Tuesday, May 21, 2024

:: Tokyo Trip (Trip Beli Jiwa) - Part 1 ::

 Untuk ke Tokyo, kami sekeluarga naik Philippine Airlines. Kebanyakan airlines punya tiket flight masa hasben kite booked dulu, mostly mahal oiii kalau direct ke Tokyo. And sebabkan mahal la kiteorang decided untuk amek transit ke Manila. Maknanya transit ke Manila dulu then baru ke Tokyo. Awalnya hasben kite tanya nak transit ke nak direct. Then hasben kite pun bagitau cost ticket kalau transit berapa, kalau direct berapa. Yang direct time tuh xdapat ye ticket 2k ke bawah. Semua 2k ke atas. Kami pulak 5 beranak. Jadiknya kalau flight ticket RM2,500 sorang, korang darabkan la kalau 5 orang berapa. Itu anggaran je. Anggaran betul kite xingat. Tapi range gitu2 la. Di masa itu la tapi. Harga flight ticket kan berubah2. Kalau pegi berdua xde la masalah sangat. Nak naik business class pun masih boleh berpikir2. Nie pegi berlima. Paham paham yolah. Hahahahaha. Tapi skang nie rasanya tiket dah murah sikit sebab abang ipar kite baru je purchased flight ticket Philippine Airlines ke Tokyo. Tahun nie ke Jepun pulak derang pegi bercuti. Itu derang punya yearly routine sebenarnya. Tahun lepas pegi London. Tahun sebelum tuh pegi Turkiye. Pegi Paris. Eh banyak la tempat. Time covid je dok ontok2 kat rumah sebab border tutup. Hahahaha. 

Asalnya kite kalau boleh nak direct. Biar penat sekaligus la kirenya. Masa pun xrugi. Hasben kite cakap kalau nak direct boleh je tapi dia rasa macam rugi. Duit lebih2 untuk bayar ticket flight tuh boleh buat untuk bayar bende lain macam hotel ke airport transfer ke. So duit untuk belanja/shopping dekat Jepun pun akan ada extra la. Errrrrmmm, ada betul jugak. Kau sya, dengar duit extra untuk shopping dan2 je kan "ada betul jugak". Ehhh kemon, shopping kut. Hihihihi. 

Kalau transit pulak hasben kite bagi options either stay 1 night kat Manila (kalau nak jenjalan dekat Manila) or transit for few hours then sambung flight ke Tokyo. Part nak stay 1 night kite xsetuju sebab rugi hari. Lagipun takat Manila macam rasa kalau xberjalan sana pun xpe. Dah la kite cuti xbanyak. Hasben kite ok la cuti banyak. Cuti xde masalah bagi dia. Awalnya dengar macam renyah nak transit2 nie. Tapi bila hasben kite explained yang kalau transit for few hours tuh xyah keluar dari airport Manila and xyah nak keluarkan luggage apa bagai, then ok la. Lagipun transit kat Manila untuk 3 jam je. 

So bincang punya bincang, kami dah capai kata sepakat, maka jadik la naik Philippine Airlines.

Flight kiteorang pukul 11lebih pagi. So awal pagi dah kene bergerak ke airport. Naik grab je. Sebelum tuh hasben kite bagi cadangan naik ERL. Konon nak bagi anak2 experience naik train la. Kite yang xnak. Hahahahaha. Memang xnak la. Dengan luggage ada 4. Dengan anak ada 3. Belum apa2 lagi kite dah rasa akan ada kisah kelam-kabutnya nanti. "I xnak stress2, xnak marah2. Boleh potong mood nak holiday. Dah la jauh perjalanan nie. So better la naik grab". Kannn. naik grab senang. Tau2 sampai je. 

Kiteorang naik kat KLIA. 

Awal2 tayar luggage cantik je semua ada getah untuk cover. Sampai Tokyo, ada yang lopong xtau mana pegi. Hahahha.

Geram betul cheeky boy nie. Duk berebut dengan abang nak duduk situ.
xsabar lettew nak naik airoplane.
Otw pegi dalam flight boleh tengok movie. Just download apps PAL (Philippines Air) then dah boleh tengok movie2 yang ada dalam tu. Alhamdulillah ipan ok both flights from Malaysia to Manila - Manila to Narita. Ehh ke landing kat airport Haneda nyeah. Halahhh lupa pulak.

Risau jugak masa nak take-off dengan nak landing. Ye lah kata pun 1st time ipan naik kapal terbang. Kut la dia takut ke apa ke kan. Sekali dia enjoy la nyeah. Siap gelak2 lagi. Siap kata “ipan want more”. 😂
 
Hasben kite dah siap2 request-ed halal food. So dalam flight, derang akan keluarkan makanan yang halal nie dulu. 
 

 
Seriously sedap makanan nie. Ikan sweet sour.

