Sunday, March 18, 2012

:: Pelumba Basikal Rafizi Hamdan Maut ::

Dapat tau berita nie from broadcast msg BBM mok mok..kawan die anto..suruh spread-kan news carik kete yg langgar arwah Rafizi Hamdan - pelapis pelumba basikal negara-..nasib baik plat number kete yg langgar lari tuh tercabut..so that senang nak crk..tetibe teringat my best fren arwah DOD yang kene langgar lari jugak..;(

source from here

2012/03/18

KUALA LUMPUR: Pelumba Kelab Basikal Le Tua, Rafizi Hamdan, 37, maut dalam satu kejadian langgar lari di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di kilometer 20.2, Taman Melawati, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, mangsa, dari Bukit Kepayang, Negeri Sembilan, dirempuh dari belakang oleh sebuah Proton Saga yang dipercayai dipandu laju.

Pemandu kenderaan itu melarikan diri tanpa menyedari nombor pendaftarannya tertanggal berhampiran mayat mangsa. 

Rafizi yang dikatakan dalam perjalanan mengayuh basikal untuk bertemu ahli kelab yang lain di Hospital Orang Asli, Batu 12, Gombak, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di kepala.

Mangsa meninggalkan seorang isteri dan dua anak. Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan sebagai kejadian langgar lari namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan pemandu kereta berkenaan.

“Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan ke atas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak berkenaan mendapati pemandu kereta gagal mengawal keretanya lalu merempuh basikal mangsa hingga mengakibatkan mangsa tercampak,” katanya.

Katanya, usaha mengesan pemandu terbabit giat dijalankan dan pihaknya yakin pemandu dapat diberkas dalam masa terdekat berdasarkan nombor pendaftaran yang ditemui.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan atas kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan hingga menyebabkan kematian.

arwah Rafizi Hamdan..

 basikal arwah Rafizi Hamdan selepas dilanggar..


~AL-FATIHAH~

Salam takziah buat keluarga Arwah Rafizi Hamdan..semoga roh Arwah Rafizi Hamdan dicucuri rahmat oleh-NYA..

AMIN..









13 comments:

IntaNBerliaN said... [Reply]

Al fatihah utk arwah.. habislah yg tukang langgar tu.. blh pulak plat kete tercabut ek..

amiey lee said... [Reply]

itula kt kl ni suka langgar lari...

alfatihah tuk arwah

Falsya said... [Reply]

@IntaNBerliaN itu la..nasib baik la tercabut..dr langgar lari pastu xtau sape..kannn..

Falsya said... [Reply]

@amiey lee kan amiry..dh mcm jd trend..dieorg takut agaknye kan..

Al-Fatihah..

syawalsimpsons said... [Reply]

seb baik jatuh no plat tu kan..padan muka...sama ada org tu sedar atau tak dier langgar tu

Anonymous said... [Reply]

al-fatihah..

Falsya said... [Reply]

@syawalsimpsons itu la..mestilah sedar kut sue..sedangkan langgar kucing pun sedar inikan pulak manusia..

Falsya said... [Reply]

@~diAhOntHeblOg~ al-Fatihah..

emarieys said... [Reply]

Al-fatihah untuk arwah...memang laju pemandu tu...

Falsya said... [Reply]

@Mama Ema al-Fatihah..

Salina@IbuAqil said... [Reply]

Ya Allah!!!!
Takut dengornya..
Salam takziah buat keluarga arwah..
Al-fatihah!!

Falsya said... [Reply]

@Salina@IbuAqil seram salina..nak upload video tp x smp hati..

Falsya said... [Reply]

@fieda al- Fatihah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...