Tuesday, February 27, 2024

:: Settled Hadiah Bobot ::

Weekend lepas kami keluar pegi OU sebab nak tunaikan janji untuk beli birthday present bobot. 

Happy dia dapat apa yang dia nak.


Settled dah nyeah bobot?. Walaupun dapat lambat, tapi still dapat jugak kan. Halahhhh seminggu je tunggunya pun. Bukannya sebulan. Bukannya setahun.
Maka meta quest 3 nie dah jadi milik bobot. 

Layan jugak main game VR nie. Tapi yang main tuh je la yang best. Orang keliling xbest. Berapa banyak kejadian air mata dah. Tau2 nangis je. Sebab kepala kene ketuk dengan controller. Hahahahaha. Pastu kalau tengok konsert dalam VR nie. Dah macam kite ada dekat sana sekali. Best gile.

Bobot dapat present, kakak yang muncung.
 Adoiii kakak. Baru je birthday kakak bulan 11 tahun lepas daddy belikan ipad. Ini bukan zaman masing2 kecik lagi. Dulu boleh la beli 2 hadiah walaupun empunya birthday sorang je. Dulu permintaan kecik. Skang nie masing2 permintaan dah besar. Harga pun ikut sekali besar. Botak la daddy gitu. So sila tunggu birthday masing2 ye. 
 
Kite je yang boleh dapat birthday present in advance sebab xnak sakiti wallet hasben kite. Ye la. Kite terpaksa la beralah dengan qisya. Birthday qisya dengan kite masing2 bulan 11. Hasben kite pun bulan 11 tapi hasben kite lain la. Huahuahua.

Cuti2 sekolah skang nie korang jalan ke mana je bawak anak2?. Seronok tengok gambar kawan2 share pegi sana pegi situ. Kiteorang xde ke mana2 pun. Duk umah ontok-ontok yo. Hasben kite memang x gemor nak pegi berjalan time cuti2 sekolah. Dari dulu lagi gitu. Xkose nak menempuh jalan jem merata katanya. Sebab tuh kalau cuti2 sekolah dia akan bawak pegi staycation kat area KL je. Tengok la, kadang pegi Ascott kat depan KLCC tu. Kadang pegi Dorsett kat jalan ampang. Jap, baru perasan. Bukan Dorsett la. Somerset jalan ampang. Adoiii kau nie sya. Kompiden je. Hahahaha. Kadang pusing2 situ je la. Ye, service apartment. Skang nie kalau berjalan, memang book-ed service apartment. Anak dah 3 orang u'olls. Mana mau dah nak tido berlima 1 katil. Bagi la katil king size pun. Tetap xmuat. Dah la masing2 tido kemahen lasak. Masing2 dah gadang2 panjang2. Nak tido hujung katil pun xlepas. 

Xde la sedih sangat xdapat pegi berjalan time cuti sekolah nie. Sebab bulan 4 nie kiteorang nak pegi jalan ke negara orang. Percutian beli jiwa bak kata hasben kite. Sebab tahun nie dia akan ke sana ke mari ke sinun ke sinin. So sebelum anak2 dengan bini bising asyik hantar jemput dia kat airport je, better la dia bawak kami pegi berjalan dulu. Hahaha. So kene saving duit weh. Dah la skang nie duit RM dah macam apa dah. Dah macam xde value. Bila wartawan tanya manusia tuh pasal matawang jatuh teruk, itu kene tanya gabenor bank negara. Pulakkk!!!.  Padahallllllllll kau tuuu bukan keeee……… Haish, sangat typical orang gomen betul cara jawab. Ikutkan banyak bende nak carutskan skang nie. Tapi xpe la, i reserved my comments. 

Haish.

Bukan takat duit je kene simpan. Cuti pun kene simpan. Kite la yang kene simpan cuti. Hasben kite cuti berlambak2 so xde isu pun. Nak ikut hasben kite pegi outstation time cuti sekolah nie pun xboleh sebab nak kene simpan cuti punya pasal. 

