Thursday, March 30, 2023

:: Kerja Gila ::

 Sebelum puasa seketul dak falsya nie ada buat kerja gila. Kerja gila yang dia sendiri menyumpah diri dia sendiri all the way to the highway. Kerja gila yang hampir buat dia menangis pun ada. Timbul rasa menyesal in between kerja gila tuh pun ada jugek. 

Dia dah tau dia akan masuk running event. Masuk pulak half marathon. Pastu yang lagi gilanya, sebelum date event tuh, dia xde langsung2 nak training ke, ataupun exercise la paling2 stinky pun nak bagi badan tuh at least ada buat some stretching ke apa ke kan, ehh whatever you call it la. Bende sama yang dia buat masa dia masuk half marathon penang bridge last year. Apa ke bongok sangat perangai dia tuh. Apa dia ingat dia muda lagi ke?. Dia ingat dia masuk running event tuh berlari 10km je ker. Kalau 10km xyah nak training sangat pun xpe. Walaupun ikutkan xelok jugak untuk system badan dia yang end up kompom jugak badan dia akan terkejut, tapi kalau nak compared dengan 21km punye berlari, yang sekali ganda kilometer dari 10km tuh, xker berganda x eloknya. Bofongokfok lafa difiyefe tuhfuh. 

Alasan dia bagi, time weekend ada je program so xleh nak training. Dia tuh lupa ke yang kat rumah dia ada treadmill. Yang kalau x dapat training kat luar pun, boleh je dia on treadmill tuh and berlari atas treadmill. Nak bagi alasan apa pulak lagi. Nak bagi alasan hijab tertutup sampai xnampak kewujudan treadmill kat rumah tuh ke?. Mengundang kan mengundang. Pffttt!

Kisah gila masa penang bridge tuh memang she very the never learned la. Main redahhhhhhhh jer. Alhamdulillah xde apa yang jadi.

Haih, tah la. But anyways, dalam pada kite buat kerja gila yang xpatut dicontohi itu, kite berjaya jugak la habiskan half marathon masa event twincity tuh before COT (cut off time if you may not know). Walaupun cupul2 masa je kalau nak diikutkan. Eh laaa, kite ke yang bongok buat kerja gila tuh. Wakakakaka.

Ya Allah time tuh sumpah rasa nak nangis pun ada. Kilometer ke 16 ke berapa tah, ehhh xingat la, kite dah start slow xboleh nak push sebab betis dengan peha kite dah start cramp. Tapak kaki pun tagged along peha dengan betis kite. Dia pun nak join cramp sama. Why owh why?. So cruel nyeah korang. Nak tag team dah kenapa.

“Kerja gila apa yang kau buat nie syaiton”. Itulah status kite masa kilometer ke 16.

Mental kite cracked gila masa tuh. Dengan panas teriknya, dengan route yang macam harey. Bukit bukit bukit dan bukit bertemu bukit sampai ke hujung. Sumpah xnak dah kite masuk half marathon kat cyberjaya dah lepas nie. Macam mana kite xnak masuk event lari kat area kl, hah macam tuh la kite xkan masuk dah apa2 event half marathon kat cyber. Kat kl, bukit tungku dengan bukit tugu adalah musuh kite. Banned terus!. 

Kite xtahan panas. Bukannya sebab gedik ke mengada ke bajet2 puteri lilin ke yang xboleh kene panas. Tapi bila kau seorang yang ada migrain, cuaca panas la yang kau seboleh2 nak elak. Sebab bila lama sangat terdedah dekat bawah terikan cahaya matahari, confirm lepas tuh akan migrain. And yes!, lepas je habis berlari, terus kepala naik migrain. Dah la kalau migrain xboleh kalau xtelan painkiller. Selagi xtelan painkiller, selagi tuh la migrain x hilang. Kalau 3hari, 3hari la migrain. Tapi bukan cuaca panas je, sejuk sangat pun boleh naik migrain. 

