Tuesday, January 16, 2024

:: Narsisistik ::

Periksa 15 Tanda Ini! Kalau Ada Salah Satu, Anda Mungkin Alami Narsisistik Tanpa Sedar

 Sumber : Hello Doctor

Apakah maksud narsisistik atau gangguan personaliti narsisistik?

Gangguan personaliti narsisistik adalah sejenis gangguan personaliti di mana seseorang individu itu mempunyai rasa kepentingan terhadap dirinya sendiri.

Mereka mahukan perhatian yang mendalam terhadap diri mereka selain kurang berasa empati terhadap diri orang lain.

Jadi, maksud narsisistik boleh dikatakan mereka ini mempunyai sifat keyakinan yang terlalu ekstrem.

Namun, di sebaliknya, mereka mempunyai harga diri yang sangat mudah terlerai hanya disebabkan sedikit kritikan daripada orang lain.

Orang ramai akan melihat individu narsisistik ini seperti seorang yang mementingkan diri sendiri sahaja dan biasanya tidak ramai orang yang gemar bersama mereka.

Individu narsisistik juga hanya mengambil tahu mengenai dirinya sahaja dan tidak jemu-jemu mahukan pujian daripada orang lain.

Gangguan personaliti seperti ini sering menyebabkan masalah dalam hubungan bersama pasangan dan juga ahli keluarga.

 

 Maksud narsisistik: Apakah punca yang menyebabkannya?

Tidak dapat dipastikan dengan jelas apakah yang menjadi punca sebenar kepada kewujudan gangguan ini.

Namun, para penyelidik percaya bahawa ia berlaku disebabkan oleh beberapa gabungan faktor-faktor di bawah ini:

  • Mengalami trauma atau peristiwa silam semasa zaman kanak-kanak
  • Hubungan pada peringkat awal dengan ahli keluarga, rakan dan juga saudara-mara
  • Faktor genetik keluarga
  • Sifat peribadi seseorang
  • Kritikan secara melampau yang dilalui semasa zaman kanak-kanak
  • Faktor neurobiologi

Faktor risiko

Terdapat beberapa faktor risiko yang membolehkan seseorang itu mengalami gangguan narsisistik.

Menurut kajian, orang lelaki lebih mudah mengalami gangguan personaliti ini berbanding wanita.

Gangguan ini juga mudah berlaku seawal umur kanak-kanak.

Walaupun ada kanak-kanak yang mungkin menunjukkan ciri atau gaya seseorang narsisistik, namun tidak semestinya ia akan berterusan sehingga mereka dewasa.

Ini kerana ciri itu kadangkala adalah sifat yang biasa wujud sewaktu zaman kanak-kanak sahaja.

Selain itu, ibu bapa yang bersifat terlalu melindungi anak-anak atau mengabaikannya juga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi individu narsisistik. 

Ciri-ciri yang menggambarkan maksud narsisistik pada seseorang individu

Seseorang individu yang mempunyai sifat narsisistik ini amat mudah untuk dikenali. Ini kerana, terdapat beberapa perkara atau ciri yang sangat jelas, yang membezakan dirinya dengan orang lain.

Berikut adalah beberapa ciri utama yang menunjukkan seseorang itu adalah individu narsisistik. 

  • Berasa diri sendiri lebih penting
  • Kerap berasa bahawa diri sendiri adalah lebih baik daripada orang lain. Sebagai contoh, kerap berasa lebih pandai, lebih cantik, lebih kacak, lebih berjaya dan lebih berkuasa daripada orang lain
  • Rasa bahawa diri sendiri adalah seperti golongan atasan dan hanya layak bergaul dengan golongan tersebut sahaja
  • Memerlukan pujian setiap masa daripada orang lain
  • Rasa mempunyai hak walaupun tidak mempunyai hak ke atas sesuatu
  • Sanggup untuk mengambil kesempatan ke atas orang lain demi mencapai tujuan dan matlamat peribadi
  • Kurang memahami individu lain atau kurang bersifat empati dalam memahami perasaan atau apa yang dilalui individu lain
  • Bersikap sombong atau memandang rendah kepada orang lain
  • Ingin diiktiraf atau dikenali ramai
  • Kerap menyatakan mengenai pencapaian dan bakatnya kepada orang lain
  • Mengawal perbualan dan seringkali perbualan tersebut hanya berkenaan pencapaian dan kehebatan dirinya

Boleh dikatakan, segala apa yang berlaku dalam hidup individu narsisistik adalah hanya mengenai dirinya sahaja. Namun, ada juga beberapa kelemahan mengenai individu yang mempunyai gangguan ini. Antaranya ialah:

  • Mudah berasa tersinggung jika tidak melibatkan dirinya dalam sesuatu perkara
  • Sukar mengawal emosi dan perasaan
  • Sukar menerima kritikan daripada orang lain mengenai dirinya
  • Kerap berasa tidak selamat atau insecure terhadap sebarang perkara yang boleh merendahkan dirinya

    Kesan apabila seseorang itu mempunyai sikap narsisistik

 Terdapat beberapa kesan atau komplikasi yang boleh berlaku sekiranya sesseorang itu terus mempunyai sifat narsisistik ini.

Antara kesan yang boleh dialami ialah:

  • Kurang mendapat rakan kerana rakan-rakan akan semakin menjauh
  • Mempunyai masalah dalam perhubungan bersama pasangan
  • Mengalami tekanan dan keresahan
  • Mempunyai masalah di tempat kerja
  • Penyalahgunaan dadah atau masalah berkaitan alkohol

    Perlukah berjumpa doktor jika mengalami gangguan ini?

    Kebanyakan individu narsisistik tidak menganggap bahawa diri mereka sedang mempunyai masalah atau gangguan.

    Dengan itu, mereka tidak mendapatkan rawatan atau pertolongan daripada pakar psikologi atau mendapatkan khidmat kaunseling.

    Jadi, jika anda sudah memahami maksud narsisistik dan sedar mengalami gangguan ini, anda boleh dapatkan bantuan profesional bagi mengurangkannya atau mengawalnya.

    Anda boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan juga terapi bagi membantu diri anda.


    Disclaimer * Tidak ditujukan kepada sesiapa. Lately nie asyik dengar orang duk bercerita and menyebut pasal perangai narsisistik je. So kalau ada yang terasa, itu masalah anda bukan masalah saya. 

Tuesday, November 7, 2023

:: 7/11 ::

Hari nie 7 November. So bila muncul 7 November maknanya anak dara kite dah naik 1 angka. Yup, today is her birthday. Dah 10 tahun dah anak mommy.

Anak yang so manja. Masih manja. Tapi kadang bila nak bermanja tu, xsampai 2minit, adik dia si rambut kinting datang tolak dia tepi. Jelesss gais!. Hahahaha. “Kakak go there. Kakak move. No hug mommy”. 😂. Hadoiiii. Sian la kakak. Baru nak landing, baru nak cuddle2 dengan mommy. Dah kene “halau” dengan adik. Kesian kakak.

Qisya nie banyak ikut perangai daddy dia. 80% gen daddy, 20% gen mommy. Part yang typical perangai perempuan yang suka merajuk suka muncung mulut tuh memang menurun perangai mommy. Anak2 lelaki so far memang paling banyak menurun perangai kite. Hahahaha. Bukannya jenis yang kepochi ke apa ke. Contoh kalau qisya tau apa2, dia akan diam2 dia je. Jenis xamek port. Jangan kan si bobot. Habis satu family tau kisah. Kihkihkih. Plus, qisya dengan daddy dia dua2 anak sulung kan. Banyak memendam rasa. Bukannya jenis yang show sangat dia pun ketidakpuashatian. Tapi bezanya antara qisya dengan daddy dia, kite boleh nampak and tau feelings dia even qisya xbagitau. Dah tuh perempuan kan, sedih ke happy ke, dari face expression boleh nampak. 

