Thursday, September 22, 2022

:: Hari Berinai ::

 Siapa berinai?. Siapa lagi, kite la. Xpercaya?. Jap nyeah. Jap, kite tunjuk bukti.

Nahhhh. Ini buktinya. Lurve sangatttttt!!!. Cantik dia lukis inai. 
Pengantin malu2 tutup muka kunun. 😂. 

Sebenarnya kan, kite nak stopkan cerita inai dah. Tapi kan takut pulak kut kalau ada yang tertanya2. What’s going on???. What??. Berinai??. Nak kawen lagi ker?. Mana suami dia yang so called domok tuh?. And the list goes on and on and on. Kang takut jatuh pitenah pulop. Lama menyepi alih2 keluar pulak cite berinai segala bala. Hikssss. Lagipun xelok buat ayat tergantung yang bakal buat orang tertanya. 

Ehhh tapi ada yang akan tertanya-tanya ker?. Kut kalau ada la kan, waima seorang pun, kite kalau boleh xnak la buat orang tuh tertanya-tanya. If yang mana friend dengan kite dekat IG or FB, for sure xkan terkejut sebab dah tau. Kalau ada yang xtau, mesti terlepas post hakak lettew. Haaa haaaaa nak kemana tuh?. Nak pegi siasat kat page kite lettew. Huahuahuahua.

Sebenarnya cousin kite kawen. My girl cousin. Kite nie pengantin lama yang saje gatal nak berinai jugak. Dah tuh bende free, everything is free is nice kan, cuma perlu tadah tangan je. So why not!. Hahahaha. Kaklong kite belanja untuk siapa2 yang nak berinai. Kite la salah sorang dari siapa2 tuh. Ngeeee.

Ok, dah menjawab persoalan kan?. Alhamdulillah. Hihihihi.



Nie la dia wajah2 kesayangan hamba yang berinai sekali. 

Nah kite belanja sikit video “time-lapse” masa kite berinai. 


Kalau kite rajin, kite story mory morning glory pasal wedding cousin kite kayh. Biasalah faktor umur kan. Nak buat camner. 

Thursday, June 30, 2022

:: Hati Cepat Cair ::

Hati kite la yang cepat cair. Cair bila dengan si rambut kinting kite. Dengan dia xboleh nak marah. Bila nak marah je, terus xjadi. 

Sebab nie laaa. Sebab nie. Geram la. Dengan gigi taring dia tuh. 
Nanti dia akan senyum2 macam nie lepas tuh duk “mommy, mommy”. Sengih je. Lepas sengih2 dia buat senyum menyeringai dia macam gambar dekat atas. Pastu gelak beria macam kelakar sangat. Tah apa yang kelakar xtau ler.

So you tell me. Macam mana nak marah kalau every time dia buat muka comel gitu sokmo. Haish. 
Songkok tinggi2 tuh nak ke mana pak aji. Huhuhu.

Kenapa nak kene marah budak kecik secomel ini?. Kene la marah sebab dia duk mengerjakan abang dengan kakak dia. Sakit kut kene lepuk dengan ifan nie. Memang show no mercy dia bagi. Ye tau dia budak2 xreti apa lagi. Bagi kite dari budak2 la kene tegur kene marah so that dia tau apa bende yang dia buat tuh salah. And never underestimate budak2. Walaupun dia baru setahun dua. 

Macam ifan, lepas kakak/abang menangis dek dikerjakan oleh dia, boleh nampak dekat muka ifan muka takut. Siap carik tempat nak menyorok. Kenapa jadi macam tuh?. Sebab dia tau apa yang dia buat tuh salah. Tapi kadang bila kakak/abang dia nangis, dia yang datang kat kite bagitau abang/kakak menangis. Siap tarik tangan kakak/abang suruh pegi kat kite konon nak suruh kite pujuk. Hahaha. Adoiiii. Ifan ifan. Plus, kalau xmarah rasa xfair pulak dekat abang/kakak. Xfair la sebab kalau adik buat apa je xkene marah. Kenapa bila derang buat kene marah. Haaa gitu la. tapi lepas tuh kite explain la ke derang yang ifan tuh kecik lagi. Bla bla bla, yada yada yada. Tah la, bagi kite kalau salah kene tegur/marah. Xkisah la dari apa segi pun yang derang buat. Takut nanti bila dah besar, x lut dah segala teguran tuh semua. Dok gitu?. Ikut la masing2 punya cara nak mengajar anak. Lain orang lain cara. Tapi kite pun xde la marah beria. Marah utk mengajar dan menegur. Ehh, ye ker xmarah beria. Kene tanya hasben kite jap. Wakakakaka.
Suka tau buat muka comel gitu. Eeeiii, rasa nak gomol budak nie..time nie ifan baru lepas potong rambut.

