Thursday, August 14, 2014
:: Kisah 2 Kazen ::
:: Ustazah Mek ::
Wednesday, August 13, 2014
:: Baru 2 Umah Jer..Sobsss ::
:: Dinner Kami Yg Paling Ter-Ke-Sedap-An ::
Tuesday, August 12, 2014
:: Try La "Jentik" Tgk Ape Yang Jadi Nnt ::
:: Xpernah Nak Puas ::
Monday, August 11, 2014
:: Mek Mek ::
:: Naik Sapu Surut ::
Saturday, August 9, 2014
:: F A H A M K A N ::
"Dalam satu kenyataan segera malam Selasa, Pengerusi Aqsa Syarif Malaysia Dr Hafidzi Mohd Nor berkata pihaknya amat kesal dengan apa yang berlaku di McDonalds Dungun petang Selasa.
"Perbuatan sekumpulan orang yang mengganggu premis McD dan membaling objek keras serta menggoncang pintu kedai adalah amat dikesali. Perbuatan tidak bertamaddun ini tidak wajar dibiarkan begitu sahaja kerana ia bertentangan dengan tata susila, akhlak Islam dan lunas undang undang,"kata beliau.
Menurutnya, sungguhpun boikot adalah hak pengguna melakukan tindakan sivil sebagai tekanan namun ia tidak mewajarkan seseorang itu bertindak secara fizikal atau lisan untuk menakut-nakutkan serta mendatangkan kecederaan batang tubuh atau emosi pada pemilik premis dan pekerjanya.
"Aqsa Syarif memohon orang ramai yg menyokong kempen boikot supaya mengawal diri dan tidak melanggar batas undang-undang dalam menjayakan kempen boikot. Tindakan liar dan melampau ini tidak tergolong sebagai menyokong inisiatif boikot, sebaliknya lebih mirip kepada perbuatan merosakkan harta awam (vandalism),"ujarnya.
Beliau juga menyarankan orang ramai menghubungi pihak polis jika perbuatan ganas seperti ini berulang lagi.
"Untuk mengelak perkara seperti ini berulang oleh pihak tidak bertanggungjawab maka Aqsa Syarif menasihatkan agar tidak diadakan sebarang bentuk demo atau perhimpunan di hadapan atau berhampiran mana-mana premis yang berkaitan,"tegas beliau.
Aqsa Syarif antara NGO yang paling ke depan menyatakan solidariti dengan Palestin. Pertubuhan Bukan Kerajaan itu baru-baru ini bersama Viva Palestina menganjuran Perhimpunan Selamatkan Kanak-kanak Gaza yang dihadiri puluhan ribu orang di Dataran Merdeka."
Xsalah nak berdemo..xsalah nak boikot..tp boikot la dgn menggunakan akal fikiran yg Allah berikan..kite pun skang nie tgh memboikot jugak..ramai yg tgh boikot tp jgn la extreme sgt smp ke arah keganasan..