Friday, May 31, 2024

:: Tokyo Trip - Day 1 (Part 2) ::

Kiteorang sampai hotel agak lewat jugak la masa mula2 sampai Tokyo. Dalam pukul 1lebih pagi gitu. Masuk hotel pulak bukannya terus tido. Ada la pukul 2-3 pagi gak tido. So 1st day kat Tokyo memang xde aktiviti yang heavy. Purposely buat activity santai2. Just pegi makan dekat area Asakusa tuh je. 

Berjalan kaki sekejap je. Dalam 15minit gitu. 
Menunggu time untuk masuk makan.
Ini la restoran tuh. Xingat dah nama. Antara restoran yang halal dekat sana.
Time nie kemain hasben kite duk menjenguk orang tuh memotong ikan.
Our lunch for that day.

Pegi negara orang, lepas makan, or beli barang ke, nak convert ke duit kite boleh. Tapi cumanya jangan terkejut la dengan harga. 🤭. Shawarma kat sana 1 je 30hengget lebih dekat 40hengget. Alhamdulillah kat sana masih boleh makan sedap2. Masih boleh merasa makan wagyu kat sana 2-3 kali.  Tapi dah kata makan wagyu, jangan terkejut la bila dapat bill. Standby je la duit. 🥹. Xde la kata kiteorang kene ikat perut bila kat sana. Hasben kite xde pun nak berkira2 nak sekat2 bab2 makan nie. Walaupun bill sampai seghibu lebih (convert duit kite) sekali makan pun, xde pun kata nak merungut ke apa. Tapiiiiiiii, dengan syarat, bila makan kena habiskan. Mahal oiiiii. Hahahahaha. "Kite sampai dekat negara orang, rugi la kalau xmerasa makanan derang". Gitu la kata hasben kite.
 
Lepas makan kite berjalan2 kat area2 situ. Xde buat apa sangat pun. Jalan2 je. 




Gambar xbanyak sebab henfon kite banyak dekat ifan. Pastu bila henfon ada kat tangan kite, rasa macam xberapa nak amek gambar sangat. Macam tengah enjoy berjalan kat tempt orang. Gituuu. Hahahahaha. Itu yang gambar xberapa nak ada.

Kat sana masa tengahari panas terik tapi xrasa panas sebab sejuk. Sehari je kite tahan berjalan tanpa payung. Esoknya dah merengek dekat hasben kite nak payung, nak payung. Macam kite mentioned la, panas terik tapi sejuk. Kite kulit xtahan dengan cahaya matahari. Pastu yang xboleh berenggang dengan kite adalah lip gloss. Hari ke 3 bibir kite dah start kering. Memang lip gloss sentiasa ada dalam handbag.
 
Lepas dari berjalan2, kiteorang pegi Uniqlo. Shopping handbag viral. 
handbag nie haaaa.
 
Banyak gile kite borong handbag nie. Ada la dalam 15. Untuk kite banyak la 15 tuh. Sebab ada yang borong sampai 20-30. Sikap2 ada yang lebih. Hahaha. PS la gamaknya. Rugi jugak xborong banyak kan masa tu. Boleh buat niaga handbag nie. Tiber jadi PS. 😅. Kat sana jual xsmp 100hengget. PS jual RM200-250 untuk 1 handbag. Banyak kite boleh untung untuk 1 handbag. Nak dekat RM200 gak la untungnya. Haah la. Ruginya. Kalau tidak boleh buat duit. Sambil berjalan sambil buat duit. Hahaha. Gaya kite kata nak borong tuh macam la kite yang bayau kan. Kite reti borong je. Yang bayau hasben kite. Kalau betul la masa tuh kite borong banyak untuk buat jual kat Malaysia, mesti ayat hasben kita tidak lain tidak bukan adalah, “ermmmm memang i xkan nampak la duit untung tu. Tau2 senyapppppp je”. Muahahaaha.

Tah la ikutkan kite xtau pun yang handbag tuh viral. Sebelum nak ke Jepun baru tau itupun sebab duk mengusha group RTJ dekat FB. Ada yang post beli sampai berpuluh2, ada yang post nak mintak belikan. Pelik jugak memula dah kenapa masing2 beria benau dengan handbag nie. Lahhhhh, ghopenya sebab handbag nie xde jual dekat Uniqlo Malaysia. Budak ofis kite ada 3 orang dapat. Select??. Of course la select. Yang rapat je dapat. Hasben kite pulak bagi handbag nie dekat ofis dia dalam 2 orang. Kite tau je dia bagi dekat siapa and im ok with it. Masa nak beli dia dah nyebut nak bagi kat orang nie nak bagi dekat orang tu. 

Lepas shopping handbag kat Uniqlo, kiteorang masuk Don Quijote. Don Quijote nie kire supermarket la. Open 24hours. Dekat Don Quijote nie kite borong toilet deodorizer. Hahahahaha. Banyak gila kite borong. Puncanya masa pegi makan dekat kedai makan yang kite cerita tadi la. Kite pegi toilet kat situ. Masuk2 je bau wangi gile. Memang refreshing amat. So kite mencarik la apa bende yang fresh sangat nie. Sekali bende alah tuh betul2 dekat sebelah. Itu yang bile jumpa dekat Don Quijote tuh terus borong tuh. 
Ala2 gini. Tapi xingat sama brand ke tidak.
 
Tapi memang serious wangi i tell you. Kite ada terjumpa dekat online. Xingat website mana. Tapi mahal. Dalam RM30++ untuk 1 bende alah tu. Kat sana kite beli dalam RM18++ je. Beza banyak oiii. 
 
