Damn u acid splasher..ko wat semua org takut tau skang nie..dulu dh senyap..sekarang nie dh ade dh balik..korang nie xde keje lain ker selain splash acid kat pedestrian la, kt org yg tgh tunggu bas la..eeee, kalau dapat la dieorg nie, buat balik ape yg dieorg wat kat org yg dieorg simbah acid tuh..baru mangkuk2 nie semua rase azab kene simbah acid..
KUALA LUMPUR: Kejadian menyimbah asid yang pernah menggemparkan warga
kota, terutama wanita yang dilakukan lelaki bermotosikal tahun lalu
muncul semula selepas satu kejadian dikesan di Rawang dan Serdang,
kelmarin dan Isnin lalu.
Dalam kejadian jam 7 pagi di Rawang kelmarin, seorang guru wanita
cedera di muka dan separuh badan akibat disimbah dengan cecair
dipercayai asid oleh dua lelaki yang meragut rantai emasnya ketika
menunggu bas di pondok menunggu bas di Batu 17, di sini.
Mangsa, S Rani, 47, yang ingin ke tempat kerja tiba-tiba ditegur dua lelaki yang turut bersamanya menunggu bas.Menurut saksi, Nur Aqilah Osman, 14, ketika kejadian dia menunggu
bas untuk ke sekolah apabila ternampak kedua-dua lelaki terbabit
bercakap dengan mangsa.
“Ketika wanita itu sedang bercakap
dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba mereka meragut rantai emasnya
dan dia cuba melawan, tetapi disimbah asid daripada botol yang dibawa
seorang daripada lelaki itu,” katanya.
Dia berkata, lelaki terbabit turut menyimbah sisa asid kepadanya menyebabkan bahagian belakangnya melecur.
“Tanpa menghiraukan tudung, pakaian serta beg sekolah yang terbakar
terkena asid, saya terus berlari pulang ke rumah untuk meminta bantuan
kerana tidak tahan perit,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Batu 16 itu.
Sebelum kejadian, dia berkata, dua lelaki
terbabit dilihat bersandar di palang pondok menunggu bas itu sebelum
mereka menegur seorang wanita berumur.
Malah, gadis itu juga nampak seorang daripada lelaki terbabit
memegang botol, tetapi menyangkakan ia minuman. Nur Aqilah ketika
ditemui di rumahnya di sini, malam tadi, berkata mangsa menjerit meminta
tolong sambil memegang mukanya yang kemerahan akibat terbakar manakala
dia dan rakan sekolah hanya mampu melihat kerana bimbang dicederakan
penjenayah terbabit.
“Saya dan rakan cuba lari tetapi lelaki
terbabit menyimbah baki asid ke arah kami dan dua lagi orang awam di
pondok bas itu sebelum beredar dengan selambanya.
“Cecair itu kena pada belakang bahu saya dan tangan seorang wanita lain,” katanya.
Bapa Aqilah, Osman Delisali, 50, menghantarnya ke Hospital Selayang
(HS) untuk rawatan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Gombak dengan bantuan jiran.
Osman berkata, dia sedang
bersiap-siap untuk menghantar adik Nur Aqilah ke sekolah apabila
tiba-tiba melihat anak keempat daripada lapan beradik itu pulang dalam
keadaan tubuh berasap.
“Saya kehairanan dan bertanya kenapa
dia balik rumah semula, tetapi Nur Aqilah menjerit sambil menceritakan
disimbah asid ketika sedang menunggu bas ke sekolah.
“Tanpa membuang masa, saya segera mencurah air ke tubuhnya bagi mengurangkan kepedihan,” katanya.
Katanya, dia lega apabila doktor yang merawat memaklumkan kecederaan
itu tidak serius dan boleh sembuh dengan menyapu krim khas untuk kulit
terbakar.
“Mujur anak saya mengelak dan hanya cedera ringan.
Saya tidak dapat bayangkan kesakitan dan kesan buruk yang terpaksa
dilaluinya jika kecederaannya serius seperti yang menimpa seorang lagi
mangsa,” katanya yang bekerja sebagai tukang mesin rumput.
Sementara itu, dalam kejadian di Serdang pula, seorang kontraktor, S
Thinagaran, 19, melecur sebelah muka kanan dan rabun sebelah mata
selepas terkena asid disimbah dua lelaki bermotosikal ketika dalam
perjalanan pulang ke rumah di Kinrara Mas, selepas selesai menjalankan
tugas di Rawang. “Walaupun dalam keadaan kesakitan selepas muka
terbakar akibat dibaling cecair asid dua lelaki bermotosikal, saya
sempat memandu kereta sejauh lima kilometer ke klinik di Kinrara untuk
mendapatkan rawatan,” katanya.
Dalam kejadian jam 7 malam
Isnin lalu, mangsa berkata, dia tidak mengenali dua lelaki berusia 20-an
yang menaiki motosikal jenis Modenas Kriss yang tiba-tiba membaling
cecair dipercayai asid ke arahnya.
Katanya, dia hanya sempat
melihat dua lelaki memakai topi keledar memegang botol mineral sebelum
berpaling ketika ke arah mereka selepas namanya dipanggil.
“Sebaik menoleh, mereka terus membaling cecair itu ke muka saya hingga
menyebabkan terbakar dan menggelupur kesakitan sebelum berlari masuk ke
dapur untuk membasuh muka,” katanya.
Katanya, dalam keadaan
kesakitan dan mata sebelah kanan menjadi rabun, dia memandu ke klinik
berhampiran manakala ayahnya mengikut dengan kereta lain.
Selepas mendapat rawatan awal, dia dibawa ke Pusat Perubatan Subang Jaya
untuk rawatan lanjut yang mengesahkan muka sebelah kanannya terbakar
akibat terkena asid.
Thinagaran berkata, dia tidak tahu
motif sebenar dua lelaki itu yang berkemungkinan bermusuh dengannya
akibat pergaduhan setahun lalu dan masih menyimpan dendam terhadapnya.
“Ayah saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Puchong untuk
siasatan lanjut dan mahu dua lelaki itu diambil tindakan sewajarnya,”
katanya.