Thursday, June 22, 2023

:: Dia Beli Lagi!! ::

 Kihkihkih. Haish, susah la. Cemana nyeah nak buat. Susah la nak control diri dari membeli running shoes. Huwaaaaaaa. Selagi x dapat running shoes yang ngam dengan kaki, selagi tuh la akan trial and error. Dulu-dulu masa kite masuk running event yang lari hanya 5km or 10km, kite xpernah kisah langsung pasal running shoes. Time tuh yang kite kisah hanyalah design kasut. Janji design cantik, colour saiko sikit, dah boleh jadi sebab dan punca kite beli kasut tuh. Hahahaha.

But now since dah join marathon, half marathon je la tapi, hihihi, spec pemilihan kasut kite dah bertukar. Design and colour dah jatuh dah kedudukan dia. Skang nie kite carik running shoes tengok pada spec performance-nya. Kaki xsakit, ringan and etc. Kasut memang main peranan besar sebenarnya. Kalau kasut xkene dengan kaki, kau nak kene menanggung azab tuh jauh oiii. Bayangkan kalau time tuh baru je berlari sampai kilometer ke 10 tapi kaki kau dah start sakit. Kau kene hadap azab sakit kaki tuh lagi 11-12km. Time tuh la tetibe rasa macam nak lari pakai stokin je atau barefoot je terus. 😂

Pemilihan kasut memang tersangatlah penting. And kite kene kenal jenis kaki kite sendiri. Bila dah kenal jenis kaki sendiri, bentuk kaki sendiri, baru la boleh carik kasut. Ada jenis kaki yang wide, narrow, extra wide. Ada yang average. Macam kite jenis wide. Pastu kene jugak tengok jenis tapak kaki. Tapak kaki pun ada jenis2nya jugek. 

Ini la jenis2 tapak kaki. Tapak kaki kite jenis normal. Ehh, ke flat. Ermmm, confuse di situ.

So nampak x kenapa nak kene carik betul2 kasut yang sesuai. Itu yang kalau salah pilih kasut, kaki akan jadi sakit. Dan sebab kaki sakit jugak la akan ada je kasut yang nak dibelinya.  

Kite rasa bukan kite je yang ada masalah asyik beli running shoes nie. Mungkin la ada yang x gitu tapi ramai yang sama spesis macam kite sebenarnya. Hahahaha. 

Kalau dah beli and semua xsesuai dengan kaki, jangan sampai kite berlari pakai selipar je kang. Ehhh jangan xtau tau. Ada marathoners yang lari pakai selipar. Siap derang nie ada group lagi. Even derang lari pakai selipar je, bukan calang2 “je” la kan. Kebanyakannya memang pro la. Laju baq hang.  

Kite kan baru je beli kasut Asics NB3. Pakai pun baru sekali. Pastu minggu lepas beli lagi sepasang. Brooks Ghost 14 pulak. 😅. Sebenarnya xde niat nak beli pun. Tah kenapa gatal duk scroll shopee, sekali ternampak ada discount la kan. Itu yang xcite banyak terus checkout kan terus tuh. Geleng kepala hasben kite. Mujur dia x bising sebab kan baru je beli kasut. Kite suka jenama Brooks nie. And hasben kite pun tau sebab sebelum nie kite ada sepasang. Memang selesa sangat pakai tapi dah lunyai masa kite lari kat penang. 

Brooks Ghost 14. Salah satu running shoes yang terbaik and paling banyak di-rekemen. Tapi tuh la. Terbaik or xterbaik kasut tuh terpulang pada kaki setiap orang. Xsemuanya sama. Semua terpulang pada kaki masing2 and cara orang tuh berlari. Faham ke x faham. Kalau tak faham sila angkat tangan (ehhh macam dejavu la ayat nie. Lately nie asyik ayat dejavu je kan. Kau bajet2 manja ke bila bagi ayat gitu. Gedik!!. Xprofesional langsung. Kang bagi salam jari tengah baru tau. Halahhh. Tiberh!). 