Kalau keluar, jenis yang nak memegang tangan kite. Tapi lagi sekali, ditepis oleh adik2. Kalau kiri bobot, kanan mesti ipan. Kadang xnak tiga2 anak terasa hati, tiga2 kite duk pegang tangan masing2. Sampai la ada yang beralah dengan sendirinya pegi pegang tangan daddy pulak. Cemana cara?. Salah satu tangan kene pegang 2 tangan. Nasib la tangan siapa yang kene berkongsi tu.  Hahahaha. Baru anak 3 weh. Kalau anak ada 4 ke 5 ke, kalau semua jenis yang nak pegang tangan kite, cemana la nak buat tu. 😅

Happy nyeah dapat present. Time beli nie kiteorang baru lepas amek report card. Selalu hasben kite je yang pegi sekolah amek report card. But this year masing2 nak kite ada sekali. Bila mommy yang pegi jumpa cikgu masing2, memang siap la korang lepas tu. Dalam kete kite membebel berbakul2. Sampaikan hasben kite cakap dengan anak2 dia, “u’ve made a wrong choice bruh!. I told you that you will regret it”. 😒

Masam je muka masing2. Hahahahahah. Qisya lagi mencuka muka bila kite cakap no birthday present tahun nie. Last2 dapat jugak. Apaknya nak beli jugak sebab dah janji katanya. “Kalau next year masih lagi sama comment cikgu dekat kakak, mommy jual nyeah benda alah nie”. Qisya angguk tanda setuju. Angguk terpaksa sebenarnya. 🤣😂.  

Banyak mommy nak doakan kakak nie. Tapi xpe la biarkan la doa mommy untuk kakak, hanya mommy je tau. Semoga doa2 mommy mengiringi kehidupan kakak sampai akhir hayat mommy dan sampai akhir hayat kakak. 🤲🏻. Daddy mommy bobot and ipan and semua orang, sayang kakak so much. 143 kakak. 🌹😘🥰😍❤️

Tuesday, October 10, 2023

:: Beberapa Cerita Dalam 1 Keping Entry ::

 “Mommy, bila nak buatkan lunchbox kite”. Ok la ok la. Terus kite order barang2 dekat pandamart. Sejak hasben kite outstation manjang nie dah lama xbuat groceries shopping. So barang2 banyak xde. And skang nie kite prefer guna istilah, “nak masak baru beli”. Especially barang2 macam sayur ke apa ke. Untuk mengelakkan dari membusuk je dalam fridge. Mujur ada pandamart yang dekat dengan rumah. Malas nak keluar, order je kat situ. Kalau groceries shopping pulak kite selalu beli barang2 kering or barang2 frozen. 

Gigih mommy bangun awal pagi buat lunchbox untuk anak2 mommy.

Jadik la dari xde kan. Hihihi. Kalau ikut menu bobot dia nak nasi goreng. Tapi yang itu nanti la. Beras nak kene beli dulu. Beras dah habis rupanya. Punya la jarang masak sampaikan beras habis pun xperasan. Hahahahaha. Sebelum nak outstation, beras kene beli dulu ya. Ye korang, bakal ditinggal lagi. itu hari kene tinggal back to back. Nie bakal ditinggal lagi. Kalau proposal dia approve, bakal ditinggal lagi bulan 11. Time tuh kite dah macam, "amboii kemain sakan nyeah u. Berturut oversea je 2-3 bulan nie kan. Kiteorang nie tukang fetch u dekat airport je. Xde2, i xkire. Tahun depan bawak kiteorang pegi jenjalan jugak. Asyik u je, xfair la". Nampak x dengki. Hasben kite gelak je. Hahahaha. 

"Ye la. Kan itu hari dah plan nak ke &^*%$ tahun depan. So stick with the plan la. Tahun depan kite pegi".

Haaaaaa, mujur la kata gitu. Okayh dah kene prektis berjalan dengan luggage atas treadmill. Prektis kejar2 anak kat airport. Stamina kene tingkatkan lagi. Wakakakaka. Lama dah x prektikkan yuolls. Lupa. Huahuahuahua. Halah xnyabo. Bende xtau pun pegi bila. Jangan kene scam sudah. 😝

Semoga anak2 mommy kenyang la hendaknya. Save duit belanja. Duit balance boleh simpan dalam tabung. Kalau tidak sehari 13hengget korang belanja dekat sekolah. Kalah mommy yang bekerja nie. 

Hasben kite kan baru balik dari Jakarta. So ini yang dia beli untuk bini dan anak2 dia.
Nutella biscuit tuh sedap gila. Kite xsuka nutella. Tapi bila makan nutella biskut nie layan la pulak kan.

Of course. From yours truly. Happy dapat nie. Feveret coklat bini irwan. Lantak la org nak cakap, “alah sama je pun rasa dengan coklat lain”. Jeles lettew. Tiberh!. 😂

Sedap kopi kenangan nie. Macam rasa kopiko. Pastu ada hasben kite beli dodol apa tah. Bermacam2 perisa. Sumpah xsedap. Sampai skang x berusik.

Kemain banyak gitar dah. Keyboard untuk qisya tu beli dekat shopee. Xyah beli mahal2. Murah2 je sudah. Dah betul2 minat baru boleh cite nak upgrade. Daddy kata upgrade piano yang elok terus. 🤨. But even murah je pun kan, not bad jugak keyboard nie. Memang very suitable for beginner. 
Bilik bobot skang macam nie la rupa. Dah macam studio jamming. Tinggal nak beli mikropon je. Nanti tepek alas telur kat dinding. So xde la jiran2 dengar bunyik bising. Hahahhaha. Gitar karen punya amp pun dah settled dah hasben kite beli. 
Kemain suka anak dara dapat keyboard. Kebetulan masa sampai qisya dengan bobot xde. Derang pegi johor ikut kaklong kite menghantar anak buah kite masuk Uni. Bila dah balik rumah, kite bagi dia macam relax2 dulu. Lepas tuh baru kite suruh derang pegi naik atas mandi. Tetibe dengar jeritan, “wowwww. A keyboard. I have my own keyboard now”. Hahahaha.

Berlari turun bawah sambil nangis. “Thank you mommy. I didn’t expect this. I tot you forgot about the keyboard”. 😂. Sebenarnya dia terasa bila bobot dapat gitar karen tapi untuk dia xde apa2. But qisya kan, dia kan bukan jenis yang tunjuk sangat. Lain dengan bobot, mau mulut dia melekat kat tepi telinga kite sambil berzikir2. “Mommy xsayang bobot kan. Mommy sayang kakak dengan ipan je. Middle child selalu mommy xkan sayang”. Itu je la ayat dia. 😂🤣. 

Skang tengah survey music class. Bistu, xkan nak buat perhiasan je dalam bilik masing2 kan. Kang berhabuk kite jugak yang nak kene lap. Dah pandai masing2 main boleh buat band. Nama band Masdo  Maswan (sebab nama hasben kite kan wan). Hahahahahhaaha. 

Owh. Nak tau x?. Ipan dah potong rambut.  Berjaya jugak akhirnya. Woot woot!. Hilang dah rambut kinting dia. 

Lain benau muka ipan. Xtau la akan ada lg ke tidak rambut kinting dia bila dah tumbuh nanti. Sama2 kite nantikan. Ai is also nervous. 😅. Walaupun rambut kinting dah xde tapi lesung pipit nan sebelah tetap maintain. 🥰😍😘

Dah itu je. Walaupun xseberapa tapi lebih dari 1 cerita kire beberapa la tu. 😂

Friday, September 15, 2023

:: Musician in The Making. ::

 Gitttuuuu. Hahaha.