Bila dah settled dekat Don Quijote, kiteorang balik hotel sebab anak2 dah xlarat. Hihihi. Malam pulak kite dengan hasben kite keluar carik Halal Market. Nak carik barang2 untuk masak yang simple2. Biasalah kalau anak2 bermacam2 jenis tekak. Qisya memang suka makanan jepun. So xde masalah. Bobot tekak melayu. Nak nasik je. Yang si ipan dia more to roti2. Sokmo mintak nak roti canai. Hadoiii. Mana la nak dapat dekat Tokyo roti canai nie ipan. Tapiiii alhamdulillah dekat halal market, ada jual paratha. Happy betul kite bila jumpa paratha kat sana. Hahahaha. Kite pergi berdua je dengan hasben kite. Anak2 kite xikut sebab derang xnak. Penat katanya. Puas mujuk. Xnak jugak ikut.
Hebat hasben kite. Pandai mencarik stesen2. Kat sana kene tau train yang mana kene naik, stesen no berapa untuk keluar masuk, gerabak no berapa. Salah kalu, sesat larat la jawabnya.

Kalau kite la, mau nangis rasanya. Hahahaha. Nak bayar guna duit derang pun xreti. Apatah lagi la nak suruh kite mencarik2 stesen2 nie semua. Lagiiiiii ler. Memang berjalan sekitar hotel je la. Guna waze kat kl pun kadang terlepas jugak simpang, inikan pulak nak guna maps kat negara orang. Mau dari jepun sampai ke korea peginya. 😂🤣

Lepas membeli barang2, singgah beli kebab. 

Shawarma. Tapi xboleh lawan shawarma dekat surfers paradise (australia). Itu shawarma yang kite rasa paling sedap la. 
Shawarma dekat Damascus bukit bintang jauh sekali la nak lawan. Kite xtau la kenapa viral kedai tu. Nak kata sedap, xde la sedap mana. Tapi tah la. Sedap tuh kan subjektif. Kalau kite rasa xsedap, ada orang rasa sedap. So terpulang tekak masing2. And kite pernah tengok Sharnaaz buat review pasal shawarma damascus. And yes, selera and tekak kami sama. Kihkihkih. 

Pernah sekali je la kite rasa shawarma kat sana. Memang sekali tuh je la. Nak repeat memang x lah. Ada yang lagi sedap. Bergandaaaaa lagi sedap. 

So ya, lepas tapau makanan untuk dinner, kiteorang terus balik hotel. Xleh lama2 korang, anak2 dekat hotel. Ghisau. Setiap 15minit call. Macam2 pesanan duk bagi. Hahahaha. Nak bagi gambar pun xde sebab biasalah. Henfon sentiasa dekat ipan kan. Haish. 

Tuesday, May 21, 2024

:: Tokyo Trip (Trip Beli Jiwa) - Part 1 ::

 Untuk ke Tokyo, kami sekeluarga naik Philippine Airlines. Kebanyakan airlines punya tiket flight masa hasben kite booked dulu, mostly mahal oiii kalau direct ke Tokyo. And sebabkan mahal la kiteorang decided untuk amek transit ke Manila. Maknanya transit ke Manila dulu then baru ke Tokyo. Awalnya hasben kite tanya nak transit ke nak direct. Then hasben kite pun bagitau cost ticket kalau transit berapa, kalau direct berapa. Yang direct time tuh xdapat ye ticket 2k ke bawah. Semua 2k ke atas. Kami pulak 5 beranak. Jadiknya kalau flight ticket RM2,500 sorang, korang darabkan la kalau 5 orang berapa. Itu anggaran je. Anggaran betul kite xingat. Tapi range gitu2 la. Di masa itu la tapi. Harga flight ticket kan berubah2. Kalau pegi berdua xde la masalah sangat. Nak naik business class pun masih boleh berpikir2. Nie pegi berlima. Paham paham yolah. Hahahahaha. Tapi skang nie rasanya tiket dah murah sikit sebab abang ipar kite baru je purchased flight ticket Philippine Airlines ke Tokyo. Tahun nie ke Jepun pulak derang pegi bercuti. Itu derang punya yearly routine sebenarnya. Tahun lepas pegi London. Tahun sebelum tuh pegi Turkiye. Pegi Paris. Eh banyak la tempat. Time covid je dok ontok2 kat rumah sebab border tutup. Hahahaha. 

Asalnya kite kalau boleh nak direct. Biar penat sekaligus la kirenya. Masa pun xrugi. Hasben kite cakap kalau nak direct boleh je tapi dia rasa macam rugi. Duit lebih2 untuk bayar ticket flight tuh boleh buat untuk bayar bende lain macam hotel ke airport transfer ke. So duit untuk belanja/shopping dekat Jepun pun akan ada extra la. Errrrrmmm, ada betul jugak. Kau sya, dengar duit extra untuk shopping dan2 je kan "ada betul jugak". Ehhh kemon, shopping kut. Hihihihi. 

Kalau transit pulak hasben kite bagi options either stay 1 night kat Manila (kalau nak jenjalan dekat Manila) or transit for few hours then sambung flight ke Tokyo. Part nak stay 1 night kite xsetuju sebab rugi hari. Lagipun takat Manila macam rasa kalau xberjalan sana pun xpe. Dah la kite cuti xbanyak. Hasben kite ok la cuti banyak. Cuti xde masalah bagi dia. Awalnya dengar macam renyah nak transit2 nie. Tapi bila hasben kite explained yang kalau transit for few hours tuh xyah keluar dari airport Manila and xyah nak keluarkan luggage apa bagai, then ok la. Lagipun transit kat Manila untuk 3 jam je. 

So bincang punya bincang, kami dah capai kata sepakat, maka jadik la naik Philippine Airlines.

Flight kiteorang pukul 11lebih pagi. So awal pagi dah kene bergerak ke airport. Naik grab je. Sebelum tuh hasben kite bagi cadangan naik ERL. Konon nak bagi anak2 experience naik train la. Kite yang xnak. Hahahahaha. Memang xnak la. Dengan luggage ada 4. Dengan anak ada 3. Belum apa2 lagi kite dah rasa akan ada kisah kelam-kabutnya nanti. "I xnak stress2, xnak marah2. Boleh potong mood nak holiday. Dah la jauh perjalanan nie. So better la naik grab". Kannn. naik grab senang. Tau2 sampai je. 

Kiteorang naik kat KLIA. 

Awal2 tayar luggage cantik je semua ada getah untuk cover. Sampai Tokyo, ada yang lopong xtau mana pegi. Hahahha.