But kite harap sangat yang kasut nie sesuai untuk kite. Takut lagi 2-3 bulan beli lagi kasut lain. Skang nie kite tengah aim kasut brand Hoka dengan Saucony. Itu cerita kalau xsesuai. Kalau sesuai kaki kite dengan kasut Brooks nie, alhamdulillah. Xyah beli lagi dah. Tunggu lunyai baru beli. Save duit. Huahuahua. 

Beli kasut banyak2 membazir?. Ermmm, tah la. Membazir ke?. Kite xrasa membazir pun beli kasut2 nie. Sebab kite ada anak dara yang kite boleh turunkan kasut2 kite. Skang nie pun kite dengan qisya dah start sharing kasut dah pun. 

Nie ha. Ini sebenarnya kasut dia. Asalnya kite capai kasut kite dalam almari kasut. Kebetulan kasut qisya nie sebelah2 je dengan kasut kite. Sekali bila kite perhati dan amati, cewahhh, kenapa kasut qisya nie macam sama besar dengan kasut aku nie. So kite amek kasut qisya ukur dengan kasut kite. Haah la, sama size.

Xpuas hati lagi. Kite try sarung. Ehh muat la. Bila dah muat, teruskan je la pakai pegi ofis. Hahahaha. Ya Allah. Kite dah boleh pakai kasut anak kite. Panjangnya kaki kakak. Nampak x kenapa kite kata xmembazir. Lagi setahun dua, silap2 berebut kasut dengan qisya. Cuma xtau siapa yang rebutkan kasut siapa je. 😂ðŸĪĢ. 

Monday, June 19, 2023

:: “Aku Lapar Mommy” ::

Sentap terus jiwa raga hati dan sanubari mommy nie nak oiii. Ada 1 hari dalam minggu lepas, around pukul 12.05tengahmalam, kite still kat dapur. Sementara nak tunggu nasi sejuk untuk masukkan kat dalam fridge. Anak2 kite semua dah naik tido dah. Sekali dengar bunyik tapak kaki. Kite pandang tangga. Sekali keluar kepala dekat celahan tangga. Alih2, “aku lapar mommy. Aku lapar nie” sambil usap perut. Wehhhh, bertuah punya anak. Di “aku” kan nya dengan mommy. Eeiiii, mujur la baru 3tahun xpaham apa. Kalau besar sikit memang kite dah cilikan mulut tuh. Alah bukannya macam mak2 kite punya istilah “cili mulut”. Mak2 kite cilikan betul2 guna cili padi or cili boh. 😂. Kite punya cilikan mulut anak takat calit cili sos je. Tapi cili sos mekdi. Sebab cili sos mekdi pedas sikit. 

Lately nie asyik duk sebut aku. Tapi dia sebut tuh ala2 bermonolog dengan diri sendiri. Bila malam tadi direct dia cakap dekat kite “aku lapar mommy”, dia punya terkesan tuh, menusuk ke kolbu anak oiii. Sentap mommy!.

Puncanya dari tengok cite Mechamato dengan Boboboi. Tapi lebih kepada cite Mechamato. Kite perasan sejak dia rajin tengok Mechamato yang dia pandai sebut aku. Kadang dia ulang balik skrip dalam cite Mechamato yang ada “aku” tuh. Memang lepas nie kite akan banned terus ifan dari tengok Mechamato. Bahaya betul untuk budak2 in terms of penggunaan bahasa. 

Semalam ifan kene marah dengan abang sebab cakap aku. “Ifan, don’t say A.K.U!!!. Eeeii, banyak kali abang cakap. Jangan sebut A.K.U kan. Ifan nak kene pukul ke?”. 😂. Mujur la abang dah tido masa ipan cakap “aku lapar mommy” tuh. Kalau abang dengar ipan cakap gitu dengan mommy, mau kene jerit dengan abang gamaknya. 😎

“Ifan, ifan cannot say AKU ok”.

