Thursday, June 30, 2022

:: Hati Cepat Cair ::

Hati kite la yang cepat cair. Cair bila dengan si rambut kinting kite. Dengan dia xboleh nak marah. Bila nak marah je, terus xjadi. 

Sebab nie laaa. Sebab nie. Geram la. Dengan gigi taring dia tuh. 
Nanti dia akan senyum2 macam nie lepas tuh duk “mommy, mommy”. Sengih je. Lepas sengih2 dia buat senyum menyeringai dia macam gambar dekat atas. Pastu gelak beria macam kelakar sangat. Tah apa yang kelakar xtau ler.

So you tell me. Macam mana nak marah kalau every time dia buat muka comel gitu sokmo. Haish. 
Songkok tinggi2 tuh nak ke mana pak aji. Huhuhu.

Kenapa nak kene marah budak kecik secomel ini?. Kene la marah sebab dia duk mengerjakan abang dengan kakak dia. Sakit kut kene lepuk dengan ifan nie. Memang show no mercy dia bagi. Ye tau dia budak2 xreti apa lagi. Bagi kite dari budak2 la kene tegur kene marah so that dia tau apa bende yang dia buat tuh salah. And never underestimate budak2. Walaupun dia baru setahun dua. 

Macam ifan, lepas kakak/abang menangis dek dikerjakan oleh dia, boleh nampak dekat muka ifan muka takut. Siap carik tempat nak menyorok. Kenapa jadi macam tuh?. Sebab dia tau apa yang dia buat tuh salah. Tapi kadang bila kakak/abang dia nangis, dia yang datang kat kite bagitau abang/kakak menangis. Siap tarik tangan kakak/abang suruh pegi kat kite konon nak suruh kite pujuk. Hahaha. Adoiiii. Ifan ifan. Plus, kalau xmarah rasa xfair pulak dekat abang/kakak. Xfair la sebab kalau adik buat apa je xkene marah. Kenapa bila derang buat kene marah. Haaa gitu la. tapi lepas tuh kite explain la ke derang yang ifan tuh kecik lagi. Bla bla bla, yada yada yada. Tah la, bagi kite kalau salah kene tegur/marah. Xkisah la dari apa segi pun yang derang buat. Takut nanti bila dah besar, x lut dah segala teguran tuh semua. Dok gitu?. Ikut la masing2 punya cara nak mengajar anak. Lain orang lain cara. Tapi kite pun xde la marah beria. Marah utk mengajar dan menegur. Ehh, ye ker xmarah beria. Kene tanya hasben kite jap. Wakakakaka.
Suka tau buat muka comel gitu. Eeeiii, rasa nak gomol budak nie..time nie ifan baru lepas potong rambut.

Akhirnya dapat jugak potong rambut ifan. Tapi kemahen seksa i tell you. Budak yang potong rambut ifan at that time xtau la apa bende yang dia menyumpah dalam hati. Hahahahhaha. 
Rambut atas tuh xsempat nak trim. Sebab dia mengamuk sakan. So rambut ifan jadik bergumpal gitu kat atas. Hahahaha.

Tapi jangan sangka dapat potongan yang elok hokeyh. 
Nah bukti. Bertobek, xrata, ermm apa lagi. Hahahahah. 
 
Susah betholllll la nak potong rambut dia. Siap kene peluk dia kuat2, dia punya mengamuk, menangis, meraung, dah macam kene dera. Lepas dah nampak ok sikit, dah nampak semenggah sikit rambut, baru kite suruh budak tuh stop gunting. Elok stop je, tuh dia, berbirat tangan dengan muka dia. Merah habis. Ifan sejenis kulit putih melepak, so bile kite pegang dia kuat2 xnak bagi bergerak, itu yang sampai berbirat. Berbirat tapi xlebam la. Macam mustahil pulak nak lebam. Bukannya kite pegang dia sekuat hati. Hihihi. Kite rimas tengok rambut anak berselirat. Rambut ifan nie pulak dah la jenis kerinting. So bila panjang, dia mengerbang dan berpintal. Kalau mandi, rambut kene air, panjang rambut dia paras bawah hidung. Belum cite rambut dia sokmo masuk dalam hidung. Gatalll hidung wehh. Hahahaha. 

Ikutkan boleh je nak simpan. Ramai family kite yang kata sayangnya potong rambut ifan. Sebab rambut dia rare. Kihkihkih. Dalam family kite kire rare la sebab dia sorang je yang rambut kerinting. Yang lain semua rambut lurus. Hahaha. Tapi tuh la, kite la yang sakit mata gatal hidung. 😂
Halahhhh chemboiii mommy nie. Geram. Apa je yang abang pakai. Itu yang dia nak pakai jugak. Skang nie kene beli baju yang sama dengan abang. Kalau tidak, ya Allah berebut baju. Dia nak jugak pakai baju yang abang dia pakai. Tengok la tuh, dengan shades cycling kite, dengan glove cycling kite. Abang duk pakai, dia pun nak pakai.

Dah setengah tahun ifan pegi school kat brainy bunch. Banyak jugak la progress dia. Alhamdulillah. Berkat ajaran dari aunty pun ye jugak. Kite bersyukur sangat aunty2 dekat brainy bunch sangat baik. Memang dah xkan tukar branch lain dah. Hahahaha. Expectation untuk ifan bila hantar dia pegi school xde la tinggi. What do u expect, umur dia baru 2 tahun kut masa kite hantar. Xkan dah expect ifan terus pandai membaca. Kite just nak dia mingle around, jumpa orang lain selain dari family sendiri. Xde la jumpa strangers nak takut je. Nak memerap je. Dulu ye la but since masuk school, dari jenis takut orang, dah xtakut orang. Dia pulak yang melambai2 kat orang. Tapi yang tahan melambai kat awek je. Hahahaha. Biasalah anak membesar di zaman pkp kan. Kebanyakannya memang jenis takut dengan orang. Xsemua la tapi majority. 

Owh haaa. Rumah kite dah siap chu'olls. Alhamdulillah. Akhirnya siap jugak. Baru sabtu lepas amek kunci. Perasaan?. Bersyukur. Rezeki anak3 kite sebenarnya. Kite menumpang rezeki anak3 je. Alhamdulillah. 

gayat oiiii..tinggi bebenau..

Xbesar tapi cukup. Lagipun bukannya nak duduk pun. Tambahan aset orang kata. Cuma skang tengah pikir nak sewakan atau buat rumah weekend/rumah persinggahan time2 cuti. Hehehe.
 
Sabtu nie nak check defect rumah. Buat sendiri?. Idok ler. Hasben kite hired inspector. Bukan inspector polis tau, tapi defect inspector. Kihkihkih. Biar yang pakar checkkan defect rumah. Lepas settle dengan defect, baru pindah masuk barang2. Paling2 pun nak buat kitchen cabinet dengan pasang grill je. Lampu2 dan kipas2 pun ye jugak sebab itu yang paling main kut. Yang lain biarkan asal. Lagipun bukan rumah nak duduk. So xyah nak beria sangat. Hihihihi.

Wednesday, May 18, 2022

:: Dah Tua2 Dapat Duit Lagi ::

 Siapa yang dah tua dapat duit tuh?. Shiapa lagi, kite la. Hahahaa. Kite dah tua pun masih dapat duit?. Dari siapa?. Dari hasben kite la. Huahuahua. 

