Friday, October 28, 2022

:: Tumpang Tido - Lexis Hibiscus PD ::

 Sabtu sampai isnin, kite ikut hasben kite pegi conference apo tah kat Lexis PD. Kiteorang pegi dekat Lexis Hibiscus. Merasa la duk bilik yang kat tengah2 laut tuh. Ngeeee.

Bilik kami nombor 147. Mujur la bilik kiteorang dekat dengan lobby hotel. Dekat la jugak. Kire kalau berjalan kaki tuh ok sangat. Anak2 pun xsempat nak merungut penat la sakit kaki la. Xsempat jugak nak bising dengan macam2 persoalan bila nak sampai, bila nak sampai. 

Bilik biasa la. Typical lexis punya bilik. Sama je kalau pegi lexis kat penang tuh. Gini la aturannya. Cuma yang bezanya adalah, lexis penang punya bilik bertingkat2. Xde tengah2 laut macam dekat PD.

Ruangan toilet. Tengah2 tuh cermin. Boleh tengok laut. Tapi xde nampak apa pun. Nampak air laut je. Xde pun tetibe nak nampak ikan ke, ikan duyung ke, hantu laut ke. Ehh, tiberh!. Tapi ada ke hantu laut. Memandai-mandai je kau nie kan sya!. Hahaha.

Dah alang2 anak2 kite tengah berkumpul kat situ, maka kite pun snap la photo derang. 

Hari pertama sampai, xde aktiviti apa pun. Nak bagi anak2 kite mandi pool pun xboleh sebab hujan. Masing2 dah x keruan dah nampak pool. Tapi nak buat cemana. Xde rezeki nak mandi malam tuh. Sudahnya mandi rain shower yolah. Kiteorang sampai PD pun dah lambat. Lambat sangat masalahnya. Hahaha. Kebetulan kiteorang sampai, colleague hasben kite baru habis sesi petang untuk that day. So ada la terserempak dengan colleague hasben kite. Tengah borak2 dengan “kaum2” hasben kite, sekali HOS (head of section) hasben kite tanya mana hasben kite. So kite pun jawab la tengah parking kete. Then dia pandang bobot, siap cakap nak carik daddy. Nak denda daddy sebab daddy datang lambat. Bobot muka blur. Xpaham gamaknya. Bila nampak muka bobot macam tengah nak digest, “xde la uncle gurau2 je”. Hahahahaha. 

Makan malam hasben kite dah siap2 tapau dah before sampai hotel. Masing2 perut dah kenyang, dalam pukul 11malam kite paksa tido. Apa??. Lewat pukul 11malam?. Dah tuh holiday kan. Xbujang la tido awal. Malam masih muda, mari kite berdansa. Wakakakaka. Itupun kite paksa. Kalau tidak, mana maunya nak tido. Bersekali dengan ugutan la of course. “Siapa xtido, esok xboleh mandi pool. Tido sekarang and esok bangun pagi2, boleh mandi pool”. Ehh, sekejapan je dah berdengkur dah masing2. 

Anak2 dah tido so apalagi, layan perasan sorang2 la sambil menikmati deruan ombak dan bau laut. Cewahhh. Cantik kan view. Yang potongnya, pool bilik kite menginap tuh mengadap laluan orang. Xboleh la nak keluarkan swimming suit seksi aiii. Wahahaha. Xde la. Apa giler nak pakai cenggitu. Kalau private pool xpe la jugak. Tapi kalau nak pakai pun time anak2 tido. Kalau tidak mimpi ngeri masing2. Hahahaha.

Xtau la hasben kite balik kul berapa. Sebab kite dah selamat berdengkur dah. Tetibe migrain pulak. Telan 2 bijik panadol acti-fast, terus lelap mata. Xkose nak tunggu. Mau 1pagi baru masuk bilik. Biasalah kalau kaum2 dia ada, pergi ngeteh tuh dah kompom.

Esok paginya hasben kite bawak qisya dengan bobot pegi breakfast. Kite xikut sebab ifan tido. Bila ifan masih tido, kite pun apalagi, tarik selimut la tido sekali. Kesian ifan tido sorang2. Terpaksa la teman dia tido. Ngeeeee. 

Dah balik dari breakfast, masing2 dah xkeruan nak terjun pool. Tukar baju apa semua, terus terjun. Sekali dengan si rambut kinting tuh pun terjun sekali. “Baby nak swim mommy. Nak swim”. Mencicit2 kite tukar baju. Dia dah standby nak terjun. Yihhhhhh!!. Macam terror benau la. 

Sampai ke tengahari la qisya dengan bobot berkubang dalam pool. Itupun kite panggil naik. Matahari dah terpacak direct atas kepala dah. Dah la xbawak sun-block. Qisya ok lagi. Bobot punya kulit berbeza bethol. Awak dah la short dark handsome. Berbelang ketara nau nau. Hahahaha. Hasben kite masuk bilik tengahari tuh, siap cakap dengan anak2 dia yang dia tau anak2 dia mandi pool sampai pukul berapa. Masing2 dah amazed dah. Beria tanya mana daddy tau. Rupanya dia skodeng anak2 dia dari atas. 

Kite berkubang kejap je. Migrain lak datang menjengah. So ifan terpaksa la naik sekali. Mengamuk2 dia xnak naik. Tapi nak buek camno. Xkan nak biarkan je dia mandi dengan abang kakak dia. Bahaya oiiiii. 

Dalam pukul 4lebih, kak rina, wife HOS hasben kite whatsapp kite kata dia otw ke pantai bawak anak2 dia. Kalau nak join mari la katanya. Kite pulak tengah migrain so relax dulu la. Nak bagi panadol yang kite telan menyahkan sakit kepala dulu. Dalam pukul 5-5lebih kut baru kite bawak anak2 kite pegi pantai. 

Ifan memula nampak pantai, excited. Elok je berjalan dekat pasir, tetibe slow je pergerakan. Dia geli. “Mommy, nie nie. Shoes”. Dia tunjuk selipar dia yang penuh dengan pasir. Aiyooo. Guane nie ifan. Mommy xleh nak tolong. Kata pun kite kat pantai. Tangan bila terkena pasir, kemain lagi dia kibas2 tangan dia. Lap tangan kat baju. Alhamdulillah la xberpanjangan kegelian dia tuh. Di awal je, lepas tuh galak dah dia main pasir. Biasalah anak pkp. Mana la sempat nak ke pantai bagi dia sentuh pasir pantai. Hehehe.

