Monday, December 12, 2022

:: 21KM Finisher - Penang Bridge International Marathon 2022 ::

Semalam hari ahad pagi, bermulalah pecahan my personal record as 21km Finisher. My very 1st HM. Nightmare betul di saat2 2km terakhir. 😭.  πŸŽΆBerdegup jantungku, bila ku tidak melihatmu (finishing line), aaarghh arghhh🎢. Suka hati je tukar lirik lagu kak long amelina. πŸ˜‚ 

Kite gerak dari rumah ke penang lambat jugak la. Keluar rumah pukul 11pagi. Time tuh la nak makan, time tuh la nak isi minyak, ehh, macam2 bende la tetibe nak beli and buat time tuh. Sudahnya pukul 2petang baru keluar dari gombak. Dengan otw ke penang jalan jammed. Sampai dah malam around 8ish. Sampai2 nak tapau lagi dinner. Hasben kite nak makan nasi kandaq kg melayu. Sudahnya sampai hotel pukul 9lebih. Nak makan lagi, nak ready-kan barang2 untuk berlarinya lagi, nak mandi lagi.

Dapat gift 2 face towel masa check-in. Sebab hotel kite stayed tuh salah satu partner untuk event PBIM. So harga bilik pun dapat murah dari harga asal. 

Dah ready. 

 Pukul 11lebih malam baru settled semua. Itu mujurlah xbawak anak2. Kalau bawak anak2, nak settle kan hal derang lagi. Xtau la bila boleh tido. Flag off pukul 3pagi pulak tuh. 😰

Sebelum hari kejadian, kite plan nak tido pukul 8malam latest pukul 9 la. Sudahnya lari segala2 plan. Sigh.

Pukul 11lebih kite try tido. Tapi xboleh langsung nak lelap. Paksa jugak tido tapi xboleh. Nervous lain macam betul. Nervous la. Dengan kite xde training, xde berlari dekat sebulan lebih. Alih2 nak lari 21km. Bila tengok jam dah pukul 1lebih. Ermmm, memang xtido la cite dia. Bila xboleh tido kite jadi macam panic. Sebab kite tau kalau x tido, confirm masa berlari kite akan mengantuk. Sudahnya kite buat kopi. Dengan harapan minum kopi xngantuk. Lepas minum kopi, terus kite siap2 tukar baju ape semua. Mintak tolong hasben kite tampalkan kinesiology muscle tape kat tempat2 yang nak dilekat. Lumur muscle cream kat satu kaki dengan tapak2 kaki pun kite lumur. Settled je dengan tampalan, dengan lumur cream, dah pukul 2.15pagi. Terus kite turun bawah bergerak ke starting point. Kite memang purposely checked in dekat Eastin Hotel sebab dekat je dengan starting point. Boleh jalan kaki. 

Alhamdulillah kite berlari dalam keadaan yang sangat baik sepanjang 21km. Syukur Allah permudahkan. Terima kasih ya Allah. 😭. Cuma ibu jari kaki je la yang cramp. Sepanjang kite berlari sebelum2 nie, bukan takat ibu jari kaki je cramp, betis cramp, pinggang sakit, mengantuk sambil berlari, xde energy. Tapi bila berlari masa HM nie, cuma ibu jari kaki je yang cramp. Energy x drained during running. Pelik betul. Ikutkan 21km nie la yang akan buat kite bonk teruk, tapi tidak sangat sebenarnya. Bonk la jugak lepas tuh tapi during running tuh smooth je la. Agaknya sebab kite minum kopi sebelum marathon, tampal kinesiology muscle tape, pakai compression socks, makan pisang 2-3 sebelum berlari. consume energy gel every 40minutes sepanjang berlari, minum air cukup, semuanya berkerjasama dengan baik. Mungkin cuaca pun main peranan. So lepas nie kite dah tau dah nak buat apa kalau kite berlari. 

Sampai je last 4km, masing2 dah tengok jam dah. Masuk je last 2km, dah cuak masing2. Omaigad, dah nak sampai COT. Time tuh tengok la masing2 duk push untuk pecut. Termasuklah kite. Dalam x larat tuh pecut jugak sebab sayang kut. Memang down rasanya kalau sampai FL just a few minutes after COT habis. Lain la kalau COT habis masa kite dekat kilometer ke 15 ke, ke16 ke. Xde la terasa sangat, xde la down. Time tuh pasrah dan redha je la bila kene “sapu” dengan sweeper. Tabah je lah bila bib kene potong (potong bib kire disqualified). Ini lagi 1-2km nak sampai. Xker rugi. Tapi alhamdulillah sempat sampai sebelum emcee buat announcement yang larian HM ditutup. Lepas kite sampai finishing line, dalam 15 ke 20 minit gitu, emcee annouced penamatan untuk HM. 

Lepas amek medal dengan finisher tee, kite xsinggah mana2 booth pun. Nampak booth air Milo pun kite langsung xde nafsu nak stop. Yang kite tau, nak carik tempat untuk kite duduk. Xrasa kaki dah masa tuh. Duduk atas pasir pun kite xheran dah. Janji dapat duduk. Bila dah bertenang, baru kite berjalan balik hotel. Ikutkan perjalanan nak ke hotel dalam 5-10minit je. Tapi kite amek masa setengah jam nak sampai. πŸ˜‚. Kalau boleh nakk grab, kite dah naik dah. Tapi mau kene sumpah seranah dengan grab driver. Menyusahkan aku je kata derang. Xbalik modal minyak kete. 😝. 

