Tuesday, April 4, 2023

:: Lauk Penyelamat Untuk Bersahur ::

Kite mak2 dan isteri nie mesti akan ada hari yang terlajak nak bangun untuk sediakan sahur dalam sebulan tuh. Selalu kite akan bangun pukul 4.15pagi. 4.30pagi paling2 lambat la kalau kite bangun. Bagi kite kalau terjaga pukul 5pagi tuh memang dah kesiangan sangat dah la. Sebab selalu pukul 5pagi tuh masing2 dah ada kat meja makan tengah makan. 

 Kadang kan kalau dah kesiangan nak bersahur, mesti macam kelam kabut kan. Nak masak macam xde masa. Masa tuh ikutkan sempat je masak yang simple2. But still, perlukan jugak masa nak sediakan rencah2 nak masak tuh. Plus, kite xsuke terkejar2 nie. Penat tuh boleh jadi double triple. Penat sebab nervous tuh yang lebih. Kesian dekat hasben dengan anak2 kite makan xtenang takut nanti dah masuk waktu imsak. 

So lauk emergency la orang kata, dan yang terpaling senang dan terpaling jimat masa adalah,

Ini. Rendang paru nana. Sedap oiii. Hihihi.

Rendang paru pastu gorengkan je telur mata untuk suami kite. Makan dengan kicap. Dah settled. Itupun dah sodap dah. Every year memang akan order dekat nana rendang paru nie. So kalau terlajak bangun, inilah lauk emergency-nya. Kadang kalau x emergency pun, kalau tiba xde idea or malas nak masak kecah2 dapur, inilah lauk yang akan jadi lauk sahur. Sahur kan, xkan nak beria masak macam makan waktu lunch dengan dinner. Memang idok ler. Selalu sahur nie kiteorang makan simple2 je.

Ikutkan hasben kite, kalau dapat nasi goreng kampung kite pun dah cukup dah. Setiap hari selama sebulan berpuasa pun dia ok kalau hari2 makan nasi goreng kampung yang kite masak. Pastu telur mata. Belanjahhh!. Hahaha. Lagi la dia suka. Ini bukan kite cakap tau. Hasben kite sendiri yang cakap. 1st day sahur kite masak nasi goreng kampung untuk dia, kemahen lagi dia punya, “ummmppphhh ummmpphhh”. 😂. Asal sebut nak masak nasi goreng kampung je, terbuntang mata dia, “whattt?!. Sedapnya nasi goreng domok”. Hahahhaa.
Ini haaa. Simple je. Xde letak ayam pun and kite memang xde letak ayam. Sayur xde pulak nak letak. Selalu kite letak kobis atau kacang buncis.

Untuk anak2 punya lauk emergency pulak,
Ini haaaa. Kruma ayam adabi. Memang kite pesan dekat hasben kite beli 3-4 tin. 

“Adabi melazatkan, adabi menyelerakan, mengandungi pelbagai rempah, melazatkan kari dan kuah. Adabiiiiiiiii”. Ada yang nyanyi instead of baca ker?. Wahahahaha.

Nie haaa rupanya.

Surprisingly, sedap jugak tau korang. Terasa la ayam kurma dia. Anak2 kite suka. Tapi xboleh la kalau nak makan hari2. Jemu ke pe tah. Sekali sekala boleh la. Budak2 kan kadang cepat jemu.

Qisya tahun nie xdpt puasa penuh. 3-4 hari kut dia tinggal puasa sebab sakit perut. Bobot pulak tahun nie tetibe dia kata nak puasa. Sebelum puasa bila tanya nak puasa ke tidak, sokmo jawapannya xnak. Takut nanti xtahan kata dia. Alih2 bila 1st day puasa, ehh dia puasa la kan. Bobot kan, dia kan jenis akan buat bila dia sendiri nak buat. Xkisah la in terms of apa pun. Paksa la cemana pun, kalau dia xnak, xnak la. Jangan la paksa. Ikut perangai siapa tah. 🤭.

Kite xde pun paksa anak2 kite puasa. Bobot tuh siap kite pesan, kalau larat puasa, puasa. Xlarat puasa, xyah puasa. Kat school tuh beli je la makanan kat kantin. Skang kan kantin sekolah dah bukak masa bulan puasa. Last time sekolah qisya kantin tutup. Tapi tuh la, bila masing2 xlarat nak puasa, takut nak bagitau. “Mommy, bobot xlarat la nak puasa. Boleh ke kalau bobot xpuasa?”. Ada one day qisya sakit perut sampai kene ke klinik. Siap call kite tanya boleh ke tidak dia berbuka. Halahh halah halah. Buka je la kakak. Jangan paksa kalau xboleh. Mommy nie memang la garang. Itu mommy mengaku. Huahuahua. Tapi tidak la sampai sanggup mommy nak seksa anak2 mommy.

1 comment:

  1. MA nyanyi..he he he..dlm hati la. automatik je..
    sedap rendang paru nana..sampai ke bangkok MA bawak dulu yer.. this year x order plak sbb x geng nak makan..dulu ayah makan, but ayah pun dah kureng..so nak makan beli je nasi lemak paru..pun boleh.

    ReplyDelete