Haih, tah la hasben kite tuh. Betul2 dia nak tunaikan janji dia dekat anak2 dia. Sebelum nie dia pernah janji nak complete-kan music instruments untuk anak2 dia. Ehh anak2 dia, anak2 kite jugek la kan. Haahaha. Untuk anak2 kami. 😂

So kebetulan dia ke Jakarta sebab ada training. And colleague hasben kite yang sama pegi ke sana kata, “kat sana ada jual gitar karen (elektrik) murah2 bang”. Dia pun berhajat nak beli jugak. So hasben kite pun apalagi. Join la sekaki. Sebelum pegi Jakarta lagi hasben kite pun dah cakap nak beli.

Sekali colleague hasben kite dah beli dulu. Xboleh nak tunggu katanya. Xtahan. Ahahahha. Kite tanya la berapa harga yang colleague hasben kite tuh beli. Since dia dah beli kan, nak la tau berapa harga sebijik gitar karen yang murahhhhhhh sangat tu. Lelaki nie bukan boleh percaya dia punya murah. Seribu pun derang kate murah. Contohnya macam hasben kite la. Beli baju bila tanya harga dia kata murah je. Apa bende yang murahnya kalau brand baju tuh jenis brand yang xmurah. Ingat bini dia nie buta brand gamaknya. 🤨. Ternganga sekejap bila dengar harga gitar yang colleague hasben kite dah beli. Memang betul2 murah la. Dah la hasben kite bagi harga dalam rupiah. “Jangan bagitau i harga dalam rupiah boleh x?. Xgigih la i nak convert kan harga ke RM”. Ehh xmarah tau. Kite cakap dengan nada ketawa. 😝. Hujung2 story nanti kite bagitau harga kayh. Janjihhhhh!!.

Memula dia pegi kedai gitar tu tapi dah tutup. So hasben kite order thru website dia sudahnya. Tokopedia kut nama website tu. Search je gitar murah jakarta. Delivery hantar direct ke hotel. Tanya jugak bila sampai. Hasben kite cakap esok harinya pagi derang akan buat delivery. Tup tup hasben kite text, “sampai sudah” bersekali dengan gambar. Wondering la jugak apa bende yang sampainya.

Tengok2, nohhhh gitar karen yang sampai. Waduhhh, pantas bangattt gitarnya dihantarin pak. Apa toko kamu segitu deket lokasinya?. Tiberhhh. 😂😝. Hasben kite order tengahari ke petang gitu la, malam hari dalam pukul 10lebih gitu kut dah sampai kat lobi hotel.

Tuh dia sampey sudah.

Setelah di unboxing. Nie dah ada gitar karen maknanya memang harus dan kena beli amp. Xde amp cemana je nak main gitar karen nie. Hasben kite kata amp beli kat kl je nanti.

Siap dah plan next week nak beli ukulele pulak katanya. Beg xmuat nak sumbat ukulele sebab luggage kecik. Ukulule tu untuk ifan. Nak avoid dari berebut gitar dengan abang. Pastu kite tanya la xbeli sekali ke stand gitar ke. Xkan nak sandarkan pada kenangan je gitar kat dinding. Sekali dapat gambar.

“Done stand” katanya. Walawehhhh, cargas. Hahaha. Siap dia beli drumstick. Drumstick kat rumah nie mmg dah ada. Tapi sokmo la hilang jumpa hilang jumpa. Kire drumstick yang hasben kite beli tu as extra la. Kut yang sedia ada kat rumah nie hilang xjumpa2. 🫣

Jangan fikir dengan adanya gitar karen tu janji dia dah complete ye. Gitar tu untuk anak bujang. Untuk anak dara dia dah janji nak belikan keyboard. Hurmmmmm, tah la. Hasben kite kan. Seboleh2 nak tunaikan apa yang anak2 nak. Dah beli untuk bobot mesti la kena beli untuk qisya. Qisya nie dah la jenis memendam. Tapi reaction muka boleh tau yang dia terasa walaupun dia xcakap. Kang tau2 muka masammmm je muka. Muncung je mulut. Tah ikut perangai siapa tah. 🤷🏻‍♀️. Know know air mata dah meleleh. Kang terasa kata mommy dengan daddy xsayang dia. Sayang bobot dengan ifan je. 😅. 

Haaaa itu jam, dah ada keyboard baru consider complete dah. Dah boleh tubuh band. Tinggal nak letak nama band je. 😂. Yang xtahan siap nak beli gitar bass. Tapi hasben kite pikir2 balik xyah la bass. Dia nak beli gitar kapok karen pulak nanti. Ishhh. Kita cakap la, “u nie dah macam betul2 nak buat band ke apa nie. Kire nanti i pun join main sekali ke canner?”. Hahahaha. Gelak je dia. “So lepas nie nak hantar bobot dengan qisya music class ke cemana?”. Hasben kite jawab, “of course la. Kene la hantar”. Hurmmmmmmm. 

Tapi serious la korang. Memang murah. Murah sangat gitar yang dijual kat Jakarta masalahnya. And hasben kite cakap kualiti pun ok. Xde la nampak cikai sangat. Sturdy pun sturdy. Berat pun berat. Untuk beginner yang baru nak berjinak2 nak main gitar karen memang ok sangat la. Harga gitar yang hasben kite beli tu harganya RM350. Iye korang, RM350 duit kite. Duit Malaysia. Bapak murah wehhhhhhhh. Delivery ke hotel RM6. Terkejut kite dengar. Colleague hasben kite beli gitar dia RM250. Kut. Rasanya itu la yang kite dengar. Kalau betul, wehhh, serious ahhh. Awat murah nau. RM250-RM350 tuh kalau kat Malaysia boleh dapat ukulele yang baik sikit la kualitinya. Silap2 ada yang lagi mahal. Ini we are talking about gitar karen u know. No joking2 bluffing2 around tau. Real nie. Tapi untuk nak deliver ke Malaysia, itu kite xtau. Harga tu kalau beli kat sana. 

Untuk yang dah pro main gitar karen mungkin macam alaaaah, gitar cikai je memang la murah. U’olls dah pro memang la. Lain pulak spec gitar dia. Ini cite dia kalau beginner, nak2 pulak budak2 je yang bakal main, baru nak merasa pegang and belajar memetik tali gitar, memang sangat2 berbaloi la dengan harga tu. Kalau nanti anak2 kite dah pro ke apa ke, itu cite lain la. Pandai2 la dia beli sendiri. Itu ku bilang kalau. Kalau tetibe anak2 kite xminat nak main, xleh nak cakap apa la kan. And time tu xde la terasa sangat sebab beli gitar karen pun harga murah je. Huahuahua.

Owh ha. Drumstick tuh cer la teka berapa. Ehh xyah susah2 la teka. Macam la kite tau korang teka berapa kan. Hahahaha. Harga drumstick RM2.40 je. Je hokeyhhhh. Harga kopok kat KL nie lagi mahal dari harga drumstick tu. 😂😂😂. 

Untuk kite hasben kite belikan apa?. Belikan buah salak. Jadi la dari xde. Hahahah. Ehh serious, kite dapat buah salak pun ok dah. Memang kite yang nak pun. Buah salak dari sana sedap oiii. Lain rasanya dengan dekat Malaysia. Xtau la kalau ada yang sedap kat Malaysia nie. Tapi sepanjang kite beli buah salak kat sini, xdpt lagi yang rasa sedap macam yang jual dekat Indonesia. Gaya macam xheran kan dapat buah salak. Padahal sebelum hasben kite fly ke Jakarta, hasben kite dah beli jiwa kite awal2 dah. 😂. Pandai kan. Bijak bijak. Dah tuh, bakal tinggalkan bini back to back. Jiwa bini kene la beli dulu. Dah la bini si iwan nie sejenis yang kuat merajuk. Xcall xtext pun dia punya merajuk membawak sampai ke hari dia balik Malaysia😬. Kalau lah kite tau masa tu dia nak beli jiwa kite, memang sakan la cite dia. Hahaha. Ini otw balik rumah baru dia bukak mulut, “settled dah kan beli jiwa. Sebelum pegi jakarta kene la beli jiwa isteri i dulu”. Cheh. Early early never inform, late late only inform. 😒

