Tuesday, February 27, 2024

:: Settled Hadiah Bobot ::

Weekend lepas kami keluar pegi OU sebab nak tunaikan janji untuk beli birthday present bobot. 

Happy dia dapat apa yang dia nak.


Settled dah nyeah bobot?. Walaupun dapat lambat, tapi still dapat jugak kan. Halahhhh seminggu je tunggunya pun. Bukannya sebulan. Bukannya setahun.
Maka meta quest 3 nie dah jadi milik bobot. 

Layan jugak main game VR nie. Tapi yang main tuh je la yang best. Orang keliling xbest. Berapa banyak kejadian air mata dah. Tau2 nangis je. Sebab kepala kene ketuk dengan controller. Hahahahaha. Pastu kalau tengok konsert dalam VR nie. Dah macam kite ada dekat sana sekali. Best gile.

Bobot dapat present, kakak yang muncung.
 Adoiii kakak. Baru je birthday kakak bulan 11 tahun lepas daddy belikan ipad. Ini bukan zaman masing2 kecik lagi. Dulu boleh la beli 2 hadiah walaupun empunya birthday sorang je. Dulu permintaan kecik. Skang nie masing2 permintaan dah besar. Harga pun ikut sekali besar. Botak la daddy gitu. So sila tunggu birthday masing2 ye. 
 
Kite je yang boleh dapat birthday present in advance sebab xnak sakiti wallet hasben kite. Ye la. Kite terpaksa la beralah dengan qisya. Birthday qisya dengan kite masing2 bulan 11. Hasben kite pun bulan 11 tapi hasben kite lain la. Huahuahua.

Cuti2 sekolah skang nie korang jalan ke mana je bawak anak2?. Seronok tengok gambar kawan2 share pegi sana pegi situ. Kiteorang xde ke mana2 pun. Duk umah ontok-ontok yo. Hasben kite memang x gemor nak pegi berjalan time cuti2 sekolah. Dari dulu lagi gitu. Xkose nak menempuh jalan jem merata katanya. Sebab tuh kalau cuti2 sekolah dia akan bawak pegi staycation kat area KL je. Tengok la, kadang pegi Ascott kat depan KLCC tu. Kadang pegi Dorsett kat jalan ampang. Jap, baru perasan. Bukan Dorsett la. Somerset jalan ampang. Adoiii kau nie sya. Kompiden je. Hahahaha. Kadang pusing2 situ je la. Ye, service apartment. Skang nie kalau berjalan, memang book-ed service apartment. Anak dah 3 orang u'olls. Mana mau dah nak tido berlima 1 katil. Bagi la katil king size pun. Tetap xmuat. Dah la masing2 tido kemahen lasak. Masing2 dah gadang2 panjang2. Nak tido hujung katil pun xlepas. 

Xde la sedih sangat xdapat pegi berjalan time cuti sekolah nie. Sebab bulan 4 nie kiteorang nak pegi jalan ke negara orang. Percutian beli jiwa bak kata hasben kite. Sebab tahun nie dia akan ke sana ke mari ke sinun ke sinin. So sebelum anak2 dengan bini bising asyik hantar jemput dia kat airport je, better la dia bawak kami pegi berjalan dulu. Hahaha. So kene saving duit weh. Dah la skang nie duit RM dah macam apa dah. Dah macam xde value. Bila wartawan tanya manusia tuh pasal matawang jatuh teruk, itu kene tanya gabenor bank negara. Pulakkk!!!.  Padahallllllllll kau tuuu bukan keeee……… Haish, sangat typical orang gomen betul cara jawab. Ikutkan banyak bende nak carutskan skang nie. Tapi xpe la, i reserved my comments. 

Haish.

Bukan takat duit je kene simpan. Cuti pun kene simpan. Kite la yang kene simpan cuti. Hasben kite cuti berlambak2 so xde isu pun. Nak ikut hasben kite pegi outstation time cuti sekolah nie pun xboleh sebab nak kene simpan cuti punya pasal. 

Skang nie kite tengah nak shopping kembara meal. Ada agent kembara meal ker?. Drop komen meh. Tapi make sure sampai tau. Janjiehhh!. Hahahaha. Kite nak shopping banyakkkkkkk nie. 15-20pek. Tah2 lebih. Nak beli kat shopee macam takut. Takut xsampai. Dulu hasben kite pernah beli kembara meal kat official store dia kat shopee nun. Tapi xtau la kenapa courier dok peram sampai berminggu2 kat hub. Hasben kite beli sebab nak bawak time dia outstation kat filipin. Dah balik dari filipin pun, kembara meal xsampai2 lagi. Betul2 dia pegi mengembara la ek. Tah mana2 kembara-nya. Sudahnya mintak refund. Tapi xtau la kalau hasben kite nak mencuba lagi beli kat shopee. Kalau boleh xnak dah la beli kat shopee. Jadi cam fobia pulak.

Selain dari kembara meal, nak carik travel kattle, nak carik sabun untuk samak, nak carik cili sos yang peket2 tuh. Wehhh, makin lama pikir makin bertambah list nie. Ok la nak usha shopee jap untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Huahuahua.

1 comments:

aizamia3 said... [Reply]

Bab membeli hadiah ni, biasalah.. pasti akan yang muncung sebab tak dapat walhal dia tahu tarikh tu bukan tarikh lahir dia.

Cuti sekolah, kami jarang nak berjalan sebab en. Hb jenis tak suka berjalan jauh. Duduk rumah, berehat jelah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...