Cantik toilet dia. Ado bathtub kat tengah2 tuh u’olls. 😅
Sinki ada 2 side. 1 side for Her and 1 side for Him. So her and him xyah nak berebut guna cermin or sinki. 😬
Ini for him
Ini pulak of course la for her.
Cantik toilet dia. Ado bathtub kat tengah2 tuh u’olls. 😅
Sinki ada 2 side. 1 side for Her and 1 side for Him. So her and him xyah nak berebut guna cermin or sinki. 😬
Ini for him
Ini pulak of course la for her.
Masa kite masuk event PBIM2022, kite checked-in dekat Eastin Hotel. Purposely checked-in situ sebab senang. Dekat dengan starting point.
At that time kite plan nak bawak anak2. Sebab tuh kite pilih bilik Deluxe Suite. Deluxe suite nie even ada satu katil sahaja tapi ada hall. So ada la tempat nak bentang airbed. Biasalah anak 3 orang kan. Mana nak muat 1 katil. Even katil king pun xmuat. Kan kite kadang ikut hasben kite pegi outstation, mana la boleh pilih2 nak duduk kat hotel ke atau service apartment ke, katil nak ada berapa size apa. So disitu la fungsinya airbed. Tapi sudahnya anak2 kite xbawak. 😅
Kite amek sekali untuk breakfast. Rupanya bila stayed dekat deluxe suite nie, boleh breakfast dekat executive lounge. Tapi breakfast kat executive lounge xsemeriah macam breakfast dekat cafe dia. Kire executive lounge nie untuk orang yang nak privacy la. Gituuu. Untuk kite dengan hasben kite time makan nak privacy mendenya. Kami mahukan breakfast yang meriah. 😂. Sudahnya turun balik lobby breakfast dekat cafe. Bak kata hasben kite la, “kalau nak privacy, baik breakfast dalam bilik je”. Hahahhaa.
Kat bawah nie gambar2 bilik yang kite amek.
Kite tunggu rumah sarang burung kite siap je. Sebab nak transfer perabot ke sana. Lepas tuh, baru la dapat deco bilik kite kat rumah gombak. Kalau dapat buat macam nie, bestnyaaaaa.
Overall bilik kat Eastin Hotel nie ok dan cantik. Bersih sangat. Cuma toilet xde bidet je la. Kalau tidak dah perfect dah. Hahahaha. Kirenya kalau u’olls duduk kat hotel nie, nak makan xrisau sebab kedai banyak sekeliling. Queensbay Mall pun dekat. Walking distance je. Facilities lain jangan ditanya sebab kite sampai pun dah malam. Pagi2 buta dah keluar berlari. Naik bilik untuk tido je.
Breakfast bagi kite quite ok. Makanan pun sedap (yang kite makan je la). Baru lepas berlari, memang xde selera la nak makan. Pikir nak baring and nak tido je. Jalan pun dah macam penguin, sampaikan staff kat situ pun tegur. “Baru lepas berlari ker?”. Bila kite jawab aah. “Oooo patut la jalan pun nampak seksa sangat. Lari half marathon ker?”. Hahahaha. Adoiii. Memang tidak la nak duduk bangun duduk bangun untuk amek makanan and usha apa makanan ada.
Lepas checked out dekat Eastin Hotel, kami berpindah dekat hotel lain. Anniversary treat katanya. Stay tuned!
Kite gerak dari rumah ke penang lambat jugak la. Keluar rumah pukul 11pagi. Time tuh la nak makan, time tuh la nak isi minyak, ehh, macam2 bende la tetibe nak beli and buat time tuh. Sudahnya pukul 2petang baru keluar dari gombak. Dengan otw ke penang jalan jammed. Sampai dah malam around 8ish. Sampai2 nak tapau lagi dinner. Hasben kite nak makan nasi kandaq kg melayu. Sudahnya sampai hotel pukul 9lebih. Nak makan lagi, nak ready-kan barang2 untuk berlarinya lagi, nak mandi lagi.
Dah ready.
Pukul 11lebih malam baru settled semua. Itu mujurlah xbawak anak2. Kalau bawak anak2, nak settle kan hal derang lagi. Xtau la bila boleh tido. Flag off pukul 3pagi pulak tuh. 😰
Sebelum hari kejadian, kite plan nak tido pukul 8malam latest pukul 9 la. Sudahnya lari segala2 plan. Sigh.
