Thursday, June 22, 2023

:: Dia Beli Lagi!! ::

 Kihkihkih. Haish, susah la. Cemana nyeah nak buat. Susah la nak control diri dari membeli running shoes. Huwaaaaaaa. Selagi x dapat running shoes yang ngam dengan kaki, selagi tuh la akan trial and error. Dulu-dulu masa kite masuk running event yang lari hanya 5km or 10km, kite xpernah kisah langsung pasal running shoes. Time tuh yang kite kisah hanyalah design kasut. Janji design cantik, colour saiko sikit, dah boleh jadi sebab dan punca kite beli kasut tuh. Hahahaha.

But now since dah join marathon, half marathon je la tapi, hihihi, spec pemilihan kasut kite dah bertukar. Design and colour dah jatuh dah kedudukan dia. Skang nie kite carik running shoes tengok pada spec performance-nya. Kaki xsakit, ringan and etc. Kasut memang main peranan besar sebenarnya. Kalau kasut xkene dengan kaki, kau nak kene menanggung azab tuh jauh oiii. Bayangkan kalau time tuh baru je berlari sampai kilometer ke 10 tapi kaki kau dah start sakit. Kau kene hadap azab sakit kaki tuh lagi 11-12km. Time tuh la tetibe rasa macam nak lari pakai stokin je atau barefoot je terus. 😂

Pemilihan kasut memang tersangatlah penting. And kite kene kenal jenis kaki kite sendiri. Bila dah kenal jenis kaki sendiri, bentuk kaki sendiri, baru la boleh carik kasut. Ada jenis kaki yang wide, narrow, extra wide. Ada yang average. Macam kite jenis wide. Pastu kene jugak tengok jenis tapak kaki. Tapak kaki pun ada jenis2nya jugek. 

Ini la jenis2 tapak kaki. Tapak kaki kite jenis normal. Ehh, ke flat. Ermmm, confuse di situ.

So nampak x kenapa nak kene carik betul2 kasut yang sesuai. Itu yang kalau salah pilih kasut, kaki akan jadi sakit. Dan sebab kaki sakit jugak la akan ada je kasut yang nak dibelinya.  

Kite rasa bukan kite je yang ada masalah asyik beli running shoes nie. Mungkin la ada yang x gitu tapi ramai yang sama spesis macam kite sebenarnya. Hahahaha. 

Kalau dah beli and semua xsesuai dengan kaki, jangan sampai kite berlari pakai selipar je kang. Ehhh jangan xtau tau. Ada marathoners yang lari pakai selipar. Siap derang nie ada group lagi. Even derang lari pakai selipar je, bukan calang2 “je” la kan. Kebanyakannya memang pro la. Laju baq hang.  

Kite kan baru je beli kasut Asics NB3. Pakai pun baru sekali. Pastu minggu lepas beli lagi sepasang. Brooks Ghost 14 pulak. 😅. Sebenarnya xde niat nak beli pun. Tah kenapa gatal duk scroll shopee, sekali ternampak ada discount la kan. Itu yang xcite banyak terus checkout kan terus tuh. Geleng kepala hasben kite. Mujur dia x bising sebab kan baru je beli kasut. Kite suka jenama Brooks nie. And hasben kite pun tau sebab sebelum nie kite ada sepasang. Memang selesa sangat pakai tapi dah lunyai masa kite lari kat penang. 

Brooks Ghost 14. Salah satu running shoes yang terbaik and paling banyak di-rekemen. Tapi tuh la. Terbaik or xterbaik kasut tuh terpulang pada kaki setiap orang. Xsemuanya sama. Semua terpulang pada kaki masing2 and cara orang tuh berlari. Faham ke x faham. Kalau tak faham sila angkat tangan (ehhh macam dejavu la ayat nie. Lately nie asyik ayat dejavu je kan. Kau bajet2 manja ke bila bagi ayat gitu. Gedik!!. Xprofesional langsung. Kang bagi salam jari tengah baru tau. Halahhh. Tiberh!). 

But kite harap sangat yang kasut nie sesuai untuk kite. Takut lagi 2-3 bulan beli lagi kasut lain. Skang nie kite tengah aim kasut brand Hoka dengan Saucony. Itu cerita kalau xsesuai. Kalau sesuai kaki kite dengan kasut Brooks nie, alhamdulillah. Xyah beli lagi dah. Tunggu lunyai baru beli. Save duit. Huahuahua. 

Beli kasut banyak2 membazir?. Ermmm, tah la. Membazir ke?. Kite xrasa membazir pun beli kasut2 nie. Sebab kite ada anak dara yang kite boleh turunkan kasut2 kite. Skang nie pun kite dengan qisya dah start sharing kasut dah pun. 

Nie ha. Ini sebenarnya kasut dia. Asalnya kite capai kasut kite dalam almari kasut. Kebetulan kasut qisya nie sebelah2 je dengan kasut kite. Sekali bila kite perhati dan amati, cewahhh, kenapa kasut qisya nie macam sama besar dengan kasut aku nie. So kite amek kasut qisya ukur dengan kasut kite. Haah la, sama size.

Xpuas hati lagi. Kite try sarung. Ehh muat la. Bila dah muat, teruskan je la pakai pegi ofis. Hahahaha. Ya Allah. Kite dah boleh pakai kasut anak kite. Panjangnya kaki kakak. Nampak x kenapa kite kata xmembazir. Lagi setahun dua, silap2 berebut kasut dengan qisya. Cuma xtau siapa yang rebutkan kasut siapa je. 😂ðŸĪĢ. 

Monday, June 19, 2023

:: “Aku Lapar Mommy” ::

Sentap terus jiwa raga hati dan sanubari mommy nie nak oiii. Ada 1 hari dalam minggu lepas, around pukul 12.05tengahmalam, kite still kat dapur. Sementara nak tunggu nasi sejuk untuk masukkan kat dalam fridge. Anak2 kite semua dah naik tido dah. Sekali dengar bunyik tapak kaki. Kite pandang tangga. Sekali keluar kepala dekat celahan tangga. Alih2, “aku lapar mommy. Aku lapar nie” sambil usap perut. Wehhhh, bertuah punya anak. Di “aku” kan nya dengan mommy. Eeiiii, mujur la baru 3tahun xpaham apa. Kalau besar sikit memang kite dah cilikan mulut tuh. Alah bukannya macam mak2 kite punya istilah “cili mulut”. Mak2 kite cilikan betul2 guna cili padi or cili boh. 😂. Kite punya cilikan mulut anak takat calit cili sos je. Tapi cili sos mekdi. Sebab cili sos mekdi pedas sikit. 

