Friday, February 17, 2023

:: Electric Multifunction Mini Cooker ::

 Dah apa pulak kali nie yang kau beli kat shopee syaaaa. 😂

Otak tuh ligat je kan berpikir nak shopping apa. “Ehhh, nie kalau ada macam senang je. Boleh buat goreng2 telur sebijik dua kat ofis”. Gittuh!. ðŸĪŠ

Kite dah sampai tahap bosan dah makan dekat foodcourt ofis nie. Nak berjalan pegi ke Avenue K or KLCC untuk mencari makan, kite tersangatlah kemalasan yang teramat amat amat sekali. Malas sebab berpanas2, pastu nanti berpeluh2. Rimas rasa. Pastu nak order makan thru grabfood or foodpanda pulak, macam xtau dah nak order apa sebab dah selalu sangat dah. Kadang nak dekat sejam duk scroll scroll scroll sudahnya masih xtau nak makan apa. Kalau la apps grabfood or foodpanda boleh berkata2, mesti akan keluar ayat perbincangan yang typical when it comes to “nak makan apa”. 😂. 

“Yes, how can i assist you?. What would you like to have for lunch today?”. 

“Ermmm, what would you suggest coz i can’t decide what to have for lunch today”. 

“It depends on what you want to have for lunch”

“Anything will do. What are you having for lunch?”

“I’m also not sure what to eat during lunch time. But i would suggest you to have a heavy meal since it’s lunch. Rice perhaps?”

“Sorry, im actually on diet today”

“Ok. How about some salad?”

“I don’t eat vegetables during lunch time. It will make me hungry again right after i eat it”

“Hello hello. Helloooooo. I can’t hear youuuuu misssssss. Sorry miss you’re breaking up. The line issssss ….. Hellooooooo, tuuttt tutttt tuuuttt”

Wahahahahhaa. Vongok la sya. Imaginasi tuh xyah tinggi sangat la sampai nak kene berdialog bagai. ðŸĪĢ

Jenis kite pulak kalau nak order makanan kat mana2 restoran, selalunya akan baca review. Tapi review yang murni2 pun bukannya boleh percaya sangat. Sebab bila scroll review, yang cakap sedap, adalah nama2 yang sama je. Kalau orang yang sama tuh drop review 2-3 kali logik la jugak. Boleh la lagi nak bersangka baik sebab dia repeat order. Tapi dah kalau scroll dari atas sampai ke bawah asyik nama2 sama je naik, nak husnuzon pun susah. Itu yang sampai sejam jadiknya semata untuk pilih nak makan apa. 

Kite sebenarnya xde la complicated sangat orangnya when it comes to makanan. Dapat nasi, telur mata kobau (telur kuning kene cair), letak cili padi, kicap pun dah jadik dah. Xde pun nak kene ada 2-3-4 lauk depan mata. Kadang dapat ikan goreng, kicap, nasi pun jadik. Itu pun sodap dah oiiii. Silap2 bertambah2 nasi. Tapi ikan goreng kene garing2. Ngeee.

So kite pun terbeli electric multifunction mini cooker. Wah, terbeli nyeah. 😅. 

Nie haaaa dia. Murah je. RM37.90 exclude postage. Postage ke ofis kite RM5.60. Tolak RM1.00 claim voucher dari kedai tuh. So total RM42.50. Murah kan. Kalau nak murah lagi, xyah beli steam tray.  Beli pot dia je. Macam kite, kite beli sekali steam tray. Konon nanti kut2 la ada nak panaskan makanan yang gunakan method steam ke kan. At least dah ada. Steam tray tuh guna x guna belakang kire. Janji ada. Hahaha. Delivery memang cargas. Kite order 14/2, 15/2 dah sampai. Tapi kene order sebelum pukul 2petang la on weekdays. Courier service seller guna DHL instead of shopeeXpress yang lousy tuh. And knowing DHL punya service, memang torbaoekkkk la. 
Nah kite belanja sekali details. 

Awalnya kite beli yang brand Giselle. Yang itu harga dia RM59.90. Mahal sikit dari brand Innomax nie. Tapi 3minggu status masih sama xbergerak. Sudahnya kite request untuk cancel order. Xsampai 5minit, Shopee dah creditkan refund tuh kat e-wallet shopee kite. Carik lain la cite dia. Carik punya carik, survey punya survey, itu yang jumpa brand Innomax.

Taraaaa. Ada kaler hijau nie dengan pink. Apa barang pink. So kite amek hijau. Pastu ada 2 heat level. Low dengan high. 

Sebelum nak guna, boil kan dulu air. Ulang la berapa banyak kali pun korang nak ulang sampai korang rasa macam selamat digunakan untuk memasak. Multifunction mini cooker nie xyah letak air. Cucuk plug je. Pastu xyah nak kene letak2 air kat bawah.

Nak pegi bercuti pun sesuai kalau nak bawak. 

Kite buat megi kimchi. Sebab senang. Xyah nak kene menumis bagai. 

Bagi kite untuk light2 punya usage ok la kalau nak guna. Ok je, function je bende alah nie. Nak tenggek (masak) nasi pun boleh. Portion pulak, boleh la lepas masak untuk perut sorang dua. Piuk dia xbesar dan xkecik. Just nice je. Ngam soi untuk sorang dua. Tah2 kan, bende alah nie kite buat untuk menggoreng telur je. Mahal oiii kalau order telur mata kat food court bawah ofis kite. Baik goreng sendiri. 

Kite beli memang untuk letak kat ofis. Masak2 kat pantry. Habis la fridge kat ofis. Jangan buat macam fridge kat rumah sudah. Mujur la dept kite ada 5-6 orang je. Perempuan yang selalu guna fridge 2 orang je. 😅. Jangan tea lady pening kepala bila bukak fridge kat dept kite sudah. 😂ðŸĪŠ. 

Monday, February 13, 2023

:: Progress Rumah - Update ::

 Jumaat malam hasben kite ajak tengok rumah setapak. Alang2 nak hantar cat sekali. Sebab plan the next day nak cat rumah. Cat sendiri kononnya. Bila dah boleh cat, maknanya kat rumah tuh dah settled dah la apa yang patut kene settle. 

Bismillahirrahmanirrahim.

Kite start dengan luar dulu la nyeah. Ikut turutan. Please bare in mind yang post nie bakal panjang. Belum campur dengan selingan2 iklan lagi. Hiks. 

Shoe cabinet itu hari kan xpasang lagi lampu.

Dah siap pasang dah. Checked!. ✅. Cantiknya bila bukak lampu. 

Ok itu luar. Luar xde apa sangat. Takat shoe cabinet je. Depan shoe cabinet tuh bilik stor.

Jom masuk dalam rumah pulak. 

Assalamualaikum. Kakak, bobot dengan ifan dah balik. Ehhh, hahahaha. Dah terbiasa cakap macam tuh every time masuk rumah kat gombak. So terbawak2 sampai ke rumah setapak. 😂. 

