Friday, April 26, 2024

:: Sedih Nau Nau ::

 Tah bila tah. Si ipan tetibe menangis teresak2. Ingatkan kenapa. Rupanya sebab tengok cite Mechamato?. Whatttt??. Apo nie ipan. Mechamato je pun. Hahaha.

Dia menangis sebab si budak Amato tuh jatuh. So dia ingat Amato dah mati. Halah halah halah. Mende la ipan. Kelakar. 😂😂. Xpernah2 dia gitu. Selalu duk gelak and bagi orang gelak. Ipan nie pak lawak sebenarnya antara 3 beradik. Ada je bende kelakar yang dia buat. Sebab tuh la kite terkejut bila dia menangis disebabkan tengok cerita Mechamato. 😅

Nie haaaa. Beria sangat laaaahai. Hahahaha.

Kite kan sebenarnya masih lagi lemau nie. Penat berjalan xhabis lagi. 

Kite pegi holiday dekat mana?. Ok la kite bagitau la. Walaupun ada yang xnak tau, tapi apa kisah. Kite nak bagitau jugak. Wakakakkakaaka. 

Kiteorang pegi,
Tengok pokok sakura dekat Jepun. 

Yang amekkan gambar tuh kan, orang jepun kat sana. Ada sorang brother nie approached hasben kite yang tengah struggled setting camera untuk snap gambar kiteorang. Alih2 brother jepun nie offered nak amekkan gambar the whole family. Halah baiknyaaaaa. Lepas tuh beria dia shaked hand ala2 brother2hood dengan hasben kite. Kiut. Hahahahhaha.

Cuaca dekat sana sejuk. Tapi tengahari xde la sangat sebab ada matahari. Pukul 3petang menjelang malam, sejuk gila. 15-17degrees kut. Kite jenis suka sejuk tapi kite xtahan sejuk yang berpanjangan. Yelah cemana pun kite nie orang Malaysia. Cuaca iklim kathulistiwa. Ehh ye ker?. Aahhh lantokkan ler kat situ. Kirenya dah biasa panas, sejuk pun sejuk mana je. Kalau sejuk pun sebab aircond. Tapi lepas sejuk panas balik. Haaa gitu la. Kite sampai demam la kat sana. Sakit tekak selesema batuk semua cukup.

Kat sana banyak berjalan, banyak naik train. Kiteorang x amek tour guide. Jalan sendiri2 je. Itinerary semua hasben kite buat. Terror kan hasben kite. Kite puji hasben kite. Hebat betul dia. Just berpandukan google maps and tah ape bende tah lagi 1. Kami dapat pergi ke destinasi2 yang hasben kite plan. Cumanya xlarat la nak berjalan. Pernah kite berjalan dekat 15km tau. Itu masa pegi disneyland dengan disneysea. Giloooo. Kalau kat Malaysia, nak pegi kedai depan rumah pun drive kete. Maleh nak berjalan. Kat jepun sana, sebelum keluar dengan selepas balik, masing2 sapu minyak panas. Hahahaha. 

Anak2 kite siap xnak ikut keluar. Sanggup lagi stay dekat hotel. 2 kali la kiteorang tinggalkan derang. Itupun pegi dekat2 hotel je. Every 15minutes kite duk call derang. Bukan saje2 tinggal sebab nak berdating, tapi anak2 memang derang xnak ikut. Sanggup lagi duk hotel main game. 😂.

Nanti la kalau rajin kite cerita perihal jepun. Cuma 1 je la yang kite rasa xsedap nak dengar bila dah balik dari holiday. 

Ada jugak nyeah orang mempertikaikan cost2 kiteorang ke jepun. Orang terdekat xsure la ada ke tidak sebab xde dengar apa2. Terus-terang je la nyeah. Budak ofis hasben kite. So called kaum dia la kat ofis tu. Dept lain bukan dept ICT. Hasben kite cerita la mangkuk kedaung tuh duk bercerita belakang2 hasben kite. Mangkuk kedaung tu cerita dekat kawan2 derang sesama sendiri la. Kawan dia duk menyampai balik kat hasben kite.