Geram betul cheeky boy nie. Duk berebut dengan abang nak duduk situ.
xsabar lettew nak naik airoplane.
Otw pegi dalam flight boleh tengok movie. Just download apps PAL (Philippines Air) then dah boleh tengok movie2 yang ada dalam tu. Alhamdulillah ipan ok both flights from Malaysia to Manila - Manila to Narita. Ehh ke landing kat airport Haneda nyeah. Halahhh lupa pulak.

Risau jugak masa nak take-off dengan nak landing. Ye lah kata pun 1st time ipan naik kapal terbang. Kut la dia takut ke apa ke kan. Sekali dia enjoy la nyeah. Siap gelak2 lagi. Siap kata “ipan want more”. 😂
 
Hasben kite dah siap2 request-ed halal food. So dalam flight, derang akan keluarkan makanan yang halal nie dulu. 
 

 
Seriously sedap makanan nie. Ikan sweet sour.

Flight dari Malaysia ke Manila amek masa dalam 3 jam 15minit ke 3 jam 30minit.
Halah sian anak mommy. Time nie dah sampai Manila. So sementara nak tunggu flight ke Tokyo, kiteorang lepak minum kopi. 
 
Walaupun transit 3 jam, tapi tidak la terasa sangat pun. Nak keluar dari aeroplane amek masa berapa lama dah. Nak beratur untuk scan kat imi (imigresen) manila pun amek masa. Pegi toilet minum kopi apa semua, tau2 dah settled 3 jam.
 
 Sampai Narita/Haneda Airport pukul 12am. Keluar je dari airport, sejuk sangat. Nyaman gila. Transport datang untuk hantar ke hotel. Kat Tokyo kiteorang stayed dekat Asakusa. Hotel nama Koko Hotel. Hotel ok la. Comel. Tapi harga xberapa nak comel. Harga 1 malam kalau kat KL, tambah sikit dah boleh tido dekat St Regis.








Ngam ada 5 tempat tido. Hotel kat Jepun bukan macam hotel kat Malaysia ye. Jangan la buat perangai peghak checked-in satu bilik tapi hangkut 10 orang dalam. Kat sana kalau 2 orang, 2 orang la. 4 orang, 4 orang la. 10 orang, 10 orang la. Kena declare berapa orang. 
Hah itu la keadaan dalam hotel. Comel kan ruang dia. Hihihi.

Maaf la kualiti gambar x cantik sebab ini kite sikirinshot dari video. Hiks. Kite try upload video tapi xboleh. Pastukan kite suka gila toilet dekat Jepun. Bersih sangat2 bersih. Kebanyakan tempat kite pegi memang bersih. Ada la yang xbersih tapi cuma 1-2 toilet je la. The rest semua terbaik. Ifan kat sana sampai dah boleh guna toilet sendiri. Dia tau button mana nak tekan untuk flush, mana untuk keluarkan air. Kan kat sana sejuk, tapi bila duduk je atas toilet kan, panas je. Air pun panas. Xde la terkejut sejuk bila kene "tembak". Wakakakakaka.
 
Tingkap luas tuh je boleh bukak. Haluih jaaaaa. View side belakang.

Tapi seriously, Jepun memang best sangat. Rasa selamat gila. Kat sana pukul 9 malam macam dah lengang. Bila berjalan dekat lorong2 belakang, walaupun sunyi sepi, xde rasa takut pun. Xde rasa macam nak dirompak ke apa ke. Hasben kite henfon memang sentiasa kat tangan untuk nak tau direction. Pun xde rasa macam ada orang akan snatch sambil2 lalu. 
Salah satu lorong belakang2 hotel.

Kebanyakan tempat kat Jepun memang bersih gila. Bersih sangat walaupun nak jumpa tong sampah pun susah. Ye korang, memang susah gila nak jumpa tong sampah kat sana. Dalam beg memang kene standby plastik. Kalau ada sampah, masukkan dalam plastik tuh, balik hotel baru buang. Or kalau masuk family mart ke or mana2 mart la, baru boleh buang sebab dalam tuh ada tong sampah.

Ada la few places yang xberapa nak bersih. Yang kite perasan macam dekat big2 city. Macam Shibuya dengan Shinjuku. Tapi xberapa nak bersih tuh pun bukannya kotor sangat. Masih ditahap bersih tapi xsebersih tempat2 lain. Mostly semua tempat kat Jepun memang bersih la. Sumpah bersih gila. Udara pun tersangatlah nyaman. Bila bernafas boleh bau that udara bersih tu. 

Kalau orang tanya nak repeat lagi x Jepun, jawapan kite adalah of course kite akan repeat. Tapi mungkin xkan focus sangat ke Tokyo. Maybe lepas nie ke Osaka atau Kyoto. Sebenarnya plan asal nak pegi Tokyo dengan Osaka. Tapi pikir2 balik xyah la. Better focus Tokyo je. Sebab trip nie bawak budak. Osaka more to sightseeing. More to nature. So budak2 akan bosan. Macam Tokyo, walaupun ada jugak bosannya, but at least ada Disneyland dengan Disneysea. So derang akan enjoy akan happy la. 

Tapi kan sana memang cantik. Xtau cemana nak gambarkan cantik tuh cemana. Bila tempat bersih, teratur, xde semak samun, auto akan nampak cantik. Tah la nak explain pun xreti. Especially laluan nak ke Gunung Fuji. Subhanallah!. Memang cantik sangat. Kite fall in love gila. Sumpah cantik!. Kalau la kite ada duit banyak, kite nak beli 1 rumah dekat area2 nak menghala ke Fuji. Settle down sana. Tapi tuh la, itu ku bilang KALAU. Hanya KALAU. Berangan kan free. Hahaha. Nanti la kalau kite rajin kite tunjuk permandangan tu. 

Friday, April 26, 2024

:: Sedih Nau Nau ::

 Tah bila tah. Si ipan tetibe menangis teresak2. Ingatkan kenapa. Rupanya sebab tengok cite Mechamato?. Whatttt??. Apo nie ipan. Mechamato je pun. Hahaha.