Skang nie kite tengah nak shopping kembara meal. Ada agent kembara meal ker?. Drop komen meh. Tapi make sure sampai tau. Janjiehhh!. Hahahaha. Kite nak shopping banyakkkkkkk nie. 15-20pek. Tah2 lebih. Nak beli kat shopee macam takut. Takut xsampai. Dulu hasben kite pernah beli kembara meal kat official store dia kat shopee nun. Tapi xtau la kenapa courier dok peram sampai berminggu2 kat hub. Hasben kite beli sebab nak bawak time dia outstation kat filipin. Dah balik dari filipin pun, kembara meal xsampai2 lagi. Betul2 dia pegi mengembara la ek. Tah mana2 kembara-nya. Sudahnya mintak refund. Tapi xtau la kalau hasben kite nak mencuba lagi beli kat shopee. Kalau boleh xnak dah la beli kat shopee. Jadi cam fobia pulak.

Selain dari kembara meal, nak carik travel kattle, nak carik sabun untuk samak, nak carik cili sos yang peket2 tuh. Wehhh, makin lama pikir makin bertambah list nie. Ok la nak usha shopee jap untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Huahuahua.

Tuesday, February 20, 2024

:: Nostalgia, Taman Melawati ::

 Seperti biasa, setiap hari jumaat memang kite and hasben and 2 anak bujang kite akan pegi melilau carik tempat makan dekat area taman permata or taman melawati sementara nak menunggu anak sulung habis kelas taekwondo. 

Tempat makan kiteorang kalau tidak mee tarik kungfu ramen, serasa garden. Kalau tidak serasa garden, kiteorang makan soto dengan laksa johor. Tah apa nama kedai dia tah. Xingat. Tapi kedai dia kecik je. Betul2 berdepan dengan tepi 7eleven yang selorong dengan mohd chan.

Baru nie kiteorang discovered 1 kedai makan. Ala2 kopitiam. Nama kedai makan tu, Nostalgia. Konsep kedai makan Nostalgia nie adalah konsep zaman2 atok nenek moyang kite dulu2. Dah nama pun Nostalgia kan.

Masih selorong dengan restoran mohd chan tapi kedai makan nie hujung sekali. Alah kalau korang nak try makan situ, and xtau jalan, waze je. Bende skang nie hujung jari je. Macam xbiasa nak guna waze.

1st time makan, terus jatuh hati dah. Owh haaa, ini kopitiam melayu je bukan kopitiam bangsa lain. Owner sah2 melayu. 

Makanan kat situ bagi kite semua sedap2. Suasana dalam kedai makan tuh sangat la suasana ala2 zaman dulu2 kala. Barang2 dalam kedai tuh pun barang2 zaman2 atok nenek moyang kite. Ambiance dalam kedai makan Nostalgia nie memang menggamit memori sungguh la. Sesuai sangat kalau nak bawak mak ayah makan situ. Confirm derang akan suka.

1st time makan kat Nostalgia, kite order, 
 
*Disclaimer : Review ini tidak berbayar ye*

*sila scroll*

Nostalgia char kuey teow.
Ini sedap.
Belakang tuh telur separuh masak. Which common taste la kan. 

Butter clam with mantou bun.
Ini sumpah sedap. Serious sedap korang. Boleh buat teringat2, terkenang2 oii makanan nie. Tolong la order kalau datang makan kat sini.

Curry mee.
Ini pun sedap.

Nasi goreng cina untukkkkkk
Budak rambut kinting lesung pipit nan sebelah nie.
Pun sedap jugak nasi goreng cina dia.

Ini suasana dalam kedai

Kerusi yang belakang tinggi2 tuh macam kerusi kat rumah arwah nenek kite.

Itu pintu masuk.
Geram betul budak nie. Meja dah la kecik, ordernya bagai2. Dia duk bantai susun toys dia atas meja. Rugi space bethol. Ini mujur 2 je dia bawak. Kadang sampai 5 robot dia susun atas meja. Haish.

Ini belah dalam kedai.

Ini belah luar kedai. Derang display barang2 lama.

2nd time pegi, kiteorang order,

Lempeng sambal ikan bilis.
Awalnya kite nak repeat order butter clam tu. Tapi hasben kite nak try lempeng pulak. 
MasyaAllah. Serious sedap weh. Sambal ikan bilis sedap sangat. Kalau la nasi lemak dia guna sambal ikan bilis yang sama, memang sumpah akan sedap. Lepas nie kalau pegi lagi, kite dah plan nak try makan nasi lemak pulak. Dah alang2 memang tengah gemok kan. Apedehal. Takat nasi lemak, halahhhh, xterkesan la dek lemak2 yang ada nie. Tetap akan nampak gemok jugak. Hahahaha.

