Kalau la zaman sekolah dulu2 kan, mesti ramai gile cikgu yg kene benti keje or kene transfer sekolah ke hape ke..kalau nak diikutkan cikgu zaman dulu lagi firm, lg kejam, lg semua lg la...tp sbb cikgu2 mcm tuh la ramai yg jd org...xmcm bdk2 skang nie..muda2 lagi dh pandai merompak, meragut, merogol, bunuh semua..skang nie kene skit dh ngadu kat mak bapak..mak bapak pulak xleh nak pikir pjg, akal pendek terus je wat report polis segala bagai..patut ko tangankan je anak ko tuh bang sbb xwat keje sekolah..lain la kalau cikgu tuh patah riukkan tulang bdk nie ke, pukul smp koma ke, itu lain cite la..
Kite dulu kene rotan, kene denda 5sen sbb tulis k dh mcm lc..kene cubit smp lebam, kene piat tinge, kene marah xyah ckp la, tgn kene katuk ngan pembaris besi..bayangkan pembaris besi kene tulang mcm mana sakitnye..kene berdiri atas kusi, atas meja pun penah..kene berdiri kat luar kelas, padahal time tuh kite dua org je pmpn yg lain semua laki sbbnye lmbt masuk kelas..huahuahua..
Pastu tau2 nama kene jerit ngan cikgu makarena dr block sebelah sbb salah guna tangga je (cikgu disiplin kite, nama die cikgu nik karimah tp kiteorg panggil die cikgu makarena)..hampir kantoi ngan cikgu makarena jugak sbb "fly" sekolah.."fly" sekolah pun kite bukan merewang gie mana2...terus balik umah kut lps layan ABC kat gerai makcik dpn sekolah..siap time tuh cikgu makarena jerit nama kite ngan nama BFF kite ikhwan..wahahaha..ingat lagi 4 5 org kut "fly"..tp esoknye tuh relax je dtg sekolah mcm biasa..mcm xde ape2 berlaku..tp gua ttp relax brader, brader relax..xde pun nak kecoh2..
Mcm2 la yg kite kene time kat sekolah dulu..tp xde la manja sgt smp nak ngadu2 ngan mak or abah..silap2 mau kite balik yg kene bantai..
Sumber dari SINI..
BUTTERWORTH – Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah.
Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.
“Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung,” katanya.
Syahrul berkata anaknya tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga rakannya datang pada sebelah petang dan memaklumkan kejadian sebenar.
“Bila kawan dia cerita, baru Emilia berani muka mulut dan menceritakan perkara sebenar dan kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah,” katanya.
Katanya dia membuat laporan polis semalam.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.
“Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,” katanya. – Bernama