Wednesday, May 24, 2023

:: Sebelum Siap ::

 Semalam dah start dah pemasangan2 yang sepatutnya dipasang dekat dalam bilik anak2 kite.

Terpaksa la hasben kite amek cuti 2 hari nie. Hopefully siap la arinie. Kalau tidak pening orang tua tuh nanti. Siapa pulak la nak menunggu. Hahahaha. Dia xpe cuti banyak. Berlambak2 cuti dia. Kite cuti sikit je. So biar orang yang cuti banyak standby dekat rumah. 

Cepat jugak sebenarnya dia buat kerja. Hasben kite cakap yang buat nie sorang je. So cepat la kerjanya. Punctual pun punctual. Janji 8.15pagi, 8.15pagi dah terpacak. Hasben kite kata lunch pun dia xde keluar. Bawak makanan dari rumah, pastu makan sambil2 buat kerja. No wonder la cepat even buat sorang je. 

Ini gambar pagi tadi sebelum orang tuh datang. 

Ini selepas kite dah siap mandi and nak turun bawah. Memula kite xperasan dah berpintu kat kabinet almari tuh. Asal macam nampak pelik. Ehhh la, dah bertutup rupanya. Apo la sya oiii. Badan dah bangun tapi otak tido lagi. Lama benau nak digest.

Ini bilik the bois. Tetibe rasa macam almari tuh kecik untuk 2 orang. Bilik nie tinggal nak pasang study table je. Cat biru tuh nampak cantik pulak. Tapi kalau nak tau betul2 ok ke tidak cat kaler biru tuh, kene tunggu bila semua dah siap la. Nak bukak lampu, xboleh lagi sebab kene tunggu ahlung settlekan wiring. Plus, cat kat dinding pun bukannya final lagi. Bila dah habis pasang semua almari and study table, bila dah betulkan balik plug point apa semua, baru orang cat tuh akan datang buat touch up balik. Kire akan cat lagi 1 layer.

 Siap je nanti, dah boleh pasang katil ifan. Weekend nie kene keluar carik tilam untuk katil ifan tuh haaaa. Pastu nak carik sekali cadar untuk katil kite. Nanti lagi 2minggu katil kite sampai, nak dicadarkan dengan apa. 

Pastu selain dari buat bilik anak2 kite, kat dapur pun ada buat something jugak. Xde la buat apa pun, cuma tukarkan posisi tempat fridge dengan oven n microwave. Dulukan fridge kite kat belah paling tepi sekali. Nak bukak pintu belah kanan tuh limited sangat dia punya space. Memang susah nak amek or letak barang2 especially dekat compartment belah bawah. Tuh bila nak buat bilik anak2, kite cakap dengan hasben kite. Dah alang2 tuh tukarkan tempat kabinet fridge dengan kabinet oven&microwave. Swape kan aje. Mujur hasben kite setuju sebab dia pun sedar betapa susahnya nak masukkan buah2 or sayur2 kat compartment bawah tuh. Nak cuci fridge pun payah gila. Kite sampai kene keluarkan fridge, baru dpt bukak luas2 pintu fridge tuh. And mujur jacky boleh buat. Hihihi. 

Ini pagi tadi sebelum kite keluar pegi ofis.
Ini selepas. Hasben kite update. Xsiap lagi. Kene tunggu ahlung datang buat wiring. Nak tambah lampu eyeball. Oven dengan microwave pun xmasukkan lagi. 

Lepas habis settle semuaaaaaa nie, lepas habis kemassssss semua barang2 kat dalam bilik anak2,  akan ada lagi satu projek. Hahaha. Projek bilik kite la pulak. 
Kite plan nak buat macam nie. Almari bersekali dengan tempat letak tv. Hasben kite dah tanya jacky, jacky kata dia boleh buat. Ngeeee.

