Wednesday, November 13, 2024

:: Ujian Buat Semua Yang Terlibat ::

Termasuk la ujian yang membaca nie. Larh tiberh!. Hahahahaha.

30 September 2024. Hari isnin.

Tarikh kite accident.

*Setelah beberapa hari kite post cite nie. Baru la perasan yang kite eja brake salah. Brake sya oiiii brake. Kau break kan brake tuh dah kenapa. Kau siapa?!. Kau tinggal sini ke?!. 😂. Kau nak break dengan siapa. Ingat zaman2 dulu ke, “kite break! Kau terlalu baik untuk aku!.”. ðŸĪŠðŸ˜‚ðŸĪĢ. Biasalah, dah lama x berkarya kat sini. Terasa nervous pulak. 😛.*

Keluar pagi macam biasa nak hantar qisya dengan bobot pegi sekolah sebelum pegi office. Pukul 6.35 pagi dah keluar rumah. 6.45 pagi kejadian berlaku. 

Lokasi kejadian dekat duke highway. Selepas susur masuk dari arah taman sri gombak nak ke duke highway. Betul2 depan bus stop dekat duke highway nun haaa. Bus stop mana?. Alaaa, kat tepi masjid dengan sekolah menengah sri gombak. Ermmm, korang yang xduduk area situ memang la xkan tau. Tapi kalau siapa yang duduk area2 situ jugak, for sure dia akan tau.

Time tuh ada 2-3 bas express dari belah2 pantai timur berhenti situ nak turunkan penumpang. Ikutkan bas2 express xboleh nak berhenti dekat situ. Di awal2 memang ada. Tapi lepas tuh dah lama xde sebab memang xdibenarkan. Alih2 skang nie buat lagi. Dah la dengan bas2 express yang degil, tambah pulak lagi kereta2 yang bengong parked tepi2 tuh jugak untuk tunggu orang2 yang nak turun dari bas express. Nak tunggu xde masalah, nak parked kereta pun silakan. Tapi jangan la berderet2 park kereta dekat laluan kereta2 yang naik dari greenwood and taman seri gombak untuk masuk ke duke highway. Lagi bebal derang nie adalah bila orang ditunggu dah sampai and derang nak bergerak dari situ. Kenapa lagi bebal?. Sebab bila nak keluar dari parking, derang main keluar je. Pedulikkan la kereta2 belakang apa nak jadi, nak berlanggar ke, emergency brake ke, janji aku lepas. Haaaa gitu la konsepnya. Jahanam!.

Dah kerap accident dekat situ. Dan dah rami dah yang complained. Tapi kejap je la stopnya. Lepas tuh jadik balik. Nie selepas kite accident, dah sebulan lebih dah xnampak bas express stop pagi2 subuh hari kat situ on weekdays sampai la ke hari nie. Tapi xtau la derang buat perangai masa weekend ke kan. Tapi kalau betul la xde, kejap je tu, xlama nanti start la balik. Sebelum2 nie kite hampir nak accident sebab kereta depan emergency break elak kereta yang drivernya bodoh main keluar je. Tapi pada tarikh tu, kite betul2 accident disebabkan oleh manusia bebal yang main keluar je dari parking tepi tuh walaupun kereta banyak. So bila si bebal main keluar je, kereta2 semua terpaksa brake emergency.

Kereta kau lepas, kereta aku yang sangkut. Anjay betul!.

Bila dah brake, tiba2 gedeganggggg!. Bunyik kuat!.

Di awalnya kite bajet kereta belakang yang langgar. Kite nak marah dah time tu. Sebab kite xde nampak pun ada kelibat motor yang lalu sebelum accident. Sekali bila tengok side mirror, Allahuakbar, motor la gais. Ternampak pulak ada yang terbaring. Allah Allah Allah. Terus kite keluar, jenguk sikit je kereta sambil pergi ke arah motor.

Tengok2 yang naik motor tu, pakcik and makcik. Umur 60 tahun ke atas punya pakcik makcik. Allahuakbar. Pakcik tuh otw nak pegi hantar wife dia ke tempat kerja. Bila nampak pakcik duduk dekat tepi wife dia kan, Allah, luluh sungguh hati. Kite tanya pakcik ok ke tidak, makcik boleh bangun ke tidak, sebab dia terbaring tengah2 jalan. Makcik kata xboleh bangun. Belakang dia sakit. Tanya mana lagi sakit, dia kata belakang je. Bibir makcik terkoyak. Berdarah2.

Lepas tuh kite pegi ke kereta kite nak amek henfon and nak alihkan kereta sebab kereta tengah2 jalan. Henfon pulak carik xjumpa. Banyak kali tekan dekat i-watch untuk detect keberadaan henfon. Henfon bunyi tapi xtau kat mana kedudukan dia. Tercampak tah mana tah. FYI, kite xmain henfon ye masa drive. Henfon tuh kite letak kat tengah. Kena disclaimer siap2. Kadang manusia nie suka bersangka-sangka macam dia ada kat tempat kejadian. Pffttt!. Bila mencarik xjumpa, kite siap pesan dengan anak2 kite lock kereta and jangan keluar plus tolong carikkan henfon. 

Masa kite pegi balik kat makcik dengan pakcik tu, orang ramai dah angkat makcik kat tepi jalan. Kedudukan makcik betul2 tengah jalan sangat. Bahaya. Kena pulak time tuh tengah peak orang nak pegi kerja and hantar anak sekolah. Berulang2 kite ke kereta nak carik henfon. 3 kali pegi baru jumpa. Terselit dekat celah seat. Memang xboleh nak perasan la kan. Kite carik henfon sebab nak call ambulans and call hasben kite. Yang ambulans tuh alhamdulillah dah ada orang call.

Lepas tuh kite pegi dekat makcik pakcik balik. Makcik dah menyandar dekat pakcik. Kesian tengok pakcik menahan isteri dia, kite pun minta izin la untuk ganti pakcik tuh. Ye la pakcik pun sakit kan. Nak menahan lagi wife dia. Tangan pakcik belah kiri ke kanan tah patah. Makcik xsure sebab xde specific tempat. Hanya tau belakang dia je sakit. Xboleh duduk, xboleh bangun, nak baring pun sakit. Alhamdulillah la ada akak nie hulur bantal. So kite guna untuk support belakang makcik untuk baring dekat kite.