Tumpang mainan anak kak rina. Hehehe. Memula kite nak bukak selipar dia. Ehh sekali kene marah. Dia xbagi bukak. 

Tapi dah lama2, dia yang mintak bukak selipar dia. Hiks.

Layan perasaan main pasir sensorang. Kakak dengan abang sibuk mandi pantai.

Bizi bebenau. Bobot especially. Suka betul. Makin lama makin ke belakang. Makin lama makin ke tepi tempat lain. Berselang- seli kite dengan kak rina menjerit nak suruh anak2 masing2 jangan mandi jauh2. Hahahahaa.

Dah settled dengan mandi pantai, malam tuh kite dengan anak2 ikut hasben kite pegi dinner. Gala dinner namanya. Huahuahua. Masing2 boleh bawak family masa dinner tuh. Dah la kiteorang salah pilih table. Table betul2 tepi speaker. Baler betul. Bingit amat. Hahahahah. Tapi sebab one of derang punya organizer puji kite, so kite ok je duduk tepi speaker. Tepi speaker pun tepi speaker lah. Kihkihkih. “Ooo ini ker girlfriend en irwan. Halaaah comel cantik orangnya haaaa”. Auwwww, malu aiii. ðŸĪŠ. Hasben kite dengki, “dia saje je la tuh puji2 u”. Wahahahahaha. 

Kite xmakan sangat sebab ermmm, bukan sebab diet. Tapi sebab makanan kat situ, makanan kat situuuuu, makanannnnn katttt situuuuuu, xpe la, i reserved my comments. 
Bila dah bergossip2 dengan kak rina, majlis pun dah habis, maka kami pun beransur. Sekaliiii bobot cakap, “mommy, take my picture”. Terus cargas kite keluarkan henfon. Ini jarang berlaku ini. Bobot la paling susah nak suruh amek gambar dia. Camera shy sangat. 

Antara anak2 kite, bobot la paling dikenali dan famous dekat kaum2 hasben kite and few others hasben kite punya colleague. Nampak je dia masing2 duk panggil nama dia. “Bobot, bobot”. Hahaha. Sebab masa kecik dia la yang paling banyak cerita. Macam2 kerenah. So masing2 ingat lagi semua cerita2 tuh. Mana derang tau?. Dari FB kite la. Mano laie. Kite lak rajin berkongsi cerita2 bobot masa tuh. Hihihi. 

Hari isnin, dah checkout. Kiteorang xterus balik KL. Kiteorang menuju ke negeri lain pulak. Ke mana???. Stay tuned. Cerita itu akan bakal menyusul. 

Monday, October 24, 2022

:: Selamat Pengantin Baru Kesayangan Saya ::

Sabtu lepas, salah sorang kesayangan kite telah selamat diijabkabulkan. Siapakah gerangan dia?.

Ini la dia gerangannya. Mustahil la xkenal kan. Mungkin ada yang xkenal but im pretty sure ramai yang kenal. Dah tuh, katapun blogger jugak kan. Walaupun dah pencen. Hahhaha.

Mesti ada antara korang yang macam bertanya2kan. Ehh, dia nie bukan ke dahhhh…. Dulu, bukan ker?. Mana pergi dia punyaaaaaa?. Basically all the 5w’s 1H la. Why, when, what, where, who and how. But ya, things happened for a reason. Segala2nya Allah dah aturkan. Kadang Allah uji kite dengan orang yang salah supaya in the end Allah akan bagi jumpa dengan orang yang betul. Kite kene sentiasa bersangka baik dengan Allah. Cerita selebihnya mustahil la kite akan cerita kat sini kan. Doakan yang baik2 untuk nana dan doakan semoga inilah jodoh sehingga hujung nyawa dia. InsyaAllah. Amin3.

Alaaaa. Sayangnya dekat 3 orang nie. Sedar x sedar dah 20tahun lebih kiteorg berkawan. Kawan sampai mati kayh.ðŸĨ°❤️. 
Antara diah dengan nana mia, ini lah manusia yang paling lama kite berkawan. Kiteorang berkawan since form 5. 

Ya Allah kakak mia. Dah anak dara sangat dah dia skang nie. Cantik kakak mia macam ibu.
Yang ini pulak anak dara diah. Ayra. Eeii geram betul dengan mulut dia. Mulut macam orang tua. Kadang2 dia mintak mama dia video call mommy. “Aya dah lama tau xjumpa mommy” katanya. Rindu lettew dengan mommy. Diah cakap dia yang request-ed nak video call. Nak video call mommy je kata dia. Pastu yang xtahan diah cite, “ko jangan xtau yang ayra nie suka layan perempuan cantik2 je. Sebab tuh dia suruh video call ko”. So mommy cantik la nie nyeah ayra. Halahhhh, sho shuweet. Hahahahaha. 

Tengok la tuh. Nak jugak menyelit. Saja nak photo-bomb tau ayra nie. Geram betul. Pastu bila orang amek gambar, dia kat belakang camera shibuk jeeee suruh ikut gaya dia. Suruh buat peace la, suruh buat good la. “Mommy, mama. Ikut aya. Buat ✌ðŸŧ. Pastu buat 👍ðŸŧ”. 

Dah la kite pernah kene sound dengan ayra. Masa tuh derang datang rumah kite. Rumah kite selalu jadi markas pertemuan 4 pasang mata. Hahahaha. Of course semua perempuan2 kan. Kalau laki yang ada pun suami kite. Dah sah2 la itu boyfriend halal i. Nak cover buat apa. Ye dok??. So kite xpakai la tudung sepanjang masa tuh. Bila nak amek gambar baru kite pakai tudung. 