Punya la bonk teruk yang super duper teruk, time kat jam pun lupa nak stopkan. Kalau timing 3jam 42minit, dah disqualified dah kite. Kite sampai FL (finishing line), 15-20 minit sebelum COT.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Penat lelah dan jerih kite terbayar. Ehh ke berbayar. Ahhh gasak la. Timing tuh lantak pie la, janji sampai sebelum COT. Pace pun lantak la pace 10. Ke laut dalam peginya. Walaupun kaki rasa macam skru dah nak tertanggal, kepala lutut tunggu masa nak tercabut, otak dah xboleh nak digest dengan apa jadi. Belum lagi cite separuh otak tertinggal kat salah satu bukit kat cyber tuh. Tenaga dah drained. Jalan pun macam zombie. Muka dah macam udang kene bakar sebab merah menyala yang teramat sampaikan bila kite lalu ada yang toleh 2-3 kali tengok kite. Ye korang, kite kalau berlari, berbasikal or buat la apa2 sukan yang bawah panas terik matahari, muka kite akan jadi merah yang rasa macam nak meletop muka.

Masa berlari, sampai la satu kawasan nie. Kat traffic light la cite dia nie. Polis trafik yang jaga jalan masa tuh stopkan runners sebab nak bagi laluan dekat kereta2 untuk jalan. Sebelum kite nak sampai kat traffic light, nampak la yang polis tuh suruh kite cepat sebelum dia nak lepaskan kereta untuk jalan. Kite just lambai je buat signal “xboleh”. Hahahahhaa. Masa tuh kite dah start berjalan sebab tapak kaki, betis dengan peha dah makin2 mengamuk “derang” punya cramp. So bila kene stop dekat traffic light, sambil2 polis trafik suruh kereta jalan, sempat gak la borak jap.

Polis : nampak macam xlarat tuh. Hahaha. (Cis, selamba nganjing kite. Hahaha)

Kite : aah. Xlarat sebenarnya nie. Hahaha.

Polis : masuk berapa km?. 

Kite : half marathon. 21km gitu la.

Polis : uish. Patut la nampak seksa sangat. Mesti dah start menyesal kan?. Lepas nie nak masuk lagi ke half marathon?

Kite : tengah menyesal la nie tapi lepas raya ada lagi event half marathon menanti.

Pastu dua2 gelak. 😂😂😂. Polis tuh geleng kepala je bila dengar ada lagi event HM menanti. Mesti dalam hati, perempuan nie menyesal masa tengah berlari je nie. Lepas berlari hilang ingatan boleh pulak register lagi HM. ðŸĪŠðŸ˜‚ðŸĪŠ

Berjayaaaaaa!!!. Alhamdulillah.

Dalam kereta bukak aircond full blast. Memang hari tuh kat cyber panas terik sangat xleh nak bincang. Sempat gak la terlena kejap dalam kete sebelum bergerak balik. Ye kite drive sendiri pegi sana. On the way nak balik, kite nak singgah petrol pump sebab nak pegi toilet. Sepanjang berlari kite banyak minum air kan. Memang kompom la akan mencarik toilet. Otw nak ke petrol pump, kite nampak masih ada lagi yang tengah berlari nak ke finishing line. Kesiannya derang. Dengan panas teriknya, pastu dengan penatnya. Pastu bila sampai FL xdapat medal. Sedih oiii. 

Plan asalnya hasben kite nak hantar. “Xpe la esok pagi i hantar la isteri i ke cyber”. Ecececeh. Katanyaaaa. Hahahah. Beria kata nak hantar konon xbagi kite drive pegi sana sensorang pagi2 buta. Bila dah sampai sana, kejut2 sekali ehhh, dia buat macam mengigau. 😂. Dah tuh tido pun pukul 3pagi. Kul 4.30pagi dah nak kene gerak. Bila kejut xbangun2, sudahnya kite terus gerak je. Orang dah la dah lambat. Kite sampai je rumah selepas berlari kat cyber, hasben kite tanya, “kenapa x kejut i. Sampai hati”. Wahhhhh, kenapa x kejut nyeah. Time tuh kalau campak mercun bola kat tepi telinga pun xsedar rasanya. “Aaahhhh sudah la domok. I dah kejut banyak kali dah. Lagi nak cakap kenapa xkejut. Esok i hantar la u. Harapan je semua tuh. Dah tau 4.30pagi dah kene gerak, tido kul 3lebih kenapa”. Pastu dia gelak2. “Memang nak tido awal. Dah tuh derang panggil meeting. Ada macam2 hal jadik semalam, tuh yang tido lambat”. Huuhhhh, aii is sentap. Terus kite naik atas mandi. 