Monday, August 28, 2023

:: GEMOK ::

 Bukan tuju dekat sesiapa tapi dekat diri sendiri. 😭😭😭

Kite dah xberapa nak jaga makan minum dah skang. Tah la lebih kepada macam malas. And every second macam craving dessertsssssss je. Of course la dessert tuh manis kan. Sugary. Sweets. Pastu kat ofis time lunch manjang minum neslo ais. 5 hari tuh at least 2-3 kali. Sebab kite nie kan manusia yang bermusim. Kalau suka minum 1 air or 1 makanan or 1 dessert tuh, itttuhhhhh je la yang kite duk tala. Bila musim dah habis, terus ditinggalkan begitu sahaja. Hahahaha. Ehhh kemon, neslo ais kite buat sendiri la. Neslo ais kite sedap pulak tuh. Kawwww! Itu yang tetiap hari nak. Malas nak beli. Sakit hati kang. Tah mana rasa milo tah mana rasa neskepe. Rasa susu je lebih. So bila neslo ais yang kite buat lagi sedap, better buat sendiri. Why not!!.  Ada yang caruts aiiii lettew, "mana la xgemok dah kalau hari2 kau minum neslo ais". Kalau ada yang terdetik gitu, semoga ayat tuh berbalik dekat kamuorang. Mana boleh kite gemok sensorang. Moh kite gemok sekali sesama. 😏

Pastu malas nak workout. Niat nak berlari every weekend selalu terkubur gitu. Nak pegi berlari kat kl car free sensorang hasben kite xbagi. Bila ajak dia sokmo la xjadi2 walaupun night before or day before dia setuju nak ikut. Dia stay dengan anak2, layan anak2 main roller blade and kite gie la berlari. Katanyaaaaaaaaaaaaaa. Harapannnnnn.

Now dah insofff sebab jeans kite, mostly seluar la, banyakkkkkkkkkk dah xmuat. Itu selalunya akan jadi kite punya turning point untuk, “xboleh jadik nie. Aku kene loss weight no matter how”. Kite kalau betul2 nak, insya-Allah berjaya. Sebelum nie memang berjaya know know dah boleh pakai balik dah seluar jeans. Even size 26. Arghhhh. Stress mak nyah mikir seluar2 yang dah x muat!. Tapi kalau masih maintain berat yang berat ini, or even worst, berat yang berat ini makin berat beratnya, itu bermaksud kite jenis yang nak tapi acah2 nak. Haaaaa itu yang bahaya tu. Sebab macam hangat2 chicken shit je every time. Hahahaha. Haaaa cam sekarang la. Sambil menaip nie sambil ku hirup neslo ais. Chicken shit kan. Gitu la. Kihkihkih.

“Dy, i dah gemok la dy. seluar i banyak dah xleh pakai”

“Xpe. Gemok2 pun i sayang”

“Ye ker?. Kalau i lagi gemok pun u sayang jugak ker?”

“Dah 12 tahun dah pun u gemok. I masih ada lagi je dengan u (pastu gelak. 🤨)

“Ehhhh i sebelum kawen and masa kawen kurus okayh”.

“Memang la kurus tapi lepas kawen, setahun je kurusnya. Lepas tuh dah xkurus dah. I terima je. Dah berbelas tahun dah. Hahahahhaahhaha”

Xpe2, u waiting waiting and looking looking hokeyh. Nanti i kurus u dah xboleh dah nak picit2 lemak kat pinggang i or any other parts. Dah xde dah nak zapppp perut i. Dah xde dah ayat, "oohemgee. Bruhhh, what is this?". U waiting, u waiting nyeah.

Setengah orang kalau tengok gambar nie, “saiko ke perempuan nie. Tang mana gemok dia. Abis tu kalau dia macam nie dah cakap gemok, aku nie kategori apa pulak”. Kannnnn. Korang pernah x rasa cenggitu. Sebab kite pernah terpikir gitu. Bila orang yang kurus sekeping, perut pun xnampak flabby flabby flab flab langsung, duk cakap dia dah gemok so dia kene diet. I was like, whatttttt. Time nie la terdetik ayat yang kite mentioned kat atas tu. Ibarat kalau aku nak picit lemak kau pun aku kena belek tang mana aku nak picit lemak kau nie. Halahhhhh, jem kejap. Terguris hati kite yang gemok nie wak.  Tsk tsk tsk. Isshhh. Ke kau perli aku ke nie.
 
Tapi betul tau, itu la ayat yang terbit kat pemikiran kite. Who’s with me?. Angkat tangan. Or maybe orang yang pernah tengok kite masa kite kurus sikit la dari sekarang, xpernah la dapat kurus macam muda dulu tapi kurus sikit (banyak sebenarnya. 😜) la dari sekarang, lain pulak cakapnya, “ehh aah. dah gemok la bini iwan nie. Dulu xde la berisi cam skang nie”. Cam yial je. Hahahahaha. Tapi kenapa asal mentioned gemok je mesti bini iwan. Asal mentioned kurus je seketul falsya. Kenapa nyeah?. Hurmmm, 🤔. Hahahahaha.

Budak ofis kite lagi la. “Falsya nie kadang tengok dah kurus. Xlama tuh tau2 berisi. Pastu kurus balik, pastu berisi balik. X konsisten betul”. 😂

 Ada yang cakap, “mana ada gemok. Ok la nie untuk umur2 macam ko nie sya. Ok sangat berat ko nie untuk mak2 anak 3”. Elehhh, nak sedapkan hati kite lettew. 

Ayat “gemok” dengan “wanita” nie berpisah tiada. Aku gemok kau jangan tegur. Aku dah loss weight dari berat skang baru kau boleh tegur. Rasanya semua orang cam gitu kut. Kalau tidak kang mulalah nyetap mengkarung xtentu hala. And jugak, reasoning dia adalah, so that aku aware yang aku nie dah berjaya dalam proses untuk loss weight. Kenapa?. Sebab seketul falsya nie jenis xkan naik penimbang untuk keep track of weight losing. Nehi nehi kabbi nehi. Even now kite xtau berat kite berapa tapi yang kite tau dah berat la. Takut nanti naik penimbang kemurungan tuh akan berpanjangan. Ibarat kalau Malaysia nie ada 4 musim, 2kali repeat 4 musim tuh belum tentu habis kemurungan.

Haih, itu la. Semoga kite buat la betul2 dan bukannya acah2 nak buat betul2. Kenangku dalam doamu. Doakan neslo ais last untuk hari ini. Esok mungkin xde neslo ais. Tapi nanti jangan tetibe muncul teh o ais pulak. Naya pak karimmmmmm!!!!.

Thursday, August 10, 2023

:: Semoga Mommy Istiqomah ::

 Banyak benda yang mommy kene istiqomah. Xyah la listkan apa. Kang orang yang baca kang meluat pulak. Taqobur (takabbur) la riak la. Tiberh!. Hahahahaa. 

Cuma satu bende istiqomah nie je yang kite nak war2kan. 

Semoga kite istiqomah la hendaknya masakkan bekal untuk anak2 bawak pegi sekolah. 😂

Bobot la yang request-ed kat kite nak kite masakkan bekal untuk dia. Permintaan tuh kite memang xboleh nak tolak sebab dia dah puji kite berbakul2. “Mommy, bobot nak mommy masakkan bekal untuk bobot boleh?. Kan mommy masak sedap. Paliiiiing sedapppp antara semua kedai”. Haaa kau. Kalau dah gitu dipujinya, mustahil la nak abaikan permintaan bobot kan. Bobot asal kite masak je kan, mesti dia puji masakan kite. Sweet la bobot nie. 