Sekali si mek aya nie duk sound kite weh, “mommy x pakai tudung x cantik. Pakai tudung baru cantik”. Gelak besar kiteorang masa tuh. “Weh, aku kene sound la dengan aya. Menusuk betul ke hati. Nasib baik hujung2 puji mommy cantik. Tarik balik rasa tertikam tuh”. Hahahahahaha. So siapa yang free hair tuh, jaga baik la bila berdepan dengan ayra nie. Wakakaka. Nak marah xboleh. Bukannya mama dia ajar pun cakap macam tuh. Budak2 nie jujur. Hati bersih lagi. Apa yang dia cakap tuh, ikhlas dari hati. Tapi tuh la, ayat simple je. Nada pun bersahaja. Tapi effect dia macam tertikam menusuk ke kolbu yang paling dalam. Huahuahua. Nasib baik hujung2 puji mommy cantik. Sejuk sikit hati mommy. Hahahaha. 
Nah kite belanja sikit gambar perantin baru. Halahhh suweetttt. ❤️ðŸĨ°ðŸ˜˜

Lastly, Selamat pengantin baru ibu and suami. Semoga ikatan ini akan berkekalan hingga ke hujung nyawa. InsyaAllah. Amin3. Pssttttt, so kire dah boleh plan family day dah la nie. 😂ðŸĪĢ😂

Sunday, October 16, 2022

:: Nak Jugak Beli Non-stick Saucepan Kan ::

 Bila beli portable mini gas stove baru nie, kite ada beli jugak non-stick saucepan. Ngengada betul lahai. Padahal kat rumah ada je non-stick saucepan. Semua size ada. Tapi sebab dah ternampak kat dalam shopee bila membeli portable mini gas stove tuh, apalagi, xcite banyak terus add to cart then checkout la. Actually before checkout kite ada la purchased satu dua tiga do re mi nnt lagi barang. Dah alang2 gaya nak ber-picnic kan. Mesti la kene completed semua (gaya macam la nak pegi picnic and camping). Xde la semua yang kene ada kite beli. Kalau nak kene ada semua, rasanya banyak barang yang kite kene add to cart and beli kut. 

Jap, bagi kite story mory morning glory dulu pasal saucepan.

Nie haaa non-stick saucepan yang kite beli. Biasa je kan. Tapi tah, macam menarik pulak bila tengok. Ini image untuk luaran saucepan. Harga untuk saucepan nie, RM 39 (exclude postage) dan bersaiz 18cm. Ada 2 options size. 18cm dengan 20cm. So kite pilih 18cm sebab itu size yang paling kecik. Plus portable gas kite kan ber-size mini. So bila dah size mini, size saucepan pun kene yang paling kecik la. Tapi tidak la kecik mana dan tidak la besar mana. Ngam ngam soi je.
Ini pulak image dalam saucepan. Pink pun pink la. Macam comel pulak colour pink dia. 

Actually kite beli saucepan nie lebih kepada mengada2 sebab terjebak and nak jugak samakan dengan dalam video yang seller tunjuk dalam page dia jual mini stove gas.
Sama kan??. Sama kan??. Hahaha. Bila tengok video tuh la yang jadi punca kite terjebak. Kihkihkih.

Kite received saucepan nie hari khamis lepas. Sampai rumah terus letak saucepan kat atas portable mini gas stove yang kite beli.
Tadaaaaa. Cantiknyaaaa. Kene je colour beige dengan colour putih kan. Cantik sangat. Lurveeeee sungguh laaaa!!.

Then tetibe baru kite teringat yang sebenarnya dekat rumah kite ada bende alah butane gas rupanya. Meh starlight sikit dahi yang luas dan jendul tuh. Haish!. Butane gas tuh wujud sebab kite nak melt-kan cheese and nak melt-kan sugar kat creme brulee yang kite buat.

Bila dah teringat, terus mencarik la butane gas mana duduknya. Dah jumpa, dah pasang, maka kite pun try la on kan mini gas stove.
Gini la rupa apinya. Ini yang paling maximum. Bagi kite ok la api dia. What do you expect gais. Kata pun mini gas stove kan. Mana nak sama dengan api dapur rumah yang korang selalu masak tuh. Owh haaa, hidupkan api nie kene ada lighter. Bukannya jenis pulas2 terus keluar api. 

Sebelum kite sambung mengomel, nah link seller non-stick saucepan yang kite beli.

Skang nie kite tengah menunggu 2 parcel untuk sampai.

Satu, 
Cutlery set nie. Kite beli 4 terus. Anak 3 orang kan, so nak mengelakkan dari berebut, and nak mengelakkan dari ada anak yang berkecil hati sebab kene mengalah dengan adik beradik, maka kite beli sorang satu. Dah alang2 beli 3, kite tambah lagi satu. Sebab option untuk colour ada 4. Maka kite beli semua colour terus. Lagipun bukannya mahal. Murah je. RM 2.90 (exclude postage) je. Awalnya nak beli set yang ada straw bagai. Tapi pikir balik, straw tuh xpenting sangat pun. Minum pakai cawan je sudah. 

Pun saje mengada beli. Hahahaha. Senang kalau pegi berjalan memana bawak cutlery set nie je. Padahal xyah bawak pun xpe kan. Tapi bila ada anak2 nie, bende2 mcm nie macam kene ada. Kadang kite ada je ikut hasben kite pegi outstation. Bila order makanan thru delivery, kadang x diberinya sudu garpu, kadang bagi tapi x cukup. Pastu pulak, hasben kite nie akan beli stock makanan or jajan untuk anak2 dia kemahen banyak. Cereal la, megi la, keropok2, air, coklat. Banyakkkkkk sangat. Risau katanya nanti anak2 dia lapar la, nak ngunyah2 la nak apa la. So dia beli sesiap. And xde la kacau dia sementara dia habis dengan hal2 kerja dia. Bila dah ada cereal bagai, cemana je nak makan cereal kalau xde sudu. Ehh, tapi kalau pegi bercuti kat mana2 pun memang hasben kite akan beli stock2 makanan.

Every time pegi holiday or tido hotel, bende yang kite wajib bawak adalah electric kettle dengan mug. Mug kite bawak jenis yang stainless steel dan bukannya kaca. So xde la nak risau pecah ke hape ke kan. Memang la dekat hotel dah disediakan kettle dengan cawan. Tapi tah la kite sceptical sikit dengan tahap kebersihan dedua benda tuh. Sah la 2 bende tuh confirm akan guna. Sejak pernah viral cerita pasal kebersihan barang2 dekat dalam bilik hotel, kite jadi geli and sceptical. Since then, kalau tido dekat hotel, kite akan bawak kettle dengan mug sendiri. Manusia nie kan kadang pelik2 perangai. Xkisah la samada staff hotel tuh sendiri ke or guest yang menginap. Kepala otak tuh agaknya duk pikir, “bukan barang aku. So ikut suka aku la nak buat apa”. 