Semoga apa yang jadi akan menjadi pengajaran buat kite. Training sya training. Jangan main redah dah. Lepas nie ada lagi few events yang kite dah registered. Siap ada event trail run lagi. Untuk trail kite xberani nak amek yang lebih dari 10km. Sebab lari kat trail dengan normal road adalah sangat2 berbeza. Lagi berganda penat, lagi berganda mencabar. Nervous pulak tetibe. 😂

Tuesday, March 28, 2023

:: Tanda Arah Qiblat Di Rumah ::

Masuk rumah baru, bagi kite,  bende yang wajib buat sebagai umat Islam adalah panggil mana2 pihak yang boleh tanda arah qiblat. Setuju atau tidak?. 

Ada sesetengah orang akan guna qiblat compass, qiblat finder untuk nak tentukan arah qiblat and etc. Bagi kite nak guna itu pun xsalah kalau kite dalam keadaan yang emergency. Macam solat dekat tempat yang xtau mana arah qiblat la. Tapi untuk arah qiblat dekat rumah, kite rasa better panggil yang lebih arif untuk mencarik and tanda arah qiblat dekat mana sebab confirm akan jadi more accurate. So xde la "terpesong" arah qiblat nanti kan. Kalau guna compass nie boleh jadi x accurate. Maybe yes maybe no. Sebab kite pernah try. Ada yang accurate, ada yang tidak. So untuk tidak jadi was-was, panggil je la yang lebih arif.

Kite pun search contact kat dalam group rumah. Sebab dah pernah ada yang share contact. Alhamdulillah jumpa. So pagi2 kite dah text nombor yang tertera dekat bisness card. Nama that person is Tuan Khairul. Kite setting time dengan Tuan Khairul bila dia free boleh datang untuk tanda arah qiblat rumah kite dekat setapak. Kebetulan on the same day kite text, Tuan Khairul free. Alhamdulillah. Tapiiii, ada tapinyaaaa. Tapi sebelum datang, Tuan Khairul kene tau jugak cahaya matahari masuk rumah sebelah pagi atau sebelah petang. Macam rumah kite cahaya matahari masuk rumah sebelah pagi, maka waktu pagi la waktu yang terbaik nak tanda arah qiblat dekat rumah kite. So sedang elok la dengan timing yang kite text dia.

Janjinya pukul 10pagi. Sebelum 10 pagi kiteorang dah sampai dekat rumah setapak. Dah tuh gombak dengan setapak bukannya jauh benau. Jiran "kampung" sebelah gitu. Sebelum bawak masuk perabot2, better la tandakan arah qiblat dulu. 

Okayh sebelum apa2 kite share dulu contact number Tuan Khairul just in case ada yang kebetulan nak mencarik jugak. So jangan risau and insyaAllah xkan ada rasa was2 sebab bukan sebarangan orang yang mencarik arah qiblat nie. Tengok la kat kad tuh. Dari Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor kut. And x semestinya boleh buat dekat rumah je, kat mana2 yang korang nak buat pun boleh.
             
itu la dia Tuan Khairul. Datang lone ranger je.

Alat2 yang digunakan. Siap pakai laser lagi.

Dah settled dah tampal arah qiblat. Alhamdulillah.

Kite tampal dekat setiap bilik dengan hall rumah. So ada 4 stickers all together.

