Tuesday, February 27, 2024

:: Settled Hadiah Bobot ::

Weekend lepas kami keluar pegi OU sebab nak tunaikan janji untuk beli birthday present bobot. 

Happy dia dapat apa yang dia nak.


Settled dah nyeah bobot?. Walaupun dapat lambat, tapi still dapat jugak kan. Halahhhh seminggu je tunggunya pun. Bukannya sebulan. Bukannya setahun.
Maka meta quest 3 nie dah jadi milik bobot. 

Layan jugak main game VR nie. Tapi yang main tuh je la yang best. Orang keliling xbest. Berapa banyak kejadian air mata dah. Tau2 nangis je. Sebab kepala kene ketuk dengan controller. Hahahahaha. Pastu kalau tengok konsert dalam VR nie. Dah macam kite ada dekat sana sekali. Best gile.

Bobot dapat present, kakak yang muncung.
 Adoiii kakak. Baru je birthday kakak bulan 11 tahun lepas daddy belikan ipad. Ini bukan zaman masing2 kecik lagi. Dulu boleh la beli 2 hadiah walaupun empunya birthday sorang je. Dulu permintaan kecik. Skang nie masing2 permintaan dah besar. Harga pun ikut sekali besar. Botak la daddy gitu. So sila tunggu birthday masing2 ye. 
 
Kite je yang boleh dapat birthday present in advance sebab xnak sakiti wallet hasben kite. Ye la. Kite terpaksa la beralah dengan qisya. Birthday qisya dengan kite masing2 bulan 11. Hasben kite pun bulan 11 tapi hasben kite lain la. Huahuahua.

Cuti2 sekolah skang nie korang jalan ke mana je bawak anak2?. Seronok tengok gambar kawan2 share pegi sana pegi situ. Kiteorang xde ke mana2 pun. Duk umah ontok-ontok yo. Hasben kite memang x gemor nak pegi berjalan time cuti2 sekolah. Dari dulu lagi gitu. Xkose nak menempuh jalan jem merata katanya. Sebab tuh kalau cuti2 sekolah dia akan bawak pegi staycation kat area KL je. Tengok la, kadang pegi Ascott kat depan KLCC tu. Kadang pegi Dorsett kat jalan ampang. Jap, baru perasan. Bukan Dorsett la. Somerset jalan ampang. Adoiii kau nie sya. Kompiden je. Hahahaha. Kadang pusing2 situ je la. Ye, service apartment. Skang nie kalau berjalan, memang book-ed service apartment. Anak dah 3 orang u'olls. Mana mau dah nak tido berlima 1 katil. Bagi la katil king size pun. Tetap xmuat. Dah la masing2 tido kemahen lasak. Masing2 dah gadang2 panjang2. Nak tido hujung katil pun xlepas. 

Xde la sedih sangat xdapat pegi berjalan time cuti sekolah nie. Sebab bulan 4 nie kiteorang nak pegi jalan ke negara orang. Percutian beli jiwa bak kata hasben kite. Sebab tahun nie dia akan ke sana ke mari ke sinun ke sinin. So sebelum anak2 dengan bini bising asyik hantar jemput dia kat airport je, better la dia bawak kami pegi berjalan dulu. Hahaha. So kene saving duit weh. Dah la skang nie duit RM dah macam apa dah. Dah macam xde value. Bila wartawan tanya manusia tuh pasal matawang jatuh teruk, itu kene tanya gabenor bank negara. Pulakkk!!!.  Padahallllllllll kau tuuu bukan keeee……… Haish, sangat typical orang gomen betul cara jawab. Ikutkan banyak bende nak carutskan skang nie. Tapi xpe la, i reserved my comments. 

Haish.

Bukan takat duit je kene simpan. Cuti pun kene simpan. Kite la yang kene simpan cuti. Hasben kite cuti berlambak2 so xde isu pun. Nak ikut hasben kite pegi outstation time cuti sekolah nie pun xboleh sebab nak kene simpan cuti punya pasal. 

Skang nie kite tengah nak shopping kembara meal. Ada agent kembara meal ker?. Drop komen meh. Tapi make sure sampai tau. Janjiehhh!. Hahahaha. Kite nak shopping banyakkkkkkk nie. 15-20pek. Tah2 lebih. Nak beli kat shopee macam takut. Takut xsampai. Dulu hasben kite pernah beli kembara meal kat official store dia kat shopee nun. Tapi xtau la kenapa courier dok peram sampai berminggu2 kat hub. Hasben kite beli sebab nak bawak time dia outstation kat filipin. Dah balik dari filipin pun, kembara meal xsampai2 lagi. Betul2 dia pegi mengembara la ek. Tah mana2 kembara-nya. Sudahnya mintak refund. Tapi xtau la kalau hasben kite nak mencuba lagi beli kat shopee. Kalau boleh xnak dah la beli kat shopee. Jadi cam fobia pulak.

Selain dari kembara meal, nak carik travel kattle, nak carik sabun untuk samak, nak carik cili sos yang peket2 tuh. Wehhh, makin lama pikir makin bertambah list nie. Ok la nak usha shopee jap untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Huahuahua.

Tuesday, February 20, 2024

:: Nostalgia, Taman Melawati ::

 Seperti biasa, setiap hari jumaat memang kite and hasben and 2 anak bujang kite akan pegi melilau carik tempat makan dekat area taman permata or taman melawati sementara nak menunggu anak sulung habis kelas taekwondo. 

Tempat makan kiteorang kalau tidak mee tarik kungfu ramen, serasa garden. Kalau tidak serasa garden, kiteorang makan soto dengan laksa johor. Tah apa nama kedai dia tah. Xingat. Tapi kedai dia kecik je. Betul2 berdepan dengan tepi 7eleven yang selorong dengan mohd chan.

Baru nie kiteorang discovered 1 kedai makan. Ala2 kopitiam. Nama kedai makan tu, Nostalgia. Konsep kedai makan Nostalgia nie adalah konsep zaman2 atok nenek moyang kite dulu2. Dah nama pun Nostalgia kan.

Masih selorong dengan restoran mohd chan tapi kedai makan nie hujung sekali. Alah kalau korang nak try makan situ, and xtau jalan, waze je. Bende skang nie hujung jari je. Macam xbiasa nak guna waze.

1st time makan, terus jatuh hati dah. Owh haaa, ini kopitiam melayu je bukan kopitiam bangsa lain. Owner sah2 melayu. 

Makanan kat situ bagi kite semua sedap2. Suasana dalam kedai makan tuh sangat la suasana ala2 zaman dulu2 kala. Barang2 dalam kedai tuh pun barang2 zaman2 atok nenek moyang kite. Ambiance dalam kedai makan Nostalgia nie memang menggamit memori sungguh la. Sesuai sangat kalau nak bawak mak ayah makan situ. Confirm derang akan suka.

1st time makan kat Nostalgia, kite order, 
 
*Disclaimer : Review ini tidak berbayar ye*

*sila scroll*

Nostalgia char kuey teow.
Ini sedap.
Belakang tuh telur separuh masak. Which common taste la kan. 

Butter clam with mantou bun.
Ini sumpah sedap. Serious sedap korang. Boleh buat teringat2, terkenang2 oii makanan nie. Tolong la order kalau datang makan kat sini.

Curry mee.
Ini pun sedap.

Nasi goreng cina untukkkkkk
Budak rambut kinting lesung pipit nan sebelah nie.
Pun sedap jugak nasi goreng cina dia.

Ini suasana dalam kedai

Kerusi yang belakang tinggi2 tuh macam kerusi kat rumah arwah nenek kite.