Kalau tidak xkan la dulu pernah viral ada budak nie upload video dia dengan kawan2 dia duk makan megi kat dalam sinki toilet. Jijik, keji dan bodohnya lahai perangai. Katanya dah basuh sinki tuh banyak kali. Stillllll, even kau kata dah cuci berpuluh kali, beratus kali sekalipun, tetap kotor la. And somemore kau makan kat dalam toilet kut. TOILET!!!. Kembang loya tekak dibuatnya. Alasan hotel x sediakan bowl. Duhhhh!!, kau baru 1st time tido hotel ke canner. Hakak pun makan megi jugak bila tido hotel. Tapi otak hakak nie xde la bengap sangat macam kau. Beli megi cup la giler. Yang kau beli megi peket2 apa jadahnya. Lain la kalau kau book service apartment. Kat situ ye la dah ada sediakan segala2. Complete pinggan mangkuk semua ada. Mangkuk betul la. Marah nie hakak marah. 

Walaupun kite marah dan emo, tetap jugak kite akan share link. Hahahaha. Nie link seller yang kite beli cutlery set kat shopee.

Barang kedua yang kite tunggu untuk sampai adalah,
Picnic mat. Kite pilih colour nie. Sejuk je mata memandang. Kat seller nie ada 2 size je pun. So kite pilih size yang paling besar which 1.5m x 2. Harganya adalah, RM29.90 (exclude postage).

Lupa nak bagi link. Walaupun ada yang xnak tau pun. Tapi suka hati kite la nak letak ke tidak. Ehh, xmarah la xmarah. Saje propa. Hahaahhaa.


Kite ada je picnic mat tapi bila dah guna untuk anak2 kite mewarna la, makan la, so ada stain yang xboleh hilang dari picnic mat kite yang sedia ada. So kite beli satu yang baru. 

Tah bila nak sampai tah. Order dah lama. Seller cepat je derang courier barang. Tapi biasalah bila delivery guna shopeeXpress kan. Memang lambat dan lembap la cite dia. Parcel2 kite yang mana seller guna J&T or any other courier service, dah selamat sampai dah. ShopeeXpress memang suka peram barang kat hub derang. Bila dah nak sampai estimation time delivery, baru derang hantar. Ada jugak time yang derang peram sampai dah exceed estimation date tuh, bila kite click problem pasal bila nak sampai dekat customer service shopeeXpress, esoknya baru terhegeh2 nak hantar. Dan2 terus sampai. Padahal seller somewhere in klang valley je. Dulu boleh pilih nak guna courier service yang mana. Skang nie xboleh pilih2. Kalau shopeeXpress tuh cepat xpe. Mana hak kami sebagai consumer!. Ehhh, tiberh!. 😂ðŸĪĢ. 

Friday, October 14, 2022

:: Ubat Sakit Gigi ::

Bercerita pasal sakit gigi pun dah boleh buat kite seram sejuk. Tah la, apa yang berkaitan dengan gigi kan, kite memang xboleh. Kite ngilu. Kalau dengar bunyik2 mesin dekat klinik gigi, kite jadi ngilu sesangat. Sebab tuh kite xsuka tengok movie The Dentist. Memang meremang2 bulu roma, bulu tengkuk. Ngilu yang amat-amat ngilu. Dengan bunyik2 mesin yang terlampau extreme dalam movie tuh. Haish. Ngilu gusi.

Skang nie kan, kite terpikir, kenapa gigi bongsu nak kene tumbuh bila dah dewasa. Nak tumbuh tuh xkisah lagi. Tapi bila tumbuh tuh ada bagi sakit or bermasalah, haiyoooo lemahhhhnyaaaa lahaiii. Empat2 gigi bongsu kite dah tumbuh. Dah tua kan, mustahil la kalau x tumbuh2 lagi. Hihihihi.

2 daripada gigi bongsu kite dah selamat dicabut. So tinggal 2 gigi bongsu. 1 gigi bongsu di awalnya sakit nauzubillah. Hasben kite paksa kite pegi dentist. Tapi time tuh kite duk telan pain killer 3 hari straight, terus hilang sakit sampai skang. Xyah cabut. Alhamdulillah. Kite telan pain killer Synflex 550mg bukannya yang dose 275mg. Synflex nie memang akan selalu ada stock dekat rumah kite sebenarnya. Kite kan ada migrain. So bila migrain memang kite akan telan Synflex dengan Caffox. 

Cuma yang masalah skang nie, 1 dari 2 gigi bongsu kite tengah sakit. Berlubang pulak tuh. Kire kalau pegi jumpa dentist, xcite banyak dentist akan suruh buang je terus. Xkan ada istilah tampal-menampal dah. Tapi tuh la, kite nie sanggup lagi la masuk labour room bersalin 10 kali dari pegi jumpa dentist. Huahuahua. Phobia cabut gigi masa budak2 dulu, kesan dia membawak sampai la sekarang.

Sakit gigi xde la kerap. Dia datang bila dia rasa nak datang. Sebelum nie pernah kene kat ofis. Terus kite turun pegi Watson kat bawah ofis nie beli ubat sakit gigi.

 

Nie la ubat sakit gigi yang kite beli dekat Watson. Brand Hurix's. Masa nak apply ubat nie dekat gigi, dia punya tajam, peritnya lahai. Dengan rasa bunga cengkih yang kuat. Kebas terus lidah dengan gusi kite. Alhamdulillah lepas tuh dah hilang dah sakit gigi. Memang mujarab dan berkesan jugak la ubat sakit gigi Hurix's nie.