Lately nie asyik duk sebut aku. Tapi dia sebut tuh ala2 bermonolog dengan diri sendiri. Bila malam tadi direct dia cakap dekat kite “aku lapar mommy”, dia punya terkesan tuh, menusuk ke kolbu anak oiii. Sentap mommy!.

Puncanya dari tengok cite Mechamato dengan Boboboi. Tapi lebih kepada cite Mechamato. Kite perasan sejak dia rajin tengok Mechamato yang dia pandai sebut aku. Kadang dia ulang balik skrip dalam cite Mechamato yang ada “aku” tuh. Memang lepas nie kite akan banned terus ifan dari tengok Mechamato. Bahaya betul untuk budak2 in terms of penggunaan bahasa. 

Semalam ifan kene marah dengan abang sebab cakap aku. “Ifan, don’t say A.K.U!!!. Eeeii, banyak kali abang cakap. Jangan sebut A.K.U kan. Ifan nak kene pukul ke?”. 😂. Mujur la abang dah tido masa ipan cakap “aku lapar mommy” tuh. Kalau abang dengar ipan cakap gitu dengan mommy, mau kene jerit dengan abang gamaknya. 😎

“Ifan, ifan cannot say AKU ok”.

“Ok mommy. Ipan no AKU”

Bila dia tersebut AKU, pastu kite or hasben kite terus pandang dia, kelam-kabut dia tukar AKU tuh jadik IPAN. Ooooo pandai nyeah nak coverline.

“Ini aku puuuu”. Belum sempat dia habiskan ayat dia, semua mata yang ada kat situ duk kalih pandang tepat ke arah dia dengan reaction yang “u’re busted!!!”. Tetibe dia rephrase balik ayat dia, “ehhh, ini ipan punya toy nie mommy. No abam.”. 🙄😒

Eeeii budak rambut kinting nie la hai.

Skang nie dah malas nak pegi school. Masalahnya malam sebelum esoknya dah start nego xnak school. “Mommy, ipan dont want school hayat. Ipan nak gie mah nenek ipan”. School hayat tuh ada cara dia untuk mentioned school dia. Hayat tuh actually nama aunty dia. Aunty hayat. So dia nak bagi senang nyebut, dia nyebut la “school hayat”. Sampai sudah melekat. Hahahaha.

Pagi2 mesti ada drama. Sesi pujuk memujuk suruh pegi school. Dia dah sedap xpegi school je. Duduk dengan nenek. Pagi2 mengamuk2 suruh call nenek. Bila xbagi, selagi tuh la dia mengamuk. Bila cakap nenek xde nenek balik kampung, dilawannya, “nenek ada. Ipan nak call nenek. Call nenek sharang!! (sekarang)”. Bila dah start call nenek, memang sadaqallahulazim la itu cerita. 😎

Start hari nie daddy dah start akan WFH banyak sebab floor kat office dia tengah reno. So hari nie daddy settled kan ipan. Mengamuk masih mengamuk. Ayat masih sama. “No school hayat. Ipan nak mah nenek ipan”. Tapi level mengamuk dah turun hari nie. Sebelum nie level 9. Tapi hari nie dah turun ke level 6. Takut lettew sebab daddy yang uruskan. Dalam pada tuh sempat lagi mencuba nasib dengan mommy. Merengek2 dengan kite nyebut ayat yang sama dengan harapan mommy cakap, “ok la pegi rumah nenek”. Sorry ipan. Lamberttt lagi. Pfftttt!. Kang marah aunty hayat sebab lama xpegi school. 😂ðŸĪŠ

Hantar pegi school hari nie duk menangis xnak keluar kereta. “Jom la ifan. Haaa tuh uncle. Mommy panggil uncle take ifan nak?”. Makin2 menjadik nangisnya. “Dont want uncle. Ipan dont want school hayat”. 

Haish. Dah menurun peel abang dah. Tapi ipan pukul bersih peel abang dengan kakak. Sebelum pegi school menurun peel abang. Dah sampai school bertukar peel. Menurun peel kakak pulak. Maksudnya, sebelum school mengamuk2 xnak pegi school nak pegi rumah nenek. Sama macam perangai abang. Dah sampai school, tetibe je berhenti menangis. Dan2 senyap and pasrah je muka. Terpaksa redha. Gituuu la maksudnya. Hahahaha. 

Xlama tuh aunty hayat ada send video personally. 

Aunty hayat kata sambil buat kerja, sambil menitik air mata. 😂. Haiyooo. Ipan ipan. 

Geram je tau dengan ipan nie. Esok pegi school tau ipan. Jangan nangis2. 😅
No worries aunty uncle. Glasses tuh xde power. Anti blue light glasses nama diberi. Hihihi. 

Rambut tuh mujur la memegi. Kalau lurus rambut ipan nie, mau cecah bahu rambut tuh. Nak alter rambut sikit punya susah. Kalau la kene hari “bad hair day” ipan, serabut kite tengok. Belum lagi rambut dia masuk hidung kalau dia duduk atas riba. Belum lagi rambut kene muka. Gatal wooo!. 😅

Wednesday, June 14, 2023

:: Separa Suku Siap ::

 So skang nie, yang siapnya separa ke suku? Separa suku siap nie cemana pulak nak kire. Konon kalau tambah lagi suku terus jadik siap sepenuhnya ke canner?. Yang bukan-bukan la ayat kau nie sya. 😂. 

3 hari cuti yang lepas masa birthday Agong, memang kiteorang anak-beranak duk rumah je. Xpegi mana2 pun. 1, sebab daddy derang luar kawasan. 2, sebab nak kemas bilik apa semua. Disebabkan daddy derang luar kawasan la, kite dapat perfume Amo Ferragamo sebotol dengan coklat. Nak pujuk aii lettew. Selalu dapat coklat je.

Wangi. Cantik botol dia. Selepas seminggu la baru kan kite bukak. Sebab baru lepas elok dari merajuk. Selama seminggu xberusik pun perfume nie dalam paperbag. Ku jeling2 ku kuis2 je. 😂 

  Alhamdulillah siap dah bilik anak2 kite. Skang nie katil tilam semua dah bawak masuk. Baju2 anak3 pun dah kemas masuk almari. So lepas nie nak mendeco2 pastu nak masukkan lagi sikit2 barang.