Itu pintu masuk.
Geram betul budak nie. Meja dah la kecik, ordernya bagai2. Dia duk bantai susun toys dia atas meja. Rugi space bethol. Ini mujur 2 je dia bawak. Kadang sampai 5 robot dia susun atas meja. Haish.

Ini belah dalam kedai.

Ini belah luar kedai. Derang display barang2 lama.

2nd time pegi, kiteorang order,

Lempeng sambal ikan bilis.
Awalnya kite nak repeat order butter clam tu. Tapi hasben kite nak try lempeng pulak. 
MasyaAllah. Serious sedap weh. Sambal ikan bilis sedap sangat. Kalau la nasi lemak dia guna sambal ikan bilis yang sama, memang sumpah akan sedap. Lepas nie kalau pegi lagi, kite dah plan nak try makan nasi lemak pulak. Dah alang2 memang tengah gemok kan. Apedehal. Takat nasi lemak, halahhhh, xterkesan la dek lemak2 yang ada nie. Tetap akan nampak gemok jugak. Hahahaha.

Ini apatah nama dia. Cantonese kuey teow kut. Ini pun sedap. Sesuai sangat dengan budak2. Kite teruja dengan mangkuk dia. Ehh mangkuk nyeah nama dia. Ahh gasak la. Hahaha. Kite panggil bekas la ek. Macam bekas mak kite.

Mee kuning basah.
Ermmm, kite review jujur la nyeah. Sebab sedap tu kan subjektif.
Agaknya sebab mee kuning kut. So ada terasa la kapur mee kuning tuh. Xde la kuat sangat. Tapi boleh terasa la rasa kapur mee tu. Kuah kicap macam agak masin sikit. Mungkin time kite makan rasa gitu. Mungkin time orang lain makan rasa ok. Ini kite review based on kite makan time tuh tau. 

Air macam biasa la. Kiteorang minum air kosong je. Seperti biasa hasben kite order kopi. Macam tipu je order air kosong semata kan. Hahaha. Kite order air soursop apa tah nama dia. Air kosong tuh untuk buat sulam2 dan untuk si ipan. Ipan kan memang minum air kosong je.

Nie la budak tuh. Dia xreti nak minum air lain. Selain vitagen, yakult, oren sunkist tu, memang air kosong je la yang dia akan minum. Selalunya memang air kosong. Kat rumah, air kosong yang dia minum pun bukannya jenis yang sejuk. Every time dia amek air kat water purifier, dia akan tekan air yang room temperature. Kalau dia mintak tolong kakak dia amekkan air pun, dia akan pesan, "kakak, no blue. ipan nak green je". Mesti xpaham kan pesanan dia. Hahaha. Water purifier kite kalau tekan air sejuk, akan keluar lampu biru. Kalau air room temperature akan keluar lampu hijau. Kalau air panas akan keluar lampu merah. So itu la yang ipan maksudkan dengan "no blue nak green je". Ngertik ngak?. Huahuahua.

Portion makanan memang kenyang la. Harga reasonable. Ini salah satu kedai makan yang kite akan repeat kalau pegi taman melawati setiap hari jumaat. Week before 1st time kiteorang try makan kat nostalgia nie kan, kiteorang makan dekat kedai makan ala2 chinese food yang berdepan dengan kedai makan nostalgia tau. Owned by muslim. Memang itu 1st and the last la makan situ. Untuk try boleh tapi untuk repeat, rasanya tidak la.

 Portion makanan sikit, rasa so-so, harga mahal. Fried dumpling dia sedap. Pastu kiteorang order mee wantan kicap untuk anak2 bujang. Bila sampai, terbeliak mata kami laki bini. Portion mee wantan dia, macam korang makan 2 mangkuk mee kat boat noddle. 3-4 kali slurp dah gone. Harga xseiring dengan kejadian. Hahahhaa. Xnak bagitau nama kedai. Nanti kalau korang pegi try makan kat Nostalgia nie, korang tau la kedai mana. Sayang, kedai makan deco2 dah cantik. Cozy. Tapi tuh la. 😅. Itu kite la. Lain orang yang dah pernah try, mungkin kene dengan selera. But for us, xpe la. Certain people boleh cakap, baru makan 3-4 menu dah kata so-so xnak repeat. Poyo betul. Terpulang nak cakap apa. Kadang 3-4 menu tuh la yang boleh buat customer repeat masuk lagi kedai. Macam Nostalgia nie la. 1st time pegi kiteorang order 3-4 menu jugak. Terus buat rasa nak repeat lagi pegi. Nak try lagi menu lain pulak. Kannnsssss.

This friday, xtau la kedai makan mana pulak kiteorang pegi. Hihihi.

Tuesday, February 13, 2024

:: Aura Bapak ::

Mommy : Siapa garang?. Mommy ke daddy?
3 beradik : Daddy!!!. (Serentak)

Kecik besau kecik besau je mata apaknya memandang anak2 dia. Mata dah la memang sepet. Dah macam terus pejam mata dah. Hahahaha.

Mommy rasa mommy yang selalu memetir kat rumah nie. Selalu menjegil mata kat rumah nie. Selalu membebel kat rumah nie. Selalu mengamuk kat rumah nie. Selalu je garang2 kat rumah nie.

Daddy???. Relax je. Jarang marah, jarang jerit. Pukul apatah lagi. Xpernah lagi kene. Selalu je melayan anak2. Mintak la apa, insyaAllah dapat. Dari semurah2 barang, sampai la semahal2 barang. Ajak pegi hotel, daddy bawak. Ajak pegi kedai daddy bawak. Nyebut kata nak pegi main salji pun, daddy bakal bawak nanti. Cuma xtau la time pegi tuh boleh main salji ke tidak. Harapnya salji kat gunung tu xcair la nyeah bila kite pegi nanti. Hahaha. Semua daddy tunaikan. Cepat dengan lambat je. Ehh sedangkan dengan kite pun hasben kite gitu, apatah lagi dengan anak2 dia. 😅. Birthday qisya tahun lepas, dia kata dia nak ipad. So bila birthday qisya, daddy belikan ipad. Birthday ipan 10/1 dapat bumblebee yang boleh transform2 jadi kete tu. Ipan kecik lagi xreti nak mintak2. Belikan dia spiderman ke, ultraman, power rangers ke, robot transformers yang boleh bertukar2 pun dia dah happy gila dah. 18/2 nie birthday bobot pulak. Berapa hari je lagi. Bobot request nak VR game tu. Tapi ayat diaaaaa yang palinggggg xmenahan, “bobot xkisah daddy nak bagi apa, tapi kalau dapat VR pun ok”. Wahahahahahahaha. Sooooo anak mommy kan. Xdisangkal lagi. 😂🤣.  

Kite : birthday bobot nak dekat dah nie. u betul ke nak belikan VR game tu untuk bobot time birthday dia?. Mahal kut game tuh (risau harga mahal katanya. Tapi apa bezanya dengan harga ipad. kalau nak tau korang try google la sendiri harga game VR tuh berapa.).
Hasben : tau. ahad nie la birthday bobot. dah itu yang dia nak. Beli tu je la.
Kite : tapi kan bobot cakap dia xkisah u nak belikan apa, kalau dapat VR tuh ok la. So kire ada option la tuh. Hahahaha.

Hasben kite pandang je kite.

Hasben : hurmmmm, mana maunya. Ayat dia je gitu. Tapi itu yang sebenarnya dia nak. U rasa kalau i beli lain dia suka ke. Tah ikut perangai siapa tah. 

Hahahahahahahaa. Dia dah tau la gais. Dia dah tau permainan ayat isteri dia. 🤣😂

Lagi nak kata daddy garang. Mintak apa dapat, mintak apa dapat. Dengan mommy memang xdapek la. Ehh, lupaaaaa. Mommy kan xde duit. Sokmo xde duit. Semua duit daddy je keluar. Mana la “orang depan” nie pernah ada duit. Xpernah ada pun. Kannnnn. 😏

Tapi bila sekali daddy marah, haaaaa teresak2 masing2. 

