Termasuk la ujian yang membaca nie. Larh tiberh!. Hahahahaha.
30 September 2024. Hari isnin.
Tarikh kite accident.
Keluar pagi macam biasa nak hantar qisya dengan bobot pegi sekolah sebelum pegi office. Pukul 6.35 pagi dah keluar rumah. 6.45 pagi kejadian berlaku.
Lokasi kejadian dekat duke highway. Selepas susur masuk dari arah taman sri gombak nak ke duke highway. Betul2 depan bus stop dekat duke highway nun haaa. Bus stop mana?. Alaaa, kat tepi masjid dengan sekolah menengah sri gombak. Ermmm, korang yang xduduk area situ memang la xkan tau. Tapi kalau siapa yang duduk area2 situ jugak, for sure dia akan tau.
Time tuh ada 2-3 bas express dari belah2 pantai timur berhenti situ nak turunkan penumpang. Ikutkan bas2 express xboleh nak berhenti dekat situ. Di awal2 memang ada. Tapi lepas tuh dah lama xde sebab memang xdibenarkan. Alih2 skang nie buat lagi. Dah la dengan bas2 express yang degil, tambah pulak lagi kereta2 yang bengong parked tepi2 tuh jugak untuk tunggu orang2 yang nak turun dari bas express. Nak tunggu xde masalah, nak parked kereta pun silakan. Tapi jangan la berderet2 park kereta dekat laluan kereta2 yang naik dari greenwood and taman seri gombak untuk masuk ke duke highway. Lagi bebal derang nie adalah bila orang ditunggu dah sampai and derang nak bergerak dari situ. Kenapa lagi bebal?. Sebab bila nak keluar dari parking, derang main keluar je. Pedulikkan la kereta2 belakang apa nak jadi, nak berlanggar ke, emergency brake ke, janji aku lepas. Haaaa gitu la konsepnya. Jahanam!.
Dah kerap accident dekat situ. Dan dah rami dah yang complained. Tapi kejap je la stopnya. Lepas tuh jadik balik. Nie selepas kite accident, dah sebulan lebih dah xnampak bas express stop pagi2 subuh hari kat situ on weekdays sampai la ke hari nie. Tapi xtau la derang buat perangai masa weekend ke kan. Tapi kalau betul la xde, kejap je tu, xlama nanti start la balik. Sebelum2 nie kite hampir nak accident sebab kereta depan emergency break elak kereta yang drivernya bodoh main keluar je. Tapi pada tarikh tu, kite betul2 accident disebabkan oleh manusia bebal yang main keluar je dari parking tepi tuh walaupun kereta banyak. So bila si bebal main keluar je, kereta2 semua terpaksa break emergency.
Kereta kau lepas, kereta aku yang sangkut. Anjay betul!.
Bila dah break, tiba2 gedeganggggg!. Bunyik kuat!.
Di awalnya kite bajet kereta belakang yang langgar. Kite nak marah dah time tu. Sebab kite xde nampak pun ada kelibat motor yang lalu sebelum accident. Sekali bila tengok side mirror, Allahuakbar, motor la gais. Ternampak pulak ada yang terbaring. Allah Allah Allah. Terus kite keluar, jenguk sikit je kereta sambil pergi ke arah motor.
Tengok2 yang naik motor tu, pakcik and makcik. Umur 60 tahun ke atas punya pakcik makcik. Allahuakbar. Pakcik tuh otw nak pegi hantar wife dia ke tempat kerja. Bila nampak pakcik duduk dekat tepi wife dia kan, Allah, luluh sungguh hati. Kite tanya pakcik ok ke tidak, makcik boleh bangun ke tidak, sebab dia terbaring tengah2 jalan. Makcik kata xboleh bangun. Belakang dia sakit. Tanya mana lagi sakit, dia kata belakang je. Bibir makcik terkoyak. Berdarah2.
Lepas tuh kite pegi ke kereta kite nak amek henfon and nak alihkan kereta sebab kereta tengah2 jalan. Henfon pulak carik xjumpa. Banyak kali tekan dekat i-watch untuk detect keberadaan henfon. Henfon bunyi tapi xtau kat mana kedudukan dia. Tercampak tah mana tah. FYI, kite xmain henfon ye masa drive. Henfon tuh kite letak kat tengah. Kena disclaimer siap2. Kadang manusia nie suka bersangka-sangka macam dia ada kat tempat kejadian. Pffttt!. Bila mencarik xjumpa, kite siap pesan dengan anak2 kite lock kereta and jangan keluar plus tolong carikkan henfon.
Masa kite pegi balik kat makcik dengan pakcik tu, orang ramai dah angkat makcik kat tepi jalan. Kedudukan makcik betul2 tengah jalan sangat. Bahaya. Kena pulak time tuh tengah peak orang nak pegi kerja and hantar anak sekolah. Berulang2 kite ke kereta nak carik henfon. 3 kali pegi baru jumpa. Terselit dekat celah seat. Memang xboleh nak perasan la kan. Kite carik henfon sebab nak call ambulans and call hasben kite. Yang ambulans tuh alhamdulillah dah ada orang call.
Lepas tuh kite pegi dekat makcik pakcik balik. Makcik dah menyandar dekat pakcik. Kesian tengok pakcik menahan isteri dia, kite pun minta izin la untuk ganti pakcik tuh. Ye la pakcik pun sakit kan. Nak menahan lagi wife dia. Tangan pakcik belah kiri ke kanan tah patah. Makcik xsure sebab xde specific tempat. Hanya tau belakang dia je sakit. Xboleh duduk, xboleh bangun, nak baring pun sakit. Alhamdulillah la ada akak nie hulur bantal. So kite guna untuk support belakang makcik untuk baring dekat kite.
