Tuesday, December 6, 2022

:: Rambut Sokmo Masuk Hidung ::

 Rasanya ramai yang sedia maklum yang antara anak2 kite yang 3 orang tuh, anak bongsu kite punya rambut lain dari kakak dengan abang dia. Rambut dia je yang curly.

Ikutkan rambut dia panjang tau. Tapi sebab curly bergulung2, xnampak kepanjangan rambut ifan. Kalau mandi, rambut depan dah sampai hidung dah. 

Tengok la tuh. Apa yang abang pegang, itu yang dia nak. Sebab tuh la kat tangan dia ada jam sampai 2. Dengki betul lahai dengan abang. Pastu, “mommy, mek ambar baby (amek gambar)”. Eiii geram la. Dengan gigi taring dia tuh.

Eeeiii getisnya muka tuh. Rambut ifan xnampak panjang sebab rambut dia sejenis rambut yang bergulung2. 

Bila ajak gunting rambut, dia xnak. “No no, no cut hair. Baby no cut hair”. Susahnya lahai nak pujuk dia gunting rambut. Pastu dia pulak suruh kite yang gunting rambut. “Mommy ting ambut (gunting rambut)”. Ishhh ifan ifan. Rambut mommy dah pendek macam jantan dah ifan. Dah xboleh nak gunting lagi dah. Kalau  gunting jugak xtau la cemana rupa dah. Jadi skinhead kut. Hahahaha. 

Dah la suka mengendeng dekat kite. Rambut dia sampai masuk dalam hidung, kene dekat muka. Gatal nak oiii. Bila betulkan rambut dia, dia marah. Ifan nie memang pantang betul kalau orang usik rambut dia. 
Ini makngah punya kerja. Ikat rambut dia. Lain nau muka ifan bila ikat rambut. 
Tapi sekejap je tahannya. Lepas tuh merengek suruh bukak. 
Tengok la rambut dia tuh. Bad hair day ke ifan. Serabut bethol rambut tuh. Tapi nampak hensem la pulak. Hahaha.

Bila tengok gambar dia kat atas tuh, tetibe macam nampak muka ifan macam ala2 iras sorang pelakon lelaki tuh. Hun Haqeem. Alaaa si jekfer tuh. Berlakon dalam cite kampung people.
Gigih mak kau collage kan gambar sebelah2. Hahahaha. Kalau x sama tuh mungkin mata kite je la kut. Hun haqeem version budak and version mata besar. 😂

Ifan nie kalau ikutkan manja dengan kite. Tapi kalau dekat luar, kat depan orang, dia tunjuk yang kononnya dia nie anak daddy bukannya anak mommy. Nyampah!. Kat rumah, baru anak mommy. Xboleh la kite nie hilang sekejap dari pandangan mata dia. Mulalah mencarik2, memanggil2. Bila dah jumpa, merajuk. Dah la sejenis susah nak pujuk. Kalau kite kat dapur nak masak, start dah dia buat hal. Mengamuk2 suruh kite keluar. Sebab tuh la kite dah lama xmasak. Sebab nanti kite stress yang amat stress. Mana nak masak, mana nak melayan ifan mengamuk xhenti2, duk tarik baju seluar bagai. Belum lagi dia campak segala2 bende yang ada kat dapur bila kite xlayan and buat xtau je dengan dia. 

Pastu ifan nie kuat jealous. Dia xboleh kalau tetibe kakak ke abang ke duk mengendeng bermanja dekat kite. Dia akan datang pastu halau sesiapa yang ada dekat kite masa tuh. “Go go. Goooo. No, baby turn”. Hahahaha. Lepas kakak dengan abang dah dihalaunya, dia la pulak duk peluk kite, cium2 kite. 

Bukan takat kakak dengan abang je, dengan hasben kite pun sama dihalaunya. Jealous jugakkk. Hahahaha. Hasben kite dah tau anak jealous, lagi disakatnya anak. Kalau nak tidokan ifan, selalu kite akan baring tengah2. Kadang ifan tengah2. Ikut mana dan la. Lepas ifan tido baru kite pegi tido dekat sofa bed kat hall luar bilik. Katil walaupun cantum 2, tetap kite akan tido hujung2 katil gais. Sakit badan bila bangun. Itu yang kite tido kat sofa bed. Tenang pun ye jugak sebab dapat kongker sofa bed tuh sensorang. Tapi tuh la, kan kite ada mentioned yang kite nie xboleh hilang dari pandangan ifan. Walaupun dia tengah tido, kalau terjaga kite xde, mulalah mencarik. Tau2 je asal xleh bergerak nie. Rupanya dia tido kat sebelah dah. Kadang tuh, sedar2, tiga2 anak kite duk berhimpit dengan kite kat sofa bed. Mujur la sofa bed ala2 queen size. Kalau kecik xtau la cemana nak tampung kiteorang 4 beranak. Kihkihkih. 
 
Hasben kite dah tau anak dia kuat jealous, saje je dia duk peluk2 kite, tangan letak atas kite, pastu duk tolak2 ifan ke tepi. Ifan balas dengan tolak2 tangan daddy dia. Bila agak2 macam daddy xreti bahasa, ifan akan bangun tido kat tengah2. Xjalan jugak, last resort dia akan menangis. Apa lagi, mengamuk la ifan lepas tuh. Menangis xsudah. Baru la daddy bergerak. Hahaha.

Kadang kite pun sama menyakat si ifan. Bila hasben kite tengah baring, kite saje menyelinap sebelah hasben kite. Bila dia nampak tuh terus berubah muka. Pastu pegi menyorok kat mana2 sudut, menangis. Sampai la kite pegi amek dia. Comel. Masalahnya, bukan takat baring je, duduk rapat sebelah hasben kite pun dia xbagi. Ifan akan datang kat kite, tarik tangan, pastu bawak kite kat kerusi lain, suruh kite duduk. “Mommy seat. Baby seat mommy”. Yang xtahan siap jeling hasben kite, “daddy, no”. Hahahaha. Hailah ifan ifan. 