Dia menangis sebab si budak Amato tuh jatuh. So dia ingat Amato dah mati. Halah halah halah. Mende la ipan. Kelakar. 😂😂. Xpernah2 dia gitu. Selalu duk gelak and bagi orang gelak. Ipan nie pak lawak sebenarnya antara 3 beradik. Ada je bende kelakar yang dia buat. Sebab tuh la kite terkejut bila dia menangis disebabkan tengok cerita Mechamato. 😅

Nie haaaa. Beria sangat laaaahai. Hahahaha.

Kite kan sebenarnya masih lagi lemau nie. Penat berjalan xhabis lagi. 

Kite pegi holiday dekat mana?. Ok la kite bagitau la. Walaupun ada yang xnak tau, tapi apa kisah. Kite nak bagitau jugak. Wakakakkakaaka. 

Kiteorang pegi,
Tengok pokok sakura dekat Jepun. 

Yang amekkan gambar tuh kan, orang jepun kat sana. Ada sorang brother nie approached hasben kite yang tengah struggled setting camera untuk snap gambar kiteorang. Alih2 brother jepun nie offered nak amekkan gambar the whole family. Halah baiknyaaaaa. Lepas tuh beria dia shaked hand ala2 brother2hood dengan hasben kite. Kiut. Hahahahhaha.

Cuaca dekat sana sejuk. Tapi tengahari xde la sangat sebab ada matahari. Pukul 3petang menjelang malam, sejuk gila. 15-17degrees kut. Kite jenis suka sejuk tapi kite xtahan sejuk yang berpanjangan. Yelah cemana pun kite nie orang Malaysia. Cuaca iklim kathulistiwa. Ehh ye ker?. Aahhh lantokkan ler kat situ. Kirenya dah biasa panas, sejuk pun sejuk mana je. Kalau sejuk pun sebab aircond. Tapi lepas sejuk panas balik. Haaa gitu la. Kite sampai demam la kat sana. Sakit tekak selesema batuk semua cukup.

Kat sana banyak berjalan, banyak naik train. Kiteorang x amek tour guide. Jalan sendiri2 je. Itinerary semua hasben kite buat. Terror kan hasben kite. Kite puji hasben kite. Hebat betul dia. Just berpandukan google maps and tah ape bende tah lagi 1. Kami dapat pergi ke destinasi2 yang hasben kite plan. Cumanya xlarat la nak berjalan. Pernah kite berjalan dekat 15km tau. Itu masa pegi disneyland dengan disneysea. Giloooo. Kalau kat Malaysia, nak pegi kedai depan rumah pun drive kete. Maleh nak berjalan. Kat jepun sana, sebelum keluar dengan selepas balik, masing2 sapu minyak panas. Hahahaha. 

Anak2 kite siap xnak ikut keluar. Sanggup lagi stay dekat hotel. 2 kali la kiteorang tinggalkan derang. Itupun pegi dekat2 hotel je. Every 15minutes kite duk call derang. Bukan saje2 tinggal sebab nak berdating, tapi anak2 memang derang xnak ikut. Sanggup lagi duk hotel main game. 😂.

Nanti la kalau rajin kite cerita perihal jepun. Cuma 1 je la yang kite rasa xsedap nak dengar bila dah balik dari holiday. 

Ada jugak nyeah orang mempertikaikan cost2 kiteorang ke jepun. Orang terdekat xsure la ada ke tidak sebab xde dengar apa2. Terus-terang je la nyeah. Budak ofis hasben kite. So called kaum dia la kat ofis tu. Dept lain bukan dept ICT. Hasben kite cerita la mangkuk kedaung tuh duk bercerita belakang2 hasben kite. Mangkuk kedaung tu cerita dekat kawan2 derang sesama sendiri la. Kawan dia duk menyampai balik kat hasben kite.

“Banyak belanja nak ke jepun tuh. Bukannya murah. Banyak nyeah duit iwan. Mana dia dapat duit banyak2 tuh. Gaji dia manager skang “sekian2” je kan”. Yakin sangat kan kau bila nyebut gaji laki aku sekian2. Aku bini dia pun, dari awal kawen, sampai sekarang, aku xpernah tau gaji laki aku berapa. Apa kau ingat manager ke bawah xmampu ke nak bawak anak bini holiday overseas?. Halah, jepun je kut. Xkan iwan gie jepun pun nak dengki. Ramai lagi mampu pe. Memang la xmurah mana, tapi tidak la semahal kalau pegi Paris ke, round Europe ke. Oooo kirenya yang layak bawak anak bini holiday overseas nie hanya HOS ke atas je la nyeah. Ok ok. Paham paham. Level manager macam laki aku ikutkan xmampu. Mana la mampu ye dok. Ye lah kan. Manager je. Kau laki bini HOS kan. Tapi kan kenapa kau yang HOS nie xde pulak gaya macam nak bawak anak bini holiday overseas nyeah. Kata mampuuuuuu. Tapi kalau nak bawak jugak bercuti, jangan la pegi bawak holiday takat ke S@£&) je. Kap pung kap!. Hahahaha. Itu level kerani pun mampu. Ehh apa pulak, even skang level kerani pun mampu pegi Korea tau. Kau HOS takat S@£:& je. Malu weh. Kannnn. Kata HOS. Yang S&@£: tuh pun tah bila nyeah nak pegi. Ehhhh. 😏😜. 

Geram je. Tahap marah bila dengar tuh sampai tahap nak bagi salam jari tengah or letak emoji jari tengah je. Apa lagi yang kau nak tomah laki aku belakang2. Ini bukan 1st time kau tomah. Tapi kau tomah berani belakang2 je la. Sebab aku tau kau xberani nak tomah depan2.

You are too much la brader!. Too much!. Know your limit la brader!. Do not try to cross the line!. 

Lelaki buat cara perangai lelaki la. Kau xboleh nak tengok orang lebih dari kau, berlawan cara sihat. Ini x, kalau kawan2 lebih sikit dari kau, hah mulalah kau tomah macam2. Tapi kalau kau buat, ehh xpe. Padahal bende yang kau buat tuh, sama dengan benda yang kau pernah tomah kawan2 kau nie. Bila kena perli, ehh sentap pulak. Dasar bitchy perangai!. Cukup la kawan2 kau melayan peel bini2 masing2 kat rumah. Kat ofis nak kene melayan perangai kau yang mengalahkan perangai bini masing2. 