Punya la dah terbiasa, bila masuk rumah bagi salam je x nyebut nama 3 orang anak dah balik, nanti mesti bobot akan tegur, “mommy, u forgot something”. Bila tanya apa. Dia jawab, “u forgot to say what u suppose to say mommy”. Haiyooo. Selagi xcakap, duk la meratib ayat sama. Nak xnak terpaksa la cakap. 😅. Kadang2, salah sorang dari 3 anak2 kite yang akan nyebut ayat tuh. 

Masuk2 je akan nampak island table. Sebelum nie xletak lagi table top kan.
Skang dah siap letak table top. Checked!. ✅. Dulu dekat atas pintu tuh ada wall fan. Sebenarnya nak letak wall fan kat dinding sebelah island table, mengadap dapur. Sekali katanya xboleh sebab nanti berlaga dengan pintu kitchen cabinet. 

Sudahnya kite suruh bukak wall fan tuh. Nampak huduh sangat letak dekat atas pintu masuk rumah. Dah la kat tepi dinding yang berdepan dengan island table tuh dah ada kipas besau. Pastu tup tup, ada lagi kipas kat atas pintu. Mendeeee tah.
Nie ha. Xker pelik. Ini sebelum bukak.

Pasal wall fan nie kan, sampai muncung2, merajuk2 la jugak kite dengan hasben kite. Bertegang jugak la. Kite suruh bukak kalau xboleh nak alih ke belakang kat arrow hijo tuh. Hasben kite tanya kalau bukak nak letak mana sebab dah xde tempat nak letak. Kite jawab bukak la dulu. Nanti akan ada la tempat yang boleh nak gantung wall fan tuh. Pastu hasben kite pulak cakap itu x membantu, dia nak kan solution. Yihhhh, bukak wall fan tuh bukan solution ke. Nak letak mana, kendian la pikir. Kata nak solution whether nak biarkan atau bukak atau pindahkan ke mana2. Bila dah bagi solution, tanya lagi nak pasang mana. Bila dah bagitau nanti boleh pasang kat dalam bilik qisya or bobot, ehhh, xleh terima. Xyah la bawak cara bekerja kat ofis tuh untuk hal2 macam nie. Bende kite buat dia apa, bukan dia buat kite. Dok gitu?. 

Masalahnya, asal pegi tengok rumah setapak mesti timbul isu wall fan. Sampai tahap kite dah xnak ikut dah. Tapi kene paksa. Dah la paksa pegi, pastu bila isu sama berbangkit, tegang lagi situation. Sampai tahap kite cakap, “ehhh susah2, biaukan je ler kipas tuh duduk kat situ. Xyah bukak xyah pindahkan kat mana2. Lantak la nampak pelik ke apa ke. Malas dah i nak pikir. Lain kali xyah tanya i dah apa2 pasal rumah. Track light nie semua pun xyah tukau. Biau kan je semua kaler putih. Suruh ahlung pasang je aircond xyah tukau track light. Cat pun u pikir sendiri nak kaler apa. Furniture pun u decide sendiri nak yang cemana. I dah surrender dah”. Tengah healing merajuk ke tuh?. Huahuahua. 

Ehh xlah. Manada saya marah suami saya. Nada suara saya xtinggi pun. Nada orang merajuk sambil mulut muncung je. Haaaa gitu la. Pastu sentap xbercakap. Emo. 😝. Xnak tengok dah rumah. Lepak kat balkoni tengok pool, tengok rumah2 orang. Layan anak2. Main game candy crush yang skang nie baru level 4555. Laaah, siap bagitau level ker?. 😂. Hasben kite tanya apa2, kite jawab, “ntah. Xtau. Ikut u la. Memana je la”. ðŸĪ. Rebel la konon2nya tuh. ðŸĪĶðŸŧ‍♀️

Pastu bila rumah dah siap semua, tau2 track light semua dah tukar, dengan wall fan kat atas pintu masuk rumah pun dah cabut. ðŸĪ­. 

Ok dah, habis kisah emo pasal wall fan. Nampak x nampak x kenapa jadik lagi panjang. Selingan "iklan" yang panjang berjela.

Bulb lampu island table nie bapok ler terangnya weh. Sebab tuh color bulb track light kene dim sikit. Baru la ngam. Tapi memang betul pun. Tukar bulb track light kaler kuning, terus semenggah sikit. Kalau tidak memang terang betholll cahaya keimanan. Hihihihi. Punyalah terang sampai semut bertelur pun boleh nampak. Ehhh jap. Semut bertelur ke?. Mandai2 je kan kau nie sya. Mengarut2 bagi ler kat kau kan.

Siap dah pasang table top, sinki dengan paip. Checked! ✅. Nanti xlama lagi nak pasang backsplash pulak kat tiles dinding tuh.
Dapur saya yang simple. Xde nak buat beria sangat pun dapur nie. Kalau nak buat beria, baik buat kat rumah gombak. Dapat kite dapur baru. Itu ku bilang kalau la. Kalauuuuu. Hihihi.
Hall pun dah tukar track light hitam. Hah, kan baru la seiring dan sejalan dengan kaler kipas. Matchy matchy gituuh. Aircond pun dah pasang. Checked!. ✅. Xde dah terkeluau hos aircond. Si rambut kinting kite baru bangun tido masa nie. Perut dah kenyang baru lepas makan kat Kungfu Ramen Taman Melawati. Masuk kete, dapat aircond, tayar start bergolek je, terus gone with the wind. Kakak dengan abang pulak xde nak ajak main (pegi rumah kakak kite). Itu yang asyik nak berdukung je dengan kite. Sudahnya kite dudukkan dia atas tangga. 
View dari arah balkoni. 

Ok settled dah part hall dengan dapur. Moh kite ke bilik2 pulak. 
Master bedroom pun dah tukar track light color hitam. Aircond dah pasang. Checked!. ✅
2nd room. Pun dah tukar track light dengan pasang aircond. Checked!. ✅. Nampak bende alah kat lantai tuh x?. Itu la wall fan yang bikin onar selama nie. Dah selamat dicabut dah. Urghh!!. 

Bila sudahnya dah dicabut, and memang kesudahannya kene jugak cabut, xker buat penat otak, buat penat emosi bila bertegang urat, berselisih pendapat. Ingat merajuk tuh pun xpenat ke. Ingat muncungkan mulut tuh xlenguh ke. Ingat sentap menyentap nie best ke. Ingat senyap xbercakap tuh seronok ke bila xdapat bercakap. Dah la kite sejenis yang kuat bercakap, bila xdapat bercakap, boring tahuk!.  Hahahahaha. Jangan la pulak korang pikir xbercakap berhari2 ke derang nie. Xlah, mana mungkin berhari2 kite x bercakap dengan suami aii tuh. Esoknya pagi bangun tido start la bercakap balik. 😂ðŸĪ­

Bilik no 3 xde bende nak tukar and memang xletak aircond dalam bilik no 3. Sebab kecik. Nak pasang aircond macam xlogik. Mau beku dalam tuh. On kipas je pun dah ok. Dah sejuk dah. Mana xnya, kipas dalam tuh jenis yang 6speed. Kalau panas gak xtau la nak cakap apa.