Berulang kali pakcik mintak maaf. Bila kite nak ribakan makcik, pakcik siap minta maaf takut2 baju kite kotor terkena darah makcik. Kite cakap la, "Xpe pakcik jangan risau. Baju boleh basuh pakcik", Siap berterima kasih sebab kite stay dengan derang and xtinggalkan derang berdua gitu je. “Xkan la saya nak tinggalkan pakcik makcik. Xgamak hati saya nak buat macam tu. Mau xtenang saya nanti kalau buat macam tuh pakcik”. Pakcik makcik tuh baik sangat.

Pastu pakcik tanya nama siapa, kereta macam mana, dia ke yang langgar, teruk ke, drive kereta jenis apa, insurance motor dia sikit la apa. Allah. Tapi betul tau korang. Time tuh kite xpikir langsung pasal apa2 berkaitan dengan kereta. "Pakcik jangan fikir semua tu dulu. Yang penting sekarang nie kite settlekan pakcik dengan makcik untuk ke hospital. Urusan yang lain2, nanti falsya contact pakcik atau anak pakcik"

Long story short, on the same day, dah pegi balai polis buat report apa semua, kereta pun dah kena angkut naik tow-truck and dah selamat masuk hup seng (workshop). Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan kite masa hari tu. Dari buat report dekat balai pois traffic sampai la kereta dah kena hangkut pegi workshop. Kat balai polis traffic memang smooth je. Dah la sorang je yang boleh masuk balai. Nervous jangan cakap la sebab xtau apa process. Mujur la kebetulan ada sorang adik perempuan nie pun nak buat report, and kebetulan pulak bila derang borak2, ghopenya polis yang amek kes dia tuh orang kampung dia kat Pekan, Pahang nun.Yang amek kes kite pulak Raub. Kite pulak Temerloh. "Oooo. rodong2 la nie ye". Kihkihkih. So lepas dah buat report dekat kaunter depan, masuk pulak jumpa sarjan. Xtau kenapa xterpikir nak sebut pasal video yang dashcam captured. Sarjan tuh yang tanya, "Eh, kereta macam nie mesti ada dashcam kan". Bila kite cakap ada, dia cakap, "Haaaa kan. Mustahil la kereta jenis macam nie xpasang dashcam". Kite send dekat Sarjan tuh and dia dah tengok video dari dashcam belakang. And memang sahih salah pakcik tuh katanya. Sebab dalam video pakcik dari belakang, kepala and mata tengah fokus laluan kanan untuk tukar lane. Bila dia nampak laluan kanan clear, dia terus pulas throttle untuk laju. Cun2 lepas dia pulas, motor laju, time tuh baru pandang depan, ngam2 kereta tengah brake. Nampak yang pakcik cuba untuk elak tapi xsempat nak elak habis. Itu yang langgar tepi kereta kite.

And polis pun ada cakap yang mujur ada dashcam belakang. Sebab kalau xde dashcam, and tengok pulak dari kesan accident belah tepi kereta, rider boleh je pusing cerita kat report kata kite main tukar lane la xbagi signal la. So walaupun kite xsalah, auto kite akan jadi salah. Kena saman tuh of course la. Bukan takat tuh je, derang boleh hired lawyer and fight untuk dia claim semua bills under kite punya insurance. Xkisah la apa bills pun. Kos medical dia, kos repair motor dia, ehh, segala kos yang derang boleh claim la senang cite. Bila ada dashcam, motor xboleh pusing cerita and xboleh nak claim apa2 sebab terang2an salah dia.

Untuk hal2 nak hantar kereta kat workshop mana pun alhamdulillah Allah mudahkan. Sebelum pegi balai buat report, hasben kite bawak kereta pegi kat kedai accessories kawan dia. Si Ahkit tuh. Kite sampai2 je dia geleng2 kepala pastu gelak2. Cisssss. Harey punya Ahkit. Mana x kene gelak, baru keluar kedai dia bikin kereta tau2 bawak balik dah jadik gitu. Hahahaha. So workshop yang kereta kite masuk untuk repair tuh adalah workshop kawan dia. 2minggu lebih sikit jugak la kereta kite dalam workshop. Ikutkan lama lagi dalam sebulan lebih baru kite akan dapat kereta. Ye la, nak tunggu insurance clear je dh 2 minggu. 2 minggu lebih untuk workshop buat balik kereta. Tapi sebab workshop tuh workshop kawan Ahkit, and Ahkit pulak kawan hasben kite, itu yang cepat siap. Rupanya 1st day kereta kite masuk workshop, 1st day tuh jugak derang dah start "kerjakan" kereta kite. Padahal insurance x clear lagi. Ikutkan derang akan tunggu insurance clear baru derang buat kerja. Tapi untuk kes kite, lain sikit la. Ini semua atas dasar percaya sesama sendiri. Kawan ahkit percaya ahkit, ahkit percaya hasben kite. Bak kata ahkit la, "Kita kawan2 ma. Kenal sudah lama. U pun mana mau lari. Ini celaka kalau lari i tau rumah u ma". Hahahhaa. Derang nie kalau berborak memang macam bergaduh. Kawan dah lama. Mau nak dekat 20tahun kut. Sebab tuh kalau hasben kite suruh pegi kedai ahkit untuk buat apa2, bila time nak bayar and ahkit xde, xde sorang pun staff dia berani bagi harga. Even abang ahkit sendiri. "Nanti u tanya ahkit la". Pfftt!

Nak tengok x keadaan kereta kite macam mana.


Sakit hati ini, bagai dihiris sembilu. Sesak nafas ini bila ku mendapat tahu. Ohhhhh!


Yang biru terpacak tu kan, memula pelik jugak. Biru?. Biru nie mana datang pulak. Punya la kite belek belakang tuh nak mencarik mana datangnya serpihan warna biru nie. Rasanya macam jauh je kaler2 yang ada dekat kereta nie dengan kaler biru. Agak blur jugak la masa tuh. Lepas 3-4 minit kan baru la sel2 otak mula berhubung. Allah. Itu serpihan dari coverset dari motor pakcik tuh. Kau membelek 1 kereta pun xkan jumpa sya oiii. Adeh,
Ini keadaan motor pakcik. Allahuakbar. Teruk kan. Habis coverset depan motor dia berkecai. Yang dekat belakang kereta myvi tuh perasan x ada 2 org kat tepi. Itu la pakcik dengan makcik. Allah. Sumpah kite kesian sangat. Imagine kalau itu parents sendiri. Luluh rasa hati.