Jangan pernah nampak apa yang orang ada la weh. Xboleh ke kau kaji and tengok sikit struggle orang tuh untuk adakan apa yang dia ada. Ke bodoh lagi xboleh nak paham ayat bahasa melayu. 

Ikutkan kite ada banyak bende nak cakap. Tapi tuh la, kite xtau siapa pembaca blog kite nie. And kite tau ada je budak2 ofis hasben kite yang baca blog kite. And sebab itulah kite tengah struggle gila nak control jari2 gemok kite nie untuk tidak mengeluarkan ayat2 carutan dekat mangkuk kedaung tu. Tapi yang mana dah terkeluar tuh, baca sambil lalu la ye. Kite sampai tahap cakap dengan hasben kite xyah la kawan dengan orang macam tuh. Toxic!. Xbagi manfaat pun. 
 
Ikutkan hati berbakul aku nak maki kau dalam nie. Sumpah banyak gila. In fact aku dah karang dah tapi aku delete balik. Apa yang aku bagi dekat kau belah atas nun, itu baru sikit je nyeah. Mukadimah baru tu. Itu pun aku rasa dah boleh buat kau sentap. Perangai kau kan kalah perempuan. Kau laki la jangan jadi bitchy sangat perangai boleh x sokmo nak merajuk sokmo nak sentap dengan kawan2 lelaki. Muka ajet2 bengis tapi kuat merajuk. Wekkkk, malu la oiii lelaki kuat merajuk dengan kawan2 lelaki. Wehhh, aku nie perempuan pun xde nak merajuk la dengan kawan2 perempun aku. Nak merajuk, merajuk dengan bini la woiiiiii!. (Haaa kan. Dah la sya. Stop. Xyah nak edit2 dah. Kang tah apa2 ayat yang keluar).Tapi sebab aku ikut akal, terus xjadi. Sebab yang akan kene tempiasnya bukan aku tapi adalah hasben aku. So aku amek pendekatan untuk “hold your horses, hold your horses”. Hahahaha. Nasib kau baik bro sebab aku masih boleh berpikir. Masih boleh nak control emosi. Ikutkan hati memang xlah sebab kau memang dah melampau la aku rasa.

Ok la. Better la kite stop skang. Lagi lama jari atas keypad phone nie, lagi rasa macam nak memaki. Yihhhhhh!. 

Monday, April 8, 2024

:: Freezer Udah Sampey ::

 Sabtu lepas sampey udoh upright freezer kite.

Besar jugak. Ingat kecik je. Dalam bilik stor duduknya.

Korang, kalau korang ada terpikir nak beli freezer kan, kalau berkemampuan, kite suggest untuk korang amek la jenis upright freezer nie instead of chest freezer. Kalau dah ada modal untuk chest freezer, kumpul la sikit lagi duit untuk beli upright freezer. Sabar yang sekejap akan memudahkan kite untuk selamanya. Gittuuu. Hahahahaha. Untuk meniaga lain cerita la.

Sebelum nie kite dah pernah pakai chest freezer. Bagi kite cukup susah nak amek barang/makanan. Kalau yang dekat belah paling atas senang la. Ini kite cite kalau nak amek yang dekat belah bawah. Memang akan ada aksi menggali. Itu pasti. Kalau freezer xpenuh xpe. Ini cite dia kalau freezer penuh. Seksanya lahai. Itu yang kite let go chest freezer, tukar dengan upright freezer. 

Upright freezer nie ada compartment.

 

Macam nie haaaa.

So senang untuk korang letak, dan senang jugak untuk korang amek. Siap boleh asingkan lagi. Ayam satu tray. Or maybe ayam dengan daging boleh sekalikan. Aiskrim satu tray, seafood 1 tray. Ikut mengkome ler nak susun cemana.

Hasben kite suruh amek brand LG. Tapi kite xnak sebab LG xde compartment yang bertutup. Dalamnya jenis open. So agak potong sikit kat situ sebab kite nak yang bertutup. Sudahnya kite amek ELBA. Janji upright freezer. Bagi kite sama je semua. Hihihihi.

Pastu kan, kite ada beli mini firdge.

Saje gatal padahal dekat rumah ada je mini fridge.

Comellllnyaaaaa. Comel kan. Kite beli sebab nampak ala2 retro. Plus kaler dia kuning yang cantik. Tapi yang xbestnya mini fridge nie, kepala plug dia je la. Kepala plug bukan type Malaysia. Type negara China. Rasanya la sebab mini fridge nie lahir kat sana. Kihkihkih. So kene pakai plug adapter.

Dah lama duk usha mini fridge nie. Bila nak beli alih2 kehabisan stok. So bila seller dah restock, kite takat add to cart je. X check out pun. Kite start check out bila nampak yang stock mini fridge nie tinggal 6 je. Itu yang menggelupur check out kan tuh. Ghisau timbul penyesalan bila stock dah habis.

 

Sukanya kiteeeeeeee. Comelll gila.

Ini belah dalam. Luas jugak. Makin penuh la eskrem. Sebelum nie macam xberapa sangat nak letak eskrem sebab compartment "freezer" mini fridge yang lama agak kecik dan macam xsesuai.

Beli kat mana?. Kite beli dekat shoppe. Biasalah mana lagi. Kata pun queen of shoppe. Hahaha.

Yang lama kite nak bagi mak kite. Hasben kite xleh kata apa. Mampu geleng kepala je. Mungkin dalam hati, "aku bagi duit, beli la bende yang berfaedah sikit. Benda yang dah ada dibelinya".

Kihkihkih.

 Link Mini Fridge.

Kut la kalau ada yang minat. Last kite tengok, stok tinggal 4 lagi. Cepattttt gais. Ngeeee.