 

Tapi baru nie, kite dapat duit dari orang2 yang rare. Kite dapat duit dari anak2 kite u’olls. Cumanya perayaan tuh je berbeza. Kite xdapat duit raya tapi kite dapat duit sempena Mother’s Day. Ya Allah, sweetnya anak2 kite. Berbunga rasa hati. 

Qisya la tetiba tanya, “mommy, is Mother’s Day today?”. Bila kite jawab ye, dia terus naik bilik dia. Sambil2 naik dia cakap, “hold on mommy. I have something for you”. Bahek la mommy hold on. Hahaha. A few hours moment later, tetibe qisya turun dengan envelope buatan sendiri.

Inilah envelopenya. 

Qisya bagi sambil wish, “Happy Mother’s Day mommy. I love you mommy”. Halah halahhhh sweetnya. 

Bukak2 dapat duit gais!. 6hengget. Comel la. Haaha.

Kite tanya la mana dia dapat duit. “I took it from my duit school”. Terus panjang tengkuk daddy dia. “Kenapa amek duit school. Bruh, this is not fair. Itu kira duit from daddy la tuh”. Kihkihkih. Bengang je daddy. 

Bobot pulak kite perhati je dia duk menyorok dekat belakang meja makan. Tah apa dia buat pun xtau la. 

Then bobot pulak tetibe macam cemas2. Cemas la sebab kakak dia dah bagi and dia belum. “Mommy, bobot not done yet ok. Because bobot don’t know how to do envelope like kakak”. Terus dia ajak kakak dia naik atas buatkan envelope. Lama jugak la derang kat atas. Pastu dengar la macam2 conversation derang dlm pembikinan envelope untuk kite. 

Bila kite naik atas nak amek something, kemain kelam kabut si bobot. Tah apa dia buat kat hall atas tah. “Mommy don’t look. I’m not done yet”. Nak tergelak pun ada. “Ok, you continue. I’m not peeking”, sambil berjalan masuk bilik. 

Bila kite keluar dari bilik, tengok2 dah xde. Rupanya bobot lari pegi bilik lain. Comel lahai. Nak surprise punya pasal. 

Lepas turun bawah kite naik atas balik sebab nak bersiap. Nak keluar. Tengah2 siap sekali bobot masuk bilik sambil hulur envelope. “There you go mommy. Happy Mother’s Day mommy”. Ishhhh, kenapa comel sgt nie. Tapi envelope bobot buat macam familiar. Rupanya dia guna envelope kakak dia. Stress gamaknya xlepas buat envelope. Hahahaha. 

Bila bukak envelope, tengok2 ada 6hengget jugak. Bila tanya mana dapat duit, dia jawab, “i took it from my wallet”. Whatttt!!. Bruh, are you serious?. Sekali hasben kite mencelah. “Habis tuh u ingat dia buat apa menyorok belakang meja. Dia bukak sling bag dia amek duit dalam wallet”. Bobot guna duit dia sendiri gais. Duit yang pakcik makcik dia bagi as duit belanja. Ya Allah sweetnya. Kite bagi balik dekat bobot duit tuh. “It’s ok. Mommy ambek la. Xpe, bobot bagi mommy”. Kite cakap, “tapi nie kan duit bobot. Later you can buy ice-cream, chocolate with this money you know”. “It’s ok mommy. Bobot bagi mommy”.  Banyak kali kite cuba nak bagi balik balik duit tuh dekat dia. Banyak kali tuh jugak la dia tolak. Berbunganya hati. 


Ini la gamaknya perasaan bila anak2 dah pandai buat surprise and bagi hadiah kan. Kite baru nak merasa u’olls. Itu yang menggeletis tuh. Hahaha. 

Alih2 bobot tanya ada jumpa nenek x nanti. Kite jawab la xde kut sebab dah malam. “Kenapa bobot nak jumpa nenek?”. Sebab bobot nak bagi gift Mother’s Day dekat nenek katanya. Halahhhh, cucu kesayangan nenek nie laaaa. Ingat dia dekat nenek. 


Upacara penyerahan Mother’s Day gift dekat nenek. Bobot bagi 6hengget jugak. Amount sama dengan dia bagi dekat mommy. Owh lahaiiii. Adil dan saksama betul la anak bujang mommy nie. Mommy dapat 6hengget, nenek pun dapat 6hengget. Hihihihi. 
 
Sweet lahai dedua anak mommy nie. Thank you sayang2 mommy. Semoga berkekalan la hendaknya. Semoga sampai ke besar ingat mommy, ingat daddy. Xsemestinya dengan duit je, tapi dengan layanan dan keberadaan diri yang sentiasa ada dengan mommy, xlupa mommy dengan daddy, tuh yang paling penting. Mommy love you both.

Monday, May 9, 2022

:: MidLife Crisis In Advance ::

 Hahahahah. Tajuk kau syaaaaa. Kemahen lagi kan. 😂😂😂.

Kite xmasuk lagi fasa “midlife crisis”. Sebab tuh la ada sambungan ayat “in advance”. Xlama pun lagi nak masuk fasa “midlife crisis” tuh. Next year je pun. Kihkihkih. 

Kenapa tetibe cerita pasal midlife crisis?. Sebabbbbb, sebabbb. Jap nyeah jap. 

Kat bawah nie la sebabnya. Huahuahua. 

Selamat dah memiliki road bike. 

Sehari sebelum raya ke, atau masa hari raya tuh sendiri kite ada la cakap dengan hasben kite yang kite nak basikal. Alih2 jawapan hasben kite sangat memeranjatkan la. Wow memeranjatkan nyeah. Skema sangat. Hahaha. Dia jawab, “ehhh haaaa. Ngam sangat la tuh. I pun sebenarnya memang tengah usha basikal untuk u. Basikal untuk isteri aiiiii”. Whattt?!!. Halahhhh kimia sangat kuat la kite nie. Meh cium sikit pipi tuh. Hahahaha.
 
Bila kite dah menyampaikan hasrat nak basikal and hasben kite pulak dah bagitau yang dia memang tengah usha basikal untuk kite, itu pun dah mencukupi dah. Sebab kite tau hasben kite akan teruskan usaha dia untuk mencarik basikal untuk kite. So anytime je kite akan dapat basikal. Ehehehe..

And apa yang kite jangkakan tuh memang betul. Xsampai seminggu kite dah dapat basikal kite.
Tadaaaaa, basikal second je. Tapi ok la. Kite bukannya nak beria mana pun berbasikal nie. Untuk beriadah je. Xde pun target nak kayuh beratus kilo. Hihihihi.

Tapi kan walaupun basikal nie basikal beli atas orang, basikal nie still baru lagi. Owner lama beli masa bulan 2 tahun nie. Pakai baru berapa kali je. So ok la kan.
Hasben kite tengah buat QC. Hahahahaha. 
 