Flight dari Malaysia ke Manila amek masa dalam 3 jam 15minit ke 3 jam 30minit.
Halah sian anak mommy. Time nie dah sampai Manila. So sementara nak tunggu flight ke Tokyo, kiteorang lepak minum kopi. 
 
Walaupun transit 3 jam, tapi tidak la terasa sangat pun. Nak keluar dari aeroplane amek masa berapa lama dah. Nak beratur untuk scan kat imi (imigresen) manila pun amek masa. Pegi toilet minum kopi apa semua, tau2 dah settled 3 jam.
 
 Sampai Narita/Haneda Airport pukul 12am. Keluar je dari airport, sejuk sangat. Nyaman gila. Transport datang untuk hantar ke hotel. Kat Tokyo kiteorang stayed dekat Asakusa. Hotel nama Koko Hotel. Hotel ok la. Comel. Tapi harga xberapa nak comel. Harga 1 malam kalau kat KL, tambah sikit dah boleh tido dekat St Regis.








Ngam ada 5 tempat tido. Hotel kat Jepun bukan macam hotel kat Malaysia ye. Jangan la buat perangai peghak checked-in satu bilik tapi hangkut 10 orang dalam. Kat sana kalau 2 orang, 2 orang la. 4 orang, 4 orang la. 10 orang, 10 orang la. Kena declare berapa orang. 
Hah itu la keadaan dalam hotel. Comel kan ruang dia. Hihihi.

Maaf la kualiti gambar x cantik sebab ini kite sikirinshot dari video. Hiks. Kite try upload video tapi xboleh. Pastukan kite suka gila toilet dekat Jepun. Bersih sangat2 bersih. Kebanyakan tempat kite pegi memang bersih. Ada la yang xbersih tapi cuma 1-2 toilet je la. The rest semua terbaik. Ifan kat sana sampai dah boleh guna toilet sendiri. Dia tau button mana nak tekan untuk flush, mana untuk keluarkan air. Kan kat sana sejuk, tapi bila duduk je atas toilet kan, panas je. Air pun panas. Xde la terkejut sejuk bila kene "tembak". Wakakakakaka.
 
Tingkap luas tuh je boleh bukak. Haluih jaaaaa. View side belakang.

Tapi seriously, Jepun memang best sangat. Rasa selamat gila. Kat sana pukul 9 malam macam dah lengang. Bila berjalan dekat lorong2 belakang, walaupun sunyi sepi, xde rasa takut pun. Xde rasa macam nak dirompak ke apa ke. Hasben kite henfon memang sentiasa kat tangan untuk nak tau direction. Pun xde rasa macam ada orang akan snatch sambil2 lalu. 
Salah satu lorong belakang2 hotel.

Kebanyakan tempat kat Jepun memang bersih gila. Bersih sangat walaupun nak jumpa tong sampah pun susah. Ye korang, memang susah gila nak jumpa tong sampah kat sana. Dalam beg memang kene standby plastik. Kalau ada sampah, masukkan dalam plastik tuh, balik hotel baru buang. Or kalau masuk family mart ke or mana2 mart la, baru boleh buang sebab dalam tuh ada tong sampah.

Ada la few places yang xberapa nak bersih. Yang kite perasan macam dekat big2 city. Macam Shibuya dengan Shinjuku. Tapi xberapa nak bersih tuh pun bukannya kotor sangat. Masih ditahap bersih tapi xsebersih tempat2 lain. Mostly semua tempat kat Jepun memang bersih la. Sumpah bersih gila. Udara pun tersangatlah nyaman. Bila bernafas boleh bau that udara bersih tu. 

Kalau orang tanya nak repeat lagi x Jepun, jawapan kite adalah of course kite akan repeat. Tapi mungkin xkan focus sangat ke Tokyo. Maybe lepas nie ke Osaka atau Kyoto. Sebenarnya plan asal nak pegi Tokyo dengan Osaka. Tapi pikir2 balik xyah la. Better focus Tokyo je. Sebab trip nie bawak budak. Osaka more to sightseeing. More to nature. So budak2 akan bosan. Macam Tokyo, walaupun ada jugak bosannya, but at least ada Disneyland dengan Disneysea. So derang akan enjoy akan happy la. 

Tapi kan sana memang cantik. Xtau cemana nak gambarkan cantik tuh cemana. Bila tempat bersih, teratur, xde semak samun, auto akan nampak cantik. Tah la nak explain pun xreti. Especially laluan nak ke Gunung Fuji. Subhanallah!. Memang cantik sangat. Kite fall in love gila. Sumpah cantik!. Kalau la kite ada duit banyak, kite nak beli 1 rumah dekat area2 nak menghala ke Fuji. Settle down sana. Tapi tuh la, itu ku bilang KALAU. Hanya KALAU. Berangan kan free. Hahaha. Nanti la kalau kite rajin kite tunjuk permandangan tu. 

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...