Tapi kan kalau korang nak tanda untuk rumah baru, make sure kene ada tangga or kerusi yang tinggi. Sebab nak tampal sticker arah kiblat tuh kat belah atas. Rumah kiteorang dah la kosong lagi. Yang ada pun rak tv dengan tv je. Mana maunya nak panjat rak tv. Confirm la xkan sampai nak tampal sticker kat ceiling. Alhamdulillah la kite tergerak hati nak bawak kerusi untuk island table. Tapi x assemble lagi la kan. Kelam-kabut hasben kite pasang. Punya la nervous sampai tersalah2 pasang. Hahahaha. Kesian Tuan Khairul kene tunggu lama. 

Harga untuk tanda arah qiblat kat rumah kite adalah RM90. Ingatkan RM70 sebab kite baca kat group RM70. Kite rasa mungkin sebab sticker ada 4 kut. 1 sticker RM5. So sticker ada 4, xker RM20. Maka jadik la RM90. Mungkin la mungkin. Itu hanya andaian kite je. Kalau nak tau, korang tanya la dulu Tuan Khairul harganya. Hiks. Kite ok je dengan harga tuh. Xde pun nak kata mahal ke apa ke. Lagipun nak tanda arah kiblat kut, xkan la nak berkira kan. 

Lepas Tuan Khairul dah balik, hasben kite pasang lagi satu kusi. Dah alang2 satu kusi dah bukak katanya. Xkan nak biaukan lagi satu kusi dalam kotak.

Kemain ramai assistant hasben kite. Nak pasang satu kerusi je. Hahahaha.

Friday, March 24, 2023

:: Otomen Berkawat Satu Satu Hora Horey ::

 Anak bongsu kite suka nau menyusun toys dia. Ikut dan dia je la mana hala dia nak susun. Lepas susun, kalau sesiapa terlanggar ke, dia punya membebel, geram je dengar. Rasa macam nak kunyah je mulut tuh. Dah la dia punya bebel orang xpaham. Lepas tuh duk amboikan siapa2 yang langgar. Ehh ehhh, dia yang susun toys kat laluan orang berjalan, lagi nak amboikan orang yang langgar tuh. Yang xtahan tuh, kadang dia sendiri yang jatuhkan, dia yang mengamuk.

Dah la tuh, nak kemas dia xbagi. Sakit mata tengok toys berselerak merata. Dengan kadang terpijak toys2 dia. Sakit nak oiii!!. Bila dah kemas, dia punggah balik toys dia. Belum lagi toys dari bilik atas dia bawak turun bawah. Kadang kite sampai tahap malas dah nak kemas. Kite bawak naik toys, dia bawak turun balik. Kite kemas toys, dia punggah balik. Sudahnya, ahhh lantakkan kat situ. Biaukan merata toys bergelimpangan. Bila suruh dia clean-up, dia suruh kite balik. "Mommy clean-up". Ehh ehhhh. Tapi selalu memang dia clean-up sendiri. Kene cakap elok2 baru dia clean-up. "Ok mommy, baby clean-up". Kene la say thank you. And dia pun balas, "welcome mommy". Tapi kejap je tahannya clean-up dia tuh, kang tau2 dah berbaris balik dah semua toys dia. Hahahaha.

Nie haaa budaknya. Budak rambut kinting lesung pipit nan sebelah nie. Punyalah kinting rambut, pakai topi rambut me-megi ke kiri kanan. 😂

Masih setia obses dengan ultraman. Semua nama ultraman dia tau. Orbs la, taro, ribut, geed, zero, ginga, X, ehhh macam2 spesis nama ultraman la dia tau. 

Silalah layan gambar2 si ifan menyusun toys dia.




Eeiiii, geram la muka tuh.








Tido dengan otomen tapi tangan buat gaya spiderman. Cemana tuh ipan?. 😅

Asalnya dia tengok youtube kat tab abang. Bila kite keluar tengok2 eh awat dah jadi cenggini dah. Orangnya xtau pegi mana. Dia hantar wakil je sambung tengok youtube untuk dia. 

Ini paling rare la. Susunan another level omputih kata. 😂

Ada je la akal dia. 


