Friday, May 2, 2025

:: Ifan Nak Hilang? ::

 Tenang tenang. Ifan x hilang. Tapi dia ugut nak hilang.

Yihhhhhh. Ashamboiiiiii nie la.

Al-kisahnya, raya ke-2 kiteorang pegi holiday. Last minute punya plan. Plan yang dibuat 2 bulan sebelum. Eh ke sebulan sebelum. Lupa dah. Ikutkan raya ke-2 tinggal kite dengan hasben kite je sebab anak2 bakal ikut nenek pegi bercuti 1 malam dekat mana tah. Xingat. Sungai besar kut. Kite xikut. So bila bakal2 tinggal berdua, kite ajak la hasben kite staycation kat mana2.  Of course area KL la. Nak pegi berjalan luar dari KL, ermmmm, sokay la. Kami bagi laluan dekat aokme aokme balik kampung masa tu. I is very the thoughtful. Kan kan. 😅.

Xlama lepas kite suggest idea staycation tu, hasben kite cakap, “dari pegi staycation, better pegi holiday terus”. Pulakkkkk dah. Bila tanya ada plan ke nak ke mana. “Kite pegi phuket la”. Wahhh. Ke phuket terus. Kite jawab, “Ikut u la. I ok je”.

 Itu menunjukkan yang xsemua hasben aku akan tanya aku dulu ye. Bukannya aku yang decision maker untuk semua benda. Xkisah la dari segi apa pun. Dari segi anak nak ke mana2 ke, dari segi nak makan apa ke, ehhh, semua segi la. Kadang laki aku malas nak berpikir, kadang dia saje je tala certain issues dekat aku. Itu yang sikit2 tanya mommy, sikit2 tanya mommy. So jangan nak manipulate akal dan fikiran anak2 aku untuk fikir yang bukan2 pasal mak dia ye. Kau spesis toxic sila toxic sorang2 kau. Awas ye!

Then masa bobot sunat, adik ipar and biras kite singgah rumah tengok bobot. Pastu borak2, derang tanya raya xde pegi mana2 ke. Sebab kan last year kiteorang pegi bercuti. 😬. Bila hasben kite bagitau nak ke phuket, adik ipar and biras kite excited. Happy kite bila derang kata nak join. Sebab fikir anak2 kiteorang dapat get together la. Holiday sama2. Tapi lepas masing2 excited, ada benda yang buat kite rasa beratttttt sangat nak pergi. Sebab kalau pegi mesti la kena ermmmmmm, kena ermmmmm. Xpe la, kite reserved la ayat yang seterusnya tu. Terus ter-flashback segala trauma kisah percutian yang lalu. Sumpah berat rasa hati. Tapi memikirkan anak2 kite dan jugak anak2 buah kite, so xpe la. Kite korbankan la perasaan kite nie demi derang. 

Maka confirm la kami ke Phuket.

Anak2 kite bila dengar nak pegi Phuket, and dengar pulak the cousins join, terus nak follow. Except for bobot. Dia 50-50. Nanti dia pikir dulu katanya. Sebab hati dia berat nak ikut nenek. Cucu kesayangan nenek kan. Gitu ler. Cucu no 1 katanya. Nenek nak ke mana-mana kena senyap2. Xboleh bagitau bobot. Sebab nanti ada je la peel bobot keluar. Menangis itu pasti. Nak hadap segala kata-kata dia tu yang xtahan tuh. Kadang speechless nenek xtau nak cakap or jawab apa. Hahaha. Pastu nenek pun duk pujuk la bobot supaya ikut kiteorg ke Phuket. Last2 pegi jugak. Tapi bukan pegi kosong je ye. Ada perjanjian kat situ. 🤦🏻‍♀️

Perjanjiannya adalah, balik je dari Phuket, nenek dengan makngah fetch kat airport pastu sambung beraya kat BSP. Dengar gitu yang bobot terus setuju nak ikut kiteorg pegi Phuket. Dah kalau bobot pegi, mustahil la si ipan dengan qisya xikut sekali ke BSP. Mana mungkin la kan. Kang tau2 air mata qisya meleleh je. Hahaha. Si ipan lagi la mustahil xikut sebab makngah ada. Garang2 makngah tuh, boleh lembut hati dengan ipan. Jangan sampai ipan keluar ayat, “ipan shayang makngah ipan shayang makngah”. Terus makngah, “ok la ok la. Mana boleh makngah tinggal ipan kan”. Hahahaha.