Pastu sabtu lepas kite dengan hasben kite pegi rumah setapak. Niatnya sebab nak cat rumah. Hasben kite nak cat sendiri katanya. Hari dari cerah sampai la gelap xsiap2 lagi. Padahal 1 bilik je pun. Kecik pulak tuh. Sudahnya memang xsiap pun. 😂. Hasben kite tetibe je, "ok kat sini i nak declare yang i xtau cat rumah. Kalau pasang2, drill dinding, gantung2 i boleh buat. Cat i xleh la". Hahahahaha. Bercapuk habis gais dinding. Kire kite lagi terror la dari hasben kite. Sebab part dinding yang kite cat elok molek je. Hasben kite cakap "ok kalau macam tuh, u je la yang teruskan. Sila2 sambung". Wakakakakaka. Ishhhh, xnak la. Penat oiii. Penat sebenarnya nak cat rumah nie. Nampak senang, nampak macam ehh boleh nie. Tapiiiiiiiiii tidak ye gais. Nak2 pulak bila orang yang x biasa and xpernah mengecat yang buat, memang sudahnya give up la cite dia. "Ddy, upah je la orang cat rumah". Terus hasben kite carik contact dan2 tuh jugak. Hahahahahha.

Mujur la kite cakap cat bilik paling kecik dulu untuk testing. Jangan terus nak buat hall. Xleh bayang kalau start dengan hall dulu. Matilanak!. Bertobek dinding. Kihkihkih.

Kalau perhati betul2, boleh nampak cat bercapuk2 sebab xrata. Itu kerja hasben kite la. Dah la cat xrata, kerja x habis pulak tuh. Xpe la kesian suami kite. Penat dia tau. Hihihihi.
Siap letak tape tutup plaster ceiling. Sebab habis plaster ceiling bilik pun terkene cat sekali. ðŸ˜Ŧ. Pandai2 la orang yang sambung tuh nanti touch-up balik. Lebih baik serahkan je pada yang pakar untuk buat. Wakakakaakaka.

Lepas cat dah boleh cuci rumah, hantar perabot, pasang langsir,  call kedai yang kiteorang beli washer, fridge dengan dapur masak untuk penghantaran. Lepas tuh boleh deco2 sikit. Part deco kite suka. 

Nanti dah siap kite roger. 😂

Wednesday, February 8, 2023

:: Progress Rumah - Dapur Saya Dah Siap ::

Alhamdulillah siap sudah dapur saya. Woot woot!. Hihihihi. Semalam jacky hantar video and gambar kat hasben kite. Cepat betul buat kerja. Tau2 ehhh dah settled?. Haaaa, gituuu. Sebelum tau dapur dah siap, hasben kite duk "ehhh, cantik. Cantik jugak. Macam ada glitter2.". Kite pun apa lagi terus duk tenung tajam hasben kite. Kite tenung je xcakap apa2 pun. "Xde, nie haaaa. Jacky hantar video dapur u. Dah siap pasang table top, sinki, paip semua". Haaaaa, tau pun.

Video yang jacky forward tuh gegar. Nervous ke tuh?. Hahahahaha.

Nampak lain terus bila dah letak table top. Cantiknyaaaaa.
Nampak x kenapa kite xnak letak dapur gas kat situ. Xletak pun dah nampak macam sikit je space kan. Cer bayangkan kalau letak dapur gas kat situ. Mau letak rice cooker dengan blender je dah boleh buat penuh. Itu kite la. Masing2 punya pendapat kan lain2. Ada yang rasa ok, ada yang akan rasa x ok. Macam kite, kite pentingkan space la. Sebab kat rumah gombak dapur kite punya space table top pun kecik. So nak letak air-fryer, nak letak toaster nak letak rice cooker nak letak blender dah jadi masalah xde tempat. Belum lagi cite nak letak coffee maker lagi.

Sebab tuh kat rumah setapak nie kite asingkan wet and dry kitchen. So kat dry kitchen ada byk space utk nak letak electronic punya barang. 
Ok dah boleh beli stool dah. Hiks.

Sebenarnya kan, yang terpaling excited pasal rumah nie bukannya kite tau. Tapi hasben kite. Baru je dapat video dari jacky, tetibe, "jom kite pegi tengok rumah sky nak". Haiyooooo. Geleng2 kepala kite bila hasben kite cakap cenggitu. "Ehhh laaaa. Sabar. Xlari pun rumah tuh. Excited sangat u nie. Baru je 2 hari lepas pegi. Nie baru dapur siap, nak pegi. Esok kalau ahlung bagitau part dia dah settle, xkan nak pegi lagi. Tunggu la ahlung punya kerja settle. Dah settle semua baru la kite pegi. Kan senang sekali harung je. Jumaat nie la kite pegi. By that time, mesti ahlung dah siap pasang aircond and tukar apa yang patut dia tukar". Sabar suamiku, sabar. Hahahaha.

Ikutkan ahlung dah tukar dah semua track light dengan bulb. Sebab dekat video jacky kite ada perasan kat dapur, track light punya lampu dah kaler kuning. Sebelum nie putih. But still, ada lagi yang dia xhabis buat. Sebab kalau dah settle, mesti hasben kite dah dapat gambar ke video ke. Lepas tuh, kompom hasben kite xkeruan jadiknya. Hihihihi.
 
Dapur kite simple and biasa je korang. Cantik kat mata kite dengan hasben kite, xsemestinya akan cantik kat mata orang lain. Xpe, yang penting dekat mata kami laki bini, dapur kiteorang cantik. Wahahahaha. 

Rasanya this few days, korang akan selalu ternampak entry pasal progress rumah je. Kalau ada yang x suka, sokay, kite xmarah. Boleh skip je post kite. Kite nak simpan kat sini segala progress rumah. Weekend nie hasben kite nak cat rumah. InsyaAllah minggu depan posting pasal "progress rumah" keluar lagi. Muahahaha.

Tuesday, February 7, 2023

:: Progress Rumah Part II ::

 Alhamdulillah rumah dah boleh kata 90% siap. Kitchen cabinet dah pasang. Lampu2 kipas water heater pun dah pasang. Cuma skang nie tinggal nak pasang table top dekat kitchen cabinet dengan island. Pastu aircond2. Pastu track light punya rail dengan bulb nak kene tukar balik semua. Sebab ahlung salah pasang. Kite nak rail warna hitam tapi dia pasang warna putih. Nak bulb kaler kuning tapi dia pasang kaler putih. Eyeball light punya bulb dah la warna putih, xkan track light nak kaler putih jugak. Baik xyah pasang track light kalau dedua bulb warna putih. Dok gitu?. Plus, kipas kite warna hitam. So macam x matchy matchy dengan rail track light yang kaler putih.

