Thursday, March 30, 2023

:: Kerja Gila ::

 Sebelum puasa seketul dak falsya nie ada buat kerja gila. Kerja gila yang dia sendiri menyumpah diri dia sendiri all the way to the highway. Kerja gila yang hampir buat dia menangis pun ada. Timbul rasa menyesal in between kerja gila tuh pun ada jugek. 

Dia dah tau dia akan masuk running event. Masuk pulak half marathon. Pastu yang lagi gilanya, sebelum date event tuh, dia xde langsung2 nak training ke, ataupun exercise la paling2 stinky pun nak bagi badan tuh at least ada buat some stretching ke apa ke kan, ehh whatever you call it la. Bende sama yang dia buat masa dia masuk half marathon penang bridge last year. Apa ke bongok sangat perangai dia tuh. Apa dia ingat dia muda lagi ke?. Dia ingat dia masuk running event tuh berlari 10km je ker. Kalau 10km xyah nak training sangat pun xpe. Walaupun ikutkan xelok jugak untuk system badan dia yang end up kompom jugak badan dia akan terkejut, tapi kalau nak compared dengan 21km punye berlari, yang sekali ganda kilometer dari 10km tuh, xker berganda x eloknya. Bofongokfok lafa difiyefe tuhfuh. 

Alasan dia bagi, time weekend ada je program so xleh nak training. Dia tuh lupa ke yang kat rumah dia ada treadmill. Yang kalau x dapat training kat luar pun, boleh je dia on treadmill tuh and berlari atas treadmill. Nak bagi alasan apa pulak lagi. Nak bagi alasan hijab tertutup sampai xnampak kewujudan treadmill kat rumah tuh ke?. Mengundang kan mengundang. Pffttt!

Kisah gila masa penang bridge tuh memang she very the never learned la. Main redahhhhhhhh jer. Alhamdulillah xde apa yang jadi.

Haih, tah la. But anyways, dalam pada kite buat kerja gila yang xpatut dicontohi itu, kite berjaya jugak la habiskan half marathon masa event twincity tuh before COT (cut off time if you may not know). Walaupun cupul2 masa je kalau nak diikutkan. Eh laaa, kite ke yang bongok buat kerja gila tuh. Wakakakaka.

Ya Allah time tuh sumpah rasa nak nangis pun ada. Kilometer ke 16 ke berapa tah, ehhh xingat la, kite dah start slow xboleh nak push sebab betis dengan peha kite dah start cramp. Tapak kaki pun tagged along peha dengan betis kite. Dia pun nak join cramp sama. Why owh why?. So cruel nyeah korang. Nak tag team dah kenapa.

“Kerja gila apa yang kau buat nie syaiton”. Itulah status kite masa kilometer ke 16.

Mental kite cracked gila masa tuh. Dengan panas teriknya, dengan route yang macam harey. Bukit bukit bukit dan bukit bertemu bukit sampai ke hujung. Sumpah xnak dah kite masuk half marathon kat cyberjaya dah lepas nie. Macam mana kite xnak masuk event lari kat area kl, hah macam tuh la kite xkan masuk dah apa2 event half marathon kat cyber. Kat kl, bukit tungku dengan bukit tugu adalah musuh kite. Banned terus!. 

Kite xtahan panas. Bukannya sebab gedik ke mengada ke bajet2 puteri lilin ke yang xboleh kene panas. Tapi bila kau seorang yang ada migrain, cuaca panas la yang kau seboleh2 nak elak. Sebab bila lama sangat terdedah dekat bawah terikan cahaya matahari, confirm lepas tuh akan migrain. And yes!, lepas je habis berlari, terus kepala naik migrain. Dah la kalau migrain xboleh kalau xtelan painkiller. Selagi xtelan painkiller, selagi tuh la migrain x hilang. Kalau 3hari, 3hari la migrain. Tapi bukan cuaca panas je, sejuk sangat pun boleh naik migrain. 

Punya la bonk teruk yang super duper teruk, time kat jam pun lupa nak stopkan. Kalau timing 3jam 42minit, dah disqualified dah kite. Kite sampai FL (finishing line), 15-20 minit sebelum COT.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Penat lelah dan jerih kite terbayar. Ehh ke berbayar. Ahhh gasak la. Timing tuh lantak pie la, janji sampai sebelum COT. Pace pun lantak la pace 10. Ke laut dalam peginya. Walaupun kaki rasa macam skru dah nak tertanggal, kepala lutut tunggu masa nak tercabut, otak dah xboleh nak digest dengan apa jadi. Belum lagi cite separuh otak tertinggal kat salah satu bukit kat cyber tuh. Tenaga dah drained. Jalan pun macam zombie. Muka dah macam udang kene bakar sebab merah menyala yang teramat sampaikan bila kite lalu ada yang toleh 2-3 kali tengok kite. Ye korang, kite kalau berlari, berbasikal or buat la apa2 sukan yang bawah panas terik matahari, muka kite akan jadi merah yang rasa macam nak meletop muka.