Yang buat impact teruk tuh ada beberapa kemungkinan la. 1, sebab pakcik tuh tengah laju, cuncun baru lepas pulas throttle motor, kereta kite brake. 2, sebab kereta kite ada active brake assist. And ya, masa kejadian active brake assist tengah mode ON. Kite x tau la time bila dia function. Either time kereta depan kite tengah brake mengejut or time pakcik dah langgar kereta kite. Tapi yang kite tau, kereta kite memang auto brake yang memang xbergerak punya. Kereta static. Ibarat pedal brake kena lock. Bergerak seinci pun tidak. And sebab itu la pakcik dengan makcik teruk sebab impact langgar kereta kite kuat sebab kereta kite static xbergerak and xberganjak langsung2.
 
Lepas dari accident tuh, kite suruh hasben kite off kan few setting dekat kereta. Off kan active brake assist dengan apa tah nama benda alah tuh xtau apa nama dia. Alaaaaa yang kalau tayar kereta terkena line putih kat jalan, senang cite kalau dah terkeluar dari lane jalan, stering akan balas balik masuk ke dalam lane. Kite dah 2-3 kali kena. Ada sekali tuh dah la kat corner. Apa gila nak balas balik stering. Naik terus BP kite time tuh. Argghhhh xtau la nak explain cemana untuk bagi korang paham. Hanya orang yang punya these kind of setting dekat kereta derang, maybe akan paham. Bahaya la nak ON untuk setakat bawak jalan2 biasa. Lain la kalau dekat highway ke apa ke.

Syukur alhamdulillah kite and anak2 kite selamat. Cuma keadaan pakcik dengan makcik teruk. 

Selepas dari kejadian kite accident, ada beberapa perkara baik yang jadi dekat kite. Mungkin itu la hikmah dari kejadian tu. Allah akan gantikan dengan sesuatu. Alhamdullillah syukur ya Allah. Kite bukan nak cakap yang kite nie baik. Tidak ye. Tapi tah la, bila kau mudahkan urusan orang, bila kau terima apa yang jadi dekat kau dengan hati yang terbuka dan kau dapat lapangkan dada kau untuk redha dengan semua ketentuan dan juga ujian yang Allah bagi, and bila kau dah berdamai dengan takdir, kau x merungut, insyaAllah, Allah akan bagi ganjaran yang kau xsangka2. Walaupun di awal agak suram tapi di akhir cerita ada sinarnya. Gitttttuuuuu. Kihkihkih.

Tuesday, July 23, 2024

:: Hari Tanpa Anak3 ::

Lama duk peram cite nie.

Hayati je la nyeah. Walaupun dah berbulan. 😂

Xingat la cuti sekolah yang mana satu. Tapi rasanya time cuti sekolah bulan 5. Anak3 kite xnak balik rumah. Nak duduk rumah nenek. Nak tido rumah nenek. Pujuk balik pun xnak. Termasuk la si kinting tuh. Geram betul. 1 hari je balik itu pun sebab tiga3 xsihat and kena pegi klinik. Lepas tuh pegi balik rumah nenek. Mujur la masing2 kecik lagi. Dah besar kalu, tau2 hilang je. Rupanya pegi rumah nenek.

nie haaa 3 beradik tuh.

Hari jumaat minggu last cuti sekolah pulak derang ikut mak kite pegi rumah kakak kite dekat Alam Impian nun. Derang tido sana sebab uncle kite dari temerloh datang. Cousin sister kite which anak uncle kite nak bersalin. Anak3 xde so sabtu kite dengan hasben kite berdating berdua la. Keluar la gais apa lagi. Awalnya hasben kite bagi idea nak tido kat hotel. Tapi last minute xjadi. Serba salah katanya sebab pegi hotel xbawak anak2. Kesian dekat anak3. Kite ok je. Itu yang hasben kite belanja tido kat imperial lexis tuh. Nak bagi anak3 mandi pool.

So sabtu tuh pegi amek glasses kat sungei wang. Nak try buat kat sana pulak tengok cemana pegi. Siap kite tamak tambah lagi spek semata sebab kite suka 1 frame nie. Bende murah kan.  Why not. Hahahaha. “Dy, i berkenan la yang warna merah tuh. I nak la. Tapi xpe yang merah tuh i bayar”. Alih2 bila dah buat, time kite nak bayar, hasben kite yang dulu hulur duit dekat cashier. “Xyah la. Simpan la duit u tu”. Hiks. Dah la spek yang awal tuh pun dia belanja. Dalam 410hengget. Pastu kite amek resit, kite claimed kat ofis. Jangan ditanya duit claimed tuh mana pegi. Wakakakakaka. Alah, kalau bagi hasben kite pun dia akan cakap, "xpe la amek la. Macam la xbiasa. Selama nie claimed apa2 xpernah nampak bayang pun duit tuh". Huahuahuahua.
Skang kite ada 3 glasses. 2 multifocul lens, 1 lens untuk rabun orang tua. ðŸĪŠ

Tamak kan. Hahahhaha.

Asalnya memang dah ada 1. Yang rayban tuh. Tapi biasalah, pelupa kan. Xtau mana letak. Pastu bila nak membaca, bila nak buat kerja, jadi kabur pemandangan. Xde la teruk mana rabun dekat kite. Boleh nampak lagi cuma xselesa sebab kabur sikit.

Duk la mengadu dengan hasben kite. Weekdays mengadu, weekend terus dia bawak pegi buat spek kat sungei wang. “Isteri baru nyebut kata nak buat spek, terus i bawak pegi buat tau”. Awhhh so sweet. Hahahaha. Try buat kat situ pulak tengok cemana pegi. Dalam pada dia tunaikan hajat isteri dia, dalam tuh jugak duk bebel. “Mana spek rayban u. Carik la sampai jumpa. Dah la frame tu mahal”. Ermmm baik lah. Carik punya carik sekali ada bawah seat kete. Cemana tah boleh sampai situ tah. Haish. ðŸĪ­.