My very 1st 21km finisher T. Alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusan kite hari tuh. 🀲🏻πŸ₯Ή

Dekat jam 3jam41minit. Tapi sebenarnya 3jam30minit. Bila dah sampai finishing line kite x teringat nak stopkan timing. Otak x function. Yang otak kite tau, nak duduk je. Hahahaha.

Thank you hasben i sebab sangat supportive. Sanggup teman i sampai ke penang semata untuk berlari. Thank you jugak coz belanja stayed another 1 night dekat hotel lain. Anniversary treat katanya. Auwwwww. Love you domok. 😘😍πŸ₯°❤️

Apa?. Lepas nie serik dah nak masuk HM?. Owh tidak sama sekali. Sebab kite dah selamat registered HM bulan 9 tahun depan. Kihkihkih. Ye tau ada yang masuk HM dah banyak kali dah. Kasik chance la kite nak bangga dengan pencapaian HM kite yang pertama. 21km kut. 1st time lari 21km. Sebelum nie paling jauh 16km je. 😬

Kayh la korang. Nak relax2 jap sebelum check-out. Ye, kite masih lagi dekat penang skang nie. Baru je lepas breakfast. Nak berjalan2 amek angin pantai lepas breakfast xboleh sebab hasben kite ada kerja. Urgent katanya. Boss dah mencarik. πŸ˜…

Wednesday, December 7, 2022

:: 1st Time Makan Miang Pla ::

Siapa miang siapa miang?. Pla ke yang miang??. Hahaha. Ahhh sudah2 la sya. Jangan nak mengarut. 

Malam semalam lepas hantar qisya pegi kelas sparing, sementara nak menunggu tuh, kiteorang pegi makan. Saje try makan kat Serasa Garden (kopitiamxikanbakar). Bertempat di Melawati. Kalau nak pegi, masuk simpang yang sama nak pegi ke Melawati Mall. But instead of straight ke Melawati Mall, u’olls kene belok kiri. Drive sampai ke hujung jalan, hah korang akan nampak dah Serasa Garden. Sebelum Serasa Garden, nama restaurant tuh Sakura Kristal. Sakura Kristal dah tutup, Serasa Garden pulak bukak kat situ. Rasanya Sakura Kristal tutup masa dalam tempoh PKP kut. 

Bila nak order, ternampak miang pla nie. Ishhh macam sedap je. Dah lama nak try tapi xde pulak terjumpa kat mana2. Sekali kat situ ada la pulak. Hasben kite suruh order lepas kite bagitau yang kite dah lama nak rasa miang pla. Boleh kalau nak order, tapi kene tau jugak hasben kite nak join makan ke tidak. Mana maunya kite habiskan sensorang. Bila hasben kite kata dia join, kite pun order la miang pla.

Nampak x kemahen meriah lagi. Xmungkin la kite sorang je boleh habiskan. Dalam platter tuh ada udang, sotong bakar, kerang, kupang dengan ikan siakap. Pastu ada mihun, salad, timun pastu 2 jenis sos. Sos yang hijau tuh sedap. Memang kene la bila makan dengan semua yang ada dalam platter tuh. 

Sedap jugak nyeah miang pla nie. 1st time cuba. Sedappppppp. Kire kalau nak diet boleh la makan miang pla nie. Tapi tuh la apa yang dietnya kalau ada mihun kat situ. Hahahahaha. Ehh xpe kut sebab mihun dia sikit je. Xbanyak. Hiks. Udang pulak besau2 gemok2 macam hasben kite. Ampunkan isterimu wahai suamiku. Hahahhaa.Siakap pulak besar and rangup.  Harga untuk miang pla nie RM69.00 kalau xsilap kite. 

Pastu hasben kite order,
Nie ha. Cantonese noodle kut. Ini kejadian selepas hasben kite dah gaul. Ini pun sedap. 

Sotong goreng tepung. Bobot yang request-ed. Sudahnya dia makan sikit je. Dalam 4-5 gitu je. Pun sedap jugak, crunchy2 je bila makan. Tengok rupa pun dah tau kan crunchy.

Bobot dengan ifan kite orderkan kids meal. Nasi goreng cina, pastu roasted chicken sikit, fries and air kotak coklat dutch lady. Gambar xde sebab henfon kite ada dekat ifan. Nak mintak memang xdpt la. Asyik “no, mine” je yang dia cakap.

Apa yang kiteorang order untuk malam tuh sedap la semuanya. Makanan yang lain xsure la cemana rasa sebab xorder. Bil pulak hasben kite kate nak dekat RM200 hengget. Dalam RM170 lebih gitu kut. Ye la miang pla tuh je dah RM69.00. Campur yang lain2 lagi. Mau x bil-nya sampai gitu harga dia.

Dalam restaurant Serasa Garden nie luas and selesa la. Siapa yang pernah makan dekat Sakura Kristal dulu2, tau la cemana tempatnya. Besar dan luas. Xsempat nak amek gambar depan restaurant ke, menu ke, keadaan sekeliling ke, sebab henfon kat ifan. Time balik nak amek gambar pun xboleh jugak sebab bobot pulak yang pegang. Plus time sampai and nak balik tuh hujan. Xde terpikir sangat nak amek gambar. Pikir nak cepat2 masuk kete je.