Lain dari yang lain ifan nie. Kadang hilang sabar dengan dia. Pastu bila orang marah, dia siap boleh cakap, “nak arah pi ne shabar (nak marah tapi kene sabar)”. Pandai nyeahhh. 
 

Monday, December 5, 2022

:: Irfan’s Year End Concert, Bobot’s Graduation ::

Semalam konsert year end irfan and bobot, and bobot punya graduation sekali. Selama nie dapat morning session tapi tahun nie dapat evening session. Sampai brainy bunch hq kat cyberjaya dalam pukul 12pm. Start event pukul 2pm. Ya Allah lamanya nak menunggu. By right concert and graduation campus bobot masa bulan 11. Tapi terpaksa postponed sebab time tuh hari mengundi. Eh jap, baru hari nie kite teringat banyak rupanya mangkuk2 dalam kabinet rumah kite yang nak xpakai and xguna. Tiberh!

Masa sampai tuh and dah dapat masuk hall, terus hantar anak2 kite dekat dalam bilik persalinan derang. Kite bawak ifan dengan bobot and aunty pulak ada 2-3 kids dengan dia. So apa salahnya kalau kite ikut aunty sampai ke dalam. Menyenangkan urusan orang kan lebih baik. Bila nak tinggalkan ifan, dia boleh meraung pulak. Mujur ada aunty class ifan, aunty hayat. Elok je bagi kat aunty hayat, kite cabut lari terus. Takut lagi lama lagi berdrama si ifan. 

Punyalah lama menunggu sampai ifan sempat lagi tido. Aunty hayat whatsapp kite personally bagi gambar ifan dengan video dia. Hahahaha. Tanya jugak aunty hayat lama ke ifan menangis. Kejap je katanya. Nasib baik abang ada dekat2 situ je. Dapat duduk dengan abang sekejap terus senyap and ok dah lepas tuh. Fuuhh lega hati mommy. Mau xlega. Kite risau je takut nanti mood dia membawak sampai ke atas stage.

Hahahaha. Pikir apa tuh ipan. Hahaha.


Tergelak2 kite tengok video2 yang aunty hayat bagi. Mengantuk sangat nampak gayanya. Sambil duduk pun boleh tido. 😂😂. 

Bila konsert dah start, lega sungguh lahai. Ponek koi nunggu sampai lolok2 la hasben kite dibuatnya. Campus bobot yang buat opening konsert. Excited gila kite bila nampak bobot berdiri berdepan dengan microfon. Eeiii dah nampak besar sangat dah dia masa tuh. 

Time nie tengah recite surah Al-Fatihah

Yang nie kite xingat surah apa.

Lepas bobot, turn ifan pulak. Playhouse campus ifan campur dengan campus lain. 


Apa blur sangat muka tuh ifannnnn. Dengan kopiah besar sampai ke kening. Hahahaha. Aunty hayat kata masa nie dia baru bangun dari tido so masih mamai. 😂. Xpe la ifan. Mamai pun mamai la janji x menangis atas stage. Legaaaaaaa hati mommy. Phewwww.

Ini pulak masa konsert bobot. Group bobot nyanyi lagu Mockingbird by Eminem u’olls. Video ada tapi panjang sangat xboleh nak upload.

Video konsert ifan je yang lepas nak upload.


Halahhhhh. Comelnya ifan. Kemahen lagi nyeah berdansa. Enjoy sungguh ifan menari. Good job sayang mommy!. Aunty hayat pun lega sebab students from playhouse xde yang cranky and semua menari masa konsert. Katanya masa praktis, ada yang xnak menari, ada yang diam je. But on actual day, semua menari and semua bagi kerjasama. Aunty pun comel je menari kat depan stage sekali dengan student playhouse. Their hard work paid off. Congratulations auntiessss. Hahaha.


Ini masa derang release-d kan students from playhouse. Alhamdulillah masa nak amek ifan dia xnangis. Happy sungguh dia. 
Mommy so proud of u. Good job sayang mommy. U did well. 💪🏻

Selepas segala konsert dari semua campus dah settled, yang mana xde anak nak graduate, dah start beransur. Tinggallah parents2 yang menunggu anak2 nak convo. 
Halah bobotttt.
Alhamdulillah dah selamat graduate dari Brainy Bunch Prima Sri Gombak.
Congratulations bobot!
One with nenek. 
 
Sebelum convo asyik duk tanya nenek datang ke tidak graduation dia. Macam2 la ayat dia keluarkan nak pujuk nenek supaya datang jugak convo dia. Last2 nenek mengalah. Nenek kan, cucu dah keluar ayat killer, terus cair. Hahahaha.
Of course la gambar dengan mommy pun kene ada. Hahahaha.
Gambar satu family lagi la kene ada. Kihkihkih.

Antara "supporters" yang hadir. Hahahaha.

Habis bobot ajak semua orang. Pagi2 dah call mama (kaklong). Tanya kenapa mama dengan ayah xnak pegi convo dia la, ini last convo bobot la. Kite pun xtau la dia cakap apa lepas tuh sebab kite tengah bersiap masa. Last2 muncul jugak semua. Ikutkan abang ipar kite xnak datang sebab dia nak ada kerja urgent. Kene siapkan paper ke slide show untuk dia punya conference. Alih2 bila dah dengar suara bobot, ayat2 bobot, terus hati x tenteram. Itu yang datang jugak. Siap bawak laptop buat kerja kat situ. Aduhaiiii. Penangan bobot.
Antara "supporters" bobot sampai mati.
Ifan tuh laaaaa. Ada je gelagat dia tau. Dah la pakai baju rambu ramba. Nak pakaikan dia baju rambu ramba tuh pun jadik hal tau. Dekat rumah kemain bergaduh nak pakaikan dia baju konsert. Mengamuk2 xnak pakai. Bila kite duk sebut, "aunty hayat, tengok ipan nie. Dia xnak pakai baju konsert". Terus pasrah je lepas tuh. Haaaaaaa tau pun.