Malam tadi baru kene. Suruh tido. Bergurau bergelak ketawa. Banyak kali sebut suruh tido. Sama jugak. Last2 kene jerit dengan daddy. Meloncat mommy turun dari katil bila dengar suara daddy. Ehhh, kite sentap la anak2 kite kene marah dengan daddy dia. Kite marah boleh, apaknya marah xboleh. 😜. So mommy datang menyelamatkan keadaan anak2 mommy. Kang lagi lama hasben kite kat dalam bilik tuh, lagi teruk kene. Kite xde la terus nak marah hasben kite depan2 anak3. Air muka dia pun kene la jaga. Cuma kite tarik dia keluar bilik je la. Hahahahaha. 

Bila dah keluar, hasben kite bebel. Kite duk la sudah2kan. “Dah2 la. Dah memang gitu kan setiap hari. Derang bergurau2, 5-10minit kang senyap dah masing2 tido”. Wahhh pandai nyeah kau berkata2 kan sya. Cuba kalau kau. Berbakul2 kau bebel kat laki kau mengadu anak xnak tido. Kene time laki kau, pandai lak duk kata macam2. Konon terpaling memahami perangai anak2. Wakakakaka.

Masing2 dah ada katil. Tapi semua duk menyempit nak tido dengan kakak. Itu yang bergurau senda bergelak ketawa sebelum tido tu. Especially ipan. Suruh dia tido dekat katil dia sekali dengan abang, dia xnak. “Ipan nak shleep kakak”.

Tido kene memeluk kakak setiap hari. Nak tido peluk mommy, xboleh, sebab dah asing katil. Ipan tido memang jenis kene berpeluk. Tapi kadang sedar2, tau2, muncul je dia kat tengah2. Tau2, rasa berat je badan. Rupanya, kene peluk dengan ipan. Elok je dia tido. Tah bila dia panjat katil tah. Pffttt!. Abang pulak menyempit tido bilik kakak sebab dia sorang2 je dalam bilik. Rasa terasing. Kenapa kakak berteman, kenapa dia kene tido sorang. Ehh laaaa bobot nieeeee.
Gini la setiap malam. Xberpeluk dengan kakak, xsah. Kalau tanya rotan kakak ke rotan abang, dia akan jawab no potan (rotan) kakak, shayang (cium) je. Tapi kalau abang, dia suruh potan (rotan). Hahahaha. Dengan abang pun dia rapat. Tapi dengan abang kire kawan untuk dia berlawan, bergurau kasar la. Boys kannnn. Dengan kakak, dia manja2.

Daddy jugakkkk la yang melayan anak2. Hihihi.

Itu la yang dinamakan aura bapak2. Xpayah pun nak memetir macam mak2 nie untuk buat anak2 takut. Jelingan dan pandangan seorang bapak tanpa berkata2 tuh pun dah boleh buat anak2 gerun. Belum bapak2 nie bukak mulut lagi. Hahahahaha. 

Pelik kan. Padahal patut takut dengan kite mak2 nie la kan. Sebabnya kite mak2 nie yang kalau ikutkan paling garang. Setiap masa bebel, setiap masa marah, setiap masa garang. Apaknya senyap je. Relax je. Cool je. Chill je. Tapi tetappppp daddy yang terpaling garang!. Hahahahhaa. 

Friday, February 9, 2024

:: Kita Usaha ::

Baru nie hasben kite demam. Kesian dia. Khamis minggu lepas to be exact dia sakit. Dah almost 1 week la kiranya. Bila hasben kite sakit, kami semua memang xkemana la. Patah sebelah sayap saya. Hihihi. Kelas swimming, anak2 kite xdapat attend, qisya xpegi kelas taekwondo. Mujur la kelas muzik anak2 kite buat dekat sekolah. Ye, derang attend kelas muzik anjuran sekolah. So student mana yang berminat, boleh join. Qisya join kelas piano, bobot join kelas guitar. Nanti time ipan kalau ada lagi, join kelas drum pulak. Hahaha. Cikgu yang mengajar pulak import cikgu muzik dari yamaha. Masa nak registerkan bobot, alhamdulillah la ada pelajar yang drop slot untuk kelas guitar.  So bobot boleh masuk. Kalau tidak, dah penuh dah slot untuk kelas guitar. Rezeki bobot!. But sokay, xmerungut pun. Bukannya big issue kalau xpegi. Lagipun  hasben kite xsihat. Something yang xboleh nak avoid. Even kalau hasben kite sihat, ada je culas xpegi. Hahaha. That’s why kite cakap no big issue pun.Bukannya kite xboleh nak bawak, tapi kalau kite pun xsihat cemana. Cumanya x seteruk hasben kite la.

Kali nie demam hasben kite antara yang terpaling teruk la. Almost a week duk berselubung, sweater xpernah tanggal. Badan terlampau panas. Sehari after demam, tetibe tapak tangan ada blister. Pegi klinik doctor amek darah buat blood test. Alhamdulillah bukan denggi, bukan influenza, bukan covid. Doctor kata viral fever. Tapi makin lama makin teruk blister tu. Tapak tangan sampai bengkak. Nak genggam xboleh. Pegang henfon apatah lagi. 

Macam nie rupa blister. Ini diawal2 kene. 1 hari selepas start demam. So xnampak teruk sangat lagi. Ini kire baru 30%. Bila dah 3 ke 4 hari, korang bayangkan je la macam mana teruk. 3 kali ganda teruk. Terkejut kite tengok.

*sorry kalau ada yang xboleh tengok gambar tangan*

Hari ke 4 which hari ahad, kite dah start risau. Demam xkebah2. Kebah lepas makan ubat je. Effect ubat tuh habis, start balik demam. Start balik menggigil. Start balik panas. So kite suruh hasben kite pegi hospital. Ye lah sakit skang nie xboleh jangka. Kadang nampak macam demam biasa, tapi dalam xtau. Kut ada infection ke apa ke kan. Nak2 pulak dengan tangan badan penuh blister. Risau infection je. Tapi sebelum pegi hospital, kene pegi klinik amek referral letter. Masa kat klinik, doctor suspect HFMD. So dia treat as HFMD patient. Doctor pun terkejut tengok tapak tangan hasben kite. Rare orang besar kene HFMD. Tapi dia pun xboleh nak confirmkan betul atau tidak sebab dalam mulut xde blister katanya. Doctor cakap kalau pegi hospital pun doctor kat sana xboleh buat apa. Just buat normal procedure. So xjadi la ke hospital. 

Balik rumah kite menggelupur carik eo nak dilute eo. Sekali eo lavender pulak habis. Alhamdulillah best friend kite ada stock. Malam tuh jugak dia datang rumah deliver.

Kite dilute 4 eo nie. 

Lavender + frank + melrose + thieves. Kite dilute dengan V6 oil. Setiap satu 3 drop eo. Thieves kite lebihkan 4 drop. Malam kite diffuse purification.

2 kali sapu alhamdulillah dah nampak effect. Rupa blister masih lagi nampak seram, hahahaha, cumanya boleh nampak kesan dekat tang bengkak. Bengkak dah nampak surut. Tangan dah boleh genggam. Sebelum tu lagi la nak genggam pun xboleh. Kat rumah kalau kite ada, kite la tukang sapu. Sebab hasben kite nie dia ada masalah kalau nak menyapu2 minyak or letak2 cream nie. Dia macam geli. Hahahaha. Tah la kite pun xpaham. Tah pape kan. 😂. Kalau mintak dia sapukan apa2, hujung2 jari je dia uli2 minyak or cream tuh. Pastu jenis sapu asal boleh. Elok lepas sapu terus dia basuh tangan. Geram betul. Hahahaha.