“Banyak belanja nak ke jepun tuh. Bukannya murah. Banyak nyeah duit iwan. Mana dia dapat duit banyak2 tuh. Gaji dia manager skang “sekian2” je kan”. Yakin sangat kan kau bila nyebut gaji laki aku sekian2. Aku bini dia pun, dari awal kawen, sampai sekarang, aku xpernah tau gaji laki aku berapa. Apa kau ingat manager ke bawah xmampu ke nak bawak anak bini holiday overseas?. Halah, jepun je kut. Xkan iwan gie jepun pun nak dengki. Ramai lagi mampu pe. Memang la xmurah mana, tapi tidak la semahal kalau pegi Paris ke, round Europe ke. Oooo kirenya yang layak bawak anak bini holiday overseas nie hanya HOS ke atas je la nyeah. Ok ok. Paham paham. Level manager macam laki aku ikutkan xmampu. Mana la mampu ye dok. Ye lah kan. Manager je. Kau laki bini HOS kan. Tapi kan kenapa kau yang HOS nie xde pulak gaya macam nak bawak anak bini holiday overseas nyeah. Kata mampuuuuuu. Tapi kalau nak bawak jugak bercuti, jangan la pegi bawak holiday takat ke S@£&) je. Kap pung kap!. Hahahaha. Itu level kerani pun mampu. Ehh apa pulak, even skang level kerani pun mampu pegi Korea tau. Kau HOS takat S@£:& je. Malu weh. Kannnn. Kata HOS. Yang S&@£: tuh pun tah bila nyeah nak pegi. Ehhhh. 😏😜. 

Geram je. Tahap marah bila dengar tuh sampai tahap nak bagi salam jari tengah or letak emoji jari tengah je. Apa lagi yang kau nak tomah laki aku belakang2. Ini bukan 1st time kau tomah. Tapi kau tomah berani belakang2 je la. Sebab aku tau kau xberani nak tomah depan2.

You are too much la brader!. Too much!. Know your limit la brader!. Do not try to cross the line!. 

Lelaki buat cara perangai lelaki la. Kau xboleh nak tengok orang lebih dari kau, berlawan cara sihat. Ini x, kalau kawan2 lebih sikit dari kau, hah mulalah kau tomah macam2. Tapi kalau kau buat, ehh xpe. Padahal bende yang kau buat tuh, sama dengan benda yang kau pernah tomah kawan2 kau nie. Bila kena perli, ehh sentap pulak. Dasar bitchy perangai!. Cukup la kawan2 kau melayan peel bini2 masing2 kat rumah. Kat ofis nak kene melayan perangai kau yang mengalahkan perangai bini masing2. 

Jangan pernah nampak apa yang orang ada la weh. Xboleh ke kau kaji and tengok sikit struggle orang tuh untuk adakan apa yang dia ada. Ke bodoh lagi xboleh nak paham ayat bahasa melayu. 

Ikutkan kite ada banyak bende nak cakap. Tapi tuh la, kite xtau siapa pembaca blog kite nie. And kite tau ada je budak2 ofis hasben kite yang baca blog kite. And sebab itulah kite tengah struggle gila nak control jari2 gemok kite nie untuk tidak mengeluarkan ayat2 carutan dekat mangkuk kedaung tu. Tapi yang mana dah terkeluar tuh, baca sambil lalu la ye. Kite sampai tahap cakap dengan hasben kite xyah la kawan dengan orang macam tuh. Toxic!. Xbagi manfaat pun. 
 