Nak carik langsir bilik bobot dengan qisya. Langsir dah ada. Langsir lama la tapi. Kaler pulak macam xmasuk. Xkan langsir nak letak kaler biru. Tenggelam la sebab bilik pun kaler biru. Xkan nak letak kaler pepel. Pun xmasuk dengan biru. Vice versa la jugak dengan bilik qisya. Kite nak langsir kaler putih. Ngeeee. Hasben kite suruh panggil MK curtain datang buat langsir. Contact memang dah ada sebab langsir2 kat rumah tuh memang tempah kat MK curtain. Ermmmm, tapi kite yang xnak. “Xyah la panggil MK. Carik kat Kaison je la. Xpun kat mana2 la. Since bilik derang dah bertema2. Mana tau ada yang masuk dengan tema ke”. 

Hasben kite ok je dia apa pun.

Sesi membersihkan bilik. Kite suruh tuan empunya bilik bersihkan bilik masing2. Biar derang rasa tanggungjawab tuh. Bilik sendiri, sendiri kemas.
Gigih qisya siap amek vacuum. Hihihi. Bilik qisya xnampak kosong macam bobot sebab semua build-in.

Skang nie kite memang pesan dekat derang. Bilik sendiri, sendiri jaga. Mommy xnak tengok berselerak. Lepas bangun tido kemas katil. Towel jangan berterabur lepas mandi. So far time weekdays je xsempat nak kemas katil katanya. Kadang sempat kadang xsempat. Xde pun la kite marah lepas tuh. Cuma kite pesan kalau boleh try jugak kemas katil.

Time nie nak pasang langsir. Dua beradik nie offer nak tolong. “Ipan help u mommy. Ipan help”. Yihhhh!. Geram betul. Kemahen lambeerrtttt masing2 nak cucuk besi dalam lubang langsir tuh tapi kite biarkan je. Take your time ma bois. Gituuu!. Ipan kemain happy bila berjaya masukkan. “Look mommy. I did it!. Ipan strong!”. 😂

Sticker nie plan asalnya nak tampal dekat dinding. Tapi sebab dinding biru, so xberapa nak nampak. Tenggelam terus masalahnya. Tuh yang sudahnya tampal dekat pintu almari dengan pintu bilik. Sebab kaler putih kan. So memang nampak la terus. Sticker beli kat shopee je. Dah tuh. Queen of shopee kan. Ngeeee.

Ini je la yang ada diawalnya. Suka betul kite dengan cat kaler bilik bobot nie. Lega hati sebab it turned out well. Kaler biru dia adalah tersangatlah cantikkkkkk. Xsia2 kite tetapkan hati nak jugak combination 2 kaler tuh. Even orang kat kedai cat pun 10kali duk tanya betul ke nak campur, dan 10kali jugak hasben kite call untuk confirmkan kaler. Saya tegakkan pendirian saya dengan pemilihan kaler itu. Saya putar Halimmmm!!. 😂. Tiberh!. 

Pastu kan x sangka kite berjaya pasang katil ifan. Biasalah kalau beli dekat ikea kan, mana ada yang dah siap pasang or ada service untuk pemasangan sekali. Ada tapi kene bayar la. Nothing is free ma now a days. By right ada 2 katil. Tapi 1 katil hasben kite dah pasang. Ada dalam bilik kite masa tuh. Nak keluarkan macam xlarat.

Bilik qisya. Kite plan nak buat something. Nak bagi nampak ceria sikit bilik. Kaler cat macam tuh kene ada some deco yang bagi nampak kaler cat tuh hidup. Wahhh, ayat terpaling interior design sangat kau kan. Tah ye tah tidak. Huahuahua. Tapi nanti la. Kumpul2 idea dulu. Salah satu idea, kite nak letak fluted wall panel kat dinding bilik qisya nie. Tapi xconfirm lagi belah mana and macam mana. Masih lagi berpikir. Idea nak letak kat mana dah ada sebenarnya tapi macam lek lek lu, sap kok lu. Pikir dulu. Hahahahhaha.

Esok harinya, sesi masukkan baju2 dalam almari.

Kite bagi peluang dan ruang untuk derang kemas cemana baju2, mana nak letak, and nak simpan cemana gaya. . Kite just guide sikit2 je.

Kemas bobot jangan xkemas.

Bilik qisya selepas dah masukkan tilam. Berat oiii nak angkat tilam dia. Kite angkat bertiga dengan qisya and bobot. Transfer dari bilik kite ke bilik qisya. Pastu pasal cadar pulak. Dah anak dara kan. bila tanya nak pasang cadar hello kitty ker?. Don't want hello kitty dia jawab. Hahahaha. Yang xtahan siap sound kite, "am not a kid anymore mommy". Pfftttt, fine!..

Bilik anak2 bujang kite. Langsir tuh nanti la mommy carik lain ye. Pastu kerusi je xde lagi. Kite suruh beli kerusi yang biasa je. Sekaliiiii, "tapi, kan derang nak kerusi gaming?", kata hasben kite. Ehhh, selamber je (ermmm, macam dejavu pulak ayat nie. Bajet2 manja ker?) salahkan anak2. Dia sebenarnya yang nak beli kerusi gaming tuh. Kesian anak sebab apaknya guna nama. Dah siap forward dekat kite dah gambar dengan harga kerusi gaming tuh yang x menahan tuh. Sudah ku jangka, mesti dia skang nie tengah duk survey kerusi gaming untuk anak2 dia. Sekali bethollll jangkaanku. ðŸŽķMaka tepatlah apa yang kuramalkan. Wakktuuuuu bersamamu banyak benar kenangan yang kite ciptakannnnnn bersamaðŸŽķ. Ehhhh laa ternyanyi ker?. ðŸŽķDan satu darinya engkau bersyahdu bahawa aku xkan kehilanganmuðŸŽķ. Ehh dah la. ðŸŽķSusah payahðŸŽķ. Ok dah dah. Janjih!. ✋ðŸŧ. Wahahahahahahahaha. Menyempat lagi kau kan. Huahuahua. Lagu best la bestie!. Macam susah nak control dari stop. Dah la tang chorus lak tuh nyeah. Maafkan saya. Ternaik syeikh pulok. huahuahua. Ada yang ternyanyi sekali ke?. 😝😂
 
Siap dah placing drum dah kat situ. Bobot request dekat daddy nak gitar karen dengan keyboard. Nak buat band ke canner tuh bobot. Yang daddy pun xde kata nak membantah. Muka tuh lagi nampak macam berpikir2. I know the look on your face!. 🙄
Ifan skang nie dia xnak tido dalam bilik dia. Satu malam je la dapat tido kat katil dia sendiri. Esoknya dia tido dekat bilik kakak sampai la ke hari ini. Bila suruh tido kat katil dia dalam bilik abam, asyik NO je. “Ipan sleep kakak. Ipan want lay down kakak”. 