Sebelum dan selepas beli, kemahen hasben kite duk bercerita pasal basikal nie. Carbon body la, alloy body la, tayar cenggini, rim cenggitu, pedal clip la pedal x clip la, gear and segala macam la. Kite haaaaa kan aje sebab kite mana la nak tau bende2 alah tuh semua. Sampaikan kite cakap dengan hasben kite, "i xkisah la ddy basikal cemana, janji basikal tuh boleh kayuh". Kihkihkih. But knowing hasben kite, dia mesti akan carik yang terbaik untuk isteri dia. Bak kata hasben kite la, yang selalu dia akan cakap, "mana mungkin i nak belikan barang yang cikai2 untuk isteri i. Mestilah i akan belikan yang terbaik untuk isteri i. Sebab u kan domok i".

Hasben kite belanja basikal nie untuk kite. Helmet and other accessories beli sendiri kata dia. Baik bossssss. Kite ok je sebab accessories xsemahal sebijik basikal. Second2 pun basikal nie, harga dia x second mengkome. Kire kalau kite kene pakai duit sendiri untuk beli basikal nie, memang idok le. Rasanya kite akan beli basikal yang harga dia ratus2 je. Basikal biasa je sudah. Xyah la road bike semua nie. Hahahahhaha. Tapi kan tapi kan, dalam pada kene beli sendiri accessories, dia dah siap belikan kite gloves dah. And dah siap ushakan helmet untuk kite. Huahuahuahua.
Basikal pun dah berpasangan dah. Hikhikhik.

Dulu sebelum kite ada basikal kan, kite kemahen bising lagi bila hasben kite duk placing basikal kat bawah tangga. Tapi semenjak kite dah ada basikal nie, siap kite yang offer hasben kite untuk letak basikal dia kat sebelah basikal kite. Macam dalam gambar nie la. Hahahahaha.

Ok la u'olls. itu je la kisah midlife crisis in advance kite. but before that, kite nak ucapkan, 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin untuk semua. 
 
Dari kami sekeluarga. Xoxo.

Friday, April 8, 2022

:: Teringin Takde Makna - Kek Durian ::

 Semalam tetibe teringin nak makan kek..pastu pulak tetiba teringin nak makan durian..tetibe terdetik, ehhh, kalau kek durian pun sodap nie..biasalah puasa kan, dan2 teringin itu teringin ini..tapi teringin itu dan ini tidak membawa apa2 makna tau..hahahaha..kene disclaimer sesiap..hiks..

Kite text hasben kite bagitau tetibe teringin kek durian..gelabah dah dia..mana la pulak nak carik katanya..siap tanya kat bazaar ramadhan ada jual ker?..wakakakakaka..apo laaa..mana ada jual kat bazaar..ke ada?..tah la, kite dah lama xjejak bazaar..kite je dah lama hasben kite selalu..kihkihkih..tah la xsuka bersesak2 reramai orang skang nie..faktor umur gamaknya kut nyeah..so xtau kat bazaar ada jual ke tidak kek durian..

So apalagi, scroll la IG carik..kat IG la medium yang paling senang nak mencarik apa saje pun selain shopee..kite xcarik kat shopee pun..tidak la pulak kite nak mencarik dekat shopee..rasa macam xkene pulak..scroll pun scroll, terjumpa la satu seller yang agak menarik menjual kek durian..

Asalnya nak order kat website..dah tuh sejenis falsya yang malas nak DM, nak text seller kan..memang beli kat website je la yang kite prefer..tapi bila tengok harga delivery kemahen mahaiiiii, so kite cancel xjadi beli..sebab HQ-nya adalah dekat nunnnnn klang sana..so logik la delivery charge mahal..kite nak mencarik agent lagi senang..alih2 ada sorang staff kat HQ text kite..so dah alang2 ada yang menyahut kan..kite teruskan je la dengan order..dan after dah tau info, staff tuh halakan order kite ke agent2 dia yang berhampiran..xlama lepas tuh agent dia text kite..bagus la derang..mostly seller akan bagi contact number agent untuk kite text buat order kan..but this time, agent yang text kite..hebat sungguh laaaaa!..

Seriously staff and agent amatlah bagus..friendly and membantu gak la..sepanjang conversation rasa macam tenang je..hahaha..

Sebijik kalau makan ramai2 memang xcukup. Hahaha.
Sedapnya MasyaAllah. Tempting kan..
Setelah dipotong. 

Kite order sekali kek durian on the go.
Ini haaa dianya..tapi jangan terpedaya ye..ini adalah kek dan bukannya aiskrim..bekas dia je bekas aiskrim..tapi dalamnya tidak..mak kite sampai letak dalam freezer sebab ingatkan aiskrim..patut la carik2 xjumpa..hahahaha.
Isi dalam..sorry la gambar blur..tangan gegar..

Kite beli kek durian nie dekat @kekdurianviral_hq..haaaaa, itu la sebenarnya nama tempat yang kite beli kek durian yang MasyaAllah sedap nie..korang search je @kekdurianviral_hq kat IG..kite beli kek durian premium dengan kek durian on the go..kalau premium ada sekali buah durian..kalau kite xsilap la..

Kite sebenarnya tersangatlah fussy when it comes to cake..kalau kek yang kite makan tuh xmenepati spec kite punya kek, memang sekali suap je kite akan makan..dan xkan ada dua mahupun 3 kali suap..tapi bile 1st bite kite makan kek durian nie, ya Allah sedapnya..ehh jap, ini bukan review berbayar ye..ini review ikhlas dari hati nurani yang paling dalam..hahahaha..

Memang sedap gais!..rasa kek durian nie xmanis, walaupun penuh cream tapi xmuak bila makan..memang kene betul dengan nama kek durian premium..premium sangat rasa dia.. buah durian yang derang bagi memang banyak ada la dalam 7-8 ulas..kirenya masing2 boleh merasa makan durian dengan kek..buah durian pun sedap gilerss..lemak manis gitu..

Owh, price wise, bagi kite worth it sangat..worth it rasa dengan harga..nak bagitau harga berapa kite xingat..takut kang salah bagi kang..naya pak karim..hahahaha..

Ada yang terliur ker?..kalau terliur silalah terjah IG @kekdurianviral_hq..

Tuesday, March 15, 2022

:: Positive Covid19 ::

 Ye, kite positive covid19. And kite masih dalam tempoh kuarantin. Sebelum tau positive, awalnya start dengan selsema. Sakit tekak ada but mild lepastu dah hilang. Maybe sebab kite rajin spray ubat sakit tekak kut so sebab tuh sakit tekak kite x teruk. Then batuk, then demam. Demam tuh xde la teruk sangat sebab kite nie spesis yang (alhamdulillah) susah nak demam. Kalau demam and nak pegi klinik mintak MC, kite buntu betul. Sebab mesti doctor ingat kite sengaja fake-kan demam semata nak MC. Padahal kite memang demam. Bila doctor check, temperature badan biasa je. Tapi tuh la, sendiri tau badan sendiri kan. Nak explain pun susah. Siapa yang spesis macam kite, maybe paham la kut nyeah. 

At first kite suspect xsihat nie sebab kite bermandikan hujan. Petang2 kan skang nie hujan lebat. Kite xbawak payung. Terlupa gais!. Bila dah terlupa, kene la berlari pegi ke parking kereta without payung. Yup, masa kite xsihat tuh turn kite utk bekerja. So that is why la kite suspect xsihat nie sebab berhujan. Sampai la khamis malam. Kite rasa sengal2 badan. Rasa x sedap hati then terus kite check guna RTK. Kite check jenis yang swab kat hidung. Sekali double line. Ahh sudah. Selalu kalau double line nie kite akan happy kan, but this time round, terbalik jadiknya. Xhappy langsung. Hahahaha. Xpuas hati lagi hati nie. Try kali kedua guna saliva. Aik, negative??. What is the happening?. Xpuas hati lagi. Test kali-3. Swab nose. Positive. Xpuas hati lagi. Guna rtk lolipop untuk budak tuh. Saliva la of course. Negative. 