Ikutkan hati berbakul aku nak maki kau dalam nie. Sumpah banyak gila. In fact aku dah karang dah tapi aku delete balik. Apa yang aku bagi dekat kau belah atas nun, itu baru sikit je nyeah. Mukadimah baru tu. Itu pun aku rasa dah boleh buat kau sentap. Perangai kau kan kalah perempuan. Kau laki la jangan jadi bitchy sangat perangai boleh x sokmo nak merajuk sokmo nak sentap dengan kawan2 lelaki. Muka ajet2 bengis tapi kuat merajuk. Wekkkk, malu la oiii lelaki kuat merajuk dengan kawan2 lelaki. Wehhh, aku nie perempuan pun xde nak merajuk la dengan kawan2 perempun aku. Nak merajuk, merajuk dengan bini la woiiiiii!. (Haaa kan. Dah la sya. Stop. Xyah nak edit2 dah. Kang tah apa2 ayat yang keluar).Tapi sebab aku ikut akal, terus xjadi. Sebab yang akan kene tempiasnya bukan aku tapi adalah hasben aku. So aku amek pendekatan untuk “hold your horses, hold your horses”. Hahahaha. Nasib kau baik bro sebab aku masih boleh berpikir. Masih boleh nak control emosi. Ikutkan hati memang xlah sebab kau memang dah melampau la aku rasa.

Ok la. Better la kite stop skang. Lagi lama jari atas keypad phone nie, lagi rasa macam nak memaki. Yihhhhhh!. 

Monday, April 8, 2024

:: Freezer Udah Sampey ::

 Sabtu lepas sampey udoh upright freezer kite.

Besar jugak. Ingat kecik je. Dalam bilik stor duduknya.

Korang, kalau korang ada terpikir nak beli freezer kan, kalau berkemampuan, kite suggest untuk korang amek la jenis upright freezer nie instead of chest freezer. Kalau dah ada modal untuk chest freezer, kumpul la sikit lagi duit untuk beli upright freezer. Sabar yang sekejap akan memudahkan kite untuk selamanya. Gittuuu. Hahahahaha. Untuk meniaga lain cerita la.

Sebelum nie kite dah pernah pakai chest freezer. Bagi kite cukup susah nak amek barang/makanan. Kalau yang dekat belah paling atas senang la. Ini kite cite kalau nak amek yang dekat belah bawah. Memang akan ada aksi menggali. Itu pasti. Kalau freezer xpenuh xpe. Ini cite dia kalau freezer penuh. Seksanya lahai. Itu yang kite let go chest freezer, tukar dengan upright freezer. 

Upright freezer nie ada compartment.

 

Macam nie haaaa.

So senang untuk korang letak, dan senang jugak untuk korang amek. Siap boleh asingkan lagi. Ayam satu tray. Or maybe ayam dengan daging boleh sekalikan. Aiskrim satu tray, seafood 1 tray. Ikut mengkome ler nak susun cemana.

Hasben kite suruh amek brand LG. Tapi kite xnak sebab LG xde compartment yang bertutup. Dalamnya jenis open. So agak potong sikit kat situ sebab kite nak yang bertutup. Sudahnya kite amek ELBA. Janji upright freezer. Bagi kite sama je semua. Hihihihi.

Pastu kan, kite ada beli mini firdge.

Saje gatal padahal dekat rumah ada je mini fridge.

Comellllnyaaaaa. Comel kan. Kite beli sebab nampak ala2 retro. Plus kaler dia kuning yang cantik. Tapi yang xbestnya mini fridge nie, kepala plug dia je la. Kepala plug bukan type Malaysia. Type negara China. Rasanya la sebab mini fridge nie lahir kat sana. Kihkihkih. So kene pakai plug adapter.

Dah lama duk usha mini fridge nie. Bila nak beli alih2 kehabisan stok. So bila seller dah restock, kite takat add to cart je. X check out pun. Kite start check out bila nampak yang stock mini fridge nie tinggal 6 je. Itu yang menggelupur check out kan tuh. Ghisau timbul penyesalan bila stock dah habis.

 

Sukanya kiteeeeeeee. Comelll gila.