Long story short, habis dah percutian dekat Phuket selama 4hari 3malam. 

Time nie nak take-off dah. Tiba2 dalam plane, ipan mintak henfon kite. Then kite tanya la ipan, “where’s ipad?”. Ipan boleh jawab xtau. Halahhhhhhh buat hal la ipan. Menggelupur la kite dengan hasben kite mencarik ipad. Hasben kite tanya adik ipar and biras kite. Xde jugak dekat derang. Ahhh sudah. Time tuh xleh nak buat apa dah korang. Xkan nak suruh pilot stopkan plane. Memang tidak boleh la kan. So apa yang boleh kite buat?. Xboleh buat apa pun. Time nie mood kite dah ke laut dah. Ipad mini kite weh yang hilang tuh. Hadiah advanced tahun lepas dari suami kite. Kite rasa ralat sangat sebab time nak boarding, kite xperasan ipad ada kat tangan ipan atau tidak. 

Dah touched down KL, kite cakap dengan ipan yang ipad kite hilang. Bukan takat ipad je. Dengan pencil pun hilang. Sebab pencil tu attached dengan ipad. Terus si ipan, “ipan shayang mommy, ipan shayang mommy”. Terus diciumnya 1 muka kite. Yihhhh, hilang rasa nak marah tau. Hahahaha.

Tapi mood tetap hilang jugak. Kite more to salahkan diri kite sendiri sebenarnya. Kenapa la aku x alert. Kenapa la aku x check. Kenapa la kenapa la kenapa la. Tapi, walaupun kite salahkan diri kite, time tu jangan sesiapa cuba nak trigger kite la. Memang mencarik punca untuk kite burst la. Qisya dengan bobot duk tanya2 henfon derang mana pun dah boleh buat kite burst. Orang tengah pikir pasal ipad hilang, plus bila dah hilang tuh, xboleh nak carik xboleh nak buat apa. Tengah seghabut, derang sibuk la nak tanya2 mencarik2 henfon. Memang kena la cite dia. Maaf la nak, mommy-mu memang bengkeng. 

Biras kite tanya ada x ipad?. Kite jawab mmg confirm xde. Sebab bila kite ping ipad kite guna “find my” thru phone, maps asyik la detect kat Phuket. Xbergerak la tapi. Meaning ipad tu masih ada kat tempat tu xbergerak sebab xde orang amek. Biras kite kan kerja Air Asia X. So the least that she can do that time is to text ground manager kat airport phuket tu and tanyakan ada x jumpa ipad sekian2 description dekat lost and found area. Biras kite cakap, “itu je yang i boleh tolong babe”. Ya Allah, more than enough sangat. “Sokay babe, insyaAllah kalau ada rezeki i, ada la. Kalau xde rezeki i, i redha pasrah je”.

Esoknya, biras kite call. “Babe, ipad u macam dah jumpa. I nak password ipad u. Nak pass dekat ground manager for them to confirm yang betul ke tidak itu ipad yang hilang”. Gitu2 la ayatnya.

Sekali, “babe, confirm. Itu ipad u”. 

😭😭😭😭😭😭😭

Ya Allah. Subhanallah. Allahuakbar. Alhamdulillah. Masih lagi rezeki aku. Terima kasih Ya Allah.

Nie haaa pelakunya. 😂

Geram betul bila ingat balik ayat dia dengan makngah dia.

Ipan nak pegi toilet. Tapi nak masuk toilet lelaki. Mana maunya makngah nak masuk toilet lelaki. Dia kata xpe dia boleh masuk sorang2. Yihhh. Makngah cakap mana boleh nanti ipan hilang, kena culik orang amek bawak lari cemana. Dia tanya makngah pulak, “ipan hilang?. Kena culik?. Pastu nanti mommy nangis sebab ipan hilang?”. Bila makngah jawab YA, dia cakap, “xpe la biarlah ipan hilang. Mommy tu asyik marah2 ipan je”. Wehhhhhhh, 😭😭😭😭. 