Lepas settled sungei wang, pegi low yat pulak. Nak carik projector. Anak3 request-ed nak movie night. So nak bagi aura dalam cinema, itu yang beli projector. Kite nak beli dekat shopee je. Murah pun murah. Lagipun bukannya untuk heavy used pun. Tapi hasben kite kata dah alang2 nak amek spek dekat sungei wang, beli dekat lowyat je la. Boleh test la, boleh tengok kualiti la. Hurmmm baik la. Kite ok je. Kalau beli kat shopee pakai duit kite, kalau beli kat kedai, pakai duit hasben kite. Kihkihkih.

Usha punya usha, beli yang ini. Comel je kan. Xingat berapa rege. Google je la nyeah. Pastu hasben kite beli sekali cctv untuk dalam rumah. Jaga baik ye!. Awas!.

Kecik je. Sound pun ok. Gambar pun cantik. Tripod dapat free.

Then ahad kan anak3 kite balik, malam tuh derang mintak nak movie night.
Snacks for movie night. Kemahen kan. 

“Mommy, xde snacks ke?”. Hurmmmmm. Pukul 10.30 malam duk kata gitu memang malas la daddy nak keluar pegi kedai dah. Nak tunaikan jugak permintaan anak3, maka mommy pun order la dekat mart yang masih bukak dekat foodpanda. Cite pasal foodpanda kan, sedih kite tau bila pandamart dekat area rumah nie dah tutup. Xboleh dah nak order barang basah after balik kerja. “Memang la tutup sebab u sorang je customer dia. Hahahaha”. Yihhhh, hasben kite nie kan. 

Ehhh, terselingan pulak. Xnyempat2 nak cerita kisah anak2 dah rasmikan projector. Padahal cerita asal belum settle lagi. Huahuahua.

Ehhh, membebel pulak. Sambung sya sambung. Jangan lalai.

Settled dekat sungei wang dengan low yat, kiteorang pegi mid valley. Hasben kite ada booked movie kat Aurum Theatre, The Gardens. Sementara nak tunggu tuh, singgah masuk mid valley. Alih2 terbeli nintendo switch. Alih2, hasben kite tanya, nak ke?. Ermmm, macam best je kan. Boleh exercise sambil2. Hahahaha. Kebetulan tengah ada promo kalau beli bundle. Hasben kite pulak duk tanya2 kite nak ke xnak, nak ke xnak. Ehh menekan2 kite pulak. Bila ditekan2 gitu, kite onz je la. Sebenarnya hasben kite yang beria nak. Sebab dia test main game badminton kat situ, sekali excited. Itu yang dia nak beli. ðŸĪŠðŸ˜‚.
Ini la bundle tuh. Banyak barang dapat.

Sebenarnya hasben kite beli untuk anak3 dia. 

Kite send gambar nie dekat qisya. Dah menggelupur masing2 nak balik. 😂. Padahal sebelum tuh beria je, “see you on monday mommy”. Xtunggu isnin, ahad dah sampai rumah dah.

Berpeluh2 masing2 main game nie. Si kinting pun sama naik jugak. Bagus game nie. Sambil2 boleh exercise.  Berpeluh gak la.

Hasben kite memang suka melayan anak3 dia. Ada sebab kenapa hasben kite beli game nie. Sekurang2nya anak3 dia ada la movement. Kalau tidak main game kat ipad, kat tab, kat ps4, mana nak bergerak. Itu yang hasben kite beli game yang ada movement. Sedangkan apa kite nak pun hasben kite duk layankan aje. Mintak dapat, xmintak pun dapat, hint2 pun dapat. Murah ke mahal ke pun dapat jugak. Apatah lagi kalau anak3 dia.

Anak3 kite xde la jenis mengadap gadjet je dari celik mata sampai pejam mata. Bagi tetap bagi sebab nak sekat pun xboleh. Skang nie memang zaman derang. Tapi kite memang control. Kena bagi balance. 

Dah lepas shopping games, tengok movie pulak. Awalnya hasben kite nak amek yang katil getha tuh. Tapi time tuh xtau la kenapa xjadi. Cerita xbest ke atau timing xkene. Xingat la. Itu yang sudahnya jadi yang kusi apa benda nama dia nie. Lupa dah.

Ini la keadaan dalam cinema tuh. 

Kemain kau melunjur kaki ye.

Best betul tengok movie dalam cinema type cenggini. Makan orang hantar, ada blanket, boleh lunjur2 kaki. Kihkihkih. Next round boleh cuba yang katil Getha tuh pulak. Silap2 bukan kite tengok movie tapi movie tengok kite. Sedangkan tengok movie yang seat biasa pun boleh tertido. Apatah lagi kalau berkatil berselimut bagai. Hihihihi.

Friday, July 19, 2024

:: Pengaruh TikTok Shop ::

Korang. Korang. Meh sini meh. Meh dekat dengan Falsya. Haaa, selesa x?. Selesa ke idok?. Hahahahah.

Korang, nak cite nie. Kite rasa kan, tiktok nie bela saka la kat tiktok shop dia. Tah berapa banyak benda dah kite dah terbeli dekat tiktok shop. Sampai tahap, shopee kite dah lama xde status “to ship” ke, “to receive” ke. Kalau tidak dulu, to ship 7 barang, to receive 10 barang. Lepas kite, kite. Lepas kite, kite punya barang sampai. Skang nie dah bertukar ke tiktop shop. Nayaaaa pak karim!

Ahh kau sya nak pitenah tiktok bela saka, padahal kau tuh yang kuat nau terpengaruh. Dasar!. 😜😂

Especially kalau tertengok live. Umangaiiiii. Seller pulak menekan2, kite pulak tertekan la sebab seller menekan2. Itu yang sedau2 dah done payment. Pftttt!. Iye korang, seller dengan nada suara tinggi, dengan gaya kelam-kelibut. “Cepat korang! cepat checkout!. Stock tinggal 10 saje kakak abang!. Siapa cepat dia dapat!. Habis 10 stock nie saya xboleh janji akan restock lagi kakak abang!. Cepat checkout sekarang sayang!. Done payment comment done payment!. Ok yang mana dah done payment, TEERRIMA KASIHH (sambil tekan loceng yang ahkeong selalu letak kat kaunter”. Wakakakakka. Boleh relate x booleh relate x?. Hahahaha.