Ini apatah nama dia. Cantonese kuey teow kut. Ini pun sedap. Sesuai sangat dengan budak2. Kite teruja dengan mangkuk dia. Ehh mangkuk nyeah nama dia. Ahh gasak la. Hahaha. Kite panggil bekas la ek. Macam bekas mak kite.

Mee kuning basah.
Ermmm, kite review jujur la nyeah. Sebab sedap tu kan subjektif.
Agaknya sebab mee kuning kut. So ada terasa la kapur mee kuning tuh. Xde la kuat sangat. Tapi boleh terasa la rasa kapur mee tu. Kuah kicap macam agak masin sikit. Mungkin time kite makan rasa gitu. Mungkin time orang lain makan rasa ok. Ini kite review based on kite makan time tuh tau. 

Air macam biasa la. Kiteorang minum air kosong je. Seperti biasa hasben kite order kopi. Macam tipu je order air kosong semata kan. Hahaha. Kite order air soursop apa tah nama dia. Air kosong tuh untuk buat sulam2 dan untuk si ipan. Ipan kan memang minum air kosong je.

Nie la budak tuh. Dia xreti nak minum air lain. Selain vitagen, yakult, oren sunkist tu, memang air kosong je la yang dia akan minum. Selalunya memang air kosong. Kat rumah, air kosong yang dia minum pun bukannya jenis yang sejuk. Every time dia amek air kat water purifier, dia akan tekan air yang room temperature. Kalau dia mintak tolong kakak dia amekkan air pun, dia akan pesan, "kakak, no blue. ipan nak green je". Mesti xpaham kan pesanan dia. Hahaha. Water purifier kite kalau tekan air sejuk, akan keluar lampu biru. Kalau air room temperature akan keluar lampu hijau. Kalau air panas akan keluar lampu merah. So itu la yang ipan maksudkan dengan "no blue nak green je". Ngertik ngak?. Huahuahua.

Portion makanan memang kenyang la. Harga reasonable. Ini salah satu kedai makan yang kite akan repeat kalau pegi taman melawati setiap hari jumaat. Week before 1st time kiteorang try makan kat nostalgia nie kan, kiteorang makan dekat kedai makan ala2 chinese food yang berdepan dengan kedai makan nostalgia tau. Owned by muslim. Memang itu 1st and the last la makan situ. Untuk try boleh tapi untuk repeat, rasanya tidak la.

 Portion makanan sikit, rasa so-so, harga mahal. Fried dumpling dia sedap. Pastu kiteorang order mee wantan kicap untuk anak2 bujang. Bila sampai, terbeliak mata kami laki bini. Portion mee wantan dia, macam korang makan 2 mangkuk mee kat boat noddle. 3-4 kali slurp dah gone. Harga xseiring dengan kejadian. Hahahhaa. Xnak bagitau nama kedai. Nanti kalau korang pegi try makan kat Nostalgia nie, korang tau la kedai mana. Sayang, kedai makan deco2 dah cantik. Cozy. Tapi tuh la. 😅. Itu kite la. Lain orang yang dah pernah try, mungkin kene dengan selera. But for us, xpe la. Certain people boleh cakap, baru makan 3-4 menu dah kata so-so xnak repeat. Poyo betul. Terpulang nak cakap apa. Kadang 3-4 menu tuh la yang boleh buat customer repeat masuk lagi kedai. Macam Nostalgia nie la. 1st time pegi kiteorang order 3-4 menu jugak. Terus buat rasa nak repeat lagi pegi. Nak try lagi menu lain pulak. Kannnsssss.

This friday, xtau la kedai makan mana pulak kiteorang pegi. Hihihi.

Tuesday, February 13, 2024

:: Aura Bapak ::

Mommy : Siapa garang?. Mommy ke daddy?
3 beradik : Daddy!!!. (Serentak)

Kecik besau kecik besau je mata apaknya memandang anak2 dia. Mata dah la memang sepet. Dah macam terus pejam mata dah. Hahahaha.

Mommy rasa mommy yang selalu memetir kat rumah nie. Selalu menjegil mata kat rumah nie. Selalu membebel kat rumah nie. Selalu mengamuk kat rumah nie. Selalu je garang2 kat rumah nie.