Ahad malam lepas hasben kite ajak tengok rumah. Ikutkan macam malas sebab table top xpasang lagi. Bila dah complete semua baru la plan nak tengok. Sekali dah hasben kite ajak, kite ikut je la. Alang2 dah memang ada dekat luar. Soooo, jalan terus saja!. Ayuh kitaaaa!!!. 

Cepat jugak si jacky nie pasang kitchen cabinet dengan shoe cabinet dengan island table. Sehari punya kerja. Ini betul2 pulun nie dari pagi sampai petang. Hahahaha. Jacky nie kawan ahlung. Lepas nie project dekat rumah gombak kalau boleh sehari jugak la nyek settlenya. 😂.

Shoe cabinet tinggal nak pasang eyeball je kat tengah2. Ikutkan kite, xyah pasang pun. Ye lah, bukannya nak duduk permenant pun kan. Beli shoe cabinet yang biasa je sudah. Pastu deco2 la sikit kat situ jangankan tidak. Dah hasben kite duk kata alang2 la, apa la. So kite pun, terpulang la. 

Hall. Plaster ceiling kite yang standard punya je. Xde design2. Flat je. Macam kite cakap la. Nak beria sangat pun buat apa. Bende x duduk kan. Lagipun tambah cost kalau nak berdesign nie. Tapi cemana pun kene buat jugak plaster ceiling. Kalau xbuat mana nak sorok cable2 wiring yang berselirat tuh. So kite standardkan aje plaster ceiling xyah berdesign bagai.

Paip terjulur kat tepi lampu tuh tempat aircond. Haih, menyesal betul xalihkan tempat aircond kat tempat lain. Bukannya kiteorang sendiri yang nak letak aircond kat situ. Sebab point untuk aircond memang developer dah buat siap2 tunggu nak pasang je. Kalau point aircond developer xbuat siap2, memang idok ler nak letak aircond kat situ. Confirm kite akan letak kat dinding yang sama dengan tempat letaknya tv. Nampak xcantik kedudukan dia sebab betul2 berdepan dengan lampu untuk dining table. Nak tukar dah xboleh dah. Kalau nak tukar kene tukar awal2 masa buat wiring. Sebab nak kene hack balik dinding segala. Hurmmm. 

Kitchen cabinet dengan island table tunggu nak letak table top je dengan tukar track light kaler hitam. Simple je dapur kite. Kite berani amek color putih sebab itu adalah dry kitchen. Wet kitchen kite dekat luar. Dekat yard. Plan asal nak buat cabinet jugak kat yard. Pikir punya pikir. Xjadi. Sebab kite dah beli dapur gas yang standing. Ikutkan nak beli dapur gas yang letak je atas table top. Tapi xjadi sebab dah berkenan dengan dapur standing. Saje beli yang itu sebab comel. Hahaha. Alaa dapur Zanussi tuh. Kecik comel je sizenya. Sesuai dengan kecik comel size yard kite.

Ruangan dapur kite kecik je korang. Kalau kat situ nak buat tempat masak2, space akan jadi lagi kecik. Ruangan nak letak barang2 electric akan jadi limited. Pendek kata memang akan cramped la kat situ. Itu pendek la kata, panjang iye kan aje. Hahahaa. Lahhhh, sempat bergurau lagi. 😂

Yard tepi dapur. 
Master bedroom. Pun sama track light kene tukar.
2nd room. Pun sama kene tukar track light.
3rd room. Yang ini xde masalah sebab xde track light.
Balkoni ok sebab xde apa sangat. Lepas nie boleh la deco2 sikit balkoni. Letak rumput tipu2 ker, letak parkir tipu2 ker. Tengok la cemana.
Night view dari balkoni rumah. Tinggi kan. Tah la. Walaupun tinggi tapi bile berdiri dekat balkoni and tengok bawah. Xde rasa gayat yang melampau. Kite sebenarnya gayat tempat tinggi nie. Rasa macam nak terjun je. Xtau kenapa ada rasa macam tuh. Tapi bila berdiri dekat balkoni rumah kite, xde rasa apa2. Xde rasa geli2 perut ke, gigil2 kaki ke, memang xde. Agaknya sebab kiri kanan depan ada block rumah kut. Kire jenis yang x open. Tah la kite pun xtau nak explain macam mana. Orang asyik cakap, uish tingginya rumah. Gayat betul. Tapi x sebenarnya. 😅. But even xde rasa gayat, invisible grill kene ada. Jangan risau, dah siap pasang dah pun invisible grill. Sebab tuh relax je nak lepaskan anak2 kite main dekat balkoni without kite punya supervision. Cer kalau xde. Mau menjerit2 kite suruh anak2 masuk jangan main dekat balkoni. Risau oiiii. Bukan tinggi2 manja. Tinggi ya amat. Hiks.

InsyaAllah kemungkinan besar bulan 3 dah boleh start tido2 kat situ. Kene pulak time cuti sekolah. Boleh la duduk situ. Angkut anak2 buah kite sekali. Bawak mak kite duduk situ bagi dia rasa “angin” lain. Hahahaha. Kite pun senang nak pegi ofis. Memang 5-10minit dah sampai. Uish bestnya lahai kalau gitu. Tenanngggggg hidup ini.

Rumah kite simple je. Xde yang extra-vaganza sangat. Tapiii tetap kite bersyukur. Alhamdulillah. 

Wednesday, February 1, 2023

:: Sekali Dia Surprisekan Kite La Wak ::

 Surprisekan?. Surprise apakah???. Siapakan yang surprisekan kite??.

Siapa lagi yang nak surprisekan kite sampai kite nak buat coretan kat sini to express my appreciation towards that “siapa”. Hasben kite la siapa lagi. 😘

Semalam ke kelmarin tah. Hasben kite ada forward something. Forward info yang Kerispatih akan buat concert dekat KL. Ohemgeeeee!!!. Masa dapat info tuh kite macam wah bestnya Kerispatih datang KL buat concert. Then kite cakap la kite minat Kerispatih. Lagu2 dia banyak yang best2.

Then takat tuh je la.

Sekaliiiiiiiiiii hari nie (KL cuti), tengah2 kite melayan si rambut kinting yang tengah menyondol2 muka kite nie, hahahaha, dapat text dari hasben kite. Dia xde dekat rumah sebab bawak qisya dengan bobot pegi swimming class. Hasben kite send photo. Kite pun download la photo tuh. At first duk bajet yang hasben kite send apa2 info pasal sofa ke, langsir ke, dining table ke, or apa2 je la yang berkaitan dengan perabot. Kiteorang skang nie memang tengah survey perabot rumah untuk rumah baru. 