Ini belah dalam. Luas jugak. Makin penuh la eskrem. Sebelum nie macam xberapa sangat nak letak eskrem sebab compartment "freezer" mini fridge yang lama agak kecik dan macam xsesuai.

Beli kat mana?. Kite beli dekat shoppe. Biasalah mana lagi. Kata pun queen of shoppe. Hahaha.

Yang lama kite nak bagi mak kite. Hasben kite xleh kata apa. Mampu geleng kepala je. Mungkin dalam hati, "aku bagi duit, beli la bende yang berfaedah sikit. Benda yang dah ada dibelinya".

Kihkihkih.

 Link Mini Fridge.

Kut la kalau ada yang minat. Last kite tengok, stok tinggal 4 lagi. Cepattttt gais. Ngeeee.

Friday, April 5, 2024

:: “Anak2 Yang Nak” ::

Jap2, sebelum tuh kan, sementara tengah ingat nie. Kite nie kadang ada masalah tido tau. So semalam pukul 2 pagi kite x tido lagi. Sekali hasben kite bangun then dia pegi toilet. Pastu bila dia dah keluar, sambil2 dia baring kat katil tuh, tetibe je dia bersuara,

"Ehh makcik nie xtido lagi. Tido la makcik. Oooo makcik. Tido"

Pfftttttt!.

Pastu tetibe hasben kite cakap, 

"Dah la masuk dalam mimpi i. Pastu merajuk pulak tuh. Cuba la kalau masuk mimpi i tuh jangan merajuk. Rugi je mimpi. Kalau goda2 xpe la jugak. Sayang la jugak nak bangun. Itu yang, ahhh keluar dari mimpi la gitu kalau masuk mimpi pastu nak merajuk". 

Bongoknyaaaaaaa. Hahahahahhaa.

 Then kite tanya la pasal apa merajuk, mustahil la xde sebab. Kite xkan merajuk kalau xde sebab hokeyh.

"U merajuk sebab toilet. Xingat pasal apa tapi pasal toilet la"

Hahahahahhaa. Pasal toilet???. Yih, yang bukan2 la mimpinya pun.

Wehhhh, tergelak2 kite. Kuat sangat ke kite nie merajuk sampaikan dalam mimpi hasben kite pun kite merajuk. Wakakakaka. Tah la, kite rasa kite x kuat merajuk tapi kite senang nak merajuk kalau ada benda xkene kat hati. Kalau gitu kategori kuat merajuk ke. Hurmmmm.

Ok dah itu je. Sambung cerita.

 Selamba je gunakan anak2. 

“Anak2 yang nak. I mesti la kene tunaikan.” 🙄.

Padahal anak2 xtau mende pun. Apaknya yang lebih2.

Dah lama dah hasben kite kata nak beli kerusi untuk meja study anak2 kiteorang. Kite dah cakap dah beli kerusi yang biasa je. Xyah nak beria nau beli kerusi gaming bagai. Tapi setiap kali itu la jawapan dia.

“Anak2 yang nak. I nak buat cemana. Xkan la i sampai hati xnak tunaikan hasrat anak2”. Ehhh ehhhh ewahh ewahh.

Pastu baru nie dia forward dekat kite link kerusi2 gaming nie.

Suruh kite pilih kerusi untuk anak3. Anak3?. Iyeeee. Si ipan pun dapat. Baru 4tahun. Mana datang kerja sekolah tah. 😅. Kakak dengan abang logik la nak gunakan untuk buat kerja sekolah. 

“Kesian ipan. Nanti kang ipan cakap dia nak jugak cemana. Haaa haaaa. Kang dia tanya, ipan punyaaaa mana?. Haaaaa, nak jawab apa nanti”.

Haish.

Ikut u la.

Elok je kite confirm kan mana kerusi untuk setiap anak, dia terus beli.

Kebetulan masa J&T nak datang hantar barang, kite MC. Demam batuk bp low semua cukup.