“Ok mommy. Ipan no AKU”

Bila dia tersebut AKU, pastu kite or hasben kite terus pandang dia, kelam-kabut dia tukar AKU tuh jadik IPAN. Ooooo pandai nyeah nak coverline.

“Ini aku puuuu”. Belum sempat dia habiskan ayat dia, semua mata yang ada kat situ duk kalih pandang tepat ke arah dia dengan reaction yang “u’re busted!!!”. Tetibe dia rephrase balik ayat dia, “ehhh, ini ipan punya toy nie mommy. No abam.”. 🙄😒

Eeeii budak rambut kinting nie la hai.

Skang nie dah malas nak pegi school. Masalahnya malam sebelum esoknya dah start nego xnak school. “Mommy, ipan dont want school hayat. Ipan nak gie mah nenek ipan”. School hayat tuh ada cara dia untuk mentioned school dia. Hayat tuh actually nama aunty dia. Aunty hayat. So dia nak bagi senang nyebut, dia nyebut la “school hayat”. Sampai sudah melekat. Hahahaha.

Pagi2 mesti ada drama. Sesi pujuk memujuk suruh pegi school. Dia dah sedap xpegi school je. Duduk dengan nenek. Pagi2 mengamuk2 suruh call nenek. Bila xbagi, selagi tuh la dia mengamuk. Bila cakap nenek xde nenek balik kampung, dilawannya, “nenek ada. Ipan nak call nenek. Call nenek sharang!! (sekarang)”. Bila dah start call nenek, memang sadaqallahulazim la itu cerita. 😎

Start hari nie daddy dah start akan WFH banyak sebab floor kat office dia tengah reno. So hari nie daddy settled kan ipan. Mengamuk masih mengamuk. Ayat masih sama. “No school hayat. Ipan nak mah nenek ipan”. Tapi level mengamuk dah turun hari nie. Sebelum nie level 9. Tapi hari nie dah turun ke level 6. Takut lettew sebab daddy yang uruskan. Dalam pada tuh sempat lagi mencuba nasib dengan mommy. Merengek2 dengan kite nyebut ayat yang sama dengan harapan mommy cakap, “ok la pegi rumah nenek”. Sorry ipan. Lamberttt lagi. Pfftttt!. Kang marah aunty hayat sebab lama xpegi school. 😂ðŸĪŠ

Hantar pegi school hari nie duk menangis xnak keluar kereta. “Jom la ifan. Haaa tuh uncle. Mommy panggil uncle take ifan nak?”. Makin2 menjadik nangisnya. “Dont want uncle. Ipan dont want school hayat”. 

Haish. Dah menurun peel abang dah. Tapi ipan pukul bersih peel abang dengan kakak. Sebelum pegi school menurun peel abang. Dah sampai school bertukar peel. Menurun peel kakak pulak. Maksudnya, sebelum school mengamuk2 xnak pegi school nak pegi rumah nenek. Sama macam perangai abang. Dah sampai school, tetibe je berhenti menangis. Dan2 senyap and pasrah je muka. Terpaksa redha. Gituuu la maksudnya. Hahahaha. 

Xlama tuh aunty hayat ada send video personally. 

Aunty hayat kata sambil buat kerja, sambil menitik air mata. 😂. Haiyooo. Ipan ipan. 

Geram je tau dengan ipan nie. Esok pegi school tau ipan. Jangan nangis2. 😅
No worries aunty uncle. Glasses tuh xde power. Anti blue light glasses nama diberi. Hihihi. 