Alih2 bila dah download photo, kite macam pelik kenapa macam purchased receipt je. Bila kite tenung and baca, ya Allah, rasa macam nak nangis. 

Tiket Kerispatih gais!!!. 😭😭😭😭😭😭😭.

Terkejut kite. Serious kite x expect pun yang hasben kite akan beli tiket and kite pun tidak la kata mengharapkan or hint2 dekat hasben kite yang kite nak pegi. Kite cuma cakap yang kite minat Kerispatih and lagu dia banyak yang best2.

Sebab “isteri i kan sukaaa” or sebab dia pun nak pegi and dia pun layan lagu2 Kerispatih. Selamba jadikan i alasan. Hahaha. Cer kalau kite cakap yang kite minat artis or group yang dia xlayan lagu2 artis/group tuh, mesti krik krik krik. Wakakakaka. Sebab dia tau kite minat Anuar Zain. Minat gilerr. Masa bang nuar buat konsert dengan ziana zain, dia relax je. Kihkihkih. 

But sokay, aiii is veri de hepi today. Ada masa lagi nie nak recall lagu2 Kerispatih. Huahuahua. 

Tanya jugak ada pulak tiket. Bukan selalu kalau nama2 yang besar nie buat konsert, sekejapan je ke tiket dah sold out. Hasben kite jawab, “dah tuh, tengok la harga tiket tuh berapa. Yang tiket murah sikit memang semua dah sold out. Ada row betul2 depan stage tapi macam over la pulak. So i amek row belakang sikit dari depan stage”. 

Ohemgeeeeee!!!. 😭😭😭. Kalau dia ada depan kite nie, dah lama polok2 dah. Hahahaha. 

Thank you domok aiiiiii!!!!!!. ❤️😘❤️😘❤️😘

Thursday, January 26, 2023

:: Suami Berdiet Baru Dapur Berasap ::

 To be honest, kite memang jarang masak. Weekdays lagi la. Memang xmasak. Sampai rumah dah pukul berapa, penat, dengan nak settledkan segala kemas beg school ifan, memang xlarat sangat. Dapur tuh sampai berhabuk la kadang. Hihihi.

Tapiiiiiiii, sekarang tidak lagi. Since hasben kite kata nak diet, dapur pun start la berasap balik. Sebab kite kene sediakan breakfast dengan lunch dia kat ofis. Breakfast tuh senang je la xyah nak kene masak2 pun. Kite buat overnight oat je untuk dia. Dia pun xkisah makan overnight oat hari2, so kite dah senang dah kat situ. But kite pesan jugak la, kalau dah muak bagitau, kite tukar. Hasben kite jawab dia ok je overnight oat, so alhamdulillah. Nak masak pepagi sebelum dia pegi ofis tuh memang xsempat la. Kite xsuka pagi2 dah start terkejar2, dah start penat.

So ini adalah menu lunch untuk hasben kite hari nie dekat ofis.
Brown rice + grilled salmon + mix vege

Tuna melt sandwich + pickles + chips.
Ini untuk dinner bila tah xingat. 

Xberapa nak diet sangat la menu nie. Hahaha. Mana maunya menu diet sebab cheese dengan roti . Dah la pakai roti biasa bukannya yang wholemeal. Huahuahua.
Ini pulak minggu lepas punya menu. 

Ikutkan ada banyak lagi tapi kite xamek gambau. hehehe.

Hari nie kite dah start pikir nak masak apa pulak untuk esok dan jugak minggu depan on weekdays. Weekend selalu hasben kite cheat day. Hahahaha. Kite ajak hasben kite berlari dia xnak. Kalau xbersenam susah and lambat nak kurus. Takat diet makan mana maunya. Kene la seimbang makan dengan exercise. Haish, jenuh nak mengajak orang tua tuh berlari dengan kite. Bertahun dah ajak tetap jawapan yang sama. "It's ok, no thank you. Sebab i hanya akan berlari untuk ke hati u je". Wowwwzzaaahhhhhhh. Wahahahhaha. Hadeh.
 
Suka nau bagi ayat2 pickup line. Kalau kite hulur dessert or something yang manis, xde la manis mana pun. Jawapan dia, "i don't want. Sebab u sendiri pun kan dah manis. tunggu nak kene potong kaki je nie sebab u manis sangat". 😂. Kalau kite puji perempuan cantik, "cantikkan perempuan tuh. suka i tengok muka dia. lembut je. manis je". Hasben kite akan jawab, "noooooo. xcantik. isteri i lagi cantik. cantik sangat sampai selalu buat hati i berdebar2". Wakakakakakakakaka. Wehhhhh, hadoiiiii. Ehhh, banyak la lagi kalau ikutkan dia punya pickup line. Halahhhhhh, geram je kadang.

Kayh la nak google menu diet jap. Semoga kite istiqomah la hendaknya. Hiks.

Wednesday, January 25, 2023

Kat Mana Tempat Yang Boleh Balut Sofa

Kat mana tempat yang boleh balut sofa. Itu la yang kite google almost sebulan yang lepas. Kite mencarik tempat yang boleh balut cleopatra sofa kite. Dah teruk sangat conditionnya. Sakit mata memandang. 

Dengan ada marker merah hasil seni si rambut kinting lesung pipit nak sebelah. Dengan ada stain kuning yang xhilang masa memula beli dulu sebab kene air tangki bila tangki bocor. Dengan kesan kotor hasil calitan tangan anak3. Dengan kusyen yang dah bertukar warna sebab hasben kite campur sekali dengan towel warna grey. Dengan kain kat belah bawah sofa dah tercabut. Xker sakit mata memandang. Tapi kemuncak nak balut cleopatra sofa tuh sebab nampak ketara marker merah merata la. 

Kite pun cakap la dengan hasben kite. Alih2 hasben kite bagi green light. “Carik la orang yang boleh balut sofa”. Elok je hasben kite mentioned gitu, apalagas, terus bermulanya pencarian la. Kite search kat google. Tapi macam xmembantu sangat. So kite carik kat FB. Ada la few yang kite dapat. Itu pun setelah di-narrow-ed down kan. Kite carik based on location kedai, review customer, hasil kerja and bilangan orang yang like page tuh. Ye la bende kite nak bayar dengan duit. And balut sofa nie bukannya 300-400hengget. Makan ribu oiii. So kene la carik yang betul2 walaupun ikutkan sudahnya kite kene tawakal dan berserah je bila dah confirm deal dengan kedai tuh.

Memula dah nak contact dah 1 kedai cina nie. Tengok ramai yang hantar and ramai yang bagi good review. Hasil kerja pun ok. Kat area2 ampang ke melawati tah. Tah xingat la. Tapi kite macam tergerak hati nak carik lagi. Sampai la kite jumpa satu page nie. 

Nie nama page kedai. 