Pukul 11lebih kite try tido. Tapi xboleh langsung nak lelap. Paksa jugak tido tapi xboleh. Nervous lain macam betul. Nervous la. Dengan kite xde training, xde berlari dekat sebulan lebih. Alih2 nak lari 21km. Bila tengok jam dah pukul 1lebih. Ermmm, memang xtido la cite dia. Bila xboleh tido kite jadi macam panic. Sebab kite tau kalau x tido, confirm masa berlari kite akan mengantuk. Sudahnya kite buat kopi. Dengan harapan minum kopi xngantuk. Lepas minum kopi, terus kite siap2 tukar baju ape semua. Mintak tolong hasben kite tampalkan kinesiology muscle tape kat tempat2 yang nak dilekat. Lumur muscle cream kat satu kaki dengan tapak2 kaki pun kite lumur. Settled je dengan tampalan, dengan lumur cream, dah pukul 2.15pagi. Terus kite turun bawah bergerak ke starting point. Kite memang purposely checked in dekat Eastin Hotel sebab dekat je dengan starting point. Boleh jalan kaki.
Alhamdulillah kite berlari dalam keadaan yang sangat baik sepanjang 21km. Syukur Allah permudahkan. Terima kasih ya Allah. 😭. Cuma ibu jari kaki je la yang cramp. Sepanjang kite berlari sebelum2 nie, bukan takat ibu jari kaki je cramp, betis cramp, pinggang sakit, mengantuk sambil berlari, xde energy. Tapi bila berlari masa HM nie, cuma ibu jari kaki je yang cramp. Energy x drained during running. Pelik betul. Ikutkan 21km nie la yang akan buat kite bonk teruk, tapi tidak sangat sebenarnya. Bonk la jugak lepas tuh tapi during running tuh smooth je la. Agaknya sebab kite minum kopi sebelum marathon, tampal kinesiology muscle tape, pakai compression socks, makan pisang 2-3 sebelum berlari. consume energy gel every 40minutes sepanjang berlari, minum air cukup, semuanya berkerjasama dengan baik. Mungkin cuaca pun main peranan. So lepas nie kite dah tau dah nak buat apa kalau kite berlari.
Sampai je last 4km, masing2 dah tengok jam dah. Masuk je last 2km, dah cuak masing2. Omaigad, dah nak sampai COT. Time tuh tengok la masing2 duk push untuk pecut. Termasuklah kite. Dalam x larat tuh pecut jugak sebab sayang kut. Memang down rasanya kalau sampai FL just a few minutes after COT habis. Lain la kalau COT habis masa kite dekat kilometer ke 15 ke, ke16 ke. Xde la terasa sangat, xde la down. Time tuh pasrah dan redha je la bila kene “sapu” dengan sweeper. Tabah je lah bila bib kene potong (potong bib kire disqualified). Ini lagi 1-2km nak sampai. Xker rugi. Tapi alhamdulillah sempat sampai sebelum emcee buat announcement yang larian HM ditutup. Lepas kite sampai finishing line, dalam 15 ke 20 minit gitu, emcee annouced penamatan untuk HM.
Lepas amek medal dengan finisher tee, kite xsinggah mana2 booth pun. Nampak booth air Milo pun kite langsung xde nafsu nak stop. Yang kite tau, nak carik tempat untuk kite duduk. Xrasa kaki dah masa tuh. Duduk atas pasir pun kite xheran dah. Janji dapat duduk. Bila dah bertenang, baru kite berjalan balik hotel. Ikutkan perjalanan nak ke hotel dalam 5-10minit je. Tapi kite amek masa setengah jam nak sampai. 😂. Kalau boleh nakk grab, kite dah naik dah. Tapi mau kene sumpah seranah dengan grab driver. Menyusahkan aku je kata derang. Xbalik modal minyak kete. 😝.
My very 1st 21km finisher T. Alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusan kite hari tuh. 🤲🏻🥹
Dekat jam 3jam41minit. Tapi sebenarnya 3jam30minit. Bila dah sampai finishing line kite x teringat nak stopkan timing. Otak x function. Yang otak kite tau, nak duduk je. Hahahaha.