The results. So kesimpulannya skang nie, kalau nak buat test guna test kit, xyah la guna Saliva. Sebab saliva kadang x accurate. Silalah swab hidung korang. Itu lagi accurate sebenarnya. 

Time tuh terus kite pandang hasben kite. Kite suruh dia test. Alhamdulillah negative. Ya Allah kite bersyukur sangat masa tuh anak2 kite semua xde dekat rumah. Sorang kat rumah situ, 2 orang dekat rumah sini. Tapi kite tetap suruh jugak hasben kite pass kan testkit untuk anak2 kite check. Bagi tenang sikit hati kite. Kite je kene xpe tapi jangan la anak2. 

Tah la, nak kata kite panik, ermmm, panik la jugak tapi still under control. Actually bukan panik pun. More to shocked je. Macam2 persoalan. Kat mana dapat, dari mana dapat. Tapi nak pikir beria pun kite malas. Sebab pikir la cemana deep pun, memang xkan dapat jawapan. So buat apa penat2 pikir, pening2 pikir. Kite terima je sakit nie dengan hati terbuka. Alhamdulillah. 

Esoknya(jumaat) buat RT-PCR. Balik je rumah, terus rasa seram sejuk ya amat3. Sejukkkkkkk. Padahal aircond x on pun. Semata kipas je. Tapi dia punya sejuk dah macam time tuh tengah winter. Sarung stokin, sarung sweater, selubung selimut. Kurang tapi masih sejuk. Menggigil2 badan kite. Tengah melayan menggigil badan, tau2 kite dah tertido. Bangun dari tido, hilang terus seram sejuk menggigil badan segala. The next day dapat result. And positive. Alhamdulillah.
Maka bermulalah kisah “self-quarantine”. 

Kite quarantine dalam bilik kite. The next day, kite mintak kakak kite tolong checkkan bobot. Nak ckp dengan mak kite susah. Banyak alasan. Bobot ok la, xde demam la apa la. So better kite mintak tolong kakak kite. 
Hasilnya. Kemain merah. Ini kalau keluar kat pregnancy test, happy wehhh. Lekat kuat betul nie. Hahahahhaa. Tapi tidak, tidak mungkin ini pregnancy test. Ini result yang menakutkan kite sebenarnya. 

Nasib baik la kite berkeras jugak mintak check si bobot. Bila dah tau positive, terus kite mintak kakak kite hantar bobot. Maka stucked la kami dalam satu bilik. Kawan gaduh jadi kawan kuarantin. Hahahaa.

Simptoms yang kite kene, hilang deria bau dengan rasa. Selesema, batuk, demam yang xtau nak ckp demam ke tidak, hahahaa, sengal badan. Haaa gitu la. Selera makan kurang. Ikutkan xde selera langsung nak makan tapi nanti hasben kite bising. Makan xhabis xpe nak buat cemana. Janji perut tuh di”alas” dengan makanan. Alhamdulillah xde simptoms yang teruk. Ada kemungkinan booster dan vaksin membantu dari dapat simptoms yang teruk. Macam bobot pun dah di-vaksin-kan. Qisya dengan bobot actually baru je few days cucuk vaksin before bobot confirm positive covid. Qisya dengan ifan alhamdulillah negative. Hopefully negative la sampai bebila. Amin3.

Kite xkisah la kalau ada yang xnak divaksin. Hak masing2. Diri masing2. Cuma yang kite xleh terima ayat orang2 yang x divaksin nie kan adalah, “kata dah vaksin xkan kene covid. Tapi kene jugak covid”. Ermmm tah la. Nak ulas tapi macam xguna. Xguna nak explain lebih2. Buang masa. Sebab doctors, and orang yang bijak pandai pun dah pernah explained. Tapi tetap ayat itu jugak yang keluar.
Kannnnss. Hehehe.

Hasben kite beli macam2 bekalan untuk anak bini dia kuarantin. Hahaha.
Macam2 haaaa. Aaahhh, Cheetos. Feveret kite. Tapi bile kene covid nie, nampak Cheetos pun xlalu nak makan. Siap hasben kite belikan coklat Godiva. Pun feveret kite. Air2 kotak tuh pun air2 yang kite suka.
Penuhhhhhh mini fridge kite. Habis sumbat dah nie. Huahuahua.
Sumpah sedap. Bak kata hasben kite, “isteri i kan suka Godiva. Sebab tuh la i belikan untuk isteri i. U kan domok i”. Halahhhh, gulagula sungguh la hasben kite nie.
Xpuas makan. Kite makan sorang. Kite bagi bobot 1. Nasib baik dia xmintak lagi lepas dah habis. Kite cite dengan hasben kite. Bising dia kite sorok dari anak coklat nie. “Share la dengan bobot, habis nanti i beli la lagi”. Hahahahaha. Alah, anak kite bukannya hantu coklat sangat. Derang bukannya makan coklat macam makan nasi. Macam bobot, habis satu coklat yang kite bagi, xde pun dia mintak nak lagi. 
Hari ke-3 kuarantin tetiba bobot dapat surprise depan pintu. Dapat toys dari daddy. Tapi time nie kite agak terkejut jugak la sebab dia xnak bukak bila kite offer nak bukak kan. “It’s ok mommy. It’s ok. Don’t open it. Bobot want to open this tomorrow”. Wowwww, mommy is terkejut nieh. Hahahaha.

Time hasben kite bagi toy dekat bobot, tanya gak present kite xde ke?. Pastu adalah jawapan hasben kite yang mengarut2. The next day, tetibe dia WA kata present kite otw dari shopee. Surprise katanya. Tah apa yang dia belikan tah. Tapi kite rasa macam kite tau. Kihkihkih.Cuma nak kene confirmkan je bila betul2 ada depan mata. It could be yes, it could be no. Nervoussss!. Bikin penasaran ini orang. Hahaha.  

Covid yang kite kene, cemananya nyeah nak cakap. Dia macam sakit demam biasa. Cumanya yang bintatnya adalah, kene berkurung dari orang yang negative. Huwaaaaaaaaa, kite rindu anak2 kite. Especially yang si rambut kinting tu. Rinduuuuuuu. Rindu nak dengar dia panggil “mymy, mymy”. Sobss.
Rindunyaaaaa. Nak pelok. Nak ciummmm. 
Rindunya kakak. 

Sabar yeee. Sikit je lagi. Sikit je lagi mommy nak habis kuarantin. 
Owh jap. Ini yang korang kene ada during quarantine. 

Sebab everyday korang akan received reminder untuk update health condition korang kat Mysejahtera. Actually kalau korang xde semua nie, korang dah ada smart watch pun ok. Sebab dari smarth watch kan dah boleh dapat segala bacaan. Macam kite, kite malas nak pakai smart watch kat rumah. So guna je la alat2 tuh since bende dah ada kan. 