Bila dah jumpa, tengok like pun banyak, tengok review ok, hasil kerja ok, and plus orang melayu kite sendiri kan, so terus kite contact owner. Bila dah contact, kite macam senang nak deal dengan owner. And cara dia deal pun buat kite senang hati and selesa. Tah la kite kan, kalau nak order apa2, or nak buat apa2 la, kalau cara orang tuh replied text kite macam malas2, macam xfriendly, terus akan buat kite macam turned off la. Put a stop terus. Bukan la nak kata kene mesra alam terlebih ramah yang sampai nak kene menjaga hati dan sanubari ke hape. But at least la, jawab dengan berhemah and buat customer senang nak deal and selesa. Itupun boleh buat customer terbuka hati terus untuk close deal. Xker korang jugak yang untung. Melainkan jenis yang xheran pun kalau hilang 1 customer, itu memang i raise my case la.

So bila dah deal, dah dapat quotation, kite pun send kat hasben kite. And dia replied, “ok onz”. Kite xtau la dia pikir ke idok sebab kalau send text ke apa2 ke time office hours selalunya dia xtengok sangat. Dia baca je tapi xberapa nak fokus. Bizi dengan meeting yang xsudah2. Kadang bila ada something yang urgent untuk dia bagi jawapan, text xreply, kite call. Call call xangkat. Sambil call tuh dapat text, “i xboleh nak angkat call u. Tengah chair meeting”. Urghhhh!!!. Seteresssss hakak!. Tapi tang sofa tuh dia setuju kire ok la. Kire dia aware la pasal harga and whatnot. Hahahaha.

Bila hasben kite dah setuju, terus kite replied text orang yang kite nak hantar sofa tuh bagitau yang kite confirm nak hantar kat dia. Esoknya sabtu dia datang rumah collect sofa and kite pilih material apa nak, color apa nak. Hasben kite yang pilih color sebab cleopatra sofa tuh port dia berbaring. Bila dah pilih, dia mintak bagi masa 2 minggu untuk sofa siap. Kami ok je. Bila sampai 2 minggu kite text tanya status. Dia mintak lagi seminggu sebab dia ada masalah kekurangan staff. So dia terpaksa amek part-timer. Itupun 2-3 jam je katanya sebab part-timer tuh bekerja kat tempat lain siang hari. So malam baru part-timer tuh boleh datang buat kerja. Kite pun ok je lagi seminggu. 

Jumaat lepas kite text tanya status. Kite bukannya jenis yang pushy. Hari2 nak call tanya dah siap ke belum dah siap ke belum. Bila orang tuh dah bagitau sekian2 hari or date akan siap, sehari sebelum baru kite akan text untuk confirmkan status. Then dia replied, insyaAllah sabtu dia akan hantar.

Hari sabtu hari yanv dinantikan dah kunjung tiba. Hahahaha. Dalam pukul 4lebih petang cleopatra sofa kite dah selamat kembali ke pangkal jalan. Kihkihkih.

Sukanya kite. Terus nampak macam sofa baru.

Sebenarnya kan sebelum sofa kite sampai, orang tuh ada hantar gambar sofa. Pastu kite macam, ehhh kenapa color macam lain. Kite forward kat hasben kite. Hasben kite xde rumah sebab bawak anak2 pegi swimming class. Pastu kite macam, “alaaaa, kenapa color sofa macam kelabu taik hanjing”. Hahahahaha. Hasben kite nak sedapkan hati kite so dia jawab, “lighting phone kut. Kan u yang pilih color tuh.”.

Mungkin jugak. Tuh kite cakap, “ehhh tolong sikit nyeah. Selamba je salahkan i. U yang pilih nyeah. Xpe la tunggu sampai sofa baru tau actual color cemana peginya”. Bila sofa sampai rumah, sekaliii, wahhh cantiknya. Dalam gambar color xsama. But bila actual, cantik color dia. 

Taraaaaa.
Cantik. Hasil kerja pun seriously kemas. 
See see. Siap lapik sofa semua dia tukar baru. 
Nampak x nampak x betapa kemasnya hasil kerja.

Material yang kiteorang pilih untuk balut cleopatra sofa nie adalah italian leather. Italian leather nie lebih berkualiti la dari PVC leather dengan apa tah lagi satu nama leather tuh. Xingat. Ehhh ke xda dah nama leather yang lain. Ehhh, ke ada. Ahahahhaah. Gasak la kat situ. 

Italian leather nie tahan sikit. And of course la harga pun lagi mahal dari PVC. Harga untuk kite balut cleopatra sofa nie adalah RM1,700.00 (matilanak bagitau harga. jangan ada yang xsenang duduk sudah ler ye. hopefully tidak dijadikan modal untuk menyebut2 nama kite dengan cerita2 yang tidak enak. tenang tenang saje sudah.). Kut la kalau korang ada nak balut sofa jugak kan. Kire gitu la harganya. But itu adalah harga kite and harga xkan sama ye u’olls. Kite bagitau harga kite balut sofa tuh adalah untuk korang boleh untuk estimate harga. Tapi harga pun depends pada size sofa/kerusi, panjang sofa/kerusi, material, delivery and few other things la. 

So skang nie consider settled dah la sofa raya kite. Hahahaha. Actually xterpikir pun nak balut sofa sebab nak ghaye. Ada adik nie comment kat FB kite nyebut sofa raya then baru kite macam, ehh aah la. Kan dah nak raya. Ok, so consider settled dah la sofa raya kite. Huahuahua.

So korang, memang kite recommend la tempat yang kite hantar sofa untuk balut. Plus, orang melayu kite. Muda lagi orangnya. Senang nak deal and selesa bila tengah deal. Baik and berbudi orangnya. Jadi boleh la contact orangnya. Contact number boleh amek dari page kedai tuh sendiri. 
 
Mungkin jugak ada yang akan cakap, RM1,700 harga balut sofa?. Baik beli baru je. Terpulang. Ikut masing2 nak cemana. Macam kite nak beli sofa baru sayang. Cleopatra sofa tuh elok lagi. So sebab tuh kite balut.

Tuesday, January 17, 2023

:: Bobot Buat Nenek Menangis Dekat Mekah ::

 Bulan december lepas memang bulan sakit untuk kami anak beranak. Start dengan bobot berakhir dengan hasben kite. Tapi yang paling teruk bobot la. Bobot start sakit hari yang sama nenek pegi umrah. Cuma diawalnya xteruk sangat lagi. Bila test covid, alhamdulillah negative. 2-3 hari demam lepas makan ubat yang ada xjalan, kite mintak hasben kite bawak pegi klinik. Sebab bila tengok tekak bobot nampak tonsil dia bengkak. Memang ubat dia adalah antibiotik je la. Tapi bila dah pegi klinik, 2-3 hari masih macam tuh. In fact, lagi worst. Asal makan muntah. Xmakan pun muntah. Hari2 muntah. Sehari berkali2 muntah. Air xnak minum sangat. Makan apatah lagi dah kalau asyik muntah mana sempat nak hadamnya. Memang bobot selalu jugak la kene tonsil bengkak tapi masa kene bulan lepas lain sangat. Dah makan antibiotik pun tetap xde perubahan. Kite dah start risau.

