Monday, February 13, 2023

:: Progress Rumah - Update ::

 Jumaat malam hasben kite ajak tengok rumah setapak. Alang2 nak hantar cat sekali. Sebab plan the next day nak cat rumah. Cat sendiri kononnya. Bila dah boleh cat, maknanya kat rumah tuh dah settled dah la apa yang patut kene settle. 

Bismillahirrahmanirrahim.

Kite start dengan luar dulu la nyeah. Ikut turutan. Please bare in mind yang post nie bakal panjang. Belum campur dengan selingan2 iklan lagi. Hiks. 

Shoe cabinet itu hari kan xpasang lagi lampu.

Dah siap pasang dah. Checked!. ✅. Cantiknya bila bukak lampu. 

Ok itu luar. Luar xde apa sangat. Takat shoe cabinet je. Depan shoe cabinet tuh bilik stor.

Jom masuk dalam rumah pulak. 

Assalamualaikum. Kakak, bobot dengan ifan dah balik. Ehhh, hahahaha. Dah terbiasa cakap macam tuh every time masuk rumah kat gombak. So terbawak2 sampai ke rumah setapak. 😂. 

Punya la dah terbiasa, bila masuk rumah bagi salam je x nyebut nama 3 orang anak dah balik, nanti mesti bobot akan tegur, “mommy, u forgot something”. Bila tanya apa. Dia jawab, “u forgot to say what u suppose to say mommy”. Haiyooo. Selagi xcakap, duk la meratib ayat sama. Nak xnak terpaksa la cakap. 😅. Kadang2, salah sorang dari 3 anak2 kite yang akan nyebut ayat tuh. 

Masuk2 je akan nampak island table. Sebelum nie xletak lagi table top kan.
Skang dah siap letak table top. Checked!. ✅. Dulu dekat atas pintu tuh ada wall fan. Sebenarnya nak letak wall fan kat dinding sebelah island table, mengadap dapur. Sekali katanya xboleh sebab nanti berlaga dengan pintu kitchen cabinet. 

Sudahnya kite suruh bukak wall fan tuh. Nampak huduh sangat letak dekat atas pintu masuk rumah. Dah la kat tepi dinding yang berdepan dengan island table tuh dah ada kipas besau. Pastu tup tup, ada lagi kipas kat atas pintu. Mendeeee tah.
Nie ha. Xker pelik. Ini sebelum bukak.

Pasal wall fan nie kan, sampai muncung2, merajuk2 la jugak kite dengan hasben kite. Bertegang jugak la. Kite suruh bukak kalau xboleh nak alih ke belakang kat arrow hijo tuh. Hasben kite tanya kalau bukak nak letak mana sebab dah xde tempat nak letak. Kite jawab bukak la dulu. Nanti akan ada la tempat yang boleh nak gantung wall fan tuh. Pastu hasben kite pulak cakap itu x membantu, dia nak kan solution. Yihhhh, bukak wall fan tuh bukan solution ke. Nak letak mana, kendian la pikir. Kata nak solution whether nak biarkan atau bukak atau pindahkan ke mana2. Bila dah bagi solution, tanya lagi nak pasang mana. Bila dah bagitau nanti boleh pasang kat dalam bilik qisya or bobot, ehhh, xleh terima. Xyah la bawak cara bekerja kat ofis tuh untuk hal2 macam nie. Bende kite buat dia apa, bukan dia buat kite. Dok gitu?. 

Masalahnya, asal pegi tengok rumah setapak mesti timbul isu wall fan. Sampai tahap kite dah xnak ikut dah. Tapi kene paksa. Dah la paksa pegi, pastu bila isu sama berbangkit, tegang lagi situation. Sampai tahap kite cakap, “ehhh susah2, biaukan je ler kipas tuh duduk kat situ. Xyah bukak xyah pindahkan kat mana2. Lantak la nampak pelik ke apa ke. Malas dah i nak pikir. Lain kali xyah tanya i dah apa2 pasal rumah. Track light nie semua pun xyah tukau. Biau kan je semua kaler putih. Suruh ahlung pasang je aircond xyah tukau track light. Cat pun u pikir sendiri nak kaler apa. Furniture pun u decide sendiri nak yang cemana. I dah surrender dah”. Tengah healing merajuk ke tuh?. Huahuahua. 

Ehh xlah. Manada saya marah suami saya. Nada suara saya xtinggi pun. Nada orang merajuk sambil mulut muncung je. Haaaa gitu la. Pastu sentap xbercakap. Emo. 😝. Xnak tengok dah rumah. Lepak kat balkoni tengok pool, tengok rumah2 orang. Layan anak2. Main game candy crush yang skang nie baru level 4555. Laaah, siap bagitau level ker?. 😂. Hasben kite tanya apa2, kite jawab, “ntah. Xtau. Ikut u la. Memana je la”. 🤐. Rebel la konon2nya tuh. 🤦🏻‍♀️

Pastu bila rumah dah siap semua, tau2 track light semua dah tukar, dengan wall fan kat atas pintu masuk rumah pun dah cabut. 🤭. 

Ok dah, habis kisah emo pasal wall fan. Nampak x nampak x kenapa jadik lagi panjang. Selingan "iklan" yang panjang berjela.