Akhirnya dapat jugak potong rambut ifan. Tapi kemahen seksa i tell you. Budak yang potong rambut ifan at that time xtau la apa bende yang dia menyumpah dalam hati. Hahahahhaha. 
Rambut atas tuh xsempat nak trim. Sebab dia mengamuk sakan. So rambut ifan jadik bergumpal gitu kat atas. Hahahaha.

Tapi jangan sangka dapat potongan yang elok hokeyh. 
Nah bukti. Bertobek, xrata, ermm apa lagi. Hahahahah. 
 
Susah betholllll la nak potong rambut dia. Siap kene peluk dia kuat2, dia punya mengamuk, menangis, meraung, dah macam kene dera. Lepas dah nampak ok sikit, dah nampak semenggah sikit rambut, baru kite suruh budak tuh stop gunting. Elok stop je, tuh dia, berbirat tangan dengan muka dia. Merah habis. Ifan sejenis kulit putih melepak, so bile kite pegang dia kuat2 xnak bagi bergerak, itu yang sampai berbirat. Berbirat tapi xlebam la. Macam mustahil pulak nak lebam. Bukannya kite pegang dia sekuat hati. Hihihi. Kite rimas tengok rambut anak berselirat. Rambut ifan nie pulak dah la jenis kerinting. So bila panjang, dia mengerbang dan berpintal. Kalau mandi, rambut kene air, panjang rambut dia paras bawah hidung. Belum cite rambut dia sokmo masuk dalam hidung. Gatalll hidung wehh. Hahahaha. 

Ikutkan boleh je nak simpan. Ramai family kite yang kata sayangnya potong rambut ifan. Sebab rambut dia rare. Kihkihkih. Dalam family kite kire rare la sebab dia sorang je yang rambut kerinting. Yang lain semua rambut lurus. Hahaha. Tapi tuh la, kite la yang sakit mata gatal hidung. 😂
Halahhhh chemboiii mommy nie. Geram. Apa je yang abang pakai. Itu yang dia nak pakai jugak. Skang nie kene beli baju yang sama dengan abang. Kalau tidak, ya Allah berebut baju. Dia nak jugak pakai baju yang abang dia pakai. Tengok la tuh, dengan shades cycling kite, dengan glove cycling kite. Abang duk pakai, dia pun nak pakai.

Dah setengah tahun ifan pegi school kat brainy bunch. Banyak jugak la progress dia. Alhamdulillah. Berkat ajaran dari aunty pun ye jugak. Kite bersyukur sangat aunty2 dekat brainy bunch sangat baik. Memang dah xkan tukar branch lain dah. Hahahaha. Expectation untuk ifan bila hantar dia pegi school xde la tinggi. What do u expect, umur dia baru 2 tahun kut masa kite hantar. Xkan dah expect ifan terus pandai membaca. Kite just nak dia mingle around, jumpa orang lain selain dari family sendiri. Xde la jumpa strangers nak takut je. Nak memerap je. Dulu ye la but since masuk school, dari jenis takut orang, dah xtakut orang. Dia pulak yang melambai2 kat orang. Tapi yang tahan melambai kat awek je. Hahahaha. Biasalah anak membesar di zaman pkp kan. Kebanyakannya memang jenis takut dengan orang. Xsemua la tapi majority. 

Owh haaa. Rumah kite dah siap chu'olls. Alhamdulillah. Akhirnya siap jugak. Baru sabtu lepas amek kunci. Perasaan?. Bersyukur. Rezeki anak3 kite sebenarnya. Kite menumpang rezeki anak3 je. Alhamdulillah. 

gayat oiiii..tinggi bebenau..

Xbesar tapi cukup. Lagipun bukannya nak duduk pun. Tambahan aset orang kata. Cuma skang tengah pikir nak sewakan atau buat rumah weekend/rumah persinggahan time2 cuti. Hehehe.
 
Sabtu nie nak check defect rumah. Buat sendiri?. Idok ler. Hasben kite hired inspector. Bukan inspector polis tau, tapi defect inspector. Kihkihkih. Biar yang pakar checkkan defect rumah. Lepas settle dengan defect, baru pindah masuk barang2. Paling2 pun nak buat kitchen cabinet dengan pasang grill je. Lampu2 dan kipas2 pun ye jugak sebab itu yang paling main kut. Yang lain biarkan asal. Lagipun bukan rumah nak duduk. So xyah nak beria sangat. Hihihihi.

Wednesday, May 18, 2022

:: Dah Tua2 Dapat Duit Lagi ::

 Siapa yang dah tua dapat duit tuh?. Shiapa lagi, kite la. Hahahaa. Kite dah tua pun masih dapat duit?. Dari siapa?. Dari hasben kite la. Huahuahua. 

 

Tapi baru nie, kite dapat duit dari orang2 yang rare. Kite dapat duit dari anak2 kite u’olls. Cumanya perayaan tuh je berbeza. Kite xdapat duit raya tapi kite dapat duit sempena Mother’s Day. Ya Allah, sweetnya anak2 kite. Berbunga rasa hati. 