Yihhh, kite pulak ikut sama jadi kelam-kelibut. Kite pulak yang menggelupur buat payment. Yang xboleh tahannya, lepas settled buat payment, kadang tarik nafas lega. Dah macam battle apa bende tah. Hahahahahhahaa. Bongok la. Xker seller menekan2 tuh.ðŸĪĢ😂

 Yang xtahannya, lepas habis stock, ehhh, dia tambah lagi. “Ok kakak abang. Siapa nak saya tambah lagi stock comment “Nak” sekarang. Sekarang kakak abang. Ok, ramai yang komen “Nak”. Saya masukkan lagi 20 stock kakak abang. 1 2 3. Ok cepat grab dekat beg kuning kakak abang!. Siapa cepat dia dapat!”. Wakakakakaka. Dasar seller scammer!. Lah, tiberh!. Hahahahahha. 

Wehhhh, kite rasa kite dah boleh jadi host la jual barang kat tiktok shop. ðŸĪĢ😂ðŸĪĢ😂ðŸĪĢ😂

Colleague kite kat ofis kadang selalu la dapat barang yang kite beli kat tiktok shop. “Nah, akak ada beli lebih nie. Biasalah. Beli satu rasa rugi duit shipping. Beli 2 macam sikit. Beli 3 takut xcukup. So beli 4. Bila beli 4, macam banyak pulak. So nah amek la 1”. Hahahahahhaa. Adoiii.

Sebenarnya kan, kite nak share 1 bende nie je. Tapi biasalah, falsya kan. Mukadimah tuh kalau xpanjang memang bukan falsya la. Maka bertabahlah ye korang. 

Kite ada beli 1 barang nie.

Meh nak share.

Nieeee ha dia. 

Teruntuk insan2 yang dah berumur macam kite nie. Hahahahha. Yang selalu sakit pinggang, selalu sakit bahu, kaki dan tangan. Boleh la try.

Neck and shoulder massager. Ikutkan boleh je nak massage kat tempat lain, bukan takat neck je. Ikut suka korang la.

Memang best korang. Kite tengok Phillip punya. Bapok mahainya wehhh. 500hengget lebih. Benda lebih kurang sama je.

 Ada 2 kaler. Brown dengan grey. So kite amek brown.

Ikutkan kite dah lama nak beli. Nampak macam best je, macam menarik je. Tengkuk pulak sokmo stiff. Tapi tuh la, xterbeli. Sampai la 1 hari tu, kite singgah rumah mak. Mak kite cakap la pinggang dia sakit. Pastu pulak ada minyak yang kite baru beli dalam handbag. Kite pun bagi la dekat mak kite. Pun beli kat tiktok shop jugak. Ishhh. Part membeli ni kalau hasben kite tau la, mesti ayat dia, “faizatul faizatul. Kamu dah kenapa faizatul”. Hahahaha. Skang nie suka betul dia keluarkan ayat tu. 😒.

Ok sambung. Tetibe teringat bende alah neck massager nie. 

Kite cite dekat mak kite. Memula mak kite macam excited dengar. Bila tanya mak nak x, mak kite cakap xyah la. Dah alang2 memang dah ada niat nak beli, so pun kite beli je la. Beli 2. 1 untuk kite, 1 lagi of course la untuk mak kite. Semalam barang sampai.
Mak jijah tengah unboxing. Hahahah.

Kemain suka dia.”lepas nie boleh la bawak kalau jalan jauh. Duduk dalam kereta lama, boleh la urut2”. Amboihh, jauh pegi pemikiran cik jijah nie ye. 😂😂😂.

Function wise, memang function la. Sedap. Cumanya urutan dia tuh, nak kata light sangat, xde la jugak. Nak kata kuat sangat urutan, pun xde la jugak. Dia duduk in between la. Bagi kite kalau dah sampai angin keluar, itu kire ok la tuh.

Nak beli kusi urut, xtau bila nak ada. Cadangan sebenarnya dah diusul, en suami macam xde halangan. Sebab dia xkata ye dan tidak pulak cakap tidak. Selalu kalau gitu, ada harapan besar boleh dapat kusi urut. Halangan dia adalah ruangan. Ruangan je. Sebab ada percanggahan pendapat di situ. Kite nak letak dalam bilik. Hasben kite nak letak kat hall bawah. Nak letak kat depan tv. Kite xnak sebab xde ruangan dah korang. Tetepppppp orang tua tuh nak jugak letak kat situ. Kite cakap "boleh, tapi kusi cleopatra u nie, letak dalam bilik kite". Dah xnak pulak. Plus, kalau tv la jadik isu, kat dalam bilik kite pun ada tv pe. Sama je. Pastu senyap. Sampai skang. Lupa dah la tuh gamaknya. Ermmm, kene bukak balik usul nie. Hahahahaha.

So sementara usul dibuka, kite layan dulu neck and shoulder massager nie. Kihkihkih.

Wednesday, July 10, 2024

:: 1 Malam @ Imperial Lexis, Kuala Lumpur ::

Minggu hari raya Aidiladha lepas, kiteorang sempat lagi pegi bermalam 1 malam dekat Imperial Lexis KL. Lama betul duk peram cite nie. Kite bizi la lately. 

Kami kan xde kampung, so sabtu minggu raya aidiladha tuh, hasben kite belanja tido dekat Imperial Lexis KL. 1 malam je. Sabtu checked-in, ahad checked-out dah sebab isnin kan nak raya.

Hasben kite nak bawak anak2 mandi pool katanya.

Tapi serious la memang best bethol imperial lexis kl nie. Hasben kite amek bilik panorama pool suite. Memang harga dia pun boleh tahan la jugak best mengkome. Besar u’olls. Toilet besar gila. 

Tengok la gambar2. Kalau nak tau lebih lanjut, sila lah ke website imperial lexis kl.


2 king bed.


 




 Nie toilet. Besau gilers.


 

Complimentary drinks.



Canggih. Main tekan2 button je.

Sampai2 terus masing2 terjun pool. Pool ok. Cuma kite punya concern adalah kaca tepi pool tuh la. Macam xselamat. Bagi kite macam rendah. Anak2 mandi memang kene perhati. Ghisau deme panjat tepi pool pastu tonggeng tengok ke bawah. 

Kalau kite pegi toilet kejap, berkali2 kite pesan. Jangan panjat tepi tuh. Jangan tengok bawah dari tempat kaca tu. Jangan itu jangan ini.

Lama gila derang berendam. Pastu hasben kite join. Beria la si bobot suruh kite mandi sekali. Halahhhh malas betul nak berendam. Bila hasben kite join anak3 mandi, kite masuk dalam tido. Ngantuk. Tilam, bantal, comforter sangat la empuk. Macam memanggil2. Hahahaha.