Daddy???. Relax je. Jarang marah, jarang jerit. Pukul apatah lagi. Xpernah lagi kene. Selalu je melayan anak2. Mintak la apa, insyaAllah dapat. Dari semurah2 barang, sampai la semahal2 barang. Ajak pegi hotel, daddy bawak. Ajak pegi kedai daddy bawak. Nyebut kata nak pegi main salji pun, daddy bakal bawak nanti. Cuma xtau la time pegi tuh boleh main salji ke tidak. Harapnya salji kat gunung tu xcair la nyeah bila kite pegi nanti. Hahaha. Semua daddy tunaikan. Cepat dengan lambat je. Ehh sedangkan dengan kite pun hasben kite gitu, apatah lagi dengan anak2 dia. 😅. Birthday qisya tahun lepas, dia kata dia nak ipad. So bila birthday qisya, daddy belikan ipad. Birthday ipan 10/1 dapat bumblebee yang boleh transform2 jadi kete tu. Ipan kecik lagi xreti nak mintak2. Belikan dia spiderman ke, ultraman, power rangers ke, robot transformers yang boleh bertukar2 pun dia dah happy gila dah. 18/2 nie birthday bobot pulak. Berapa hari je lagi. Bobot request nak VR game tu. Tapi ayat diaaaaa yang palinggggg xmenahan, “bobot xkisah daddy nak bagi apa, tapi kalau dapat VR pun ok”. Wahahahahahahaha. Sooooo anak mommy kan. Xdisangkal lagi. 😂🤣.  

Kite : birthday bobot nak dekat dah nie. u betul ke nak belikan VR game tu untuk bobot time birthday dia?. Mahal kut game tuh (risau harga mahal katanya. Tapi apa bezanya dengan harga ipad. kalau nak tau korang try google la sendiri harga game VR tuh berapa.).
Hasben : tau. ahad nie la birthday bobot. dah itu yang dia nak. Beli tu je la.
Kite : tapi kan bobot cakap dia xkisah u nak belikan apa, kalau dapat VR tuh ok la. So kire ada option la tuh. Hahahaha.

Hasben kite pandang je kite.

Hasben : hurmmmm, mana maunya. Ayat dia je gitu. Tapi itu yang sebenarnya dia nak. U rasa kalau i beli lain dia suka ke. Tah ikut perangai siapa tah. 

Hahahahahahahaa. Dia dah tau la gais. Dia dah tau permainan ayat isteri dia. 🤣😂

Lagi nak kata daddy garang. Mintak apa dapat, mintak apa dapat. Dengan mommy memang xdapek la. Ehh, lupaaaaa. Mommy kan xde duit. Sokmo xde duit. Semua duit daddy je keluar. Mana la “orang depan” nie pernah ada duit. Xpernah ada pun. Kannnnn. 😏

Tapi bila sekali daddy marah, haaaaa teresak2 masing2. 

Malam tadi baru kene. Suruh tido. Bergurau bergelak ketawa. Banyak kali sebut suruh tido. Sama jugak. Last2 kene jerit dengan daddy. Meloncat mommy turun dari katil bila dengar suara daddy. Ehhh, kite sentap la anak2 kite kene marah dengan daddy dia. Kite marah boleh, apaknya marah xboleh. 😜. So mommy datang menyelamatkan keadaan anak2 mommy. Kang lagi lama hasben kite kat dalam bilik tuh, lagi teruk kene. Kite xde la terus nak marah hasben kite depan2 anak3. Air muka dia pun kene la jaga. Cuma kite tarik dia keluar bilik je la. Hahahahaha. 

Bila dah keluar, hasben kite bebel. Kite duk la sudah2kan. “Dah2 la. Dah memang gitu kan setiap hari. Derang bergurau2, 5-10minit kang senyap dah masing2 tido”. Wahhh pandai nyeah kau berkata2 kan sya. Cuba kalau kau. Berbakul2 kau bebel kat laki kau mengadu anak xnak tido. Kene time laki kau, pandai lak duk kata macam2. Konon terpaling memahami perangai anak2. Wakakakaka.

Masing2 dah ada katil. Tapi semua duk menyempit nak tido dengan kakak. Itu yang bergurau senda bergelak ketawa sebelum tido tu. Especially ipan. Suruh dia tido dekat katil dia sekali dengan abang, dia xnak. “Ipan nak shleep kakak”.

