane plak tu?
Donia, donia...
Almy jugak yg tenangggg :)
Mana satu betul nie....
Salam Falsya....susah gak nk jd wartawan retis ni ya (^_^).
K.atie pon dah pening ttg kisah artis malaysia ni.Semoga ada penyelesaian yg trbaik utk mereka,InshaAllah
Almy kira bijak tak mahu masuk campur. Tapi kakak kesian dgn dia sebab dah bercinta 7 tahun tu...
baca jgk...tak tau mcm mn kesudahannya...kita tgklh nanti....hehehe...
entahlah dik
last2 malas nak layan dah
banyak lagi artis luar sana yg nak publisiti jugak
kita mereka jee
udah2 lah ke fizz nie ekeke ;)
mcm2 demo ni
camnerler boleh jadi ginikan.. aduyai... berbelit2..
masyaallah... hmmmmmmmmmmmmm
macam2 la donia sekarang ni....tak tau nak percaya pada siapa lagi kan kan kan..hanya Allah yg pasti tahu..
macam2 kan..
hanya Allah yg Maha Mengetahui
tp suami dia kata dia ada masalah hilang ingatan. entah apa2 la dia orang ni. phenin2!!!
ntah sape di pihak yg benar..
rasanya yg pening dalam kes ni ialah si Fizz ni. Pls make up yr mind. Ehmmm....kesian Almy dan si Azlyn tu...nasib wanita.....
xtau mn yg betul hnya Allah S.W.T maha mengetahui
Post a Comment