Lagi 3 tahun ifan pulak yang pakai. Sabar nyeah.

One with ayah.

Again, congratulations bobot. And of course la kene congratulate semua aunties dekat school bobot atas segala effort, all their harwork, their patience towards the students dalam menjayakan konsert yang sangat success. Kudos to them!. Bukan senang tau nak ajar students memorize surah and penterjemahan dalam english. Panjang2 pulak tuh. Salute betul kite dekat semua aunties. Dengan students from playhouse x cranky atas stage, semua enjoy the show. In a way, kite bersyukur sangat aunties dekat campus bobot dengan ifan semua baik2. Semua jenis yang ikhlas dalam apa yang derang buat. Alhamdulillah kite xpernah ada masalah dengan semua aunties. Dari start hantar qisya masa qisya umur 5 tahun, bobot umur 3 tahun (ehh ke 4 tahun), ifan 2 tahun. Syukur sangat anak2 kite dijaga dengan baik dan dikelilingi oleh aunty2 yang baik2 belaka.

Friday, December 2, 2022

:: Red Belt 2 - Taekwondo ::

Anak dara kite skang nie dah sampai level red belt 2 untuk taekwondo. Kite memang purposely masukkan qisya taekwondo masa dia kecik lagi. Qisya join taekwondo masa umur dia 5 ke 6 tahun tah. Xingat la. Saje masukkan sebab nak bagi keras sikit. And yang paling penting boleh belajar seni mempertahankan diri. Kebetulan pulak kawan ofis hasben kite coach taekwondo. Haaaa, just nice la. Itu yang terus register-ed qisya tuh. Anak perempuan kan. Basic kene ada. Biar x dibuli orang. Tapi jangan sampai dia yang membuli. Kite kalau tau, dari xde apa2 color belt dalam taekwondo, tetibe je kite akan terus ada black belt. Haaaa kau, black belt terus. Hahahaha. Memang itu jam kite ajak qisya sparing. Jangan main2 dengan mommy. Harap2 tidak gitu la ye qisya. Amin3.

Qisya nie seorang yang sangat lembut perwatakan dia. Masih lagi manja. Masih lagi nak dibelai, dicium, dipeluk. Sebab perwatakan dia yang macam tuh la kite masukkan dia kelas taekwondo. Xde la kata skang nie qisya terus kental hati dia and terror benau nak sparing. Tapi kite percaya kalau dia teruskan kelas taekwondo sampai besar, insyaAllah dia boleh. 

Every time hasben kite bagitau yang qisya nak grading kan, kite nervous. Boleh ke?. Dah ready ke qisya nak grading?. Bukan nak underestimate anak sendiri. Bukan2. Qisya kadang dah la banyak skip class. Risau dia x catch up steps. Banyak steps pulak tuh nak kene ingat. Kick, punch. Belum lagi cite taegeuk punye steps. Taegeuk tuh dah la ada banyak steps. Pastu hasben kite cakap, "Sir kata dia confident qisya boleh buat". Okayh la bila Sir dah cakap cenggitu, carry on je la. Haahahaha. 

Owh lupa. Setiap kali nak grading, akan ada grading fees.

 

Bila Qisya balik dia tunjuk board nie. "mommy, are you proud of me?". Heyyyy, of course i'm proud of you. Sobs.

Gambar nie masa qisya baru lepas grading untuk naik red belt 2. Red belt ada 2 level. Red belt 1 dengan red belt 2. Untuk naik red belt 2 kene patahkan board tuh. Alhamdulillah qisya boleh buat and dah passed the grading. So now qisya dah officially naik red belt 2. Alhamdulillah. Lepas nie naik black belt pulak. Tapi Sir kata tunggu tahun depan. Sebab nak naik black belt kene patahkan 3 board (ehh yeke?. Xingat dah kite. Itu hari ada hasben kite bagitau). Pastu lagi la banyak steps yang nak kene hafal. Sparing kite xsure sekali ke tidak.

Hasben kite cite la. Ada satu hari tuh dia terserempak dengan Sir kat ofis. Dah tuh rakan seofis kan. Hahahahaa. Duk bercerita la pasal taekwondo. Sir sedih and sedikit emotional bila cerita pasal qisya. Sir bahasakan qisya baby girl. Tapi dia hanya biasakan baby girl tuh belakang2 qisya la. Xpanggil depan2. Ye la dari umur 5-6 tahun sampai la qisya skang nie dah 9 tahun nak masuk 10 tahun next year. Consider qisya membesar depan mata dia. Terkenang masa qisya memula masuk dulu. Itu yang Sir emotional sikit. Ngeeeee. Hasben kite cakap, qisya kemain manja dengan Sir. Sampai berpaut2 la kat kaki Sir dalam kelas. Hahahahaha. Adeh, qisya qisya.

Kite xtau and xnampak sebab dah lama xpegi hantar qisya kelas taekwondo. Since kite pregnant ke ifan, sampai la skang nie. Kene pulak skang nie parents xboleh tunggu kat dalam kelas. Kene hantar and jemput kat bawah je. Lagi la jarang kite ikut. 2jam nak kene tunggu weh. Dengan kang dibuatnya ifan terberak ke, nak tido ke, mengamuk ke, nak susu ke. Susah. So better hasben kite je hantar. Tunggu ifan dah besar sikit boleh la.

Qisya xpernah la dia praktik kan apa yang dia belajar kat kelas taekwondo dekat adik2 dia. Walaupun adik2 dia buli dia. Paling kuat pun dia jerit je. Hahahaha. Pastu yang si ipan nie boleh tahan jugak. Kakak marah dia, dia melawan kakak balik. "Kakak nie. Amboi kakak nie. Nak tan (rotan). Mommy, tan (rotan) akak nie". Eiiii geramnyaaaaa. Tapi kalau bobot yang melawan balik kakak dia, memang kite akan tegur bobot. "Jangan melawan kakak. That's your sister. Your older sister. Bobot kene respect kakak and jangan melawan kakak, tengking2, marah2 kakak. It's not good".Dengan ifan je xleh nak cakap cenggitu lagi. Bukannya dia paham pun. Cakap la berjela2 sampai habis quota bercakap sehari pun. Tidak dia pahamnya. Kihkihkih.

