Ye memang kite admit la yang kite a bit harsh la dengan anak2. Garang sangat kadang2. Kadang2 nyeah, macam selalu je. Haish. Kesian anak2 mommy. Tapi bila tanya derang, siapa yang lagi garang, mommy ke daddy, qisya dengan bobot akan cakap daddy yang garang. Hasben kite jarang marah anak2 dia. Tapi kalau sekali marah, menitis air mata masing2 itu adalah pasti. 😅.
Skang nie kite tengah cuba untuk tahan dari marah anak2 kite. Hasben kite kadang ada jugak tegur. “U nie garang sangat dengan anak2. Kesian anak2 i”. Pastu kite salahkan dia balik. “Sebab u la i garang dengan anak2. I xsuke u marah anak2 i. So before u marah derang, baik i marah derang dulu. I marah anak2 xpe, tapi bila u marah anak2, i pulak rasa nak marah u. Rasa sakit hati sangat”. Gais, perempuan kan, pernah ke perempuan salah. 💅🏻😏. Kite kan cukup la annoying dengan ayat tuh. Even though sometimes ada jugak betulnya (hahahaha) tapi xsemua bende perempuan yang betul.
Tapi dalam hal “baik i marah anak2 dulu before u marah anak2”, rasanya majority mak2 akan cenggituh. Hasben kite kalau marah anak2 kite, dengan kite2 sekali muncung sambil bawak lari anak2 naik atas. Xpuas hati betul. I yang kandung derang 9bulan 10 hari (walaupun mungkin kadang xsampai. Ngee), sakit sebelum dengan selepas keluarkan derang pun i yang tanggung, selamba je u nak marah anak2 i. Sentap hati keibuan i tahuk!. Tapi tuh cakap dalam hati je la. Hahaha. Nak cakap time2 jugak, mau dengan kite2 kene marah nanti. 😝. Kalau gatal mulut nak cakap jugak, masa kite berdua dengan hasben kite je. “Ooo u marah derang boleh, i marah xboleh”. Jawapan kite simple je, “xboleh. I sentap”. Short and sweet kan. Bengang je hasben kite. Kihkihkih.
Punca terkeluar dialog macam kat tajuk tuh, sebab si ifan main bedak. Habis satu bilik. Kakak dengan abang dah cuak. Sebab tau confirm mommy akan marah. “Mommy, i’m sure that u will be really mad when u see the room. Ifan is playing with bedak and he make a really really big mess”. Time tuh kite tengah bizi mengemas dapur. Baru lepas masak. What??. Falsya???. Masak??. Rare nie. 😂. Kite dah lama gilersss xmasak. Lama as in sangat lama. Sebab ifan masih lagi akan mengamuk bila kite lama2 dekat dapur. Clingy much!. Daddy hilang xpe, mommy kalau hilang dari pandangan sekejapan, satu rumah mencarik sambil jerit, “mommy mommy”. Pastu bila xjumpa, nangis. Bila dah jumpa, dia merajuk. Dah la bila merajuk tuh susah nak pujuk.
Eeeiii sabau je ler.
Tengok la muka dengan baju yang berbedak tuh. Hurmmm.
Bila dah settled mengemas dapur, it’s time for sleep gais!. On the way nak naik tangga, bobot dengan qisya, “owh no. Mommy is coming and she’s gonna see the room. Habis la kite. She will get mad”. Bila kite tengok je bilik yang habis covered with bedak, kite pejam mata, tarik nafas, pegi kat bilik tuh, switch-ed off lampu dengan kipas pastu keluar bilik. “Mommy xmarah?. Are you gonna be mad at us mommy?”. Hurmmmm. “Nope. Dah jadi dah pun kan. If i get mad also nothing will change. Mommy scold ifan pun bukannya ifan tau. Bilik pun settle covered dengan bedak”. Kemahen lega kakak dengan abang, “yeayyy. Mommy xmarah. Thanks mommy. U are the best mom ever!”. 😩😳. “Dah, let’s go sleep. Kalau x sleep, haaaa, itu yang akan buat mommy marah”. Mencicit2 3 beradik lari masuk bilik bila kite cakap gitu.
Ifan nie hurmmmm, bagi kite cerdik la. Akal dia memang berjalan je nak mencarik apa bende nak buat. Few days back, dia conteng cleopatra sofa kite dengan permenant marker pen. Kaler merah gais. 😭. Sabar lagi. Xpe la, memang kiteorang tunggu bila anak2 dah besar sikit. Sebenarnya ada plan nak tukar cover cleopatra sofa nie dengan leather *ayat pujuk sendiri hati yang terluka*. Esoknya pulak, kite baru keluar bilik air, tengok2 dia dah terlelap atas katil. Halah comelnya ipannn. Tapi kenapa cadar ada color pink.
Ifannnnnnnnn!!. Apa dah jadi!!. 😭. Hasben kite kata dia main water color kakak. Sebelum kite keluar toilet, tiles penuh dengan color pink, color kuning. Hasben kite dah bersihkan. “Bukti ada kat dalam tong sampah tepi toilet”, kata hasben kite. Ermmmmmmmmm.
Eeeiiii, budak rambut kinting lesung pipit nan sebelah nie. Habis muka, tangan kaki, baju, seluar kotor dengan color2. Nasib baik la tengah tido. Muka sesuci lebaran dan comel je. Hilang rasa nak marah. Hahahaha.
Bila dah bangun tido. Happy lain machiam si ifan.Herlok betul mood dia lepas bangun tido. Ke sebab tau sebelum tido dah buat salah.