Masa kite masuk event PBIM2022, kite checked-in dekat Eastin Hotel. Purposely checked-in situ sebab senang. Dekat dengan starting point.
At that time kite plan nak bawak anak2. Sebab tuh kite pilih bilik Deluxe Suite. Deluxe suite nie even ada satu katil sahaja tapi ada hall. So ada la tempat nak bentang airbed. Biasalah anak 3 orang kan. Mana nak muat 1 katil. Even katil king pun xmuat. Kan kite kadang ikut hasben kite pegi outstation, mana la boleh pilih2 nak duduk kat hotel ke atau service apartment ke, katil nak ada berapa size apa. So disitu la fungsinya airbed. Tapi sudahnya anak2 kite xbawak. 😅
Kite amek sekali untuk breakfast. Rupanya bila stayed dekat deluxe suite nie, boleh breakfast dekat executive lounge. Tapi breakfast kat executive lounge xsemeriah macam breakfast dekat cafe dia. Kire executive lounge nie untuk orang yang nak privacy la. Gituuu. Untuk kite dengan hasben kite time makan nak privacy mendenya. Kami mahukan breakfast yang meriah. 😂. Sudahnya turun balik lobby breakfast dekat cafe. Bak kata hasben kite la, “kalau nak privacy, baik breakfast dalam bilik je”. Hahahhaa.
Kat bawah nie gambar2 bilik yang kite amek.
Kite tunggu rumah sarang burung kite siap je. Sebab nak transfer perabot ke sana. Lepas tuh, baru la dapat deco bilik kite kat rumah gombak. Kalau dapat buat macam nie, bestnyaaaaa.
Overall bilik kat Eastin Hotel nie ok dan cantik. Bersih sangat. Cuma toilet xde bidet je la. Kalau tidak dah perfect dah. Hahahaha. Kirenya kalau u’olls duduk kat hotel nie, nak makan xrisau sebab kedai banyak sekeliling. Queensbay Mall pun dekat. Walking distance je. Facilities lain jangan ditanya sebab kite sampai pun dah malam. Pagi2 buta dah keluar berlari. Naik bilik untuk tido je.
Breakfast bagi kite quite ok. Makanan pun sedap (yang kite makan je la). Baru lepas berlari, memang xde selera la nak makan. Pikir nak baring and nak tido je. Jalan pun dah macam penguin, sampaikan staff kat situ pun tegur. “Baru lepas berlari ker?”. Bila kite jawab aah. “Oooo patut la jalan pun nampak seksa sangat. Lari half marathon ker?”. Hahahaha. Adoiii. Memang tidak la nak duduk bangun duduk bangun untuk amek makanan and usha apa makanan ada.
Lepas checked out dekat Eastin Hotel, kami berpindah dekat hotel lain. Anniversary treat katanya. Stay tuned!
2 comments:
nice...
mak mak sgt kan. bila gi check mana2 x bawak anak, mesti teringat anak2...
alahai..windu, yg anak2 fun sgt dok ngan atok nenek..
Best! Best!
Aku tggu next story okay..
Apapun happy anniversary untuk kome berdua..
Moga berbahagia sampai ke Syurga..
Post a Comment