Bukan apa, bagi kite kene tegur. Dari awal la kene tegur. Biar ada rasa hormat tuh, biar ada perbezaan antara sulung dengan no 2. Tapi kalau kakak duk beria tunjuk power sulung dia kat adik2 dia, pun kite tegur jugak. Hahahaha. Tapi kite xtegur depan adik2 dia la. Kite tegur bila berdua je dengan qisya. Sebab xnak maruah dia as kakak sulung tercalar. Cewah.
 Halah3.

Tapi alhamdulillah la. Walaupun duk bergaduh2, bersepak terajang masing2, qisya dengan bobot rapat. Kadang bobot duk peluk kakak dia, duk mengendeng dekat kakak dia, baring dekat kakak dia and vice-versa jugak la dengan kakak. Ifan pulak kalau dengan abang asyik nak ajak bergaduh je. Ifan yang selalu start buat abang dia. Abang pulak melawan balik. Wah, xnak kalah lagi si ifan walaupun dah kene debik dengan abang. Yang kelakarnya, dia duk menganjing abang dia. "Come on, come on". Sambil buat gaya penumbuk tangan nak ajak bergaduh. Alah gaya macam orang nak bersilat tuh, "haaa masuk, masuk". Tergelak2 kite tengok ifan. Kite duk perhati je perangai sorang2. Kadang kite biarkan je. And kadang bila ifan duk debik abang dia, and abang dia balas balik, kite buat xnampak je. 

Bila ifan menangis, itu maknanya memang sakit la kene pukul dengan abang. Sebab ifan nie, kalau dia boleh tahan, dia xnangis. Abang pulak pukul bukannya pelan2, ketepek bunyik kuat gila. Kite pulak yang jegil mata dekat bobot. Yang ifan muka relax je. Siap sambung nak bergumpal lagi. Haish. Dengan kakak pulak, ifan lebih kepada mengadu bermanja. Jarang la ifan buat kakak dia. Ada tuh ada tapi bukan selalu.

Sampaikan bobot ada cakap dengan kite. "Mommy, can you give me baby sister. i don't want baby brother anymore". Adehhhh, terkedu mommy xtau nak cakap macam mana. Sampai tahap bobot suruh kite jual si ifan. "Mommy, jual la ifan nie. Bobot xnak sayang ifan. Jual je la ifan". Kite tanya la berapa ringgit bobot nak mommy jual ifan. Dia jawab, "Jual ifan 2 ringgit". Wakakakkkakka.

2ringgit je ke bobot?. Xbalik modal daddy keluarkan duit bayar bil hospital masa mommy bersalinkan ifan. Ada lagi balance berbelas ribu lagi bobot oiii. Hahahaha. Masalahnya usahkan xbalik modal bil hospital, dengan 2ringgit tuh duit parking pun xbalik modal. Siap xcukup lagi. Sebab nak parking kat hospital kene bayar 5ringgit per-entry. 2ringgit jeeeeee bobot. Seriously?. You gotta be kidding bruh!. Hahahahaha.

:: Espira Kinrara Resort ::

Aduh kemahen lama entry nie nak di-publish. Taipnye dah lama tapi jenis stop sambung stop sambung. 

Sebelum nie kan kite ada up entry cite pasal 3 birthday untuk bulan november. Kan kat dalam entry tuh ada mentioned kite dengan anak2 pegi kat hasben kite yang tengah ada workshop dekat puchong. Xtau la nak kata puchong ke bandar kinrara. Hasben kite kata puchong. Tapi macam kat bandar kinrara. Hahaha. Tah la nanti korang google la nyeah.

Kiteorang stayed 1 malam dekat Espira Kinrara Resort. 

Saje la nak share kut2 boleh bagi idea untuk korang staycation kan. Ikutkan espira kinrara nie xde apa2 pun keliling untuk korang yang adults nie boleh buat apa2 aktiviti. Ehh jap jap. Ada la. Golf course ada la kat sebelah Espira resort. Kihkihkih. Kite tanya la hasben kite ok ke golf course kat sebelah tuh. Hasben kite cakap padang 4ting kat rumah kite lagi cantik. Padang 4ting tuh sebenarnya nama glamer untuk padang 4 tingkat. Dak2 sri gombak panggil padang 4ting dari dulu. Hihihih. Nothing much pun untuk adults boleh buat. Cuma kalau yang ada anak2 kecik tuh memang ok sangat la kalau nak stay sini. Sebab kite rasa tarikan yang ada kat espira kinrara nie adalah untuk budak2.

Dah kalau untuk budak2 kan, mesti la sebab pool. Kat tengah2 pool budak2 ada mini playground. 


Budak2 happy la. Yang parents kene bersidai kat tepi sementara nak menunggu anak2. 
Pagi2 lepas breakfast dah start berkubang dah masing2. 

Bilik pulak okayh la. Hasben kite kata kalau nak upgrade bilik yang balkoni betul2 mengadap pool budak2 kene tambah berapa puluh ringgit tah. Then kite cakap la kenapa xupgrade. Hasben kite kata bilik kat situ banyak problem. Macam2 masalah bilik katanya. Kang upgrade2, bilik problem buat apa. Cleanliness bagi kite so so. Why so so?. Bedsheet dia kotor. Macam xbertukar dari orang yang checked in sebelum kami. Mini fridge pun kotor. Nak letak makanan kat dalam tuh pun rasa macam geli.


Comel je tv dia. Tv kecik kite xkisah lagi. Tapi tv dia ada garisan garisan khatulistiwa tuh yang buat sakit mata tengok. Hahaha. Channel biasa2 je.

Ada 1 katil queen (ehh ke king nyeah. Lupa dah) size dengan 1 katil single.

Toilet

Shower. 

Pintu toilet dengan shower kat bilik nie xboleh tutup rapat. Sebab pintu dia kayu. Kayu kalau dah kene air kan jadik kembang. Tuh yang x boleh tutup rapat tuh. 