Bila dia dah susun otomen dekat sofa cenggitu, sorang pun xboleh duduk kat sofa. Berani la alihkan otomen dia. Nak kene marah, try la buat. ðŸĪŠ

Tempat xkira mana janji dapat susun

Nampak garang tapi kuat merajuk. Salah sikit merajuk. Dah la merajuk yang susah nak pujuk.

Time nie merajuk sebab dia nak henfon kite tapi time tuh kite tengah mereply whatsapp. Dah cakap kejap. Sabar. Tapi jenis yang xleh nak sabar. Kalau nak satu bende, jam2 tuh jugek dia nak (okayh kite mengaku. Menurun perangai kite. 😅). Bila lambat bagi, apalagi merajuk la. Itu yang dia selubung kepala dia dengan grocery bag.

Kemain lama panggil baru la dia selak nampak muka.
Setelah dah berjaya pujuk. Kuat merajuk, susah nak pujuk, tapi bila dah x merajuk, terus lupa yang sebelum nie dia merajuk.

Sebenarnya kan, bila duk perhati2 perangai sorang2, anak2 lelaki kite banyak ikut perangai kite and qisya banyak ikut perangai hasben kite. 😅

Monday, March 20, 2023

:: Birthday Present In Advance ::

Kite pagi nie ada dekat sekolah anak. Bobot masuk darjah 1. 

Ok sambung cite. 

“Dy, aina abdul ada buat konsert bulan 11 tahun nie. Jom dy. Kire nanti tuh birthday present i la sebab konsert dia 18/11. Day after birthday i”.

“Ehh bukan ke nak ipad. Kalau nak pegi tengok konsert aina abdul, xyah la ipad”.

“Hah, jadik je ipad tuh?. Kalau gitu xyah la konsert aina abdul”

😂😂ðŸĪĢ😂

The next day.

“Dy, kalau dapat birthday present in advance pun macam best je kan. 👉ðŸŧ👈ðŸŧ. Nanti bulan 11 xde la u rabak sangat. Sebab qisya pun kan nak birthday present tab sama macam bobot. Kire i tolong u kurangkan cost la nanti bulan 11. What say u?”

Kalau pasal nak bagi alasan memang seketul falsya nie akal dia panjang. 😜

“Ye ker?. Boleh caya ker?. Nanti kang bulan 11 kang i kene scam dengan u. Alih2 kang ada lagi hajat di hati”

“Hahaha . Selamba je kata i scammer. Mana pernah i mintak apa2 kalau u dah bagi present in advance. U tuh yang scam diri u sendiri. Sebab nak jugak bagi something masa birthday i. Dah u bagi i terima je la. Lagi nak cakap i scam u”. 😂ðŸĪ­

Tetibe xlama tuh dapat text dari hasben kite. Dia forward link. Tengok2 link tuh adalah link ipad. ðŸ˜ą

Maka pada hari sabtu lepas, after pekene beriyani kat Kapitan, alih2 hasben kite pegi OU.

Anddddddd,

Ini dia. Ipad mini 6th generation. ðŸĨ°
Kite pilih color pink. Memula kite pilih color space grey. Time kat counter nak bayar sekali ada second thoughts. Sudahnya jadik pink. 😎. Hasben kite belanja sekali pencil. 😍.

 Bila tanya kat sales person tuh untuk ipad mini ada keyboard ke tidak. Elok je dia jawab xde, hasben kite dan2 cakap, “fuuh lega” sambil urut dada. Hahahaha. Dah la kawan tug dah belanja ipad mini dengan pencil. Pakej dengan screen protector and cover case. Lagi demand nak keyboard bagai. ðŸĪ­

Lepas tuh kite carik kat shopee ada pulak keyboard untuk ipad mini. Terus kite beli. 
Settled dah birthday present kite tahun nie. Alhamdulillah.

“Ipad mini nie dah cover semua hadiah u untuk tahun nie tau. Mahal oooi hadiah u”. 😅

Baiklah saya menurut perintah. 