Qisya la tetiba tanya, “mommy, is Mother’s Day today?”. Bila kite jawab ye, dia terus naik bilik dia. Sambil2 naik dia cakap, “hold on mommy. I have something for you”. Bahek la mommy hold on. Hahaha. A few hours moment later, tetibe qisya turun dengan envelope buatan sendiri.

Inilah envelopenya. 

Qisya bagi sambil wish, “Happy Mother’s Day mommy. I love you mommy”. Halah halahhhh sweetnya. 

Bukak2 dapat duit gais!. 6hengget. Comel la. Haaha.

Kite tanya la mana dia dapat duit. “I took it from my duit school”. Terus panjang tengkuk daddy dia. “Kenapa amek duit school. Bruh, this is not fair. Itu kira duit from daddy la tuh”. Kihkihkih. Bengang je daddy. 

Bobot pulak kite perhati je dia duk menyorok dekat belakang meja makan. Tah apa dia buat pun xtau la. 

Then bobot pulak tetibe macam cemas2. Cemas la sebab kakak dia dah bagi and dia belum. “Mommy, bobot not done yet ok. Because bobot don’t know how to do envelope like kakak”. Terus dia ajak kakak dia naik atas buatkan envelope. Lama jugak la derang kat atas. Pastu dengar la macam2 conversation derang dlm pembikinan envelope untuk kite. 

Bila kite naik atas nak amek something, kemain kelam kabut si bobot. Tah apa dia buat kat hall atas tah. “Mommy don’t look. I’m not done yet”. Nak tergelak pun ada. “Ok, you continue. I’m not peeking”, sambil berjalan masuk bilik. 

Bila kite keluar dari bilik, tengok2 dah xde. Rupanya bobot lari pegi bilik lain. Comel lahai. Nak surprise punya pasal. 

Lepas turun bawah kite naik atas balik sebab nak bersiap. Nak keluar. Tengah2 siap sekali bobot masuk bilik sambil hulur envelope. “There you go mommy. Happy Mother’s Day mommy”. Ishhhh, kenapa comel sgt nie. Tapi envelope bobot buat macam familiar. Rupanya dia guna envelope kakak dia. Stress gamaknya xlepas buat envelope. Hahahaha. 

Bila bukak envelope, tengok2 ada 6hengget jugak. Bila tanya mana dapat duit, dia jawab, “i took it from my wallet”. Whatttt!!. Bruh, are you serious?. Sekali hasben kite mencelah. “Habis tuh u ingat dia buat apa menyorok belakang meja. Dia bukak sling bag dia amek duit dalam wallet”. Bobot guna duit dia sendiri gais. Duit yang pakcik makcik dia bagi as duit belanja. Ya Allah sweetnya. Kite bagi balik dekat bobot duit tuh. “It’s ok. Mommy ambek la. Xpe, bobot bagi mommy”. Kite cakap, “tapi nie kan duit bobot. Later you can buy ice-cream, chocolate with this money you know”. “It’s ok mommy. Bobot bagi mommy”.  Banyak kali kite cuba nak bagi balik balik duit tuh dekat dia. Banyak kali tuh jugak la dia tolak. Berbunganya hati. 


Ini la gamaknya perasaan bila anak2 dah pandai buat surprise and bagi hadiah kan. Kite baru nak merasa u’olls. Itu yang menggeletis tuh. Hahaha. 

Alih2 bobot tanya ada jumpa nenek x nanti. Kite jawab la xde kut sebab dah malam. “Kenapa bobot nak jumpa nenek?”. Sebab bobot nak bagi gift Mother’s Day dekat nenek katanya. Halahhhh, cucu kesayangan nenek nie laaaa. Ingat dia dekat nenek. 


Upacara penyerahan Mother’s Day gift dekat nenek. Bobot bagi 6hengget jugak. Amount sama dengan dia bagi dekat mommy. Owh lahaiiii. Adil dan saksama betul la anak bujang mommy nie. Mommy dapat 6hengget, nenek pun dapat 6hengget. Hihihihi. 
 
Sweet lahai dedua anak mommy nie. Thank you sayang2 mommy. Semoga berkekalan la hendaknya. Semoga sampai ke besar ingat mommy, ingat daddy. Xsemestinya dengan duit je, tapi dengan layanan dan keberadaan diri yang sentiasa ada dengan mommy, xlupa mommy dengan daddy, tuh yang paling penting. Mommy love you both.

Monday, May 9, 2022

:: MidLife Crisis In Advance ::

 Hahahahah. Tajuk kau syaaaaa. Kemahen lagi kan. 😂😂😂.

Kite xmasuk lagi fasa “midlife crisis”. Sebab tuh la ada sambungan ayat “in advance”. Xlama pun lagi nak masuk fasa “midlife crisis” tuh. Next year je pun. Kihkihkih. 