Balkoni nie mengadap tnb punye apa tah nama dia. Balkoni bagi kite xde masalah pun sebab bukannya kite duk melepak kat situ.

Biasalah resort lama kan. Tapi bagi kite sayang la kalau x maintain. Resort dia cantik. Luaran memang cantik. Cozy je.  Jalan dari lobi nak ke bilik cantik sangat especially bila malam. Macam ala2 resort2 kat pulau2. Hehe. Kalau management hotel jaga elok espira resort nie, kite rasa ramai je yang akan menginap kat situ. 

What do you expect sya ooiii. Kata pun penginapan ikut suami kerja. So terima je la seadanya. Kannssss.

Gambar last sebelum balik. 

Hasben kite tanya nak lunch x kat resort nie. Soalan kite satu je, “sedap ke makanan kat situ?”. Hasben kite kemain lama nak jawab. Ermmm ermmm je. Ok paham paham. Hahahaha. Sudahnya kiteorang pegi pavillion bukit jalil makan kat situ. Xjauh pun dari espira resort nie. 10-15 minit kut. 

Skang nie kalau nak bercuti and stay kat hotel, kite just ikut je hasben kite pegi outstation. Lately nie kerap betul ofis hasben kite buat workshop kat luar. Kalau kite boleh cuti, kite ikut la. Kalau tidak duk je la ontok2 kat rumah. Dah tuh, buat on weekdays hari bekerja. Memang la kene apply cuti kalau nak ikut. But then terasa rugi pulak nak apply cuti sebab kebanyakan buat dekat area2 kl. luar dari kl tuh berpikir2 la jugak. Selain dari ikut hasben kite outstation perihal kerja dia, buat masa nie kiteorang akan staycation kat area2 klang valley je. Kadang2 kan nak jugak different environment. Anak2 pulak duk merengek je dengan daddy derang nak tido hotel. Dah lama xtido hotel katanya. Padahal baru je balik dari tido hotel ikut daddy. Hehe. Tapi tuh la. Hasben kite xnak keluar dari kl. Luar dari kl semak katanya sebab skang nie orang ramai tengah balas dendam nak pegi bercuti. Ye la 2 tahun kene “kurung” kan sebab covid and pkp. 

Actually, lain sebenarnya kalau “bercuti” ikut hasben kite dengan pegi bercuti semata family kecik kami je. Biasalah dah kalau ikut hasben kite bekerja, mana maunya nak berjalan2. Duk dalam bilik je la. Last yang kiteorang pegi staycation few months back. Skang nie hasben kite akan booked service apartment. Dah xde dah 1 bilik hotel je. Dah tuh 5beranak kan. Mana muat nak berhimpit satu katil. Even katil king pun mana muat. Dah la anak2 kite tido lasak. Berpusing 360 darjah. Kene lak si ifan tuh ha. Dia dah la xboleh tido sempit2. Mengamuk je kejenya nanti. Kiteorang pernah stayed dekat serviced apartment Ascott KLCC dengan Dorsett KL. Maybe kalau nak staycation kat area2 kl nie lagi kene tunggu hasben kite dah reda dengan segala workshop, segala evaluation or segala conference dia. Hasben kite dah bagitau siap2 dah. Untuk beberapa bulan nie dia akan start bizi selagi projek dia xsettle. Hurmmmm. Baiklah. 

Nie lagi few weeks hasben kite ada apa tah kat penang. So dah alang2, ikut la sekali sebab kite kene habiskan cuti. Bulan 12 nie kirenya 2 kali kite akan ke penang. Dah la minggu depan kite nak ke penang untuk berlari. After 2 weeks, pergi lagi penang sebab ikut hasben kite gie outstation. Xpe la sebab penang kan. Berapa kali pegi pun xkisah. Dah nama pun sorga makanan. Hahahahha.

Friday, November 25, 2022

:: Now Saya Is Betul3 Nervous ::

 Serious kite nervous yang teramat sangat. Huwaaaaa.

Sebenarnya kan kite ada je kat rumah start dari selasa lepas sampai ke hari nie. Puncanya adalah,

Bukan positive mengandung ye. Tapi positive covid. Ye, positive lagi.

Hari isnin kite masuk ofis, bila test negative. Sebab kite kene test covid every 3 days and upload dekat system. Hari selasa dekat ofis, kite dah rasa lain. Sebelum pegi ofis dah rasa sakit tekak. Sempat la hisap Difflam sebijik. Kurang sikit lepas tuh. Dalam pukul 10pagi, dah start rasa lain. Batuk. Suara pun dah bertukar nak ke arah kejantanan. Hilang suara lunak merdu manjah aiii. Wakakakakaka. Dalam pukul 12tengahari gitu dah rasa lain macam. Tetibe seram sejuk. Bila dah rasa cenggitu, kite pun try la test kat ofis. Sekali naik double line. Try sekali lagi, ehh negative pulak. Try lagi kali ketiga, positive. Hurmmmmm. Memang terus balik la cite dia kan. 

Sampai rumah terus melepet. Badan panas seram sejuk. Sakit badan mencucuk2 lagi. Batuk. Adoiii xleh bawak bincang betul sakit dia. Berselubung dengan selimut sepanjang hari selama beberapa hari. Alhamdulillah anak2 negative. Tapi kite risau dekat ifan. Ifan xleh langsung berenggang dengan kite. Especially time nak tido. Selama kite positive nie, kite berdoa dan berserah dan bertawakal je supaya anak2 kite akan negative. Terutama sekali ifan. 

Tapi bukan itu yang kite nervouskan. Ada bende yang kite lagi nervous dari covid. Gila lah statement. Hahahaha.

Hari nie hati kite tetibe terdetik, “ehhh, dah courier ke belum nyeah?”. Baru je nak check email sekali ada orang tekan doorbell. Pelik jugak, barang apa je yang sampai. Mana ada kite order barang courier dekat rumah. Hasben kite kut. Sekali bila tengok parcel, nervous terus. Kenapa nervous?.
Nampak x apa yang terpapar kat situ. 