Dinner pun order grab je. Xde nak keluar2. Macam malas nak keluar. Tanya anak3 kite xnak sambung mandi pool ke. Xnak katanya sebab air pool sejuk. Hahahaha.

Owh, kat sini xde sauna macam kat lexis pd.

Esoknya lepas breakfast, sambung mandi lagi. Breakfast kat imperial lexis kl not bad. Sedap and banyak la jenis2 makanan. Tapi biasalah, kite nie bukannya reti nak enjoy makan buffet nie. Even banyak makanan pun bukannya kite rasa satu satu. Kite nie jenis yang memang rugi bawak makan buffet. Sebab amek 2-3 makanan pastu dah settled. 

Kiteorang kalau cuti lama memang staycation area KL je la. Hasben kite xgemor nak join sekali dengan "event" jammed2 nie. Hihihihihi. Ikutkan kite pun sama. Tapi hasben kite lagi double xsuka sebab dia yang kena drive. Hahahaha. Staycation area KL pun best jugak. Sama je kalau ikutkan. Bezanya xde redah jammed la.

Friday, May 31, 2024

:: Tokyo Trip - Day 1 (Part 2) ::

Kiteorang sampai hotel agak lewat jugak la masa mula2 sampai Tokyo. Dalam pukul 1lebih pagi gitu. Masuk hotel pulak bukannya terus tido. Ada la pukul 2-3 pagi gak tido. So 1st day kat Tokyo memang xde aktiviti yang heavy. Purposely buat activity santai2. Just pegi makan dekat area Asakusa tuh je. 

Berjalan kaki sekejap je. Dalam 15minit gitu. 
Menunggu time untuk masuk makan.
Ini la restoran tuh. Xingat dah nama. Antara restoran yang halal dekat sana.
Time nie kemain hasben kite duk menjenguk orang tuh memotong ikan.
Our lunch for that day.

Pegi negara orang, lepas makan, or beli barang ke, nak convert ke duit kite boleh. Tapi cumanya jangan terkejut la dengan harga. ðŸĪ­. Shawarma kat sana 1 je 30hengget lebih dekat 40hengget. Alhamdulillah kat sana masih boleh makan sedap2. Masih boleh merasa makan wagyu kat sana 2-3 kali.  Tapi dah kata makan wagyu, jangan terkejut la bila dapat bill. Standby je la duit. ðŸĨđ. Xde la kata kiteorang kene ikat perut bila kat sana. Hasben kite xde pun nak berkira2 nak sekat2 bab2 makan nie. Walaupun bill sampai seghibu lebih (convert duit kite) sekali makan pun, xde pun kata nak merungut ke apa. Tapiiiiiiii, dengan syarat, bila makan kena habiskan. Mahal oiiiii. Hahahahaha. "Kite sampai dekat negara orang, rugi la kalau xmerasa makanan derang". Gitu la kata hasben kite.
 
Lepas makan kite berjalan2 kat area2 situ. Xde buat apa sangat pun. Jalan2 je. 




Gambar xbanyak sebab henfon kite banyak dekat ifan. Pastu bila henfon ada kat tangan kite, rasa macam xberapa nak amek gambar sangat. Macam tengah enjoy berjalan kat tempt orang. Gituuu. Hahahahaha. Itu yang gambar xberapa nak ada.

Kat sana masa tengahari panas terik tapi xrasa panas sebab sejuk. Sehari je kite tahan berjalan tanpa payung. Esoknya dah merengek dekat hasben kite nak payung, nak payung. Macam kite mentioned la, panas terik tapi sejuk. Kite kulit xtahan dengan cahaya matahari. Pastu yang xboleh berenggang dengan kite adalah lip gloss. Hari ke 3 bibir kite dah start kering. Memang lip gloss sentiasa ada dalam handbag.
 
Lepas dari berjalan2, kiteorang pegi Uniqlo. Shopping handbag viral. 
handbag nie haaaa.
 
Banyak gile kite borong handbag nie. Ada la dalam 15. Untuk kite banyak la 15 tuh. Sebab ada yang borong sampai 20-30. Sikap2 ada yang lebih. Hahaha. PS la gamaknya. Rugi jugak xborong banyak kan masa tu. Boleh buat niaga handbag nie. Tiber jadi PS. 😅. Kat sana jual xsmp 100hengget. PS jual RM200-250 untuk 1 handbag. Banyak kite boleh untung untuk 1 handbag. Nak dekat RM200 gak la untungnya. Haah la. Ruginya. Kalau tidak boleh buat duit. Sambil berjalan sambil buat duit. Hahaha. Gaya kite kata nak borong tuh macam la kite yang bayau kan. Kite reti borong je. Yang bayau hasben kite. Kalau betul la masa tuh kite borong banyak untuk buat jual kat Malaysia, mesti ayat hasben kita tidak lain tidak bukan adalah, “ermmmm memang i xkan nampak la duit untung tu. Tau2 senyapppppp je”. Muahahaaha.

Tah la ikutkan kite xtau pun yang handbag tuh viral. Sebelum nak ke Jepun baru tau itupun sebab duk mengusha group RTJ dekat FB. Ada yang post beli sampai berpuluh2, ada yang post nak mintak belikan. Pelik jugak memula dah kenapa masing2 beria benau dengan handbag nie. Lahhhhh, ghopenya sebab handbag nie xde jual dekat Uniqlo Malaysia. Budak ofis kite ada 3 orang dapat. Select??. Of course la select. Yang rapat je dapat. Hasben kite pulak bagi handbag nie dekat ofis dia dalam 2 orang. Kite tau je dia bagi dekat siapa and im ok with it. Masa nak beli dia dah nyebut nak bagi kat orang nie nak bagi dekat orang tu. 

Lepas shopping handbag kat Uniqlo, kiteorang masuk Don Quijote. Don Quijote nie kire supermarket la. Open 24hours. Dekat Don Quijote nie kite borong toilet deodorizer. Hahahahaha. Banyak gila kite borong. Puncanya masa pegi makan dekat kedai makan yang kite cerita tadi la. Kite pegi toilet kat situ. Masuk2 je bau wangi gile. Memang refreshing amat. So kite mencarik la apa bende yang fresh sangat nie. Sekali bende alah tuh betul2 dekat sebelah. Itu yang bile jumpa dekat Don Quijote tuh terus borong tuh. 
Ala2 gini. Tapi xingat sama brand ke tidak.
 