Friday, April 5, 2024

:: “Anak2 Yang Nak” ::

Jap2, sebelum tuh kan, sementara tengah ingat nie. Kite nie kadang ada masalah tido tau. So semalam pukul 2 pagi kite x tido lagi. Sekali hasben kite bangun then dia pegi toilet. Pastu bila dia dah keluar, sambil2 dia baring kat katil tuh, tetibe je dia bersuara,

"Ehh makcik nie xtido lagi. Tido la makcik. Oooo makcik. Tido"

Pfftttttt!.

Pastu tetibe hasben kite cakap, 

"Dah la masuk dalam mimpi i. Pastu merajuk pulak tuh. Cuba la kalau masuk mimpi i tuh jangan merajuk. Rugi je mimpi. Kalau goda2 xpe la jugak. Sayang la jugak nak bangun. Itu yang, ahhh keluar dari mimpi la gitu kalau masuk mimpi pastu nak merajuk". 

Bongoknyaaaaaaa. Hahahahahhaa.

 Then kite tanya la pasal apa merajuk, mustahil la xde sebab. Kite xkan merajuk kalau xde sebab hokeyh.

"U merajuk sebab toilet. Xingat pasal apa tapi pasal toilet la"

Hahahahahhaa. Pasal toilet???. Yih, yang bukan2 la mimpinya pun.

Wehhhh, tergelak2 kite. Kuat sangat ke kite nie merajuk sampaikan dalam mimpi hasben kite pun kite merajuk. Wakakakaka. Tah la, kite rasa kite x kuat merajuk tapi kite senang nak merajuk kalau ada benda xkene kat hati. Kalau gitu kategori kuat merajuk ke. Hurmmmm.

Ok dah itu je. Sambung cerita.

 Selamba je gunakan anak2. 

“Anak2 yang nak. I mesti la kene tunaikan.” 🙄.

Padahal anak2 xtau mende pun. Apaknya yang lebih2.

Dah lama dah hasben kite kata nak beli kerusi untuk meja study anak2 kiteorang. Kite dah cakap dah beli kerusi yang biasa je. Xyah nak beria nau beli kerusi gaming bagai. Tapi setiap kali itu la jawapan dia.

“Anak2 yang nak. I nak buat cemana. Xkan la i sampai hati xnak tunaikan hasrat anak2”. Ehhh ehhhh ewahh ewahh.

Pastu baru nie dia forward dekat kite link kerusi2 gaming nie.

Suruh kite pilih kerusi untuk anak3. Anak3?. Iyeeee. Si ipan pun dapat. Baru 4tahun. Mana datang kerja sekolah tah. 😅. Kakak dengan abang logik la nak gunakan untuk buat kerja sekolah. 

“Kesian ipan. Nanti kang ipan cakap dia nak jugak cemana. Haaa haaaa. Kang dia tanya, ipan punyaaaa mana?. Haaaaa, nak jawab apa nanti”.

Haish.

Ikut u la.

Elok je kite confirm kan mana kerusi untuk setiap anak, dia terus beli.

Kebetulan masa J&T nak datang hantar barang, kite MC. Demam batuk bp low semua cukup.

Mujur la kite ada. Kotak dah la gabak2.

“Banyak borong kak. Sampai sekali 3 kotak besar. Berat2 pulak tuh”

Kite gelak je.

“Anak 3 orang, itu yang 3 kotak tu”.

“Oooo patut la”.

 Masing balik sekolah je, kemain excited.

Dan2 tuh nak bukak. Padahal nak waktu berbuka dah tuh. 

Beria si adik nolong abang. 

Kite mulakan dengan ipan la.

Nie kerusi ipan. Memang daddy ipan purposely belikan ini sebab selain ultraman, ipan peminat spiderman. Itu yang ipan dapat kerusi spiderman. 

Happy sungguh la dia dapat kerusi spiderman.

Ini kerusi bobot. Kerusi bobot nie kerusi black panther. Wakanda forever. Hahahaha. Abaikan la bakul baju dengan baju2 yang berlipat dekat belakang tuh. Time nie kite tengah menggosok plus melipat baju. And itu la port kite sambil2 buat kerja sambil2 tengok netfix.

Tuan punya kerusi. 

Hasben kite sempat pasang 2 kerusi je sebelum berbuka. Qisya punya kene tunggu selepas berbuka. So selepas berbuka sambung pulak pasang kerusi qisya.

Kerusi sendiri kan, kene la tolong daddy pasang.
Gigih apaknya nak pasang kerusi anak. Hihihi.

Nie kerusi qisya.

Kerusi qisya nie yang paling high-end sikit la compared with the adik-adik. Anak sulung kena la up sikit dari adik2. 😬. 

Pastu kan kite ada belikan qisya dressing table. Nanti la bila dah assemble nanti kite tunjuk. Baru je sampai semalam. Xsempat lagi hasben kite nak pasang. 
Nie haaaa rupanya kalau dalam gambar. Alah yang biasa2 je. Simple je kan. Kecik je. Janji cermin ada lampu. Lagipun baru 11tahun. Size ini pun dah ok sangat dah. Asalnya nak belikan cermin yang ada lampu LED tu sahaja. Sekali scroll2 ternampak dressing table nie. Ehh better beli terus dressing table. Siap ada lampu LED sekali.

Pastu kan kite ada belikan mak kite portable fan. Punca kite belikan sebab mak kite cerita yang dia tido lambat sebab rumah blackout. Lama jugak la blackout. Bila tanya kenapa x datang rumah, ada je alasan dia. Pastu esoknya blackout lagi. Memang ada problem apa tah. Mak kite cite la awal2 dia kipas2 je pakai paper. Bila lenguh tangan, dia keluar rumah. Saje la pusing2 area kawasan rumah, ramai kawan2 dia duk depan rumah pegang portable fan tuh. Terus kite terasa macam nak belikan jugak untuk mak kite. Mak kite xsuruh beli pun. Tapi tah la, bila bende2 gitu keluar dari mulut mak kite walaupun niat dia just nak bercerita, kite ada 1 perasaan yang “aku kene belikan jugak untuk mak”. Haaa gitu la. 
 
 
Terus “queen of shopee” search dekat shopee. Asalnya nak beli portable fan yang standing tu. Alah yang boleh adjust nak pendek, nak panjang, nak sedang2. Tapi tah la rasa macam kipas tuh xpower. Macam biasa2 punya kipas. Hahahahaha.

