Thursday, June 30, 2022

:: Hati Cepat Cair ::

Hati kite la yang cepat cair. Cair bila dengan si rambut kinting kite. Dengan dia xboleh nak marah. Bila nak marah je, terus xjadi. 

Sebab nie laaa. Sebab nie. Geram la. Dengan gigi taring dia tuh. 
Nanti dia akan senyum2 macam nie lepas tuh duk “mommy, mommy”. Sengih je. Lepas sengih2 dia buat senyum menyeringai dia macam gambar dekat atas. Pastu gelak beria macam kelakar sangat. Tah apa yang kelakar xtau ler.

So you tell me. Macam mana nak marah kalau every time dia buat muka comel gitu sokmo. Haish. 
Songkok tinggi2 tuh nak ke mana pak aji. Huhuhu.

Kenapa nak kene marah budak kecik secomel ini?. Kene la marah sebab dia duk mengerjakan abang dengan kakak dia. Sakit kut kene lepuk dengan ifan nie. Memang show no mercy dia bagi. Ye tau dia budak2 xreti apa lagi. Bagi kite dari budak2 la kene tegur kene marah so that dia tau apa bende yang dia buat tuh salah. And never underestimate budak2. Walaupun dia baru setahun dua. 

Macam ifan, lepas kakak/abang menangis dek dikerjakan oleh dia, boleh nampak dekat muka ifan muka takut. Siap carik tempat nak menyorok. Kenapa jadi macam tuh?. Sebab dia tau apa yang dia buat tuh salah. Tapi kadang bila kakak/abang dia nangis, dia yang datang kat kite bagitau abang/kakak menangis. Siap tarik tangan kakak/abang suruh pegi kat kite konon nak suruh kite pujuk. Hahaha. Adoiiii. Ifan ifan. Plus, kalau xmarah rasa xfair pulak dekat abang/kakak. Xfair la sebab kalau adik buat apa je xkene marah. Kenapa bila derang buat kene marah. Haaa gitu la. tapi lepas tuh kite explain la ke derang yang ifan tuh kecik lagi. Bla bla bla, yada yada yada. Tah la, bagi kite kalau salah kene tegur/marah. Xkisah la dari apa segi pun yang derang buat. Takut nanti bila dah besar, x lut dah segala teguran tuh semua. Dok gitu?. Ikut la masing2 punya cara nak mengajar anak. Lain orang lain cara. Tapi kite pun xde la marah beria. Marah utk mengajar dan menegur. Ehh, ye ker xmarah beria. Kene tanya hasben kite jap. Wakakakaka.
Suka tau buat muka comel gitu. Eeeiii, rasa nak gomol budak nie..time nie ifan baru lepas potong rambut.

Akhirnya dapat jugak potong rambut ifan. Tapi kemahen seksa i tell you. Budak yang potong rambut ifan at that time xtau la apa bende yang dia menyumpah dalam hati. Hahahahhaha. 
Rambut atas tuh xsempat nak trim. Sebab dia mengamuk sakan. So rambut ifan jadik bergumpal gitu kat atas. Hahahaha.

Tapi jangan sangka dapat potongan yang elok hokeyh. 
Nah bukti. Bertobek, xrata, ermm apa lagi. Hahahahah. 
 
Susah betholllll la nak potong rambut dia. Siap kene peluk dia kuat2, dia punya mengamuk, menangis, meraung, dah macam kene dera. Lepas dah nampak ok sikit, dah nampak semenggah sikit rambut, baru kite suruh budak tuh stop gunting. Elok stop je, tuh dia, berbirat tangan dengan muka dia. Merah habis. Ifan sejenis kulit putih melepak, so bile kite pegang dia kuat2 xnak bagi bergerak, itu yang sampai berbirat. Berbirat tapi xlebam la. Macam mustahil pulak nak lebam. Bukannya kite pegang dia sekuat hati. Hihihi. Kite rimas tengok rambut anak berselirat. Rambut ifan nie pulak dah la jenis kerinting. So bila panjang, dia mengerbang dan berpintal. Kalau mandi, rambut kene air, panjang rambut dia paras bawah hidung. Belum cite rambut dia sokmo masuk dalam hidung. Gatalll hidung wehh. Hahahaha. 

Ikutkan boleh je nak simpan. Ramai family kite yang kata sayangnya potong rambut ifan. Sebab rambut dia rare. Kihkihkih. Dalam family kite kire rare la sebab dia sorang je yang rambut kerinting. Yang lain semua rambut lurus. Hahaha. Tapi tuh la, kite la yang sakit mata gatal hidung. 😂
Halahhhh chemboiii mommy nie. Geram. Apa je yang abang pakai. Itu yang dia nak pakai jugak. Skang nie kene beli baju yang sama dengan abang. Kalau tidak, ya Allah berebut baju. Dia nak jugak pakai baju yang abang dia pakai. Tengok la tuh, dengan shades cycling kite, dengan glove cycling kite. Abang duk pakai, dia pun nak pakai.

Dah setengah tahun ifan pegi school kat brainy bunch. Banyak jugak la progress dia. Alhamdulillah. Berkat ajaran dari aunty pun ye jugak. Kite bersyukur sangat aunty2 dekat brainy bunch sangat baik. Memang dah xkan tukar branch lain dah. Hahahaha. Expectation untuk ifan bila hantar dia pegi school xde la tinggi. What do u expect, umur dia baru 2 tahun kut masa kite hantar. Xkan dah expect ifan terus pandai membaca. Kite just nak dia mingle around, jumpa orang lain selain dari family sendiri. Xde la jumpa strangers nak takut je. Nak memerap je. Dulu ye la but since masuk school, dari jenis takut orang, dah xtakut orang. Dia pulak yang melambai2 kat orang. Tapi yang tahan melambai kat awek je. Hahahaha. Biasalah anak membesar di zaman pkp kan. Kebanyakannya memang jenis takut dengan orang. Xsemua la tapi majority. 

Owh haaa. Rumah kite dah siap chu'olls. Alhamdulillah. Akhirnya siap jugak. Baru sabtu lepas amek kunci. Perasaan?. Bersyukur. Rezeki anak3 kite sebenarnya. Kite menumpang rezeki anak3 je. Alhamdulillah. 

gayat oiiii..tinggi bebenau..

Xbesar tapi cukup. Lagipun bukannya nak duduk pun. Tambahan aset orang kata. Cuma skang tengah pikir nak sewakan atau buat rumah weekend/rumah persinggahan time2 cuti. Hehehe.
 
Sabtu nie nak check defect rumah. Buat sendiri?. Idok ler. Hasben kite hired inspector. Bukan inspector polis tau, tapi defect inspector. Kihkihkih. Biar yang pakar checkkan defect rumah. Lepas settle dengan defect, baru pindah masuk barang2. Paling2 pun nak buat kitchen cabinet dengan pasang grill je. Lampu2 dan kipas2 pun ye jugak sebab itu yang paling main kut. Yang lain biarkan asal. Lagipun bukan rumah nak duduk. So xyah nak beria sangat. Hihihihi.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...