Kenapa tetibe cerita pasal midlife crisis?. Sebabbbbb, sebabbb. Jap nyeah jap. 

Kat bawah nie la sebabnya. Huahuahua. 

Selamat dah memiliki road bike. 

Sehari sebelum raya ke, atau masa hari raya tuh sendiri kite ada la cakap dengan hasben kite yang kite nak basikal. Alih2 jawapan hasben kite sangat memeranjatkan la. Wow memeranjatkan nyeah. Skema sangat. Hahaha. Dia jawab, “ehhh haaaa. Ngam sangat la tuh. I pun sebenarnya memang tengah usha basikal untuk u. Basikal untuk isteri aiiiii”. Whattt?!!. Halahhhh kimia sangat kuat la kite nie. Meh cium sikit pipi tuh. Hahahaha.
 
Bila kite dah menyampaikan hasrat nak basikal and hasben kite pulak dah bagitau yang dia memang tengah usha basikal untuk kite, itu pun dah mencukupi dah. Sebab kite tau hasben kite akan teruskan usaha dia untuk mencarik basikal untuk kite. So anytime je kite akan dapat basikal. Ehehehe..

And apa yang kite jangkakan tuh memang betul. Xsampai seminggu kite dah dapat basikal kite.
Tadaaaaa, basikal second je. Tapi ok la. Kite bukannya nak beria mana pun berbasikal nie. Untuk beriadah je. Xde pun target nak kayuh beratus kilo. Hihihihi.

Tapi kan walaupun basikal nie basikal beli atas orang, basikal nie still baru lagi. Owner lama beli masa bulan 2 tahun nie. Pakai baru berapa kali je. So ok la kan.
Hasben kite tengah buat QC. Hahahahaha. 
 
Sebelum dan selepas beli, kemahen hasben kite duk bercerita pasal basikal nie. Carbon body la, alloy body la, tayar cenggini, rim cenggitu, pedal clip la pedal x clip la, gear and segala macam la. Kite haaaaa kan aje sebab kite mana la nak tau bende2 alah tuh semua. Sampaikan kite cakap dengan hasben kite, "i xkisah la ddy basikal cemana, janji basikal tuh boleh kayuh". Kihkihkih. But knowing hasben kite, dia mesti akan carik yang terbaik untuk isteri dia. Bak kata hasben kite la, yang selalu dia akan cakap, "mana mungkin i nak belikan barang yang cikai2 untuk isteri i. Mestilah i akan belikan yang terbaik untuk isteri i. Sebab u kan domok i".

Hasben kite belanja basikal nie untuk kite. Helmet and other accessories beli sendiri kata dia. Baik bossssss. Kite ok je sebab accessories xsemahal sebijik basikal. Second2 pun basikal nie, harga dia x second mengkome. Kire kalau kite kene pakai duit sendiri untuk beli basikal nie, memang idok le. Rasanya kite akan beli basikal yang harga dia ratus2 je. Basikal biasa je sudah. Xyah la road bike semua nie. Hahahahhaha. Tapi kan tapi kan, dalam pada kene beli sendiri accessories, dia dah siap belikan kite gloves dah. And dah siap ushakan helmet untuk kite. Huahuahuahua.
Basikal pun dah berpasangan dah. Hikhikhik.

Dulu sebelum kite ada basikal kan, kite kemahen bising lagi bila hasben kite duk placing basikal kat bawah tangga. Tapi semenjak kite dah ada basikal nie, siap kite yang offer hasben kite untuk letak basikal dia kat sebelah basikal kite. Macam dalam gambar nie la. Hahahahaha.

Ok la u'olls. itu je la kisah midlife crisis in advance kite. but before that, kite nak ucapkan, 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin untuk semua. 
 
Dari kami sekeluarga. Xoxo.

Friday, April 8, 2022

:: Teringin Takde Makna - Kek Durian ::

 Semalam tetibe teringin nak makan kek..pastu pulak tetiba teringin nak makan durian..tetibe terdetik, ehhh, kalau kek durian pun sodap nie..biasalah puasa kan, dan2 teringin itu teringin ini..tapi teringin itu dan ini tidak membawa apa2 makna tau..hahahaha..kene disclaimer sesiap..hiks..

Kite text hasben kite bagitau tetibe teringin kek durian..gelabah dah dia..mana la pulak nak carik katanya..siap tanya kat bazaar ramadhan ada jual ker?..wakakakakaka..apo laaa..mana ada jual kat bazaar..ke ada?..tah la, kite dah lama xjejak bazaar..kite je dah lama hasben kite selalu..kihkihkih..tah la xsuka bersesak2 reramai orang skang nie..faktor umur gamaknya kut nyeah..so xtau kat bazaar ada jual ke tidak kek durian..