Mujur la kite ada. Kotak dah la gabak2.

“Banyak borong kak. Sampai sekali 3 kotak besar. Berat2 pulak tuh”

Kite gelak je.

“Anak 3 orang, itu yang 3 kotak tu”.

“Oooo patut la”.

 Masing balik sekolah je, kemain excited.

Dan2 tuh nak bukak. Padahal nak waktu berbuka dah tuh. 

Beria si adik nolong abang. 

Kite mulakan dengan ipan la.

Nie kerusi ipan. Memang daddy ipan purposely belikan ini sebab selain ultraman, ipan peminat spiderman. Itu yang ipan dapat kerusi spiderman. 

Happy sungguh la dia dapat kerusi spiderman.

Ini kerusi bobot. Kerusi bobot nie kerusi black panther. Wakanda forever. Hahahaha. Abaikan la bakul baju dengan baju2 yang berlipat dekat belakang tuh. Time nie kite tengah menggosok plus melipat baju. And itu la port kite sambil2 buat kerja sambil2 tengok netfix.

Tuan punya kerusi. 

Hasben kite sempat pasang 2 kerusi je sebelum berbuka. Qisya punya kene tunggu selepas berbuka. So selepas berbuka sambung pulak pasang kerusi qisya.

Kerusi sendiri kan, kene la tolong daddy pasang.
Gigih apaknya nak pasang kerusi anak. Hihihi.

Nie kerusi qisya.

Kerusi qisya nie yang paling high-end sikit la compared with the adik-adik. Anak sulung kena la up sikit dari adik2. 😎. 

Pastu kan kite ada belikan qisya dressing table. Nanti la bila dah assemble nanti kite tunjuk. Baru je sampai semalam. Xsempat lagi hasben kite nak pasang. 
Nie haaaa rupanya kalau dalam gambar. Alah yang biasa2 je. Simple je kan. Kecik je. Janji cermin ada lampu. Lagipun baru 11tahun. Size ini pun dah ok sangat dah. Asalnya nak belikan cermin yang ada lampu LED tu sahaja. Sekali scroll2 ternampak dressing table nie. Ehh better beli terus dressing table. Siap ada lampu LED sekali.

Pastu kan kite ada belikan mak kite portable fan. Punca kite belikan sebab mak kite cerita yang dia tido lambat sebab rumah blackout. Lama jugak la blackout. Bila tanya kenapa x datang rumah, ada je alasan dia. Pastu esoknya blackout lagi. Memang ada problem apa tah. Mak kite cite la awal2 dia kipas2 je pakai paper. Bila lenguh tangan, dia keluar rumah. Saje la pusing2 area kawasan rumah, ramai kawan2 dia duk depan rumah pegang portable fan tuh. Terus kite terasa macam nak belikan jugak untuk mak kite. Mak kite xsuruh beli pun. Tapi tah la, bila bende2 gitu keluar dari mulut mak kite walaupun niat dia just nak bercerita, kite ada 1 perasaan yang “aku kene belikan jugak untuk mak”. Haaa gitu la. 
 
 
Terus “queen of shopee” search dekat shopee. Asalnya nak beli portable fan yang standing tu. Alah yang boleh adjust nak pendek, nak panjang, nak sedang2. Tapi tah la rasa macam kipas tuh xpower. Macam biasa2 punya kipas. Hahahahaha.

Scroll punya scroll punya scroll alih2 ternampak 1 kipas nie. Baca review semua kata ok. So apalagi, add to cart then terus checkout kan ler.
 

Nie haaaa dia. 

Tapi memang power la. Kipas dia walaupun kecik comel tapi angin kuat gila. Sturdy pun sturdy. Memang portable fan yang sangat ada kualiti la. Bukan yang cikai2 punya barang.

Lepas nie mak kite xkepanasan dah kalau blackout. Hihihi.
 