Dah la kiteorang nak ke penang sebab ikut hasben kite pegi bengkel. Xkan bobot tengah sakit nak hangkut pegi sana. Mau lagi sakit dia nanti. Bobot banyak melepet je. Banyak tido sebab xde energy. Badan dah kurus sebab xmakan sangat. Badan panas on off. Time bobot sakit, nenek ada dekat Mekah. Hari2 nenek akan video call. Hari2 tuh jugak la nak tengok si bobot. Nak tengok bobot ok ke tidak. Dah x keruan nenek kat sana. Hati xtenang mikir cucu kesayangan xsihat. Lagi buat nenek sedih bila tengok bobot xbermaya, badan kurus. Kite rasa bobot bukan takat tonsil je bengkak, at the same time rindu dekat nenek kut. Selalu mintak nak video call nenek. Selalu cakap, “mommy, bobot miss nenek. Bobot always think about nenek”. ðŸĨš

Malam final world cup, hasben kite keluar tengok dengan kawan2 dia. Pastu kite whatsapp la kata bobot demam lagi, and kite risau sebab kejap demam kejap tidak. Dah bagi makan ubat, dah jerlum segala tempat, tapi masih gitu. Kite risau bobot dehydrated. Bobot memang xbermaya langsung. Kite mintak hasben kite bawak pegi hospital sebab xok lagi. Terus hasben kite kata nak bawak pegi hospital malam tuh jugak. Dah la pukul 1lebih pagi masa tuh. Nak tunggu dia sampai rumah dah pukul berapa. Kite cakap, esok je la bawak pegi hospital terus. Walaupun hari tuh bobot xmuntah dah, tapi kene bawak jugak. At least bila dah masuk water drip, sbb dia ada energy sikit. Kalau nak admitted pun biar admitted time tuh and masih kat kl. Kang apa2 jadi kat penang, mana nak carik klinik. Xkan nak admitted kat hospital penang. 

Esoknya kite kat ofis, tengah lunch mak kite call tanya bobot macam mana. Puncanya sebab,

Gambar nie. Time nie bobot ikut hasben kite pegi ofis. 

Pastu mak kite menangis. Halahhh lemahnyaaa lahai. Mak kite menangis2 suruh kite bawak pegi hospital. Siap merayu2. “Tolonglah dik bawak bobot pegi hospital. Mak kat sini asyik pikir bobot je. Hati mak xtenang. Tolong la dik. Mak kat sini kat depan Kaabah nie mulut asyik berdoa mintak bobot sembuh bobot sihat. Mak sedih la”. Allahuakbar. Kite pun menangis sekali. Tapi kite control suara. Xnak mak kite tau kite menangis. Kite cakap memang nak bawak bobot pegi hospital hari nie. “Bawak la dik bawak bobot pegi hospital. Xtenang hati mak mikir bobot. Jangan lengah2 bawak bobot pegi hospital. Mak mintak tolong sangat2. Mak risau tengok bobot”. 😭😭. Allah Allah Allah. Luluh hati. ðŸĨš. “Ok ok hari nie adik bawak pegi hospital. Mak jangan risau. Memang nak bawak dia pegi hospital pun hari nie”. 

Petang tuh balik kerja, hasben kite pun dah balik, terus pegi emergeny kat hospital columbia setapak.

Melepet je bobot.
Kurus dah anak mommy. ðŸĨš
Alhamdulillah masa nie dah xmuntah. Nak jugak la dia makan. Walaupun segigit dua sandwich. Daddy siap shopping kat familymart beli makanan feveret bobot pun xlalu dia makan.

 Dah jumpa doctor, dah amek darah untuk check whether denggi ke, viral fever ke, covid ke, apa ke. Doctor tanya nak admitted ke?. Laju je kite jawab yes. Tapi nak tunggu masuk ward lamanyaaaaaa. Berejam. Sebab katil penuh. Kalau katil penuh jangan mimpi la single room ada kosong. Hasben kite stay-ed dengan bobot. Kite kene balik sebab dah lambat. Nak amek qisya dengan ifan lagi. Nak kemas2 baju2 hasben kite lagi, nak amek beg laptop dia lagi. Nak kene hantar semua barang hasben kite kat hospital lagi. Lagi dan lagi. 

Tengah2 bobot demam, ifan dengan qisya pulak demam. Allah. Alhamdulillah la ifan nak jugak makan ubat. Sebab ifan nie tersangat susah nak makan ubat. Tapi makin besar, alhamdulillah ada senang sikit. Sebelum nak bagi makan ubat tuh kene bagi kata2 semangat, kene puji2 melambung sikit, kene bersorak2. Dengan syarat, jangan main sumbat je. Biar dia sendiri yang nganga mulut dia dengan kerelaan hati dia. Kene tinggi kesabaran memujuk la. Kihkihkih. Tapi kalau segala pujian segala sorakan segala kata2 xjalan, kite terpaksa keluarkan killer words kite. Killer words keluar je dari mulut kite, akan terus buat dia nak makan ubat. “Baby nak mommy kepit ker?”. Haaaaaa itu la killer words kite. 💅ðŸŧ. “No” yang dijawab. “Kalau no come here eat ubat”. Terus dia datang dengan hati yang tidak rela. Hahahah. Xkisah la rela ke dipaksa terpaksa ke, janji datang makan ubat.

Time demam memang ifan tido dengan kite kat hall luar. Xde ekon2. Even xde ekon pun sah sejuk dah. 2-3 hari gak la ifan demam. Tapi lepas kite rajin duk jerlum kepala, celah2 ketiak dengan celah2 pelipat dia, alhamdulillah dah ok. Qisya pulak yang x kebah2 demam. Risau qisya demam masih risau tapi kurang risau sebab qisya xde muntah2. Masih nak makan masih nak minum.

Sedih betul tengok bobot. Time nie masih dekat ER. Hasben kite kata bobot dapat tido kat katil dalam ER 
 sebab nurse kesian tengok bobot tido atas kerusi depan registration counter. Sambil2 tuh masukkan water drip. 2-3 jam kut menunggu nak masuk ward. Ke lebih. Kul 1 ke kul 2 pagi tah baru dapat katil.

Nie keesokan paginya. Nampak segar sikit muka. Halah chian anak mommy. 1st time bobot masuk hospital. Monyok kenapa tuh. Bobot kan strong boy!. Chaiyok!.

Hasben kite bagitau result blood test. Alhamdulillah xde apa2 yang serious. Bukan demam denggi, bukan covid. Cuma viral fever and doctor detect-ed ada bacteria dalam darah. Xserious tapi kene on drip antibiotik.