Tuesday, December 6, 2022

:: Rambut Sokmo Masuk Hidung ::

 Rasanya ramai yang sedia maklum yang antara anak2 kite yang 3 orang tuh, anak bongsu kite punya rambut lain dari kakak dengan abang dia. Rambut dia je yang curly.

Ikutkan rambut dia panjang tau. Tapi sebab curly bergulung2, xnampak kepanjangan rambut ifan. Kalau mandi, rambut depan dah sampai hidung dah. 

Tengok la tuh. Apa yang abang pegang, itu yang dia nak. Sebab tuh la kat tangan dia ada jam sampai 2. Dengki betul lahai dengan abang. Pastu, “mommy, mek ambar baby (amek gambar)”. Eiii geram la. Dengan gigi taring dia tuh.

Eeeiii getisnya muka tuh. Rambut ifan xnampak panjang sebab rambut dia sejenis rambut yang bergulung2. 

Bila ajak gunting rambut, dia xnak. “No no, no cut hair. Baby no cut hair”. Susahnya lahai nak pujuk dia gunting rambut. Pastu dia pulak suruh kite yang gunting rambut. “Mommy ting ambut (gunting rambut)”. Ishhh ifan ifan. Rambut mommy dah pendek macam jantan dah ifan. Dah xboleh nak gunting lagi dah. Kalau  gunting jugak xtau la cemana rupa dah. Jadi skinhead kut. Hahahaha. 

Dah la suka mengendeng dekat kite. Rambut dia sampai masuk dalam hidung, kene dekat muka. Gatal nak oiii. Bila betulkan rambut dia, dia marah. Ifan nie memang pantang betul kalau orang usik rambut dia. 
Ini makngah punya kerja. Ikat rambut dia. Lain nau muka ifan bila ikat rambut. 
Tapi sekejap je tahannya. Lepas tuh merengek suruh bukak. 
Tengok la rambut dia tuh. Bad hair day ke ifan. Serabut bethol rambut tuh. Tapi nampak hensem la pulak. Hahaha.

Bila tengok gambar dia kat atas tuh, tetibe macam nampak muka ifan macam ala2 iras sorang pelakon lelaki tuh. Hun Haqeem. Alaaa si jekfer tuh. Berlakon dalam cite kampung people.
Gigih mak kau collage kan gambar sebelah2. Hahahaha. Kalau x sama tuh mungkin mata kite je la kut. Hun haqeem version budak and version mata besar. πŸ˜‚

Ifan nie kalau ikutkan manja dengan kite. Tapi kalau dekat luar, kat depan orang, dia tunjuk yang kononnya dia nie anak daddy bukannya anak mommy. Nyampah!. Kat rumah, baru anak mommy. Xboleh la kite nie hilang sekejap dari pandangan mata dia. Mulalah mencarik2, memanggil2. Bila dah jumpa, merajuk. Dah la sejenis susah nak pujuk. Kalau kite kat dapur nak masak, start dah dia buat hal. Mengamuk2 suruh kite keluar. Sebab tuh la kite dah lama xmasak. Sebab nanti kite stress yang amat stress. Mana nak masak, mana nak melayan ifan mengamuk xhenti2, duk tarik baju seluar bagai. Belum lagi dia campak segala2 bende yang ada kat dapur bila kite xlayan and buat xtau je dengan dia. 

Pastu ifan nie kuat jealous. Dia xboleh kalau tetibe kakak ke abang ke duk mengendeng bermanja dekat kite. Dia akan datang pastu halau sesiapa yang ada dekat kite masa tuh. “Go go. Goooo. No, baby turn”. Hahahaha. Lepas kakak dengan abang dah dihalaunya, dia la pulak duk peluk kite, cium2 kite. 

Bukan takat kakak dengan abang je, dengan hasben kite pun sama dihalaunya. Jealous jugakkk. Hahahaha. Hasben kite dah tau anak jealous, lagi disakatnya anak. Kalau nak tidokan ifan, selalu kite akan baring tengah2. Kadang ifan tengah2. Ikut mana dan la. Lepas ifan tido baru kite pegi tido dekat sofa bed kat hall luar bilik. Katil walaupun cantum 2, tetap kite akan tido hujung2 katil gais. Sakit badan bila bangun. Itu yang kite tido kat sofa bed. Tenang pun ye jugak sebab dapat kongker sofa bed tuh sensorang. Tapi tuh la, kan kite ada mentioned yang kite nie xboleh hilang dari pandangan ifan. Walaupun dia tengah tido, kalau terjaga kite xde, mulalah mencarik. Tau2 je asal xleh bergerak nie. Rupanya dia tido kat sebelah dah. Kadang tuh, sedar2, tiga2 anak kite duk berhimpit dengan kite kat sofa bed. Mujur la sofa bed ala2 queen size. Kalau kecik xtau la cemana nak tampung kiteorang 4 beranak. Kihkihkih. 
 
Hasben kite dah tau anak dia kuat jealous, saje je dia duk peluk2 kite, tangan letak atas kite, pastu duk tolak2 ifan ke tepi. Ifan balas dengan tolak2 tangan daddy dia. Bila agak2 macam daddy xreti bahasa, ifan akan bangun tido kat tengah2. Xjalan jugak, last resort dia akan menangis. Apa lagi, mengamuk la ifan lepas tuh. Menangis xsudah. Baru la daddy bergerak. Hahaha.