Mak kite kan, sebut je la apa yang nak, apa yang rosak, apa yang teringin, apa yang xkene, apa masalah, tau2 nanti sampai je barang, tau2 nanti settle je semua.

Baru nie tv mak kite rosak. Terus dapat tv baru. Esok baru sampai. Sampai sekali dengan upright freezer kite. Pastu kite hampir nak belikan untuk mak kite washing machine. Washing machine mak kite menuju nak rosak. Mujur la kite xbeli lagi korang. Kite dah add to cart dah washing machine. Tapi x checkout lagi sebab time tuh ada something kite nak buat. So nak buat payment tuh ter-delay sikit. Esoknya mak kite call mintak tolong hasben kite pasangkan paip washing machine. Rupanya kakak kite dah belikan dah. “Nasib baik adik xbeli washing machine jugak untuk mak. Adik dah nak beli dah tapi xsempat nak bayar lagi. Kalau tidak mak ada 2 washing machine. Dah boleh bukak kedai dobi”. 😂

Kan nak raya nie. Sedar x sedar kite dah ada 6 pasang baju raya. Hahahaha. Gaya macam raya beria jeeeee. Padahal baju raya kalau pakai pun takat raya pertama je. Tapi kite beli xde la yang glamour2 pun. Baju kurung biasa dengan kebarung labuh je. Kire kalau nak pakai pegi ofis tuh xde la segan nau. Beli kat tiktok shop je tapi. Cepat terpengaruh kan. Gittu ler. Murah oiiii. Dengan mak kite pun baju dah berpasang2 jugak sudahnya. Sebab bila kite beli untuk kite, kite belikan sekali untuk mak kite. Ada la 2-3 pasang baju kite belikan untuk mak kite. Pastu 1 jubah putih untuk mak kite pegi majlis khatam Al-Quran.

Ok dah. Better la stop skang. Kite nie dah la suka melalut2. Lagi panjang lagi nanti.

Thursday, April 4, 2024

:: Bila Genting "Belakang" Rumah ::

Ada 1 weekend lepas, anak3 kite xde rumah sebab ikut mak kite pegi berbuka rumah kakak kite no 3 kat Alam Impian nun. Pukul 2lebih petang derang bergerak. So tinggal kite berdua je la dengan hasben kite. Dari pagi sampai ke pukul 3 petang gitu hasben kite xde. Dia bizi menghantar kereta sana sini. Memula hantar kereta dia pegi bengkel. Tah tukar apa bende tah. Dah hantar kereta dia, kite fetched dia kat bengkel, dia hantar kite kat rumah, pastu sambung pulak bawak kereta kite pegi repair tayar. Dah tuh, bini asyik duk complain kata bila drive kereta rasa “membuang”. Pastu enjin bising bila on aircond. Itu yang hasben kite bawak pegi kedai tayar. Haish, bini iwan nie tau complain je. Mua nau kan pangai dia. Ngoder je. Haish. Nak buat cemana, kitonyo manjo!. Hahaha. 

Bila berdua, berbuka pun berdua je, tetibe hasben kite bagi idea. Dingajaknya kite pegi GPO wak. “Kata nak carik luggage. Jom la pegi GPO". Terbuntang mato den donga GOP. Apo tiber GPO nie. Last minute sangat plan nie. Ingat nak ngajak gie berbuka kat mall. "GPO kan belakang rumah kite je”, bak kata suami saya bila tengok muka terkejut saya. Hahaha. Pegi sana semata nak mencarik luggage. “Ok i dah google. Kompom kat GPO ada butik Samsonite. Alang2 kite berbuka sekali kat sana”. Maka, moh ler kite. Toktektoktek, pukul 6.30petang baru bergerak dari rumah.

Setengah jam udoh sampey. Xramai orang masa kiteorang sampai. Xramai orang as in memang xramai. Ketenangan teramat. Dah macam pegi time weekdays.

