Damn u acid splasher..ko wat semua org takut tau skang nie..dulu dh senyap..sekarang nie dh ade dh balik..korang nie xde keje lain ker selain splash acid kat pedestrian la, kt org yg tgh tunggu bas la..eeee, kalau dapat la dieorg nie, buat balik ape yg dieorg wat kat org yg dieorg simbah acid tuh..baru mangkuk2 nie semua rase azab kene simbah acid..
Source from here
Dalam kejadian jam 7 pagi di Rawang kelmarin, seorang guru wanita cedera di muka dan separuh badan akibat disimbah dengan cecair dipercayai asid oleh dua lelaki yang meragut rantai emasnya ketika menunggu bas di pondok menunggu bas di Batu 17, di sini.
Mangsa, S Rani, 47, yang ingin ke tempat kerja tiba-tiba ditegur dua lelaki yang turut bersamanya menunggu bas.Menurut saksi, Nur Aqilah Osman, 14, ketika kejadian dia menunggu bas untuk ke sekolah apabila ternampak kedua-dua lelaki terbabit bercakap dengan mangsa.
“Ketika wanita itu sedang bercakap dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba mereka meragut rantai emasnya dan dia cuba melawan, tetapi disimbah asid daripada botol yang dibawa seorang daripada lelaki itu,” katanya.
Dia berkata, lelaki terbabit turut menyimbah sisa asid kepadanya menyebabkan bahagian belakangnya melecur.
“Tanpa menghiraukan tudung, pakaian serta beg sekolah yang terbakar terkena asid, saya terus berlari pulang ke rumah untuk meminta bantuan kerana tidak tahan perit,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 16 itu.
Sebelum kejadian, dia berkata, dua lelaki terbabit dilihat bersandar di palang pondok menunggu bas itu sebelum mereka menegur seorang wanita berumur.
“Saya dan rakan cuba lari tetapi lelaki terbabit menyimbah baki asid ke arah kami dan dua lagi orang awam di pondok bas itu sebelum beredar dengan selambanya.
“Cecair itu kena pada belakang bahu saya dan tangan seorang wanita lain,” katanya.
Bapa Aqilah, Osman Delisali, 50, menghantarnya ke Hospital Selayang (HS) untuk rawatan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dengan bantuan jiran.
Osman berkata, dia sedang bersiap-siap untuk menghantar adik Nur Aqilah ke sekolah apabila tiba-tiba melihat anak keempat daripada lapan beradik itu pulang dalam keadaan tubuh berasap.
“Saya kehairanan dan bertanya kenapa dia balik rumah semula, tetapi Nur Aqilah menjerit sambil menceritakan disimbah asid ketika sedang menunggu bas ke sekolah.
“Tanpa membuang masa, saya segera mencurah air ke tubuhnya bagi mengurangkan kepedihan,” katanya.
Katanya, dia lega apabila doktor yang merawat memaklumkan kecederaan itu tidak serius dan boleh sembuh dengan menyapu krim khas untuk kulit terbakar.
“Mujur anak saya mengelak dan hanya cedera ringan. Saya tidak dapat bayangkan kesakitan dan kesan buruk yang terpaksa dilaluinya jika kecederaannya serius seperti yang menimpa seorang lagi mangsa,” katanya yang bekerja sebagai tukang mesin rumput.
Sementara itu, dalam kejadian di Serdang pula, seorang kontraktor, S Thinagaran, 19, melecur sebelah muka kanan dan rabun sebelah mata selepas terkena asid disimbah dua lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Kinrara Mas, selepas selesai menjalankan tugas di Rawang. “Walaupun dalam keadaan kesakitan selepas muka terbakar akibat dibaling cecair asid dua lelaki bermotosikal, saya sempat memandu kereta sejauh lima kilometer ke klinik di Kinrara untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Dalam kejadian jam 7 malam Isnin lalu, mangsa berkata, dia tidak mengenali dua lelaki berusia 20-an yang menaiki motosikal jenis Modenas Kriss yang tiba-tiba membaling cecair dipercayai asid ke arahnya.
Katanya, dia hanya sempat melihat dua lelaki memakai topi keledar memegang botol mineral sebelum berpaling ketika ke arah mereka selepas namanya dipanggil.
“Sebaik menoleh, mereka terus membaling cecair itu ke muka saya hingga menyebabkan terbakar dan menggelupur kesakitan sebelum berlari masuk ke dapur untuk membasuh muka,” katanya.
Katanya, dalam keadaan kesakitan dan mata sebelah kanan menjadi rabun, dia memandu ke klinik berhampiran manakala ayahnya mengikut dengan kereta lain.
Selepas mendapat rawatan awal, dia dibawa ke Pusat Perubatan Subang Jaya untuk rawatan lanjut yang mengesahkan muka sebelah kanannya terbakar akibat terkena asid.
Thinagaran berkata, dia tidak tahu motif sebenar dua lelaki itu yang berkemungkinan bermusuh dengannya akibat pergaduhan setahun lalu dan masih menyimpan dendam terhadapnya.
“Ayah saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Puchong untuk siasatan lanjut dan mahu dua lelaki itu diambil tindakan sewajarnya,” katanya.
19 comments:
ada balik kes ni . risau la balik :(
falsya: jom makan byk2...hehehe~
nak tmbah sikit:jom makan byk2, kasi mok mok sikit, mcm mok mok sya..
@Cik FaRiZaMitu la..ade lagi kes mcm nie..mencik betul..
jommmmm mknnnnn..nak makannnnn..hehe..mok mok dh x mok dh..die dh slim..hehe..slim skit jer la..haha..
nauzubillah..minta jauhhhh hmmmm
huhu, takut!!
adoi takutnyer..slamber je simbah gitu..alahai
diorg tu sawan kut kalau x baling asid kt org ,, cer dia baling kt muke dia sdiri ... kan lebih molek , tui dak
** darling, 31hb sabtu ni dtg umah tau ... detail mintk kt nana
takotnya...moga dilindungi dr perkara x baik mcm ni..:(
menakutkan betul sekarang nie...
@amiey lee amin amin amin..
@Nad @ MamaZakwan sgt takut tau nad..
@syawalsimpsons kan sue..cube kalau kite selamba simbah kat die plak..
@fazilzura sgt molek kalau baling kat diri die..haha..
insyaALLAH bebeh..nnt tanye nana..tq coz ajak..;)
@adarnadzmie takutkan..mudah2an la ya ALLAH..amin..
@cik Jue Aka Ibu Farisyah sgt menakutkan la skang nie cik jue..mcm2..
kalau dapat la lelaki nih..memang sue simbah dia balik..eh eh dia ingat batu apa dia simbah asid tuh..
@sue zainun kan sue....mmg ramai yg geram ngan mangkuks nieh...
dorg nie mental nie kan..xpasal2 je..
@tiefazatie mental sgt..gile agaknye..
Post a Comment