Tido kene memeluk kakak setiap hari. Nak tido peluk mommy, xboleh, sebab dah asing katil. Ipan tido memang jenis kene berpeluk. Tapi kadang sedar2, tau2, muncul je dia kat tengah2. Tau2, rasa berat je badan. Rupanya, kene peluk dengan ipan. Elok je dia tido. Tah bila dia panjat katil tah. Pffttt!. Abang pulak menyempit tido bilik kakak sebab dia sorang2 je dalam bilik. Rasa terasing. Kenapa kakak berteman, kenapa dia kene tido sorang. Ehh laaaa bobot nieeeee.
Gini la setiap malam. Xberpeluk dengan kakak, xsah. Kalau tanya rotan kakak ke rotan abang, dia akan jawab no potan (rotan) kakak, shayang (cium) je. Tapi kalau abang, dia suruh potan (rotan). Hahahaha. Dengan abang pun dia rapat. Tapi dengan abang kire kawan untuk dia berlawan, bergurau kasar la. Boys kannnn. Dengan kakak, dia manja2.

Daddy jugakkkk la yang melayan anak2. Hihihi.

Itu la yang dinamakan aura bapak2. Xpayah pun nak memetir macam mak2 nie untuk buat anak2 takut. Jelingan dan pandangan seorang bapak tanpa berkata2 tuh pun dah boleh buat anak2 gerun. Belum bapak2 nie bukak mulut lagi. Hahahahaha. 

Pelik kan. Padahal patut takut dengan kite mak2 nie la kan. Sebabnya kite mak2 nie yang kalau ikutkan paling garang. Setiap masa bebel, setiap masa marah, setiap masa garang. Apaknya senyap je. Relax je. Cool je. Chill je. Tapi tetappppp daddy yang terpaling garang!. Hahahahhaa. 

Friday, February 9, 2024

:: Kita Usaha ::

Baru nie hasben kite demam. Kesian dia. Khamis minggu lepas to be exact dia sakit. Dah almost 1 week la kiranya. Bila hasben kite sakit, kami semua memang xkemana la. Patah sebelah sayap saya. Hihihi. Kelas swimming, anak2 kite xdapat attend, qisya xpegi kelas taekwondo. Mujur la kelas muzik anak2 kite buat dekat sekolah. Ye, derang attend kelas muzik anjuran sekolah. So student mana yang berminat, boleh join. Qisya join kelas piano, bobot join kelas guitar. Nanti time ipan kalau ada lagi, join kelas drum pulak. Hahaha. Cikgu yang mengajar pulak import cikgu muzik dari yamaha. Masa nak registerkan bobot, alhamdulillah la ada pelajar yang drop slot untuk kelas guitar.  So bobot boleh masuk. Kalau tidak, dah penuh dah slot untuk kelas guitar. Rezeki bobot!. But sokay, xmerungut pun. Bukannya big issue kalau xpegi. Lagipun  hasben kite xsihat. Something yang xboleh nak avoid. Even kalau hasben kite sihat, ada je culas xpegi. Hahaha. That’s why kite cakap no big issue pun.Bukannya kite xboleh nak bawak, tapi kalau kite pun xsihat cemana. Cumanya x seteruk hasben kite la.

Kali nie demam hasben kite antara yang terpaling teruk la. Almost a week duk berselubung, sweater xpernah tanggal. Badan terlampau panas. Sehari after demam, tetibe tapak tangan ada blister. Pegi klinik doctor amek darah buat blood test. Alhamdulillah bukan denggi, bukan influenza, bukan covid. Doctor kata viral fever. Tapi makin lama makin teruk blister tu. Tapak tangan sampai bengkak. Nak genggam xboleh. Pegang henfon apatah lagi. 

Macam nie rupa blister. Ini diawal2 kene. 1 hari selepas start demam. So xnampak teruk sangat lagi. Ini kire baru 30%. Bila dah 3 ke 4 hari, korang bayangkan je la macam mana teruk. 3 kali ganda teruk. Terkejut kite tengok.

*sorry kalau ada yang xboleh tengok gambar tangan*

Hari ke 4 which hari ahad, kite dah start risau. Demam xkebah2. Kebah lepas makan ubat je. Effect ubat tuh habis, start balik demam. Start balik menggigil. Start balik panas. So kite suruh hasben kite pegi hospital. Ye lah sakit skang nie xboleh jangka. Kadang nampak macam demam biasa, tapi dalam xtau. Kut ada infection ke apa ke kan. Nak2 pulak dengan tangan badan penuh blister. Risau infection je. Tapi sebelum pegi hospital, kene pegi klinik amek referral letter. Masa kat klinik, doctor suspect HFMD. So dia treat as HFMD patient. Doctor pun terkejut tengok tapak tangan hasben kite. Rare orang besar kene HFMD. Tapi dia pun xboleh nak confirmkan betul atau tidak sebab dalam mulut xde blister katanya. Doctor cakap kalau pegi hospital pun doctor kat sana xboleh buat apa. Just buat normal procedure. So xjadi la ke hospital. 