So apalagi, scroll la IG carik..kat IG la medium yang paling senang nak mencarik apa saje pun selain shopee..kite xcarik kat shopee pun..tidak la pulak kite nak mencarik dekat shopee..rasa macam xkene pulak..scroll pun scroll, terjumpa la satu seller yang agak menarik menjual kek durian..

Asalnya nak order kat website..dah tuh sejenis falsya yang malas nak DM, nak text seller kan..memang beli kat website je la yang kite prefer..tapi bila tengok harga delivery kemahen mahaiiiii, so kite cancel xjadi beli..sebab HQ-nya adalah dekat nunnnnn klang sana..so logik la delivery charge mahal..kite nak mencarik agent lagi senang..alih2 ada sorang staff kat HQ text kite..so dah alang2 ada yang menyahut kan..kite teruskan je la dengan order..dan after dah tau info, staff tuh halakan order kite ke agent2 dia yang berhampiran..xlama lepas tuh agent dia text kite..bagus la derang..mostly seller akan bagi contact number agent untuk kite text buat order kan..but this time, agent yang text kite..hebat sungguh laaaaa!..

Seriously staff and agent amatlah bagus..friendly and membantu gak la..sepanjang conversation rasa macam tenang je..hahaha..

Sebijik kalau makan ramai2 memang xcukup. Hahaha.
Sedapnya MasyaAllah. Tempting kan..
Setelah dipotong. 

Kite order sekali kek durian on the go.
Ini haaa dianya..tapi jangan terpedaya ye..ini adalah kek dan bukannya aiskrim..bekas dia je bekas aiskrim..tapi dalamnya tidak..mak kite sampai letak dalam freezer sebab ingatkan aiskrim..patut la carik2 xjumpa..hahahaha.
Isi dalam..sorry la gambar blur..tangan gegar..

Kite beli kek durian nie dekat @kekdurianviral_hq..haaaaa, itu la sebenarnya nama tempat yang kite beli kek durian yang MasyaAllah sedap nie..korang search je @kekdurianviral_hq kat IG..kite beli kek durian premium dengan kek durian on the go..kalau premium ada sekali buah durian..kalau kite xsilap la..

Kite sebenarnya tersangatlah fussy when it comes to cake..kalau kek yang kite makan tuh xmenepati spec kite punya kek, memang sekali suap je kite akan makan..dan xkan ada dua mahupun 3 kali suap..tapi bile 1st bite kite makan kek durian nie, ya Allah sedapnya..ehh jap, ini bukan review berbayar ye..ini review ikhlas dari hati nurani yang paling dalam..hahahaha..

Memang sedap gais!..rasa kek durian nie xmanis, walaupun penuh cream tapi xmuak bila makan..memang kene betul dengan nama kek durian premium..premium sangat rasa dia.. buah durian yang derang bagi memang banyak ada la dalam 7-8 ulas..kirenya masing2 boleh merasa makan durian dengan kek..buah durian pun sedap gilerss..lemak manis gitu..

Owh, price wise, bagi kite worth it sangat..worth it rasa dengan harga..nak bagitau harga berapa kite xingat..takut kang salah bagi kang..naya pak karim..hahahaha..

Ada yang terliur ker?..kalau terliur silalah terjah IG @kekdurianviral_hq..

Tuesday, March 15, 2022

:: Positive Covid19 ::

 Ye, kite positive covid19. And kite masih dalam tempoh kuarantin. Sebelum tau positive, awalnya start dengan selsema. Sakit tekak ada but mild lepastu dah hilang. Maybe sebab kite rajin spray ubat sakit tekak kut so sebab tuh sakit tekak kite x teruk. Then batuk, then demam. Demam tuh xde la teruk sangat sebab kite nie spesis yang (alhamdulillah) susah nak demam. Kalau demam and nak pegi klinik mintak MC, kite buntu betul. Sebab mesti doctor ingat kite sengaja fake-kan demam semata nak MC. Padahal kite memang demam. Bila doctor check, temperature badan biasa je. Tapi tuh la, sendiri tau badan sendiri kan. Nak explain pun susah. Siapa yang spesis macam kite, maybe paham la kut nyeah. 

At first kite suspect xsihat nie sebab kite bermandikan hujan. Petang2 kan skang nie hujan lebat. Kite xbawak payung. Terlupa gais!. Bila dah terlupa, kene la berlari pegi ke parking kereta without payung. Yup, masa kite xsihat tuh turn kite utk bekerja. So that is why la kite suspect xsihat nie sebab berhujan. Sampai la khamis malam. Kite rasa sengal2 badan. Rasa x sedap hati then terus kite check guna RTK. Kite check jenis yang swab kat hidung. Sekali double line. Ahh sudah. Selalu kalau double line nie kite akan happy kan, but this time round, terbalik jadiknya. Xhappy langsung. Hahahaha. Xpuas hati lagi hati nie. Try kali kedua guna saliva. Aik, negative??. What is the happening?. Xpuas hati lagi. Test kali-3. Swab nose. Positive. Xpuas hati lagi. Guna rtk lolipop untuk budak tuh. Saliva la of course. Negative. 