Scroll punya scroll punya scroll alih2 ternampak 1 kipas nie. Baca review semua kata ok. So apalagi, add to cart then terus checkout kan ler.
 

Nie haaaa dia. 

Tapi memang power la. Kipas dia walaupun kecik comel tapi angin kuat gila. Sturdy pun sturdy. Memang portable fan yang sangat ada kualiti la. Bukan yang cikai2 punya barang.

Lepas nie mak kite xkepanasan dah kalau blackout. Hihihi.
 
Mak kite kan, sebut je la apa yang nak, apa yang rosak, apa yang teringin, apa yang xkene, apa masalah, tau2 nanti sampai je barang, tau2 nanti settle je semua.

Baru nie tv mak kite rosak. Terus dapat tv baru. Esok baru sampai. Sampai sekali dengan upright freezer kite. Pastu kite hampir nak belikan untuk mak kite washing machine. Washing machine mak kite menuju nak rosak. Mujur la kite xbeli lagi korang. Kite dah add to cart dah washing machine. Tapi x checkout lagi sebab time tuh ada something kite nak buat. So nak buat payment tuh ter-delay sikit. Esoknya mak kite call mintak tolong hasben kite pasangkan paip washing machine. Rupanya kakak kite dah belikan dah. “Nasib baik adik xbeli washing machine jugak untuk mak. Adik dah nak beli dah tapi xsempat nak bayar lagi. Kalau tidak mak ada 2 washing machine. Dah boleh bukak kedai dobi”. 😂

Kan nak raya nie. Sedar x sedar kite dah ada 6 pasang baju raya. Hahahaha. Gaya macam raya beria jeeeee. Padahal baju raya kalau pakai pun takat raya pertama je. Tapi kite beli xde la yang glamour2 pun. Baju kurung biasa dengan kebarung labuh je. Kire kalau nak pakai pegi ofis tuh xde la segan nau. Beli kat tiktok shop je tapi. Cepat terpengaruh kan. Gittu ler. Murah oiiii. Dengan mak kite pun baju dah berpasang2 jugak sudahnya. Sebab bila kite beli untuk kite, kite belikan sekali untuk mak kite. Ada la 2-3 pasang baju kite belikan untuk mak kite. Pastu 1 jubah putih untuk mak kite pegi majlis khatam Al-Quran.

Ok dah. Better la stop skang. Kite nie dah la suka melalut2. Lagi panjang lagi nanti.

Thursday, April 4, 2024

:: Bila Genting "Belakang" Rumah ::

Ada 1 weekend lepas, anak3 kite xde rumah sebab ikut mak kite pegi berbuka rumah kakak kite no 3 kat Alam Impian nun. Pukul 2lebih petang derang bergerak. So tinggal kite berdua je la dengan hasben kite. Dari pagi sampai ke pukul 3 petang gitu hasben kite xde. Dia bizi menghantar kereta sana sini. Memula hantar kereta dia pegi bengkel. Tah tukar apa bende tah. Dah hantar kereta dia, kite fetched dia kat bengkel, dia hantar kite kat rumah, pastu sambung pulak bawak kereta kite pegi repair tayar. Dah tuh, bini asyik duk complain kata bila drive kereta rasa “membuang”. Pastu enjin bising bila on aircond. Itu yang hasben kite bawak pegi kedai tayar. Haish, bini iwan nie tau complain je. Mua nau kan pangai dia. Ngoder je. Haish. Nak buat cemana, kitonyo manjo!. Hahaha. 

Bila berdua, berbuka pun berdua je, tetibe hasben kite bagi idea. Dingajaknya kite pegi GPO wak. “Kata nak carik luggage. Jom la pegi GPO". Terbuntang mato den donga GOP. Apo tiber GPO nie. Last minute sangat plan nie. Ingat nak ngajak gie berbuka kat mall. "GPO kan belakang rumah kite je”, bak kata suami saya bila tengok muka terkejut saya. Hahaha. Pegi sana semata nak mencarik luggage. “Ok i dah google. Kompom kat GPO ada butik Samsonite. Alang2 kite berbuka sekali kat sana”. Maka, moh ler kite. Toktektoktek, pukul 6.30petang baru bergerak dari rumah.

Setengah jam udoh sampey. Xramai orang masa kiteorang sampai. Xramai orang as in memang xramai. Ketenangan teramat. Dah macam pegi time weekdays.

Xtau la ramai yang dah balik ke, atau memang weekend tu xramai. Bila tanya adik2 yang kerja situ, derang cakap memang xramai. Ye lah, ikutkan mana gaji lagi masa kiteorang pegi. Maybe weekend baru nie ramai la gamaknya sebab masing2 semua dah gaji.

Xde shopping sangat pun. Memang beli luggage je. Xmeriah shopping macam selalu kalau pegi GPO. Ngeeee. Gamaknya sebab kite dengan hasben kite nak simpan mood shopping masa pegi bercuti nanti kut. Hihihi. “Dy, belanja i purse dy. Boleh?. Purse i dah teruk betul kejadian. Xleh nak katup purse sebab lubang button dah loose. Pastu habis merah2 purse i sebab terkena lip tint. Tengok nie (sambil tunjuk purse. 😂)”. Selalu hasben kite setuju je. Tapi tidak pada time tu ye, “laaaa kan nanti nak pegi sana. Beli purse kat sana je la”. Ehhh. Ye ker?. Gitu ker?. Dah suami offer, kite sebagai isteri xboleh ingkar cakap suami. Dan2 la part tuh kau x ingkar nyeah. Muahahahahahahaha. 

