Wednesday, June 14, 2023

:: Separa Suku Siap ::

 So skang nie, yang siapnya separa ke suku? Separa suku siap nie cemana pulak nak kire. Konon kalau tambah lagi suku terus jadik siap sepenuhnya ke canner?. Yang bukan-bukan la ayat kau nie sya. 😂. 

3 hari cuti yang lepas masa birthday Agong, memang kiteorang anak-beranak duk rumah je. Xpegi mana2 pun. 1, sebab daddy derang luar kawasan. 2, sebab nak kemas bilik apa semua. Disebabkan daddy derang luar kawasan la, kite dapat perfume Amo Ferragamo sebotol dengan coklat. Nak pujuk aii lettew. Selalu dapat coklat je.

Wangi. Cantik botol dia. Selepas seminggu la baru kan kite bukak. Sebab baru lepas elok dari merajuk. Selama seminggu xberusik pun perfume nie dalam paperbag. Ku jeling2 ku kuis2 je. 😂 

  Alhamdulillah siap dah bilik anak2 kite. Skang nie katil tilam semua dah bawak masuk. Baju2 anak3 pun dah kemas masuk almari. So lepas nie nak mendeco2 pastu nak masukkan lagi sikit2 barang.

Nak carik langsir bilik bobot dengan qisya. Langsir dah ada. Langsir lama la tapi. Kaler pulak macam xmasuk. Xkan langsir nak letak kaler biru. Tenggelam la sebab bilik pun kaler biru. Xkan nak letak kaler pepel. Pun xmasuk dengan biru. Vice versa la jugak dengan bilik qisya. Kite nak langsir kaler putih. Ngeeee. Hasben kite suruh panggil MK curtain datang buat langsir. Contact memang dah ada sebab langsir2 kat rumah tuh memang tempah kat MK curtain. Ermmmm, tapi kite yang xnak. “Xyah la panggil MK. Carik kat Kaison je la. Xpun kat mana2 la. Since bilik derang dah bertema2. Mana tau ada yang masuk dengan tema ke”. 

Hasben kite ok je dia apa pun.

Sesi membersihkan bilik. Kite suruh tuan empunya bilik bersihkan bilik masing2. Biar derang rasa tanggungjawab tuh. Bilik sendiri, sendiri kemas.
Gigih qisya siap amek vacuum. Hihihi. Bilik qisya xnampak kosong macam bobot sebab semua build-in.

Skang nie kite memang pesan dekat derang. Bilik sendiri, sendiri jaga. Mommy xnak tengok berselerak. Lepas bangun tido kemas katil. Towel jangan berterabur lepas mandi. So far time weekdays je xsempat nak kemas katil katanya. Kadang sempat kadang xsempat. Xde pun la kite marah lepas tuh. Cuma kite pesan kalau boleh try jugak kemas katil.

Time nie nak pasang langsir. Dua beradik nie offer nak tolong. “Ipan help u mommy. Ipan help”. Yihhhh!. Geram betul. Kemahen lambeerrtttt masing2 nak cucuk besi dalam lubang langsir tuh tapi kite biarkan je. Take your time ma bois. Gituuu!. Ipan kemain happy bila berjaya masukkan. “Look mommy. I did it!. Ipan strong!”. 😂

Sticker nie plan asalnya nak tampal dekat dinding. Tapi sebab dinding biru, so xberapa nak nampak. Tenggelam terus masalahnya. Tuh yang sudahnya tampal dekat pintu almari dengan pintu bilik. Sebab kaler putih kan. So memang nampak la terus. Sticker beli kat shopee je. Dah tuh. Queen of shopee kan. Ngeeee.

Ini je la yang ada diawalnya. Suka betul kite dengan cat kaler bilik bobot nie. Lega hati sebab it turned out well. Kaler biru dia adalah tersangatlah cantikkkkkk. Xsia2 kite tetapkan hati nak jugak combination 2 kaler tuh. Even orang kat kedai cat pun 10kali duk tanya betul ke nak campur, dan 10kali jugak hasben kite call untuk confirmkan kaler. Saya tegakkan pendirian saya dengan pemilihan kaler itu. Saya putar Halimmmm!!. 😂. Tiberh!. 

Pastu kan x sangka kite berjaya pasang katil ifan. Biasalah kalau beli dekat ikea kan, mana ada yang dah siap pasang or ada service untuk pemasangan sekali. Ada tapi kene bayar la. Nothing is free ma now a days. By right ada 2 katil. Tapi 1 katil hasben kite dah pasang. Ada dalam bilik kite masa tuh. Nak keluarkan macam xlarat.

Bilik qisya. Kite plan nak buat something. Nak bagi nampak ceria sikit bilik. Kaler cat macam tuh kene ada some deco yang bagi nampak kaler cat tuh hidup. Wahhh, ayat terpaling interior design sangat kau kan. Tah ye tah tidak. Huahuahua. Tapi nanti la. Kumpul2 idea dulu. Salah satu idea, kite nak letak fluted wall panel kat dinding bilik qisya nie. Tapi xconfirm lagi belah mana and macam mana. Masih lagi berpikir. Idea nak letak kat mana dah ada sebenarnya tapi macam lek lek lu, sap kok lu. Pikir dulu. Hahahahhaha.

Esok harinya, sesi masukkan baju2 dalam almari.

Kite bagi peluang dan ruang untuk derang kemas cemana baju2, mana nak letak, and nak simpan cemana gaya. . Kite just guide sikit2 je.

Kemas bobot jangan xkemas.