Masa berlari, sampai la satu kawasan nie. Kat traffic light la cite dia nie. Polis trafik yang jaga jalan masa tuh stopkan runners sebab nak bagi laluan dekat kereta2 untuk jalan. Sebelum kite nak sampai kat traffic light, nampak la yang polis tuh suruh kite cepat sebelum dia nak lepaskan kereta untuk jalan. Kite just lambai je buat signal “xboleh”. Hahahahhaa. Masa tuh kite dah start berjalan sebab tapak kaki, betis dengan peha dah makin2 mengamuk “derang” punya cramp. So bila kene stop dekat traffic light, sambil2 polis trafik suruh kereta jalan, sempat gak la borak jap.

Polis : nampak macam xlarat tuh. Hahaha. (Cis, selamba nganjing kite. Hahaha)

Kite : aah. Xlarat sebenarnya nie. Hahaha.

Polis : masuk berapa km?. 

Kite : half marathon. 21km gitu la.

Polis : uish. Patut la nampak seksa sangat. Mesti dah start menyesal kan?. Lepas nie nak masuk lagi ke half marathon?

Kite : tengah menyesal la nie tapi lepas raya ada lagi event half marathon menanti.

Pastu dua2 gelak. 😂😂😂. Polis tuh geleng kepala je bila dengar ada lagi event HM menanti. Mesti dalam hati, perempuan nie menyesal masa tengah berlari je nie. Lepas berlari hilang ingatan boleh pulak register lagi HM. ðŸĪŠðŸ˜‚ðŸĪŠ

Berjayaaaaaa!!!. Alhamdulillah.

Dalam kereta bukak aircond full blast. Memang hari tuh kat cyber panas terik sangat xleh nak bincang. Sempat gak la terlena kejap dalam kete sebelum bergerak balik. Ye kite drive sendiri pegi sana. On the way nak balik, kite nak singgah petrol pump sebab nak pegi toilet. Sepanjang berlari kite banyak minum air kan. Memang kompom la akan mencarik toilet. Otw nak ke petrol pump, kite nampak masih ada lagi yang tengah berlari nak ke finishing line. Kesiannya derang. Dengan panas teriknya, pastu dengan penatnya. Pastu bila sampai FL xdapat medal. Sedih oiii. 

Plan asalnya hasben kite nak hantar. “Xpe la esok pagi i hantar la isteri i ke cyber”. Ecececeh. Katanyaaaa. Hahahah. Beria kata nak hantar konon xbagi kite drive pegi sana sensorang pagi2 buta. Bila dah sampai sana, kejut2 sekali ehhh, dia buat macam mengigau. 😂. Dah tuh tido pun pukul 3pagi. Kul 4.30pagi dah nak kene gerak. Bila kejut xbangun2, sudahnya kite terus gerak je. Orang dah la dah lambat. Kite sampai je rumah selepas berlari kat cyber, hasben kite tanya, “kenapa x kejut i. Sampai hati”. Wahhhhh, kenapa x kejut nyeah. Time tuh kalau campak mercun bola kat tepi telinga pun xsedar rasanya. “Aaahhhh sudah la domok. I dah kejut banyak kali dah. Lagi nak cakap kenapa xkejut. Esok i hantar la u. Harapan je semua tuh. Dah tau 4.30pagi dah kene gerak, tido kul 3lebih kenapa”. Pastu dia gelak2. “Memang nak tido awal. Dah tuh derang panggil meeting. Ada macam2 hal jadik semalam, tuh yang tido lambat”. Huuhhhh, aii is sentap. Terus kite naik atas mandi. 

Semoga apa yang jadi akan menjadi pengajaran buat kite. Training sya training. Jangan main redah dah. Lepas nie ada lagi few events yang kite dah registered. Siap ada event trail run lagi. Untuk trail kite xberani nak amek yang lebih dari 10km. Sebab lari kat trail dengan normal road adalah sangat2 berbeza. Lagi berganda penat, lagi berganda mencabar. Nervous pulak tetibe. 😂

1 comment:

  1. wah..congrats congrats!! alhamdulillah...dpt gak sampai walaupun 15 minit sebelum cot...
    wow...respek tu..cayalah.. MA x join apa2 run lagi this year...

    ReplyDelete