Thank you hasben i sebab sangat supportive. Sanggup teman i sampai ke penang semata untuk berlari. Thank you jugak coz belanja stayed another 1 night dekat hotel lain. Anniversary treat katanya. Auwwwww. Love you domok. 😘😍🥰❤️
Apa?. Lepas nie serik dah nak masuk HM?. Owh tidak sama sekali. Sebab kite dah selamat registered HM bulan 9 tahun depan. Kihkihkih. Ye tau ada yang masuk HM dah banyak kali dah. Kasik chance la kite nak bangga dengan pencapaian HM kite yang pertama. 21km kut. 1st time lari 21km. Sebelum nie paling jauh 16km je. 😬
Kayh la korang. Nak relax2 jap sebelum check-out. Ye, kite masih lagi dekat penang skang nie. Baru je lepas breakfast. Nak berjalan2 amek angin pantai lepas breakfast xboleh sebab hasben kite ada kerja. Urgent katanya. Boss dah mencarik. 😅
Malam semalam lepas hantar qisya pegi kelas sparing, sementara nak menunggu tuh, kiteorang pegi makan. Saje try makan kat Serasa Garden (kopitiamxikanbakar). Bertempat di Melawati. Kalau nak pegi, masuk simpang yang sama nak pegi ke Melawati Mall. But instead of straight ke Melawati Mall, u’olls kene belok kiri. Drive sampai ke hujung jalan, hah korang akan nampak dah Serasa Garden. Sebelum Serasa Garden, nama restaurant tuh Sakura Kristal. Sakura Kristal dah tutup, Serasa Garden pulak bukak kat situ. Rasanya Sakura Kristal tutup masa dalam tempoh PKP kut.
Bila nak order, ternampak miang pla nie. Ishhh macam sedap je. Dah lama nak try tapi xde pulak terjumpa kat mana2. Sekali kat situ ada la pulak. Hasben kite suruh order lepas kite bagitau yang kite dah lama nak rasa miang pla. Boleh kalau nak order, tapi kene tau jugak hasben kite nak join makan ke tidak. Mana maunya kite habiskan sensorang. Bila hasben kite kata dia join, kite pun order la miang pla.
Rasanya ramai yang sedia maklum yang antara anak2 kite yang 3 orang tuh, anak bongsu kite punya rambut lain dari kakak dengan abang dia. Rambut dia je yang curly.
Ikutkan rambut dia panjang tau. Tapi sebab curly bergulung2, xnampak kepanjangan rambut ifan. Kalau mandi, rambut depan dah sampai hidung dah.
Tengok la tuh. Apa yang abang pegang, itu yang dia nak. Sebab tuh la kat tangan dia ada jam sampai 2. Dengki betul lahai dengan abang. Pastu, “mommy, mek ambar baby (amek gambar)”. Eiii geram la. Dengan gigi taring dia tuh.
Semalam konsert year end irfan and bobot, and bobot punya graduation sekali. Selama nie dapat morning session tapi tahun nie dapat evening session. Sampai brainy bunch hq kat cyberjaya dalam pukul 12pm. Start event pukul 2pm. Ya Allah lamanya nak menunggu. By right concert and graduation campus bobot masa bulan 11. Tapi terpaksa postponed sebab time tuh hari mengundi. Eh jap, baru hari nie kite teringat banyak rupanya mangkuk2 dalam kabinet rumah kite yang nak xpakai and xguna. Tiberh!
Masa sampai tuh and dah dapat masuk hall, terus hantar anak2 kite dekat dalam bilik persalinan derang. Kite bawak ifan dengan bobot and aunty pulak ada 2-3 kids dengan dia. So apa salahnya kalau kite ikut aunty sampai ke dalam. Menyenangkan urusan orang kan lebih baik. Bila nak tinggalkan ifan, dia boleh meraung pulak. Mujur ada aunty class ifan, aunty hayat. Elok je bagi kat aunty hayat, kite cabut lari terus. Takut lagi lama lagi berdrama si ifan.
Punyalah lama menunggu sampai ifan sempat lagi tido. Aunty hayat whatsapp kite personally bagi gambar ifan dengan video dia. Hahahaha. Tanya jugak aunty hayat lama ke ifan menangis. Kejap je katanya. Nasib baik abang ada dekat2 situ je. Dapat duduk dengan abang sekejap terus senyap and ok dah lepas tuh. Fuuhh lega hati mommy. Mau xlega. Kite risau je takut nanti mood dia membawak sampai ke atas stage.