Semua duk berkumpul dalam bilik kakak. Tengok la si rambut kinting lesung pipit nan sebelah kite tuh. Ada jeeeee peel dia. "Mommy, look at me. Ipan nari". Dia buat breakdance ye aunty uncle sekalian.  
 
Total damage untuk semua nie adalah below 15k. Kut la kalau ada yang nak buat lebih kurang apa yang kite dah buat, boleh la standby dalam 15k. Itu anggaran kasar sebenarnya. Mungkin boleh jadi lagi murah. Macam kite sebab ada buat swape kitchen cabinet tuh. Nak bagi details pun kite xtau sebab Menteri Kewangan adalah hasben kite. Kite adalah Menteri Pembangunan je. Segala costing and segala payment diuruskan oleh Menteri Kewangan. Wahahahahhaha. 

Bilik bobot tuh kite rasa macam dah cukup dah kut. Bilik qisya je la yang nak kene buat something yang boleh bagi nampak naik sikit bilik dengan kaler dinding cenggitu. Fluted wall adalah pasti. Pastu nak carik cermin untuk dia. Mintak cermin yang ada lampu2 katanya. Anak dara iwan dah 10tahun dah. Perempuan dengan cermin kan berpisah tiada. Xkisah la perempuan tuh umur dia berapa pun. Selagi dia perempuan, cermin tuh ibarat kembar dia. Hahahaha.

Tapi kan. Sejak masing2 dah tido dalam bilik nie, masing2 asyik lepak dalam bilik je. Kalau xde kerja sekolah, sorang mengadap henfon, sorang mengadap ipad, sorang mengadap tab. Kite memang cukup xgemar bila anak2 kite duk mengadap henfon tab ipad apa semua nie. Memang lepas tuh kite suruh derang stop mengadap gadget, turun bawah. Terasa sunyi pulak kat bawah. ðŸĨš. Ini xboleh dibiarkan ini. Kalau dibiarkan memang akan terbiasa gitu sampai dah besar. Turun hanya waktu nak makan je. No no no. Xboleh normalise kan bende nie. Macam not healthy dalam institusi kekeluargaan. Cewahh!.Family lain xkisah la but it is a big NO when it comes to my family. Kite risau, kite takut kalau dah besar masing2 nanti bonding tuh xde. Apo nak jadik kalau dengan sesama family pun nak awkward. Kite kalau boleh nak anak2 kite rapat cemana kite rapat dengan adik beradik kite. Sekurang2nya sebulan tuh ada jumpa 3-4 kali at least. Boleh bergurau senda bergelak ketawa bahan membahan sesama sendiri. Boleh buat aktiviti apa2 bersama2. Pegi mana2 bersama2. Dah la anak kite 3 orang tuh je. Semoga hubungan antara anak2 kite rapat sampai la ke akhir nyawa derang. 

Sakitnya pinggang kite skang nie. Dah 4-5 hari dah. Tuh la. Dah tua buat la cara tua. Ada hati nak angkat bende berat. Kan dah terkehel pinggang. Padahal angkat tilam hujung2 je sebab nak pasang tilam punya protector. Elok bangun je, tuh diaaaaa, terus tangkap pinggang. 😭.  Dah kenapa tetibe nak mengadu domba pasal sakit piggang lak niehhh!. Hihihihihi

Wednesday, May 24, 2023

:: Sebelum Siap ::

 Semalam dah start dah pemasangan2 yang sepatutnya dipasang dekat dalam bilik anak2 kite.

Terpaksa la hasben kite amek cuti 2 hari nie. Hopefully siap la arinie. Kalau tidak pening orang tua tuh nanti. Siapa pulak la nak menunggu. Hahahaha. Dia xpe cuti banyak. Berlambak2 cuti dia. Kite cuti sikit je. So biar orang yang cuti banyak standby dekat rumah. 

Cepat jugak sebenarnya dia buat kerja. Hasben kite cakap yang buat nie sorang je. So cepat la kerjanya. Punctual pun punctual. Janji 8.15pagi, 8.15pagi dah terpacak. Hasben kite kata lunch pun dia xde keluar. Bawak makanan dari rumah, pastu makan sambil2 buat kerja. No wonder la cepat even buat sorang je. 

Ini gambar pagi tadi sebelum orang tuh datang. 

Ini selepas kite dah siap mandi and nak turun bawah. Memula kite xperasan dah berpintu kat kabinet almari tuh. Asal macam nampak pelik. Ehhh la, dah bertutup rupanya. Apo la sya oiii. Badan dah bangun tapi otak tido lagi. Lama benau nak digest.

Ini bilik the bois. Tetibe rasa macam almari tuh kecik untuk 2 orang. Bilik nie tinggal nak pasang study table je. Cat biru tuh nampak cantik pulak. Tapi kalau nak tau betul2 ok ke tidak cat kaler biru tuh, kene tunggu bila semua dah siap la. Nak bukak lampu, xboleh lagi sebab kene tunggu ahlung settlekan wiring. Plus, cat kat dinding pun bukannya final lagi. Bila dah habis pasang semua almari and study table, bila dah betulkan balik plug point apa semua, baru orang cat tuh akan datang buat touch up balik. Kire akan cat lagi 1 layer.

 Siap je nanti, dah boleh pasang katil ifan. Weekend nie kene keluar carik tilam untuk katil ifan tuh haaaa. Pastu nak carik sekali cadar untuk katil kite. Nanti lagi 2minggu katil kite sampai, nak dicadarkan dengan apa. 