Xtau la ramai yang dah balik ke, atau memang weekend tu xramai. Bila tanya adik2 yang kerja situ, derang cakap memang xramai. Ye lah, ikutkan mana gaji lagi masa kiteorang pegi. Maybe weekend baru nie ramai la gamaknya sebab masing2 semua dah gaji.

Xde shopping sangat pun. Memang beli luggage je. Xmeriah shopping macam selalu kalau pegi GPO. Ngeeee. Gamaknya sebab kite dengan hasben kite nak simpan mood shopping masa pegi bercuti nanti kut. Hihihi. “Dy, belanja i purse dy. Boleh?. Purse i dah teruk betul kejadian. Xleh nak katup purse sebab lubang button dah loose. Pastu habis merah2 purse i sebab terkena lip tint. Tengok nie (sambil tunjuk purse. 😂)”. Selalu hasben kite setuju je. Tapi tidak pada time tu ye, “laaaa kan nanti nak pegi sana. Beli purse kat sana je la”. Ehhh. Ye ker?. Gitu ker?. Dah suami offer, kite sebagai isteri xboleh ingkar cakap suami. Dan2 la part tuh kau x ingkar nyeah. Muahahahahahahaha. 

Xpaham kenapa lubang button purse kita tuh boleh loose. Nak kata banyak cash, kite memang xsuka simpan cash banyak2 dalam purse sebab mesti akan cepat habis. Tebal sebab duit syiling la gamaknya kan. Kihkihkih. Kite malas nak pegi ATM withdraw duit. Malas sungguh!. Hasben kite la selalu jadi mangsa. “Dy, ada cash x?. Pinjam dulu 10/20/50hengget. Nanti i transfer dekat u”. Hasben kite bagi memang bagi tapi ayat dia, “eleh transfer konon. Kemain lagi mengayat. Dah berbelas tahun dah, kalau ada ayat transfer tuh memang akan senyap je la sudahnya”. Wahahahahahahaha. 😂. Mujur la skang, kebanyakan tempat dah boleh bayar guna QR. Even food court kat office kite bayar pakai QR. Memang lagi la xde cash sangat dalam purse

Dan ayat balas kite selalu adalah seperti ini 👉ðŸŧ “Xbaik tau dy. Sebab u selalu xberkira dan selalu sangat menggembirakan isteri u dengan anak3 u la, rezeki u selalu murah tau. In a way, i kan tengah tolong u “rolling”kan rezeki u nie”. 😇

Ingat hasben kite akan senyap ke?. Ehhhhh, mesti la tidak. Ayat balas standard dia 👉ðŸŧ “aah memang pun. “Rolling” rezeki i yang xsudah2. Minggu nie i “rolling” rezeki i untuk u “rolling” balik rezeki i untuk minggu depan. Berapa kali “rolling” tah”. ðŸĪ­ðŸĪŠ. Alaaaaa bukan memang kene cenggitu ke?. Hahahahaha. Baru je itu hari kite tolong hasben kite “rolling” rezeki dia lagi. Sebab dia belikan kite upright freezer. Weekend nie sampai la. 😜. Sebelum nie dah ada dah chest freezer. Tapi susah betholllll nyeah nak amek barang/makanan kat belah paling bawah. Kite baran tau wak. Hahaha. Sudahnya apa yang ada dekat bawah mengeras dengan ketulan2 ais. Know know expired sebab malas nak mengorek. Even nak amek yang kat belah2 tengah pun susah. Ehhh, kan kite dah cakap kite baran. Hahaha. Lepas tuh start dah la merengek2 dengan hasben kite. Itu yang sudahnya dapat upright freezer. 😎

sales person samsonite tengah buat QC.