Ingat lagi masa 1st time nak cabut gigi bongsu. Time tuh sampai tahap nak makan pun xboleh, nak bukak mulut pun xboleh. Bekas tunang kite paksa kite pegi klinik gigi. Sanggup dia datang rumah amek kite. Eh, mesti la sanggup kan. Rumah seberang longkang je kut bukannya jauh nau. Diawalnya cakap nak ajak pegi makan. Alih2 dia bawak kite pegi klinik gigi. Memang kite marah masa tuh sebab bekas tunang kite bawak kite pegi klinik tanpa kerelaan hati. Coz when i says NO, it means NO. Sebab tuh kite marah bila main terjah tau2 sampai klinik gigi. Tapi bekas tunang kite tetap degil jugak. Dia buat xtau je. Kite terus jadik macam budak kecik xdapat mainan. Menangis xhenti2. Belum masuk klinik gigi lagi dah start meraung2, menangis2. Putus cinta pun xde nak meraung gitu haih. Bila dah jumpa dentist, dengan muka xmalunya, kite menangis teresak2. Berjurai2 air mata xhenti2. Nurse kat klinik gigi tuh beria pujuk kite. Dah macam pujuk budak kecik je. Ya Allah malunya bila ingat balik. Nampak x bertapa takutnya kite kite nak jumpa dentist.

*Bekas tunang → Current husband. Miahahaha. Betul la bekas tunang kan. So kite xsalah la. Hey, perempuan mana pernah salah. Hahahahaha. Larik!!!!*

2nd time cabut gigi bongsu, hasben kite pun paksa jugak kite ke klinik gigi. But this time xde la sampai paksa yang tau2 je dah ada kat depan klinik gigi. Cuma dia berzikir kat telinga kite je la, "jom pegi klinik gigi, jom pegi klinik gigi". Tapi kite xnak. Takucht. Last2 bila dah xtahan sangat, kite terpaksa jugak serah diri kat klinik gigi. Kite whatsapp hasben kite. Time tuh dia dekat ofis. Elok je kite bagitau yang kite nak pegi klinik sebab xtahan sangat dah, terus dia replied, "Okayh. Tunggu i jap. Skang jugak i balik sebelum isteri i berubah fikiran". Wahahaha. Dah sampai klinik gigi xde la drama air mata ke apa ke. Sebab kite pergi dengan hati yang rela and memang kite sendiri yang nak. Cuma seram sejuk je la. Sejub tangan sebab nervous!.

So this time, untuk nak cabut gigi bongsu yang ke-3 nie, kite tengah mencarik kekuatan untuk serah diri kat klinik gigi. As for now kekuatan tuh masih xsampai lagi. Mungkin sebab kite masih boleh handle lagi sakit gigi kut. Kang nanti dah xboleh handle, sampai dah kacau waktu tido, and susah nak makan, mungkin time tuh la baru kite serah diri. Kan bagus kalau cabut gigi tanpa ada process cucuk bius kat gusi and adegan kepit2 gigi untuk nak bagi cabut gigi bongsu. Sampai tahap kite pernah mintak dentist tuh bagi full-bius so that kite xrasa sakit masa nak cabut gigi. Memang jawapannya tidak boleh la kan. Apa kau ingat nak bersalin ke sya oii yang mintak full-bius bagai nie. Hahahaha.

:: Mini Gas Stove ::

 Kite ada beli mini gas stove. Kat shopee ler, mano laie. Hihihi. Beli sebab kite rasa dah kene ada 1 sebagai standby in case kalau diperlukan. Dah lama kite nak beli sebenarnya portable gas stove nie. Tapi asyik bertangguh je. Memang sengaja beli yang mini. Sebab senang nak berhangkut pegi ke mana2.

Tidak tidak. Kite beli bukan untuk kegunaan bercamping. Pelik kan, beli tapi bukan untuk bercamping. Lambert lagi nak bercamping. Alah, xsemestinya beli hanya untuk nak guna masa camping. Kat rumah pun boleh. Kut nak masak meggi but at the same time kau nak tengok movie, boleh masak depan tv. Pastu boleh buat bakar2 marshmallow dekat car porch dengan anak2. Pastu buat s’mores. Perghhh layannn babe. 

Hasben kite dia xgemar sangat camping. Anak2 kecik lagi so xsesuai katanya. Takut malam2 mana la tau kalau anak2 dia duk berjalan pegi ke sungai la, apa la. Ehh, jangan xtau, anak dara kite sleep walking tau. Tiga2 anak kite kuat ngigau. Menurun apaknya la nie. Ada sekali-dua tuh, bersahut2 gais!. Hasben kite start dulu, elok dia senyap, anak2 kite sorang2 take over. Sudahnya lepas tuh kite yang xboleh tido. Haiyooo. Pastu yang pasal camping, duk salahkan kite. “Dah la isteri i fussy. Memilih itu xboleh ini xboleh. Itu xnak, ini xnak. Nanti kesian isteri i xselesa”. Ewah ewahhh. Selamba je tau put ayat into my mulut. I wallop u then u know. But i wallop u manjah manjah aje. I janjehhh!. Hahaha. Sebab ada je best friend dia, so called homies (best friend) la bagi dia, duk ajak pegi camping. Derang laki bini memang kaki camping. Yang pandainya derang laki bini nie, derang x tanya hasben kite. Tapi derang terus tanya kite direct. Sebab kalau kite setuju, hasben kite xboleh nak cakap apa. Hahaha. Clever clever. Depan hasben kite, terus kite jawab, “ermmm, menarik jugak. Boleh la nanti bebila kite try”. 

Hasben kite muka dah kejung. X expect itu jawapan kite gamaknya. Hahahahahhaa.

Okayh, where were we?. Haaaa, mini gas stove kite.

 

Baru je sampai selasa lepas. Kite order 08-Oct-22, 12-10-22 dah sampai.

Halahhhh halah comelnyaaaaaa size dia. Memang kecik comel je. 
Ukuran untuk mini gas stove nie adalah sebesar a4 paper. Lebih kurang la. Ke kecik lagi. Kite x ukur la plak keseluruhan bende alah nie. Ngeee. Tapi kecik kan?. Dah namanya pun mini. Kalau mini memang la kecik2 je.

Nah la kite bagi measurement size untuk mini gas stove nie.

Naturehike Mini Cassette Gas Stove
 
Weight: 970g
Size: 20.7x17.5x12cm
Power: 2KW
Material: Galvanized Sheet+Cold Rolled Sheet
Product Include: Stove x 1 / Shelf x1 / Instructions x 1
Color: Army Green / Beige
 
Inilah rupa setelah dipasang besi. Kite beli colour beige.  