Pastu selain dari buat bilik anak2 kite, kat dapur pun ada buat something jugak. Xde la buat apa pun, cuma tukarkan posisi tempat fridge dengan oven n microwave. Dulukan fridge kite kat belah paling tepi sekali. Nak bukak pintu belah kanan tuh limited sangat dia punya space. Memang susah nak amek or letak barang2 especially dekat compartment belah bawah. Tuh bila nak buat bilik anak2, kite cakap dengan hasben kite. Dah alang2 tuh tukarkan tempat kabinet fridge dengan kabinet oven&microwave. Swape kan aje. Mujur hasben kite setuju sebab dia pun sedar betapa susahnya nak masukkan buah2 or sayur2 kat compartment bawah tuh. Nak cuci fridge pun payah gila. Kite sampai kene keluarkan fridge, baru dpt bukak luas2 pintu fridge tuh. And mujur jacky boleh buat. Hihihi. 

Ini pagi tadi sebelum kite keluar pegi ofis.
Ini selepas. Hasben kite update. Xsiap lagi. Kene tunggu ahlung datang buat wiring. Nak tambah lampu eyeball. Oven dengan microwave pun xmasukkan lagi. 

Lepas habis settle semuaaaaaa nie, lepas habis kemassssss semua barang2 kat dalam bilik anak2,  akan ada lagi satu projek. Hahaha. Projek bilik kite la pulak. 
Kite plan nak buat macam nie. Almari bersekali dengan tempat letak tv. Hasben kite dah tanya jacky, jacky kata dia boleh buat. Ngeeee.

Tapi tidak la dalam masa yang terdekat nie. Bagi hasben kite “bernafas” dulu. Banyak duit dah keluar. Rumah setapak dah habis berapa, rumah gombak lagi. 😎. Mau x mintak nyawa orang tua tuh. 😎. Dia dah cukup “oksigen” untuk “bernafas”, bila dia kata “on onz untuk bilik kite pulak” je, barulah boleh start. Hihihi. Kite nak keluarkan duit dividen ASB kite dia xbagi. Duit dividen ASB kite memang xberusik langsung2 sejak dari 12tahun lepas. So kalau total2kan semua, InsyaAllah lebih daripada cukup kalau nak buat kat bilik kite. Or kalau tidak pun, sekurang-kurangnya boleh la nak ringankan sikit beban dia untuk bayar apa yang sepatutnya. Tapi hasben kite xbagi. “Xpe la u simpan je duit tu. Itu kan duit isteri aiiii. Gunakan untuk masa depan”. Memang la nama account ASB atas nama kite, tapi ikutkan itu duit hasben kite. Totally duit dia sebab selama 12tahun nie, dia la yang masukkan duit dalam account ASB kite. Kite ada la jugak masukkan dalam ASB kite. Tapi boleh kire dengan jari la berapa kali yang kite masukkan. 😂. 

Nanti bila bilik semua dah siap, insyaAllah kite update. Kite pun neves nie. Kire surprise la untuk kite bila dah sampai rumah petang nie. 😅



Friday, May 5, 2023

:: Bedrooms Makeover ::

Yup. Now kite dengan hasben kite tengah dalam proses nak makeover bilik2 anak3. And sebab tuh la katil boleh hantar sampai 2 dekat rumah setapak. Bilik bobot dengan ifan masing2 akan guna single bed. Plan asalnya bunk bed sebab bobot nak bunk bed. And memang dah beli dah pun bunk bed tuh. Tapi ada masalah pulak sebab kalau pasang bunk bed, jarak antara kipas dengan katil belah atas adalah dekat. Xker bahaya tuh. Boleh hilang kepala oiii. ðŸ˜Ŧ. Itu yang sudahnya jadi single bed instead of bunk bed. Mujur la bunk bed yang kiteorang beli boleh jugak dijadikan single bed.

Qisya memang xde katil sebab untuk bilik qisya nak buat katil tatami. Untuk dua2 bilik akan buat sekali almari dengan study table derang. And sebab tuh jugak la almari2 pun hantar kat rumah setapak. 😅. 

Ini final sketch untuk bilik bobot n ifan.

Bobot request-ed nak bilik tema astronaut. Hurmmmmm. Baiklah, mommy cuba usahakan. Skang nie duk mengusha cemana gaya nak deco bilik tema astronaut. Cat dah siap beli sebab semalam ada orang akan datang settlekan cat dengan cantikkan balik dinding. Sebab sebelum nie dinding bertobek2. Ahlung baru lepas buat wiring. Tambah lampu, hack dinding untuk sorokkan saluran paip aircond yang terjojol keluar, pastu alihkan plug.
Buat masa sekarang, macam nie la rupa bilik bobot dengan ifan. Ini la part orang yang akan datang semalam. Simenkan balik, skim kan balik dinding bagi cantik, lepas tuh cat bilik.

Since bobot nak tema astronaut, kite pilih combination colour statement blue dengan pilaster blue. 

Kite mengharapkan cat tuh end up akan jadi,
Macam nie. Mudah-mudahan. InsyaAllah. ðŸĪēðŸŧ. 

Ok itu bilik bobot dengan ifan.

Skang nie bilik qisya,
Adalah seperti ini. Shibuk je tau si kinting tuh nak enterprem. Dalam bilik qisya xbanyak sangat kerja untuk hacking. Cuma tambah plug point dekat study table dia, naikkan plug point atas sikit sebab nanti bila dah pasang katil tatami tuh, xde la plug tersorok dekat dalam frame katil tatami tuh. Pastu ahlung hacked dinding untuk sorok saluran paip aircond. Sebelum nie just guna casing je. So nampak xcantik sebab casing aircond terkeluar.

Ini pulak final sketch untuk bilik qisya. Katil tatami tuh boleh muat katil queen.

Bilik qisya xde tema. Cuma qisya nak bilik cat colour purple. 

So kite pilih cat colour dusty purple.
Contoh colour dusty purple. 

Kite pun xtau apa hasilnya nanti. Nervous jugak sebenarnya nie. Takut kalau colour xcantik ke, xkene ke, gelap sangat ke, dull sangat ke. ðŸŦĢ

Disebabkan dua2 bilik dah cat colour yang boleh kata gelap, so kite pilih material kayu untuk katil, almari dengan study table colour yang cerah. Bagi kontra sikit.
Kalau tengok balik final sketch, part yang di-highlight-kan dengan colour hijau, akan guna material kayu colour ini.

Material kayu colour putih nie akan digunakan untuk yang di-highlight-kan dengan colour putih dalam final sketch.

Jacky (contractor) yang buat build in almari, study table dengan ktil tatami qisya kata dia akan start pasang dalam hujung bulan nie. 

Kite siap cakap dengan qisya and bobot.
 