Ehh korang, tah la. Bila kisah ipad hilang and jumpa balik nie kan, teringat ayat sorang manusia ni masa kite kena ragut dulu. Dalam pada kita dalam keadaan dapat musibah, dia pulak beria cerita kisah dia masa dia tertinggal purse dalam teksi. Berkali duk sebut purse dia jumpa balik sebab “ye laaa, benda halal kan. Hilang mcm mana pun jumpa jugak. Ye la, katapun barang halal”. Rupanya ada benda yang dia xpuas hati ada dalam handbag kite yang kena ragut tu. 

Masa dia cakap tu, kite hanya mampu, “Ya Allah. Aku berserah dan aku serahkan sepenuhnya kepada-Mu untuk membalas setiap kata2 dia yang menyakitkan hati aku saat ini ya Allah”.

Setahun selepas itu, sehari dua lagi dia nak ke Mekah. Tingkap kete kena pecah, duit beribu hilang, document penting hilang, barang penting hilang. Kalau aku nie mulut jahat, memang aku nak pulang balik paku buah keras kat kau. Tapi aku xnak. Aku pilih untuk diam. Sebab kalau aku buat macam tu, apa beza aku dengan kau. And aku tau kalau aku bersuara, ayat aku lagi triple bisa dari ayat “barang halal jumpa balik” kau tu. Aku akan bagi ayat pendek je tapi boleh buat hati kau macam kena siat2 kena hiris2 dengan pisau tumpul. Pastu perah pulak limau. Sebab tuh aku pilih untuk diam. Tapi bila aku diam, kau provoke. Aku diam sebab aku xnak ayat2 yang xelok keluar dari mulut aku je. Kau tanya pulak suami aku kenapa aku xde tanya sikit pun dekat kau apa yang jadi. Nak tanya kau ok pun xterkeluar dari mulut. Berat betul nak bukak mulut masa tu. Sebab as soon aku dengar je apa yang jadi, terus aku teringat kata2 kau dulu masa aku kena ragut. And terdetik dalam hati, “adakah ini kifarah untuk dia Ya Allah?. Jika benar, alhamdulillah dan terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya hanya KAU yang MAHA mengetahui segala isi langit dan bumi”.

Macam mana kite tau dia cakap macam tu dekat suami kite?. Sebab suami kite tanya kite soalan yang sama. Kite jawab, “kenapa?. U nak tau kenapa?. Sebab itu kifarah untuk dia”. Suami kite muka terkejut. Dia tanya kenapa kite jawab macam tu. “Sebab masa i kena ragut dulu, bla bla bla yada yada yada (korang baca balik la kat atas apa yang dia cerita masa purse dia hilang tu). Time tu dah la i tengah pregnant qisya. Kalau i gugur masa tu, ibarat macam anak dalam perut i nie pun anak x halal ke cemana. Depan u je dia beria concern. U blah je, macam2 dia kata kat i”. Panjang lagi la kite bebel. Hasben kite senyap je. Sebab lepas setahun baru dia tau cerita tu. And cerita2 apa yang kite kena, semua kite cerita dekat hasben kite. Kena perli, kena herdik dengan ayat2 makian semua benda kite luahkan masa tu. Bukan takat kite je kena. Mak bapak kite, adik beradik kite, pakcik makcik kite. Semua benda kite cerita. Semua jadi masa hasben kita xde ya. Terkejut hasben kite. Lepas tuh hasben kite pujuk kite .

Aku nie mulut bisa jugak. Tapi mulut bisa aku depends pada situasi. Bukan semberono je nak sembur kata2 bisa aku nie. Aku diam bukan sebab aku takut. Aku diam sebab aku tengah bersabar. Tapi kau, lagi aku diam, makin makin kau berkata2. Dalam pantang aku hampir meroyan sebab kau. Alhamdulillah aku sedar awal, aku luahkan dalam FB tapi setting hanya untuk tatapan kau dan jugak aku je. Sumpah demi Allah, lillahitaala, lepas je aku post, kepala aku, bahu aku jadi ringan terus, hati aku jadi tenang. Masa tuh baru aku dapat rasa istilah dan maksud “macam ada batu besar jatuh dari kepala”. And ya, pernah ada 1 hari tu sabar kite dah hilang and kite burst. Tapi aku xbagi 100% pun. Yang aku bagi just 20-30% je. Tau pulak kau nak sentap. 

