Wednesday, August 1, 2012

:: Fatal Accident @ AU3 Keramat ::

Semalam gegurl tgk berita pasal fatal accident dekat AU3 Keramat..ya ALLAH, serious sedih sgt..bile tgk salah satu dr keluarga arwah yg terlibat dtg kat tmpt kejadian kan, xtau asal menitik air mata gegurl nie..pasangan suami isteri tersepit di antara 2 bijik bas sekolah..yg paling menyayat hati gegurl kan, isteri tuh tgh sarat mengandung 7 bln..dgr cite perut si isteri pecah terburai..ya ALLAH, ngerinye..lagi sedih sbb pasangan suami isteri tuh ade anak lg yg berusia 2 thn..sobbssssss..;(((((

Semalam diah cite ngan kiteorg, anak kak faez, anim ade kat dlm bas sekolah yg kene rempuh tuh..kesian anim sbb sakit belakang effect dr kene rempuh..syukur alhamdulillah xde ape2 yg teruk jadik kat anim..diah semalam buka ngan kak faez..itu sbb die tau cite..kesian anim..

AL-Fatihah utk sepasang suami isteri yg terbabit..moga roh mereka dicucuri rahmat oleh-NYA..semoga family mereka tabah dan kuat menghadapi dugaan ALLAH yg sgt besar ini..

*
*

Source from here

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri, yang menanti kelahiran cahaya mata kedua maut selepas dirempuh sebuah bas sekolah dalam satu kemalangan di Jalan 15/56 AU 3, Keramat di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa Hafeeze Mohd Hanafi, 30, bersama isterinya Siti Noor Edayu Roslan, 26, yang hamil tujuh bulan, menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda Z, dirempuh dari belakang semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat.

Ketika kejadian, Hafeeze, seorang anggota tentera yang bertugas di Bahagian Gaji, Kementerian Pertahanan di sini dalam perjalanan menghantar Siti Noor Edayu, kerani di sebuah syarikat di Cheras.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata ketika berhenti di satu persimpangan lampu isyarat, mereka dilanggar bas berkenaan yang datang dari arah Flat Polis Cempaka menghala ke Taman Setiawangsa.
Beliau berkata kejadian itu dipercayai berlaku ekoran kegagalan pemandu bas mengawal kenderaannya ketika menuruni bukit lalu melanggar mangsa yang sedang berhenti di belakang sebuah bas sekolah yang lain di persimpangan itu.

kemalangan kakitangan CIMB au3

Pelanggaran itu menyebabkan pasangan itu tersepit di antara dua bas. Mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kita masih menyiasat...bagaimana bas itu hilang kawalan. Mungkin ia berpunca daripada kegagalan sistem brek," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS). Beliau berkata mayat mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Sementara itu, dua saksi yang ditemui di lokasi kejadian menyifatkan kemalangan tragis itu berpunca daripada bas yang dipandu laju ketika menuruni bukit yang curam sehingga gagal dikawal dan bergesel dengan sebuah kenderaan sebelum merempuh sebuah motosikal.
Saiful Azhar Ismail, 39, berkata beliau yang dalam perjalanan ke tempat kerja melihat bas sekolah yang menuruni bukit dengan laju cuba mengelak sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh pasangan suami isteri itu.

kemalangan 1 ogos au3 keramat bas sekolah

"Sebelum melanggar motosikal itu, saya nampak bas tersebut cuba mengelak kereta Mercedes, lalu menghentam motosikal yang dinaiki mangsa di hadapannya, menyebabkan mereka tersepit di antara dua bas," katanya.

Khairi Azwan, 29, pula berkata kemalangan maut itu melibatkan sekurang-kurangnya sembilan kenderaan iaitu dua bas, lima kereta dan dua motosikal.

"Saya turut membantu mangsa yang cedera dan sempat membawa keluar pelajar-pelajar sekolah dari bas berkenaan.

"Saya lihat pemandu bas yang merempuh kenderaan itu hanya mengalami kecederaan di lutut," katanya yang ketika itu dalam perjalanan ke kedai runcit berdekatan.

Dalam pada itu, bapa Siti Noor Edayu, Roslan Jalil, 53, berkata kehilangan anaknya adalah sesuatu yang di luar jangkaan ketika mereka semua menanti kelahiran anggota keluarga baru.
"Saya tidak sangka perkara ini boleh berlaku ke atas anak saya. Namun, saya terima takdir ini dan reda beliau sudah tiada," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat HKL.
Pasangan itu meninggalkan seorang anak lelaki berusia dua tahun.


sumber- BERNAMA
gambar : ondscene
 


22 comments:

♥cikmOt♥ said... [Reply]

alahaiii...tak pat bayangkan perut si ibu terburai...anak dalam kandungan tu camner???hurmmm

syawalsimpsons said... [Reply]

sue yang tengok berita semalam pon terus pegang peyot...sebab dier pon lebey kurang jemah jugak

LizHairi said... [Reply]

ya allah...sedihnya...
kesian anak kecik dorang kan!

tak sanggup dah nak dengar citer2 sedey camni lagi2 dalam bulan ramadan :-(

Jue said... [Reply]

aduh sebak hati bila baca cerita nie...
tak tahu kena biasa kalau excident jue rasa kesian je...tapi yang ini aura di lain mcm...menangis teresak2 mula2 tahu...
tak boleh tahan..bila tengok lagi sedih semua ada....
al-fatihah buat mangsa..

(jgn lupa ke bloh jue..ada sesuatu untuk falsya disana)

umiawadah said... [Reply]

cerita sedih di bulan ramadan...tergambar kesedihan anak yang ditinggalkan tu...

Falsya said... [Reply]

@♥cikmOt♥ kan kakak..kesian sgt..kesian anak umur 2thn yg dh xde mak bapak..

Falsya said... [Reply]

@syawalsimpsons sedih kan sue..

mama tisya said... [Reply]

sedih kn...sian mangsa itu...alfatihah

Falsya said... [Reply]

@LizHairi sedih sgt..kesian kat dieorg..

Falsya said... [Reply]

@cik Jue Aka Ibu Farisyah falsya nangks tau jue bile tgk berita nie..ya ALLAH..mmg ngeei..

Haaaaa..okayh..akanku terjah..hehehe..

Falsya said... [Reply]

@ummiarissa paling kesian itu la..anak yg ditinggalkan..sedih..

Falsya said... [Reply]

@mama tisya al-fatihah..

Falsya said... [Reply]

@Saya Disini al-fatihah..

SyaNa said... [Reply]

Al-fatihah
mmg sebak smlm tgk berita

:(

adarnadzmie said... [Reply]

alfatihah buat arwah... somoga roh2 mereka di tempatkan di kalangan org yg neriman...

Zana Adieyza said... [Reply]

Al-Fatihah buat arwah.. sedih dengar berita ni.. dah la isteri tu tengah pregnant.. dugaan dari Allah..

Myra Jay said... [Reply]

Sedih yang tak dapat digambarkan...huhuuuu

Al-Fatihah..

Falsya said... [Reply]

@SyaNa sgt kan syana..sedih gile..

Falsya said... [Reply]

@adarnadzmie al-fatihah..amin3..

Falsya said... [Reply]

@Zana Adieyza al-fatihah..itu la yg lagi wat org semua sedih..sbb tgh sarat pregnant..

Falsya said... [Reply]

@Myra Jay kan Myra..al-fatihah..

Amieylee said... [Reply]

aku pun sedih giler pasal eksiden ni..alfatihah buat arwah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...