“Nanti bilik dah siap tido dalam bilik masing2. No more tido dalam bilik mommy dengan daddy”. Jawapan qisya buat kite terkedu kejap. “Ok mommy. Ifan dengan ANAK NO 4 je yang boleh tido dalam bilik mommy ker?”. What???. No 4??????. Mana pulak datangnya anak no 4 tuh kakak oiii. 😂ðŸĪĢ. Seremmmsss la mommy. InsyaAllah ifan yang terpaling bongsu kut. Layan dia sorang dah rasa macam layan anak 5. 😂. Bobot lagi la, tetibe je. “Mommy, bobot nak adik lagi. Tapi bobot xnak adik perangai macam ifan”. ðŸĨđðŸĨđðŸĨđðŸĨđðŸĨđ

Semalaman mommy packing baju2 baby and toddler korang untuk disedekahkan. Jangan machiam machiam nyeah. ðŸ˜ĩ. Ifan pun akan mommy asingkan. Tido dengan abam. 😝

Lepas dah settle dengan bilik anak2, baru la nak buat balik masterbedroom. Katil untuk masterbedroom of course la akan tukar. Mana boleh anak2 je yang beria tukar katil deco bilik apa semua bagai. Bilik kite pun nak jugak. Dah beli dah pun katil kite ahad lepas. Beli dekat bedding expo mid valley. ðŸŦĒ. Hujung bulan nie insyaAllah sampai. Dengan harapan bilik anak2 kite dah siap la. Kalau tidak, mana pulak nak letak katil kite tuh. Dah timbul 1 masalah lain. 

Tah la xtau la apa jadik dekat bilik anak2 kite nanti. Nervous pun ada. 

Tuesday, May 2, 2023

:: Rumah Setapak Dah Completed ::

 Rabu minggu lepas hasben kite arranged movers. Move barang dari rumah gombak ke setapak. 

Ooo sebelum tuh, nak iklan jap. Kiteorang guna movers @hasanmovershub. Korang boleh pegi dekat IG dia. Kalau siapa2 yang perlukan khidmat movers, memang kite strongly recommend @hasanmovershub. Service memang tersangatlah tip top, cepat dan pantas. Terkejut kite tengok sekali datang sampai 7 orang. Dalam setengah jam ke 45minit, settled dah semua. 2 almari besar, 2 katil queen, 2 tilam queen, 1 console table, 1 dining table, 4 dining chairs 1 coffee table yang besar. Tunggu nak angkut masuk lori je. And jangan risau kalau perabot tercalar in between nak pindahkan barang sebab derang akan wrap semua perabot2 korang. Setiap satu hokeyh. So worry not. Sampai kat rumah setapak pun sekejapan je derang buat kerja. Hasben kite cite yang buat lama nak tunggu lift naik ke floor rumah. Sebab kebetulan masa yang sama ada jiran sebelah unit pun nak pindahkan barang. Barang banyak pekerjanya 3 orang. So budak2 movers nie punyalah baik hati and xberkira, siap tolong lagi angkut barang2 jiran kite naik atas. Kalau x tolong lagi lambat and buang masa derang katanya so baiklah tolong. Betul jugak. Pekerja2 movers pun memang sangat baik2 and berbudi bahasa masing2.

Masa tengah budak2 movers settlekan barang2,  dari atas kite terdengar la hasben kite duk bersembang dengan bossnya. Kedengaran macam dialek org temerloh di situ. Bila dah settled and nak transfer barang masuk dalam lori, kite pun keluar la. Sekali betul la kan. Orang koi rupanya. Siap speaking temerloh dengan kite. Ahh baler, ghona koi nak nyembang ngan aok. Koi tok gheti. Hahahahaha.

Tengok la setiap satu perabot derang wrapped. 

Hari ahad lepas, kakak kite yang no 3 datang rumah. Baru lepas balik dari bawak mak kite berjalan. Adoiii, rumah tengah macam tongkang pecah rasa macam serba salah nak terima tetamu. Walaupun adik beradik sendiri. Hahahahaha. Tapi sebab adik beradik sendiri kan, lantok ler rumah cemana pun. Segan tuh xde la nak segan sangat. Ada ler jugek segannya Tapi kurang la sikit. Hihihi. Kenapa rumah berselerak?. Next entry i story hokeyh. 

Kebetulan memang kiteorang nak ke rumah setapak malam tuh. Nak hantar cadar, comforter, bantal and etc. So alang2, ajak la sekali since derang xpernah lagi pergi. And kite pun nak tengok cemana susun atur perabot2 yang dihantar tuh. Time hantar perabot kite xikut. Just bagitau je kat hasben kite letak perabot kat mana. 

So ya, alhamdulillah semua ikut tempat yang sepatutnya. 

Now semua dah complete-d dah. Rumah kecik je gais, banyak2 perabot buat apa. Buat semak je. Kite menang nak minimum kan barang selagi boleh di-minimum-kan. Ini pun perabot yang wajib2 je.
Selamat datang ke rumah kecil saya. Nak deco pun sikit2 je lagi. Xberkesempatan lagi nak beli barang2 untuk deco.

Dah boleh dah tido sini dengan tenang. Belum pernah rasmikan lagi tido rumah setapak. Plan nak rasmikan minggu lepas. Kata pun cuti 3 hari kan. Tapi xboleh sebab kat rumah gombak pun ada projek yang tengah jalan. Projek apa?. Sebab projek tuh la rumah kite tengah macam tongkang pecah. Sabar jap kayh. Sabar jap. 

Rumah kite biasa2 and simple je korang. Xde apa2 yang extravaganza sangat pun. Ini pun dah alhamdulillah syukur.

Ruangan memasak and ruangan laundry. Nak masaknya sorang je pun. So xyah beria sangat. Rupanya ada jugak yang suka dapur masak kite tuh. Dapur oldskul macam dapur mak2 kite kan. Hahahhaa. Purposely beli dapur cenggitu. Asalnya nak beli dapur yang just letak atas counter top je. Tapi tetibe xjadi sebab bagi kite dapur macam nie macam praktikal la. Kite beli masa TBM buat warehouse sale. Fridge, washer dengan barang elektrik yang kecik2 pun beli dekat tempat yang sama. 

Now bilik dah ada katil. Masterbedroom dengan bilik no 2. Semua nie angkut dari rumah gombak. Save duit. Huahuahua. Dari beli katil baru kat rumah setapak nie, baik la beli katil baru dekat rumah gombak. Dok gitu. Bijok kan. 😂
Master bedroom. Cadar xsempat letak lagi.
Sama la dengan katil dekat bilik no 2. Xsempat letak lagi.