Rambut tuh mujur la memegi. Kalau lurus rambut ipan nie, mau cecah bahu rambut tuh. Nak alter rambut sikit punya susah. Kalau la kene hari “bad hair day” ipan, serabut kite tengok. Belum lagi rambut dia masuk hidung kalau dia duduk atas riba. Belum lagi rambut kene muka. Gatal wooo!. 😅

Wednesday, June 14, 2023

:: Separa Suku Siap ::

 So skang nie, yang siapnya separa ke suku? Separa suku siap nie cemana pulak nak kire. Konon kalau tambah lagi suku terus jadik siap sepenuhnya ke canner?. Yang bukan-bukan la ayat kau nie sya. 😂. 

3 hari cuti yang lepas masa birthday Agong, memang kiteorang anak-beranak duk rumah je. Xpegi mana2 pun. 1, sebab daddy derang luar kawasan. 2, sebab nak kemas bilik apa semua. Disebabkan daddy derang luar kawasan la, kite dapat perfume Amo Ferragamo sebotol dengan coklat. Nak pujuk aii lettew. Selalu dapat coklat je.

Wangi. Cantik botol dia. Selepas seminggu la baru kan kite bukak. Sebab baru lepas elok dari merajuk. Selama seminggu xberusik pun perfume nie dalam paperbag. Ku jeling2 ku kuis2 je. 😂 

  Alhamdulillah siap dah bilik anak2 kite. Skang nie katil tilam semua dah bawak masuk. Baju2 anak3 pun dah kemas masuk almari. So lepas nie nak mendeco2 pastu nak masukkan lagi sikit2 barang.

Nak carik langsir bilik bobot dengan qisya. Langsir dah ada. Langsir lama la tapi. Kaler pulak macam xmasuk. Xkan langsir nak letak kaler biru. Tenggelam la sebab bilik pun kaler biru. Xkan nak letak kaler pepel. Pun xmasuk dengan biru. Vice versa la jugak dengan bilik qisya. Kite nak langsir kaler putih. Ngeeee. Hasben kite suruh panggil MK curtain datang buat langsir. Contact memang dah ada sebab langsir2 kat rumah tuh memang tempah kat MK curtain. Ermmmm, tapi kite yang xnak. “Xyah la panggil MK. Carik kat Kaison je la. Xpun kat mana2 la. Since bilik derang dah bertema2. Mana tau ada yang masuk dengan tema ke”. 

Hasben kite ok je dia apa pun.

Sesi membersihkan bilik. Kite suruh tuan empunya bilik bersihkan bilik masing2. Biar derang rasa tanggungjawab tuh. Bilik sendiri, sendiri kemas.
Gigih qisya siap amek vacuum. Hihihi. Bilik qisya xnampak kosong macam bobot sebab semua build-in.

Skang nie kite memang pesan dekat derang. Bilik sendiri, sendiri jaga. Mommy xnak tengok berselerak. Lepas bangun tido kemas katil. Towel jangan berterabur lepas mandi. So far time weekdays je xsempat nak kemas katil katanya. Kadang sempat kadang xsempat. Xde pun la kite marah lepas tuh. Cuma kite pesan kalau boleh try jugak kemas katil.

Time nie nak pasang langsir. Dua beradik nie offer nak tolong. “Ipan help u mommy. Ipan help”. Yihhhh!. Geram betul. Kemahen lambeerrtttt masing2 nak cucuk besi dalam lubang langsir tuh tapi kite biarkan je. Take your time ma bois. Gituuu!. Ipan kemain happy bila berjaya masukkan. “Look mommy. I did it!. Ipan strong!”. 😂

Sticker nie plan asalnya nak tampal dekat dinding. Tapi sebab dinding biru, so xberapa nak nampak. Tenggelam terus masalahnya. Tuh yang sudahnya tampal dekat pintu almari dengan pintu bilik. Sebab kaler putih kan. So memang nampak la terus. Sticker beli kat shopee je. Dah tuh. Queen of shopee kan. Ngeeee.