Kite doakan semoga u’olls semua berada dalam keadaan yang baik2, diberi kesihatan yang baik. Stay safe, be safe and take care.

Monday, February 21, 2022

:: Kiutnya Tumbler ::

 Terjebak lagi..hahaha..

Kite paling suka tumbler..asal pegi memana tempat, mesti kite akan masuk ruangan yang jual tumbler..xkisah la untuk budak2 ke, untuk adults ke, semua kite suka..kadang nak beli dah tapi kene bising dengan hasben kite.."tumbler sikit punya banyak dekat rumah tuh..nak beli lagi buat apa?..sape yang nak guna banyak2 tuh"..kihkihkih.."i lah"..lahhh, menjawab lagi dia..hahahaha..

Tah la saka tumbler mana tah yg dah merasuki badan ini..kite pun xtau kenapa kite suka gila dengan tumbler..nak2 pulak kalau color yang kiut, design yang rare, size tumbler yang lain dari yang lain..cepat betul tertarik nak membeli..

Ada satu page kat FB nie, nama page tuh kite rahsiakan..xnk la bagitau..kang kite dipersalahkan pulak bila korang sokmo terjebak dengan segala apa yang admin tuh post..ahahhaha..kat page tuh la yang kite selalu kene racun..dah percayalah bahawa racun itu benerrrrrr!!!!..muaahahhaha*gelak jahat*..jahat gile hokeyh admin page tuh sebab pasal derang laa kite banyak kali terjebak..

Yang terbaru adalah,

iniiiii..haishhhh!!!
 
Yang diracun tuh pulak adalah tumbler kan..menggigil rase badan..ikutkan tumbler nie kite dah nampak lama dah..tapi time tuh badan xmenggigil to the max lagi..kali nie xleh nak handle dah menggigil tuh terus kite beli..hahahaha..
 
Kite belikan sekali untuk my only anak dara..bobot xde sebab daddy dia baru je belikan dia tumbler masa nak masuk school awal tahun nie..daddy beli jiwa anak bujang dia..belikan backpack, belikan tumbler..sebab anak bujang dia yang banyak akal tuh kata dia nak new backpack..nak bawak gie school katanya..hihihihi..bukan bobot je yang dapat..ifan si rambut kinting pun dapat..huahuahua..
dapat sekali sticker2 comel nie..korang kene tampal sendiri..
selepas ditampal sticker..yihhh geramnyeeee..kenapa comel sangat niehhhhhh..
 
Size untuk tumbler yang besar tuh adalah 2L..itu size yang ada dekat tumbler tuh la..adakah betul atay tidak itu kite xtau..kene tunggu kite balik rumah isi air guna sukatan kat water dispenser kite then baru tau betul atau tidak..tapi kalau betul, senang xyah nak tambah2 lagi dah air..sekali amek je...laaaahhhh, ada je alasan kau kan sya!..hahaha..yang kecik tuh size dia 900ML-1.2L..

Ini kalau hasben kite nampak nie mesti dia duk geleng kepala..geleng kepala je la yang dia boleh buat sebab nak marah xboleh bende dah beli..wakakakakkaka..ehh tapi xde la dia marah betul2 marah..mana mungkin hasben kite marah kite over a tumbler..kite nie kan domok hasben kite..hahahahahaha..

Okayh itu saje story for today!..ehh jap, 2000ml Stickers Water Bottle with Straw Cute Portable Scale Bottle for Water Outdoor Travel Kettle for Adult Student..itu nama untuk tumbler yang kite beli nie..aikk, sempat lagi nak meracun.hiks..

Thursday, February 10, 2022

:: Makan Makan ::

Scroll picture dalam image kat phone ada gambar2 makanan nie..so saje la nak post kat sini..lagi satu sebab ada makanan yang kite nak promote..hihihi..

So layankan je la ye..

spaghetti carbonara..bikin sendiri hokeyh from scratch..
xde guna carbonara punya sos yg dalam tin tuh.. 
easy-peasy lemon squeezy..ngeeee..
 
Pastu hasben kite request nak makan mee kicap..

maka terjadilah yee mee kicap..1st time buat..
alhamdulillah hasben kite approved..ngeeee..

Then anak dara kite request kek batik..nak request tapi dia lupa nama..duk cakap, "mommy, i want the cake yang you always buat tuh..yang ada biskut and coklat"..puas la duk mikir.."kek batik??''..terus cepat je jawab, "haaaaaa kek batik..can you do that for me?..please mommy"..terus cargas kite buat..kene pulak memang barang2 dah ada..memang jugak kebetulan kite nak buat pun kek batik..
 
rasa macam nak kaut je coklat tuh..kite guna milo, susu manis dengan buttercup je..haaaa, lepas tuh bisku marie..watak utama dalam kek batik..itu je 4 bahannya..kite xletak cocoa powder..tah sebab bagi kite itu pun dah sedap dah..

   

sedapnyaaaaa..rasa macam nak ngangan je hirup coklat tuh..hiihihi..

time nie dah banyak kite masukkan dalam bekas..nie dah tinggal hujung2..hihihihi..
ini pun dah nak habis..laku betul kek batik nie..malas nak potong2..terus amek gambar dari bekas je..dasar pemalas kan..abaikan rupa kek batik nie, yang penting adalah rasanyaaaaa..hahahaha..
jambu dengan asam..slurppp, terliurnya..
 
Ada satu hari tuh xtau nak makan apa..kite nak masak xboleh sebab anak bujang kite yang si kinting tuh melekat je..xbagi kite bangun dari sofa..nak bergerak pegi dapur basuh tangan pun dia dah meraung sampai hempas badan kat lantai pastu guling2kan badan..so kite cakap dengan hasben kite xleh nak masak..jawab dia kene order kat grabfood or foodpanda la..then tetibe hasben kite kata nak order big breakfast..harga big breakfast dah la mahal..rugi betul rase kalau order..tunggu jap bagi anak bujang rambt kinting kite tido dulu..baru  boleh masuk dapur masak..
 
 
so tadaaaaaaaa..homemade big breakfast untuk suami..

Ok, dah sampai masa untuk kite nak promote something..ini memang recommended la untuk orang2 yang suka makan mee kari ala2 cina..

Kite beli pes mee kari azhan rani..sedapnyaaaaaa masyaAllah..memang sedap..kite bawak pegi rumah kakak kite no 3 sebab hasben kite xleh makan pedas buat masa nie..usus dia xberapa nak elok lagi..kalau bawak gie rumah kakak kite, ada la teman nak makan..hihihihi..
nie haaaa pes mee kari azhan rani..
Nak buat pun senang jeeee..memang senang sangat..cara2 ada dekat belakang peket pes mee kari..just letak air, santan sekotak kecik tuh, pastu ikut korang la korang nak letak apa dalam kuah tuh..kerang ke, ayam ke..
kite xletak beria sangat pun..ini je..
walaupun "ini" saje..tapi tetap mengancam wehhh..kalau letak kerang, letak ayam, lagiiii mengancam..

Honestly, memang kene dengan selera kite..semua yang makan semua ckp sedap..tapi memang sedap la..style mee kari ala2 mee kari cina..macam mee kari makan kat hotel2..gitu2 la..sangat3 recommended pes mee kari azhan rani nie.. kite masak guna 2 peket pes mee kari..2 peket nie boleh makan dalam 7-8 orang..2 peket pes mee kari bersamaan dengan 2 peket mee kuning..try la..

