Siapa yang dah tua dapat duit tuh?. Shiapa lagi, kite la. Hahahaa. Kite dah tua pun masih dapat duit?. Dari siapa?. Dari hasben kite la. Huahuahua.
Tapi baru nie, kite dapat duit dari orang2 yang rare. Kite dapat duit dari anak2 kite u’olls. Cumanya perayaan tuh je berbeza. Kite xdapat duit raya tapi kite dapat duit sempena Mother’s Day. Ya Allah, sweetnya anak2 kite. Berbunga rasa hati.
Qisya la tetiba tanya, “mommy, is Mother’s Day today?”. Bila kite jawab ye, dia terus naik bilik dia. Sambil2 naik dia cakap, “hold on mommy. I have something for you”. Bahek la mommy hold on. Hahaha. A few hours moment later, tetibe qisya turun dengan envelope buatan sendiri.
Inilah envelopenya.
Qisya bagi sambil wish, “Happy Mother’s Day mommy. I love you mommy”. Halah halahhhh sweetnya.
Bukak2 dapat duit gais!. 6hengget. Comel la. Haaha.
Kite tanya la mana dia dapat duit. “I took it from my duit school”. Terus panjang tengkuk daddy dia. “Kenapa amek duit school. Bruh, this is not fair. Itu kira duit from daddy la tuh”. Kihkihkih. Bengang je daddy.
Bobot pulak kite perhati je dia duk menyorok dekat belakang meja makan. Tah apa dia buat pun xtau la.
Then bobot pulak tetibe macam cemas2. Cemas la sebab kakak dia dah bagi and dia belum. “Mommy, bobot not done yet ok. Because bobot don’t know how to do envelope like kakak”. Terus dia ajak kakak dia naik atas buatkan envelope. Lama jugak la derang kat atas. Pastu dengar la macam2 conversation derang dlm pembikinan envelope untuk kite.
Bila kite naik atas nak amek something, kemain kelam kabut si bobot. Tah apa dia buat kat hall atas tah. “Mommy don’t look. I’m not done yet”. Nak tergelak pun ada. “Ok, you continue. I’m not peeking”, sambil berjalan masuk bilik.
Bila kite keluar dari bilik, tengok2 dah xde. Rupanya bobot lari pegi bilik lain. Comel lahai. Nak surprise punya pasal.
Lepas turun bawah kite naik atas balik sebab nak bersiap. Nak keluar. Tengah2 siap sekali bobot masuk bilik sambil hulur envelope. “There you go mommy. Happy Mother’s Day mommy”. Ishhhh, kenapa comel sgt nie. Tapi envelope bobot buat macam familiar. Rupanya dia guna envelope kakak dia. Stress gamaknya xlepas buat envelope. Hahahaha.
Bila bukak envelope, tengok2 ada 6hengget jugak. Bila tanya mana dapat duit, dia jawab, “i took it from my wallet”. Whatttt!!. Bruh, are you serious?. Sekali hasben kite mencelah. “Habis tuh u ingat dia buat apa menyorok belakang meja. Dia bukak sling bag dia amek duit dalam wallet”. Bobot guna duit dia sendiri gais. Duit yang pakcik makcik dia bagi as duit belanja. Ya Allah sweetnya. Kite bagi balik dekat bobot duit tuh. “It’s ok. Mommy ambek la. Xpe, bobot bagi mommy”. Kite cakap, “tapi nie kan duit bobot. Later you can buy ice-cream, chocolate with this money you know”. “It’s ok mommy. Bobot bagi mommy”. Banyak kali kite cuba nak bagi balik balik duit tuh dekat dia. Banyak kali tuh jugak la dia tolak. Berbunganya hati.
Ini la gamaknya perasaan bila anak2 dah pandai buat surprise and bagi hadiah kan. Kite baru nak merasa u’olls. Itu yang menggeletis tuh. Hahaha.
Alih2 bobot tanya ada jumpa nenek x nanti. Kite jawab la xde kut sebab dah malam. “Kenapa bobot nak jumpa nenek?”. Sebab bobot nak bagi gift Mother’s Day dekat nenek katanya. Halahhhh, cucu kesayangan nenek nie laaaa. Ingat dia dekat nenek.
Upacara penyerahan Mother’s Day gift dekat nenek. Bobot bagi 6hengget jugak. Amount sama dengan dia bagi dekat mommy. Owh lahaiiii. Adil dan saksama betul la anak bujang mommy nie. Mommy dapat 6hengget, nenek pun dapat 6hengget. Hihihihi.
Sweet lahai dedua anak mommy nie. Thank you sayang2 mommy. Semoga berkekalan la hendaknya. Semoga sampai ke besar ingat mommy, ingat daddy. Xsemestinya dengan duit je, tapi dengan layanan dan keberadaan diri yang sentiasa ada dengan mommy, xlupa mommy dengan daddy, tuh yang paling penting. Mommy love you both.