The results. So kesimpulannya skang nie, kalau nak buat test guna test kit, xyah la guna Saliva. Sebab saliva kadang x accurate. Silalah swab hidung korang. Itu lagi accurate sebenarnya. 

Time tuh terus kite pandang hasben kite. Kite suruh dia test. Alhamdulillah negative. Ya Allah kite bersyukur sangat masa tuh anak2 kite semua xde dekat rumah. Sorang kat rumah situ, 2 orang dekat rumah sini. Tapi kite tetap suruh jugak hasben kite pass kan testkit untuk anak2 kite check. Bagi tenang sikit hati kite. Kite je kene xpe tapi jangan la anak2. 

Tah la, nak kata kite panik, ermmm, panik la jugak tapi still under control. Actually bukan panik pun. More to shocked je. Macam2 persoalan. Kat mana dapat, dari mana dapat. Tapi nak pikir beria pun kite malas. Sebab pikir la cemana deep pun, memang xkan dapat jawapan. So buat apa penat2 pikir, pening2 pikir. Kite terima je sakit nie dengan hati terbuka. Alhamdulillah. 

Esoknya(jumaat) buat RT-PCR. Balik je rumah, terus rasa seram sejuk ya amat3. Sejukkkkkkk. Padahal aircond x on pun. Semata kipas je. Tapi dia punya sejuk dah macam time tuh tengah winter. Sarung stokin, sarung sweater, selubung selimut. Kurang tapi masih sejuk. Menggigil2 badan kite. Tengah melayan menggigil badan, tau2 kite dah tertido. Bangun dari tido, hilang terus seram sejuk menggigil badan segala. The next day dapat result. And positive. Alhamdulillah.
Maka bermulalah kisah “self-quarantine”. 

Kite quarantine dalam bilik kite. The next day, kite mintak kakak kite tolong checkkan bobot. Nak ckp dengan mak kite susah. Banyak alasan. Bobot ok la, xde demam la apa la. So better kite mintak tolong kakak kite. 
Hasilnya. Kemain merah. Ini kalau keluar kat pregnancy test, happy wehhh. Lekat kuat betul nie. Hahahahhaa. Tapi tidak, tidak mungkin ini pregnancy test. Ini result yang menakutkan kite sebenarnya. 

Nasib baik la kite berkeras jugak mintak check si bobot. Bila dah tau positive, terus kite mintak kakak kite hantar bobot. Maka stucked la kami dalam satu bilik. Kawan gaduh jadi kawan kuarantin. Hahahaa.

Simptoms yang kite kene, hilang deria bau dengan rasa. Selesema, batuk, demam yang xtau nak ckp demam ke tidak, hahahaa, sengal badan. Haaa gitu la. Selera makan kurang. Ikutkan xde selera langsung nak makan tapi nanti hasben kite bising. Makan xhabis xpe nak buat cemana. Janji perut tuh di”alas” dengan makanan. Alhamdulillah xde simptoms yang teruk. Ada kemungkinan booster dan vaksin membantu dari dapat simptoms yang teruk. Macam bobot pun dah di-vaksin-kan. Qisya dengan bobot actually baru je few days cucuk vaksin before bobot confirm positive covid. Qisya dengan ifan alhamdulillah negative. Hopefully negative la sampai bebila. Amin3.

Kite xkisah la kalau ada yang xnak divaksin. Hak masing2. Diri masing2. Cuma yang kite xleh terima ayat orang2 yang x divaksin nie kan adalah, “kata dah vaksin xkan kene covid. Tapi kene jugak covid”. Ermmm tah la. Nak ulas tapi macam xguna. Xguna nak explain lebih2. Buang masa. Sebab doctors, and orang yang bijak pandai pun dah pernah explained. Tapi tetap ayat itu jugak yang keluar.
Kannnnss. Hehehe.

Hasben kite beli macam2 bekalan untuk anak bini dia kuarantin. Hahaha.
Macam2 haaaa. Aaahhh, Cheetos. Feveret kite. Tapi bile kene covid nie, nampak Cheetos pun xlalu nak makan. Siap hasben kite belikan coklat Godiva. Pun feveret kite. Air2 kotak tuh pun air2 yang kite suka.
Penuhhhhhh mini fridge kite. Habis sumbat dah nie. Huahuahua.
Sumpah sedap. Bak kata hasben kite, “isteri i kan suka Godiva. Sebab tuh la i belikan untuk isteri i. U kan domok i”. Halahhhh, gulagula sungguh la hasben kite nie.
Xpuas makan. Kite makan sorang. Kite bagi bobot 1. Nasib baik dia xmintak lagi lepas dah habis. Kite cite dengan hasben kite. Bising dia kite sorok dari anak coklat nie. “Share la dengan bobot, habis nanti i beli la lagi”. Hahahahaha. Alah, anak kite bukannya hantu coklat sangat. Derang bukannya makan coklat macam makan nasi. Macam bobot, habis satu coklat yang kite bagi, xde pun dia mintak nak lagi. 
Hari ke-3 kuarantin tetiba bobot dapat surprise depan pintu. Dapat toys dari daddy. Tapi time nie kite agak terkejut jugak la sebab dia xnak bukak bila kite offer nak bukak kan. “It’s ok mommy. It’s ok. Don’t open it. Bobot want to open this tomorrow”. Wowwww, mommy is terkejut nieh. Hahahaha.