Bilik qisya selepas dah masukkan tilam. Berat oiii nak angkat tilam dia. Kite angkat bertiga dengan qisya and bobot. Transfer dari bilik kite ke bilik qisya. Pastu pasal cadar pulak. Dah anak dara kan. bila tanya nak pasang cadar hello kitty ker?. Don't want hello kitty dia jawab. Hahahaha. Yang xtahan siap sound kite, "am not a kid anymore mommy". Pfftttt, fine!..

Bilik anak2 bujang kite. Langsir tuh nanti la mommy carik lain ye. Pastu kerusi je xde lagi. Kite suruh beli kerusi yang biasa je. Sekaliiiii, "tapi, kan derang nak kerusi gaming?", kata hasben kite. Ehhh, selamber je (ermmm, macam dejavu pulak ayat nie. Bajet2 manja ker?) salahkan anak2. Dia sebenarnya yang nak beli kerusi gaming tuh. Kesian anak sebab apaknya guna nama. Dah siap forward dekat kite dah gambar dengan harga kerusi gaming tuh yang x menahan tuh. Sudah ku jangka, mesti dia skang nie tengah duk survey kerusi gaming untuk anak2 dia. Sekali bethollll jangkaanku. 🎶Maka tepatlah apa yang kuramalkan. Wakktuuuuu bersamamu banyak benar kenangan yang kite ciptakannnnnn bersama🎶. Ehhhh laa ternyanyi ker?. 🎶Dan satu darinya engkau bersyahdu bahawa aku xkan kehilanganmu🎶. Ehh dah la. 🎶Susah payah🎶. Ok dah dah. Janjih!. ✋🏻. Wahahahahahahahaha. Menyempat lagi kau kan. Huahuahua. Lagu best la bestie!. Macam susah nak control dari stop. Dah la tang chorus lak tuh nyeah. Maafkan saya. Ternaik syeikh pulok. huahuahua. Ada yang ternyanyi sekali ke?. 😝😂
 
Siap dah placing drum dah kat situ. Bobot request dekat daddy nak gitar karen dengan keyboard. Nak buat band ke canner tuh bobot. Yang daddy pun xde kata nak membantah. Muka tuh lagi nampak macam berpikir2. I know the look on your face!. 🙄
Ifan skang nie dia xnak tido dalam bilik dia. Satu malam je la dapat tido kat katil dia sendiri. Esoknya dia tido dekat bilik kakak sampai la ke hari ini. Bila suruh tido kat katil dia dalam bilik abam, asyik NO je. “Ipan sleep kakak. Ipan want lay down kakak”. 

Semua duk berkumpul dalam bilik kakak. Tengok la si rambut kinting lesung pipit nan sebelah kite tuh. Ada jeeeee peel dia. "Mommy, look at me. Ipan nari". Dia buat breakdance ye aunty uncle sekalian.  
 
Total damage untuk semua nie adalah below 15k. Kut la kalau ada yang nak buat lebih kurang apa yang kite dah buat, boleh la standby dalam 15k. Itu anggaran kasar sebenarnya. Mungkin boleh jadi lagi murah. Macam kite sebab ada buat swape kitchen cabinet tuh. Nak bagi details pun kite xtau sebab Menteri Kewangan adalah hasben kite. Kite adalah Menteri Pembangunan je. Segala costing and segala payment diuruskan oleh Menteri Kewangan. Wahahahahhaha. 

Bilik bobot tuh kite rasa macam dah cukup dah kut. Bilik qisya je la yang nak kene buat something yang boleh bagi nampak naik sikit bilik dengan kaler dinding cenggitu. Fluted wall adalah pasti. Pastu nak carik cermin untuk dia. Mintak cermin yang ada lampu2 katanya. Anak dara iwan dah 10tahun dah. Perempuan dengan cermin kan berpisah tiada. Xkisah la perempuan tuh umur dia berapa pun. Selagi dia perempuan, cermin tuh ibarat kembar dia. Hahahaha.

Tapi kan. Sejak masing2 dah tido dalam bilik nie, masing2 asyik lepak dalam bilik je. Kalau xde kerja sekolah, sorang mengadap henfon, sorang mengadap ipad, sorang mengadap tab. Kite memang cukup xgemar bila anak2 kite duk mengadap henfon tab ipad apa semua nie. Memang lepas tuh kite suruh derang stop mengadap gadget, turun bawah. Terasa sunyi pulak kat bawah. 🥺. Ini xboleh dibiarkan ini. Kalau dibiarkan memang akan terbiasa gitu sampai dah besar. Turun hanya waktu nak makan je. No no no. Xboleh normalise kan bende nie. Macam not healthy dalam institusi kekeluargaan. Cewahh!.Family lain xkisah la but it is a big NO when it comes to my family. Kite risau, kite takut kalau dah besar masing2 nanti bonding tuh xde. Apo nak jadik kalau dengan sesama family pun nak awkward. Kite kalau boleh nak anak2 kite rapat cemana kite rapat dengan adik beradik kite. Sekurang2nya sebulan tuh ada jumpa 3-4 kali at least. Boleh bergurau senda bergelak ketawa bahan membahan sesama sendiri. Boleh buat aktiviti apa2 bersama2. Pegi mana2 bersama2. Dah la anak kite 3 orang tuh je. Semoga hubungan antara anak2 kite rapat sampai la ke akhir nyawa derang. 

Sakitnya pinggang kite skang nie. Dah 4-5 hari dah. Tuh la. Dah tua buat la cara tua. Ada hati nak angkat bende berat. Kan dah terkehel pinggang. Padahal angkat tilam hujung2 je sebab nak pasang tilam punya protector. Elok bangun je, tuh diaaaaa, terus tangkap pinggang. 😭.  Dah kenapa tetibe nak mengadu domba pasal sakit piggang lak niehhh!. Hihihihihi

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...