This story really touch me a lot..every time i read it,tears drops from my eyes without i'm forcing it...maybe ramai yg dh baca about this story..tp tetiba rase mcm nk share pulak..after read it,mari kite sedekahkan al-fatihah to arwah adik Iqbal Fahreen Hamdan..
Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap,
perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.
Mak
ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju
terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu
tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.
Tapi,
mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju
itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang
ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah
abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan
mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.
Mak
nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah,
mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.
"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.
Setelah
abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami
berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain
terakhir pada tubuh abang.
"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"
Itu
pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali
terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah
menjauh memalingkan muka.
Mak nampak air mata abah
berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap
dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.
Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"
Akhirnya,
wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir.
Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke
tanah perkuburan.
Abah masuk ke dalam liang lahad untuk
menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang
sudah selamat di sana.
Bertubi-tubi mak terima ucapan
takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan
yang mereka tanyakan pada mak.
Soalan itu asyik
terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah
anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa
kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.
Mereka hairan
kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan
senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur
tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?
Petang itu,
mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang
soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak
nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.
Lantas
mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku
sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.
Mak
selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit
usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.
Membacanya
bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang
sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.
Mata mak
terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang
pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.
Jawapan
untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan
bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak
menangis, sayang.
Januari 2011- Perut abang semakin
membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang
sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa.
Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.
26
Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu,
mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!
Hah
Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu
setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,
Puas
mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu.
Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.
Mak
kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali
ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.
Dengan
perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih
tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama
menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah
terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.
7
Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar.
Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak
nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.
Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.
Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.
Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"
Mak
terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah
semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.
Mereka
pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang
dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu
kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri
telan.
13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran
doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang
habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir
ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.
Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"
Mak
termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak
ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"
Sampai
di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak
merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala,
kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.
Belum sempat
pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada.
Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya
dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian
terakhirnya ini!"
Bila lihat perut abang yang buncit dan
dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama.
Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.
Dia
dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang
nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu.
Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap
titisan air mata yang mula bertakung.
Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"
Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"
Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"
Pekerja
itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang
dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.
Segera
mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara
pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama.
Sedih agaknya.
Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan
tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa
abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah
tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.
Abang kata
nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main
permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan
seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!
Setiap
hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak
makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung,
rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu
abang pinta pada pukul 3.00 pagi!
Apa saja yang teringin
oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya
sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.
Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!
27
Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah,
apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk
Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke
hospital.
"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"
Itu
kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia
dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan
di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April
2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak
minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.
"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"
Itu
kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini.
Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.
Mak
memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang
mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk
lori sampah.
7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.
Rupa-rupanya,
tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura
membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.
Ada dua
kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah
abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.
Sekali
lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat
ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak
letih dan nafas abang turun naik.
8 April
2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek
berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang
sekadar terbaringmerenung kek itu.
Malam itu, semasa
jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi
hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak.
Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.
Mak
pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di
sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis
teresak-esak bagai anak kecil.
Dalam tangis itu, mak
katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak
perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.
"Jangan
tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak
puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga
kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"
Abang
hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak
menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi
selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada
lagi di dunia
Abang pada tahun 2007.
9
April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak
datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah
kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak,
tercungap-cungap menarik nafas.
Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.
Mak
suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca
juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.
Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.
"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang
hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun
ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk.
Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.
"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"
Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.
Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.
"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.
Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.
"Bang,
jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula
ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."
Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!
Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"
Dan
abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu
bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.
"Abang,
hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala
makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah
abang. Mak izinkan abang pergi!"
Mak ucapkan kata-kata itu
sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang
sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi
abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula
meraung dan menangis.
"Kakak! kalau kamu semua nak
menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu
menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"
Mak
marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami
menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan
berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir
sakaratulmaut menjemput abang.
Mak tak mahu tambahkan lagi
kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di
penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.
Jururawat
yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan
tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada
orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air
mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.
"Pergilah abang.
Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang
yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin
lemah dan akhirnya terlepas...
Pukul 3.50 petang, akhirnya
abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang.
Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari
nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak
di sana
ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?
Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sanananti.
Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.
Ketiga,
segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat
abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.
Keempat,
mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi
abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.
Kelima,
mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak
jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya
keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.
Mak
telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri
yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu
mak tak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup
mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi... mak akan
sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam
hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah
adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada limaberadik. Abang masuk
hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi
jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran
sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua
bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara
pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila
jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor
mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun
ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk
meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan
(bapa)..
3 comments:
moga roh nye dicucuri rahmat..
@~diAhOntHeblOg~al-fatihah..sedih betul story nieh..
Sya.. betapa dalamnya kasih seorang ibu terhadap anaknya..
Moga kita juga punyai kekuatan seperti beliau..
Post a Comment