Time hasben kite bagi toy dekat bobot, tanya gak present kite xde ke?. Pastu adalah jawapan hasben kite yang mengarut2. The next day, tetibe dia WA kata present kite otw dari shopee. Surprise katanya. Tah apa yang dia belikan tah. Tapi kite rasa macam kite tau. Kihkihkih.Cuma nak kene confirmkan je bila betul2 ada depan mata. It could be yes, it could be no. Nervoussss!. Bikin penasaran ini orang. Hahaha.  

Covid yang kite kene, cemananya nyeah nak cakap. Dia macam sakit demam biasa. Cumanya yang bintatnya adalah, kene berkurung dari orang yang negative. Huwaaaaaaaaa, kite rindu anak2 kite. Especially yang si rambut kinting tu. Rinduuuuuuu. Rindu nak dengar dia panggil “mymy, mymy”. Sobss.
Rindunyaaaaa. Nak pelok. Nak ciummmm. 
Rindunya kakak. 

Sabar yeee. Sikit je lagi. Sikit je lagi mommy nak habis kuarantin. 
Owh jap. Ini yang korang kene ada during quarantine. 

Sebab everyday korang akan received reminder untuk update health condition korang kat Mysejahtera. Actually kalau korang xde semua nie, korang dah ada smart watch pun ok. Sebab dari smarth watch kan dah boleh dapat segala bacaan. Macam kite, kite malas nak pakai smart watch kat rumah. So guna je la alat2 tuh since bende dah ada kan. 

Kite doakan semoga u’olls semua berada dalam keadaan yang baik2, diberi kesihatan yang baik. Stay safe, be safe and take care.

Monday, February 21, 2022

:: Kiutnya Tumbler ::

 Terjebak lagi..hahaha..

Kite paling suka tumbler..asal pegi memana tempat, mesti kite akan masuk ruangan yang jual tumbler..xkisah la untuk budak2 ke, untuk adults ke, semua kite suka..kadang nak beli dah tapi kene bising dengan hasben kite.."tumbler sikit punya banyak dekat rumah tuh..nak beli lagi buat apa?..sape yang nak guna banyak2 tuh"..kihkihkih.."i lah"..lahhh, menjawab lagi dia..hahahaha..

Tah la saka tumbler mana tah yg dah merasuki badan ini..kite pun xtau kenapa kite suka gila dengan tumbler..nak2 pulak kalau color yang kiut, design yang rare, size tumbler yang lain dari yang lain..cepat betul tertarik nak membeli..

Ada satu page kat FB nie, nama page tuh kite rahsiakan..xnk la bagitau..kang kite dipersalahkan pulak bila korang sokmo terjebak dengan segala apa yang admin tuh post..ahahhaha..kat page tuh la yang kite selalu kene racun..dah percayalah bahawa racun itu benerrrrrr!!!!..muaahahhaha*gelak jahat*..jahat gile hokeyh admin page tuh sebab pasal derang laa kite banyak kali terjebak..

Yang terbaru adalah,

iniiiii..haishhhh!!!
 
Yang diracun tuh pulak adalah tumbler kan..menggigil rase badan..ikutkan tumbler nie kite dah nampak lama dah..tapi time tuh badan xmenggigil to the max lagi..kali nie xleh nak handle dah menggigil tuh terus kite beli..hahahaha..
 
Kite belikan sekali untuk my only anak dara..bobot xde sebab daddy dia baru je belikan dia tumbler masa nak masuk school awal tahun nie..daddy beli jiwa anak bujang dia..belikan backpack, belikan tumbler..sebab anak bujang dia yang banyak akal tuh kata dia nak new backpack..nak bawak gie school katanya..hihihihi..bukan bobot je yang dapat..ifan si rambut kinting pun dapat..huahuahua..
dapat sekali sticker2 comel nie..korang kene tampal sendiri..
selepas ditampal sticker..yihhh geramnyeeee..kenapa comel sangat niehhhhhh..
 