Bulb lampu island table nie bapok ler terangnya weh. Sebab tuh color bulb track light kene dim sikit. Baru la ngam. Tapi memang betul pun. Tukar bulb track light kaler kuning, terus semenggah sikit. Kalau tidak memang terang betholll cahaya keimanan. Hihihihi. Punyalah terang sampai semut bertelur pun boleh nampak. Ehhh jap. Semut bertelur ke?. Mandai2 je kan kau nie sya. Mengarut2 bagi ler kat kau kan.

Siap dah pasang table top, sinki dengan paip. Checked! ✅. Nanti xlama lagi nak pasang backsplash pulak kat tiles dinding tuh.
Dapur saya yang simple. Xde nak buat beria sangat pun dapur nie. Kalau nak buat beria, baik buat kat rumah gombak. Dapat kite dapur baru. Itu ku bilang kalau la. Kalauuuuu. Hihihi.
Hall pun dah tukar track light hitam. Hah, kan baru la seiring dan sejalan dengan kaler kipas. Matchy matchy gituuh. Aircond pun dah pasang. Checked!. ✅. Xde dah terkeluau hos aircond. Si rambut kinting kite baru bangun tido masa nie. Perut dah kenyang baru lepas makan kat Kungfu Ramen Taman Melawati. Masuk kete, dapat aircond, tayar start bergolek je, terus gone with the wind. Kakak dengan abang pulak xde nak ajak main (pegi rumah kakak kite). Itu yang asyik nak berdukung je dengan kite. Sudahnya kite dudukkan dia atas tangga. 
View dari arah balkoni. 

Ok settled dah part hall dengan dapur. Moh kite ke bilik2 pulak. 
Master bedroom pun dah tukar track light color hitam. Aircond dah pasang. Checked!. ✅
2nd room. Pun dah tukar track light dengan pasang aircond. Checked!. ✅. Nampak bende alah kat lantai tuh x?. Itu la wall fan yang bikin onar selama nie. Dah selamat dicabut dah. Urghh!!. 

Bila sudahnya dah dicabut, and memang kesudahannya kene jugak cabut, xker buat penat otak, buat penat emosi bila bertegang urat, berselisih pendapat. Ingat merajuk tuh pun xpenat ke. Ingat muncungkan mulut tuh xlenguh ke. Ingat sentap menyentap nie best ke. Ingat senyap xbercakap tuh seronok ke bila xdapat bercakap. Dah la kite sejenis yang kuat bercakap, bila xdapat bercakap, boring tahuk!.  Hahahahaha. Jangan la pulak korang pikir xbercakap berhari2 ke derang nie. Xlah, mana mungkin berhari2 kite x bercakap dengan suami aii tuh. Esoknya pagi bangun tido start la bercakap balik. 😂🤭

Bilik no 3 xde bende nak tukar and memang xletak aircond dalam bilik no 3. Sebab kecik. Nak pasang aircond macam xlogik. Mau beku dalam tuh. On kipas je pun dah ok. Dah sejuk dah. Mana xnya, kipas dalam tuh jenis yang 6speed. Kalau panas gak xtau la nak cakap apa.

Pastu sabtu lepas kite dengan hasben kite pegi rumah setapak. Niatnya sebab nak cat rumah. Hasben kite nak cat sendiri katanya. Hari dari cerah sampai la gelap xsiap2 lagi. Padahal 1 bilik je pun. Kecik pulak tuh. Sudahnya memang xsiap pun. 😂. Hasben kite tetibe je, "ok kat sini i nak declare yang i xtau cat rumah. Kalau pasang2, drill dinding, gantung2 i boleh buat. Cat i xleh la". Hahahahaha. Bercapuk habis gais dinding. Kire kite lagi terror la dari hasben kite. Sebab part dinding yang kite cat elok molek je. Hasben kite cakap "ok kalau macam tuh, u je la yang teruskan. Sila2 sambung". Wakakakakaka. Ishhhh, xnak la. Penat oiii. Penat sebenarnya nak cat rumah nie. Nampak senang, nampak macam ehh boleh nie. Tapiiiiiiiiii tidak ye gais. Nak2 pulak bila orang yang x biasa and xpernah mengecat yang buat, memang sudahnya give up la cite dia. "Ddy, upah je la orang cat rumah". Terus hasben kite carik contact dan2 tuh jugak. Hahahahahha.

Mujur la kite cakap cat bilik paling kecik dulu untuk testing. Jangan terus nak buat hall. Xleh bayang kalau start dengan hall dulu. Matilanak!. Bertobek dinding. Kihkihkih.

Kalau perhati betul2, boleh nampak cat bercapuk2 sebab xrata. Itu kerja hasben kite la. Dah la cat xrata, kerja x habis pulak tuh. Xpe la kesian suami kite. Penat dia tau. Hihihihi.
Siap letak tape tutup plaster ceiling. Sebab habis plaster ceiling bilik pun terkene cat sekali. 😫. Pandai2 la orang yang sambung tuh nanti touch-up balik. Lebih baik serahkan je pada yang pakar untuk buat. Wakakakaakaka.

Lepas cat dah boleh cuci rumah, hantar perabot, pasang langsir,  call kedai yang kiteorang beli washer, fridge dengan dapur masak untuk penghantaran. Lepas tuh boleh deco2 sikit. Part deco kite suka. 

Nanti dah siap kite roger. 😂

1 comments:

mummy_ayu said... [Reply]

cantiks...wal best nya deco2 rumah.. i like too!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...