Monday, February 7, 2022

:: Kasih Seorang Suami Terhadap Isteri ::

 Saat nak mula menaip entry nie, rasa sakit sangat dada. Berjurai2 air mata.

Kite antara yang jadi saksi kasih sayang dan betapa cintanya seorang suami dekat isteri. 26tahun menyulam kasih sayang cinta antara satu sama lain sampai ke hujung nyawa seorang yang bergelar isteri. 

Makcuuuuuuu!!!. Sayangnya adik kat makcu. Lillahitaala. Allahuakbar!!. 

Dan yang kite maksudkan seorang suami tuh adalah pakcu kite sendiri. Yang baru je kehilangan isteri sabtu lepas. Pakcu kite cukup sayang makcu kite. Kadang depan anak2 buah or adik beradik dia sendiri pun, dia xmalu nak tunjuk “manja” dia, sayang dia dekat makcu kite. “Sham sham, tengok nie derang kacau abang”. Halaahhhhhhh, nyampah tau. Mengadu2 pulak. Macam la makcu nak marah kiteorang. Hahahahahahaha. 

Pastu macam2 lagi la perangai pakcu kite tuh. Xpadan dengan dah tua tapi perangai macam budak2. Haks. Kite kalau berjumpa dengan pakcu kite memang ada je bende yang nak dibahannya. Ingat kite nak berdiam je ker?. Owh tidak. Pakcik x pakcik. Kihkihkih. Memang riuh rendah jadiknya sebab masing2 balas membalas bahanan pastu diakhiri dengan gelak ketawa ala2 cikponti. Bak kata mak kite, “boleh runtuh rumah kalau berkumpul”. Hehehe. Family kite consider rapat dengan pakcu dengan makcu kite. Makcu kite pulak memang boleh ngam. Kirenya kalau berjumpa tuh, memang xde nak senyap, xberborak, jawab bile ditanya, tiada tiada. Itu tiada dalam sejarah kamus family kiteorang. Hahaha.

“Sham nie, sham nie”, pastu meleset2 kat makcu kite. Alah meleset dengan isteri sendiri xpe. Hihihi. 

Makcu kite baik. Baik sangat. Cakap lembut je. Humble je dia. Member2 kite yang mana pernah jumpa makcu mesti akan cakap bende sama and mesti akan suka makcu. Bila dah tau makcu dah xde, derang pun terasa kesedihan kehilangan tuh.

Start last year condition kesihatan makcu kite dah merosot. Badan makcu kite jadi kurusssssss sgt. Ya Allah, kite xmampu lagi nak address kan makcu kite as arwah atau Allahyarhamah makcu. X mampu lagi. Sedihnya ya Allah. Awalnya xtau sakit apa. Pegi hospital pun xboleh nak detect. Bertukar dari hospital columbia ke SJMC. Pakcu kite siap cakap dengan doctor, buat la apa treatment pun. Berapa kos pun xpe dia sanggup bayar. Duit banyak pun xguna kalau makcu kite sakit. Kat SJMC makcu kite masuk ICU dekat seminggu lebih sampailah akhir hayat dia. Kite nak sgt melawat makcu kite. Tapi makcu kite tengah sakit dekat ICU. Lagi la kite xberani nak melawat. Takut sangat kalau2 terbawak apa2 penyakit yang boleh worst kan lagi condition dia. Ingatkan bila makcu kite dah sihat sikit nanti, baru la nk melawat.

Jumaat malam sabtu, kite lambat tido sebab layan netflix. Movie xhabis pun lagi tapi kite dah suruh hasben kite tutup sebab dia dah berdengkur kat sebelah. Bila tv dah off, kite scroll fb and IG sementara nak tunggu mata layu. Sekali dalam pukul 3.30pagi pakcu kite text kat family group kata makcu kite tenat. Allahuakbar. Terus xboleh tido. Hati dah mula risau. Air mata dah start mengalir. Mulut dah start berdoa berzikir. Time tuh rasa macam nak terbang je ke SJMC. Kite takut. Kite takut bila dah diberitahu makcu kite tenat, kite takut xsempat jumpa. Takut. Kite takut. Rasa macam xleh nak lengah2 la ke hospital. Pastu kite xleh tahan kerisauan tuh, kite call kak long kite. 1st call xberangkat, try kali kedua, baru angkat. Dah bagitau apa semua, kak long kite kata dia nak call pakcu kite nanti apa2 dia update. Kite xnak bgtau mak kite sebab takut mak kite risau. 

Pukul 4lebih, kak long kite kata dia otw ke hospital. Kite pun nak pegi jugak la. No choice terpaksa jugak bagitau mak kite. Xlama tuh mak kite call tanya kite nak ke hospital ke. Mak kite nak ikut sekali. Sampai je kat hospital, rasa sebak tuh xboleh nak tahan. Mak kite terus terkam pakcu kite. Peluk pakcu kite. Menangis dua beradik kat tempat parking. Anak pakcu, shasha, yang baru nak masuk 13tahun, meraung2 bila mak kite peluk sekali dia. Allahuakbar. Sedih. Sedih. Sebak. Kite terbayang anak dara kite sendiri. Ya Allah. KAU berikanlah kekuatan kepada pakcu dan shasha. Amin3.

Pakcu kite kata dia tengah tunggu doctor yang round check patient update condition makcu kite. Then pukul 10pagi lebih sikit, time tengah minum kat kedai mamak tepi SJMC tuh, pakcu kite text kata siapa nak jumpa makcu boleh naik sekarang. Allah Allah Allah. Bergegas masing2 naik. Masuk je ICU, kite nampak je makcu kite, terus berderai air mata. Allahuakbar!. Sedih. Tapikan, cantiknya makcu. . Muka makcu putih bersih. Macam anak patung. Berseri sangat. Allah Allah Allah. KAU permudahkan la urusan makcu ku Ya Allah. Jika sudah sampai masanya, permudahkan la perjalanan dia ya Allah. Tengok pulak pakcu kite yang tengah menangis kat sisi makcu kite, lagi buat hati nie meruntun sangat. “Abang redha sham. Abang redha. Abang ampunkan setiap dosa sham. Sham xde salah apa dengan abang. Abang sayang sham. Sham tau kan abang sayang sangat dengan sham”. 😭

Cut long story short, makcu kite meninggal dunia pukul 1.18pm, 5Feb2022. Allah Allah Allah. Masa nurse nak cabut life support, kiteorang kat luar. Luluh hati bila dengan anak perempuan pakcu kite meraung2 panggil “mama mama mama”. Berat dugaan shasha diusia 13 tahun. Masih memerlukan kasih sayang mama. “Shasha banyak salah dengan mama. Shasha takut. Shasha banyak dosa dengan mama. Shasha banyak buat mama marah”. Ya Allah. Sedih. “Shasha kene kuat. Shasha kekuatan papa. Kalau shasha xkuat, papa pun xkuat. Kite sama2 xkuat shasha. Tapi kite kene tolong sesama kite. Shasha tolong papa, papa tolong shasha. Shasha xde salah apa dengan mama. Shasha xde dosa dengan mama, dengan papa. Mama sayang shasha, papa sayang shasha”, menangis kite bila pakcu kite cakap macam tuh dekat their only daughter and only child. 