Kadang kite pun sama menyakat si ifan. Bila hasben kite tengah baring, kite saje menyelinap sebelah hasben kite. Bila dia nampak tuh terus berubah muka. Pastu pegi menyorok kat mana2 sudut, menangis. Sampai la kite pegi amek dia. Comel. Masalahnya, bukan takat baring je, duduk rapat sebelah hasben kite pun dia xbagi. Ifan akan datang kat kite, tarik tangan, pastu bawak kite kat kerusi lain, suruh kite duduk. “Mommy seat. Baby seat mommy”. Yang xtahan siap jeling hasben kite, “daddy, no”. Hahahaha. Hailah ifan ifan. 

Lain dari yang lain ifan nie. Kadang hilang sabar dengan dia. Pastu bila orang marah, dia siap boleh cakap, “nak arah pi ne shabar (nak marah tapi kene sabar)”. Pandai nyeahhh. 
 

Monday, December 5, 2022

:: Irfan’s Year End Concert, Bobot’s Graduation ::

Semalam konsert year end irfan and bobot, and bobot punya graduation sekali. Selama nie dapat morning session tapi tahun nie dapat evening session. Sampai brainy bunch hq kat cyberjaya dalam pukul 12pm. Start event pukul 2pm. Ya Allah lamanya nak menunggu. By right concert and graduation campus bobot masa bulan 11. Tapi terpaksa postponed sebab time tuh hari mengundi. Eh jap, baru hari nie kite teringat banyak rupanya mangkuk2 dalam kabinet rumah kite yang nak xpakai and xguna. Tiberh!

Masa sampai tuh and dah dapat masuk hall, terus hantar anak2 kite dekat dalam bilik persalinan derang. Kite bawak ifan dengan bobot and aunty pulak ada 2-3 kids dengan dia. So apa salahnya kalau kite ikut aunty sampai ke dalam. Menyenangkan urusan orang kan lebih baik. Bila nak tinggalkan ifan, dia boleh meraung pulak. Mujur ada aunty class ifan, aunty hayat. Elok je bagi kat aunty hayat, kite cabut lari terus. Takut lagi lama lagi berdrama si ifan. 

Punyalah lama menunggu sampai ifan sempat lagi tido. Aunty hayat whatsapp kite personally bagi gambar ifan dengan video dia. Hahahaha. Tanya jugak aunty hayat lama ke ifan menangis. Kejap je katanya. Nasib baik abang ada dekat2 situ je. Dapat duduk dengan abang sekejap terus senyap and ok dah lepas tuh. Fuuhh lega hati mommy. Mau xlega. Kite risau je takut nanti mood dia membawak sampai ke atas stage.

Hahahaha. Pikir apa tuh ipan. Hahaha.


Tergelak2 kite tengok video2 yang aunty hayat bagi. Mengantuk sangat nampak gayanya. Sambil duduk pun boleh tido. πŸ˜‚πŸ˜‚. 

Bila konsert dah start, lega sungguh lahai. Ponek koi nunggu sampai lolok2 la hasben kite dibuatnya. Campus bobot yang buat opening konsert. Excited gila kite bila nampak bobot berdiri berdepan dengan microfon. Eeiii dah nampak besar sangat dah dia masa tuh. 

Time nie tengah recite surah Al-Fatihah

Yang nie kite xingat surah apa.

Lepas bobot, turn ifan pulak. Playhouse campus ifan campur dengan campus lain. 


Apa blur sangat muka tuh ifannnnn. Dengan kopiah besar sampai ke kening. Hahahaha. Aunty hayat kata masa nie dia baru bangun dari tido so masih mamai. πŸ˜‚. Xpe la ifan. Mamai pun mamai la janji x menangis atas stage. Legaaaaaaa hati mommy. Phewwww.

Ini pulak masa konsert bobot. Group bobot nyanyi lagu Mockingbird by Eminem u’olls. Video ada tapi panjang sangat xboleh nak upload.

Video konsert ifan je yang lepas nak upload.


Halahhhhh. Comelnya ifan. Kemahen lagi nyeah berdansa. Enjoy sungguh ifan menari. Good job sayang mommy!. Aunty hayat pun lega sebab students from playhouse xde yang cranky and semua menari masa konsert. Katanya masa praktis, ada yang xnak menari, ada yang diam je. But on actual day, semua menari and semua bagi kerjasama. Aunty pun comel je menari kat depan stage sekali dengan student playhouse. Their hard work paid off. Congratulations auntiessss. Hahaha.


Ini masa derang release-d kan students from playhouse. Alhamdulillah masa nak amek ifan dia xnangis. Happy sungguh dia. 
Mommy so proud of u. Good job sayang mommy. U did well. πŸ’ͺ🏻

Selepas segala konsert dari semua campus dah settled, yang mana xde anak nak graduate, dah start beransur. Tinggallah parents2 yang menunggu anak2 nak convo. 
Halah bobotttt.
Alhamdulillah dah selamat graduate dari Brainy Bunch Prima Sri Gombak.
Congratulations bobot!
One with nenek. 
 