Tapi memang serious wangi i tell you. Kite ada terjumpa dekat online. Xingat website mana. Tapi mahal. Dalam RM30++ untuk 1 bende alah tu. Kat sana kite beli dalam RM18++ je. Beza banyak oiii. 
 
Bila dah settled dekat Don Quijote, kiteorang balik hotel sebab anak2 dah xlarat. Hihihi. Malam pulak kite dengan hasben kite keluar carik Halal Market. Nak carik barang2 untuk masak yang simple2. Biasalah kalau anak2 bermacam2 jenis tekak. Qisya memang suka makanan jepun. So xde masalah. Bobot tekak melayu. Nak nasik je. Yang si ipan dia more to roti2. Sokmo mintak nak roti canai. Hadoiii. Mana la nak dapat dekat Tokyo roti canai nie ipan. Tapiiii alhamdulillah dekat halal market, ada jual paratha. Happy betul kite bila jumpa paratha kat sana. Hahahaha. Kite pergi berdua je dengan hasben kite. Anak2 kite xikut sebab derang xnak. Penat katanya. Puas mujuk. Xnak jugak ikut.
Hebat hasben kite. Pandai mencarik stesen2. Kat sana kene tau train yang mana kene naik, stesen no berapa untuk keluar masuk, gerabak no berapa. Salah kalu, sesat larat la jawabnya.

Kalau kite la, mau nangis rasanya. Hahahaha. Nak bayar guna duit derang pun xreti. Apatah lagi la nak suruh kite mencarik2 stesen2 nie semua. Lagiiiiii ler. Memang berjalan sekitar hotel je la. Guna waze kat kl pun kadang terlepas jugak simpang, inikan pulak nak guna maps kat negara orang. Mau dari jepun sampai ke korea peginya. 😂ðŸĪĢ

Lepas membeli barang2, singgah beli kebab. 

Shawarma. Tapi xboleh lawan shawarma dekat surfers paradise (australia). Itu shawarma yang kite rasa paling sedap la. 
Shawarma dekat Damascus bukit bintang jauh sekali la nak lawan. Kite xtau la kenapa viral kedai tu. Nak kata sedap, xde la sedap mana. Tapi tah la. Sedap tuh kan subjektif. Kalau kite rasa xsedap, ada orang rasa sedap. So terpulang tekak masing2. And kite pernah tengok Sharnaaz buat review pasal shawarma damascus. And yes, selera and tekak kami sama. Kihkihkih. 

Pernah sekali je la kite rasa shawarma kat sana. Memang sekali tuh je la. Nak repeat memang x lah. Ada yang lagi sedap. Bergandaaaaa lagi sedap. 

So ya, lepas tapau makanan untuk dinner, kiteorang terus balik hotel. Xleh lama2 korang, anak2 dekat hotel. Ghisau. Setiap 15minit call. Macam2 pesanan duk bagi. Hahahaha. Nak bagi gambar pun xde sebab biasalah. Henfon sentiasa dekat ipan kan. Haish. 

Tuesday, May 21, 2024

:: Tokyo Trip (Trip Beli Jiwa) - Part 1 ::

 Untuk ke Tokyo, kami sekeluarga naik Philippine Airlines. Kebanyakan airlines punya tiket flight masa hasben kite booked dulu, mostly mahal oiii kalau direct ke Tokyo. And sebabkan mahal la kiteorang decided untuk amek transit ke Manila. Maknanya transit ke Manila dulu then baru ke Tokyo. Awalnya hasben kite tanya nak transit ke nak direct. Then hasben kite pun bagitau cost ticket kalau transit berapa, kalau direct berapa. Yang direct time tuh xdapat ye ticket 2k ke bawah. Semua 2k ke atas. Kami pulak 5 beranak. Jadiknya kalau flight ticket RM2,500 sorang, korang darabkan la kalau 5 orang berapa. Itu anggaran je. Anggaran betul kite xingat. Tapi range gitu2 la. Di masa itu la tapi. Harga flight ticket kan berubah2. Kalau pegi berdua xde la masalah sangat. Nak naik business class pun masih boleh berpikir2. Nie pegi berlima. Paham paham yolah. Hahahahaha. Tapi skang nie rasanya tiket dah murah sikit sebab abang ipar kite baru je purchased flight ticket Philippine Airlines ke Tokyo. Tahun nie ke Jepun pulak derang pegi bercuti. Itu derang punya yearly routine sebenarnya. Tahun lepas pegi London. Tahun sebelum tuh pegi Turkiye. Pegi Paris. Eh banyak la tempat. Time covid je dok ontok2 kat rumah sebab border tutup. Hahahaha. 

Asalnya kite kalau boleh nak direct. Biar penat sekaligus la kirenya. Masa pun xrugi. Hasben kite cakap kalau nak direct boleh je tapi dia rasa macam rugi. Duit lebih2 untuk bayar ticket flight tuh boleh buat untuk bayar bende lain macam hotel ke airport transfer ke. So duit untuk belanja/shopping dekat Jepun pun akan ada extra la. Errrrrmmm, ada betul jugak. Kau sya, dengar duit extra untuk shopping dan2 je kan "ada betul jugak". Ehhh kemon, shopping kut. Hihihihi. 

Kalau transit pulak hasben kite bagi options either stay 1 night kat Manila (kalau nak jenjalan dekat Manila) or transit for few hours then sambung flight ke Tokyo. Part nak stay 1 night kite xsetuju sebab rugi hari. Lagipun takat Manila macam rasa kalau xberjalan sana pun xpe. Dah la kite cuti xbanyak. Hasben kite ok la cuti banyak. Cuti xde masalah bagi dia. Awalnya dengar macam renyah nak transit2 nie. Tapi bila hasben kite explained yang kalau transit for few hours tuh xyah keluar dari airport Manila and xyah nak keluarkan luggage apa bagai, then ok la. Lagipun transit kat Manila untuk 3 jam je. 

So bincang punya bincang, kami dah capai kata sepakat, maka jadik la naik Philippine Airlines.