Penang bridge international marathon gais. Ya Allah, baru je terdetik, xsempat nak check email, sekali parcel dah sampai. Like you know im waiting for you la. Give me surprise surprise like that. I is very the shocked big big time. Hahahahaha.
Meriah race kit from PBIM. Yang rare tuh dpt rain coat. Tau la skang musim hujan. 😂. 

Sumpah kite nervous. Event lagi 2minggu. Sempat ke kite nak recover dari covid nie. Risaunya. Dengan xberapa nak training. Bila dah start training, kene stop pulak sebab positive covid. Again, sempat ke kite nak recover nie. Kalau lepas positive covid nak berlari 10km mungkin ok la kut. We are talking about half marathon weh. 21km. Even berlari 15km yang xcukup rehat or xcukup tido pun rasa macam nak meletop jantung. Inikan pulak 21km. Ya Allah KAU mudahkanlah segala urusan ku ya Allah. 

Kite akan tetap berlari. Tapi kite xkan paksa. That time memang kite akan pakai chest strap untuk monitor heart rate kite. So kalau kite xdapat sampai FL (finishing line) before COT (cut of time), kite redha dan pasrah. Bukan medal yang kite kejar sangat sebab inikan 1st half marathon kite. So xde nak mengharapkan lebih2 sangat. Kalau dapat medal (which means kite sampai FL before COT), is bonus.

I is sooo risau and soooo nervous. Boleh ker?. Xboleh ker?. 

Tuesday, November 22, 2022

:: Ramen Kimchi Beef Stew ::

Xtau la betul ke tidak susunan nama makanan tuh. Main letak je tuh. Hahahahaha. 

 Sedapppppp. Hasben kite kata dia nak diet. So kire ramen kimchi beef stew tuh makanan diet la gamaknya kan. Sebab semua rebus2 dan sayur2 je. Ok la tuh. Balance la tuh, ada protein, ada carbs. Ada enoki, ada tofu lembut. Ada telur. Kan complete tuh. Kan healthy tuh. Wakakakaka. 

Tah la tetibe kite teringin nak makan. So kite buat la. Lagipun senang je nak buatnya bukan susah mana pun. 

Untuk kimchi, kite guna brand,

Brand nie haaaa. 

Sebelum nie selalu je nampak. Ada jugak rasa nak cuba kalau ternampak kat grocery store. Tapi kang takut xsedap pulak. Sebab xsemua kimchi yang dijual tuh sedap. Aduuuiii tetibe terbayang kimchi dekat Seoulnami Korean Bbq. Kimchi kat situ sedapppppp. Bila makan kat sana, ringan je rasa mulut nak tanya kimchi beli kat mana. Hahahaha. Pastu Gyeran Jjim pun sedap. Kite suka gila. Ifan pun suka.

 Apakah itu, itu adalah,

Sejenis macam sup telur. Sedap giler.

Seoulnami tuh xleh makan selalu. Sekali sekala boleh la makan. Sedap memang sedap. Tapi mahal oiiii. Last kiteorang makan kat situ, bill dekat 500hengget. 😅. Sebelum nie makan sana, bill dalam 300henggetlebih. Mungkin harga jadi mahal sebab salah kiteorang yang meng-order jugak kut. Hahahaha. Kiteorang selalu order set kalau makan kat situ. Pastu ada lagi side2 yang lain. Dengan air. Campur segala tax and charges, memang la boleh sampai 500hengget. Yang makan pulak 5mulut. Kalau 2mulut insyaAllah murah la kut. Hahaha. 😬

Bila qisya ajak makan kat situ lagi, phobia terus hasben kite. Hahahaha. 

Okayh moh kembali kepada ramen kimchi tadi.

Surprisingly, kimchi yang kite beli tuh sedap jugak. Lepas nie dah tau sedap, boleh beli lagi. Kite beli kimchi yang beratnya 500grams. Pastu menyesal. Sebab cepat sangat habisnya. Hahaha. 

Untuk spicy sos pulak kite guna

Yang ini. Ingat nak beli brand yang lagi satu tuh. Apa tah nama dia. Tapi besar. Ini yang kecik, so kite beli yang ini je la. 

The result,

Tadaaaaa. Cantiknya lahai kaler dia. Menggiurkan. Adoiiii tetibe terasa lapar pulak. Tetibe terasa macam nak masak. 

Arghhhh. Definitely a korean soul food and comfort food. Gittuuuu. Hahaha. 

Sedapnyaaaa. Makan pulak time hujan sejuk2. Perghhh. 

Monday, November 21, 2022

:: Another Year of Growing Older ::

Disclaimer : Entry nie rasanya macam akan panjang. Sebab ada 3 cerita dalam 1 entry. Maka bertabahlah ye bagi yang setia untuk membaca sampai habis. 😂

Biasalah. November dah kan. November adalah bulan birthday untuk 3 orang dalam family kite. Starts with hasben kite, followed by qisya, and last but not least, me!. 

Masa birthday hasben kite, jatuh on weekdays. So xkeluar pegi dinner. Hasben kite pulak sampai rumah kemahen lambat. Kul 9lebih baru sampai rumah. Hadiah postponed bulan 12 kayh daddy. Hahahaha.  Kite dah suruh hasben kite start pikir nak hadiah apa. Kalau boleh xnak dah buat surprise. Bukan apa, kalau beli apa yang hasben kite nak, lagi bagus sebenarnya. Hasben kite kata dia xnak hadiah. Sebab dia dah dapat hadiah dia. Hadiah dia adalah, kite dan anak2. Hadiah yang paling bermakna kata dia. Auwwww sho shuweet. Hahahaha. Tapi dalam pada xnak hadiah, duk tunjuk kat kite so called present yang dia kononnya "xnak" tuh. Terperanjat kite tengok harga. “Xde yang lagi mahal ke?”. Jam 20ghibu kau. Aje giler laki aku nie. Yang bukan2 laaaaa dia nie punnnnn nak meminta. 😒

Simple celebration je. Kite beli kek kat Zus coffee. Pastu belanja kopi sekali untuk hasben kite. Kek pulak yang jenis slices je. Kalau beli the whole cake macam rugi sebab siapa je nak habiskan. Hasben kite dah la jenis xberapa sangat kek2 nie. Kite pulak dah kurang makan bende2 manis nie.