 Tapi bobot memang sweet pun. Gentleman gile. Semalam kite amek dia kat sekolah. Kebetulan hujan. Time sampai hujan dah renyai but still hujan la. Qisya dengan bobot dah masuk kereta. Kite belum masuk lagi sebab nak simpan payung. Bobot duduk dekat tepi pintu. Masa kite nak simpan payung, tetibe bobot tadah tangan dia cover kepala kite xnak bagi kene hujan.  "Are you done mommy?. cepat mommy. Hujan nie". Halahhhh suweetttttnyaaaa. Tersentuh betul hati kite. Masuk je kereta, "suweetnya bobot. Thank you bobot. Daddy pun xpernah buat mommy macam tu tau". 😍. Bertukar muka hasben kite, "memang la daddy xpernah buat macam tuh. Sebab kalau hujan daddy nak masukkan kepala mommy dalam baju daddy macam nie haaaa (sambil cakap sambil buat demo. Betul2 dia nak masukkan kepala kite dalam baju dia. Hahahahha). Duduk bawah ketiak daddy nie. Tapi mommy tuh sombong". Wahahahahhahaha. Befengongfong tau.

Bila tanya nak bekal apa, ayam goreng kicap la, ayam gulai kuning la, basically lauk2 yang berkuah. Lunch box budak2 nie banyak, tapi semua jenis yang xde untuk letak makanan yang berkuah bersekali satu bekas. Xkan la nak asing2kan lauk. Tau ke derang nak handle nanti. Bukan la kata xpercaya anak2 tapi kalau boleh xnak la susahkan derang. Nak la smooth kan urusan derang. So kite pun carik la lunch box yang ada bowl. Of course la kat shopee kan. Mana lagi. 😅. Selasa lepas lunch box selamat mendarat dekat ofis.



Taraaaaa. Ini la lunch box anak2 kite. Not bad jugak kualitinya. Cumanya kalau boleh jangan panaskan makanan dalam bowl tuh dekat microwave. Macam xsesuai untuk microwave. The lunch box itself xsure la pulak cemana kan sebab xpernah panaskan lagi dalam microwave except for the bowl la.

Kite beli lunch box nie dapat free warmer beg tuh.


👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻

Kite belanja link lunch box yang bersekali dengan bowl. Ini bukan seller yang sama dengan seller yang kite beli tau. Bukan xnak bagi seller yang sama. Tapi stock kat seller yang kite beli tuh dah habis. 

Bila dah dijanjikan nak buat bekal once lunch box dah sampai, maka the next day tuh kena la tunaikan janji. Xkan nak capatikan janji tuh kan. Jangan risau anak2, mommy bukan politicians yang suka bagi janji pelesu. Lahhh, sempat lagi. 😂.

Esoknya kite bekalkan anak2 kite spaghetti bolognese. Xsempat nak prep kan bahan2 untuk masak lauk. 
Spaghetti bolognese, kek batik and orange. Kebetulan kite ada buat kek batik. So masukkan sekali untuk penuhkan ruangan. Hihihi.

Ini untuk suami kite. Dia WFH kan, so buatkan la sekali lunch untuk dia. Disebabkan hasben kite nak diet, maka menunya adalah brown rice, chicken grill and veges. 

Menu untuk hari nie pulak, kite masakkan ayam masak kicap, sayur campur and apple. Malam sebelum dah siap prep kan bahan2. Pagi just masak je. Cepat dan mudah. Ngeee.
Semoga kenyang la anak2 kite. Hihihi.

Bekal untuk hasben kite xde sebab dia lunch kat luar. Untuk kite ada jugak bekal. Macam sedap pulak ayam masak kicap. Cuma beza ayam masak kicap kite dengan anak2 kite adalah, kite punya ada letak cili padi. Perghhh lagi sedap letak cili padi. 

Bekalku. Huahuahua.

Skang nie kite dah ada kegilaan baru selain dari mengumpul tumbler. Kite dah gila nak membeli lunch box. Nie baru nie kite check out kan pattern lunch box yang sama cuma tanpa bowl. 🤦🏻‍♀️. Tunggu sampai. Mampuih ler kalau hasben kite tau. 😝

 Semoga kite istiqomah la sediakan bekal untuk anak2 setiap hari. Insya-Allah. Amin3. 

Thursday, August 3, 2023

:: Approved by Bobot ::

 Bila kite mak2 nie masak kan, and bila anak puji melambung, heart very blooming blooming la i tell you. Bobot la yang kemain akan puji apa yang kite masak tuh sedap. Bobot nie macam kite pun tester la. 😂. 

“Wow mommy. Taste so good!!. Hebatnya mommy!. Pandainya mommy masak”. Hahahha. Dia punya face expression tuh memang superb la. Betul sedap nie. 🤪. Bobot kannnn. Dia memang jenis yang pandai sungguh mengambil hati. Qisya pun akan puji jugak tapi qisya nie more to macam daddy dia. Macam “sedap. Ok je”. 😣. Bobot kadang dia suka teman kite kat dapur. Kang mulalah, “mommy, let me help you to cut these. Bobot nak tolong mommy masak boleh?. Mommy ajar bobot masak boleh?”. Kite ok je. Lagipun kite memang nak ajar dia cara pegang pisau, cara masak apa semua. Biar dia xkekok nak pegang pisau nanti. Macam apaknya la. 🤪. Sepanjang hayat xpernah pegang pisau untuk potong2 buah ke, sayur ke. Apatah lagi siang ikan or potong ayam. Auto kite boleh jadi mak hayam kut kalau dia potong ayam. 😂. Tapi xleh jugak nak salahkan dia 100% sebab memang xpernah diajar langsung pun untuk buat semua2 tu dari kecik.

So kite xnak anak2 kite jenis xreti nak buat bende yang basic2 cenggitu. Bende nie kire basic common kut. Macam survival skill la lebih kurang. Apo kalau gitu pun xgheti nak buat. Jangan buat malu mommy nyeah. Skang nie pelan2 kite ajar. Suruh buang sampah, suruh kemas rumah, suruh kemas katil lepas bangun tido, weekend kene kemas bilik masing2, suruh angkat pinggan cawan lepas makan and basuh pinggan cawan sendiri (selalunya belakang2 kite akan cuci balik. Janji anak2 kite dah set dalam mind, “ooo lepas makan kene basuh pinggan). Berani la letak pinggan kat atas meja je pastu main blah. Kang mulalah mommy bebel panjang xsudah. Pantang betul kite lepas makan main tinggal je atas meja.

Xde yang terkecuali nyeah. Selagi masih duduk dalam rumah nie, baik anak perempuan mahupun anak lelaki, xkan terlepas dari kene buat kerja rumah nyeah. Lambert lagi nak bergoyang kaki bersenang lenang. Apa, ingat mommy nie orang gaji ke. Asal namanya isteri/mak je, terus dichop orang gaji?. Kalau nak mommy buat boleh, tapi jangan ingat free nyeah. Bayar la. Setiap tahun raya mommy akan claim sebab masing2 dapat duit raya kan (time raya la boleh nak claim sebab time raya anak2 kite kaya-raya. Muahaha). Ehh, yeee laaaa. Patut buat cenggitu kan. Claim sorang 500hinggit. Balance 300-400 hengget tuh baru bedak2 simpan dalam bank. 🤪. Fuhhhh, kaya mommy dapat duit raya dari anak2 total seghibu setengah. Hahahahaha. Itu kalau xnak tolong la. Kalau tolong, kite sendiri akan reward kan derang.

Kenapa nak paksa?. Anak2 kan kecik lagi?. Then, kite akan tanya balik orang tuh. Kenapa?. Sebab anak2 kecik lagi xboleh ke nak ajar?. bukan sepatutnya kite kene ajar anak dari kecik ke?. Ke salah?. ke canner?. Tapi kalau salah, xkan la wujudnya peribahasa, "melentur buluh biar dari rebungnya". Ke xpaham maksud peribahasa tuh?.