Flight kiteorang pukul 11lebih pagi. So awal pagi dah kene bergerak ke airport. Naik grab je. Sebelum tuh hasben kite bagi cadangan naik ERL. Konon nak bagi anak2 experience naik train la. Kite yang xnak. Hahahahaha. Memang xnak la. Dengan luggage ada 4. Dengan anak ada 3. Belum apa2 lagi kite dah rasa akan ada kisah kelam-kabutnya nanti. "I xnak stress2, xnak marah2. Boleh potong mood nak holiday. Dah la jauh perjalanan nie. So better la naik grab". Kannn. naik grab senang. Tau2 sampai je. 

Kiteorang naik kat KLIA. 

Awal2 tayar luggage cantik je semua ada getah untuk cover. Sampai Tokyo, ada yang lopong xtau mana pegi. Hahahha.

Geram betul cheeky boy nie. Duk berebut dengan abang nak duduk situ.
xsabar lettew nak naik airoplane.
Otw pegi dalam flight boleh tengok movie. Just download apps PAL (Philippines Air) then dah boleh tengok movie2 yang ada dalam tu. Alhamdulillah ipan ok both flights from Malaysia to Manila - Manila to Narita. Ehh ke landing kat airport Haneda nyeah. Halahhh lupa pulak.

Risau jugak masa nak take-off dengan nak landing. Ye lah kata pun 1st time ipan naik kapal terbang. Kut la dia takut ke apa ke kan. Sekali dia enjoy la nyeah. Siap gelak2 lagi. Siap kata “ipan want more”. 😂
 
Hasben kite dah siap2 request-ed halal food. So dalam flight, derang akan keluarkan makanan yang halal nie dulu. 
 

 
Seriously sedap makanan nie. Ikan sweet sour.

Flight dari Malaysia ke Manila amek masa dalam 3 jam 15minit ke 3 jam 30minit.
Halah sian anak mommy. Time nie dah sampai Manila. So sementara nak tunggu flight ke Tokyo, kiteorang lepak minum kopi. 
 
Walaupun transit 3 jam, tapi tidak la terasa sangat pun. Nak keluar dari aeroplane amek masa berapa lama dah. Nak beratur untuk scan kat imi (imigresen) manila pun amek masa. Pegi toilet minum kopi apa semua, tau2 dah settled 3 jam.
 
 Sampai Narita/Haneda Airport pukul 12am. Keluar je dari airport, sejuk sangat. Nyaman gila. Transport datang untuk hantar ke hotel. Kat Tokyo kiteorang stayed dekat Asakusa. Hotel nama Koko Hotel. Hotel ok la. Comel. Tapi harga xberapa nak comel. Harga 1 malam kalau kat KL, tambah sikit dah boleh tido dekat St Regis.








Ngam ada 5 tempat tido. Hotel kat Jepun bukan macam hotel kat Malaysia ye. Jangan la buat perangai peghak checked-in satu bilik tapi hangkut 10 orang dalam. Kat sana kalau 2 orang, 2 orang la. 4 orang, 4 orang la. 10 orang, 10 orang la. Kena declare berapa orang. 
Hah itu la keadaan dalam hotel. Comel kan ruang dia. Hihihi.

Maaf la kualiti gambar x cantik sebab ini kite sikirinshot dari video. Hiks. Kite try upload video tapi xboleh. Pastukan kite suka gila toilet dekat Jepun. Bersih sangat2 bersih. Kebanyakan tempat kite pegi memang bersih. Ada la yang xbersih tapi cuma 1-2 toilet je la. The rest semua terbaik. Ifan kat sana sampai dah boleh guna toilet sendiri. Dia tau button mana nak tekan untuk flush, mana untuk keluarkan air. Kan kat sana sejuk, tapi bila duduk je atas toilet kan, panas je. Air pun panas. Xde la terkejut sejuk bila kene "tembak". Wakakakakaka.
 
Tingkap luas tuh je boleh bukak. Haluih jaaaaa. View side belakang.

Tapi seriously, Jepun memang best sangat. Rasa selamat gila. Kat sana pukul 9 malam macam dah lengang. Bila berjalan dekat lorong2 belakang, walaupun sunyi sepi, xde rasa takut pun. Xde rasa macam nak dirompak ke apa ke. Hasben kite henfon memang sentiasa kat tangan untuk nak tau direction. Pun xde rasa macam ada orang akan snatch sambil2 lalu. 
Salah satu lorong belakang2 hotel.

Kebanyakan tempat kat Jepun memang bersih gila. Bersih sangat walaupun nak jumpa tong sampah pun susah. Ye korang, memang susah gila nak jumpa tong sampah kat sana. Dalam beg memang kene standby plastik. Kalau ada sampah, masukkan dalam plastik tuh, balik hotel baru buang. Or kalau masuk family mart ke or mana2 mart la, baru boleh buang sebab dalam tuh ada tong sampah.

Ada la few places yang xberapa nak bersih. Yang kite perasan macam dekat big2 city. Macam Shibuya dengan Shinjuku. Tapi xberapa nak bersih tuh pun bukannya kotor sangat. Masih ditahap bersih tapi xsebersih tempat2 lain. Mostly semua tempat kat Jepun memang bersih la. Sumpah bersih gila. Udara pun tersangatlah nyaman. Bila bernafas boleh bau that udara bersih tu. 

Kalau orang tanya nak repeat lagi x Jepun, jawapan kite adalah of course kite akan repeat. Tapi mungkin xkan focus sangat ke Tokyo. Maybe lepas nie ke Osaka atau Kyoto. Sebenarnya plan asal nak pegi Tokyo dengan Osaka. Tapi pikir2 balik xyah la. Better focus Tokyo je. Sebab trip nie bawak budak. Osaka more to sightseeing. More to nature. So budak2 akan bosan. Macam Tokyo, walaupun ada jugak bosannya, but at least ada Disneyland dengan Disneysea. So derang akan enjoy akan happy la. 

Tapi kan sana memang cantik. Xtau cemana nak gambarkan cantik tuh cemana. Bila tempat bersih, teratur, xde semak samun, auto akan nampak cantik. Tah la nak explain pun xreti. Especially laluan nak ke Gunung Fuji. Subhanallah!. Memang cantik sangat. Kite fall in love gila. Sumpah cantik!. Kalau la kite ada duit banyak, kite nak beli 1 rumah dekat area2 nak menghala ke Fuji. Settle down sana. Tapi tuh la, itu ku bilang KALAU. Hanya KALAU. Berangan kan free. Hahaha. Nanti la kalau kite rajin kite tunjuk permandangan tu. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...