Xtau lagi cemana pegi bende alah nie. Kite xsempat lagi nak beli portable butane gas. Nanti la bila dah beli, and dah guna, kite inform cemana pegi bende alah nie hokeyh.

Nah link kat shopee kut ada yang nak usha2.

 
Harga yang kite beli nie adalah RM159 (exclude postage). Mahal???. Murah??. Ntah, kite pun xsure. Bende yang kite dah beli, kite xsuka nak amek tahu dah lepas tuh kut kalau ada harga yang lagi murah. Nanti sakit hati. Huahuahua. So kalau u’olls dapat yang murah, it’s good for you.

Wednesday, October 12, 2022

:: Rumah Jarang Berkemas ::

Rumah siapa?..Rumah kite lettew..wakakakaka..

Bila ada anak2 kecik nie kan, tah la, tahap nak mengemas rumah tuh macam xde mood..xde mood tuh bukan sebab malas ke apa tau..sebab kadang kan, baru je kemas nie, baru je mop, baru je charge balik vacuum, sekaliiiii ada jeritan menyusul. "mommmyyyyy, ifan tumpahkan air", "mommy, sorry mommy. bobot tertumpah food"..belum lagi si kecik tuh duk bawak turun toys dari atas ke bawah..kite bawak naik, dia bawak turun..tarik nafas panjang2 untuk cubaan tidak memarahi anak2 ku yang tersayang..hahahaa..selalunya, baru je lepas kemas rumah nie, baru je duduk, dah berterabur balik..berselerak balik dengan toys..dengan bantal2 yang elok kite placing kat couch pun abis bertebaran kat lantai..ermmm, lantok kome ler..

Sebab tuh kite malas nak kemas beria sangat rumah..sejuk mata memandang rumah berkemas tuh hanyalah dengan sekedip mata je..kedip mata kali kedua, ehhh laaaahh, dah berselerak balik ke..pfftttt!!..bila anak2 xde, baru la kite dapat kemas rumah dengan tenang..lama sikit la dapat merasa kekemasan rumah..kire mata tuh sempat la nak berkedip lama sikit..peluh sempat la nak kering..penat kemas rumah pun sempat la hilang dulu..kihkihkih..

time nie anak2 xde kat rumah..tenang je rasa bila tengok rumah berkemas..

Belum lagi berbakul2 kain menanti untuk dilipat dengan pakej digosok..dah la nak start tuh kene tunggu mood sampai..bila dah sampai mood, elok nak start je, datang si kecik rambut kinting lesung pipit nan sebelah tuh duk menempel..dah susah kite nak menggosok sambil melipat baju..kadang bukan takat si kecik je yang menempel, baik yang sulong, maupun yang no 2..kadang tuh apaknya pun sama naik jugak..
Nie gambau lama..tapi lebih kurang gini la situation-nya setiap kali..u'olls tengok tuh la..orang tengah nak gosok dengan lipat kain, kat situ jugak la dia bergumpal dengan anak2 dia..yyiihhhh!!!..mau kite x bising..dengan si kecik tuh, xmakan saman..marah la cemana pun, dia duk mengendeng jugek..pastu dia tunjuk perasaan dengan sepak kain2 yang kite dah lipat..dah sampai tahap gitu, last2 kite give up..stop melipat..lantak la nak berbakul banyak mana pun..

Tetibe teringat ayat abang ipar kite..konon macam dia tengah berdialog la dengan qisya, “rumah qisya nie ayah tengok masa awal2 dulu kemas je cantik je..masuk anak no 1 ok lagi kemas lagi..masuk anak no 2 dah x berkemas sangat dah..nie anak no 3, hurmmmm hurmmmm”..hahahahaha..nak kata kite terkesan dengan kata2 abang ipar kite, tidak pun..lagi kite balas ada la, “kalau gitu tolong la kemas apa yang patut..nie cakap je apa barang..kan lagi elok kalau mulut tuh bergerak seiring dengan tangan bergerak..mesti tau2, ehhh, rumah dah kemas la, dah cantik dah”..hahahaa..sounds sooo kasar kan..xreti hormat abang ipar ker?..tapi kite dengan abang ipar kite memang cenggitu..jenis yang bahan-membahan, kutuk-mengutuk sesama sendiri tuh adalah cara kami bergurau dan bermesra..hiksss..

Kite nie kan, bila jadi mak2, sementara anak2 masih kecik nie, xkose nak paksa diri untuk jadi perfect..ikutkan siapa je yang xnak rumah berkemas, rumah bersih, rumah nampak cantik..siapa siapa..cer kabo..semua orang nak..penat tau x kalau nak sentiasa perfect nie..balik dari ofis memang tidak la nak usik/mengemas beria sangat..sebab masa tersangatlah singkat..sampai rumah dah nak dekat maghrib..dengan penatnya lagi..lain la kalau sampai rumah pukul 4petang ke, 5petang ke..mungkin la sempat lagi kalau nak mengemas2, nak lipat&gosok baju, nak masak nak apa ke kan..

Nie sampai rumah dah pukul berapa, nak kemas beg sekolah anak2 lagi. Nak basuh botol2 susu, tumbler segala bagai. Itupun dah pukul berapa dah. Tau2 ehh la dah pukul 9malam ker?. Sebab tuh skang nie order je makanan dekat grab food or food panda. Kalau kite masak, tah pukul berapa nak siap masak. Dengan nak makan lagi. So the best option is, order saje. Kalau masing2 nak makan yang simple2 and senang nak ready kan, baru la kite masak. 