Belum lagi bila kite sapukan cream or lotion or minyak kat tangan dia. Lepas sapu kat tangan dia tuh ibarat macam tangan kene gari. “I dah xboleh nak buat apa dah. Tangan i dah tercemar”. Eeiii paneh betul. Hahahaha. Memang dia xde pegang apa2 or buat apa2 lepas tuh. 

3-4 hari selepas sapu diluted eo. Nie dah nampak ok dari sebelum nie. Ehhh, dah ok banyak kut. Nampak la perubahan ketara. Padahal sebelum guna eo, hasben kite duk sapu cream yang klinik bagi. Xde effect apa pun. Makin teruk lagi ada la. After guna diluted eo yang boleh nampak perbezaan ketara sangat. 

Nie hari jumaat punya result. After 6 hari sapu eo. Blister dah xde, tapak tangan dah xbengkak, pastu skang tapak tangan dia nak “bersalin” kulit baru. Itu yang tapak tangan dia jadi macam tuh. Awal2 kite xtau nak salin kulit sebab hasben kite send gambar masa kite kat ofis. Siap cakap ter-overdose guna eo. Balik rumah kite tengok la apa yang overdose-nya. Sekali tengok, lahhhh ini bukan sebab overdose. 😂. “Ini maknanya nak salin kulit. Kulit mati yang dari kene blister tuh. Boleh je nak kopek”. Hahhh, baru la hasben kite berani nak kopek. Kalau tidak memang dia biaukan je xberani nak buat apa. 😅

“I saje je buat bentuk love. Sebab u kan ada dekat sebelah i. U kan jantung hati i” 

Pastu menyeringai miang. 

Wahahahahaa. 

🤣😂


Eo kite pun banyak dah habis. Nak kene restock. Baru nie hasben kite ada bagi duit untuk join membership. Sebelum nie dah joined dah. Tapi tuh la. Bila joined bukan sebab nak meniaga, more to untuk kegunaan sendiri, itu yang membership expired tuh. Kite ingatkan nak masuk under best friend kite ili je. Alih2 ili kata dia bukan member pun. Ili kata xyah jadi ahli, kalau nak bagitau je dia sebab dia ada kenal sorang akak nie. Akak nie boleh bagi dia harga murah. So ok la gitu. Xjadi la join membership. Duit yang hasben kite bagi tuh, sebelum habis ke bende lain, baik la kite shopping buat beli eo. Sebab itu yang sepatutnya pun kan. Rasanya macam ada lagi duit tu. Ehhh, hahahahaha. 

Anak2 kite kalau kena HFMD or chicken pox memang eo lah yang kite akan guna utk kurang2 all the blisters. Alhamdulillah sepanjang guna untuk anak2 memang nampak effect. Itu yang stock penting kene ada. So that nanti xmenggelupur. Hahahaha.

Tuesday, January 16, 2024

:: Narsisistik ::

Periksa 15 Tanda Ini! Kalau Ada Salah Satu, Anda Mungkin Alami Narsisistik Tanpa Sedar

 Sumber : Hello Doctor

Apakah maksud narsisistik atau gangguan personaliti narsisistik?

Gangguan personaliti narsisistik adalah sejenis gangguan personaliti di mana seseorang individu itu mempunyai rasa kepentingan terhadap dirinya sendiri.

Mereka mahukan perhatian yang mendalam terhadap diri mereka selain kurang berasa empati terhadap diri orang lain.

Jadi, maksud narsisistik boleh dikatakan mereka ini mempunyai sifat keyakinan yang terlalu ekstrem.

Namun, di sebaliknya, mereka mempunyai harga diri yang sangat mudah terlerai hanya disebabkan sedikit kritikan daripada orang lain.

Orang ramai akan melihat individu narsisistik ini seperti seorang yang mementingkan diri sendiri sahaja dan biasanya tidak ramai orang yang gemar bersama mereka.

Individu narsisistik juga hanya mengambil tahu mengenai dirinya sahaja dan tidak jemu-jemu mahukan pujian daripada orang lain.

Gangguan personaliti seperti ini sering menyebabkan masalah dalam hubungan bersama pasangan dan juga ahli keluarga.

 

 Maksud narsisistik: Apakah punca yang menyebabkannya?

Tidak dapat dipastikan dengan jelas apakah yang menjadi punca sebenar kepada kewujudan gangguan ini.

Namun, para penyelidik percaya bahawa ia berlaku disebabkan oleh beberapa gabungan faktor-faktor di bawah ini:

  • Mengalami trauma atau peristiwa silam semasa zaman kanak-kanak
  • Hubungan pada peringkat awal dengan ahli keluarga, rakan dan juga saudara-mara
  • Faktor genetik keluarga
  • Sifat peribadi seseorang
  • Kritikan secara melampau yang dilalui semasa zaman kanak-kanak
  • Faktor neurobiologi

Faktor risiko

Terdapat beberapa faktor risiko yang membolehkan seseorang itu mengalami gangguan narsisistik.

Menurut kajian, orang lelaki lebih mudah mengalami gangguan personaliti ini berbanding wanita.

Gangguan ini juga mudah berlaku seawal umur kanak-kanak.

Walaupun ada kanak-kanak yang mungkin menunjukkan ciri atau gaya seseorang narsisistik, namun tidak semestinya ia akan berterusan sehingga mereka dewasa.

Ini kerana ciri itu kadangkala adalah sifat yang biasa wujud sewaktu zaman kanak-kanak sahaja.

Selain itu, ibu bapa yang bersifat terlalu melindungi anak-anak atau mengabaikannya juga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi individu narsisistik. 

Ciri-ciri yang menggambarkan maksud narsisistik pada seseorang individu

Seseorang individu yang mempunyai sifat narsisistik ini amat mudah untuk dikenali. Ini kerana, terdapat beberapa perkara atau ciri yang sangat jelas, yang membezakan dirinya dengan orang lain.

Berikut adalah beberapa ciri utama yang menunjukkan seseorang itu adalah individu narsisistik. 

  • Berasa diri sendiri lebih penting
  • Kerap berasa bahawa diri sendiri adalah lebih baik daripada orang lain. Sebagai contoh, kerap berasa lebih pandai, lebih cantik, lebih kacak, lebih berjaya dan lebih berkuasa daripada orang lain
  • Rasa bahawa diri sendiri adalah seperti golongan atasan dan hanya layak bergaul dengan golongan tersebut sahaja
  • Memerlukan pujian setiap masa daripada orang lain
  • Rasa mempunyai hak walaupun tidak mempunyai hak ke atas sesuatu
  • Sanggup untuk mengambil kesempatan ke atas orang lain demi mencapai tujuan dan matlamat peribadi
  • Kurang memahami individu lain atau kurang bersifat empati dalam memahami perasaan atau apa yang dilalui individu lain
  • Bersikap sombong atau memandang rendah kepada orang lain
  • Ingin diiktiraf atau dikenali ramai
  • Kerap menyatakan mengenai pencapaian dan bakatnya kepada orang lain
  • Mengawal perbualan dan seringkali perbualan tersebut hanya berkenaan pencapaian dan kehebatan dirinya

Boleh dikatakan, segala apa yang berlaku dalam hidup individu narsisistik adalah hanya mengenai dirinya sahaja. Namun, ada juga beberapa kelemahan mengenai individu yang mempunyai gangguan ini. Antaranya ialah:

  • Mudah berasa tersinggung jika tidak melibatkan dirinya dalam sesuatu perkara
  • Sukar mengawal emosi dan perasaan
  • Sukar menerima kritikan daripada orang lain mengenai dirinya
  • Kerap berasa tidak selamat atau insecure terhadap sebarang perkara yang boleh merendahkan dirinya

    Kesan apabila seseorang itu mempunyai sikap narsisistik

 Terdapat beberapa kesan atau komplikasi yang boleh berlaku sekiranya sesseorang itu terus mempunyai sifat narsisistik ini.