Bila konsert dah start, lega sungguh lahai. Ponek koi nunggu sampai lolok2 la hasben kite dibuatnya. Campus bobot yang buat opening konsert. Excited gila kite bila nampak bobot berdiri berdepan dengan microfon. Eeiii dah nampak besar sangat dah dia masa tuh.
Anak dara kite skang nie dah sampai level red belt 2 untuk taekwondo. Kite memang purposely masukkan qisya taekwondo masa dia kecik lagi. Qisya join taekwondo masa umur dia 5 ke 6 tahun tah. Xingat la. Saje masukkan sebab nak bagi keras sikit. And yang paling penting boleh belajar seni mempertahankan diri. Kebetulan pulak kawan ofis hasben kite coach taekwondo. Haaaa, just nice la. Itu yang terus register-ed qisya tuh. Anak perempuan kan. Basic kene ada. Biar x dibuli orang. Tapi jangan sampai dia yang membuli. Kite kalau tau, dari xde apa2 color belt dalam taekwondo, tetibe je kite akan terus ada black belt. Haaaa kau, black belt terus. Hahahaha. Memang itu jam kite ajak qisya sparing. Jangan main2 dengan mommy. Harap2 tidak gitu la ye qisya. Amin3.
Qisya nie seorang yang sangat lembut perwatakan dia. Masih lagi manja. Masih lagi nak dibelai, dicium, dipeluk. Sebab perwatakan dia yang macam tuh la kite masukkan dia kelas taekwondo. Xde la kata skang nie qisya terus kental hati dia and terror benau nak sparing. Tapi kite percaya kalau dia teruskan kelas taekwondo sampai besar, insyaAllah dia boleh.
Every time hasben kite bagitau yang qisya nak grading kan, kite nervous. Boleh ke?. Dah ready ke qisya nak grading?. Bukan nak underestimate anak sendiri. Bukan2. Qisya kadang dah la banyak skip class. Risau dia x catch up steps. Banyak steps pulak tuh nak kene ingat. Kick, punch. Belum lagi cite taegeuk punye steps. Taegeuk tuh dah la ada banyak steps. Pastu hasben kite cakap, "Sir kata dia confident qisya boleh buat". Okayh la bila Sir dah cakap cenggitu, carry on je la. Haahahaha.
Owh lupa. Setiap kali nak grading, akan ada grading fees.
Bila Qisya balik dia tunjuk board nie. "mommy, are you proud of me?". Heyyyy, of course i'm proud of you. Sobs.
Gambar nie masa qisya baru lepas grading untuk naik red belt 2. Red belt ada 2 level. Red belt 1 dengan red belt 2. Untuk naik red belt 2 kene patahkan board tuh. Alhamdulillah qisya boleh buat and dah passed the grading. So now qisya dah officially naik red belt 2. Alhamdulillah. Lepas nie naik black belt pulak. Tapi Sir kata tunggu tahun depan. Sebab nak naik black belt kene patahkan 3 board (ehh yeke?. Xingat dah kite. Itu hari ada hasben kite bagitau). Pastu lagi la banyak steps yang nak kene hafal. Sparing kite xsure sekali ke tidak.
Hasben kite cite la. Ada satu hari tuh dia terserempak dengan Sir kat ofis. Dah tuh rakan seofis kan. Hahahahaa. Duk bercerita la pasal taekwondo. Sir sedih and sedikit emotional bila cerita pasal qisya. Sir bahasakan qisya baby girl. Tapi dia hanya biasakan baby girl tuh belakang2 qisya la. Xpanggil depan2. Ye la dari umur 5-6 tahun sampai la qisya skang nie dah 9 tahun nak masuk 10 tahun next year. Consider qisya membesar depan mata dia. Terkenang masa qisya memula masuk dulu. Itu yang Sir emotional sikit. Ngeeeee. Hasben kite cakap, qisya kemain manja dengan Sir. Sampai berpaut2 la kat kaki Sir dalam kelas. Hahahahaha. Adeh, qisya qisya.
Kite xtau and xnampak sebab dah lama xpegi hantar qisya kelas taekwondo. Since kite pregnant ke ifan, sampai la skang nie. Kene pulak skang nie parents xboleh tunggu kat dalam kelas. Kene hantar and jemput kat bawah je. Lagi la jarang kite ikut. 2jam nak kene tunggu weh. Dengan kang dibuatnya ifan terberak ke, nak tido ke, mengamuk ke, nak susu ke. Susah. So better hasben kite je hantar. Tunggu ifan dah besar sikit boleh la.