Sebelum convo asyik duk tanya nenek datang ke tidak graduation dia. Macam2 la ayat dia keluarkan nak pujuk nenek supaya datang jugak convo dia. Last2 nenek mengalah. Nenek kan, cucu dah keluar ayat killer, terus cair. Hahahaha.
Of course la gambar dengan mommy pun kene ada. Hahahaha.
Gambar satu family lagi la kene ada. Kihkihkih.

Antara "supporters" yang hadir. Hahahaha.

Habis bobot ajak semua orang. Pagi2 dah call mama (kaklong). Tanya kenapa mama dengan ayah xnak pegi convo dia la, ini last convo bobot la. Kite pun xtau la dia cakap apa lepas tuh sebab kite tengah bersiap masa. Last2 muncul jugak semua. Ikutkan abang ipar kite xnak datang sebab dia nak ada kerja urgent. Kene siapkan paper ke slide show untuk dia punya conference. Alih2 bila dah dengar suara bobot, ayat2 bobot, terus hati x tenteram. Itu yang datang jugak. Siap bawak laptop buat kerja kat situ. Aduhaiiii. Penangan bobot.
Antara "supporters" bobot sampai mati.
Ifan tuh laaaaa. Ada je gelagat dia tau. Dah la pakai baju rambu ramba. Nak pakaikan dia baju rambu ramba tuh pun jadik hal tau. Dekat rumah kemain bergaduh nak pakaikan dia baju konsert. Mengamuk2 xnak pakai. Bila kite duk sebut, "aunty hayat, tengok ipan nie. Dia xnak pakai baju konsert". Terus pasrah je lepas tuh. Haaaaaaa tau pun.

Lagi 3 tahun ifan pulak yang pakai. Sabar nyeah.

One with ayah.

Again, congratulations bobot. And of course la kene congratulate semua aunties dekat school bobot atas segala effort, all their harwork, their patience towards the students dalam menjayakan konsert yang sangat success. Kudos to them!. Bukan senang tau nak ajar students memorize surah and penterjemahan dalam english. Panjang2 pulak tuh. Salute betul kite dekat semua aunties. Dengan students from playhouse x cranky atas stage, semua enjoy the show. In a way, kite bersyukur sangat aunties dekat campus bobot dengan ifan semua baik2. Semua jenis yang ikhlas dalam apa yang derang buat. Alhamdulillah kite xpernah ada masalah dengan semua aunties. Dari start hantar qisya masa qisya umur 5 tahun, bobot umur 3 tahun (ehh ke 4 tahun), ifan 2 tahun. Syukur sangat anak2 kite dijaga dengan baik dan dikelilingi oleh aunty2 yang baik2 belaka.

Friday, December 2, 2022

:: Red Belt 2 - Taekwondo ::

Anak dara kite skang nie dah sampai level red belt 2 untuk taekwondo. Kite memang purposely masukkan qisya taekwondo masa dia kecik lagi. Qisya join taekwondo masa umur dia 5 ke 6 tahun tah. Xingat la. Saje masukkan sebab nak bagi keras sikit. And yang paling penting boleh belajar seni mempertahankan diri. Kebetulan pulak kawan ofis hasben kite coach taekwondo. Haaaa, just nice la. Itu yang terus register-ed qisya tuh. Anak perempuan kan. Basic kene ada. Biar x dibuli orang. Tapi jangan sampai dia yang membuli. Kite kalau tau, dari xde apa2 color belt dalam taekwondo, tetibe je kite akan terus ada black belt. Haaaa kau, black belt terus. Hahahaha. Memang itu jam kite ajak qisya sparing. Jangan main2 dengan mommy. Harap2 tidak gitu la ye qisya. Amin3.

Qisya nie seorang yang sangat lembut perwatakan dia. Masih lagi manja. Masih lagi nak dibelai, dicium, dipeluk. Sebab perwatakan dia yang macam tuh la kite masukkan dia kelas taekwondo. Xde la kata skang nie qisya terus kental hati dia and terror benau nak sparing. Tapi kite percaya kalau dia teruskan kelas taekwondo sampai besar, insyaAllah dia boleh. 

Every time hasben kite bagitau yang qisya nak grading kan, kite nervous. Boleh ke?. Dah ready ke qisya nak grading?. Bukan nak underestimate anak sendiri. Bukan2. Qisya kadang dah la banyak skip class. Risau dia x catch up steps. Banyak steps pulak tuh nak kene ingat. Kick, punch. Belum lagi cite taegeuk punye steps. Taegeuk tuh dah la ada banyak steps. Pastu hasben kite cakap, "Sir kata dia confident qisya boleh buat". Okayh la bila Sir dah cakap cenggitu, carry on je la. Haahahaha. 

Owh lupa. Setiap kali nak grading, akan ada grading fees.

 

Bila Qisya balik dia tunjuk board nie. "mommy, are you proud of me?". Heyyyy, of course i'm proud of you. Sobs.

Gambar nie masa qisya baru lepas grading untuk naik red belt 2. Red belt ada 2 level. Red belt 1 dengan red belt 2. Untuk naik red belt 2 kene patahkan board tuh. Alhamdulillah qisya boleh buat and dah passed the grading. So now qisya dah officially naik red belt 2. Alhamdulillah. Lepas nie naik black belt pulak. Tapi Sir kata tunggu tahun depan. Sebab nak naik black belt kene patahkan 3 board (ehh yeke?. Xingat dah kite. Itu hari ada hasben kite bagitau). Pastu lagi la banyak steps yang nak kene hafal. Sparing kite xsure sekali ke tidak.