Ingat mulut puaka hati kental la. Rupanya, kau spesis yang nak sembur orang boleh, orang sembur kau xboleh. Koyak. Bila kau kena sembur balik, (itupun sebab dia yang start dulu) lahhh sentap ke. Menggigil2 bibir. Hahahahaha. Ingatkan berani sangat la. Ingat liar sangat la. Baru nak berlawan2 kata2 tengok siapa yang lagi bisa siapa yang lagi pedas mulutnya. Tapi dah blah. Tak seterong weh. Jangan ingat orang diam sebab takut, tapi orang diam nie tengah kumpul kekuatan, tengah nak tebalkan kesabaran untuk hadap spesis manusia macam kau. Orang yang diam nie kalau dah start bersuara, yang acah2 mulut puaka mulut laser mulut lepas nie boleh jadi hilang kata2 dibuatnya. Nak kejar kau untuk pujuk or say sorry?. Sorry but not sorry. Lamberttttt lagi.

Lepas tuh kau bercerita dengan orang lain ibarat kau mangsa. Konon, “aku xkacau pun dia. Xusik pun dia. Xkata apa pun kat dia. Tiba2 je dia sembur aku maki aku”. Part kau mengutuk mengeji menghina aku dengan semua keluarga besar aku, kau xcerita pulak. Nak orang nampak kau xbersalah dan aku yang salah sebab sembur kau. Punca of course la xkan cerita. Try hard nak dapatkan sokongan orang lain utk support kau kan. Dasar manusia narsistik!

Jap jap. Nak tanya, masa aku accident baru nie, and bila kau dapat tau, kau ada keluarkan kata2 yang xelok jugak ke. Sebab xlama lepas aku accident kereta kena hentam belakang, kau pun accident benda sama jugak. Bila tau tuh, terus macam terdetik, “ehhh, adakah?. Ermmmm, adakah kisah yang pernah terjadi 13 tahun lepas berulang kembali?”. 🤔😏. Hal nie bukan aku sorang je yang perasan ya. Yang lain pun perasan. 🫣

Sebab kau pun macam ada xpuas hati jugak kan bila dapat tau pasal kereta tu. Kena pulak dapat tau lagi yang kereta tu atas nama aku kan. Lagi lagi la berbulu hati menggelegak sanubari. Ye la, orang depan nie bukannya ada duit pun. Mana mampu nak bayar kereta mecedis. Tuh mesti duit laki dia la yang bayar kereta tu. Typical ayat kau kan. 😂. Lagi sakit hati kononnya kau pun pernah berkenan kereta spesis tu. Nohhhh, makin direntap2 dirobek2 la hati tu. 😂. 

Mulut kena jaga. Yang dah lepas biarlah lepas. Malas nak semakkan fikiran untuk orang yang langsung xpenting pun dalam hidup kite. Rugi je storage otak nak simpan memory untuk orang yang xpenting. Cumanya nak pesan, in future nanti mulut jaga ya. Bukan apa, ghisau mulut nie xboleh tahan nak membalas. Dah orang menjual kan, kite beli la. 😂

Sorry la korang kalau ada yang xselesa. Benda xboleh lupa. Pastu ada pulak point yang buat trigger-ed. Haih, xmampu nak kawal emosi.

Nak tanya. Awak la, siapa lagi. Awak tuh la yang selalu xpuas hati tu. So maknanya ipad saya nie benda halal la kan. Sebab tuh jumpa. Sebab awak kan pernah cite yang purse awak hilang. Kan ayat awak, ye la hilang macam mana pun kalau benda tuh halal, mesti jumpa jugak kan. Sebab halal kan. Barang halal memang akan jumpa. Ye la kata pun halal. Dok gitu? 😏. 

Alhamdulillah. 

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...