Tapi kan kalau let say kite cuti and anak2 pegi school, pun ada masa yang macam malas nak kemas rumah, lipat kain. Sebab time tuh la time kite nak melunjur kaki dengan tenang sambil tengok netflix tanpa ada gangguan sambil makan chips. Hahahahaha. Sementara anak2 nak membesar nie, cherish je la every moment. Skang anak2 kite pandai, nak carik duit lebih, derang akan request untuk “bekerja”. “Mommy, do you have any house chores that we can do?. Bobot and kakak nak carik extra money”. Comel. Kite pun senaraikan la apa yang derang kene buat. Pastu bagi la berapa yang kite ada sama rata. Kadang bagi 5hengget. Kadang bagi 10hengget. Selalu 5hengget la. 😅. Tapi xyah la nak harap derang buat perfect. Janji xberselerak pun dah ok. 😂

Xde la selalu pun derang mintak upah. Kadang2 je. Kalau derang ada something nak beli. And lagi satu kan, anak2 kite cukup takut kalau kite dah start mengemas rumah. Takut kite buang toys2 derang. 😂😅. Sebelum tuh kite dah bagi warning dah. “Kalau sayang toys masing2, pegi simpan. Jap lagi mommy dah start kemas, mana2 toys yang mommy jumpa, mommy buang terus. Jangan siapa berani nak amek balik”. Menggelupur masing2 kemas toys. Sekali dengan ipan pun menggelupur kemas toys dia. Bila kite dah start mengemas, kite akan pegang plastik untuk kutip sampah2. Masing2 pun mata duk usha je. Muka cuak. Nampak je kite masukkan toys derang dalam plastik, “mommy, that’s mine”. And kite akan jawab, “nope. It’s too late dy”. Tapi kite pun xde la buang toys sebarangan. Milih jugak. Toys yg kite buang byk yang dapat dari happy meal mcd, pastu toys yang dah rosak.

Tuesday, October 11, 2022

:: Progress Rumah Sarang Burung ::

 Skang nie macam2 bende nak kene buat dekat rumah “sarang burung” kite tuh..dengan banyak procedure dari management bagai..haiyoooo, susah nyeah rupanya kalau beli rumah bertingkat2 tingkat yang banyak tingkat nie..pening kepala..untuk rumah kite nie, kiteorang xde nak rushing untuk bagi siap..ye la kan bukannya nak duduk permanently pun..kire ade la masa nak mencarik contractor and buat perbandingan harga..and skang nie dah final la..maksud final tuh dah settled dengan pemilihan contractor untuk kitchen cabinet..dah hired dah contractor untuk wiring..dah jumpa dah contractor untuk pasang grill dengan invisible grill rumah..

Hasben kite pun dah bayar deposit utk renovation dekat management office..after dah settle dengan renovation nanti, duit tuh boleh refund balik..and application untuk renovation pun dah lulus..alhamdulillah semalam dah settled dengan grill dengan invisible grill..orang yang pasang grill pun duk merungut..katanya, antara banyak2 condo ke apartment ke, rumah gated ke yang pernah derang pasang grill, xkisah la mahal ke murah ke rumah tuh, condo kite nie terpaling2 complicated and paling mahal nak kene letak deposit untuk renovation..*sigh*..memang mahal pun sebenarnya..kene letak deposit RM2500 kut..memang la refundable, tapi kesian la dekat resident2 lain yang dah banyak berhabis duit yang kene bayar macam2 sebelum dapat kunci..elok je dapat kunci kene bayar dekat lawyer untuk matikan setem..dekat 6k ada la jugak..tapi xingat berapa exact..but more less gitu la..di awalnya ramai je residents yang merungut dalam group..mana nak cekau duit RM2500 pulak untuk renovation..tapi tuh la, nak x nak, ada duit atau xde duit, terpaksa la adakan jugak..sebab kalau xletak deposit, xboleh nak buat apa2 dekat rumah..


Grill biasalah standard je..rumah ber-strata gitu ler..kene ikut la guideline yang dah disediakan..grill nie baru siap pasang..bersekali dengan invisible grill..invisible grill kene pasang oiii..bahaya kalau xpasang..rumah dah la berpuluh2 tingkat..seram kite nak keluar dekat balkoni..

So lepas nie turn contractor wiring kiteorang pulak untuk masuk..tapi xtau la bila startnya sebab contractor wiring kiteorang banyak projek skang nie..untuk contractor yang buat wiring, hasben kite hired orang yang sama pernah buat wiring kat rumah gombak..sebab dah biasa, dah kenal and dah tau cemana orang tuh buat kerja..kerja wiring dia memang kemas..untuk wiring hasben kite xde carik contractor lain untuk nak buat perbandingan harga..memang akan panggil dia je..sebab senang nak bekerja dengan dia..lagipun contractor wiring tuh kalau ada apa2 memang dia cepat respon and cepat datang..senang nak berurusan..so kite namakan je la dia terus..nama contractor untuk buat wiring rumah nanti nama dia Ahlung..

Bila ahlung dah start buat wiring nanti, time tuh la baru nak kene shopping barang2 elektrik..ada certain lampu ahlung akan carikkkan..lampu2 yang straight forward xde design macam lampu downlight dengan track light..dua2 tuh kan very straight forward je design-nya..cuma kene bagitau track rail nak colour putih or hitam and bulb nak colour putih, yellow or light yellow..after ahlung dah settle buat wiring and plaster ceiling, baru boleh buat kitchen cabinet..nak buat bersekali xboleh sebab kene tunggu plaster ceiling siap baru boleh buat..kalau tidak ukuran akan lari..contractor kitchen cabinet yang kiteorang hired adalah kawan kepada ahlung..hasben kite nak pasang shoe cabinet sekali dekat luar..bila buat perbandingan harga antara contractor yang kiteorang panggil, dia la yang paling murah..murah sebab barang2 dia adalah dari kilang dia sendiri..bukannya dari supplier2 yang amek barang dari kilang..that's why harga dia murah dari yang lain..

kite just tunjuk dia contoh kitchen cabinet yang kite nak..kite nak exactly yang macam nie..nak simple2 je..

Dapur belah dalam memang totally dry kitchen..dapur kecik je u’olls..bagi kite rugi space kalau letak dapur gas kat situ sekali..so since ada yard kat tepi dapur, situ lah tempat untuk kite buat wet kitchen..masak-memasak semua dekat luar..yang beruntungnya unit rumah kite, dapur kite xmengadap dapur rumah jiran macam unit2 rumah yang lain..sebab unit kite adalah unit pertama bila keluar dari lift..and dekat laluan nak ke pintu masuk unit rumah kite pun, ada privacy..bertutup dengan cermin..kirenya jiran2 unit lain kalau nak pergi dekat rumah masing2, xde la nampak sgt dapur kite..