Hasben kite cite la. Ada satu hari tuh dia terserempak dengan Sir kat ofis. Dah tuh rakan seofis kan. Hahahahaa. Duk bercerita la pasal taekwondo. Sir sedih and sedikit emotional bila cerita pasal qisya. Sir bahasakan qisya baby girl. Tapi dia hanya biasakan baby girl tuh belakang2 qisya la. Xpanggil depan2. Ye la dari umur 5-6 tahun sampai la qisya skang nie dah 9 tahun nak masuk 10 tahun next year. Consider qisya membesar depan mata dia. Terkenang masa qisya memula masuk dulu. Itu yang Sir emotional sikit. Ngeeeee. Hasben kite cakap, qisya kemain manja dengan Sir. Sampai berpaut2 la kat kaki Sir dalam kelas. Hahahahaha. Adeh, qisya qisya.

Kite xtau and xnampak sebab dah lama xpegi hantar qisya kelas taekwondo. Since kite pregnant ke ifan, sampai la skang nie. Kene pulak skang nie parents xboleh tunggu kat dalam kelas. Kene hantar and jemput kat bawah je. Lagi la jarang kite ikut. 2jam nak kene tunggu weh. Dengan kang dibuatnya ifan terberak ke, nak tido ke, mengamuk ke, nak susu ke. Susah. So better hasben kite je hantar. Tunggu ifan dah besar sikit boleh la.

Qisya xpernah la dia praktik kan apa yang dia belajar kat kelas taekwondo dekat adik2 dia. Walaupun adik2 dia buli dia. Paling kuat pun dia jerit je. Hahahaha. Pastu yang si ipan nie boleh tahan jugak. Kakak marah dia, dia melawan kakak balik. "Kakak nie. Amboi kakak nie. Nak tan (rotan). Mommy, tan (rotan) akak nie". Eiiii geramnyaaaaa. Tapi kalau bobot yang melawan balik kakak dia, memang kite akan tegur bobot. "Jangan melawan kakak. That's your sister. Your older sister. Bobot kene respect kakak and jangan melawan kakak, tengking2, marah2 kakak. It's not good".Dengan ifan je xleh nak cakap cenggitu lagi. Bukannya dia paham pun. Cakap la berjela2 sampai habis quota bercakap sehari pun. Tidak dia pahamnya. Kihkihkih.

Bukan apa, bagi kite kene tegur. Dari awal la kene tegur. Biar ada rasa hormat tuh, biar ada perbezaan antara sulung dengan no 2. Tapi kalau kakak duk beria tunjuk power sulung dia kat adik2 dia, pun kite tegur jugak. Hahahaha. Tapi kite xtegur depan adik2 dia la. Kite tegur bila berdua je dengan qisya. Sebab xnak maruah dia as kakak sulung tercalar. Cewah.
 Halah3.

Tapi alhamdulillah la. Walaupun duk bergaduh2, bersepak terajang masing2, qisya dengan bobot rapat. Kadang bobot duk peluk kakak dia, duk mengendeng dekat kakak dia, baring dekat kakak dia and vice-versa jugak la dengan kakak. Ifan pulak kalau dengan abang asyik nak ajak bergaduh je. Ifan yang selalu start buat abang dia. Abang pulak melawan balik. Wah, xnak kalah lagi si ifan walaupun dah kene debik dengan abang. Yang kelakarnya, dia duk menganjing abang dia. "Come on, come on". Sambil buat gaya penumbuk tangan nak ajak bergaduh. Alah gaya macam orang nak bersilat tuh, "haaa masuk, masuk". Tergelak2 kite tengok ifan. Kite duk perhati je perangai sorang2. Kadang kite biarkan je. And kadang bila ifan duk debik abang dia, and abang dia balas balik, kite buat xnampak je. 

Bila ifan menangis, itu maknanya memang sakit la kene pukul dengan abang. Sebab ifan nie, kalau dia boleh tahan, dia xnangis. Abang pulak pukul bukannya pelan2, ketepek bunyik kuat gila. Kite pulak yang jegil mata dekat bobot. Yang ifan muka relax je. Siap sambung nak bergumpal lagi. Haish. Dengan kakak pulak, ifan lebih kepada mengadu bermanja. Jarang la ifan buat kakak dia. Ada tuh ada tapi bukan selalu.

Sampaikan bobot ada cakap dengan kite. "Mommy, can you give me baby sister. i don't want baby brother anymore". Adehhhh, terkedu mommy xtau nak cakap macam mana. Sampai tahap bobot suruh kite jual si ifan. "Mommy, jual la ifan nie. Bobot xnak sayang ifan. Jual je la ifan". Kite tanya la berapa ringgit bobot nak mommy jual ifan. Dia jawab, "Jual ifan 2 ringgit". Wakakakkkakka.

2ringgit je ke bobot?. Xbalik modal daddy keluarkan duit bayar bil hospital masa mommy bersalinkan ifan. Ada lagi balance berbelas ribu lagi bobot oiii. Hahahaha. Masalahnya usahkan xbalik modal bil hospital, dengan 2ringgit tuh duit parking pun xbalik modal. Siap xcukup lagi. Sebab nak parking kat hospital kene bayar 5ringgit per-entry. 2ringgit jeeeeee bobot. Seriously?. You gotta be kidding bruh!. Hahahahaha.

