Siapa miang siapa miang?. Pla ke yang miang??. Hahaha. Ahhh sudah2 la sya. Jangan nak mengarut.
Malam semalam lepas hantar qisya pegi kelas sparing, sementara nak menunggu tuh, kiteorang pegi makan. Saje try makan kat Serasa Garden (kopitiamxikanbakar). Bertempat di Melawati. Kalau nak pegi, masuk simpang yang sama nak pegi ke Melawati Mall. But instead of straight ke Melawati Mall, u’olls kene belok kiri. Drive sampai ke hujung jalan, hah korang akan nampak dah Serasa Garden. Sebelum Serasa Garden, nama restaurant tuh Sakura Kristal. Sakura Kristal dah tutup, Serasa Garden pulak bukak kat situ. Rasanya Sakura Kristal tutup masa dalam tempoh PKP kut.
Bila nak order, ternampak miang pla nie. Ishhh macam sedap je. Dah lama nak try tapi xde pulak terjumpa kat mana2. Sekali kat situ ada la pulak. Hasben kite suruh order lepas kite bagitau yang kite dah lama nak rasa miang pla. Boleh kalau nak order, tapi kene tau jugak hasben kite nak join makan ke tidak. Mana maunya kite habiskan sensorang. Bila hasben kite kata dia join, kite pun order la miang pla.
Nampak x kemahen meriah lagi. Xmungkin la kite sorang je boleh habiskan. Dalam platter tuh ada udang, sotong bakar, kerang, kupang dengan ikan siakap. Pastu ada mihun, salad, timun pastu 2 jenis sos. Sos yang hijau tuh sedap. Memang kene la bila makan dengan semua yang ada dalam platter tuh.
Sedap jugak nyeah miang pla nie. 1st time cuba. Sedappppppp. Kire kalau nak diet boleh la makan miang pla nie. Tapi tuh la apa yang dietnya kalau ada mihun kat situ. Hahahahaha. Ehh xpe kut sebab mihun dia sikit je. Xbanyak. Hiks. Udang pulak besau2 gemok2 macam hasben kite. Ampunkan isterimu wahai suamiku. Hahahhaa.Siakap pulak besar and rangup. Harga untuk miang pla nie RM69.00 kalau xsilap kite.
Pastu hasben kite order,
Nie ha. Cantonese noodle kut. Ini kejadian selepas hasben kite dah gaul. Ini pun sedap.
Sotong goreng tepung. Bobot yang request-ed. Sudahnya dia makan sikit je. Dalam 4-5 gitu je. Pun sedap jugak, crunchy2 je bila makan. Tengok rupa pun dah tau kan crunchy.
Bobot dengan ifan kite orderkan kids meal. Nasi goreng cina, pastu roasted chicken sikit, fries and air kotak coklat dutch lady. Gambar xde sebab henfon kite ada dekat ifan. Nak mintak memang xdpt la. Asyik “no, mine” je yang dia cakap.
Apa yang kiteorang order untuk malam tuh sedap la semuanya. Makanan yang lain xsure la cemana rasa sebab xorder. Bil pulak hasben kite kate nak dekat RM200 hengget. Dalam RM170 lebih gitu kut. Ye la miang pla tuh je dah RM69.00. Campur yang lain2 lagi. Mau x bil-nya sampai gitu harga dia.
Dalam restaurant Serasa Garden nie luas and selesa la. Siapa yang pernah makan dekat Sakura Kristal dulu2, tau la cemana tempatnya. Besar dan luas. Xsempat nak amek gambar depan restaurant ke, menu ke, keadaan sekeliling ke, sebab henfon kat ifan. Time balik nak amek gambar pun xboleh jugak sebab bobot pulak yang pegang. Plus time sampai and nak balik tuh hujan. Xde terpikir sangat nak amek gambar. Pikir nak cepat2 masuk kete je.
1 comments:
ala..terus teringat miang pla kat bangkok...dapnye...
Post a Comment