Nak jamu mak kite, kakak dengan abg ipar kite pun xtau nak jamu apa. Mujur ler kat bawah ada kedai. Beli megi je. Jadik la dari xde. Ngeeee. Sementara kite masak megi, semua yang ada pegi tengok view kat SkyBridge. SkyBridge nie floor paling atas kat rumah kite. Floor 52. Macam ala2 taman la. Nak jogging kat atas tuh pun boleh. Kite xsampai lagi atas tuh sebenarnya. Bila orang dengar tingkat 52 masing2 semua cakap gayat la tinggi la. Memang tinggi. Itu kite xnafikan la. Tapi percaya la bila kite cakap yang korang xakan gayat bila ada dekat tingkat 52 tuh. 

Even rumah kite pun. Bila orang yang xpernah sampai dengar floor rumah kite tingkat berapa, masing2 duk cakap bende sama. Tingginya, gayatnya, ketor lutut. Tapi bila dah sampai kat rumah kite, and berdiri dekat balkoni, xkan terasa gayat. Sebab rumah kite belah dalam mengadap pool. Kiri kanan depan ada block rumah lain. So macam tertutup la. Itu yang buat xgayat tuh. Tuh la bila kabor xnak dengar. Haks.




Sebagai penutup untuk entry nie, kite belanja view malam dari SkyBridge rumah kite. Video ikhsan dari abang ipar kite. Ngeeeee.

Enjoys. 

Wednesday, April 5, 2023

:: Baju Raya Cantik2 Dekat Feraain ::

Mai rapat mai singgah. Yang jauh mai dekat yang dekat mai rapat. Xbeli xpe janji datang cuci mata.

Tetibe je teringat laungan2 penjual2 nak tarik customer. Hahahaha. Xkisah la jual apa pun, laungan tuh sama pesen je. Hihihihi.

 Sisthor sisthor dah ada baju raya dah ker?. Kalau masih mencarik2, meh kite nak bagi sisthor sisthor cuci mata jap tengok baju raya yang cantik2 dekat Feraain. Yang mana dah ada baju raya pun boleh je cuci mata. Mana la tau lepas cuci mata kut jadi segar ke kan. Biasalah bulan puasa nie mesti ramai yang kemengantukan. Tersengguk2 dekat ofis tuh. Cer ngaku cepat!. Hahaha.

 Kite nak promote baju2 raya salah sorang kenalan kite. Kak rozi. Kak rozi nie kite dah anggap kakak dah. Salah sorang geng2 yang kite rapat masa kerja dekat Proton Edar dulu. And bisnes baju raya nie bisnes anak kak rozi. Ain namanya. Ya Allah, Ain nie dulu kecik2 je lagi masa kite kenal dia. Skang nie dah cantik. dah anak dara sangat, and dah jadi businesswoman dah. Time flies so fast laaaa. Tua sudah saya. 

Kite dah beli 2 pasang dah baju dekat Feraain. Apa yang kite boleh cakap, memang cantik sangat. Kain ada kualiti. Kain sejuk xpanas. Memang sesuai dengan cuaca kat Malaysia nie. Jahitan. Jahitan nie amat penting kan kalau nak buat baju or jual baju. Jangan risau pasal jahitan sebab jahitan memang amat sekali kemas. Dua2 baju yang kite beli, memang kemas sangat jahitannya.

Ini salah satu baju yang kite beli.

 

Calela collection.

Comel kan baju dia. Sweet je color. Potongan baju kurung kedah. Ada banyak lagi corak untuk Calela nie. So korang boleh terjah IG FERAAIN < Click to visit.

Meh nie kite tunjuk jahitan baju yang kite beli. Korang boleh tengok macam mana kemasnya jahitan baju nie. Maaf lah ye kalau berkedut. Baju baru je keluar dari plastik. Masih lagi ada kat ofis keberadaan baju nie.

Color baju nie actually combination kuning cair dengan kuning gelap. Tapi biasalah lighting kan. Color ada sikit lari dari actual color. 

Kalau nak tengok color cemana, boleh terjah IG FERAAIN < Click to visit.



Kemaskan jahitan baju nie. Bila pakai pun sedap je. 

Satu lagi yang kite beli,
 Baju nie. 
 
Kite beli color light grey. Serious korang cantik sangat. Kite suka. Kain baju nie sejuk je. Design dia lain sikit tau. Sebelah kanan ada poket. Sebelah kiri pulak terbelah. Style!. Tapi bukan kain yang terbelah tau. Baju kurung tuh yang terbelah sebelah. Ehhh macam boleh buat pantun je. 
 
Terbelah sebelah baju kurungku, 
*sila sambung sendiri*

Wahahahha. Malas haih nak pikir pantun pagi2 nie. Otak baru nak panas enjin. Temperature masih lagi low. Kihkihkih. 

Kalau nak tengok cemana design baju nie yang sebelah xberbelah sebelah terbelah, go go terjah IG FERAAIN < Click to visit> now.

Ada lagi banyak design2 and color2. 
 
Salah satunya,
 
Fiona. Haaa, nie la Ain. Cantik macam mama dia.
 
 Dah tentu la ada nama kat situ kan. Tapi xpe la, saje je nak exercise jari. Huahuahua. Nie pun cantik. Nampak exclusive sangat. Kite xsure color apa lagi ada. Apa kata masuk jap IG FERAAIN < Click to visit> untuk check. Hihihi.


 Kite suka betul kebaya labuh Mustika nie. Pakal la kite baru je beli kebarung labuh jugak, kalau tidak, memang kite sambar Mustika nie sehelai. Kite suka baju kebarung labuh. Nampak classic sangat. Ehh jap. Kebaya labuh ker kebarung labuh sebenarnya nie. ðŸĪ”
 
antara color2 lain yang ada.
 
Kalau nak tengok color apa ada, xgheti-gheti lagi ke. Xkan xperasan dari awal kite dah bagi link IG FERAAIN < Click to visit>. Jangan sia2kan link yang kite bagi itu plisssss. Hahahaha. So apalagi, sila-sila jangan malu jangan segan. Go go click the link.

Pastu ada baju Calela nama diberi. Alah, baju yang kite beli color kuning yang kite cite di awal posting nie.
Comel sangat. 
 