:: Espira Kinrara Resort ::

Aduh kemahen lama entry nie nak di-publish. Taipnye dah lama tapi jenis stop sambung stop sambung. 

Sebelum nie kan kite ada up entry cite pasal 3 birthday untuk bulan november. Kan kat dalam entry tuh ada mentioned kite dengan anak2 pegi kat hasben kite yang tengah ada workshop dekat puchong. Xtau la nak kata puchong ke bandar kinrara. Hasben kite kata puchong. Tapi macam kat bandar kinrara. Hahaha. Tah la nanti korang google la nyeah.

Kiteorang stayed 1 malam dekat Espira Kinrara Resort. 

Saje la nak share kut2 boleh bagi idea untuk korang staycation kan. Ikutkan espira kinrara nie xde apa2 pun keliling untuk korang yang adults nie boleh buat apa2 aktiviti. Ehh jap jap. Ada la. Golf course ada la kat sebelah Espira resort. Kihkihkih. Kite tanya la hasben kite ok ke golf course kat sebelah tuh. Hasben kite cakap padang 4ting kat rumah kite lagi cantik. Padang 4ting tuh sebenarnya nama glamer untuk padang 4 tingkat. Dak2 sri gombak panggil padang 4ting dari dulu. Hihihih. Nothing much pun untuk adults boleh buat. Cuma kalau yang ada anak2 kecik tuh memang ok sangat la kalau nak stay sini. Sebab kite rasa tarikan yang ada kat espira kinrara nie adalah untuk budak2.

Dah kalau untuk budak2 kan, mesti la sebab pool. Kat tengah2 pool budak2 ada mini playground. 


Budak2 happy la. Yang parents kene bersidai kat tepi sementara nak menunggu anak2. 
Pagi2 lepas breakfast dah start berkubang dah masing2. 

Bilik pulak okayh la. Hasben kite kata kalau nak upgrade bilik yang balkoni betul2 mengadap pool budak2 kene tambah berapa puluh ringgit tah. Then kite cakap la kenapa xupgrade. Hasben kite kata bilik kat situ banyak problem. Macam2 masalah bilik katanya. Kang upgrade2, bilik problem buat apa. Cleanliness bagi kite so so. Why so so?. Bedsheet dia kotor. Macam xbertukar dari orang yang checked in sebelum kami. Mini fridge pun kotor. Nak letak makanan kat dalam tuh pun rasa macam geli.


Comel je tv dia. Tv kecik kite xkisah lagi. Tapi tv dia ada garisan garisan khatulistiwa tuh yang buat sakit mata tengok. Hahaha. Channel biasa2 je.

Ada 1 katil queen (ehh ke king nyeah. Lupa dah) size dengan 1 katil single.

Toilet

Shower. 

Pintu toilet dengan shower kat bilik nie xboleh tutup rapat. Sebab pintu dia kayu. Kayu kalau dah kene air kan jadik kembang. Tuh yang x boleh tutup rapat tuh. 

Balkoni nie mengadap tnb punye apa tah nama dia. Balkoni bagi kite xde masalah pun sebab bukannya kite duk melepak kat situ.

Biasalah resort lama kan. Tapi bagi kite sayang la kalau x maintain. Resort dia cantik. Luaran memang cantik. Cozy je.  Jalan dari lobi nak ke bilik cantik sangat especially bila malam. Macam ala2 resort2 kat pulau2. Hehe. Kalau management hotel jaga elok espira resort nie, kite rasa ramai je yang akan menginap kat situ. 

What do you expect sya ooiii. Kata pun penginapan ikut suami kerja. So terima je la seadanya. Kannssss.

Gambar last sebelum balik. 

Hasben kite tanya nak lunch x kat resort nie. Soalan kite satu je, “sedap ke makanan kat situ?”. Hasben kite kemain lama nak jawab. Ermmm ermmm je. Ok paham paham. Hahahaha. Sudahnya kiteorang pegi pavillion bukit jalil makan kat situ. Xjauh pun dari espira resort nie. 10-15 minit kut. 

Skang nie kalau nak bercuti and stay kat hotel, kite just ikut je hasben kite pegi outstation. Lately nie kerap betul ofis hasben kite buat workshop kat luar. Kalau kite boleh cuti, kite ikut la. Kalau tidak duk je la ontok2 kat rumah. Dah tuh, buat on weekdays hari bekerja. Memang la kene apply cuti kalau nak ikut. But then terasa rugi pulak nak apply cuti sebab kebanyakan buat dekat area2 kl. luar dari kl tuh berpikir2 la jugak. Selain dari ikut hasben kite outstation perihal kerja dia, buat masa nie kiteorang akan staycation kat area2 klang valley je. Kadang2 kan nak jugak different environment. Anak2 pulak duk merengek je dengan daddy derang nak tido hotel. Dah lama xtido hotel katanya. Padahal baru je balik dari tido hotel ikut daddy. Hehe. Tapi tuh la. Hasben kite xnak keluar dari kl. Luar dari kl semak katanya sebab skang nie orang ramai tengah balas dendam nak pegi bercuti. Ye la 2 tahun kene “kurung” kan sebab covid and pkp. 