Berulang kali pakcik mintak maaf. Bila kite nak ribakan makcik, pakcik siap minta maaf takut2 baju kite kotor terkena darah makcik. Kite cakap la, "Xpe pakcik jangan risau. Baju boleh basuh pakcik", Siap berterima kasih sebab kite stay dengan derang and xtinggalkan derang berdua gitu je. “Xkan la saya nak tinggalkan pakcik makcik. Xgamak hati saya nak buat macam tu. Mau xtenang saya nanti kalau buat macam tuh pakcik”. Pakcik makcik tuh baik sangat.
Pastu pakcik tanya nama siapa, kereta macam mana, dia ke yang langgar, teruk ke, drive kereta jenis apa, insurance motor dia sikit la apa. Allah. Tapi betul tau korang. Time tuh kite xpikir langsung pasal apa2 berkaitan dengan kereta. "Pakcik jangan fikir semua tu dulu. Yang penting sekarang nie kite settlekan pakcik dengan makcik untuk ke hospital. Urusan yang lain2, nanti falsya contact pakcik atau anak pakcik"
Long story short, on the same day, dah pegi balai polis buat report apa semua, kereta pun dah kena angkut naik tow-truck and dah selamat masuk hup seng (workshop). Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan kite masa hari tu. Dari buat report dekat balai pois traffic sampai la kereta dah kena hangkut pegi workshop. Kat balai polis traffic memang smooth je. Dah la sorang je yang boleh masuk balai. Nervous jangan cakap la sebab xtau apa process. Mujur la kebetulan ada sorang adik perempuan nie pun nak buat report, and kebetulan pulak bila derang borak2, ghopenya polis yang amek kes dia tuh orang kampung dia kat Pekan, Pahang nun.Yang amek kes kite pulak Raub. Kite pulak Temerloh. "Oooo. rodong2 la nie ye". Kihkihkih. So lepas dah buat report dekat kaunter depan, masuk pulak jumpa sarjan. Xtau kenapa xterpikir nak sebut pasal video yang dashcam captured. Sarjan tuh yang tanya, "Eh, kereta macam nie mesti ada dashcam kan". Bila kite cakap ada, dia cakap, "Haaaa kan. Mustahil la kereta jenis macam nie xpasang dashcam". Kite send dekat Sarjan tuh and dia dah tengok video dari dashcam belakang. And memang sahih salah pakcik tuh katanya. Sebab dalam video pakcik dari belakang, kepala and mata tengah fokus laluan kanan untuk tukar lane. Bila dia nampak laluan kanan clear, dia terus pulas throttle untuk laju. Cun2 lepas dia pulas, motor laju, time tuh baru pandang depan, ngam2 kereta tengah break. Nampak yang pakcik cuba untuk elak tapi xsempat nak elak habis. Itu yang langgar tepi kereta kite.
And polis pun ada cakap yang mujur ada dashcam belakang. Sebab kalau xde dashcam, and tengok pulak dari kesan accident belah tepi kereta, rider boleh je pusing cerita kat report kata kite main tukar lane la xbagi signal la. So walaupun kite xsalah, auto kite akan jadi salah. Kena saman tuh of course la. Bukan takat tuh je, derang boleh hired lawyer and fight untuk dia claim semua bills under kite punya insurance. Xkisah la apa bills pun. Kos medical dia, kos repair motor dia, ehh, segala kos yang derang boleh claim la senang cite. Bila ada dashcam, motor xboleh pusing cerita and xboleh nak claim apa2 sebab terang2an salah dia.
Untuk hal2 nak hantar kereta kat workshop mana pun alhamdulillah Allah mudahkan. Sebelum pegi balai buat report, hasben kite bawak kereta pegi kat kedai accessories kawan dia. Si Ahkit tuh. Kite sampai2 je dia geleng2 kepala pastu gelak2. Cisssss. Harey punya Ahkit. Mana x kene gelak, baru keluar kedai dia bikin kereta tau2 bawak balik dah jadik gitu. Hahahaha. So workshop yang kereta kite masuk untuk repair tuh adalah workshop kawan dia. 2minggu lebih sikit jugak la kereta kite dalam workshop. Ikutkan lama lagi dalam sebulan lebih baru kite akan dapat kereta. Ye la, nak tunggu insurance clear je dh 2 minggu. 2 minggu lebih untuk workshop buat balik kereta. Tapi sebab workshop tuh workshop kawan Ahkit, and Ahkit pulak kawan hasben kite, itu yang cepat siap. Rupanya 1st day kereta kite masuk workshop, 1st day tuh jugak derang dah start "kerjakan" kereta kite. Padahal insurance x clear lagi. Ikutkan derang akan tunggu insurance clear baru derang buat kerja. Tapi untuk kes kite, lain sikit la. Ini semua atas dasar percaya sesama sendiri. Kawan ahkit percaya ahkit, ahkit percaya hasben kite. Bak kata ahkit la, "Kita kawan2 ma. Kenal sudah lama. U pun mana mau lari. Ini celaka kalau lari i tau rumah u ma". Hahahhaa. Derang nie kalau berborak memang macam bergaduh. Kawan dah lama. Mau nak dekat 20tahun kut. Sebab tuh kalau hasben kite suruh pegi kedai ahkit untuk buat apa2, bila time nak bayar and ahkit xde, xde sorang pun staff dia berani bagi harga. Even abang ahkit sendiri. "Nanti u tanya ahkit la". Pfftt!
Nak tengok x keadaan kereta kite macam mana.
0 comments:
Post a Comment