Awalnya hasben kite suruh beli ipad yang besar tuh. Puas kalau nak tengok movie kat netflix katanya. Tapi kite xnak. Nanti nak bawak ke mana2 susah sebab besar. Xkan nak pegang je ipad yang gabak tuh kehulu kehilir. Lagipun bobot dah ada tab. Tab kan besar. Kalau nak yang besar, kite pakai je la tab bobot. Kite nak ipad mini sebab boleh masuk dalam sling bag or handbag. 

Thank you domok. Love u. ðŸĨ°ðŸ˜˜ðŸ˜

Baru2 nie pun kite ada belikan birthday present dia. Birthday tahun lepas tapi dapat tahun nie. Xpe la janji ada dari xde kan. Hihihi. Puas duk tanya nak apa nak apa. Kite kalau boleh nak beli something yang dia nak. Baru puas memakai sebab memang itu yang dia nak. 

Hasben kite nak jam. 

Ye. Jam G-Shock
Tapi jenis yang smartwatch.
Besar betul jam tuh. Cantik jugak walaupun strap dia color merah. Bukan merah yang striking. Acceptable pun color merah la.

Lelaki tau la jam nie model apa kut. Sebab ada 2 orang kawan laki kite duk teka model jam nie. Dua2 jawab betul. Kalau tanya kite, sama je semua. 😂😂. Nak yang made in Japan je. Xnak yang dari Europe. Kite ikutkan je la spec cemana yang hasben kite nak. Dia yang nak pakai. Bila hasben kite pakai pegi ofis, kaum2 dia ramai yang perasan. Mana taknya, baju kaler hijau, jam kaler merah. Mana la orang xperasan. Hahaha. Siap ada yang berhajat nak carik jugak. Katanya smartwatch (Garmin) yang derang pakai asyik problem itu ini.

Adoiii kite baru berhajat nak beli Garmin Forerunner 265. Hasben kite x setuju kite beli Garmin. “Kawan2 i semua yang mana pakai garmin semua ada problem. Sebab tuh i xnak u beli garmin. Kang pakai setahun dah macam2 problem. Garmin punya budak kat service centre sendiri cakap kalau 4tahun masih hidup lagi garmin kire terror sgt dah. Sebab jangka hayat garmin nie selalu xkan lama”. Hurmmmm, rasanya akan terkubur hajat nak beli garmin.

Friday, March 10, 2023

:: Pentingnya Troli Bila…… ::

 Bila……….

Kau duduk rumah tinggi2 or kau ada rumah tinggi2.

Setuju ke idok???.

Selama nie kite xpernah ada pengalaman duduk rumah tinggi. Ermmm, pernah la masa duduk dekat kem lok kawi sabah dengan kem genting klang (kl). Xde la tinggi mana pun. Tingkat 2 dari 3 tingkat. Itu kat kl, kat sabah xingat tingkat berapa sebab kecik sangat2 lagi. Itu xkire sebab kite xtau the struggle nak angkat barang dari parking bawah rumah sampai ke tingkat atas. Skang nie bila umur dah nak masuk 4 series, yang baru nak merasa duduk rumah tinggi2 nie, walaupun x duduk permanently dekat rumah setapak tuh, merasa la jugak struggle nak angkat barang dari kereta sampai la naik floor rumah masa nak cuci rumah few weeks back. Dengan anak2 kecik lagi. Seksa jugak nyeah. 

Time tuh anak2 pun kene jadi mangsa angkat barang. Tangan kiri kanan penuh barang, mana nak handle si rambut kinting lesung pipit nan sebelah kite tuh lagi. Susahnya. Itu baru time nak cuci rumah. Belum lagi masa nak pindah masuk barang nanti. Belum lagi kalau ada beli groceries. Salute la dengan orang yang duduk rumah tinggi2 nie. Kalau bujang mungkin ok lagi. Tapi kalau yang dah berkeluarga dengan anak2 kecik, tinggi betul iman dan kesabaran korang. Hihihi.