Bila tengok baju nie kan, kite duk terbayang apa tau. Kite bayangkan budak2 kolej, budak2 U yang pakai pegi kelas. Jalan2 sambil peluk buku, pakai beg yang string kain cotton. Comel sangat. Hihihihi

Comelkan. 

Pastu orang dulu2 zaman nenek2 kite kan pakai baju design and corak cenggini. Bezanya dulu2 pakai dengan kain batik. Skang nie kan dah moden. And xsemua yang reti pakai kain batik. Salah sorangnya kite la tuh. Salah ikat terlucut kain oiii. Kene pulak pakai dengan baju kurung kedah yang bajunya tidak melepasi bum bum. Naya cheq oiiii. Mana nak sorok muka. Hahahaha.

Kalau nak tengok corak2 Calela nie boleh la tengok dekat IG FERAAIN < Click to visit>.
 
Last but not least,

Intan.
 
Kite suka corak yang color crown tuh. Cantik sangat. Yang bronze tuh pun cantik. Kalau corak kain tuh buat baju kurung pahang mesti cantik. Kene pulak orang pahang yang pakai. Mesti lagi cantik. Koi kan orang pahang. Orang temerloh. Wahahahahaha. Halah gurau2 je. Halahhhhhhaaiiiiii. 
 
So korang, kalau ada yang berkenan, apalagi, silalah nak ke IG FERAAIN < Click to visit>.Kat sana boleh tengok apa yang ada. Kat sini adalah sebahagian je. And thanks tau untuk sesiapa yang dah visit IG Feraain and usha2 baju2 kat situ.

Tuesday, April 4, 2023

:: Lauk Penyelamat Untuk Bersahur ::

Kite mak2 dan isteri nie mesti akan ada hari yang terlajak nak bangun untuk sediakan sahur dalam sebulan tuh. Selalu kite akan bangun pukul 4.15pagi. 4.30pagi paling2 lambat la kalau kite bangun. Bagi kite kalau terjaga pukul 5pagi tuh memang dah kesiangan sangat dah la. Sebab selalu pukul 5pagi tuh masing2 dah ada kat meja makan tengah makan. 

 Kadang kan kalau dah kesiangan nak bersahur, mesti macam kelam kabut kan. Nak masak macam xde masa. Masa tuh ikutkan sempat je masak yang simple2. But still, perlukan jugak masa nak sediakan rencah2 nak masak tuh. Plus, kite xsuke terkejar2 nie. Penat tuh boleh jadi double triple. Penat sebab nervous tuh yang lebih. Kesian dekat hasben dengan anak2 kite makan xtenang takut nanti dah masuk waktu imsak. 

So lauk emergency la orang kata, dan yang terpaling senang dan terpaling jimat masa adalah,

Ini. Rendang paru nana. Sedap oiii. Hihihi.

Rendang paru pastu gorengkan je telur mata untuk suami kite. Makan dengan kicap. Dah settled. Itupun dah sodap dah. Every year memang akan order dekat nana rendang paru nie. So kalau terlajak bangun, inilah lauk emergency-nya. Kadang kalau x emergency pun, kalau tiba xde idea or malas nak masak kecah2 dapur, inilah lauk yang akan jadi lauk sahur. Sahur kan, xkan nak beria masak macam makan waktu lunch dengan dinner. Memang idok ler. Selalu sahur nie kiteorang makan simple2 je.

Ikutkan hasben kite, kalau dapat nasi goreng kampung kite pun dah cukup dah. Setiap hari selama sebulan berpuasa pun dia ok kalau hari2 makan nasi goreng kampung yang kite masak. Pastu telur mata. Belanjahhh!. Hahaha. Lagi la dia suka. Ini bukan kite cakap tau. Hasben kite sendiri yang cakap. 1st day sahur kite masak nasi goreng kampung untuk dia, kemahen lagi dia punya, “ummmppphhh ummmpphhh”. 😂. Asal sebut nak masak nasi goreng kampung je, terbuntang mata dia, “whattt?!. Sedapnya nasi goreng domok”. Hahahhaa.
Ini haaa. Simple je. Xde letak ayam pun and kite memang xde letak ayam. Sayur xde pulak nak letak. Selalu kite letak kobis atau kacang buncis.

Untuk anak2 punya lauk emergency pulak,
Ini haaaa. Kruma ayam adabi. Memang kite pesan dekat hasben kite beli 3-4 tin. 

“Adabi melazatkan, adabi menyelerakan, mengandungi pelbagai rempah, melazatkan kari dan kuah. Adabiiiiiiiii”. Ada yang nyanyi instead of baca ker?. Wahahahaha.

Nie haaa rupanya.

Surprisingly, sedap jugak tau korang. Terasa la ayam kurma dia. Anak2 kite suka. Tapi xboleh la kalau nak makan hari2. Jemu ke pe tah. Sekali sekala boleh la. Budak2 kan kadang cepat jemu.

Qisya tahun nie xdpt puasa penuh. 3-4 hari kut dia tinggal puasa sebab sakit perut. Bobot pulak tahun nie tetibe dia kata nak puasa. Sebelum puasa bila tanya nak puasa ke tidak, sokmo jawapannya xnak. Takut nanti xtahan kata dia. Alih2 bila 1st day puasa, ehh dia puasa la kan. Bobot kan, dia kan jenis akan buat bila dia sendiri nak buat. Xkisah la in terms of apa pun. Paksa la cemana pun, kalau dia xnak, xnak la. Jangan la paksa. Ikut perangai siapa tah. ðŸĪ­.

Kite xde pun paksa anak2 kite puasa. Bobot tuh siap kite pesan, kalau larat puasa, puasa. Xlarat puasa, xyah puasa. Kat school tuh beli je la makanan kat kantin. Skang kan kantin sekolah dah bukak masa bulan puasa. Last time sekolah qisya kantin tutup. Tapi tuh la, bila masing2 xlarat nak puasa, takut nak bagitau. “Mommy, bobot xlarat la nak puasa. Boleh ke kalau bobot xpuasa?”. Ada one day qisya sakit perut sampai kene ke klinik. Siap call kite tanya boleh ke tidak dia berbuka. Halahh halah halah. Buka je la kakak. Jangan paksa kalau xboleh. Mommy nie memang la garang. Itu mommy mengaku. Huahuahua. Tapi tidak la sampai sanggup mommy nak seksa anak2 mommy.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...