Bila borak pasal rumah, kite mentioned yang rumah sarang burung nie “rumah kite” dekat hasben kite..sokmo la dia cakap, “bukan rumah i la..itu kan rumah isteri aiiii”..pastu sebelum and selepas pasang grill, asyik la duk cakap, “wahhhh, rumah isteri i dah nak pasang grill..one step untuk cantikkan rumah isteri aiii..lepas nie dah pasang lampu2, dah ada kitchen cabinet, lagiiii cantik rumah isteri aiiiii”..kite xsuka bila hasben kite cakap itu rumah kite bukan rumah bersama..sebab dia yang berhabis duit banyak utk rumah nie..sebab tuh kite xde nak beria design2 rumah..dia pulak yang terlebih excited..kite cakap xyah pasang shoe cabinet, dia beria nak pasang..ikutkan kite beli yang shoe cabinet biasa je sudah..siap plan nak letak sliding door untuk tutup hallway ke bilik 2 dengan 3..ayoooo beria nau ler..gaya macam nak duduk je..

Bila tah ahlung nak settle dengan projek2 dia..dah la setiap hari kalau pegi balik kerja mesti akan nampak rumah..tapi kan, kalau kite duduk situ, perjalanan nak ke ofis kite, 5-10minit je..itu kalau jalan x jammed la..jammed kalu, setengah jam ke 45 minit pun boleh jadi..

Macam2 hal kan sebenarnya duduk rumah condo nie..dengan ragam resident-nya, dengan management-nya, dengan hal2 facilities-nya, lift lagi..lift dah la 3 je..yang mana dah start duduk, semua mengeluh lift lambat..pagi2 nak pegi kerja, nak turun dari rumah ke lobi je dh setengah jam..haihhhh..belum lagi dengan macam2 procedure..ye lah, kite mana pernah duduk rumah bertingkat2..so rasa macam renyahnya lahaiiiiii..tuh kite cakap dengan hasben kite, "cukup time dah boleh jual rumah, kite jual je la rumah nie"..pastu hasben kite cakap carik condo yang lain..itu time memang kite pangkah habis la.."i xnak dah beli condo or any other rumah yang bertingkat2..xkisah la condo mahal ke murah ke..lepas nie kalau nak carik rumah, carik rumah landed..xpayah nak kene hadap macam2 hal”..macam dah serik pun ada..lagi 5-6 tahun boleh dah la jual..hehehe..

Monday, October 3, 2022

:: Kerja Gila - 15km ::

 Memang kerja gila. 

Sebenarnya malam sebelum kite dah rasa badan kite macam nak demam. Dengan selesema dengan batuknya. Pagi subuh bangun, badan dah start rasa nak panas. Memang xsedap betul badan. Selesema dengan batuk memang xhilang la. Yang bertambah adalah demam dan sakit tekak. Kalau kite bergerak dari rumah, memang cancel berlari dah. Tapi sebab kite bergerak dari rumah adik ipar kite, gagahkan jugak la plus biras kite ila pun pegi sekali. Positive thinking  la kirenya. Konon kalau berpeluh, hilanglah demam. Hahahaha.

Sampai je kat tempat event, kite dengan ila macam terkejut. Sebab xramai orang mengkome. Sendu ya amat. Nak parking pun xde masalah. Ila duk tanya kite, “kite xsalah date kan babe”. Wakakakakaka. Sebab pernah ada kejadian dimana kiteorang tersalah date. Ila dah siap sampai kat putrajaya dah. Kite pulak baru bergerak. Mujur time tuh masih dekat duke. Nayaaaa pak karim. Nasib baik xkene marah dengan hasben kite. Hahahahaa. Terus mencarik breakfast la cite dia. Kihkihkih.

Bila dah flag off, kite gagahkan jugak la berlari walaupun badan rasa macam xmampu nak berlari. Baru KM ke 3 kite dah flat. Apoooo, awal nau menyerah nie. Ada berbaki 12km lagi kut. Terpaksa menyerah sebab kite rasa macam nak pitam. Dengan dahaga yang teruk sekali dahaga. Nasib baik event nie banyak water station. Setiap water station kite minum 3 cup air. 

Banyak drama la sebenarnya masa berlari. Kite berlari dengan berjalan sambil menahan dari nak pengsan. Bila dah ok, kite berlari sikit2. Start km ke 8, lutut kite sakit. Haishhh. Paksa berlari tapi xboleh. So terpaksa berjalan sampai lutut dah ok. Bila lutut dah ok, ibu jari pulak rasa nak cramp. Membawak ke tapak kak, membawak ke betis. Kite memang xleh berlari sebab kalau kite berlari, terasa urat betis macam kene tarik. Kaki alhamdulillah xkebas sebab kite tukar kasut. Kite pakai kasut lama kite. Kasut Brooks gak yang best pakai.

Masuk km ke 8, memang kite berjalan je all the way. Bonk!. Mental crack!. Kene pulak kat km ke 12, bila toleh belakang, ada few runners je. Lagi la stress. Rasanya macam ramai lagi kat belakang, tapi kenapa tetibe tinggal berapa kerat je. Ahhhh lantak la. 

Syukur sangat cuaca mendung masa tuh. Merasa jugak la mandi hujan. Xlebat la renyai je. Bila dah nak habis, budak2 yang menjaga event tuh duk bagi semangat. “Sikit je lagi kak. U can do it. Nanti masuk 21km pulak”. Kauorang xtau ke yang aku nie menyesal lari 15km. Hahahaha. 

Cut long story short, akhirnya kite berjaya jugak habiskan. Ila dah sampai lama dah. Kesian dia kene tunggu kite.

Pace 10 don’t care. Average pace kite selalu 7’35’, 7’45’. This time 10. Gasak la. Timing out pun don’t care. As long sampai before cut off time pun bersyukur sangat dah.

Tadi dapat email result untuk larian sabtu lepas. Ooo ok baru kite paham. Sebenarnya memang ramai lagi belakang kite. Tapi sebab dah nak sampai ke cut off time kut, maybe organizer suruh derang balik ke finishing line terus. Rasanya la. 

Balik tuh terus xrasa kaki. Hahahaha. Sambil berjalan tuh kite duk pikir, ini baru 15km. Cemana pulak lagi 3 bulan nie punya 21km. Serammmmm weh bila mikir. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...