Bukan tuju dekat sesiapa tapi dekat diri sendiri. ๐ญ๐ญ๐ญ
Kite dah xberapa nak jaga makan minum dah skang. Tah la lebih kepada macam malas. And every second macam craving dessertsssssss je. Of course la dessert tuh manis kan. Sugary. Sweets. Pastu kat ofis time lunch manjang minum neslo ais. 5 hari tuh at least 2-3 kali. Sebab kite nie kan manusia yang bermusim. Kalau suka minum 1 air or 1 makanan or 1 dessert tuh, itttuhhhhh je la yang kite duk tala. Bila musim dah habis, terus ditinggalkan begitu sahaja. Hahahaha. Ehhh kemon, neslo ais kite buat sendiri la. Neslo ais kite sedap pulak tuh. Kawwww! Itu yang tetiap hari nak. Malas nak beli. Sakit hati kang. Tah mana rasa milo tah mana rasa neskepe. Rasa susu je lebih. So bila neslo ais yang kite buat lagi sedap, better buat sendiri. Why not!!. Ada yang caruts aiiii lettew, "mana la xgemok dah kalau hari2 kau minum neslo ais". Kalau ada yang terdetik gitu, semoga ayat tuh berbalik dekat kamuorang. Mana boleh kite gemok sensorang. Moh kite gemok sekali sesama. ๐
Pastu malas nak workout. Niat nak berlari every weekend selalu terkubur gitu. Nak pegi berlari kat kl car free sensorang hasben kite xbagi. Bila ajak dia sokmo la xjadi2 walaupun night before or day before dia setuju nak ikut. Dia stay dengan anak2, layan anak2 main roller blade and kite gie la berlari. Katanyaaaaaaaaaaaaaa. Harapannnnnn.
Now dah insofff sebab jeans kite, mostly seluar la, banyakkkkkkkkkk dah xmuat. Itu selalunya akan jadi kite punya turning point untuk, “xboleh jadik nie. Aku kene loss weight no matter how”. Kite kalau betul2 nak, insya-Allah berjaya. Sebelum nie memang berjaya know know dah boleh pakai balik dah seluar jeans. Even size 26. Arghhhh. Stress mak nyah mikir seluar2 yang dah x muat!. Tapi kalau masih maintain berat yang berat ini, or even worst, berat yang berat ini makin berat beratnya, itu bermaksud kite jenis yang nak tapi acah2 nak. Haaaaa itu yang bahaya tu. Sebab macam hangat2 chicken shit je every time. Hahahaha. Haaaa cam sekarang la. Sambil menaip nie sambil ku hirup neslo ais. Chicken shit kan. Gitu la. Kihkihkih.
“Dy, i dah gemok la dy. seluar i banyak dah xleh pakai”
“Xpe. Gemok2 pun i sayang”
“Ye ker?. Kalau i lagi gemok pun u sayang jugak ker?”
“Dah 12 tahun dah pun u gemok. I masih ada lagi je dengan u (pastu gelak. ๐คจ)
“Ehhhh i sebelum kawen and masa kawen kurus okayh”.
“Memang la kurus tapi lepas kawen, setahun je kurusnya. Lepas tuh dah xkurus dah. I terima je. Dah berbelas tahun dah. Hahahahhaahhaha”
Xpe2, u waiting waiting and looking looking hokeyh. Nanti i kurus u dah xboleh dah nak picit2 lemak kat pinggang i or any other parts. Dah xde dah nak zapppp perut i. Dah xde dah ayat, "oohemgee. Bruhhh, what is this?". U waiting, u waiting nyeah.
Ada yang cakap, “mana ada gemok. Ok la nie untuk umur2 macam ko nie sya. Ok sangat berat ko nie untuk mak2 anak 3”. Elehhh, nak sedapkan hati kite lettew.
Ayat “gemok” dengan “wanita” nie berpisah tiada. Aku gemok kau jangan tegur. Aku dah loss weight dari berat skang baru kau boleh tegur. Rasanya semua orang cam gitu kut. Kalau tidak kang mulalah nyetap mengkarung xtentu hala. And jugak, reasoning dia adalah, so that aku aware yang aku nie dah berjaya dalam proses untuk loss weight. Kenapa?. Sebab seketul falsya nie jenis xkan naik penimbang untuk keep track of weight losing. Nehi nehi kabbi nehi. Even now kite xtau berat kite berapa tapi yang kite tau dah berat la. Takut nanti naik penimbang kemurungan tuh akan berpanjangan. Ibarat kalau Malaysia nie ada 4 musim, 2kali repeat 4 musim tuh belum tentu habis kemurungan.
Haih, itu la. Semoga kite buat la betul2 dan bukannya acah2 nak buat betul2. Kenangku dalam doamu. Doakan neslo ais last untuk hari ini. Esok mungkin xde neslo ais. Tapi nanti jangan tetibe muncul teh o ais pulak. Naya pak karimmmmmm!!!!.
2 comments:
alahai...sama la MA pun....craving itu ini..hari2..
niat nak makan sikt, sekali eh eh..habis plak
dah masak2..x kan x makan kan...adoi la..
moh la kita sama2 yer..caiyok caiyok!
Tak gemuklah
Post a Comment