Selfie seround dengan orang yang tengah sakit yang muka serupa dengan mommy nie. Huahuahua. Sedih tapi mommy control macho. Tanya jugak hasben kite dia tido cemana. Dia cakap tido atas kusi. Bila tanya kenapa xtido sekali dengan bobot atas katil. Hasben kite cakap diawalnya gitu la sekali tengok bobot xselesa sebab sempit So dia tido la kat kerusi. 😅. 

Ok, faham faham. 😝😂

Titik ubat apa tah kat hidung tuh. 

Nenek xtau bobot admitted kat hospital. Memang xnak bagitau. Kalau nenek tau lagi la xkeruan nenek kat Mekah sana. Adik beradik kite pun xde siapa yang bagitau sebab masing2 tau mak kite macam mana. Ngeeee. 

Masa kite sampai hospital, makanan bobot untuk dinner dah ada. Tapi bobot kata dia xnak makan food hospital. Dah gitu terpaksa la pegi makan kat kedai mamak tepi hospital je. Masa mintak nurse cabutkan tiub, nurse cakap, “xpe la awak pegi la jalan2. Stress ye bising sebab adik2 cry”. Hahahaha. Bobot masuk ward yang ada 5 ke 6 katil tah. Single room masih waiting list. Yang satu bilik dengan bobot semuanya baby umur setahun ke 3 tahun. Dia sorang je yang dah besar. Masa kite ada, semua duk bersahut2 menangis. Tapi kite xde pun rasa annoying. Kesian lagi ada la. Biasalah budak2 tengah sakit. Semua bende xkene, semua bende xselesa. Apa yang derang boleh buat, menangis je la. Kite explain bende sama dekat bobot. Bagi contoh kalau dia sakit, kakak sakit, ifan sakit. Macam tuh la. Alhamdulillah dia faham. Tapi xde la bobot marah ke apa ke. Dia ok je. Cuma kite saje je la explain. Bobot complained satu je. “Daddy snore so loud. I cannot sleep”. 😂😂

Tengah makan sekali henfon bunyik. Halamakkkkk, nenek buat group video call la pulak. Nak join ke xnak join. Serba salah rasa. Dalam 10-15minit, baru kite join. Nenek nampak je bobot, terus ceria. Tapi kecerian tuh xlama. Nenek tanya bobot macam mana. Xcakap apa2, terus bobot tunjuk tangan dia yang berbalut ada IV cannula. Time tuh terus menangis nenek. Marah nenek dekat semua orang. “Kenapa xbagitau bobot masuk hospital. Patutlah tadi bila mak tanya bobot macam mana masing2 semua kata xtau xtau je”. 😎

Sorry mak. Bukan xnak bagitau. Kami orang xnak mak risau je kat sana. 

Alhamdulillah after 2 days admitted, bobot dah discharged. Hasben kite mintak. Sebab hari yang sama bobot discharged, kami nak berangkat ke penang. Plus, bobot pun dah segar. Dah xdemam, dah xmuntah. Cuma tonsil dia xberapa nak elok lagi. Tapi tonsil tuh kire ok lagi sebab boleh makan ubat apa semua. Janji yang lain2 dah clear, syukur alhamdulillah. Qisya pulak masih demam. Badan panas. ðŸĨš

Kat penang xmandi pool. Bathtub pun kite xbagi berendam. Memang stay-ed dalam bilik semata. Qisya demam, dengan bobot and ifan baru baik demam. Xberani nak bagi mandi pool. 

Alhamdulillah dah ada selera makan. Muka pun ale sinyum. 

Nenek video call asyik nak tengok muka bobot je. Kihkihkih. Ada sekali tuh bila kite kat lobby hotel nak tunggu grabfood, nak jugak tengok muka bobot. Padahal bobot kat dalam bilik teman kakak dia. Kite dengan ifan je turun. Selagi x tengok muka bobot cucu kesayangan dia tuh, selagi tuh la duk tanya bobot mana, nak tengok muka. Hahahaha.

Tengok la si ifan tuh. Tangan tuh tangan tuh. Jentik kang tau ler. 

Sepanjang bobot xsihat, alhamdulillah ifan behave sangat. Xde la buat abang dia macam selalu. Sebab kite selalu cakap, “baby jangan buat abang okayh?. Abang xsihat. Abang sakit. Shian abang”. And ifan jawab, “ok mommy. Abang akit?. Abang mam (demam)?". Tetibe jadi sweet sangat. Bila dengar abang muntah, dia berlari masuk toilet. “Abang untah (muntah) mommy?”. Pastu dia usap2 belakang abang bila abang muntah sambil tanya, "bobot ok?. bobot ok?", amekkan towel lap mulut abang, amekkan air bagi abang minum. Sebab bila kite nak buat dia xbagi, “mommy, i hep (help) u. Baby hep (help) u. Mommy, give me give me. Ifan do”. Pastu asyik tanya, “abang, u ok?. Abang good?. Abang mam (demam)?. Abang nak untah (muntah)”. Halahhhh comelnyaaaaa. 

Tapi elok je abang dah sihat. Haaaa tuh dia, dia dah start dah bergumpal dengan abang balik. ðŸ˜Ŧ. Qisya masih on off demam. Setiap kali kite jerlum kepala dia. Pelipat2 semua kite basahkan dengan air. Last day nak balik, alhamdulillah sihat dah qisya.

Mak kite sampai KL dari Mekah kite xsempat nak jemput kat KLIA. Sebab hari yang sama mak kite sampai, kiteorang baru bergerak dari penang. Malam sampai KL terus pegi rumah kakak kite kat BSP (bandar saujana putra) jumpa mak kite. 

Tengok la bobot tuh. Terus melekat dengan nenek bila dapat jumpa nenek. Ikutkan dia nak stay kat rumah kakak kite tapi kite ajak balik. Asalnya xnak. Muka dah sedih dah. Kite pun pujuk la, "bobot ikut mommy balik okayh. Nenek xsihat. Bagi nenek rest dulu okayh. Nanti kite jumpa nenek lagi". Last2 bobot akur. Alhamdulillah. Dah boleh dengar cakap dah bobot. Atau balik sebab takut dengan kite. Hadeh. 

Haih lah cucu kesayangan nenek nie. Cucu ranking no 1 katanya. Cucu2 yang lain dah redha dah. Cucu ranking no 1 tuh cucu2 yang lain bagi sebenarnya bukannya nenek yang cakap. Nenek cakap semua sama je nenek layan, semua sama je nenek sayang. Tapi cucu sulung siap, “ye la tuh. Mana ada. Nenek sayang bobot lebih. Aliya sekarang ranking yang last”. Siap senaraikan ranking cucus yang xtahan tuh. Ranking cucu sulung dah jatuh paling akhir. 😂😂😂. 

Ini la kisah yang buat nenek sampai xkeruan, menangis, hati xtenang bila kat Mekah asyik pikir bobot je. Sebab bobot xsihat. 😎

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...