Sebenarnya kan, kalau ikutkan, hasben kite baru je beli luggage few months back. Luggage 3 beradik. Nie nak tambah “adik-beradik” lagi. Sebabnya, kan kami satu family nak bercuti. And hasben kite menjangkakan luggage akan beranak-pinak bila kat sana nanti. Xkan nak beli luggage kat sana katanya. Mahal. So itu yang beli lagi luggage tu. Maka beli la lagi luggage 3 beradik. So skang luggage dah ada ramai adik-beradik dah. 6 beradik semuanya. Belum campur lagi luggage yang sedia ada. Dah boleh buat 1 team bola. Hahahahaha. Pastu ada la beli sandal untuk anak2. Itu je la pun. Nak beli baju2 untuk anak3, tuan punya badan xde.

Kemain beria orang tua nie. Dibelinya sarung luggage, rubber untuk tayar, pastu penimbang luggage tu. Senang nak timbang kat sana katanya. Takut terlebih muatan masa nak check-in luggage. Haaaa tau pun ghisau. Hihihi. 

Pastu,

Dah settled dah international license. Ingatkan hasben kite je yang buat. Kite takat teman je. Alih2 sampai kat UTC Sentul, dia suruh kite tadah muka untuk amek gambar, and dia mintak IC dengan lesen untuk dia fotostat. Lah, dia buatkan sekali untuk kite ke. Untuk nak buat international license nie xsusah pun. And process dia sekejap je. Rasanya 10minit gitu je. Menunggu untuk nombor giliran kat JPJ pun xlama walaupun 2 kaunter je bukak. Kiteorang pegi hari sabtu. Harga untuk buat international license adalah RM150.

Trip nie adalah 1st overseas trip untuk ipan. Segala2 1st time la. Ye la ipan kan lahir tahun pkp. Elok 2minggu kite start kerja, terus pkp. Dengan xboleh travel ke negara luar almost 2 years. Tahun lepas rasanya border baru bukak. Ehh ke sebelum tuh lagi dah bukak?. Tah la xingat. Itu yang umur 4tahun baru boleh merasa. Tapi ok jugak bawak bila dia dah besar nie. Walaupun bila dah besar nanti kemungkinan dia xakan ingat, but at least current time yang dia pegi tuh nanti, dia akan enjoy the trip la. For sure dia akan happy and enjoy the moment.

Nie haaa budak tuh haaaa. Asal hantar daddy pegi airport, asyik la cakap ipan nak naik aeroplane. Ok sabar ye ipan, lagi beberapa hari je lagi. Budak nie bakal2 akan selalu jadik peneman tido kite. Hasben kite bakal2 akan kerap outstation. Itu yang sebelum dia kerap outstation, dia bawak kiteorang pegi berjalan dulu. Trip beli jiwa namanya. Hihihi. And bila ipan jadi peneman kite, memang katil kite automatic akan bertukar jadi kubu perang. 

Mana la xjadi kubu perang, katil kite tinggi wak. Tinggi2 pinggul kite, sikit lagi nak sampai pinggang. Kite nak naik katil pun kene berjengket. Dah tu pendek kan. Hasben kite ye la xde masalah sebab dia tinggi. Tapi ipan lagi kelakar. Nak naik katil sikit punya struggle. Comel bile tengok dia nak naik katil kite. Meloncat2. Hahahaha. And si ipan nie pulak tido lasak sangat. So kite risau dia jatuh. Sedangkan jatuh katil kakak pun sampai benjol2 kepala. Kalau jatuh katil kite, xleh bayang la cemana.
Habis keliling penuh bantal. Segala sudut kite sendal dengan bantal. Belum kat lantai lagi. Kusyen couch kat hall atas semua kite angkut bawak masuk dalam bilik susun kat lantai. Ghisau weh. Tido pun xlena jadiknya. Biasalah mak2 dengan overthinking kan berpisah tiada.

Sabar ye ipan. Lagi 8 hari je lagi. Kakak dengan abang pun excited. Cuma skang yang merisaukan kite adalah, bobot tengah xsihat. Kite pulak batuk dah almost 2 weeks and baru je baik demam. Ipan macam dah start batuk2. Ermmm, get well soon anak2 mommy.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...