Lepas dah settled dengan urusan penyerahan jenazah, kite dari hospital terus ke kendong, tampin.. xsempat nak balik rumah. Sebab dekat situ makcu kite dikebumikan. Dekat kampung halaman makcu. Kite x balik rumah sebab takut nanti xsempat. Luckily baju kite agak sopan dan loose. Kire kalau nak ke surau atau kubur tuh xde la terasa malu segan apa semua. Otw dalam kereta kite tido sebab terlampau mengantuk sangat. Xtido seharian, mata bengkak menangis xhenti. Tau2 dah sampai tampin. 

Dalam pada sedih, ada cite kelakar dalam kereta. Hasben kite kene bawak kete pakcu kite. Pakcu kite naik van jenazah. Kelam kabut tau kiteorang dalam kereta. Mencarik mana handbrake, mana gear, mana signal mana wiper. Nasib baik kete pakcu kite jenis handbrake-nya auto. Belum lagi cite masa nak isi minyak. Sampai kene google macam mana nak bukak petrol door. Sebelum tau macam mana nak bukak, kite suruh hasben kite parked kat tepi dulu. “Park tepi dulu dy. carik dulu cara cemana nak bukak. Malu je nanti bila dah ada kat tempat nak isi minyak, xjumpa cara nak bukak”. Hahaha.. Kereta canggih sangat u’olls. Time nak mencarik celah mana nak bukak petrol door tuh, baru la jumpa duduknya button handbrake. Halahhh.  Kene pulak nak hujan. Lagi xkeruan hasben kite. Mana pulak wiper. Rupanya wiper kete pakcu kite jenis auto. Hahaha.Adoiiihaiii. Biasalah, kete kami biasa2 je. Xde button yang pelik2 pun. Tuh yang nmpk teruk benau bila kene drive kete canggih2. Merc e300 ke e350 tah kete pakcu kite. Gitu2 la. Kalau tau cemana kete tuh mesti paham kenapa kami macam bodoh benau nak drive kete tuh. Hahaha. “Kata nanti nak beli merc la apa la. Tapi button handbrake pun xtau. Wiper pun menggagau carik kat mana. Ahcanner?. Hahaha”. Bengang je hasben kite. “Kete pakcu nie jenis lain sikit. Semua jenis advance button dia. Semua electronic. Dah tuh, suruh drive pun mengejut2, mana sempat nak study button setiap function”. Hahahaha.Yolah. Hurmmmm, sekurang2nya ada la bende kelakar dalam pada tengah sedih. Lepas gelak seround dua, terus kite tertido.

Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan makcu. Dari hospital sampai la selesai pengebumian. Makcu kite dikebumikan dekat kampung makcu kite. Kendong, Tampin. Allahuakbar! MasyaAllah. Subhanallah. Allah Maha Besar. Cuaca cantik sangat masa tuh. Mendung. Berangin. Allah. Cantik betul perjalanan makcu kite. And masa dekat kubur baru kak long kite bagitau apa sebenarnya sakit makcu kite. Rupanya 5-6 hari makcu kite kat SJMC, doctor detect yang makcu kite sebenarnya ada kanser lymphoma stage 4. 😭. Doctor xboleh go for chemo treatment sebab condition makcu kite teruk.🥺

Pakcu kite sedih sangat. Seharian dia xmakan xminum. Pukul 10malam baru dia jamah nasi. Itupun suku je. Lagi pakcu kite sedih, makcu xsempat pindah masuk rumah baru. Pakcu kite beli rumah tu utk makcu kite. Buat rumah cantik2 untuk keselesaan isteri tercinta. Skang rumah besar pun dah xde seri sebab nadi untuk rumah tuh dah xde. 😢. As for now, mak kite teman pakcu kite kat semenyih sana. Adik bongsu dia kan. Adik kesayangan pulak tuh. Yang dia jaga dari baby. Dah tentu2 la mak kite akan sentiasa ada dengan pakcu kite. 

Sayang makcu. Adik sayang makcu. Sampai sekarang masih teringat2 arwah aunty ima. Padahal dah 5-6 tahun aunty ima pergi. Rindu tuh masih ada lagi. Sekarang makcu pulak pergi tinggalkan kiteorang. 2 orang makcik yang adik sangat rapat dan sayang dah xde. Rasa macam mimpi. Sekelip mata je makcu dah xde. Allahuakbar!. Rindu yang tiada penghujung. 🥺


‎إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن  
*Innalillahi wa inna ilaihi raji'un* 

‎اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف  
*“Allahummagh firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu"*
"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia." 

Al fatihah.. 

‎. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
‎مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Friday, February 4, 2022

:: Cara Untuk Baiki/Betulkan Api Dapur Gas xLekat Atau xMenyala ::

 Ada x antara pembaca blog nie yang pernah ada situasi dimana api dapur gas xlekat..meaning to say xmenyala..pulas la berapa banyak kali tombol ermmm apa nama bende alah tu tah, pun xmenyala..kite tergerak nak share kat sini sebab ada yang bertanya macam mana kite buat bila api dapur gas kite xmenyala..kut2 la ada jugak yg hadapi masalah sama, harap2 bermanfaat la hendaknye..

Pernah terjadi dekat kite..time tuh rasa macam sakit hati betul sebab kite baru je tukar dapur gas kut..tukar sebab dapur gas kite yg lama tuh bila nak masak, api dia meletup2..everytime masak duk naik segala bulu roma smp akar2 rambut pun terasa meremang..sebab kite duk imagine tetibe tengah masak, dapur gas meletop..nauzubillahiminzalik..itu yang kite ngendeng hasben kite nak tukar dapur gas baru..ikutkan dia nak panggil technician fargo utk datang repair..fargo tuh brand lama dapur gas kite..tapi kite yang xnak..xnak bukan sebab getis nak dapur gas baru tau..xnak sebab ini kali kedua problem nie jadi..1st time panggil dah tukar dah repair, kene charged dekat RM700..kalau panggil lagi kali kedua, charges akan lebih kurang tuh jugak..so might as well beli je yang baru..dengan RM700 tuh boleh dpt baru kut..kalau repair jugak, setahun dua jadik lagi..xker rugi..

Hasben kite macam setuju tapi duk lengah2..kite siap cakap, beli kat shopee je la..kan banyak yang jual..tapi duk dingdongdingdong lagi..sampai la kite duk bawak keluar ayat, “nak tunggu dapur meletop baru nak tukar ke?..orang pertama yang kene i tau..nak i masuk hospital dulu baru nak tukar dapur gas nie nyeah”..terus hasben kite suruh carik dapur gas..dah jumpa dah kat shopee..sekali few days dalam pada duk survey tuh, ada pulak homefair dekat mid valley..hasben kite ajak ke sana..so ke homefair la kami semata nak mencarik dapur gas..

Disclaimer : kisah nie jadi sebelum pkpkpbpkpd tahun lepas..