Antara kesan yang boleh dialami ialah:

  • Kurang mendapat rakan kerana rakan-rakan akan semakin menjauh
  • Mempunyai masalah dalam perhubungan bersama pasangan
  • Mengalami tekanan dan keresahan
  • Mempunyai masalah di tempat kerja
  • Penyalahgunaan dadah atau masalah berkaitan alkohol

    Perlukah berjumpa doktor jika mengalami gangguan ini?

    Kebanyakan individu narsisistik tidak menganggap bahawa diri mereka sedang mempunyai masalah atau gangguan.

    Dengan itu, mereka tidak mendapatkan rawatan atau pertolongan daripada pakar psikologi atau mendapatkan khidmat kaunseling.

    Jadi, jika anda sudah memahami maksud narsisistik dan sedar mengalami gangguan ini, anda boleh dapatkan bantuan profesional bagi mengurangkannya atau mengawalnya.

    Anda boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling dan juga terapi bagi membantu diri anda.


    Disclaimer * Tidak ditujukan kepada sesiapa. Lately nie asyik dengar orang duk bercerita and menyebut pasal perangai narsisistik je. So kalau ada yang terasa, itu masalah anda bukan masalah saya. 

Tuesday, November 7, 2023

:: 7/11 ::

Hari nie 7 November. So bila muncul 7 November maknanya anak dara kite dah naik 1 angka. Yup, today is her birthday. Dah 10 tahun dah anak mommy.

Anak yang so manja. Masih manja. Tapi kadang bila nak bermanja tu, xsampai 2minit, adik dia si rambut kinting datang tolak dia tepi. Jelesss gais!. Hahahaha. “Kakak go there. Kakak move. No hug mommy”. 😂. Hadoiiii. Sian la kakak. Baru nak landing, baru nak cuddle2 dengan mommy. Dah kene “halau” dengan adik. Kesian kakak.

Qisya nie banyak ikut perangai daddy dia. 80% gen daddy, 20% gen mommy. Part yang typical perangai perempuan yang suka merajuk suka muncung mulut tuh memang menurun perangai mommy. Anak2 lelaki so far memang paling banyak menurun perangai kite. Hahahaha. Bukannya jenis yang kepochi ke apa ke. Contoh kalau qisya tau apa2, dia akan diam2 dia je. Jenis xamek port. Jangan kan si bobot. Habis satu family tau kisah. Kihkihkih. Plus, qisya dengan daddy dia dua2 anak sulung kan. Banyak memendam rasa. Bukannya jenis yang show sangat dia pun ketidakpuashatian. Tapi bezanya antara qisya dengan daddy dia, kite boleh nampak and tau feelings dia even qisya xbagitau. Dah tuh perempuan kan, sedih ke happy ke, dari face expression boleh nampak. 

Kalau keluar, jenis yang nak memegang tangan kite. Tapi lagi sekali, ditepis oleh adik2. Kalau kiri bobot, kanan mesti ipan. Kadang xnak tiga2 anak terasa hati, tiga2 kite duk pegang tangan masing2. Sampai la ada yang beralah dengan sendirinya pegi pegang tangan daddy pulak. Cemana cara?. Salah satu tangan kene pegang 2 tangan. Nasib la tangan siapa yang kene berkongsi tu.  Hahahaha. Baru anak 3 weh. Kalau anak ada 4 ke 5 ke, kalau semua jenis yang nak pegang tangan kite, cemana la nak buat tu. 😅

Happy nyeah dapat present. Time beli nie kiteorang baru lepas amek report card. Selalu hasben kite je yang pegi sekolah amek report card. But this year masing2 nak kite ada sekali. Bila mommy yang pegi jumpa cikgu masing2, memang siap la korang lepas tu. Dalam kete kite membebel berbakul2. Sampaikan hasben kite cakap dengan anak2 dia, “u’ve made a wrong choice bruh!. I told you that you will regret it”. 😒

Masam je muka masing2. Hahahahahah. Qisya lagi mencuka muka bila kite cakap no birthday present tahun nie. Last2 dapat jugak. Apaknya nak beli jugak sebab dah janji katanya. “Kalau next year masih lagi sama comment cikgu dekat kakak, mommy jual nyeah benda alah nie”. Qisya angguk tanda setuju. Angguk terpaksa sebenarnya. 🤣😂.  

Banyak mommy nak doakan kakak nie. Tapi xpe la biarkan la doa mommy untuk kakak, hanya mommy je tau. Semoga doa2 mommy mengiringi kehidupan kakak sampai akhir hayat mommy dan sampai akhir hayat kakak. 🤲🏻. Daddy mommy bobot and ipan and semua orang, sayang kakak so much. 143 kakak. 🌹😘🥰😍❤️

Tuesday, October 10, 2023

:: Beberapa Cerita Dalam 1 Keping Entry ::

 “Mommy, bila nak buatkan lunchbox kite”. Ok la ok la. Terus kite order barang2 dekat pandamart. Sejak hasben kite outstation manjang nie dah lama xbuat groceries shopping. So barang2 banyak xde. And skang nie kite prefer guna istilah, “nak masak baru beli”. Especially barang2 macam sayur ke apa ke. Untuk mengelakkan dari membusuk je dalam fridge. Mujur ada pandamart yang dekat dengan rumah. Malas nak keluar, order je kat situ. Kalau groceries shopping pulak kite selalu beli barang2 kering or barang2 frozen. 

Gigih mommy bangun awal pagi buat lunchbox untuk anak2 mommy.

Jadik la dari xde kan. Hihihi. Kalau ikut menu bobot dia nak nasi goreng. Tapi yang itu nanti la. Beras nak kene beli dulu. Beras dah habis rupanya. Punya la jarang masak sampaikan beras habis pun xperasan. Hahahahaha. Sebelum nak outstation, beras kene beli dulu ya. Ye korang, bakal ditinggal lagi. itu hari kene tinggal back to back. Nie bakal ditinggal lagi. Kalau proposal dia approve, bakal ditinggal lagi bulan 11. Time tuh kite dah macam, "amboii kemain sakan nyeah u. Berturut oversea je 2-3 bulan nie kan. Kiteorang nie tukang fetch u dekat airport je. Xde2, i xkire. Tahun depan bawak kiteorang pegi jenjalan jugak. Asyik u je, xfair la". Nampak x dengki. Hasben kite gelak je. Hahahaha. 

"Ye la. Kan itu hari dah plan nak ke &^*%$ tahun depan. So stick with the plan la. Tahun depan kite pegi".

Haaaaaa, mujur la kata gitu. Okayh dah kene prektis berjalan dengan luggage atas treadmill. Prektis kejar2 anak kat airport. Stamina kene tingkatkan lagi. Wakakakaka. Lama dah x prektikkan yuolls. Lupa. Huahuahuahua. Halah xnyabo. Bende xtau pun pegi bila. Jangan kene scam sudah. 😝

Semoga anak2 mommy kenyang la hendaknya. Save duit belanja. Duit balance boleh simpan dalam tabung. Kalau tidak sehari 13hengget korang belanja dekat sekolah. Kalah mommy yang bekerja nie. 

Hasben kite kan baru balik dari Jakarta. So ini yang dia beli untuk bini dan anak2 dia.
Nutella biscuit tuh sedap gila. Kite xsuka nutella. Tapi bila makan nutella biskut nie layan la pulak kan.