Actually, lain sebenarnya kalau “bercuti” ikut hasben kite dengan pegi bercuti semata family kecik kami je. Biasalah dah kalau ikut hasben kite bekerja, mana maunya nak berjalan2. Duk dalam bilik je la. Last yang kiteorang pegi staycation few months back. Skang nie hasben kite akan booked service apartment. Dah xde dah 1 bilik hotel je. Dah tuh 5beranak kan. Mana muat nak berhimpit satu katil. Even katil king pun mana muat. Dah la anak2 kite tido lasak. Berpusing 360 darjah. Kene lak si ifan tuh ha. Dia dah la xboleh tido sempit2. Mengamuk je kejenya nanti. Kiteorang pernah stayed dekat serviced apartment Ascott KLCC dengan Dorsett KL. Maybe kalau nak staycation kat area2 kl nie lagi kene tunggu hasben kite dah reda dengan segala workshop, segala evaluation or segala conference dia. Hasben kite dah bagitau siap2 dah. Untuk beberapa bulan nie dia akan start bizi selagi projek dia xsettle. Hurmmmm. Baiklah. 

Nie lagi few weeks hasben kite ada apa tah kat penang. So dah alang2, ikut la sekali sebab kite kene habiskan cuti. Bulan 12 nie kirenya 2 kali kite akan ke penang. Dah la minggu depan kite nak ke penang untuk berlari. After 2 weeks, pergi lagi penang sebab ikut hasben kite gie outstation. Xpe la sebab penang kan. Berapa kali pegi pun xkisah. Dah nama pun sorga makanan. Hahahahha.

Friday, November 25, 2022

:: Now Saya Is Betul3 Nervous ::

 Serious kite nervous yang teramat sangat. Huwaaaaa.

Sebenarnya kan kite ada je kat rumah start dari selasa lepas sampai ke hari nie. Puncanya adalah,

Bukan positive mengandung ye. Tapi positive covid. Ye, positive lagi.

Hari isnin kite masuk ofis, bila test negative. Sebab kite kene test covid every 3 days and upload dekat system. Hari selasa dekat ofis, kite dah rasa lain. Sebelum pegi ofis dah rasa sakit tekak. Sempat la hisap Difflam sebijik. Kurang sikit lepas tuh. Dalam pukul 10pagi, dah start rasa lain. Batuk. Suara pun dah bertukar nak ke arah kejantanan. Hilang suara lunak merdu manjah aiii. Wakakakakaka. Dalam pukul 12tengahari gitu dah rasa lain macam. Tetibe seram sejuk. Bila dah rasa cenggitu, kite pun try la test kat ofis. Sekali naik double line. Try sekali lagi, ehh negative pulak. Try lagi kali ketiga, positive. Hurmmmmm. Memang terus balik la cite dia kan. 

Sampai rumah terus melepet. Badan panas seram sejuk. Sakit badan mencucuk2 lagi. Batuk. Adoiii xleh bawak bincang betul sakit dia. Berselubung dengan selimut sepanjang hari selama beberapa hari. Alhamdulillah anak2 negative. Tapi kite risau dekat ifan. Ifan xleh langsung berenggang dengan kite. Especially time nak tido. Selama kite positive nie, kite berdoa dan berserah dan bertawakal je supaya anak2 kite akan negative. Terutama sekali ifan. 

Tapi bukan itu yang kite nervouskan. Ada bende yang kite lagi nervous dari covid. Gila lah statement. Hahahaha.

Hari nie hati kite tetibe terdetik, “ehhh, dah courier ke belum nyeah?”. Baru je nak check email sekali ada orang tekan doorbell. Pelik jugak, barang apa je yang sampai. Mana ada kite order barang courier dekat rumah. Hasben kite kut. Sekali bila tengok parcel, nervous terus. Kenapa nervous?.
Nampak x apa yang terpapar kat situ. 

Penang bridge international marathon gais. Ya Allah, baru je terdetik, xsempat nak check email, sekali parcel dah sampai. Like you know im waiting for you la. Give me surprise surprise like that. I is very the shocked big big time. Hahahahaha.
Meriah race kit from PBIM. Yang rare tuh dpt rain coat. Tau la skang musim hujan. πŸ˜‚. 

Sumpah kite nervous. Event lagi 2minggu. Sempat ke kite nak recover dari covid nie. Risaunya. Dengan xberapa nak training. Bila dah start training, kene stop pulak sebab positive covid. Again, sempat ke kite nak recover nie. Kalau lepas positive covid nak berlari 10km mungkin ok la kut. We are talking about half marathon weh. 21km. Even berlari 15km yang xcukup rehat or xcukup tido pun rasa macam nak meletop jantung. Inikan pulak 21km. Ya Allah KAU mudahkanlah segala urusan ku ya Allah. 

Kite akan tetap berlari. Tapi kite xkan paksa. That time memang kite akan pakai chest strap untuk monitor heart rate kite. So kalau kite xdapat sampai FL (finishing line) before COT (cut of time), kite redha dan pasrah. Bukan medal yang kite kejar sangat sebab inikan 1st half marathon kite. So xde nak mengharapkan lebih2 sangat. Kalau dapat medal (which means kite sampai FL before COT), is bonus.

I is sooo risau and soooo nervous. Boleh ker?. Xboleh ker?. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...