Kite nie memang typical asian mom sebenarnya. 😂. Jenis yang bukan bertuankan anak. Kau macam2 memang kau siap la. Kau buat muka tarik muka pun memang kompom kau akan kene. Apatah lagi kalau membentak kaki hempas pintu. Kalau nak rasa kene libas dengan rotan buluh kau buat. 😏. Ada time anak2 nie perlu diajar. Tapi ada time, as mak nie kite kene kontra kan dengan kasih sayang. Kene balance. Kite pun tidak la sokmo garang je. Ada time belai, ada time libas. Hahaha. Halahhh xpernah pun lagi kene libas. Takat gertak2 je. Kalau hinggap rotan kat badan pun bukannya libas sekuat hati. Tapi bila hinggap kat badan takat sentuh je. 

Walaupun takat sentuh cheetttt gitu je, impact dia macam kene libas betul2. Derang punya melalak dah macam berbirat badan. Confuse mommy. Sampai tahap kite acah2 nak pegi amek rotan pun derang punya menggelupur dah macam apa. “Sorry mommy sorry mommy. Jangan amek rotan. Please mommy. Ok ok kite buat”, sambil menangis. Hadehhh. 

Kemahen panjang mukadimah. Padahal nak cite pasal ayam kewpie je. 😝

Serious sedap tau ayam kewpie nie. Sumpah sedap. Bobot kemain suka. 

1st time buat ayam bakar kewpie. Bakar dalam airfryer. Kang bising hasben kite airfryer jadi tukun sebab xguna2. 😂. Cicah pulak dengan air asam gula aren beli kat rumah hutan bonda rozita. MasyaAllah sedap betul. Menyesal beli sebotol je. 😩. Pedas manis masam semua cukup. Kalau makan dengan nasi pedas air asam tuh xde la membunuh sangat. Kalau main cicah2 je, perghhhhh, dia punya pedas macam rasa nak ikat ais batu dekat lidah. Pedas yang sedap. Pedas yang asyik nak nak nak nak dan nak.

Takat makan dinner jadik la. Even macam nie pun dah alhamdulillah syukur. Kenyang perut.
 
Bobot approved ayam bkaar kewpie nie. Laju dia makan.

Pastu kene sound dengan bobot, “mommy nie letak makanan dalam plate cantik2 untuk daddy je. Untuk anak2 mommy xbuat cantik2 pun. Mommy letak2 je makanan dalam plate”. Ya Allah bobotttttt. Yelah yelah, nanti mommy buat la cantik2 jugak.

Anak no 2 kite mulut memang main cakap lepas. Dia akan cakap apa yang terlintas dekat kepala dia. Jenis xboleh simpan2. Tapi tuh la, apa ayat yang keluar dari mulut dia memang pedas weh. Tertusuk menusuk ke hati yang paling dalam. Huahuahua. Tapi tidak la bobot cakap bende yang menikam je. Memuji pun bobot pandai. Kalau dia memuji, berbunga rasa hati. Selalu dia akan puji masakan kite la.

Kite perasan anak2 lelaki kite, dua2 menurun perangai kite. Bobot dapat perangai kite yang xboleh dipaksa buat bende yang dia xnak buat. If no means no. Pastu jenis cakap apa bende yang terbuku kat hati. Xboleh and xreti nak simpan. Ifan so far yang kite nampak, menurun perangai kuat merajuk kite. Kadang kite cite la dekat hasben kite pasal ifan duk merajuk la, buat keras hati apa semua. “Haaah ikut perangai siapa kuat merajuk. Siapa suruh masa pregnant ifan asyik nak merajuk je”. 😒. Qisya ikut perangai hasben kite and suku perangai kite. Part hati mudah tersentuh/sentap and cepat mengalir air mata. Haaaa itu menurun perangai kite la. 😅

Nak buat macam mana kan. Dari acuan sama. Gitu la.😁

Haaaa ini la dia air asam gula aren bonda rozita. Serious memang sedap. Menyesal beli sebotol je. Harap2 la kalau dah habis sebotol nie, kawan baik saya iaitu si botak tuh boleh menunaikan hasrat untuk belikan air asam nie untuk kawan baik dia sejak dari bangku sekolah lagi. Sebab rumah kawan baik saya nie dekat batang kali. Dekat dengan rumah hutan bonda rozita. Anak2 ikhwan dengan anak2 kite kan satu sekolah. Boleh main passing2. Ehhh tiberh. 🤣🤪😂.

Semalam balik sekolah bobot kata dia lapar sangat. Xsempat nak makan lepas KAFA sebab bizi main hide and seek katanya. 🤦🏻‍♀️. 

“Jap kayh bobot. Mommy baru sampai rumah. Bagi la mommy duduk dulu. Kalau lapar sangat order je la. Kalau nak mommy masak, tunggu jap bagi mommy rest jap”.

“Bobot nak mommy masak. Sebab mommy masak paling sedap dari semua kedai2 yang ada”. 

Haaaaa kan. Kan dah ckp bobot kalau memuji terus rasa berbunga hati.

Terus order barang kat pandamart. Dalam 20minit barang sampai (pandamart memang dekat je dengan rumah), terus macam ada energy. Dah macam tertelan energy booster. Cargas bangun masuk dapur start masak. Xlama lepas tu, bobot datang. “Mommy, can i help u?. Bobot boleh cut sayur”. Kite xmenghalang malah mengalu-alukan lagi. So bobot la tolong kite potong2 bawang apa semua. 

“I want to be assistant in the kitchen la mommy. Bobot jadi assistant mommy”. 🤣😂.

Dia jugak la yang letak2 segala2 bahan2, dia jugak la yang kacau apa semua.

Maka terjadilah sizzling yee mee yang xberapa nak sizzling. Berderai yee mee sebab lama nak tunggu bobot pecahkan telur. Hihihi.

Bangga betul dia. Beria dia kaborkan kt semua org dia yang masak. 😅. 

Harap berterusan dan berpanjangan la sikap nak tolong mommy nie ye bobot.
 InsyaAllah. Amin3.

Thursday, July 20, 2023

:: Sebab Isteri Teringin ::

 Gitttuuuuu tajuknya. Hahahaha.

Disclaimer : Saya tidak mengandung (setakat ini. ehh, hihihi).

Suami kite dia xtermasuk dalam kategori suami yang romantik. Tapi dia romantik dengan cara dia sendiri. Vavavavava. 😂. Hasben kite seboleh2 akan cuba tunaikan keteringinan dan kehendak kite. Tapi kite pun tidak la teringin bende2 yang melampau or berkehendak bende2 yang mengarut. Kite as isteri tau kut kemampuan hasben kite macam mana. Takat mana. Paling pun teringin makanan je yang banyak. Xde pun kata mengidam nak LV, Gucci, Prada, Hermes ke or teringin nak cincin diamond blink blink batu besar berkarat2. Paling2 pun kalau tetibe kempunan coklat Godiva, insyaAllah masih boleh tunaikan walaupun harga coklat tuh sama harga dengan harga perfume. 😂. Xpun teringin upright freezer ke kan, insyaAllah hasben kite masih boleh lagi tunaikan la. Tiberh!. 🤣😂😝

Dia xmacam hasben2 orang lain yang suka beromantik2 dekat media sosial. In public pun dia xtunjuk sangat lovey-dovey. Tapi bila dalam rumah, anak2 je yang jadi saksi. Sampaikan kadang anak2 duk cakap, “bruh, what am i listening to bruh”, “bruh, are you kidding me?”, “daddy nieeee”. Kadang anak2 just geleng kepala je. Speechless. Hahahaha. Alahhh jangan la serious sangat bila anak2 kite duk “bruh” kan apaknya. In certain2 situation je. Mostly situation bergurau la. Xde la sepanjang masa sesuka hati anak2 kite duk “bruh” kan apaknya. 