Halahhhh bobot. 

 Mana ifan?. Kenapa xde dalam gambar?. 

Ifan dah terbongkang dah. Ngantuk sangat sampai tertido dengan sendirinya. Sebab tuh dia xde dalam gambar.

Pastu qisya pulak. Pun birthday dia jatuh on weekdays. Sebenarnya dah buat early celebration kat rumah kaklong kite. Bila sampai on the actual date and day, kite dah plan dengan hasben kite nak belikan dia kek. Sebab hasben kite cite yang pagi2 lagi mood kemain happy sebab birthday dia. Bila dengar cenggitu, itu yang macam nak belikan kek. Petang balik kerja terus ke rumah mak kite. Qisya sampai2 je rumah nenek, habis semua orang dia tanya. “What date is today?. i think today is someone’s birthday. Guess who?”. Kiteorang seperti biasa buat macam xtau. Masing2 buat2 terpinga2. Saje nak menyakat. Kihkihkih. Last2 bila dah sakit hati semua orang macam xtau la xingat la, terus merajuk si qisya. Dia sampai menangis gais!. Hahahaha. 

Bila dah merajuk, kite keluarkan la kek. Kebetulan kek pun baru sampai. Terus senyum malu2. Haihlah qisya. Mana mungkin la mommy lupa. Sebelum kek sampai (order thru grabfood), mak kite kata qisya masuk dapur bukak fridge nak tengok ada kek atau tidak. Sekali xde. Muka hampa je. Huahuahua.

Sedap pulak rainbow cake kat secret recipe nie. Nak beli kek perisa yang lain, size kek besau nau. Takut xhabis. Nie je yang ada size kecik. 

Beli pizza je kat pizza hut. Sebab dah malam kan. Ini je la makanan yang logik untuk dimakan di waktu malam. 😬

Ok now it’s my turn.

Time birthday kite nie 2 kali hasben kite kantoi. Hahahaha. Birthday kite 17/11 jatuh hari khamis. 2-3 hari sebelum birthday kite la nie cite kantoinya. Ada satu hari tuh, hari isnin kalau xsilap kite. Dah pukul 7lebih hasben kite dengan qisya xsampi2 lagi rumah. Kite dah start berhangin dah. Kite duk suspect dia amek qisya lambat kat sekolah. Mulalah nak marah. So kite pun call la tanya kat mana, dah amek qisya ke belum. Hasben kite cakap dah amek dah. Ada kat mall sebab qisya kata dia lapar sangat nak makan dulu. Ermmmmm. Pastu kite xpuas hati. “Ye ker?. Ke baru lepas amek qisya kat sekolah”. Hasben kite suruh tanya qisya sendiri. Bila cakap dengan qisya, qisya kata daddy amek dia dah lama. Pastu dia kata dia lapar so makan dulu. Hurmm, something fishy la. Sebab hasben kite bukannya jenis yang lupakan kami dekat rumah pastu dia makan dekat luar berdua dengan qisya. Okkkkk fine. But i know u la qisya. Kemon, u are my daughter la. I know when u tell a lie. Hahahaha. 

Kite dah dapat rasa yang 2 beranak nie mesti pegi beli present kite. And kite pun end call xde nak investigate panjang2. Xpe, this time i let u go. 😂. 

Lepas bercakap dengan qisya, baru kite macam terpikir. Oooo patut la beli present awal. Sebab hari rabu sampai jumaat, hasben kite ada bengkel kat puchong. So kompom la dia xsempat nak menyinggah mana2. Ok, faham faham. 😝

Hari rabu hasben kite balik dari bengkel dia kat puchong tuh dah lewat malam. Walaupun dia dapat bilik kat situ, tapi tetap hasben kite balik jugak. Mana2 bengkel pun kalau buat kat area2 within klang valley, memang hasben kite xtido situ, dia akan balik rumah. Even bengkel kat putrajaya pun, dia tetap akan balik. Unless if bengkel tuh kat negeri lain, memang no choice la. Kene la dia stay sana. Sebab aii kan xboleh kalau hasben aiii xde depan mata. Kang ada je hal nak mencarik gaduh. Getis. Padahal hasben kite nak kene hantar qisya pegi sekolah. Sebab tuh dia xtido sana. Wakakaka.

Pukul 12tengahmalam (khamis 17/11) dah wish birthday segala, hasben kite kata no present sebab dah bagi present in advance. Kasut berlari kite tuh la yang present in advance-nya. “Ehhh, kasut lari u tuh bukannya murah tau. Xde xde. Itu dah kire present dah tuh”. Pffttt!.

So khamis tengahari kite whatsapp hasben kite tanya jumaat bengkel still jalan ker?. Kan by right cuti. Sebab nak menyenangkan rakyat balik mengundi katanya. Pastu hasben kite kata hari jumaat bengkel tetap jalan. Dia suruh kite ke puchong lepas balik kerja. Naik grab je kata dia sebab untuk dia balik rumah fetch kiteorang and nak patah balik ke puchong macam xmasuk akal. Memang kompom xsempat sampai puchong balik dalam masa 2 jam. Sebab bengkel dia attend tuh sesi malam pun ada. Kite ok je naik grab.  

Itu tengahari punya cerita. Pastu dalam pukul 4-5 petang cenggitu (masih hari yang sama iaitu hari khamis), alih2 kite dapat notification dari food panda yang certain2 amount dah charged kat credit card kite. Apakah?. Terus kite whatsapp hasben kite. “Aik, beli apa kat foodpanda?. Stayed kat hotel pun beli makanan luar ker?”. Hasben kite replied dengan gelak tawa. Duk tanya kite mana tau la apa la. Dia kata dia beli kopi. Kite pun tanya balik. Mahal betul beli kopi sampai 80lebih. Nak meniaga ke kat sana. Hasben kite gelak. Pastu dia terus tukar topik. Ishhh suspicious nie. Time tuh kite macam dapat rasa dia beli kek sebenarnya. Hahahaha. 