Ikutkan kite nak dapur stainless steel sebab duk dengar yang tempered glass punya byk kes meletop..tapi tetibe hajat nak carik stainless steel tuh xjadi (walaupun dah ada yg berkenan dihati) selepas masuk Rubine punye booth..salesperson tuh cakap, kes tempered glass meletop kadang sebab bila tengah masak, orang lap glass surface dengan kain basah..bila dah kerap, itu yg boleh buat meletop..itu kata dia la..kalau dia tipu kite, maknanya kite tipu korang la..hahahahha..tapi kalau ikut logik macam ye..kite rasa la..

Bila salesperson Rubine tuh duk explain-ed pasal dapur gas derang, ehhh, macam menarik..bila dah tanya and dah mintak persetujuan dari hasben kite, maka kami pun beli la dapur gas Rubine yg tempered glass dan bukannya stainless steel..kene la mintak persetujuan hasben kite sebab dia yang keluar duit..tapi hasben kite jenis “i ok je”..plus, dia mana tau pasal bende2 masak memasak nie..bukannya dia yang guna dapur gas tuh pun..so apa yang kite berkenan, itu la yg dia akan setuju..dapur gas yg kite nak tuh, katanya itu model paling latest..xsilap nama dapur gas tuh Rubine Dakka2B...kite nak yang model tuh sebab ada timer je..ahahahha..padahal sepanjang beli baru 2 kali je pakai..kihkihkih..owh lagi satu dapur gas nie ada 3 power burner..apa 3 power burner?..nanti kite terangkan dekat gambar..

So lepas 6 bulan pakai tetibe bila nak masak, api xmenyala..ah sudah..cuba banyak kali pun xboleh..eeiiii, sakitnya hati masa tuh..carik warranty card xjumpa pulak dah..tah mana hasben kite simpan..ermmmmm..dah la stove ada 2 je..kalau satu dah rosak, xkan nak guna satu je..kalau dapur gas sebelum nie ada 3 stove..rosak satu ada 2 lagi..nie nak harapkan 1 stove, mana maunya..

Kite start bising la sebab baru pakai 6bulan..kalau beli harga RM200-300-400 xde la ralat sangat bila rosak..tetap akan ralat sebab duit jugak kan tapi tidak la berganda2 ralat-nya..masa kiteorg beli, harga lebih kurang seribu tiga ratus kut..baruuuu 6 bulan pakai..kau ghase???..sapa yang xsakit hati..warranty card pulak xtau mana pergi..alih2 tergerak hati nak google..terjumpa la satu video nie..try punye try, alhamdulillah dah boleh dah..hati tuh dia punya lega, hilang terus segala amarah..hahahahha..rupanya kene cuci tang dia punya starter..ehh ke spark dia..ahhh xtau la apa nama dia..

Yang dalam circle tuh la bende alah yang kene dicuci..kite panggil bende alah tuh spark la nyeah..walaupun xtau betul ke tidak, tapi nak bagi senang penceritaan..

Kadang biasalah bila kite masak macam kari ke gulai ke sup ke, pastu tertumpah, kuah2 tuh la yang akan buat spark tuh diselaputi kotoran..itu yang punca api xlekat or xmenyala..
Utk nak cuci spark tuh, boleh guna wet tissue ke kain basah ke..xkisah either one..macam kite, kite guna wet kitchen towel nie..in love betul kite dengan vinda wet kitchen towel nie..ini la yang kite akan guna utk cuci dapur gas, table top, meja, ehhh byk lagi la..hehee..
Then, lap kotoran dekat spark tuh dengan wet tissue/kain basah..lap sampai rasa kotoran kat spark tuh dah dinyahkan..hehe..
Lepas spark tuh dah agak bersih, lap dengan tisu kering pulak..sebab kalau basah macam mana nak try nyalakan api..dok gitu???..
Bila spark dah kering, try nyalakan api..so taraaaaa, nyala sudah..insyaAllah..ehhh jap, baru teringat pasal 3 power burner..nampak x api yang menyala tuh ada 3 gelung api..itu la yang dimaksudkan dengan 3 power burner..so api akan jadi besar and makanan akan jadi cepat masak..gituuuu..hehee..

Kinda relief bila api dapur gas dah boleh menyala..suka betul kite..hilang terus rasa sakit hati..hahahaha..

Kite dah cuba solution nie and alhamdulillah it works for me!!..korang pun try la kut mana tau jadi ke kan..alhamdulillah jugak sebab kite berjaya selamatkan duit hasben kite dari repair atau beli lagi dapur gas yg baru..lahhhh, puji diri sendiri ker???..muahahahahahhaa..

Thursday, February 3, 2022

:: 1st Time - Resepi Telur Ikan Ala Mamak ::

 1st time kite masak telur ikan..hehe..masa beli groceries, hasben kite ternampak telur ikan..pastu duk la cakap, “sedapnya telur ikan, sedapnya telur ikan”..pastu bila hasben kite dah cakap gitu rasa macam xbest pulak kalau xmasakkan..walaupun selama hidup xpernah masak telur ikan..hahahaha..

Kite pun tanya la hasben kite nak ke..dia duk senyum2 kambing pulak..kite ckp la kalau nak beli la nanti i masakkan..dia tanya balik, tau masak ker?..ehh ehh, don’t underestimate me hokeyh!!..google kan ado..wakakakakaa..tanya google sudah..kihkihkih..

Pastu hasben kite bagi jawapan, “i ok je”..hurmmmm, suka ngat ler bagi jawapan gitu sokmo..so bila dah jawab gitu kite pun terus je amek telur ikan masuk dalam troli..

Esoknya kite masak telur ikan nie..kite gorengkan aje telur ikan tuh..xde rasa macam nak buat kari or gulai..kene pulak hasben kite kata goreng je so senang keje kite..hahahaha..

Senang rupanya nak masak telur ikan nie..hehehehe..kecoh la sya..orang lain dah berkali2 dah masak telur ikan..kau tuh je yg baru 1st time..hehee..kite sebenarnya xberapa sangat dengan telur ikan..sebab tuh xpernah masak..and hasben kite pulak xpernah nak request..kebetulan je itu hari dia ternampak telur ikan..

Taraaaaaa..telur ikan selepas digoreng..sedap jugak sebenarnya..layan la jugak..kite saje buat garing2..kalau lembik2 macam xlalu nak telan..

Meh kite share resepi yang kite guna utk masak telur ikan goreng ala mamak nie..kut ada yang nak try ker kan..mana la tau 1st time macam kite gak ker..hiks..

- basuh telur ikan bersih2 dengan asam jawa/tepung gandum/or apa2 yang boleh hilangkan hanyir telur ikan.

- bila dah bersih, letak serbuk kunyit, serbuk kari dan garam. Gaul bagi sebati and perap selama setengah jam.

- selepas setengah jam, gorengkan telur ikan sampai garing. Or gorengkan la ikut tahap mana yang korang nak. Dah settle, angkat and letak tepi.

- kuali yang sama, tumis hirisan bawang holland, cili merah, cili padi dan daun kari. Agak2 dah layu, masukkan telur ikan yang dah digoreng tadi. Gaul bagi sebati. Kite xletak garam atau serbuk perasa sebab masa perap telur ikan kite dah letak garam..tapi ikut korang la nak letak ke tidak. Biasalah tekak masing2 lain kan..hehe..

And siap. Apa lagi, hidangkan dan santap la..hahahaha..

Xker simple je tuh..hihihihi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...