Itu yang kite suggest-ed dengan hasben kite beli troli. Tapi bukan troli yang macam dekat ofis selalu guna tuh. Hiks. Lain la sikit kan kalau beli wagon troli tuh instead of troli ofis. 😎. 

“Kat decathlon ada kan troli tuh?. Nanti kite pegi tengok”. Bila dah pegi decathlon and tengok troli tuh, tanjat hasben kite masa tengok harga. “Mak aii mahalnya. 300lebih untuk troli cenggini je. Apa nak jadik”. Kite mampu gelak je la. Dah tuh, dia ajak pegi tengok dekat decathlon. Jangan expect la yang harga troli tuh 100lebih. Memang la banyak barang kat situ murah2 tapi kalau barang macam wagon troli tuh, yang berbesi bagai, mana mungkin la murah harganya.

“U la yang nak tengok kat decathlon. I dah cakap dah kat shopee banyak je jual wagon nie. Bezanya mahal dengan murah, tayar lebo dengan xlebo, dengan pilihan color nak pilih yang mana je”. Last2 hasben kite akur. “Ok nanti survey la kat shopee. U kan pembeli tegar barang2 kat shopee”. Ehh, sempat lagi perli nyeah. 😝

Bila dah survey, dah hantar proposal and tunggu approval dari hasben kite (kene la mintak approval, hasben kite kan menteri kewangan dalam family. Hahahahaha). Dia kata “ok, proceed” je, apalagi, terus cargas la aii check out wagon troli tuh. Huahuahua. 

 Bila dah order-ed, so kene la tunggu barang sampai.

 

 Besau jugek kotaknya. Mujur la x delivered kat ofis. cemana la kite nak hangkut dari floor kite sampai ke parking.

 

Siap dapat beg untuk simpan troli lagi. Lebau kan tayar dia. Kite beli wagon troli yang tayar dia 8 inci. Nampak la sikit gagah perkasa kan masa nak letak barang nanti. Kat seller yang kite beli ada yang 5 inci. Itu lagi murah dari yang 8 inci. Tapi troli tuh size dia kecik sikit. Maximum berat yang 5 inci troli boleh tampung pun beza dengan troli 8 inci.

Yang 8inci nie boleh tampung maximum berat 100kg kalau xsilap. So dah alang2 membeli, better go for trolley yang boleh tampung maximum weight yang paling berat kan. Since hasben kite pun dah setuju untuk yang troli 8 inci tuh, xyah cite banyak la, check out kan je la terus.

Nampak gagah perkasa kan. Nampak sturdy. Besar pun besar.

Wagon nie takat nak sumbat anak2 kite xde hal la. Still nampak kukuh lagi. Xde la tiga2 sekali naik tapi. Ikutkan boleh la gamaknya kalau nak sumbat tiga2 anak kite dalam tuh since maximum weight yang wagon troli nie boleh tampung 100kg kan. Tapi tah la, kite pulak yang rasa seram. Hahahaha. So kite cakap 2 orang je boleh naik. Tah2 wagon nie lagi banyak guna untuk angkut anak2 kite kalau berjalan kat mall dari guna untuk angkut barang dari kereta ke floor rumah. Sebab bila keluar, bobot asyik la bising, xlarat la, tired la, my feet hurt la.

Ifan memang kompom xkan bergerak la kan, so kakak dengan abang la yang kene gilir2. 1st day sampai wagon troli nie, hasben kite duk main dengan anak2 dia. Dia buat wagon troli nie dah macam roller-coaster. Tolak ke depan dengan ke belakang laju2. Ke depan dengan ke belakang je la mampu sebab mainnya dalam rumah kan. Hihihi. Suka la anak2 daddy layan main cenggitu. Riuh rumah. Ifan pulak asyik duk, "more daddy more". Sampai mengah apaknya. "Ok dah. Kita take a break. Daddy tired". Hahahahaha. 

Total damage untuk wagon trolley nie adalah RM261.20 include postage. Postage bapak mahal. RM23.60 harga postage.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...