Tapi tidak la dalam masa yang terdekat nie. Bagi hasben kite “bernafas” dulu. Banyak duit dah keluar. Rumah setapak dah habis berapa, rumah gombak lagi. 😬. Mau x mintak nyawa orang tua tuh. 😬. Dia dah cukup “oksigen” untuk “bernafas”, bila dia kata “on onz untuk bilik kite pulak” je, barulah boleh start. Hihihi. Kite nak keluarkan duit dividen ASB kite dia xbagi. Duit dividen ASB kite memang xberusik langsung2 sejak dari 12tahun lepas. So kalau total2kan semua, InsyaAllah lebih daripada cukup kalau nak buat kat bilik kite. Or kalau tidak pun, sekurang-kurangnya boleh la nak ringankan sikit beban dia untuk bayar apa yang sepatutnya. Tapi hasben kite xbagi. “Xpe la u simpan je duit tu. Itu kan duit isteri aiiii. Gunakan untuk masa depan”. Memang la nama account ASB atas nama kite, tapi ikutkan itu duit hasben kite. Totally duit dia sebab selama 12tahun nie, dia la yang masukkan duit dalam account ASB kite. Kite ada la jugak masukkan dalam ASB kite. Tapi boleh kire dengan jari la berapa kali yang kite masukkan. 😂. 

Nanti bila bilik semua dah siap, insyaAllah kite update. Kite pun neves nie. Kire surprise la untuk kite bila dah sampai rumah petang nie. 😅



Friday, May 5, 2023

:: Bedrooms Makeover ::

Yup. Now kite dengan hasben kite tengah dalam proses nak makeover bilik2 anak3. And sebab tuh la katil boleh hantar sampai 2 dekat rumah setapak. Bilik bobot dengan ifan masing2 akan guna single bed. Plan asalnya bunk bed sebab bobot nak bunk bed. And memang dah beli dah pun bunk bed tuh. Tapi ada masalah pulak sebab kalau pasang bunk bed, jarak antara kipas dengan katil belah atas adalah dekat. Xker bahaya tuh. Boleh hilang kepala oiii. 😫. Itu yang sudahnya jadi single bed instead of bunk bed. Mujur la bunk bed yang kiteorang beli boleh jugak dijadikan single bed.

Qisya memang xde katil sebab untuk bilik qisya nak buat katil tatami. Untuk dua2 bilik akan buat sekali almari dengan study table derang. And sebab tuh jugak la almari2 pun hantar kat rumah setapak. 😅. 

Ini final sketch untuk bilik bobot n ifan.

Bobot request-ed nak bilik tema astronaut. Hurmmmmm. Baiklah, mommy cuba usahakan. Skang nie duk mengusha cemana gaya nak deco bilik tema astronaut. Cat dah siap beli sebab semalam ada orang akan datang settlekan cat dengan cantikkan balik dinding. Sebab sebelum nie dinding bertobek2. Ahlung baru lepas buat wiring. Tambah lampu, hack dinding untuk sorokkan saluran paip aircond yang terjojol keluar, pastu alihkan plug.
Buat masa sekarang, macam nie la rupa bilik bobot dengan ifan. Ini la part orang yang akan datang semalam. Simenkan balik, skim kan balik dinding bagi cantik, lepas tuh cat bilik.

Since bobot nak tema astronaut, kite pilih combination colour statement blue dengan pilaster blue. 

Kite mengharapkan cat tuh end up akan jadi,
Macam nie. Mudah-mudahan. InsyaAllah. 🤲🏻. 

Ok itu bilik bobot dengan ifan.

Skang nie bilik qisya,
Adalah seperti ini. Shibuk je tau si kinting tuh nak enterprem. Dalam bilik qisya xbanyak sangat kerja untuk hacking. Cuma tambah plug point dekat study table dia, naikkan plug point atas sikit sebab nanti bila dah pasang katil tatami tuh, xde la plug tersorok dekat dalam frame katil tatami tuh. Pastu ahlung hacked dinding untuk sorok saluran paip aircond. Sebelum nie just guna casing je. So nampak xcantik sebab casing aircond terkeluar.

Ini pulak final sketch untuk bilik qisya. Katil tatami tuh boleh muat katil queen.

Bilik qisya xde tema. Cuma qisya nak bilik cat colour purple. 

So kite pilih cat colour dusty purple.
Contoh colour dusty purple. 

Kite pun xtau apa hasilnya nanti. Nervous jugak sebenarnya nie. Takut kalau colour xcantik ke, xkene ke, gelap sangat ke, dull sangat ke. 🫣

Disebabkan dua2 bilik dah cat colour yang boleh kata gelap, so kite pilih material kayu untuk katil, almari dengan study table colour yang cerah. Bagi kontra sikit.
Kalau tengok balik final sketch, part yang di-highlight-kan dengan colour hijau, akan guna material kayu colour ini.