Balik rumah kite menggelupur carik eo nak dilute eo. Sekali eo lavender pulak habis. Alhamdulillah best friend kite ada stock. Malam tuh jugak dia datang rumah deliver.

Kite dilute 4 eo nie. 

Lavender + frank + melrose + thieves. Kite dilute dengan V6 oil. Setiap satu 3 drop eo. Thieves kite lebihkan 4 drop. Malam kite diffuse purification.

2 kali sapu alhamdulillah dah nampak effect. Rupa blister masih lagi nampak seram, hahahaha, cumanya boleh nampak kesan dekat tang bengkak. Bengkak dah nampak surut. Tangan dah boleh genggam. Sebelum tu lagi la nak genggam pun xboleh. Kat rumah kalau kite ada, kite la tukang sapu. Sebab hasben kite nie dia ada masalah kalau nak menyapu2 minyak or letak2 cream nie. Dia macam geli. Hahahaha. Tah la kite pun xpaham. Tah pape kan. 😂. Kalau mintak dia sapukan apa2, hujung2 jari je dia uli2 minyak or cream tuh. Pastu jenis sapu asal boleh. Elok lepas sapu terus dia basuh tangan. Geram betul. Hahahaha.

Belum lagi bila kite sapukan cream or lotion or minyak kat tangan dia. Lepas sapu kat tangan dia tuh ibarat macam tangan kene gari. “I dah xboleh nak buat apa dah. Tangan i dah tercemar”. Eeiii paneh betul. Hahahaha. Memang dia xde pegang apa2 or buat apa2 lepas tuh. 

3-4 hari selepas sapu diluted eo. Nie dah nampak ok dari sebelum nie. Ehhh, dah ok banyak kut. Nampak la perubahan ketara. Padahal sebelum guna eo, hasben kite duk sapu cream yang klinik bagi. Xde effect apa pun. Makin teruk lagi ada la. After guna diluted eo yang boleh nampak perbezaan ketara sangat. 

Nie hari jumaat punya result. After 6 hari sapu eo. Blister dah xde, tapak tangan dah xbengkak, pastu skang tapak tangan dia nak “bersalin” kulit baru. Itu yang tapak tangan dia jadi macam tuh. Awal2 kite xtau nak salin kulit sebab hasben kite send gambar masa kite kat ofis. Siap cakap ter-overdose guna eo. Balik rumah kite tengok la apa yang overdose-nya. Sekali tengok, lahhhh ini bukan sebab overdose. 😂. “Ini maknanya nak salin kulit. Kulit mati yang dari kene blister tuh. Boleh je nak kopek”. Hahhh, baru la hasben kite berani nak kopek. Kalau tidak memang dia biaukan je xberani nak buat apa. 😅

“I saje je buat bentuk love. Sebab u kan ada dekat sebelah i. U kan jantung hati i” 

Pastu menyeringai miang. 

Wahahahahaa. 

🤣😂


Eo kite pun banyak dah habis. Nak kene restock. Baru nie hasben kite ada bagi duit untuk join membership. Sebelum nie dah joined dah. Tapi tuh la. Bila joined bukan sebab nak meniaga, more to untuk kegunaan sendiri, itu yang membership expired tuh. Kite ingatkan nak masuk under best friend kite ili je. Alih2 ili kata dia bukan member pun. Ili kata xyah jadi ahli, kalau nak bagitau je dia sebab dia ada kenal sorang akak nie. Akak nie boleh bagi dia harga murah. So ok la gitu. Xjadi la join membership. Duit yang hasben kite bagi tuh, sebelum habis ke bende lain, baik la kite shopping buat beli eo. Sebab itu yang sepatutnya pun kan. Rasanya macam ada lagi duit tu. Ehhh, hahahahaha. 

Anak2 kite kalau kena HFMD or chicken pox memang eo lah yang kite akan guna utk kurang2 all the blisters. Alhamdulillah sepanjang guna untuk anak2 memang nampak effect. Itu yang stock penting kene ada. So that nanti xmenggelupur. Hahahaha.