Ini je la yang ada diawalnya. Suka betul kite dengan cat kaler bilik bobot nie. Lega hati sebab it turned out well. Kaler biru dia adalah tersangatlah cantikkkkkk. Xsia2 kite tetapkan hati nak jugak combination 2 kaler tuh. Even orang kat kedai cat pun 10kali duk tanya betul ke nak campur, dan 10kali jugak hasben kite call untuk confirmkan kaler. Saya tegakkan pendirian saya dengan pemilihan kaler itu. Saya putar Halimmmm!!. 😂. Tiberh!. 

Pastu kan x sangka kite berjaya pasang katil ifan. Biasalah kalau beli dekat ikea kan, mana ada yang dah siap pasang or ada service untuk pemasangan sekali. Ada tapi kene bayar la. Nothing is free ma now a days. By right ada 2 katil. Tapi 1 katil hasben kite dah pasang. Ada dalam bilik kite masa tuh. Nak keluarkan macam xlarat.

Bilik qisya. Kite plan nak buat something. Nak bagi nampak ceria sikit bilik. Kaler cat macam tuh kene ada some deco yang bagi nampak kaler cat tuh hidup. Wahhh, ayat terpaling interior design sangat kau kan. Tah ye tah tidak. Huahuahua. Tapi nanti la. Kumpul2 idea dulu. Salah satu idea, kite nak letak fluted wall panel kat dinding bilik qisya nie. Tapi xconfirm lagi belah mana and macam mana. Masih lagi berpikir. Idea nak letak kat mana dah ada sebenarnya tapi macam lek lek lu, sap kok lu. Pikir dulu. Hahahahhaha.

Esok harinya, sesi masukkan baju2 dalam almari.

Kite bagi peluang dan ruang untuk derang kemas cemana baju2, mana nak letak, and nak simpan cemana gaya. . Kite just guide sikit2 je.

Kemas bobot jangan xkemas.

Bilik qisya selepas dah masukkan tilam. Berat oiii nak angkat tilam dia. Kite angkat bertiga dengan qisya and bobot. Transfer dari bilik kite ke bilik qisya. Pastu pasal cadar pulak. Dah anak dara kan. bila tanya nak pasang cadar hello kitty ker?. Don't want hello kitty dia jawab. Hahahaha. Yang xtahan siap sound kite, "am not a kid anymore mommy". Pfftttt, fine!..

Bilik anak2 bujang kite. Langsir tuh nanti la mommy carik lain ye. Pastu kerusi je xde lagi. Kite suruh beli kerusi yang biasa je. Sekaliiiii, "tapi, kan derang nak kerusi gaming?", kata hasben kite. Ehhh, selamber je (ermmm, macam dejavu pulak ayat nie. Bajet2 manja ker?) salahkan anak2. Dia sebenarnya yang nak beli kerusi gaming tuh. Kesian anak sebab apaknya guna nama. Dah siap forward dekat kite dah gambar dengan harga kerusi gaming tuh yang x menahan tuh. Sudah ku jangka, mesti dia skang nie tengah duk survey kerusi gaming untuk anak2 dia. Sekali bethollll jangkaanku. ðŸŽķMaka tepatlah apa yang kuramalkan. Wakktuuuuu bersamamu banyak benar kenangan yang kite ciptakannnnnn bersamaðŸŽķ. Ehhhh laa ternyanyi ker?. ðŸŽķDan satu darinya engkau bersyahdu bahawa aku xkan kehilanganmuðŸŽķ. Ehh dah la. ðŸŽķSusah payahðŸŽķ. Ok dah dah. Janjih!. ✋ðŸŧ. Wahahahahahahahaha. Menyempat lagi kau kan. Huahuahua. Lagu best la bestie!. Macam susah nak control dari stop. Dah la tang chorus lak tuh nyeah. Maafkan saya. Ternaik syeikh pulok. huahuahua. Ada yang ternyanyi sekali ke?. 😝😂
 
Siap dah placing drum dah kat situ. Bobot request dekat daddy nak gitar karen dengan keyboard. Nak buat band ke canner tuh bobot. Yang daddy pun xde kata nak membantah. Muka tuh lagi nampak macam berpikir2. I know the look on your face!. 🙄
Ifan skang nie dia xnak tido dalam bilik dia. Satu malam je la dapat tido kat katil dia sendiri. Esoknya dia tido dekat bilik kakak sampai la ke hari ini. Bila suruh tido kat katil dia dalam bilik abam, asyik NO je. “Ipan sleep kakak. Ipan want lay down kakak”. 