Of course. From yours truly. Happy dapat nie. Feveret coklat bini irwan. Lantak la org nak cakap, “alah sama je pun rasa dengan coklat lain”. Jeles lettew. Tiberh!. 😂

Sedap kopi kenangan nie. Macam rasa kopiko. Pastu ada hasben kite beli dodol apa tah. Bermacam2 perisa. Sumpah xsedap. Sampai skang x berusik.

Kemain banyak gitar dah. Keyboard untuk qisya tu beli dekat shopee. Xyah beli mahal2. Murah2 je sudah. Dah betul2 minat baru boleh cite nak upgrade. Daddy kata upgrade piano yang elok terus. 🤨. But even murah je pun kan, not bad jugak keyboard nie. Memang very suitable for beginner. 
Bilik bobot skang macam nie la rupa. Dah macam studio jamming. Tinggal nak beli mikropon je. Nanti tepek alas telur kat dinding. So xde la jiran2 dengar bunyik bising. Hahahhaha. Gitar karen punya amp pun dah settled dah hasben kite beli. 
Kemain suka anak dara dapat keyboard. Kebetulan masa sampai qisya dengan bobot xde. Derang pegi johor ikut kaklong kite menghantar anak buah kite masuk Uni. Bila dah balik rumah, kite bagi dia macam relax2 dulu. Lepas tuh baru kite suruh derang pegi naik atas mandi. Tetibe dengar jeritan, “wowwww. A keyboard. I have my own keyboard now”. Hahahaha.

Berlari turun bawah sambil nangis. “Thank you mommy. I didn’t expect this. I tot you forgot about the keyboard”. 😂. Sebenarnya dia terasa bila bobot dapat gitar karen tapi untuk dia xde apa2. But qisya kan, dia kan bukan jenis yang tunjuk sangat. Lain dengan bobot, mau mulut dia melekat kat tepi telinga kite sambil berzikir2. “Mommy xsayang bobot kan. Mommy sayang kakak dengan ipan je. Middle child selalu mommy xkan sayang”. Itu je la ayat dia. 😂🤣. 

Skang tengah survey music class. Bistu, xkan nak buat perhiasan je dalam bilik masing2 kan. Kang berhabuk kite jugak yang nak kene lap. Dah pandai masing2 main boleh buat band. Nama band Masdo  Maswan (sebab nama hasben kite kan wan). Hahahahahhaaha. 

Owh. Nak tau x?. Ipan dah potong rambut.  Berjaya jugak akhirnya. Woot woot!. Hilang dah rambut kinting dia. 

Lain benau muka ipan. Xtau la akan ada lg ke tidak rambut kinting dia bila dah tumbuh nanti. Sama2 kite nantikan. Ai is also nervous. 😅. Walaupun rambut kinting dah xde tapi lesung pipit nan sebelah tetap maintain. 🥰😍😘

Dah itu je. Walaupun xseberapa tapi lebih dari 1 cerita kire beberapa la tu. 😂

Friday, September 15, 2023

:: Musician in The Making. ::

 Gitttuuuu. Hahaha.

Haih, tah la hasben kite tuh. Betul2 dia nak tunaikan janji dia dekat anak2 dia. Sebelum nie dia pernah janji nak complete-kan music instruments untuk anak2 dia. Ehh anak2 dia, anak2 kite jugek la kan. Haahaha. Untuk anak2 kami. 😂

So kebetulan dia ke Jakarta sebab ada training. And colleague hasben kite yang sama pegi ke sana kata, “kat sana ada jual gitar karen (elektrik) murah2 bang”. Dia pun berhajat nak beli jugak. So hasben kite pun apalagi. Join la sekaki. Sebelum pegi Jakarta lagi hasben kite pun dah cakap nak beli.

Sekali colleague hasben kite dah beli dulu. Xboleh nak tunggu katanya. Xtahan. Ahahahha. Kite tanya la berapa harga yang colleague hasben kite tuh beli. Since dia dah beli kan, nak la tau berapa harga sebijik gitar karen yang murahhhhhhh sangat tu. Lelaki nie bukan boleh percaya dia punya murah. Seribu pun derang kate murah. Contohnya macam hasben kite la. Beli baju bila tanya harga dia kata murah je. Apa bende yang murahnya kalau brand baju tuh jenis brand yang xmurah. Ingat bini dia nie buta brand gamaknya. 🤨. Ternganga sekejap bila dengar harga gitar yang colleague hasben kite dah beli. Memang betul2 murah la. Dah la hasben kite bagi harga dalam rupiah. “Jangan bagitau i harga dalam rupiah boleh x?. Xgigih la i nak convert kan harga ke RM”. Ehh xmarah tau. Kite cakap dengan nada ketawa. 😝. Hujung2 story nanti kite bagitau harga kayh. Janjihhhhh!!.

Memula dia pegi kedai gitar tu tapi dah tutup. So hasben kite order thru website dia sudahnya. Tokopedia kut nama website tu. Search je gitar murah jakarta. Delivery hantar direct ke hotel. Tanya jugak bila sampai. Hasben kite cakap esok harinya pagi derang akan buat delivery. Tup tup hasben kite text, “sampai sudah” bersekali dengan gambar. Wondering la jugak apa bende yang sampainya.

Tengok2, nohhhh gitar karen yang sampai. Waduhhh, pantas bangattt gitarnya dihantarin pak. Apa toko kamu segitu deket lokasinya?. Tiberhhh. 😂😝. Hasben kite order tengahari ke petang gitu la, malam hari dalam pukul 10lebih gitu kut dah sampai kat lobi hotel.

Tuh dia sampey sudah.

Setelah di unboxing. Nie dah ada gitar karen maknanya memang harus dan kena beli amp. Xde amp cemana je nak main gitar karen nie. Hasben kite kata amp beli kat kl je nanti.

Siap dah plan next week nak beli ukulele pulak katanya. Beg xmuat nak sumbat ukulele sebab luggage kecik. Ukulule tu untuk ifan. Nak avoid dari berebut gitar dengan abang. Pastu kite tanya la xbeli sekali ke stand gitar ke. Xkan nak sandarkan pada kenangan je gitar kat dinding. Sekali dapat gambar.

“Done stand” katanya. Walawehhhh, cargas. Hahaha. Siap dia beli drumstick. Drumstick kat rumah nie mmg dah ada. Tapi sokmo la hilang jumpa hilang jumpa. Kire drumstick yang hasben kite beli tu as extra la. Kut yang sedia ada kat rumah nie hilang xjumpa2. 🫣

Jangan fikir dengan adanya gitar karen tu janji dia dah complete ye. Gitar tu untuk anak bujang. Untuk anak dara dia dah janji nak belikan keyboard. Hurmmmmm, tah la. Hasben kite kan. Seboleh2 nak tunaikan apa yang anak2 nak. Dah beli untuk bobot mesti la kena beli untuk qisya. Qisya nie dah la jenis memendam. Tapi reaction muka boleh tau yang dia terasa walaupun dia xcakap. Kang tau2 muka masammmm je muka. Muncung je mulut. Tah ikut perangai siapa tah. 🤷🏻‍♀️. Know know air mata dah meleleh. Kang terasa kata mommy dengan daddy xsayang dia. Sayang bobot dengan ifan je. 😅. 

Haaaa itu jam, dah ada keyboard baru consider complete dah. Dah boleh tubuh band. Tinggal nak letak nama band je. 😂. Yang xtahan siap nak beli gitar bass. Tapi hasben kite pikir2 balik xyah la bass. Dia nak beli gitar kapok karen pulak nanti. Ishhh. Kita cakap la, “u nie dah macam betul2 nak buat band ke apa nie. Kire nanti i pun join main sekali ke canner?”. Hahahaha. Gelak je dia. “So lepas nie nak hantar bobot dengan qisya music class ke cemana?”. Hasben kite jawab, “of course la. Kene la hantar”. Hurmmmmmmm. 