Hasben kite pernah la cakap kadang yang pasangan terlampau show off sangat lovey dovey kat media sosial nie bukannya bahagia sangat pun (sesetengahnya ye xsemua). Xsama macam derang di sebalik tabir or in real life. Sebab disebalik tabir derang nie xmesra la derang try hard nak show off kat orang ramai betapa lovey dovey-nya derang. Derang hanya nak tunjuk apa yang derang nak tunjuk or post apa yang orang nak tengok je. Tapi hakikatnya, hanya derang je yang tau. Actually ada betulnya. Sebab ada few yang kite tau pun macam tuh. Dekat media sosial kemain lagi, tapi xsangka belakang2, masa “off camera” ehh lain pulak. Bini kene herdik, bila gaduh dengan bini, anak jadi mangsa kene jerkah and pukul oleh si suami. Marah ke bini, lepaskan kat anak2. Seremsssss hakak dengar. So biarlah hasben kite dengan cara dia. 

Suami kite nie sangatlah prihatin dengan kehendak isteri dia. Seboleh2 akan cuba tunaikan keteringinan isteri dia. Langsung2 xde nak berkira dengan anak bini. Ehh banyak la kalau nak dilistkan. Yang paling latest, kite teringin nak makan peach donut. Ermmm, ke donut peach. Either one la kan. Halal la nyeah yang mana satu pun. 😅. Bukan la kata senang nak “into the scene” dengan bende2 viral nie. Ye la kan peach donut la nie skang tengah viral. Ermmm jap. Nak pikir jap whether kite senang or susah terjebak dengan bende viral. Huahuahua. Senang la kalau bende viral tuh bende yang kite suka. Susah kalau bende viral tuh kite xberapa nak suka or xsuka. Hahaha. Kite suka peach. Sangat suka peach. Xkisah la air ke buah ke perisa apa2 ke, memang feveret kite. So bila viral peach donut tuh, terus kecur ailio kawan. Slurp!!. Mau x menggelupur nak jugak. Padahal sebelum nie ada je nampak kat market.

So selasa lepas kite text hasben kite tanya dia lunch mana. Ada terlalu nu sentral or kedai MBG fruits x?. Cewahh, nampak x mukadimah kite tuh. Mana boleh tanya direct chu’olls. Nak mintak sesuatu kena la madah berhelah dulu. 😅. Sebab biasanya mukadimah kite akan dibalas dengan soalan, “kenapa?. Ada nak apa2 ke?”. Yeeehhhh, inilah yang dinantikan. 😂. 

“Xde la. Kut la kalau terlalu dekat MBG, tolong belikan peach donut tuh boleh?. 👉🏻👈🏻. Kalau xlalu then sokay. I ok je”. Nampakkkkk takkkk?. Pelajaran atau penurunan ilmu dalam perkahwinan untuk kali ini adalah macam mana cara nak meminta sesuatu dekat suami tapi at the same time xnak nampak macam menyusahkan suami or xnak nampak macam kite memaksa atau giving instruction dekat suami ye adik2. Padahal dalam hati kite nie meronta2 memang berharap untuk dia belikan. Ahhgittuuu. Wahahahaha.  “Ehhh bukan ke itu hari baru je beli kat jaya?”. Halahhhhh, dia balas gitu pulak. “Memang la dah beli. Tapi xsama”.

Sebenarnya sebelum tuh kite dah beli dah masa groceries shopping kat Jaya Grocer. Tapi tah la. Xsama. Peach donut kecik2 je xbesar. Pastu keras pulak tuh. Not so juicy like that.

15minutes laterrrr!.

Tetiba dapat gambar. Ohemgeeeee. Tapi sis is tetap playing innocent like so blurry, like play stupid-stupid like that pretend dont’t know what is dalam the plastic bag gitu la. Me very clever kan. 😂

Siap boleh tanya, “eh, apa tuh. Peach donut ke tuh”. 🤪

“Iye la tu”

Adoiii. Berbunga rasa hati.

Terus tazzabar nak tunggu suami pulang dari kerja. 

Terus 2 bekas dia beli. 😱. 

MasyaAllah sedapnya. Juicy manis semua cukup. 

Ini baru betul. Itu hari beli xsama.

“Sedapnya domok. Thank you domok”. 🥰😘

“Memang la sedap. Sebekas tuh 35hengget”

“Ye ker?. Mahalnya😅. Domok, bayangkan kalau 35hengget punya peach donut dah sedap cenggini. Cemana la gamaknya rasa peach donut yang kite tengok kat jaya grocer yang 2 bijik harganya 75hengget tuh kan?.  Kenot imagine”

Ehh, kite cakap gitu bukannya nak hint2 ke suami kite. Serious x. Cuma curious je. Apa yang kemain mahal nau. Itu paling murah 75hengget tu. Yang kite beli masa tuh murah je walaupun xmurah mana. Dalam 20lebih gak harga. Yang mahal 75hengget tuh macam dari korea ke mana tah. Siap ada peach donut yang sampai 200-300hengget tau. Korang lelaki2 kat luar sana kan, dari korang beli bunga untuk partner korang kan, baik la korang beli buah peach tuh. Harga lebih kurang je. Hahahaha. Buah boleh makan. Untung2 dapat la korang rasa sebijik atau segigit dua. Kalau x untung, dapat senkyu, ehh tershahshul senkyu pulak. Dapat “thank you so sweet” yolah. Jangan pegi healing sampai pagi xbalik pulak. Oh nooooo, xboleh. 🤪😂. Bunga akan layu. Xleh makan. Rasanya kalau kite cakap gitu kat hasben kite kan, kompom tanpa berpikir dia akan bersetuju. Sebab dia dah tau betapa ruginya beli bunga sebab bunga mahal. “Apa nak jadi beli bunga sampai 200hengget nak ke 300hengget”. 😝🤣😂. Mujur la bini dia nie xsuka bunga. Kite lagi prefer dia beli buah kut sebab kite memang hantu buah. Masa dulu dia bagi kite bunga kan, dalam hati kite terdetik,  “Alaaaa kenapa bunga. Baik la bagi bende lain. Kalau dah xtau sangat nak belikan apa, bagi je la kat kite duit yang sama harga dengan bunga tuh. Nak senang round up kan je 300hengget. Tau la i nak beli apa nanti”. 😂. 

So mana better?. Buah atau bunga?. Renung2kan, dan selamat beramal. Ehhh, tiberh!!!.

Thursday, July 13, 2023

:: Dibelinya Lagi Tumbler ::

 Haish. Tumbler kat rumah tuh sikit punya banyak dah. Dia beli lagiiiii.

Kihkihkihkih.

Bahana keluar advert tumbler nie dekat IG. Dapat pulak yang menengok tuh adalah sejenis yang pantang tengok tumbler kan. Lepas tuh menggigil satu badan xnyabo dah nak membeli. Gitu laaaa. Nak buat cemana. Mujur dapat suami yang xde nak marah or bising beria bila isteri dia membeli bende2 cenggini. Xyah pun nak kene sorok2 pastu bawak masuk dalam rumah senyap2 setiap kali membeli apa2. Senkyu domok. 

Ehhh senkyu????. Laaaaah dejavu lagi ke?. Senkyu nyeah. Halahhhhh, dah macam lidah pendek kau nyeah bila nak nyebut (ehh sorry not sorry. Taip la bukan nyebut) Senkyu instead of thank you?!. Gediknya lahai!. Gelenya betul!. Bigoh pun je jugek!. Senkyu senkyu. Gatal sungguh kau nie!!!. 🙄🤮🤢. Anak aku umur 3 tahun pun boleh cakap thank you sebutir-sebutir. Kau yang dah tua ganyut pun kemain senkyu senkyu. Dasar betul la!. 

Lahhhhh, terluah ke?. Sorry not sorry. 😏

Pemegang botol nie la yang jadi punca kite beli. 😂

 

Tumbler hitam tuh 2.2L, yang hijau tuh 1.5L. Dapat murah sikit harga sebab kite beli yang Mix Bundle. Botol hitam (2.2L) tuh sepatutnya harga dia (harga asal RM79) adalah RM68.50 (selepas 13% disc) jadi RM61.44. Yang 1.5L tuh pulak sepatutnya harga dia (harga asal RM69) adalah RM59.50 (selepas 14% disc) jadi RM51.56. 