Material kayu colour putih nie akan digunakan untuk yang di-highlight-kan dengan colour putih dalam final sketch.

Jacky (contractor) yang buat build in almari, study table dengan ktil tatami qisya kata dia akan start pasang dalam hujung bulan nie. 

Kite siap cakap dengan qisya and bobot.
 
“Nanti bilik dah siap tido dalam bilik masing2. No more tido dalam bilik mommy dengan daddy”. Jawapan qisya buat kite terkedu kejap. “Ok mommy. Ifan dengan ANAK NO 4 je yang boleh tido dalam bilik mommy ker?”. What???. No 4??????. Mana pulak datangnya anak no 4 tuh kakak oiii. 😂🤣. Seremmmsss la mommy. InsyaAllah ifan yang terpaling bongsu kut. Layan dia sorang dah rasa macam layan anak 5. 😂. Bobot lagi la, tetibe je. “Mommy, bobot nak adik lagi. Tapi bobot xnak adik perangai macam ifan”. 🥹🥹🥹🥹🥹

Semalaman mommy packing baju2 baby and toddler korang untuk disedekahkan. Jangan machiam machiam nyeah. 😵. Ifan pun akan mommy asingkan. Tido dengan abam. 😝

Lepas dah settle dengan bilik anak2, baru la nak buat balik masterbedroom. Katil untuk masterbedroom of course la akan tukar. Mana boleh anak2 je yang beria tukar katil deco bilik apa semua bagai. Bilik kite pun nak jugak. Dah beli dah pun katil kite ahad lepas. Beli dekat bedding expo mid valley. 🫢. Hujung bulan nie insyaAllah sampai. Dengan harapan bilik anak2 kite dah siap la. Kalau tidak, mana pulak nak letak katil kite tuh. Dah timbul 1 masalah lain. 

Tah la xtau la apa jadik dekat bilik anak2 kite nanti. Nervous pun ada. 

Tuesday, May 2, 2023

:: Rumah Setapak Dah Completed ::

 Rabu minggu lepas hasben kite arranged movers. Move barang dari rumah gombak ke setapak. 

Ooo sebelum tuh, nak iklan jap. Kiteorang guna movers @hasanmovershub. Korang boleh pegi dekat IG dia. Kalau siapa2 yang perlukan khidmat movers, memang kite strongly recommend @hasanmovershub. Service memang tersangatlah tip top, cepat dan pantas. Terkejut kite tengok sekali datang sampai 7 orang. Dalam setengah jam ke 45minit, settled dah semua. 2 almari besar, 2 katil queen, 2 tilam queen, 1 console table, 1 dining table, 4 dining chairs 1 coffee table yang besar. Tunggu nak angkut masuk lori je. And jangan risau kalau perabot tercalar in between nak pindahkan barang sebab derang akan wrap semua perabot2 korang. Setiap satu hokeyh. So worry not. Sampai kat rumah setapak pun sekejapan je derang buat kerja. Hasben kite cite yang buat lama nak tunggu lift naik ke floor rumah. Sebab kebetulan masa yang sama ada jiran sebelah unit pun nak pindahkan barang. Barang banyak pekerjanya 3 orang. So budak2 movers nie punyalah baik hati and xberkira, siap tolong lagi angkut barang2 jiran kite naik atas. Kalau x tolong lagi lambat and buang masa derang katanya so baiklah tolong. Betul jugak. Pekerja2 movers pun memang sangat baik2 and berbudi bahasa masing2.

Masa tengah budak2 movers settlekan barang2,  dari atas kite terdengar la hasben kite duk bersembang dengan bossnya. Kedengaran macam dialek org temerloh di situ. Bila dah settled and nak transfer barang masuk dalam lori, kite pun keluar la. Sekali betul la kan. Orang koi rupanya. Siap speaking temerloh dengan kite. Ahh baler, ghona koi nak nyembang ngan aok. Koi tok gheti. Hahahahaha.

Tengok la setiap satu perabot derang wrapped. 