Cut long story short, khamis malam kite dengan anak2 sampai puchong pukul 8.45. Hasben kite dah hantar ke bilik, sekali dia keluarkan kek. “Happy birthday mommy”. Pastu kiteorang gelak. “Ooo ini la kopi 80hinggit tuh”. Hahahahaha. Gelak je hasben kite. “Tuh la. Kantoi pulak. Xtau la pulak payment notification foodpanda sampai ke u”. 😂😂😂.
Nama kedai yang dia beli “kopi” 80henggetlebih tuh. 😝
Nie la “kopi” yang hasben kite beli kat foodpanda dengan harga 80henggetlebih. Muahahaha. Cheesecake ada 6 perisa. Sedapppp and manis tuh xmanis sangat la. Still acceptable. Tapi kite kan dah xberapa nak makan manis2 and cheesecake and segala cake sangat. So bila makan rasa macam muak. 

Tengah layan cheesecake, sekali hasben kite kata makanan untuk dinner kami yang dia beli dah sampai. Ikutkan dia nak pegi dengan qisya and bobot je. Tapi sebab ifan “nak ikutch daddy”, terpaksa la kite pun ikut sekali. Dah collect-ed makanan, hasben kite panggil qisya konon nak amek barang dalam kete. Heleh amek barang ke amek present i. Knowing hasben kite la kan, selalunya dia akan keluarkan segala barang2 yang sepatutnya dikeluarkan dari kereta bile dah dapat masuk bilik. Xde de dia nak berulang banyak kali amek barang dalam kete. Sebab tuh kite dapat rasa dia nak amek present kite. So kite pun berlakon la buat2 xpandang and xnampak.😂

Sekaliiii qisya hulur paperbag. “Happy birthday mommy. Present for u from us”. Kite pun buat2 la surprised gitu, shocked gitu. “Wahhhh, thank you”. Wakakakakakakaka.

Sambil kami berjalan nak ke bilik, kite jalan sebelah hasben kite, “thank you domok for the present. Meh cium sikit”. Hahahaha. Dah masuk bilik, “oooo ini ke yang qisya lapar sangat nak kene pegi makan dulu tuh. I macam dah dapat agak. Sebab tuh i xbanyak soal. 😂”. Pastu hasben kite gelak besar. “Pape tah. Xboleh blah kantoi. Dah la time nak beli hadiah nie kantoi. Nak belikan kek pun kantoi jugak. Buat hal betul la panda”. Hahahahaha. 

“That is why u don’t play2 with bini u punya instinct u know. I can sense kalau ada bende yang xkene”, kata seorang isteri kepada suaminya as a reminder pun ye jugak. Jangan macam2 nyeah. Kite nie boleh jadi detective conan kalau betul kite nak siasat pasal sesuatu hal. Trust me. I can. I can if i want. 💅🏻😏

Birthday girl dengan hadiahnya. Girl ke??. Ok2 i rephrase back my words. Birthday aunty dengan hadiahnya. Hahahaha. Nak letak makcik macam tua nau. Makcik dengan aunty tuh sama je kan. Tapi aunty tuh kire sedap sikit la telinga mendengar. Ngeeee.

Ini la hadiahnya. Perfume. Miniature perfume tuh lelaki punya. Promoter tuh bagi. Tanya jugak hasben kite. “Macam mana boleh beli brand nie”. Sebab kite ada preferred kite sendiri when it comes to perfume. Biasalah sejenis yang ada migrain kan. Mana boleh beli sebarangan perfume. Kalau xkene dengan bau, boleh naik migrain oiii. Sebab tuh la ada 2-3 perfume yang xberusik kat rumah kite. Kite xpakai sebab bila pakai sakit kepala terus.

Hasben kite kata dia google. And bila baca review, perfume brand nie ramai yang bagi good feedback. Kite pun try la spray, best jugak bau dia. Yang penting bila kite pakai, kepala xsakit, migrain xnaik. Approved!!!.
Smart gile design botol perfume nie. Stiletto heels kau!. Style gilak!. Cantikkk. Suka2. Kemahen tajam heels nyeah. Dengan panjang dan tajamnya heels tuh, mau tembus terbenam sampai ke otak kalau pacak kat kepala. Hahahaha.

Tengah belek2 perfume nie, qisya boleh pulak spill the tea. Joyah2 sangat. Dia kantoikan harga perfume. “Mommy tau x, these perfume is very expensive. Daddy pay almost *00ringgit mommy”. Whatttt???. Ohemgeeeee. Ruginyaaaaa. Ehh rugi nyeah. Hahaha. Rugi la. Sebab kalau tambah sikit dalam puluh ringgit, kite dah boleh dapat kasut Asics NB3 yang kite idamkan. Kasut 2 alam panggilan diberi. Sebab boleh guna utk larian on road dengan trail. Huwaaaa. Rugi3. Kalau dapat, sempat nak pakai masa half marathon kat penang bridge nanti. 😩😩😩. Kite memang plan nak beli kasut Asics NB3 bila kite dapat bonus. Kire self reward la. Tapi kalau dapat sebelum kite berlari half marathon lagi bagus. But sokay, xde rezeki. 😬
Disebalik tabir pembikinan gambar. “Let me hold the box for you mommy”. 😂
Mak, selamat hari melahirkan adik yang ke 39 tahun. Terima kasih sebab melahirkan adik ke dunia nie dengan segala keperitan dan kesakitan. Semoga Allah memberikan syurga buat segala pengorbanan mak. Semoga mak berbahagia dunia akhirat. Sayang mak. 🥰❤️😘🥺

Thank you gais for the “surprise”. Hahahahaha. Mommy sayanggggg semuaaaa!. ❤️

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...