Xpaham kenapa lubang button purse kita tuh boleh loose. Nak kata banyak cash, kite memang xsuka simpan cash banyak2 dalam purse sebab mesti akan cepat habis. Tebal sebab duit syiling la gamaknya kan. Kihkihkih. Kite malas nak pegi ATM withdraw duit. Malas sungguh!. Hasben kite la selalu jadi mangsa. “Dy, ada cash x?. Pinjam dulu 10/20/50hengget. Nanti i transfer dekat u”. Hasben kite bagi memang bagi tapi ayat dia, “eleh transfer konon. Kemain lagi mengayat. Dah berbelas tahun dah, kalau ada ayat transfer tuh memang akan senyap je la sudahnya”. Wahahahahahahaha. 😂. Mujur la skang, kebanyakan tempat dah boleh bayar guna QR. Even food court kat office kite bayar pakai QR. Memang lagi la xde cash sangat dalam purse

Dan ayat balas kite selalu adalah seperti ini 👉🏻 “Xbaik tau dy. Sebab u selalu xberkira dan selalu sangat menggembirakan isteri u dengan anak3 u la, rezeki u selalu murah tau. In a way, i kan tengah tolong u “rolling”kan rezeki u nie”. 😇

Ingat hasben kite akan senyap ke?. Ehhhhh, mesti la tidak. Ayat balas standard dia 👉🏻 “aah memang pun. “Rolling” rezeki i yang xsudah2. Minggu nie i “rolling” rezeki i untuk u “rolling” balik rezeki i untuk minggu depan. Berapa kali “rolling” tah”. 🤭🤪. Alaaaaa bukan memang kene cenggitu ke?. Hahahahaha. Baru je itu hari kite tolong hasben kite “rolling” rezeki dia lagi. Sebab dia belikan kite upright freezer. Weekend nie sampai la. 😜. Sebelum nie dah ada dah chest freezer. Tapi susah betholllll nyeah nak amek barang/makanan kat belah paling bawah. Kite baran tau wak. Hahaha. Sudahnya apa yang ada dekat bawah mengeras dengan ketulan2 ais. Know know expired sebab malas nak mengorek. Even nak amek yang kat belah2 tengah pun susah. Ehhh, kan kite dah cakap kite baran. Hahaha. Lepas tuh start dah la merengek2 dengan hasben kite. Itu yang sudahnya dapat upright freezer. 😬

sales person samsonite tengah buat QC.

Sebenarnya kan, kalau ikutkan, hasben kite baru je beli luggage few months back. Luggage 3 beradik. Nie nak tambah “adik-beradik” lagi. Sebabnya, kan kami satu family nak bercuti. And hasben kite menjangkakan luggage akan beranak-pinak bila kat sana nanti. Xkan nak beli luggage kat sana katanya. Mahal. So itu yang beli lagi luggage tu. Maka beli la lagi luggage 3 beradik. So skang luggage dah ada ramai adik-beradik dah. 6 beradik semuanya. Belum campur lagi luggage yang sedia ada. Dah boleh buat 1 team bola. Hahahahaha. Pastu ada la beli sandal untuk anak2. Itu je la pun. Nak beli baju2 untuk anak3, tuan punya badan xde.

Kemain beria orang tua nie. Dibelinya sarung luggage, rubber untuk tayar, pastu penimbang luggage tu. Senang nak timbang kat sana katanya. Takut terlebih muatan masa nak check-in luggage. Haaaa tau pun ghisau. Hihihi. 

Pastu,

Dah settled dah international license. Ingatkan hasben kite je yang buat. Kite takat teman je. Alih2 sampai kat UTC Sentul, dia suruh kite tadah muka untuk amek gambar, and dia mintak IC dengan lesen untuk dia fotostat. Lah, dia buatkan sekali untuk kite ke. Untuk nak buat international license nie xsusah pun. And process dia sekejap je. Rasanya 10minit gitu je. Menunggu untuk nombor giliran kat JPJ pun xlama walaupun 2 kaunter je bukak. Kiteorang pegi hari sabtu. Harga untuk buat international license adalah RM150.

Trip nie adalah 1st overseas trip untuk ipan. Segala2 1st time la. Ye la ipan kan lahir tahun pkp. Elok 2minggu kite start kerja, terus pkp. Dengan xboleh travel ke negara luar almost 2 years. Tahun lepas rasanya border baru bukak. Ehh ke sebelum tuh lagi dah bukak?. Tah la xingat. Itu yang umur 4tahun baru boleh merasa. Tapi ok jugak bawak bila dia dah besar nie. Walaupun bila dah besar nanti kemungkinan dia xakan ingat, but at least current time yang dia pegi tuh nanti, dia akan enjoy the trip la. For sure dia akan happy and enjoy the moment.

Nie haaa budak tuh haaaa. Asal hantar daddy pegi airport, asyik la cakap ipan nak naik aeroplane. Ok sabar ye ipan, lagi beberapa hari je lagi. Budak nie bakal2 akan selalu jadik peneman tido kite. Hasben kite bakal2 akan kerap outstation. Itu yang sebelum dia kerap outstation, dia bawak kiteorang pegi berjalan dulu. Trip beli jiwa namanya. Hihihi. And bila ipan jadi peneman kite, memang katil kite automatic akan bertukar jadi kubu perang. 

Mana la xjadi kubu perang, katil kite tinggi wak. Tinggi2 pinggul kite, sikit lagi nak sampai pinggang. Kite nak naik katil pun kene berjengket. Dah tu pendek kan. Hasben kite ye la xde masalah sebab dia tinggi. Tapi ipan lagi kelakar. Nak naik katil sikit punya struggle. Comel bile tengok dia nak naik katil kite. Meloncat2. Hahahaha. And si ipan nie pulak tido lasak sangat. So kite risau dia jatuh. Sedangkan jatuh katil kakak pun sampai benjol2 kepala. Kalau jatuh katil kite, xleh bayang la cemana.
Habis keliling penuh bantal. Segala sudut kite sendal dengan bantal. Belum kat lantai lagi. Kusyen couch kat hall atas semua kite angkut bawak masuk dalam bilik susun kat lantai. Ghisau weh. Tido pun xlena jadiknya. Biasalah mak2 dengan overthinking kan berpisah tiada.

Sabar ye ipan. Lagi 8 hari je lagi. Kakak dengan abang pun excited. Cuma skang yang merisaukan kite adalah, bobot tengah xsihat. Kite pulak batuk dah almost 2 weeks and baru je baik demam. Ipan macam dah start batuk2. Ermmm, get well soon anak2 mommy.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...