Hari ahad lepas, kakak kite yang no 3 datang rumah. Baru lepas balik dari bawak mak kite berjalan. Adoiii, rumah tengah macam tongkang pecah rasa macam serba salah nak terima tetamu. Walaupun adik beradik sendiri. Hahahahaha. Tapi sebab adik beradik sendiri kan, lantok ler rumah cemana pun. Segan tuh xde la nak segan sangat. Ada ler jugek segannya Tapi kurang la sikit. Hihihi. Kenapa rumah berselerak?. Next entry i story hokeyh. 

Kebetulan memang kiteorang nak ke rumah setapak malam tuh. Nak hantar cadar, comforter, bantal and etc. So alang2, ajak la sekali since derang xpernah lagi pergi. And kite pun nak tengok cemana susun atur perabot2 yang dihantar tuh. Time hantar perabot kite xikut. Just bagitau je kat hasben kite letak perabot kat mana. 

So ya, alhamdulillah semua ikut tempat yang sepatutnya. 

Now semua dah complete-d dah. Rumah kecik je gais, banyak2 perabot buat apa. Buat semak je. Kite menang nak minimum kan barang selagi boleh di-minimum-kan. Ini pun perabot yang wajib2 je.
Selamat datang ke rumah kecil saya. Nak deco pun sikit2 je lagi. Xberkesempatan lagi nak beli barang2 untuk deco.

Dah boleh dah tido sini dengan tenang. Belum pernah rasmikan lagi tido rumah setapak. Plan nak rasmikan minggu lepas. Kata pun cuti 3 hari kan. Tapi xboleh sebab kat rumah gombak pun ada projek yang tengah jalan. Projek apa?. Sebab projek tuh la rumah kite tengah macam tongkang pecah. Sabar jap kayh. Sabar jap. 

Rumah kite biasa2 and simple je korang. Xde apa2 yang extravaganza sangat pun. Ini pun dah alhamdulillah syukur.

Ruangan memasak and ruangan laundry. Nak masaknya sorang je pun. So xyah beria sangat. Rupanya ada jugak yang suka dapur masak kite tuh. Dapur oldskul macam dapur mak2 kite kan. Hahahhaa. Purposely beli dapur cenggitu. Asalnya nak beli dapur yang just letak atas counter top je. Tapi tetibe xjadi sebab bagi kite dapur macam nie macam praktikal la. Kite beli masa TBM buat warehouse sale. Fridge, washer dengan barang elektrik yang kecik2 pun beli dekat tempat yang sama. 

Now bilik dah ada katil. Masterbedroom dengan bilik no 2. Semua nie angkut dari rumah gombak. Save duit. Huahuahua. Dari beli katil baru kat rumah setapak nie, baik la beli katil baru dekat rumah gombak. Dok gitu. Bijok kan. 😂
Master bedroom. Cadar xsempat letak lagi.
Sama la dengan katil dekat bilik no 2. Xsempat letak lagi.

Nak jamu mak kite, kakak dengan abg ipar kite pun xtau nak jamu apa. Mujur ler kat bawah ada kedai. Beli megi je. Jadik la dari xde. Ngeeee. Sementara kite masak megi, semua yang ada pegi tengok view kat SkyBridge. SkyBridge nie floor paling atas kat rumah kite. Floor 52. Macam ala2 taman la. Nak jogging kat atas tuh pun boleh. Kite xsampai lagi atas tuh sebenarnya. Bila orang dengar tingkat 52 masing2 semua cakap gayat la tinggi la. Memang tinggi. Itu kite xnafikan la. Tapi percaya la bila kite cakap yang korang xakan gayat bila ada dekat tingkat 52 tuh. 

Even rumah kite pun. Bila orang yang xpernah sampai dengar floor rumah kite tingkat berapa, masing2 duk cakap bende sama. Tingginya, gayatnya, ketor lutut. Tapi bila dah sampai kat rumah kite, and berdiri dekat balkoni, xkan terasa gayat. Sebab rumah kite belah dalam mengadap pool. Kiri kanan depan ada block rumah lain. So macam tertutup la. Itu yang buat xgayat tuh. Tuh la bila kabor xnak dengar. Haks.




Sebagai penutup untuk entry nie, kite belanja view malam dari SkyBridge rumah kite. Video ikhsan dari abang ipar kite. Ngeeeee.

Enjoys. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...