Semua duk berkumpul dalam bilik kakak. Tengok la si rambut kinting lesung pipit nan sebelah kite tuh. Ada jeeeee peel dia. "Mommy, look at me. Ipan nari". Dia buat breakdance ye aunty uncle sekalian.  
 
Total damage untuk semua nie adalah below 15k. Kut la kalau ada yang nak buat lebih kurang apa yang kite dah buat, boleh la standby dalam 15k. Itu anggaran kasar sebenarnya. Mungkin boleh jadi lagi murah. Macam kite sebab ada buat swape kitchen cabinet tuh. Nak bagi details pun kite xtau sebab Menteri Kewangan adalah hasben kite. Kite adalah Menteri Pembangunan je. Segala costing and segala payment diuruskan oleh Menteri Kewangan. Wahahahahhaha. 

Bilik bobot tuh kite rasa macam dah cukup dah kut. Bilik qisya je la yang nak kene buat something yang boleh bagi nampak naik sikit bilik dengan kaler dinding cenggitu. Fluted wall adalah pasti. Pastu nak carik cermin untuk dia. Mintak cermin yang ada lampu2 katanya. Anak dara iwan dah 10tahun dah. Perempuan dengan cermin kan berpisah tiada. Xkisah la perempuan tuh umur dia berapa pun. Selagi dia perempuan, cermin tuh ibarat kembar dia. Hahahaha.

Tapi kan. Sejak masing2 dah tido dalam bilik nie, masing2 asyik lepak dalam bilik je. Kalau xde kerja sekolah, sorang mengadap henfon, sorang mengadap ipad, sorang mengadap tab. Kite memang cukup xgemar bila anak2 kite duk mengadap henfon tab ipad apa semua nie. Memang lepas tuh kite suruh derang stop mengadap gadget, turun bawah. Terasa sunyi pulak kat bawah. ðŸĨš. Ini xboleh dibiarkan ini. Kalau dibiarkan memang akan terbiasa gitu sampai dah besar. Turun hanya waktu nak makan je. No no no. Xboleh normalise kan bende nie. Macam not healthy dalam institusi kekeluargaan. Cewahh!.Family lain xkisah la but it is a big NO when it comes to my family. Kite risau, kite takut kalau dah besar masing2 nanti bonding tuh xde. Apo nak jadik kalau dengan sesama family pun nak awkward. Kite kalau boleh nak anak2 kite rapat cemana kite rapat dengan adik beradik kite. Sekurang2nya sebulan tuh ada jumpa 3-4 kali at least. Boleh bergurau senda bergelak ketawa bahan membahan sesama sendiri. Boleh buat aktiviti apa2 bersama2. Pegi mana2 bersama2. Dah la anak kite 3 orang tuh je. Semoga hubungan antara anak2 kite rapat sampai la ke akhir nyawa derang. 

Sakitnya pinggang kite skang nie. Dah 4-5 hari dah. Tuh la. Dah tua buat la cara tua. Ada hati nak angkat bende berat. Kan dah terkehel pinggang. Padahal angkat tilam hujung2 je sebab nak pasang tilam punya protector. Elok bangun je, tuh diaaaaa, terus tangkap pinggang. 😭.  Dah kenapa tetibe nak mengadu domba pasal sakit piggang lak niehhh!. Hihihihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...