Tapi serious la korang. Memang murah. Murah sangat gitar yang dijual kat Jakarta masalahnya. And hasben kite cakap kualiti pun ok. Xde la nampak cikai sangat. Sturdy pun sturdy. Berat pun berat. Untuk beginner yang baru nak berjinak2 nak main gitar karen memang ok sangat la. Harga gitar yang hasben kite beli tu harganya RM350. Iye korang, RM350 duit kite. Duit Malaysia. Bapak murah wehhhhhhhh. Delivery ke hotel RM6. Terkejut kite dengar. Colleague hasben kite beli gitar dia RM250. Kut. Rasanya itu la yang kite dengar. Kalau betul, wehhh, serious ahhh. Awat murah nau. RM250-RM350 tuh kalau kat Malaysia boleh dapat ukulele yang baik sikit la kualitinya. Silap2 ada yang lagi mahal. Ini we are talking about gitar karen u know. No joking2 bluffing2 around tau. Real nie. Tapi untuk nak deliver ke Malaysia, itu kite xtau. Harga tu kalau beli kat sana. 

Untuk yang dah pro main gitar karen mungkin macam alaaaah, gitar cikai je memang la murah. U’olls dah pro memang la. Lain pulak spec gitar dia. Ini cite dia kalau beginner, nak2 pulak budak2 je yang bakal main, baru nak merasa pegang and belajar memetik tali gitar, memang sangat2 berbaloi la dengan harga tu. Kalau nanti anak2 kite dah pro ke apa ke, itu cite lain la. Pandai2 la dia beli sendiri. Itu ku bilang kalau. Kalau tetibe anak2 kite xminat nak main, xleh nak cakap apa la kan. And time tu xde la terasa sangat sebab beli gitar karen pun harga murah je. Huahuahua.

Owh ha. Drumstick tuh cer la teka berapa. Ehh xyah susah2 la teka. Macam la kite tau korang teka berapa kan. Hahahaha. Harga drumstick RM2.40 je. Je hokeyhhhh. Harga kopok kat KL nie lagi mahal dari harga drumstick tu. 😂😂😂. 

Untuk kite hasben kite belikan apa?. Belikan buah salak. Jadi la dari xde. Hahahah. Ehh serious, kite dapat buah salak pun ok dah. Memang kite yang nak pun. Buah salak dari sana sedap oiii. Lain rasanya dengan dekat Malaysia. Xtau la kalau ada yang sedap kat Malaysia nie. Tapi sepanjang kite beli buah salak kat sini, xdpt lagi yang rasa sedap macam yang jual dekat Indonesia. Gaya macam xheran kan dapat buah salak. Padahal sebelum hasben kite fly ke Jakarta, hasben kite dah beli jiwa kite awal2 dah. 😂. Pandai kan. Bijak bijak. Dah tuh, bakal tinggalkan bini back to back. Jiwa bini kene la beli dulu. Dah la bini si iwan nie sejenis yang kuat merajuk. Xcall xtext pun dia punya merajuk membawak sampai ke hari dia balik Malaysia😬. Kalau lah kite tau masa tu dia nak beli jiwa kite, memang sakan la cite dia. Hahaha. Ini otw balik rumah baru dia bukak mulut, “settled dah kan beli jiwa. Sebelum pegi jakarta kene la beli jiwa isteri i dulu”. Cheh. Early early never inform, late late only inform. 😒

Monday, August 28, 2023

:: GEMOK ::

 Bukan tuju dekat sesiapa tapi dekat diri sendiri. 😭😭😭

Kite dah xberapa nak jaga makan minum dah skang. Tah la lebih kepada macam malas. And every second macam craving dessertsssssss je. Of course la dessert tuh manis kan. Sugary. Sweets. Pastu kat ofis time lunch manjang minum neslo ais. 5 hari tuh at least 2-3 kali. Sebab kite nie kan manusia yang bermusim. Kalau suka minum 1 air or 1 makanan or 1 dessert tuh, itttuhhhhh je la yang kite duk tala. Bila musim dah habis, terus ditinggalkan begitu sahaja. Hahahaha. Ehhh kemon, neslo ais kite buat sendiri la. Neslo ais kite sedap pulak tuh. Kawwww! Itu yang tetiap hari nak. Malas nak beli. Sakit hati kang. Tah mana rasa milo tah mana rasa neskepe. Rasa susu je lebih. So bila neslo ais yang kite buat lagi sedap, better buat sendiri. Why not!!.  Ada yang caruts aiiii lettew, "mana la xgemok dah kalau hari2 kau minum neslo ais". Kalau ada yang terdetik gitu, semoga ayat tuh berbalik dekat kamuorang. Mana boleh kite gemok sensorang. Moh kite gemok sekali sesama. 😏

Pastu malas nak workout. Niat nak berlari every weekend selalu terkubur gitu. Nak pegi berlari kat kl car free sensorang hasben kite xbagi. Bila ajak dia sokmo la xjadi2 walaupun night before or day before dia setuju nak ikut. Dia stay dengan anak2, layan anak2 main roller blade and kite gie la berlari. Katanyaaaaaaaaaaaaaa. Harapannnnnn.

Now dah insofff sebab jeans kite, mostly seluar la, banyakkkkkkkkkk dah xmuat. Itu selalunya akan jadi kite punya turning point untuk, “xboleh jadik nie. Aku kene loss weight no matter how”. Kite kalau betul2 nak, insya-Allah berjaya. Sebelum nie memang berjaya know know dah boleh pakai balik dah seluar jeans. Even size 26. Arghhhh. Stress mak nyah mikir seluar2 yang dah x muat!. Tapi kalau masih maintain berat yang berat ini, or even worst, berat yang berat ini makin berat beratnya, itu bermaksud kite jenis yang nak tapi acah2 nak. Haaaaa itu yang bahaya tu. Sebab macam hangat2 chicken shit je every time. Hahahaha. Haaaa cam sekarang la. Sambil menaip nie sambil ku hirup neslo ais. Chicken shit kan. Gitu la. Kihkihkih.

“Dy, i dah gemok la dy. seluar i banyak dah xleh pakai”

“Xpe. Gemok2 pun i sayang”

“Ye ker?. Kalau i lagi gemok pun u sayang jugak ker?”

“Dah 12 tahun dah pun u gemok. I masih ada lagi je dengan u (pastu gelak. 🤨)

“Ehhhh i sebelum kawen and masa kawen kurus okayh”.

“Memang la kurus tapi lepas kawen, setahun je kurusnya. Lepas tuh dah xkurus dah. I terima je. Dah berbelas tahun dah. Hahahahhaahhaha”

Xpe2, u waiting waiting and looking looking hokeyh. Nanti i kurus u dah xboleh dah nak picit2 lemak kat pinggang i or any other parts. Dah xde dah nak zapppp perut i. Dah xde dah ayat, "oohemgee. Bruhhh, what is this?". U waiting, u waiting nyeah.

Setengah orang kalau tengok gambar nie, “saiko ke perempuan nie. Tang mana gemok dia. Abis tu kalau dia macam nie dah cakap gemok, aku nie kategori apa pulak”. Kannnnn. Korang pernah x rasa cenggitu. Sebab kite pernah terpikir gitu. Bila orang yang kurus sekeping, perut pun xnampak flabby flabby flab flab langsung, duk cakap dia dah gemok so dia kene diet. I was like, whatttttt. Time nie la terdetik ayat yang kite mentioned kat atas tu. Ibarat kalau aku nak picit lemak kau pun aku kena belek tang mana aku nak picit lemak kau nie. Halahhhhh, jem kejap. Terguris hati kite yang gemok nie wak.  Tsk tsk tsk. Isshhh. Ke kau perli aku ke nie.
 