Pastu kite beli sekali straw cap dengan sleeve bag untuk 2.2L punya tumbler. Kalau ikutkan botol nie xde straw. Sebab tuh kite beli straw cap tuh. Beli 1 je. Mujur boleh guna untuk 1.5L dengan 2.2L punya botol.

Nie ha dia sleeve bag untuk botol hitam. Yihhhh, kenapa hensem sangat nie. 😂. So xyah la nak pegang2 lagi dah. Sangkutkan je dekat bahu. Nak bawak time keluar gie mana2 pun senang. Dah la anak bujang kite yang si rambut kinting tuh jenis mintak air masak je. Kalau pegi makan xyah susah2 nak kene pikir air apa yang nak kene order untuk ifan. Setiap kali memang akan mineral water je. Buat masa nie dia xminum air2 manis nie kecuali vitagen. Kalau vitagen dia boleh habiskan 5botol sekali hadap. Janji vitagen tuh vitagen orange color. Gittuuuu.😂. 

Kite suka beli botol air besar. Sebab kite sejenis yang malas nak berulang pegi dapur/pantry untuk isi air. So sekali hadap je. Sekali hadap tuh kalau kat ofis. Kalau dekat rumah 2-3 kali gak la kene isi sebab berebut dengan anak2. Padahal water filter, eh ke water purifier, ke water dispenser, ahhhh gasak laaaa, ada je dekat rumah tuh. Tinggal nak sua cawan dengan tekan bagi air keluar je. Siap boleh tekan untuk keluarkan ais lagi kalau nak. Tapi yang mommy punya air siap berais tuh la yang direbutkannya.

Ooo haaa. Kite beli nie dekat https://overmalaysia.com/. In case la kut tetibe ada yang terbekenan and nak beli jugak. Lepas nie nak beli flask pulak. Ehhh, ado laieeee hajatnyaaa!. 😅

Tuesday, July 4, 2023

:: Garfield Run 2023 ::

Ahad 2minggu lepas kite ada masuk running event. Garfield Run dekat Cyberjaya. Kite kan kalau lari takat 5km or 10km kat cyber tuh kite ok lagi. Cuma nak masuk half marathon je yang kite dah serik. Serik oiiiii. Bukit bertemu bukit bertemu bukit hingga ke jannah nama diberi. Hahahaha.

Saje masuk sebab garfield kan. Peminat garfield. Dulu2 la. Sejak dah besar, dah kawen and beranak pinak nie xde dah la. 😅. Ikutkan kite macam malas nak pegi. Hahahaha. Boleh gitu?. Boleh je. Kite buat dia, bukan dia buat kite. Tapi sebab nak test kasut baru, ku gagahkan jua.

Comelkan medal. Hihihi. Kite lari xlaju tapi pemilihan kasut pun penting jugak. And kite skang nie lari xkejar pace. Xnak push sangat. Bila rasa2 jantung laju lain macam, kite akan berjalan bagi jantung reda sikit. Agak2 dah jantung dah bertenang, baru kite start lari balik. Dah tua weh, nak push kejar pace macam dulu pace 6 or 7, xmampu dah. Dah tua nie bahaya nak push sangat kalau heart rate xmengizinkan. 

As usual la. Brooks memang terbaik. Rupanya kaki kite hanya ngam dengan kasut berjenama brooks. Sebelum nie pun kan kasut kite brooks jugak. Memang sedap pakai. Xde masalah pun. Tapi kan dah lunyai. So kite pun try la kasut2 lain. Asics dah try, xselesa. 2 jenis kasut asics kite try. Sama jugak. Newbalance pun dah try, xselesa. Under armour pun dah try, xselesa. Nike pun dah try, xselesa jugak. Apa lagi. Lupa dah kasut apa lagi kite ada. Hahahaha.

Brooks jugak terbaik. Lari 10km alhamdulillah kaki xsakit macam selalu. Last kite buat half marathon kite pakai asics. Asics Novablast3. Elok lepas lari HM, kuku jari kaki sakit. Tuh la mudah nau kene racun. Pastu bila dah beli, dah pakai, kuku kaki sakit. Pastu bila kuku dah sakit, xlama tuh air keluar dari dalam kuku. Tunjuk kat hasben kite. “Xlama lagi tuh tercabut la kuku kaki u”. Sekali nohhhh rokiah, betul la. Sampai tercabut kuku dibuatnya. Ngeri oiiii. Kite xkan jual la asics NB3 kite. Kalau berlari dekat2, takat nak lari atas treadmill kat ofis tuh boleh la pakai. Skang nie gym ofis kite dah start open. Kene pulak hasben kite akan ada hari  dia WFH, so time tuh la kite akan pegi gym. Nak berlari kat treadmill yang ada dekat rumah tuh boleh je, tapi nanti adaaaaaa je yang kacau. Kang sorang2 asyik mommy mommy je. Bersilih ganti 3 beradik. Selagi xkene jerit, selagi tuh la duk mommy xsudah. Yang buat kite geram, boleh pulak naik atas datang kat kite semata nak mintak tolong bukakkan coklat la, kopok la. Ehhh, apa2 je la. Awak bernafas pun tercungap2, kene pulak cenggitu, mau xkene jerit. Kadang xsempat nak tercungap pun. Baru start 5-10 minit, sorang2 naik kacau. Geram betul. 

“Daddy ada dekat bawah tuh xde buat apa kan. Melunjur dah macam pulau dayang bunting dah mommy tengok. Xboleh ke mintak tolong daddy. Mommy yang tengah xcukup nafas nie laaaaa yang dia nak mintak bukakkan itu la ini la. Can you please give me some privacy for half an hour. Lepas nie naik lagi, kene nyeah sorang2 dengan mommy. Mommy libas dengan rotan”

Tapi tuh la, setiap kali terjadinya situation tuh, setiap kali tuh la kite akan stop terus. Hilang mood jadiknya. Xkisah la time tuh baru 5minit start. So nampak x kenapa kite lagi prefer pegi gym kat ofis. Ketenangan. 😅

Disebalik lautan pelari2 Garfield, terselit seketul Falsya di situ. Huahuahua. 

Ahad nie trail run pulak. Kalau rajin la. Hahahahaha. Hadoiii. Esok lusa kene lari atas treadmill. Mau bonk teruk sebab xde berlari. Dah la lari trail xsama macam lari kat road. Kite salute la siapa2 yang masuk ultra trail run. Ultra nie runners yang berlari dekat trail untuk 50km, 100km oiii. Berlari dekat trail tau. Dalam hutan tuh ha. Bukannya 50km 100km tuh naik basikal. Seremsssss. Kite join trail run yang 10km pun dah macam hape dah. Imagine derang yang berlari sampai 100km. Kalau kite mau seminggu MC. Kalau x MC pun, in between nak habiskan tuh, kite angkat white flag. Surrender gais!!!. Calling for sweeper!!. 😂😂

Ofismet kite ada sorang jenis masuk ultra nie. Jenis beratus2 km masuk trail run. Chinese guy. Quite rapat jugak la dengan dia. Dia dah tahap ke luar2 negara dah pegi. Dalam Malaysia xyah cakap la. Paling latest yg kite tengok, dia join sungai lembing trail run. Trail run yang bertahun2 kite nak join tapi xdpt lari berlari. Last time dah registered tapi event canceled due to covid. Tiada rezeki. Maybe next time. Hihihi. Baru nie dia tanya kite xjoin ke KLSCM. Ehh of course la join. Pastu dia tanya, “u join HM or FM”. “I join HM je. Cannot lawan u la. U of course la join FM kan”. Gelak je dia. Jauh lagi nak masuk full marathon. Biarlah kite biasakan diri dulu dengan half marathon. Kang tokojut badan den.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...