Semalam dah start dah pemasangan2 yang sepatutnya dipasang dekat dalam bilik anak2 kite.
Terpaksa la hasben kite amek cuti 2 hari nie. Hopefully siap la arinie. Kalau tidak pening orang tua tuh nanti. Siapa pulak la nak menunggu. Hahahaha. Dia xpe cuti banyak. Berlambak2 cuti dia. Kite cuti sikit je. So biar orang yang cuti banyak standby dekat rumah.
Cepat jugak sebenarnya dia buat kerja. Hasben kite cakap yang buat nie sorang je. So cepat la kerjanya. Punctual pun punctual. Janji 8.15pagi, 8.15pagi dah terpacak. Hasben kite kata lunch pun dia xde keluar. Bawak makanan dari rumah, pastu makan sambil2 buat kerja. No wonder la cepat even buat sorang je.
Ini gambar pagi tadi sebelum orang tuh datang.
Ini selepas kite dah siap mandi and nak turun bawah. Memula kite xperasan dah berpintu kat kabinet almari tuh. Asal macam nampak pelik. Ehhh la, dah bertutup rupanya. Apo la sya oiii. Badan dah bangun tapi otak tido lagi. Lama benau nak digest.
Ini bilik the bois. Tetibe rasa macam almari tuh kecik untuk 2 orang. Bilik nie tinggal nak pasang study table je. Cat biru tuh nampak cantik pulak. Tapi kalau nak tau betul2 ok ke tidak cat kaler biru tuh, kene tunggu bila semua dah siap la. Nak bukak lampu, xboleh lagi sebab kene tunggu ahlung settlekan wiring. Plus, cat kat dinding pun bukannya final lagi. Bila dah habis pasang semua almari and study table, bila dah betulkan balik plug point apa semua, baru orang cat tuh akan datang buat touch up balik. Kire akan cat lagi 1 layer.
Siap je nanti, dah boleh pasang katil ifan. Weekend nie kene keluar carik tilam untuk katil ifan tuh haaaa. Pastu nak carik sekali cadar untuk katil kite. Nanti lagi 2minggu katil kite sampai, nak dicadarkan dengan apa.
Pastu selain dari buat bilik anak2 kite, kat dapur pun ada buat something jugak. Xde la buat apa pun, cuma tukarkan posisi tempat fridge dengan oven n microwave. Dulukan fridge kite kat belah paling tepi sekali. Nak bukak pintu belah kanan tuh limited sangat dia punya space. Memang susah nak amek or letak barang2 especially dekat compartment belah bawah. Tuh bila nak buat bilik anak2, kite cakap dengan hasben kite. Dah alang2 tuh tukarkan tempat kabinet fridge dengan kabinet ovenµwave. Swape kan aje. Mujur hasben kite setuju sebab dia pun sedar betapa susahnya nak masukkan buah2 or sayur2 kat compartment bawah tuh. Nak cuci fridge pun payah gila. Kite sampai kene keluarkan fridge, baru dpt bukak luas2 pintu fridge tuh. And mujur jacky boleh buat. Hihihi.
Ini pagi tadi sebelum kite keluar pegi ofis.
Ini selepas. Hasben kite update. Xsiap lagi. Kene tunggu ahlung datang buat wiring. Nak tambah lampu eyeball. Oven dengan microwave pun xmasukkan lagi.
Lepas habis settle semuaaaaaa nie, lepas habis kemassssss semua barang2 kat dalam bilik anak2, akan ada lagi satu projek. Hahaha. Projek bilik kite la pulak.
Kite plan nak buat macam nie. Almari bersekali dengan tempat letak tv. Hasben kite dah tanya jacky, jacky kata dia boleh buat. Ngeeee.
Tapi tidak la dalam masa yang terdekat nie. Bagi hasben kite “bernafas” dulu. Banyak duit dah keluar. Rumah setapak dah habis berapa, rumah gombak lagi. 😬. Mau x mintak nyawa orang tua tuh. 😬. Dia dah cukup “oksigen” untuk “bernafas”, bila dia kata “on onz untuk bilik kite pulak” je, barulah boleh start. Hihihi. Kite nak keluarkan duit dividen ASB kite dia xbagi. Duit dividen ASB kite memang xberusik langsung2 sejak dari 12tahun lepas. So kalau total2kan semua, InsyaAllah lebih daripada cukup kalau nak buat kat bilik kite. Or kalau tidak pun, sekurang-kurangnya boleh la nak ringankan sikit beban dia untuk bayar apa yang sepatutnya. Tapi hasben kite xbagi. “Xpe la u simpan je duit tu. Itu kan duit isteri aiiii. Gunakan untuk masa depan”. Memang la nama account ASB atas nama kite, tapi ikutkan itu duit hasben kite. Totally duit dia sebab selama 12tahun nie, dia la yang masukkan duit dalam account ASB kite. Kite ada la jugak masukkan dalam ASB kite. Tapi boleh kire dengan jari la berapa kali yang kite masukkan. 😂.
Nanti bila bilik semua dah siap, insyaAllah kite update. Kite pun neves nie. Kire surprise la untuk kite bila dah sampai rumah petang nie. 😅
1 comments:
seronoknya..wah cantik dah semua..
semoga semuanya berjalan dgn lancar yer..aamiin
Post a Comment