Size untuk tumbler yang besar tuh adalah 2L..itu size yang ada dekat tumbler tuh la..adakah betul atay tidak itu kite xtau..kene tunggu kite balik rumah isi air guna sukatan kat water dispenser kite then baru tau betul atau tidak..tapi kalau betul, senang xyah nak tambah2 lagi dah air..sekali amek je...laaaahhhh, ada je alasan kau kan sya!..hahaha..yang kecik tuh size dia 900ML-1.2L..

Ini kalau hasben kite nampak nie mesti dia duk geleng kepala..geleng kepala je la yang dia boleh buat sebab nak marah xboleh bende dah beli..wakakakakkaka..ehh tapi xde la dia marah betul2 marah..mana mungkin hasben kite marah kite over a tumbler..kite nie kan domok hasben kite..hahahahahaha..

Okayh itu saje story for today!..ehh jap, 2000ml Stickers Water Bottle with Straw Cute Portable Scale Bottle for Water Outdoor Travel Kettle for Adult Student..itu nama untuk tumbler yang kite beli nie..aikk, sempat lagi nak meracun.hiks..

Thursday, February 10, 2022

:: Makan Makan ::

Scroll picture dalam image kat phone ada gambar2 makanan nie..so saje la nak post kat sini..lagi satu sebab ada makanan yang kite nak promote..hihihi..

So layankan je la ye..

spaghetti carbonara..bikin sendiri hokeyh from scratch..
xde guna carbonara punya sos yg dalam tin tuh.. 
easy-peasy lemon squeezy..ngeeee..
 
Pastu hasben kite request nak makan mee kicap..

maka terjadilah yee mee kicap..1st time buat..
alhamdulillah hasben kite approved..ngeeee..

Then anak dara kite request kek batik..nak request tapi dia lupa nama..duk cakap, "mommy, i want the cake yang you always buat tuh..yang ada biskut and coklat"..puas la duk mikir.."kek batik??''..terus cepat je jawab, "haaaaaa kek batik..can you do that for me?..please mommy"..terus cargas kite buat..kene pulak memang barang2 dah ada..memang jugak kebetulan kite nak buat pun kek batik..
 
rasa macam nak kaut je coklat tuh..kite guna milo, susu manis dengan buttercup je..haaaa, lepas tuh bisku marie..watak utama dalam kek batik..itu je 4 bahannya..kite xletak cocoa powder..tah sebab bagi kite itu pun dah sedap dah..

   

sedapnyaaaaa..rasa macam nak ngangan je hirup coklat tuh..hiihihi..

time nie dah banyak kite masukkan dalam bekas..nie dah tinggal hujung2..hihihihi..
ini pun dah nak habis..laku betul kek batik nie..malas nak potong2..terus amek gambar dari bekas je..dasar pemalas kan..abaikan rupa kek batik nie, yang penting adalah rasanyaaaaa..hahahaha..
jambu dengan asam..slurppp, terliurnya..
 
Ada satu hari tuh xtau nak makan apa..kite nak masak xboleh sebab anak bujang kite yang si kinting tuh melekat je..xbagi kite bangun dari sofa..nak bergerak pegi dapur basuh tangan pun dia dah meraung sampai hempas badan kat lantai pastu guling2kan badan..so kite cakap dengan hasben kite xleh nak masak..jawab dia kene order kat grabfood or foodpanda la..then tetibe hasben kite kata nak order big breakfast..harga big breakfast dah la mahal..rugi betul rase kalau order..tunggu jap bagi anak bujang rambt kinting kite tido dulu..baru  boleh masuk dapur masak..
 
 
so tadaaaaaaaa..homemade big breakfast untuk suami..

Ok, dah sampai masa untuk kite nak promote something..ini memang recommended la untuk orang2 yang suka makan mee kari ala2 cina..

Kite beli pes mee kari azhan rani..sedapnyaaaaaa masyaAllah..memang sedap..kite bawak pegi rumah kakak kite no 3 sebab hasben kite xleh makan pedas buat masa nie..usus dia xberapa nak elok lagi..kalau bawak gie rumah kakak kite, ada la teman nak makan..hihihihi..
nie haaaa pes mee kari azhan rani..
Nak buat pun senang jeeee..memang senang sangat..cara2 ada dekat belakang peket pes mee kari..just letak air, santan sekotak kecik tuh, pastu ikut korang la korang nak letak apa dalam kuah tuh..kerang ke, ayam ke..
kite xletak beria sangat pun..ini je..
walaupun "ini" saje..tapi tetap mengancam wehhh..kalau letak kerang, letak ayam, lagiiii mengancam..

Honestly, memang kene dengan selera kite..semua yang makan semua ckp sedap..tapi memang sedap la..style mee kari ala2 mee kari cina..macam mee kari makan kat hotel2..gitu2 la..sangat3 recommended pes mee kari azhan rani nie.. kite masak guna 2 peket pes mee kari..2 peket nie boleh makan dalam 7-8 orang..2 peket pes mee kari bersamaan dengan 2 peket mee kuning..try la..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...