Tapi betul tau, itu la ayat yang terbit kat pemikiran kite. Who’s with me?. Angkat tangan. Or maybe orang yang pernah tengok kite masa kite kurus sikit la dari sekarang, xpernah la dapat kurus macam muda dulu tapi kurus sikit (banyak sebenarnya. 😜) la dari sekarang, lain pulak cakapnya, “ehh aah. dah gemok la bini iwan nie. Dulu xde la berisi cam skang nie”. Cam yial je. Hahahahaha. Tapi kenapa asal mentioned gemok je mesti bini iwan. Asal mentioned kurus je seketul falsya. Kenapa nyeah?. Hurmmm, 🤔. Hahahahaha.

Budak ofis kite lagi la. “Falsya nie kadang tengok dah kurus. Xlama tuh tau2 berisi. Pastu kurus balik, pastu berisi balik. X konsisten betul”. 😂

 Ada yang cakap, “mana ada gemok. Ok la nie untuk umur2 macam ko nie sya. Ok sangat berat ko nie untuk mak2 anak 3”. Elehhh, nak sedapkan hati kite lettew. 

Ayat “gemok” dengan “wanita” nie berpisah tiada. Aku gemok kau jangan tegur. Aku dah loss weight dari berat skang baru kau boleh tegur. Rasanya semua orang cam gitu kut. Kalau tidak kang mulalah nyetap mengkarung xtentu hala. And jugak, reasoning dia adalah, so that aku aware yang aku nie dah berjaya dalam proses untuk loss weight. Kenapa?. Sebab seketul falsya nie jenis xkan naik penimbang untuk keep track of weight losing. Nehi nehi kabbi nehi. Even now kite xtau berat kite berapa tapi yang kite tau dah berat la. Takut nanti naik penimbang kemurungan tuh akan berpanjangan. Ibarat kalau Malaysia nie ada 4 musim, 2kali repeat 4 musim tuh belum tentu habis kemurungan.

Haih, itu la. Semoga kite buat la betul2 dan bukannya acah2 nak buat betul2. Kenangku dalam doamu. Doakan neslo ais last untuk hari ini. Esok mungkin xde neslo ais. Tapi nanti jangan tetibe muncul teh o ais pulak. Naya pak karimmmmmm!!!!.

Thursday, August 10, 2023

:: Semoga Mommy Istiqomah ::

 Banyak benda yang mommy kene istiqomah. Xyah la listkan apa. Kang orang yang baca kang meluat pulak. Taqobur (takabbur) la riak la. Tiberh!. Hahahahaa. 

Cuma satu bende istiqomah nie je yang kite nak war2kan. 

Semoga kite istiqomah la hendaknya masakkan bekal untuk anak2 bawak pegi sekolah. 😂

Bobot la yang request-ed kat kite nak kite masakkan bekal untuk dia. Permintaan tuh kite memang xboleh nak tolak sebab dia dah puji kite berbakul2. “Mommy, bobot nak mommy masakkan bekal untuk bobot boleh?. Kan mommy masak sedap. Paliiiiing sedapppp antara semua kedai”. Haaa kau. Kalau dah gitu dipujinya, mustahil la nak abaikan permintaan bobot kan. Bobot asal kite masak je kan, mesti dia puji masakan kite. Sweet la bobot nie. 

 Tapi bobot memang sweet pun. Gentleman gile. Semalam kite amek dia kat sekolah. Kebetulan hujan. Time sampai hujan dah renyai but still hujan la. Qisya dengan bobot dah masuk kereta. Kite belum masuk lagi sebab nak simpan payung. Bobot duduk dekat tepi pintu. Masa kite nak simpan payung, tetibe bobot tadah tangan dia cover kepala kite xnak bagi kene hujan.  "Are you done mommy?. cepat mommy. Hujan nie". Halahhhh suweetttttnyaaaa. Tersentuh betul hati kite. Masuk je kereta, "suweetnya bobot. Thank you bobot. Daddy pun xpernah buat mommy macam tu tau". 😍. Bertukar muka hasben kite, "memang la daddy xpernah buat macam tuh. Sebab kalau hujan daddy nak masukkan kepala mommy dalam baju daddy macam nie haaaa (sambil cakap sambil buat demo. Betul2 dia nak masukkan kepala kite dalam baju dia. Hahahahha). Duduk bawah ketiak daddy nie. Tapi mommy tuh sombong". Wahahahahhahaha. Befengongfong tau.

Bila tanya nak bekal apa, ayam goreng kicap la, ayam gulai kuning la, basically lauk2 yang berkuah. Lunch box budak2 nie banyak, tapi semua jenis yang xde untuk letak makanan yang berkuah bersekali satu bekas. Xkan la nak asing2kan lauk. Tau ke derang nak handle nanti. Bukan la kata xpercaya anak2 tapi kalau boleh xnak la susahkan derang. Nak la smooth kan urusan derang. So kite pun carik la lunch box yang ada bowl. Of course la kat shopee kan. Mana lagi. 😅. Selasa lepas lunch box selamat mendarat dekat ofis.



Taraaaaa. Ini la lunch box anak2 kite. Not bad jugak kualitinya. Cumanya kalau boleh jangan panaskan makanan dalam bowl tuh dekat microwave. Macam xsesuai untuk microwave. The lunch box itself xsure la pulak cemana kan sebab xpernah panaskan lagi dalam microwave except for the bowl la.

Kite beli lunch box nie dapat free warmer beg tuh.


👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻

Kite belanja link lunch box yang bersekali dengan bowl. Ini bukan seller yang sama dengan seller yang kite beli tau. Bukan xnak bagi seller yang sama. Tapi stock kat seller yang kite beli tuh dah habis. 

Bila dah dijanjikan nak buat bekal once lunch box dah sampai, maka the next day tuh kena la tunaikan janji. Xkan nak capatikan janji tuh kan. Jangan risau anak2, mommy bukan politicians yang suka bagi janji pelesu. Lahhh, sempat lagi. 😂.

Esoknya kite bekalkan anak2 kite spaghetti bolognese. Xsempat nak prep kan bahan2 untuk masak lauk. 
Spaghetti bolognese, kek batik and orange. Kebetulan kite ada buat kek batik. So masukkan sekali untuk penuhkan ruangan. Hihihi.

Ini untuk suami kite. Dia WFH kan, so buatkan la sekali lunch untuk dia. Disebabkan hasben kite nak diet, maka menunya adalah brown rice, chicken grill and veges. 

Menu untuk hari nie pulak, kite masakkan ayam masak kicap, sayur campur and apple. Malam sebelum dah siap prep kan bahan2. Pagi just masak je. Cepat dan mudah. Ngeee.
Semoga kenyang la anak2 kite. Hihihi.

Bekal untuk hasben kite xde sebab dia lunch kat luar. Untuk kite ada jugak bekal. Macam sedap pulak ayam masak kicap. Cuma beza ayam masak kicap kite dengan anak2 kite adalah, kite punya ada letak cili padi. Perghhh lagi sedap letak cili padi. 

Bekalku. Huahuahua.

Skang nie kite dah ada kegilaan baru selain dari mengumpul tumbler. Kite dah gila nak membeli lunch box. Nie baru nie kite check out kan pattern lunch box yang sama cuma tanpa bowl. 🤦🏻‍♀️. Tunggu sampai. Mampuih ler kalau hasben kite tau. 😝

 Semoga kite istiqomah la sediakan bekal untuk anak2 setiap hari. Insya-Allah. Amin3. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...